Anda di halaman 1dari 1

4 Jenis Sahabat Yang Baik

1. JENIS MENGKRITIK
Sahabat jenis ini akan sentiasa menegur dan mengingatkan ketika kita melakukan sebarang kesalahan.
Tanpa diminta, dia akan mengkritik jika kita melakukan sesuatu yang salah. Sahabat jenis ini sangat baik
untuk mengingatkan kita kepada jalan yang benar, meskipun kadangkala agak menjengkelkan dan
menyakitkan hati untuk bersama sahabat seperti ini.

2. JENIS PENDUKUNG
Mempunyai sahabat jenis ini bermakna kamu sangat bertuah, kerana sahabat seperti ini akan sentiasa
mendukung (memberi semangat) apa yang kamu lakukan dan turut serta gembira dengan kejayaan kamu.
Kamu akan berasa bersemangat dan motivasi dalaman meningkat semasa bersama dengan dia.
3. JENIS PENGGEMBIRA
Mungkin jenis ini lebih banyak disukai. Bersahabat dengan seseorang yang penggembira akan sentiasa
membuatkan kamu cerita kembali di waktu sedih dan duka. Rasanya seperti tidak lengkap kehidupan jika
tidak mempunyai seorang sahabat yang seperti ini. Di saat tertekan dan kecewa, sahabat seperti ini akan
sangat membantu untuk menceriakan diri kamu semula.

4. JENIS PEMBIMBING
Kamu akan rasa lebih bahagia jika mempunyai sahabat yang seperti ini. Berada di sekitarnya akan
membuatkan kamu rasa damai dan tenang. Dia akan memberikan nasihat dan dorongan yang berguna
kepada kamu diwaktu kamu memerlukannya. Kehidupan kamu akan menjadi lebih terurus dan tidak serabut
jika mempunyai sahabat yang seperti ini bersama kamu.

Jika kamu tidak mempunyai sahabat seperti yang dinyatakan di atas, mulalah mencari mereka. Mungkin
mereka ada bersama kamu selama ini, tetapi tidak diperasankan oleh kamu. Jika tidak, apa salahnya jika
kamu sendiri menjadi seperti salah satu dari keempat di atas untuk sahabat-sahabat kamu.

Sahabat, bukan sekadar panggilan.

Anda mungkin juga menyukai