Anda di halaman 1dari 15

Assignment 1 2014

PENGENALAN.

1. Asas merupakan komponen penting bagi sesuatu pembinaan terutamanya pembinaan


yang melibatkan struktur yang tinggi dan besar
2. Kegagalan asas yang kukuh dan mantap akan mengakibatkan kegagalan bagunan serta
menjurus kearah kemalangan jiwa yang disebabkan bangunan itu runtuh.
3. Terdapat banyak teori asas yang perlu dipelajari oleh pihak kontraktor serta pihak
perunding jurutera.
4. Asas Dalam dan Asas Cetek merupakan dua kategori yang terdapat dalam teori
pembinaan asas.
5. Antara jenis-jenis Asas Cetek.
a. Asas Rakit
b. Asas Jalur
c. Asas Pad
6. Antara jenis Asas Dalam.
a. Asas Cerucuk
Fungsi Asas

Asas mempunyai beberapa fungsi. Antaranya adalah seperti berikut :

FUNGSI ASAS

Memindahkan beban
ke lapisan tanah
dibawahnya.

Mengelakkan
berlakunya enapan.

Mengekalkan
kedudukan
bangunan.

Page 1

Assignment 1 2014
Fungsi asas yang paling utama adalah untuk memindahkan beban struktur bangunan ke
lapisan tanah dibawahnya.Luas permukaan asas dapat di perolehi daripada nilai beban per
keupayaan galas tanah.

Semakin luas permukaan seseuatu asas, semakin bertambah ketebalannya. Apabila


keadaan ini berlaku, berat asas itu sendiri menjadi beban terhadap lapisan
dibawahnya. Disamping itu, kos yang diperlukan juga bertambah tinggi. Untuk
mengatasinya, asas akan dibina daripada konkrit tetulang. Asas konkrit tetulang pada
amnya lebih murah dan lebih mudah dibina jika dibandingkan dengan asas konkrit
tanpa tetulang yang terlalu besar. Namun demikian, perkhidmatan jurutera struktur
diperlukan untuk menyediakan rekabentuk asas konkrit tetulang yang selamat dan
ekonomi itu.

Dengan reka bentuk yang sesuai, asas tidak sepatutnya mengalami enapan. Sekiranya
salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur atas akan mengalami keretakan.
Lebih besar enapan yang berlaku, lebih besarlah keretakan yang dihasilkan. Keretakan
ini pula akan menjadi punca kecacatan bangunan yang lain. Oleh sebab itu, luas
permukaan asas mesti mencukupi dan sesuai dengan keupayaan galas tanah supaya
beban dapat dipindahkan ke tanah dengan selamat tanpa mengalami enapan.

Untuk mengekalkan kedudukan bengunan pada kedudukan yang awal. Ini penting
bagi bangunan bangunan pencakar langit yang mungkin mengalami pergerakan
akibat tiupan angin kencang. Dalam hal ini, asas bertindak sebagai pengikat supaya
bangunan tetap tidak berubah pada kedudukan asalnya.

Ini dapat dilakukan dengan menentukan jenis asas yang sesuai dengan kedalaman
yang mencukupi berdasarkan ketinggian bangunan dan keadaan tanah. Secara
umumnya, kedalaman 1m hingga 1.5m dibawah aras bumi. Kedalaman ini cukup
untuk mengelakkan pergerakkan bangunan secara mendatar dan juga mengelakkan
kerosakkan asas akibat pengembangan dan pengucupan tanah. Pada bengunan tinggi,
asas dibina jauh lebih dalam bagi maksud ini. penggunaan cerucuk dapat
mempertingkatkan keupayaan asas dalam mengekalkan kedudukan bangunan kerana
cerucuk bertindak seperti akar pokok yang mencengkam bumi.

Page 2

Assignment 1 2014
Faktor Yang Mempengaruhi Reka Bentuk Asas Dan Pemilihan Jenis Asas
Pemilihan jenis jenis asas yang bersesuaian kebiasaannya bergantung kepada :
a) Magnitud.
b) Penempatan serta penyusunan beban beban struktur.
c) Nilai keupayaan galas tanah selamat.
d) Sifat sifat enapan tanah.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, fungsi utama asas adalah untuk memindahkan beban ke
lapisan bawahnya.Oleh itu, dua faktor yang paling utama yang mempengaruhi reka bentuk
asas ialah beban dan keadaan tanah.
FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
REKA BENTUK ASAS

BEBAN

BEBAN
MATI

KOS

BEBAN
HIDUP

BEBAN
ANGIN

KEADAAN
TANAH

KEUPAYAAN
GALAS
ARUS AIR
BUMI

BAHAN

LOJI

KEADAAN
TANAH

KEPAKARAN
PEKERJA
MAHIR

BAHAN KIMIA

Page 3

Assignment 1 2014
1.0 Asas Cetek (Asas Pad)
Asas pad merupakan jenis asas yang paling banyak digunakan untuk binaan rumah atau
bangunan satu dan dua tingkat. Hal ini kerana kebanyakan bangunan tersebut di bina dengan
menggunakan kerangka.Kerangka tersebut mungkin di bina daripada konkrit, keluli atau
kayu. Dalam binaan seperti ini, semua beban bangunan akan dipindahkan ke tanah melalui
tiang dan seterusnya melalui asas pad. Bagi bangunan yang mempunyai beban yang besar,
asas pad mungkin tidak sesuai untuk digunakan. Sebaliknya asas cerucuk dapat menanggung
beban yang lebih besar.

Sebagai alas tiang, asas pad berbentuk segi empat sama. Keluasannya bergantung pada
jumlah beban yang diterima daripada tiang dan juga keupayaan galas tanah.Jumlah beban
yang lebih besar memerlukan keluasan alas yang lebih besar.Sebaliknya, jika keupayaan
galas lebih tinggi, keluasan asas semakin kecil. Ketebalan asas pad pula bertambah mengikut
pertambahan keluasan.

Asas pad biasanya di bina daripada konkrit. Campuran konkrit yang biasa digunakan
adalah 1:2:4 20mm (simen:pasir:batu baur saiz garis pusat purata batu baur). Keluli
tetulang digunakan untuk memperkukuhkan binaan di samping mengurangkan saiz asas.Ini
kerana konkrit lemah dalam menanggung beban tegangan.Sebaliknya, konkrit amat kukuh
dalam menanggung beban mampatan.Jenis tetulang yang digunakan ialah bar tegangan
tinggi.

Kadang kala dua asas pad dicantumkan untuk mengalas dua tiang yang berdekatan.
Susunan seperti ini dinamai asas pad bergabung. Ini dilakukan untuk memudahkan kerja dan
mengurangkan kos binaan. Selain itu, asas pad juga ada kalanya dihubungkan dengan asas
julur. Asas pad tersebut dinamai sebagai asas pad julur.

Proses Pembinaan Asas Pad

Proses pembinaan asas pad terdiri daripada beberapa aktiviti seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 5.3.

Page 4

Assignment 1 2014
PEMANCANGAN
PENGOREKAN
PENYEDIAAN BAHAN
- Tetulang
- Papan acuan
- Simen
- Pasir
- Batu Baur
- Batu
KERJA ACUAN
PEMASANGAN
TETULANG
KERJA KONKRIT
-

Mencampur
Menuang
Mengawet
menguji

Rajah 5.3 menunjukkan aktiviti pembinaan asas pad.


Antara aktiviti utama yang diperlukan ialah pemancangan, kerja korekan, kerja acuan,
penyediaan keluli tetulang dan kerja konkrit.Ada sesetengah dapat dijalankan secara
serentak.Secara umumnya, urutan aktiviti yang biasa dilaksanakan adalah seperti dalam rajah
5.3.

Pemancangan untuk pembinaan asa pad dibuat setelah aras pembentukan di sediakan.
Sebenarnya, ketepatan pemancangan adalah penting bagi menentukan kedudukan asa pad
yang banyak bilangannya. Setelah kedudukan asas pad ditentukan, kerja korekan lubang
berbentuk segi empat boleh dijalankan. Kerja korekan ini biasanya menggunakan excavator.

Page 5

Assignment 1 2014

Rajah 5.4 Menunjukkan asas pad.

