Anda di halaman 1dari 4

Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk ?

[ 5 Markah ]
MAKSUD: Penuaan penduduk ialah proses peningkatan jangka hayat penduduk sesebuah
negara yang melebihi 60 tahun.

CIRI: Peningkatan golongan warga emas, menggambarkan peningkatan kualiti
hidup,peningkatan taraf kesihatan dan perubatan serta kesedaran amalan penjagaan kesihatan
yang tinggi.

CONTOH: Jangka hayat penduduk Malaysia pada tahun 2005 ialah 75 tahun manakala jangka
hayat penduduk Jepun ialah 85 Tahun.

Jelaskan kesan penuaan penduduk di sesebuah negara sedang membangun. [1
Judul Isi Jawapan Markah
1. Peningkatan kos untuk menampung sistem sokongan warga emas
Penyediaan rumah kebajikan, kos pengurusan, kos rawatan dan penjagaan yang
sempurna oleh kerajaan, swasta dan NGO.
Penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam yang khusus.


2
2. Beban kewangan kerajaan bertambah
Bayaran pencen, KWSP, ganjaran dll
Hak keistimewaan warga emas diberikan rebat perkhidmatan/peningkatan subsidi.

2
3. Nisbah tanggungan semakin meningkat.
Golongan tua sudah tidak produktif.
Golongan dewasa terpaksa menanggung khususnya kos perubatan.
Kadar pencen tidak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin bertambah.



2
4. Kemerosotan nilai murni masyarakat.
merosotnya nilai tanggungjawab sosial golongan muda terhadap warga emas
disebabkan oleh tekanan hidup.
Golongan tua dibiarkan di rumah-rumah kebajikan.
Nilai murni hidup merosot.




2
5. Tenaga profesional meningkat.
Tenaga profesional di peringkat pengurusan tertinggi masih lagi ramai.
Tempoh perkhidmatan dilanjutkan.
Contoh pensyarah universiti sehingga 65 tahun.
Ekonomi di peringkat kuarterner dan kuiner boleh dibangunkan.




2
6. Perubahan ciri demografi dan struktur umur dalam jangka masa panjang.
Peningkatan kumpulan umur tua (60 tahun ke atas) puncak piramid penduduk semakin
melebar.
Menggambarkan kualiti hidup semakin meningkat.
Dalam jangka masa panjang bentuk piramid boleh berubah dari progresif kepada
refresif dan stabil sepertimana yang dialami oleh Singapura dan Jepun




Penuaan penduduk adalah proses di mana bilangan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas
semakin meningkat manakala bilangan penduduk bawah 20 tahun pula semakin berkurangan
yang akhirnya menyebabkan umur penengah meningkat.

2. Penuaan penduduk merupakan satu fenomena yang berlaku di negara-negara membangun
dan perindustrian sejak empat atau beberapa dekad yang lalu dan ia merupakan kesan awalan
dalam usaha untuk mengurangkan tahap kesuburan dan kelanjutan usia penduduk.

3. Kebanyakan negara maju (1.2 bilion penduduk pada 2005) umur penengah penduduk telah
meningkat dari 29.0 pada 1950 kepada 37.3 pada 2000, dan dijangka meningkat kepada 45.5
menjelang 2050.

4. Pada 1950, umur median penduduk dunia ialah 23.9, meningkat kepada 26.8 pada 2000, dan
dijangka meningkat kepada 37.8 menjelang 2050. Di Jepun, Itali, Switzerland, Jerman, dan
Sweden, umur median penduduk melebihi 40 tahun.

5. Jepun, antara negara yang mengalami proses penuaan yang pesat di dunia, pada 1950
terdapat 9.3 penduduk bawah 20 tahun bagi setiap penduduk berumur 65 dan lebih. Menjelang
2025, nisbah ini dijangka menjadi 0.59 penduduk bawah 20 bagi setiap penduduk tua. (United
Nations, 2004).

6. Penuaan penduduk lazimnya dikaitkan dengan peningkatan jangka hayat dan penurunan
kesuburan penduduk. Peningkatan umur penduduk tua menaikan umur purata penduduk
melalui peningkatan jumlah umur penduduk tua berbanding jumlah umur kanak-kanak.

7. Penurunan kesuburan meningkatkan umur purata penduduk melalui perubahan imbangan
penduduk muda dan penduduk tua. Penurunan kesuburan penduduk faktor utama
menyumbang kepada penuaan penduduk dunia hari ini. Jelasnya, penurunan yang besar kadar
kesuburan lebih setengah abad menyebabkan penuaan penduduk berlaku dengan cepat di
negara-negara maju.

8. Pada 2000, 420 juta penduduk (6.9 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas manakala pada
2050 bilangan penduduk berusia 60 tahun dan ke atas akan mencecah 1.5 bilion.

9. Antara 2000 dan 2050, nisbah penduduk tua dengan penduduk yang bekerja (15 64 tahun)
akan meningkat dua kali ganda di negara maju dan tiga kali ganda di negara membangun.

10. Nisbah kanak-kanak ( berumur 0 14 tahun) di jangka menurun dari 30 peratus pada 2000
kepada 21 peratus pada 2050.

11. Peningkatan penduduk tua juga merupakan cabaran pembangunan kepada kerajaan negara
terbabit untuk meningkatkan program kebajikan sosial dan mengurangkan kesan kehadiran
mereka kepada ekonomi negara. Di negara membangun, tekanan bertambah bila mana
sebahagian besar warga tua adalah juga penduduk miskin.
Kesan penuaan penduduk terhadap ciri-ciri demografi dan status sosioekonomi.

1. Proses penuaan memberi kesan yang besar terhadap ciri-ciri demografi dan status
sosioekonomi. Antaranya:

(a). Penurunan kadar kesuburan dan kadar kelahiran. Penuaan penduduk yang meningkat
berkait rapat dengan penurunan kadar kesuburan. Trend kadar kesuburan yang semakin
menurun turut mempengaruhi kadar kelahiran yang rendah. Pada 2004 kadar kesuburan
menurun kepada 2.9 anak bagi setiap wanita berbanding 3.4 pada 1990.

(b). Perubahan struktur umur penduduk. Peningkatan peratusan warga tua telah diikuti dengan
penurunan peratusan penduduk muda. Ini menunjukkan pada masa hadapan, Malaysia akan
mengalami pengurangan bilangan penduduk muda.

(c). Kepanjangan jangkaan hayat. Peningkatan penuaan penduduk dikaitkan dengan kemajuan
perubatan dan kemudahan kesihatan yang baik. Kadar kematian yang menurun menyebabkan
purata tempoh hayat di Malaysia meningkat. Purata jangkaan hayat semasa kelahiran di
Malaysia pada tahun 2000 ialah 72.6 tahun (atau 70.2 tahun untuk lelaki dan 75.0 tahun untuk
perempuan) dan ia diunjurkan akan meningkat secara puratnya 76.6 tahun pada tahun 2020.

(d). Perubahan struktur jantina. Satu ciri umum penduduk di seluruh dunia majoriti warga tua
ialah wanita dan perkadaran mereka meningkat seiring dengan peningkatan umur. Kadar
kematian yang tinggi di kalangan lelaki pada umur tua telah menyumbang ke arah corak ini.
Nisbah jantina (bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan) di kalangan warga tua di Malaysia
ialah 91.4 pada tahun 2000.

(e). Nisbah tanggungan. Penuaan penduduk juga telah memberi kesan terhadap penurunan
nisbah tanggungan. Nisbah tanggungan menurun daripada 82.6 pada tahun 1980 kepada 64.3
pada tahun 2000. Ini adalah mungkin disebabkan oleh penurunan dalam kadar kelahiran
semasa transisi demografi di samping angka pembawah yang lebih besar bagi nisbah
tanggungan. Walau bagaimanapun, nisbah tanggungan ini dijangka meningkat pada tahun
2020 kepada 67.3 disebabkan oleh kenaikan perkadaran penduduk warga tua.

(f). Sosioekonomi. Penduduk tua dianggap tidak memberi sumbangan kepada ekonomi dan
merupakan kumpulan yang tidak berdikari dan beban kepada negara. Kerajaan terpaksa
memperuntukan perbelanjaan yang tinggi setiap tahun untuk menyediakan keperluan untuk
warga tua seperti pusat jagaan, bantuan perubatan, pencen dan sebagainya. Di semua negara,
warga tua hanya mencatatkan perkadaran yang kecil bagi keseluruhan tenaga buruh. Selain itu,
peningkatan penduduk tua menyebabkan berlakunya perubahan nilai sosial dalam masyarakat.
Sejarah menunjukkan bahawa ahli-ahli keluarga yang tinggal secara bersama bertanggungjawab
dalam penjagaan warga tua, iaitu warga tua bergantung kepada mereka yang tinggal
bersamanya.. Walau bagaimanapun, pembentukan keluarga yang lebih kecil memberi kesan ke
atas peranan keluarga sebagai penjaga (care-givers) kepada warga tua.

Malaysia merupakan salah sebuah negara sedang membangun, mengalami pertumbuhan
ekonomi yang memberangsangkan sejak dua atau tiga dekad yang lalu. Ini memberi kesan
kepada perubahan sosial yang tinggi seperti peningkatan taraf pendidikan terutamnya di
kalangan wanita, pembangunan kemudahan kesihatan, perubahan corak tenaga pekerjaan,
kesuburan dan pembentukan keluarga. Perubahan ini memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan dan struktur penduduk di Malaysia antaranya ialah arah aliran penuaan
penduduk.

3. Bilangan warga tua di Malaysia adalah hampir dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun antara
tahun 1970-1991 iaitu daripada 546 ribu orang pada tahun 1970 kepada 1.03 juta orang dalam
tahun 1991. Bilangan tersebut telah meningkat sebanyak 35 peratus untuk 10 tahun berikutnya
iaitu 1.4 juta orang atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk dalam tahun 2000 (Jadual 1).
Bilangan warga tua ini dijangkakan lebih dua kali ganda kepada 3.4 juta pada 2020. Jelasnya,
kadar peningkatan bilangan penduduk tua yang berusia lebih 60 tahun ke atas antara 1990
hingga 2025 ialah tujuh hungga lapan kali lebih tinggi berbanding negara maju seperti United
Kingdom dan Sweden.

2. Penurunan kadar kelahiran dan pertambahan penduduk tua menyebabkan umur median
penduduk bertambah. Jelasnya, umur median penduduk mengalami perubahan seiring dengan
peningkatan penuaan penduduk. Umur median penduduk meningkat daripada 17.4 pada 1970
kepada 23.6 pada 2000, dan dijangka meningkat kepada 27.1 peratus pada 2020.

3. Warga tua meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan jumlah penduduk.
Kadar pertumbuhan bagi penduduk berumur 60 tahun dan lebih menunjukkan arah
peningkatan yang berterusan, sebaliknya kadar pertumbuhan bagi jumlah bilangan penduduk
menunjukkan penurunan.

Anda mungkin juga menyukai