Anda di halaman 1dari 1

USMAN BIN SHARIP

15, JLN DESA MOLEK 10,


TAMAN DESA MOLEK
75460, MELAKA.
_____________________________________________________________________________________________________________________
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA,
PAPN DUYONG,
MELAKA.
(U.P: PN. AMALINA)
Ketua Papn Duyong

3.12.2014

Tuan/ Puan,
MEMOHON MEMBERHENTIKAN PERSEKOLAHAN ANAK JAGAAN
Merujuk perkara di atas, saya ibu bapa / penjaga murid yang bernama AHMAD ATIF B. USMAN
berumur 3 Tahun 9 Bulan, memohon memberhentikan persekolahan anak jagaan saya atas
kemahuan saya sendiri mulai 31.12.2014.
2.
Untuk makluman tuan/puan, anak saya akan meneruskan persekolahan nya di sekolah yang
baru iaitu Premier Montessori di Bukit Beruang, Melaka. Ini kerana saya mahu anak jagaan saya untuk
merasai dan mengalami suasana pembelajaran yang baru di tempat yang lain.
3.
Saya berjanji tidak akan mengemukan sebarang rayuan atau bantahan berhubung perkara di
atas. Saya juga berjanji akan menanggung risiko atas tindakan saya ini. Saya harap pemberhentian
anak jagaan saya ini, akan dapat memberi peluang kepada mereka yang layak untuk berada di PAPN
ini.
4.
Ribuan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di PAPN Duyong yang selama ini
mendidik dan membimbing anak jagaan saya dengan penuh komited dan dedikasi sekali. Kerjasama
tuan/puan, saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,

(USMAN BIN SHARIP)


Bapa Ahmad Atif B. Usman
Air Molek, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai