Anda di halaman 1dari 64

Etika Idalam Sains dan

Teknologi Islam
B
IV.I Pengenalan etika Islam
IV.2 Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi
II.3 Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden.



Moderator
HJ FADZLULLAH HJ SHUIB
CITU
UITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN








Individu atau komuniti yang beretika
cemerlang akan mendapat faedah dari sistem
etika yang dianuti dan diamalkannya
itu.Reputasi dirinya akan menjamin
kejayaannya dalam menempuh arus
kehidupan yang deras ini.Tegasnya orang
yang berakhlak adalah seseorang yang
berpakaian sempurna yang menutupi
auratnya.Adapun orang yang tidak beretika
diibaratkan seorang bertelanjang yang
terdedah kepada kehinaan dan
keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika
memiliki relavansi dengan sains dan
teknologi Islam yang menampilkan
keunikannya jika dibandingkan dengan krisis
etika dan moral dalam sains dan teknologi
Moden yang semakin tenat.

Objektif etika Islam dalam sains dan
teknologi
i Proses pembinaan syakhsiyyah (
jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah
dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
ii Kod etika yang luhur berupaya
menangani persoalan keruntuhan
moral yang sedang melanda
masyarakat kontemporari.


iii Kehidupan seharian boleh
dilaksanakan dengan lancar
apabila adanya suatu kod etika
yang standard dan seimbang.
iv Sistem etika yang mantap
mampu menyelami dan
menanggapi fenomena etika
semasa yang memiliki
kepelbagaian dan dinamik.


10/21/2014 5
v Dalam perbahasan etika kita perlu
mendalami dan menghalusi teori-teori
etika yang relevan dengan keperluan
masyarakat.
vi Sehubungan ini perlunya kajian
perbandingan serta mensintesiskan
berbagai teori etika yang bersifat
sejagat untuk digubal dan
diketengahkan dalam masyarakat
global.
10/21/2014 6
Interaksi Etika dengan Falsafah
dan Teologi
Aristotle membahagikan falsafah kepada :
Logik
Etika
Estetika
Psikologi
Politik
Fizik
Metafizik
10/21/2014 7
Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali
Matematik
Logik
Fizik
Metafizik
Etika
Politik
10/21/2014 8
Falsafah Etika
Etika : Ia juga disebut aksiologi
atau teori nilai.Falsafah etika
merupakan cabang utama
aksiologi.Etika ialah pola
umum tentang cara hidup serta
set peraturan tentang
perlakuan.
10/21/2014 9
5.2 Kepentingan Etika Islam dalam
Sains dan Teknologi
Islam merupakan sistem hidup
ciptaan Ilahi yang tidak bercampur-
aduk sama sekali dengan pemikiran
manusia.Justeru itu,kriteria utama
sistem Islam ialah fitrah ( suci
),sempurna,teguh,menyeluruh,sediak
ala dan abadi iaitu sifat-sifat yang
merujuk kepada penciptaNya.
10/21/2014 10
10/21/2014 11
Islam tetap memberi ruang dan
tempat kepada kegiatan akal manusia
dengan batas-batas yang tertentu
menurut keupayaan akal itu
sendiri.Dalam hal ini panduan dan
penjelasan wahyu amat diperlukan
oleh manusia dalam persoalan
metafizik ( alam ghaib ) yang diluar
jangkauan akal dan pancaindera
manusia.Walhal metafizik itu menjadi
asas kepada kewujudan alam fizik
10/21/2014 12
Kepentingan falsafah dan etika Islam kepada
sains dan teknologi
i Sains dan teknologi yang berteraskan falsafah Islam
akan berpaksikan pentafsiran metafizik iaitu yang
berlandaskan tauhid.Sains yang berteraskan falsafah
Islam mempunyai sifat-sifat kerohanian yang
tersendiri yang dikembangkan oleh para sarjana
Islam.Falsafah Islam akan menjadikan alam tabii ini
mempunyai postulate yang bersifat metafizik.

