Anda di halaman 1dari 2

MEMBUAT HIPOTESIS

Seorang murid Tahun 4 Ceria bernama Aisyah ingin membuat sebuah lastik.
Masalah: Aisyah mempunyai beberapa gelang getah yang berbeza. Dia tidak pasti gelang getah yang
manakah yang sesuai untuk dibuat lastik.
Persoalan: Di antara dua jenis gelang getah, yang manakah dapat meregang dengan lebih baik?
Bincangkan.
Apakah hipotesis yang dapat kamu buat mengenai keregangan gelang getah?
Hipotesis:
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

Untuk membuktikan kesahihan hipotesis yang telah kamu buat, mari kita jalankan satu ujikaji.
Tujuan ujikaji: Untuk mengkaji keregangan gelang getah.
Alat dan bahan: 2 jenis gelang getah yang berlainan, pembaris, paku tekan.

Langkah-langkah:
1. Ambil 2 gelang getah yang berlainan.
2. Letak paku tekan pada kedudukan 0 cm. Tekan supaya paku tekan tidak tercabut.
3. Letakkan salah satu gelang getah pada hujung pembaris yang mempunyai paku tekan (sila lihat
Gambarajah 1).
4. Tarik satu hujung gelang getah yang satu lagi hingga menjadi regang.
5. Ukur berapa panjang gelang getah apabila diregangkan. Rekodkan bacaan panjang getah getah di
dalam Jadual 2.

Zarini Junita Jamaludin/2012

Gambarajah 1:
\

Jadual 1:
Gelang getah

Panjang gelang getah


diregangkan

A
B
Bincangkan:
1.
a) Pembolehubah dimanipulasikan (pembolehubah yang berbeza):

b) Pembolehubah bergerakbalas (pembolehubah yang diukur):


______________________________________________________________________________
c) Pembolehubah dimalarkan (pembolehubah yang sama):
______________________________________________________________________________

2. Adakah hipotesis yang kamu buat sebelum ujikaji dijalankan adalah sahih dan benar?
_________________________________________________________________________________

Zarini Junita Jamaludin/2012

Anda mungkin juga menyukai