Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku
2) WARISAN (Anak kecil main api)
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutuplah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa Majulah dengan maha perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di nusantara Melayu kan gagah di nusantara Melayu kan gagah di nusantara
3) SETIA
Demi negara yang tercinta Di curahkan bakti penuh setia Demi raja yang disanjung tinggi Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat Khidmat diberi penuh taat Sama bekerja sama berusaha Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja Amanah bangsa tetap dijaga Kami berikrar penuh setia Untuk agama, bangsa dan negara
4) TANAH PUSAKA
Sungguh gemilang negeriku Yang kupuja oh tanah Malaysia Dimerata dunia Harum semerbak namamu oh Malaysia
Aman makmur kaya-raya Selama-lama hidup maju jaya Oh tanah pusaka Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah Berbagai bangsa didalamnya Hidup aman dan bersama Bertekun kerja untuk Malaysia
Musuh melanggarku gempur Sungguh rela kugugur kerana Kau tanah pusaka Biar putih tulang jangan putih mata
5) KEMEGAHAN NEGARAKU
Selamatlah Malaysia jaya Negaraku yang kucintai Seumurnya maha perkasa Kedaulatan ibu pertiwi
Malaysiaku maha berjaya Negaraku indah murni Selamatlah Malaysia jaya Negaraku ibu pertiwi