Anda di halaman 1dari 4

AMALI : KAWALAN BINTANG DELTA

PENGENALAN
Kawalan bintang delta merupakan salah satu litar kawalan yang digunakan dalam
sistem penyaman udara. Litar kawalan bintang delta merupakan satu litar yang mengubah
sambungan belitan motor yang bentuk sambungan bintang kepada bentuk sambungan delta.
Selain itu, litar ini juga digunakan untuk menghidupkan permulaan litar motor elektrik
dalam bentuk bintang ke bentuk sambungan delta selepas mencapai 75 % kelajuan motor.
Antara komponen yang terdapat dalam litar kawalan bintang delta ialah fius, punat
tekan hidup, punat tekan henti, penyentuh magnetik, geganti beban lampau, geganti lewat
masa dan lampu pandu.

PERALATAN DAN KELENGKAPAN


i.

Penyentuh magnetik

ii.

Wayar

iii.

Papan pendawaian

iv.

Bongkah penyambung

v.

Geganti beban lampau

vi.

Geganti lewat masa

vii.

Punat tekan henti

viii.

Punat tekan hidup

ix.

Fius

x.

Multimeter

xi.

Tool box

LANGKAH KERJA
i.

Teori mengenai litar kawalan bintang delta terus diberikan terlebih dahulu
sebelum memulakan pendawaian.

ii.

Pelajar kemudian memahami litar skematik, Rajah 1.3 yang diberikan .

iii.

Pelajar kemudian melakar atau melukis litar.

iv.

Pelajar kemudian menyenaraikan bahan-bahan dan kelengkapan yang diperlukan


dalam kerja-kerja pendawaian dan menguji komponen-komponen tersebut.

v.

Seterusnya, pelajar menyusun dan memasang semua alat kelengkapan yang


diperlukan.

vi.

Kemudian ,pelajar memulakan kerja-kerja pendawaian mengikut litar skematik,


Rajah 1.3 yang telah disediakan.

vii.

Untuk kerja pendawaian yang tersusun dan mudah difahami, pelajar memulakan
kerja pendawaian dari sebelah kiri ke kanan.

viii.

Setelah kerja-kerja pendawaian diselesaikan, pelajar mengasingkan dan mengikat


kumpulan-kumpulan wayar yang berlainan saiz.

ix.

Kemudian, litar yang telah siap akan diuji terlebih dahulu menggunakan
multimeter sambil diselia oleh tenaga pengajar.

x.

Setelah tiada sebarang masalah, litar akan disambungkan dengan punca elektrik
untuk menguji sama ada litar berfungsi dengan baik atau tidak.

xi.

Sekiranya litar pendawaian mempunyai sebarang masalah, pelajar akan


memeriksa semula litar dan mencari kesilapan sehingga litar dapat berfungsi
dengan betul.

xii.

Setelah kerja-kerja pendawaian dapat diselesaikan dan litar dapat hidup dengan
baik, semua peralatan dan kelengkapan dikemaskan dan disimpan ke tempat asal.

xiii.

Sebelum kelas amali ditamatkan, pelajar mengemas bengkel terutamanya perlatan


dan kelengkapan yang telah digunakan.

HASIL KERJA

REFLEKSI
Refleksi saya sepanjang amali ini dijalankan adalah saya sukar untuk memahami litar
kawalan bintang delta kerana mempunyai kurang pengetahuan tentang asas elektrik. Saya
juga mengalami sedikit kesulitan semasa ingin membaca dan memahami litar skematik yag
disediakan . Litar kawalan bintang delta yang sedikit berbeza dengan litar kawalan mara
songsang. Hal ini menimbulkan kekeliruan semasa membuat amali.
Bukan itu sahaja, saya juga mengalami masalah apabila saya mengambil masa yang
terlalu lama untuk membuat kerja-kerja pendawaian. Hal ini kerana, litar kawalan bintang
delta yang agak kompleks dan sukar untuk difahami dengan cepat.
Namun, melalui amali ini saya telah belajar tentang cara untuk membuat litar elektrik
bagi salah satu litar kawalan bintang delta. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari tentang
pentingnya aspek keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel.

Anda mungkin juga menyukai