10/21/2014 13
ii Falsafah Islam telah meletakkan sains dalam
kerangka epistemologi ( teori ilmu ) yang
betul,saksama dan sah.Umpamanya dilihat dari aspek
hierarki ilmu bahawa ilmu syariah adalah ilmu
fardu ain dan sains dalam berbagai bidang adalah
ilmu fardu kifayah.
iii Falsafah dan etika Islam mensejajarkan sains
dengan syariah.Setiap kegiatan sains perlu
dipertimbangkan dengan hukum-hukum dan etika-
etika syariah.
iv Falsafah dan etika Islam telah menggalurkan
sains yang dapat direalisasikan demi keperluan
ummah.
10/21/2014 14
v Etika merupakan satu bidang falsafah yg
membicarakan tentang tingkahlaku manusia dari
aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam hubungan
dengan sains,etika adalah satu bidang ilmu yang
mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam aplikasi
sains serta berhubung dengan tatacara untuk
mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan
dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi.
Justeru itu benar sekali ungkapan yg ditegaskan
oleh Einstein bahawa
Science without philosophy is blind,and philosophy
without science is empty.
10/21/2014 15
5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI
MODEN SERTA CABARAN KONTEMPORARI
Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu terunggul
merentasi segala budaya dan bebas nilai.
Faham etnosentrik memuja sains Barat dan tidak
mengiktiraf sumbangan dunia di luar komuniti Barat.
Tamadun klasikal seperti tamadun
Cina,India,Islam,Yunani,Mesir telah memberi
sumbangan yang besar kepada kelahiran peradaban
moden.

10/21/2014 16
Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi Moden
Pensekularan Sains Moden : Pemisahan persoalan
agama & dunia.
Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas alam
sekeliling hasil kemajuan sains dan kesan kepada
aspek falsafah.
Isu moral dan etika dalam budaya sains Moden yang
diklasifikasikan kepada tujuh segmen :
i Moral sains dari perspektif Budaya Barat
terhadap alam dan sains.
ii Moral agama dan tradisi dalam Sains Moden.
10/21/2014 17
iii Moral sosial dari perspektif kemusnahan oleh
Sains Moden.
iv Kedudukan nilai dari perspektif Sains Barat
v Moral pengajaran dalam pendidikan Sains Moden
vi Moral sains dalam konteks pengkajian
kontemporari mengenai sains di Malaysia.
vii Moral dan etika dalam bioteknologi dan
kejuruteraan genetik.

10/21/2014 18
Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu
yg unggul & sejagat merentasi semua bentuk
budaya & tidak terikat dengan sebarang
nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh
para saintis & failasuf Barat & Timur tetapi
pandangan etnosentrik tentang keunggulan
sains Moden Barat masih berakar umbi di
seluruh dunia sehingga kini.Berikutnya sains
yang di luar dunia barat dipandang rendah dan
dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt sains
Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh
komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi
oleh kuasa2 Barat.
10/21/2014 19
Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang di luar
daripada tradisi Barat mempunyai konsep2 asas dan
epistemologi yg tersendiri spt sains Islam,Cina & India.Justeru
itu perbahasan tentang sains yg berkembang di luar drp sains
Barat adalah sah.
Demikian halnya apabila kita memperkatakan sains Barat
Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial yg sama.Ia tidak
berkembang secara kebetulan atau sebagai hasil akumulatif
ilmu2 moden.Tegasnya,sains moden adalah ilmu yg
berkembang dalam situasi & suasana yg bersifat bebas nilai,&
dilatari oleh falsafah & fahaman yg serasi dengan doktrin
Barat.Misalnya ilmu biologi moden amat dipengaruhi oleh
teori evolusi Darwin yg amat bercanggah dengan perspektif
sains Islam dan pelbagai sains klasikal yg lain.
10/21/2014 20
Tidak tepat andainya kita menyatakan bahawa
sebelum sains Islam,Barat tidak mempunyai
sains.Apa yang benar ialah sains Barat amat
merosot di Eropah pada lingkungan
jangkamasa 400-1100 M.Alasan sebenar
mengapa sains Barat tidak berkembang dalam
tempoh tersebut ialah :
10/21/2014 21
ketidaksetabilan politik di Eropah
ketiadaan unsur patronage ( naungan politik
terhadap para saintis failasuf )
sikap gereja Kristian yang tidak menggalakkan
mempelajari ilmu daripada orang bukan
Kristian
10/21/2014 22
Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang berasal daripada
peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu yang sesat lantaran tidak
berpandukan kitab Injil.Mereka juga menolak semua ilmu yang berasal
daripada Tamadun Yunani yang dihasilkan oleh
Plato,Aristotle,Socrates,Thales dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa
bercanggah dengan ajaran Kristian.

Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat berkembang
berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan disintesiskan oleh saintis-
failasuf dalam peradaban Islam yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin
Hayyan,Ibn Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn
Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban Islam telah
berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M hingga 1400 M dalam
pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan perubatan perkembangan
mengunjur hingga 1750 M.
Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 1400 M semakin
kurang permusuhan dengan ilmu asing terutama yang
dimajukan oleh saintis Muslim.Tempuh ini disebut sebagai era
pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II ( 999 1003
M ) memainkan peranan mendekatkan jurang di antara orang-
orang Kristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau telah
mengarahkan penterjemahan karya-karya sains berbahasa Arab
ke bahasa Latin.Pope tersebut mendapati sains Islam lebih
dekat dengan ajaran Kristian jika dibandingkan dengan sains
Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh digunakan untuk
meneroka mengenai astrolabe dan abacus.
Rentetan dari perkembangan itu menjelang pertengahan abad
kesepuluh Masihi penterjemahan karya sains Islam ke bahasa
Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol terutama di Biara
Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut di sekitar ilmu
astronomi dan geometri.Kegiatan penterjemahan tersebut
berjalan dengan lebih pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam
di Sepanyol.Para penterjemah tersebut terdiri dsaripada Plato
dari Trivoli,Gerard dari Cremona,Adelard dari Bath,Robert
dari Chester dan Dominicus Gondisalvo.Manakala saintis
failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah Ibn Sina
yang mana 276 karyanya diterjemahkan ke pelbagai bahasa
Eropah.Tidak keterlaluan andainya dirumuskan bahawa
pemikiran yang terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan
Ibn Rushd yang bertanggungjawab menanamkan benih-benih
Renaisans yang pada awalnya tercetus di Itali dan akhirnya
merebak ke seluruh Eropah.
Sungguhpun sumbangan sains moden menatijahkan
kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada manusia,namun
tidak boleh disangkal sama sekali bahawa ia telah
mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran yang penuh
tragis.Faktor utama yang mencetuskan fenomena itu ialah
penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek
metafizik dalam budaya sains moden.
Pertumbuhan dan perkembangan sains moden telah
mengakibatkan dua dampak dalam kehidupan manusia
kontemporari.
Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada kemajuan
dan perkembangan sains
Kedua : Dampak kepada aspek falsafah.
Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan dan
manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh manusia yang
bersenjatakan sains moden.Kerakusan manusia mengakibatkan
berlaku kerosakan alam sekitar dan system ekologinya.Ini
semua diakibatkan manusia terlalu mengkagumi kebolehan
sains.Antara kedurjanaan yang melimpah boleh diteliti
daripada isu pengklonan,ponografik,perlumbaan senjata,isu
nuclear dan seumpamanya.
Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan sains
moden ialah perubahan dalam aspek falsafah,baik ditinjau
daripada aspek metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang
metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga mewujudkan
fahaman eteisme.Begitu juga perubahan dalam epistemology
akibat fahaman rasionalisme yang didakwa oleh sains moden
sebagai satu-satunya cara yang sah untuk mendapat ilmu
pengetahuan membawa kepada penolakan wahyu dan juga
ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada perubahan ini
sains moden berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu
lantaran agama dianggap sebagai tidak rasional.Dalam bidang
etika pula, nilai yang tertinggi bagi pendokong sains moden
ialah nilai gunaan seperti yang ditayangkan oleh fahaman
utilitarianisme.Semua pengadilan nilai dianggap sebagai cirri
kuno dan lantaran itu sains dianggap neutral atau bebas
nilai.Dengan perkataan lain sains didakwa tidak mempunyai
pertimbangan nilai yang menyebelahi mana-mana pihak.
KRISIS SAINS MODEN
Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis tentang hal
ini ialah :
1. Moral sains daripada perspektif budaya Barat terhadap alam
dan sains
2. Moral agama dan tradisi dalam sains moden
3. Moral sains daripada perspektif kemusnahan alam oleh sains
moden
4. Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat
5. Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden
6. Moral sains dalam konteks pengkajian kontemporari
mengenai sains di Malaysia
7. Moral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan
genetik.
Falsafah sains Barat berlandaskan rasionalisme.Sungguhpun
komuniti sains moden Barat mengakui adanya Tuhan tetapi
mereka menafikan peranan Tuhan dalam menentukan segala
kejadian yang berkaitan dengan manusia dan alam
semesta.Salah seorang tokoh saintis Barat yang bernama
George Leclerc ( 1707 1788 ) menyatakan bahawa Tuhan
memberi daya ( a force of impulsion ) kepada planet-planet
sewaktu menciptakannya dengan alam ghaib kerana sebab-
sebab yang menasabah yang boleh diterangkan melalui
hukum-hukum mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawa
Tuhan tidak terbabit di dalam kejadian tersebut.
Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis daripada
Swiss telah menegaskan bahawa jirim memiliki keupayaan
sendiri untuk bergerak.Hujah beliau bersandarkan kenyataan
bahawa magnet bertindak menarik besi.Demikian juga
Abraham Trembley,seorang biologis telah membuat penemuan
yang mendapati hidra,sejenis haiwan mampu membiak
walaupun dikerat kepada beberapa kepingan.Penemuan ini
telah menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim boleh
menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas tanpa pertolongan
Tuhan.Pendapat Trembley disokong oleh paderi John
Turbeville ( md 1745 ) yang menemui hidupan-hidupan halus
daripada sayuran yang telah mati.
Tokoh2 saintis yang disebut tadi telah menimbulkan keraguan
terhadap peranan Tuhan ke atas alam dan manusia,disana
terdapat tokoh-tokoh saintis dan failasuf moden yang lebih