Ketika kerja pengorekan dan kerja acuan dijalankan, keluli tetulang boleh disediakan.
Kerja kerja yang terlibat adalah pemotongan dan pembengkokan bar keluli tegangan tinggi.
Bar keluli yang telah dipotong dan di bengkokkan perlu disusun mengikut lukisan pelan.
Kemudian tetulang tersebut akan di masukkan kedalam acuan kayu yang telah siap di pasang.
Acuan yang telah di pasang haruslah di pasang penupang agar ketika kerja kerja konkrit
dijalankan, acuan tersebut dapat menahan konkrit yang masih cair. Walaupun konkrit tersebut
masih cair namun ia amat berat dan dapat memecahkan acuan tersebut.

Konkrit yang sedang mengeras di dalam acuan perlu diawet. Tujuannya adalah untuk
menahan air yang terkandung di dalamnya daripada sejat sebelum proses pengerasan selesai.
Ini dilakukan dengan menutup konkrit tersebut dengan menggunakan guni yang basah atau
menyiramnya jika perlu. Akhirnya acuan akan dibuka dan terhasillah asas pad yang
dikehendaki.

Page 6

Assignment 1 2014
2.0 Asas Cetek (Asas Jalur)

Asas jalur digunakan dalam bangunan yang mempunyai struktur dinding galas
beban.Dalam struktur ini, semua beban bangunan di pindahkan menerusi dinding.Ini
termasuk beban mati, beban hidup dan beban angin. Daripada dinding, beban tersebut akan di
pindahkan ke lapisan tanah menerusi asas jalur. Oleh sebab itu, asas jalur perlu di bina di
bawah sepanjang dinding galas beban.

Asas jalur biasanya dibina daripada konkrit. Campuran konkrit yang di gunakan ialah
1:3:6 40mm (simen:pasir:batu baur saiz garis pusat batu baur). Asas jalur dapat
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :

a) Asas jalur biasa


b) Asas jalur lebar
c) Asas jalur dalam

Rajah 5.5 Menunjukkan contoh asas jalur.

Page 7

Assignment 1 2014
Asas Jalur Biasa

Asas jalur biasa digunakan untuk bangunan setingkat dan dua tingkat yang terletak di atas
tanah yang baik.Tanah tersebut mestilah kukuh dan tidak mengecut.
Asas Jalur Lebar

Asas jalur lebar diperlukan apabila keupayaan galas beban tanah rendah jika
dibandingkan dengan jumlah beban yang hendak di galasnya.Contohnya ialah tanah liat
lembut, tanah lembah dan tanah tambun.Sekiranya luas permukaan asas tidak cukup lebar,
ada kemungkinan berlaku enapan tak sekata.Biasanya asas jalur lebar juga dibina daripada
konkrit tetulang.Tetulang diperlukan untuk mengelakkan berlakunya kegagalan pada konkrit
akibat tegangan.
Asas Jalur Dalam

Asas jalur digunakan pada tanah yang mengandungi kelodak.Ia juga digunakan pada
tanah liat yang mengecut dan mengembang mengikut keadaan persekitaran yang berubah.
Asas ini lebih teguh dan menjimatkan jika dibandingkan dengan penggunaan bata.Asas jalur
dalam mempunyai kelebaran lebih sedikit daripada dinding.

Page 8

Assignment 1 2014
3.0 Asas Cetek (Asas Rakit)

Asas rakit dibina meliputi keseluruhan atau sebahagian besar tapak.Ia di bina di bawah
keseluruhan lantai bawah bangunan. Oleh itu, beban bangunan akan di pindahkan menerusi
lantai, asas rakit dan seterusnya ke lapisan tanah di bawah asas rakit tersebut.

Asas rakit di gunakan pada tanah yang lemah. Pada tanah seperti ini, jika asas pad
digunakan, jarak antara satu sama lain mungkin terlalu rapat dan hamper. Penggunaan asas
rakit adalah lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan asas pad yang mungkin
meliputi 80% daripada keluasan tapak sesuatu bangunan.