hebat pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh keagamaan
dalam kehidupan manusia.Antaranya ialah Francis
Bacon,Rene Descartes,Galileo,Kepler dan Newton yang telah
membangunkan sains moden tulen di dalam lapangan
matematik dan mekanik.Mereka menganggap dunia seperti
sebuah mesin yang canggih dengan segala kegiatan yang
memerlukan matematik dan mekanik di dalam
berinteraksi.Antara peranan mereka dapat dirumuskan seperti
berikut :
i Nicholas Copernicus ( 1473 1543 ) telah
memulakan revolusi sains moden dengan
menggagalkan teori Ptolemy dan Bible tentang pusat
bumi yang telah diterima lebih beratus tahun yang
lalu.
ii James Kepler ( 1571 1630 ) menurut jejak
langkah Copernicus dengan menghasilkan undang-
undang formula empiric tentang pergerakan bintang-
bintang ( planet ).
iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan tokoh saintis
Barat yang benar-benar berjaya mengubah paradigma
sains.Kejayaan beliau mencipta teleskop iaitu alat cerapan
bintang telah memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan
mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul sebagai teori
sains unggul.
iv Rene Descartes pula merupakan failasuf saintis yang lebih
tersohor dalam lapangan matematik.Pandangan dan
penerokaan falsafahnya amat dipengaruhi oleh fizik moden
dan astronomi.Beliau tidak menerima sebarang pengetahuan
tradisi,tetapi berjaya menegakkan sistem pemikiran baru,beliau
menyatakan :
" All science is certain evident knowledge.We
reject all knowledge which is merely robable
and judge that only those things should be
believed which are perfectly known and about
which there can be no doubt "
( Garber,1978, Science in certainly in
Descartes, in Hooker,Michael ed.
Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly.
Press ).
Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan
penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya
bahawa struktur matematik adalah kunci kepada
alam semesta dan sains pula merupakan sinonim
dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru
dalam penulisan sains semulajadi yang
lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2
yang terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini
bermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun
tiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatan
manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap
bahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan
hukum ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik
secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi
seperti mesin yang sempurna,diperintah oleh
undang2mekanik untuk organisasi hidup.
2 Moral Agama dan Tradisi
dalam Sains Moden
Semua agama berusaha mencari doktrin tersendiri tentang
sains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggah
dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya teori
evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para
ilmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh
sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata tidak
dapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian dan
perkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapat
memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama
kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima
kembali teori generasi spontan yang telah terlanjur ketika
itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu yang
menyatakan bahawa kehidupan manusia dan seluruk
makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yang
diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas
mengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia
disifatkan mengganggu pengertian tentang alam sains (
fizikal dan teknologi).
Ilmu pengetahuan atau sains,secara
ringkasnya dinisbahkan sebagai himpunan
pengetahuan manusia yang dikumpulkan
melalui suatyu proses pengajian dan yang
dapat diterima oleh rasional.Sains yang
dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains
Islam telah menyumbangkan budaya dan
tamadun intelektual yang
mantap.Pemangkin kepada sains Islam ialah
agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden
Barat menghadapi dilemma dalam hal
ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus
apakah sains Barat benar-benar ilmu atau
hanya sekadar maklumat yang belum pasti
benarnya.
3 MORAL SOSIAL DARI
PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH
SAINS MODEN
Akibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains
moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah
di dunia kontemporari,antaranya :
i Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim
natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup
yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran
alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang
mencemarkan air,udara dan
persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan
kimia sebagai baja dan racun,pencemaran
bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula
DNA dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan
sekadar mendatangkan masalah kepada manusia
sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu
sendiri.
Pembakaran arang batu merupakan
pencemaran yang paling merbahaya ke atas
alam sekitar.Di samping itu pencemaran
alam sekitar yang berpunca daripada
asap,debu,gas,sesetengah bahan organic
telah dikategorikan sebagai punca yang
menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca
apencemaran alam sekitar yang lain ialah
sulfur dioksida yang boleh membawa
penyakit kanser paru-paru.Demikian juga
nitrogen oksida yang disebabkan oleh
penggunaan bahan berjentera juga
mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia
akan menyebabkan berlakunya hujan asid
iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan air
meruap yang akan membentuk SO2NO2.
ii Pencemaran nuklear
Pengajian tentang nuklear telah menjadi
agenda utama kritikal evolusi hasil daripada
kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan
negara maju berlumba-lumba untuk
memajukan senjata nuklear dan ada juga
yang mendapat bekalan tenaga
nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak
dapat dipisahkan.Jika berlaku perang
nuklear seluruh muka bumi dan sega isi
kandungannya akan menghadapi
kemusnahan.

4 Kedudukan Nilai Daripada
Perspektif Sains Moden
Sains adalah pengetahuan mengenai dunia
fizikal,manusia dan masyarakat.Ia terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu sains tulen,sains sosial dan sains
gunaan.Sehubungan ini sains gunaan merupakan
teknologi yang membolehkan manusia mencipta alat
atau perkakas dan rekaan-rekaan lain bagi membantu
manusia memenuhi hukum alam tabii.Ia juga boleh
dilihat sebagaimana kenyataan J.Brronowski : " Sains
merupakan rekaan konsep dan fakta yang
berlandaskan kebenaran."
Nilai akan wujud apabila dibandingkan sesuatu benda
atau tindakan atau kualiti sesuatu bahan dengan
pandangan atau pendapat golongan lain.Sistem nilai
dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan amalan
manusia dan ia berbeza mengikut kaum,agama dan
masa.Menurut J.Bronowski lagi,nilai etika tidak
mempunyai sempadan yang jelas,ia wujud di
kalangan ahli sains,para artis.ahli teologis dan
kelompok-kelompok manusia yang lain.
Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf
bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle
dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek
purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan
logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat
dengan unsur-unsur etika.
Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf
bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle
dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek
purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan
logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat
dengan unsur-unsur etika.
Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang luas meliputi
manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya nilai dan etika pula
merupakan suatu pengukuran terhadap sesuatu dengan membuat
perbandingan terhadap benda,pandangan manusia atau masyarakat.Apabila
sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif diperkenalkan
kepada orang ramai ,penilaian terhadap rekaan sains ini akan timbul
samada dari segi moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihak
menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan manusia.Tetapi
pihak lain pula mempertahankan penggunaannya demi membantu
perkembangan sosioekonomi negara.Di sinilah timbulnya konflik mengenai
nilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains.
Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi bahawa rekaan
sains atau ciptaan teknologi adalah penting bagi sesebuah
negara yang sedang memacu perkembangan yang pesat dalam
sektor perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak perlu
memikirkan tentang aspek nilai yang berkait dengan rekaan
sains atau teknologi itu.Kerajaan dan para saintis usahlah
memikirkan keuntungan material dan kegunaan sesuatu rekaan
sains tanpa mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta
benda masyarakat,negara dan manusia sejagat.Unsur etika
patut diletakkan di tempat yang tinggi seiringan dengan
inovasi sains dan teknologi.Ini disebabkan pembangunan
sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai seandainya
penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains dan bukan
kedua-dua aspek tersebut secara serentak.
Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan suatu
pembaharuan atau reformasi sains yang ditanggapi oleh
Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam bukunya The Structure of
Scientific Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan yang
telah mencapai puncak kegemilangannya.Sains klasikal telah
mengalami anjakan secara revolusi ke sains
moden.Sehubungan ini para saintis seperti
Kepler,Galileo,Francis Bacon,Descartes dan Newton telah
melakukan pelbagai spekulasi dan ujikaji yang menghasilkan
implikasi besar dalam dunia sains,falsafah dan
pemikiran..Menjelang berakhirnya abad ke 20 muncul pula
perkembangan sains yang lebih radikal seperti bercambahnya
penciptaan computer,robot kerdikan buatan ( artificial
intelligence ) dan penyelidikan serta penerokaan angkasa
lepas.
Meskipun sains telah berkembang secara drastik sejak era
revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur etika dan nilai tidak
berkembang pesat seiringan dengannya,malah telah merudum
jatuh.Apa yang berubah ialah penilaian manusia terhadap etika
itu sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia lebih
cenderung kepada fahaman dan aliran kebendaan.Dalam
konteks ini mereka mementingkan keuntungan dan status
bukannya rekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalan-soalan
yang bercelaru dalam pemikiran para peninjau sains moden.

Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan masih ada tempat
di hati sanubari komuniti sains kontemporari ? Sejauhmanakah
aspek-aspek kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis
dan failasuf moden baik di Timur mahupun di Barat ? Dengan
kata-kata lain boleh ditegaskan bahawa sains Barat moden
berterusan mendokong nilai materialisme dan
konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat masih
menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat telah menjadikan
sains sebagai ideologi tunggangannya.

Moral Pengajaran Dalam
Pendidikan Sains Moden
Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah disiplin ilmu yang menjadikan
alam dan manusia sebagai objeknya.Justeru itu ia wajar dikembangkan dan
dibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat Islam dengan
menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai pemangkin yang
membangunkannya.Sebaliknya sistem pendidikan global di negara-negara
umat Islam masih berorientasikansistem pendidikan kebaratan yang
mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskan umat Islam kea rah
krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagi aliran rasionalisme masih
menguasai pemikiran sains kontemporari yang memencilkan pegangan
keagamaan.Malah proses pencernaan sains yang membuahkan teknologi
juga masih berlandaskan dimensi dualisme dan sekularisme.
Daripada perspektif saintisme Barat,sistem pengajaran
mutakhir tidak menjejaskan pengajaran sains.Sebaliknya
sistem yang sama amat mencabar kewibawaan serta
keunggulan sistem kepercayaan dan kebudayaan
Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran sains moden
menafikan pandangan semesta yang berpaksikan
agama.Pendokong sains moden berhasrat menjadikan disiplin
sains bersifat objektif dengan memutuskannya daripada
sebarang nilai dan kepercayaan atau pegangan agama.
Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut mengkritik
metodologi sains moden.Misalnya Wellington ( 1989 ) di
dalam tulisannya " Skill and Process in Science Education,A
Critical Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains moden
berkecenderungan menjadi 'over specific" dan " restrictive'.
Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di dalam
bukunya,Communication and Identity, menggariskan :
" The manace of scientism that is largely psychological,not
that of the scientific process.'
6 Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian
Kontemporari Mengenai
Sains di Malaysia
Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam sains bukan
lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac Newton, akan tetapi
teori deterministik Newton yang merujuk kepada fizik semata-
mata telah dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya
Heisenberge dengan teori relativitinya ( Heisenberge's
Uncertainty Principle ) yang dibentangkan pada tahun
1927.Heisenberge sebagai pendokong dan pengasas fizik
kuantum telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan Tuhan
oleh sains moden adalah sudah ketinggalan zaman.Malah
kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam semua aspek kehidupan
manusia dan alam,akan tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza
dengan stail bahasa agama.
Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan De Broglie
mendekati kebenaran Tuhan dalam pentafsiran dan tentangan
mereka terhadap fenomena sementara yang belum diketahui
manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat
deterministik.Sebenarnya teori hidden variables yang
dikemukakan oleh Einstein dan para saintis Barat bukanlah
sesuatu yang asing dalam konsep ketuhanan Islam.Angkubah-
angkubah atau variables yang dianggap tersembunyi ( hidden )
itu adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan sam'iyyat (
metafizika ) seperti Zat Allah SWT,para malaikat,alam
ruh,alam akhirat dan lain-lain seumpamanya.
7 Moral dan Etika Dalam Bioteknologi dan