Asas rakit dapat dibahagikan kepada tiga mengikut reka bentuk dan binaan. Antaranya
adalah seperti berikut :

a) Papak Padu

Asas rakit papak padu terdiri daripada papak konkrit padu yang di tetulangkan dalam
kedua dua arah.Papak padu ringan digunakan untuk bangunan jenis dinding galas beban
yang kecil seperti rumah setingkat atau dua tingkat.Papak yang lebih tebal di perlukan untuk
bangunan yang mempunyai beban yang lebih besar.Walau bagaimanapun, asas jenis ini
hanya ekonomi bagi ketebalan sehingga 305mm. Biasanya, papak ini di perkuatkan dengan
keluli tetulang pada kedua dua arah. Sekiranya tiang atau dinding menanggung beban yang
terlalu tinggi, keluli tetulang tambahan akan di letakkan di bawah garis garis tiang atau
dinding tersebut.

Page 9

Assignment 1 2014
b) Rasuk Dan Papak

Sekiranya ketebalan papak yang diperlukan melebihi 305mm, penggunaan binaan rasuk
dan papak adalah lebih ekonomi.Papak galas beban di bina di atas tanah, manakala rasuk
dibina di atas papak tersebut.

c) Bersel

Sekiranya asas rakit mengalami tegangan yang tinggi dan memerlukan ketegaran, ia
memerlukan rasuk yang lebih dalam. Akibatnya, keseluruhan tebal asas rakit mungkin
melebihi 1 meter.Dalam keadaan seperti ini, bentuk binaan bersel adalah lebih ekonomi.Ia
terdiri daripada papak atas dan papak bawah bersam sama dengan rasuk hujung dan
pertengahan membentuk asas bersel geronggang. Kedalaman asas rakit bersel ini mungkin
mencapai kedalaman satu tingkat lantai bawah tanah atau mungkin lebih dalam lagi.Ini di
perlukan sekiranya ketegaran yang lebih besar di perlukan sekiranya ketegaran yang lebih
besar di perlukan bagi mengelakkan enapan tidak sekata.

Page 10

Assignment 1 2014
CERUCUK

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian,
cerucuk, memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala
cerucuk dengan menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan
spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN
Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak
mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu
daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas
yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu:
1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan
oelh lapisan tanah keras atau batu Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan
tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok
ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua
beban bangunan.Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang
menyokongnya.Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan
yang digunakan.

2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di
tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah
Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab
itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan
jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan
cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan
lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat
tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.
Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di
bahagikan kepada :

Page 11

Assignment 1 2014
i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.
ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H Pile, Sheet Pile, Pipe Pile,
Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :
i.Cerucuk Bakau
Saiz 3 atau 5 bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )


Saiz 5 x 5, 6 x 6
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan

iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )


Saiz 12 x 12, 14 x 14, 15 x 15
Beban yang dibenarkan 42 65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu


Saiz 10 x 10, 12 x 12, 14 x 14, 16 x 16
Beban yang dibenarkan 45 110

v.Cerucuk keluli H
Saiz 8 x 8, 10 x 10, 12 x 12
Beban yang dibenarkan 50 150

Page 12

Assignment 1 2014
vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18 160 bulat
Beban 60 1000 tan.

Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:


Kayu kayu bakaru atau kayu lain yang terawet
Konkrit tuang-dahulu (bertetulang)
Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
Rencam (composite) kayu atau keluli (bahagian atas)
Konkrit (bahagian atas)
Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan

2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina


Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu
projek.Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki
sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan.Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika
sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di
sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja
penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk
selalunya dikategorikan sebagai Provisional di mana ukuran semula akan dibuat apabila
siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum ini,
hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya
adalah sama

3.Cerucuk Kayu
Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang
digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk.Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan
bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau
yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm..

Page 13

Assignment 1 2014
4.Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu
lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur.Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400
x 400 mm.

5.Cerucuk Keluli
Terdiri dari keluli berbentuk huruf H bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk
kepingan.Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada
bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap
kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu
kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga
mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.

6.Kumpulan Cerucuk
Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur
banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya
Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan
yang sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia
begitu berkait rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan
atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala
cerucuk.

1.Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali
saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru
kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik
dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula
dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung
dengan butt welding, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12.Di dalam kaedah ini,
ketegakan besi perlu diperhatikan.

Page 14

Assignment 1 2014
2.Dowel berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan
dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan.
Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di
sekeliling.

3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :
i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut
ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras
iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu

Page 15

Anda mungkin juga menyukai