Kejuruteraan Genetik
Isu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek Deoksiribosa )
dan kejuruteraan genetik turut diperdebatkan oleh para ilmuan
Islam yang menghasilkan beberapa rumusan tentang
keabsahannya menurut syariah Islam.Islam menggariskan
prinsip-prinsip tertentu dalam melaksanakan proses
kejuruteraan baka atau lebih khusus lagi disebut
pengklonan.Misalnya Islam menolak pengklonan manusia
dengan alasan :
a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak lain tidak
berhak campurtangan dalam urusan penciptaanNya
b pembikinan klon manusia akan mendatangkan
kemusnahan kepada alam ciptaan Allah
c pengklonan manusia pula akan merosakkan
system kekeluargaan
d pengklonan menyanggahi sunnah Allah yang
menciptakan manusia dengan hikmah-hikmah yang
tertentu dan unik
e pengklonan manusia melalui proses yang diluar
batas hukum syarak atau di luar institusi perkahwinan
Islam yang mantap
Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang melakukan
kegiatan genetic engineering untuk kepentingan kebendaan
dan keangkuhan ilmu untuk mencabar kuasa Tuhan Yang
Maha Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme Barat
akan menimbulkan krisis nilai dalam kehidupan
manusia.Masalah sosial akan terus meningkat berikutan
hubungan suci manusia melalui ikatan perkahwinan dan
kekeluargaan telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila situasi
itu terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh undang-
undang kerana dunia sains semakin eksklusif dan memiliki
imuniti tersendiri.
Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science and Belief
Discources on New Perceptions telah membahaskan
persoalan biologi kontemporari yang berdepan dengan
beberapa pertimbangan nilai dan etika tentang sehingga
sejauhmanakah teknologi-teknologi yang berkaitan
mengancam keadaan berahsia ( privacy )
,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan
manusia,keseimbangan pelbagai ekosistem serta futuristic
planet bumi.Beliau menampilkan polemik antara golongan
yang memegang prinsip hormic dengan golongan yang
mendokong konsep pure chance tentang menjelaskan
mekanisme kehidupan yang mempunyai implikasi besar
terhadap etika.Antaranya :
a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA
menghasilkan perbincangan tentang keselamatan
manusia
b campurtangan manusia dalam proses kehidupan
asas tentang bentuk dan aturan struktur genetik
c tentang pengawalan ekspresi gen ( control of
gene expressions )
d tentang proses pembezaan sel
Semua proses tersebut memerlukan satu
disiplin dan etika yang tinggi.Para penyelidik
saintifik mesti memahami bagaimana sesuatu
itu berlaku dan bagaimana ia berfungsi.Mereka
tidak boleh mengabaikan juga persoalan
kenapa sesuatu itu berlaku.Ini membabitkan
persoalan yang melepasi dimensi fizikal
semata-mata.
PENGEMBALIAN SAINS KE
PANGKUAN ISLAM
Usaha terpenting umat Islam pada masa kini ialah
bagaimana amengembalikan semula sains kepada
paksinya yang satu iaitu agama.Antara rumusan untuk
melaksanakan usaha-usaha murni kea rah
pengIslaman sains ini ialah :
a Keharmonian agama dan sains,tiada pertentangan
di antara kedua-duanya
b Terdapat proses pertumbuhan yang selari di
antara agama dan sains di dalam sejarah dan dalil-
dalil menunjukkan agama mencetuskan kegiatan sains
c Fakta yang relevan mengisyaratkan
bahawa sains telah memantapkan lagi
ajaran agama dan demikian juga
sebaliknya
d Penampilan sains adalah dari cetusan
agama malah prinsip-prinsip dan fakta-
fakta sains terdapat di dalam teks
keagamaan
e Terdapat stimuli dan stigma dari falsafah
ketuhanan yang menjadi mekanisme kepada
eksperimen sains.Justeru itu agama
membentuk pemangkin kepada sains dengan
rujukan kepada suruhan dan ajaran Tuhan
f Hubungan sains dan agama dari segi fungsinya adalah
untuk mencapai kebahagiaan manusia
10/21/2014 64
SEKIAN. TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai