Anda di halaman 1dari 63

UNIT 4

Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Sinopsis
Sepertimana yang dinyatakan dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia
adalah untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab
pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui sistem persekolahan.
Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
diperkembangkan,satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.
Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan
sahaja.
Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan
kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah
penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian
pelajar.
Modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengukuran dan penilaian; peranan
dan fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual
penentuan ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan
dan kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen
penilaian bahasa.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:
1.

membezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran;

2.

mengenal pasti objektif pengujian dan penilaian;

3.

mengenal pasti peranan serta fungsi jenis penilaian;

4.

membina jadual penentuan ujian;

5.

mengenal pasti peraturan memberi markah;

6.

membentuk pelbagai jenis item yang sah dan boleh dipercayai;

7.

mengenal pasti kaedah penilaian bahasa dan cara melaksanakannya; dan

8.

mengenal

pasti

alat

atau

instrumen

menggunakannya.

penilaian

bahasa

dan

cara

Tajuk 4.1

4.1.1

Konsep Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa


Melayu

Pengenalan

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan


dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu
juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan
tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan
pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk
mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan
aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan
datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat
membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu
diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.
Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling
ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia
mungkin menyatakan yang dia sedang menguji pencapaian, mengukur pencapaian
atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu
istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya
saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak
tersalah pakai.
4.1.2

Konsep

Untuk menjawab penyataan di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan
pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.
i.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?


Testing is a technique for obtaining information . It is a tool
that serves the ends of the users.
(Pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat .. Ia
adalah satu alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna).

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur


perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap
pembelajarannya / teknik yang dapat memberikan maklumat yang penting dalam
proses membuat penilaian.
Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar
dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam
kumpulan belajar yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan dengan
cara mengadakan pemerhatian , ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini,
biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Contoh:
a. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan
yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang
perkataan-perkataan tertentu diadakan.
ii.

Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian
ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru
untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi
menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian
menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah
digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji
tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk
Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.
iii.

Apakah maksud pengukuran?

Hopkins & Stanley (M.S 3, 1981) menyatakan bahawa, Measurement is the


process by which things are differentiated.
(Pengukuran adalah satu proses di mana alat atau benda dibeza-bezakan).
Pendapat lain mengatakan pengukuran adalah dirujukkan kepada penyelidikan atau
pemerhatian yang dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan
kepada sesuatu pertanyaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit
angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Alat
pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik,
senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Perlu diingat bahawa pengukuran adalah
terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat
keputusan.
Dengan itu, pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara
pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk
pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai.
Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu dengan pengiraan markah. Biasanya
pengukuran diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.
iv.

Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s
xxv) menyatakan bahawa, Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining,
and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink, (M.S.8, 1974) pula menyatakan bahawa, Evaluation is the process
of obtaining information and using it to form judgements which in turn are to be
used in decision making.
(Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat secara sistematik yang
akan digunakan untuk membuat pertimbangan bagi menentukan nilai, kedudukan,
ukuran tentang sesuatu berdasarkan kriteria tertentu yang seterusnya digunakan dalam

membuat keputusan). Tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.


Seseorang guru perlu menguji dan mengukur terlebih dahulu sebelum dapat menilai.
Definisi ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:
Dalam bilik darjah , murid diberikan satu ujian kertas pensil dan jawapan
diperiksa oleh guru.
Markah diberikan sama ada mengikur gred ( ABCD) atau jumlah angka
( 50 , 67, 80 ) mengikut ketetapan jawapan berbanding kehendak soalan.
Guru menulis komen terhadap keputusan ujian tersebut seperti jawapan
awak kemas dan jelas / amat memuaskan, teruskan prestasi seperti ini
Pengujian memberi soalan ujian untuk dijawab oleh murid
Pengukuran Memberi markah 67 / C
Penilaian Memberi tahu murid jawapan kemas dan jelas / amat
memuaskan dan perlu diteruskan
Oleh itu, penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi
aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil
tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan.
Dengan itu, proses penilaian mengandungi aspek-aspek
pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh
dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut:

Peringkat
persediaan
ujian

Peringkat
pentadbiran
ujian

Peringkat
pemeriksan
dan
pengukuran

Peringkat
analisis

Peringkat
interpretasi
dan tindakan

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti


utama dalam aktiviti penilaian. Rajah 1 di bawah ini pula menunjukkan kepentingan
perkaitan ketiga-tiga sistem ini.

Penilaian
Pengukuran
Pengujia
n

Rajah 1 : Perkaitan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian


Untuk menyimpulkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses
untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan pelajar dalam pembelajaran. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan
mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian

dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan
(statistik). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa , dan selepas satu atau
beberapa topik pelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
v.

Apakah pula konsep pentaksiran?

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi


mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang
ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian


pendidikan pelajar.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran


dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

yang

digunakan

untuk

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor
dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan
tertentu.
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai:

4.1.3

proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam


pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan

aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah


Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada


pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian ini biasanya
disebut sebagai praujian. Daripada ujian inilah guru dapat merancang dan
merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat
memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang
sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran,

menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka dapat


menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain
perkataan guru dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil.
Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji
aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu,

membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman


sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi
seseorang individu,

membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek


dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar
dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan
dan sebagainya,

mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi
menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan,

membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar


agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan
mereka ke jurusan-jurusan tertentu sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal,

membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran


mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka, dan

pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu


kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha penilaian tentang sesuatu kemahiran


bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Uji

Ukur

Nilai

Sebelum kita menguji atau mentadbir sesuatu pengujian bahasa, terlebih dahulu kita
perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan

mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dimarkahkan.
Apabila pengukuran telah dilakukan melalui pemarkahan dan pemarkatan, barulah kita
boleh menilai pencapaian pelajar. Di sini pengukuran yang kuantitatif dalam bentuk
markah atau angka menjadi bukti atau asas bagi kita membuat penilaian atau memberi
sifat yang kualitatif seperti cemerlang, kepujian, lulus atau gagal, selaras dengan kriteria
atau standard yang telah kita sediakan.

Latihan 1
a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian
dilakukan.
b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonsep pengujian, penilaian dan pengukuran ini dalam bentuk grafik .

Latihan 2
Baca situasi berikut dan nyatakan sama ada situasi itu merupakan aktiviti
pengujian, pengukuran atau penialaian.
Tuliskan dalam lajur aktiviti.

Situasi

Aktiviti

i) memilih buku teks yang sesuai untuk kelas


ii) menentukan aspek kelemahan bahasa
iii) menentukan jarak trek larian
iv) memilih calon sekolah untuk mewakili
pertandingan perbahasan
v) memilih calon terbaik untuk anugerah cemerlang
kurikulum dan kokurikulum
vi) mengambil keputusan SPM dan STPM untuk
pemilihan masuk ke IPT
vii) mendapatkan markah bagi semua pelajar dalam
kelas untuk laporan kemajuan bulanan

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan


Peraturan Memberi Markah (PMM)

Tajuk 4.2

4.2. 1 Jadual Penentuan Ujian (JPU)


i.

Definisi

Seringkali soalan-soalan ujian dibuat secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang
tidak mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan
keutuhan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang merupakan rancangan
persediaan item / soalan. JPU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JPU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi: paksi
Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).
ii.

Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti berikut:

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.


Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa
pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa
pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah
diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula
ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika
topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa
seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan
topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan
susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras
kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras
pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,
aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang
menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah.

Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni,
satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk
sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan
mengikut kebolehan pelajarnya.
Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU.
Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,
kepentingan JPU adalah seperti berikut.
iii.

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.


Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji.
Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.

iv.
Bil

Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

Contoh JPU

Bentuk Soalan
Kemahiran

Objektif
Kognitif
Jumlah

1.1

Bidang/Topik/Topik Kecil
Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu
Asal usul BM, BM sebelum dan

Jam

1
16

3
2

40

Jadual 1: Contoh JPU

Item

20

penghasilan
Fonem segmental
Fonem suprasegmental
jumlah

12

Fonologi
Definisi, alat artikulasi, cara

15

Diskriptif
1.3

4
2

Linguistik BM
Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik

selepas merdeka
1.2

2
2
1

1
1
1

1
1

32

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang
hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu:

4.2.2

ujian tidak dibina sembarangan,


menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,
memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan
memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

Langkah-langkah Membina JPU

Langkah 1:
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
Bil

Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran

Masa
B
el
aj
a
r

1.1
1.2

1.3

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu


Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka
Linguistik BM
Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif
Fonologi
Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
Fonem segmental
Fonem suprasegmental
Jumlah

5
15

20

40

Jadual 2: Senarai Tajuk dan Masa Belajar


Langkah II
Tentukan soalan yang akan dibina itu.
a.
soalan objektif (30 soalan)
b.
1 markah bagi 1 item.
c.
jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
=
Jumlah masa
X Jumlah soalan
Jum. Masa keseluruhan

Langkah III
Tentukan model aras kesukaran item.
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

10

3 Domain

kognitif
afektif
psikomotor

Domain Kognitif
6.

Penilaian

5.

Sentisis

4.

Analisis

3.

Penggunaan

2.

Kefahaman

1.

Pengetahuan

Sukar

Mudah

Langkah IV
Apakah jenis ujian yang akan diuji?

Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei
Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik


Bil. Bidang/Topik/Topik Kecil
1.1

1.2

1.3

Sejarah Perkembangan Bahasa


Melayu
Asal usul BM, BM sebelum
dan selepas merdeka
Linguistik BM
Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif
Fonologi
Definisi, alat artikulasi, cara
penghasilan
Fonem segmental
Fonem suprasegmental

Masa

Anggaran Jumlah Item

5
____
40

x 32

15

15
____
40

x 32

20

20
____
40

x 32

Jumlah
Item

12

11

16

jumlah

40

32

Jadual 3: Bilangan Soalan Mengikut Topik


Langkah V:

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar).
Pemarkahan.

Langkah VI:

Menyatakan mata pelajaran.


Tingkatan.
Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian
seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya
menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus
daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan,
pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif
pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.

Latihan 2
Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang
telah ditetapkan.
Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.
Arahan:

Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item


mengikut aras kognitif.

Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas.

4.2.3

Pemarkahan dan Markat


i.

Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti
dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan
memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula

12

simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda
akan dapat:
i.
ii.
iii.

v.

menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,


membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,
menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang
boleh digunakan,
membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang
digunakan dalam pemarkahan, dan
mengira cara mentransformasi markah.

ii.

Tujuan Pemarkahan

iv.

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah
atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala
menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati
tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi
gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan
sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.
Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian.
Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang
mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran
yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini
merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan.
Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun
diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber
untuk mendapatkan maklumat.
Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat
oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda
adalah ya kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah
bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk
memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.
iii.

Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas
kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara
institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan
diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.
Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi
kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan
pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa
pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu,
markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.
Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada
kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi

13

kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi
markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara
terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat
bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

iv.

Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah
merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul
mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti
bahasa, matematik, sains dan sebagainya?
Atau adakah gred tersebut juga
merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa
penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?
Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik,
sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik
semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara
seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas
pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian,
sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.
v.
Teknik Pemarkahan Ujian Esei (Karangan)
a.
Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan
keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar
itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat
kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya
penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan
kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan
kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah cemerlang.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk
tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan
kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan.
Walau bagaimanapun, sebelum menjalankan pemarkahan, guru mestilah menentukan
apakah ciri-ciri esei yang dikatakan cemerlang, baik, sederhana dan lemah dan
haruslah ada model bagi setiap kategori itu.
Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei
Bil.

Esei Cemerlang ( 80 100 % )

Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.

Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan


dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.

Idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya.

14

Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan
perbendaharaan kata.

Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan


sebarang kejanggalan.

Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil.

Esei baik ( 60 79 % )

Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik


atau setinggi peringkat cemerlang.

Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak
kurang mantap)

Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikitsedikit kesilapan yang tidak begitu serius.

Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit


kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.

Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil.

Esei sederhana (40 59 % )

Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.

Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang


sederhana.

Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.

Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan


penggunaan perkataan yang salah.

Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati


kejanggalan dan terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.

Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil.

Esei lemah ( 00 39 % )

Isi dangkal dan tidak tepat.

Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.

Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.

15

Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.

Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan


kejanggalan penyampaian isi.

Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

b.

Secara Perincian ( Analitikal )

Cara pemarkahan perincian atau analitikal ini memeriksa unsur-unsur terpenting yang
merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses secara berasingan.
Contohnya, di dalam sesuatu ujian karangan, skima pemarkahan boleh dicerakinkan
kepada tiga komponen, iaitu:
Isi

40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas & dikembangkan dengan baik)

Bahasa

40 (Tatabahasa dinilai.Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah)

Gaya

20 (aspek yang dinilai kelicinan olahan dan kesesuaian pemerengganan)

Jumlah

100

c.
Bil.

Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan


Teknik

Kebaikan

Kelemahan
1. Guru mungkin bersifat bias
semasa memeriksa.
2. Tiada maklumat diagnostik
yang khusus; oleh itu pelajar
tidak dapat melihat di mana
kekuatan dan kelemahan
karangan mereka.
3. Sekiranya pemeriksaan
memerlukan ramai guru,
koordinasi sukar
dilaksanakan.

Keseluruhan /
Holistik

1. Semua aspek penulisan diberi


pertimbangan yang sama rata.
2. Dapat menilai kebolehan am
dalam bidang penulisan.
3. Pemeriksaan boleh dibuat
dengan lebih tepat; latihan
yang banyak boleh dijalankan.
4. Pelajar bebas menulis. Esei
merupakan suatu kemahiran
yang memerlukan gabungan
beberapa proses.

Perincian /
Analitikal

1. Kesalahan pelajar dapat


diperlihatkan dengan jelas.
2. Esei boleh diperiksa hanya
sekali baca.
3. Orang yang kurang mahir
dalam bidang penulisan boleh
menjalankan tugas
pemeriksaan
4. Pelajar dapat melihat di mana
dan apa kelemahan mereka.

16

1. Dengan mengasingkan
aspek-aspek yang dinilai,
kemahiran penulisan seolaholah terasing. Penulisan
bukan lagi merupakan
paduan beberapa proses
secara natural.
2. Pemeriksaan memerlukan
masa yang panjang.
3. Kebolehan penulisan secara
keseluruhan sukar dilihat.
4. Kemungkinan penekanan
kepada mencari kesalahan
lebih daripada mencari
kekuatan sesebuah esei.

Latihan 3
Antara pemarkahan cara holistik dan analitikal, yang mana satukah anda pilih untuk
menilai karangan pelajar anda? Mengapakah anda memilih cara pemarkahan
tersebut?

Tajuk 4.3

4.3.1

Pembinaan Item

Pengenalan

Terdahulu kita telah membincangkan tentang konsep penilaian dan kepentingannya


dalam pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan itu,
dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan
ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang
tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.
Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca. Jadi, istilah
ujian merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran
tersebut.
Tegasnya, selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan
kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat
tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan
mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, apabila kita
membincangkan tentang pembinaan item ujian, kita akan memberi tumpuan kepada
soalan berikut:

Adakah item ujian yang dibina oleh guru itu akan benar-benar dapat
menguji dan mempunyai ketekalan dalam mengukur aspek kemahiran
bahasa pelajar-pelajar?

Begitu juga, kita tidak dapat lari daripada menyoal perkara-perkara berikut semasa
merancang ujian :

Mengapakah ujian itu dilaksanakan?


Apakah jenis ujian yang sesuai digunakan?
Bila dan berapa lamakah masa ujian itu dijalankan?

17

Setelah menjawab soalan-soalan di atas, guru seterusnya akan memikirkan ciri-ciri


membentuk item ujian yang baik dan penggunaan item ujian yang sesuai dengan
kemahiran bahasa yang hendak diuji.
Kesimpulannya, ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat
penilaian tentang pencapaian pelajar di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus
memastikan yang bahan ujian yang diberi itu betul-betul dapat menguji apa yang hendak
diuji dan semestinyalah sentiasa tekal.
4.3.2

Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang


dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran
bahasa KBSR , penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik
pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian
iaitu:
i.
objektif dan
ii.
subjektif
I.

Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang
betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis
padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif
kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa
kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh
diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang
sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini
menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh.
Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang
diberikan kepada pelajar iaitu:
a.
b.

item respons bebas ( jenis sumbangan)


item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas


Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menulis satu atau dua
patah perkataan sahaja ( jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan. Biasanya
jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini
ditunjukkan beberapa contoh jenis item respons bebas.
i.

Jenis soalan:
contoh:

a)

Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

18

b)
ii.

Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak


memakai kasut)

Item Melengkapkan Penyataan


Contoh:
a)
Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b)
Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)


Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan
mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format Salah-Betul,
Padanan, dan aneka pilihan.
i.

Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang
perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika
guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau
tidak (T) pada soalan.
Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya
melibatkan penerimaan atau penafian.
Contoh bagi Item Dua Pilihan:
a)

Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.


1)
Tandakan sama ada betul atau salah ejaan bagi perkataan
berikut:
Betul
Salah
bareng
_____
_____
goring
_____
_____
di rumah
_____
______

b)

Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:


1)
Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat.

ii.

Ya/ Tidak

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang
berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek /
perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek / perkara di sebelah kanan.
Contoh:
Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan
menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

19

Kata Bilangan
1.
2.
3.
4.

Contoh

Kata Adjektif Sifatan


A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
KataAdjektif Pancaindera B. Budak baik selalu dipuji.
Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.
iii.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan
tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a.

Item aneka pilihan berbentuk soalan.


Contoh:
1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah jenis ayat permintaan?
(A) Pergi kau dari sini.
(B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.
(C) Silalah datang selalu ke sini.
(D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.

b.

Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap.


Contoh:
1. Pasangan yang semuanya terdiri daripada kata majmuk ialah
(A) acap kali, bijak pandai
(B) buah tangan, budak nakal
(C) rumah batu, rumah tangga
(D) meja makan, hitam manis

c.

Jenis Jawapan Terbaik


Contoh:
1. Ahmad berkata, Cikgu! Saya minta maaf kerana saya tidak dapat
hadir ke sekolah kelmarin.
Cakap pindah yang paling tepat bagi cakap ajuk di atas ialah
(A)
(B)
(C)
(D)

d.

Ahmad minta maaf pada hari kelmarin kepada cikgunya kerana


ia tidak hadir ke sekolah.
Oleh kerana Ahmad tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin, ia
minta maaf kepada cikgunya.
Ahmad berkata yang ia minta maaf kepada gurunya kerana ia
tidak hadir ke sekolah kelmarin.
Ahmad meminta maaf kepada cikgunya kerana ia tidak dapat
hadir ke sekolah pada hari kelmarinnya itu.

Analogi
Contoh:
Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang
perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan
awal.
hitam : putih

20

(E)
(F)
(C)
(D)

e.

kain
merah
merah
merah

:
:
:
:

merah
tua
hijau
jambu

Antonim
Contoh:
Arahan:
Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf
besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan
dengan perkataan berhuruf besar.
PEMARAH
i.
ii.
iii.
iv.
(A)
(B)
(C)
(D)

Penyabar
Pengampun
Pendamai
Peramah

I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja

f.

Jenis Negatif
Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok
soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan , tidak betul
dan lain-lain.
Contoh:
1.
Berikut ialah contoh-contoh perkataan berganda yang mempunyai
maksud jamak, kecuali
(A) kanak-kanak
(B) sekolah-sekolah
(C) gunung-ganang
(D) kuih-muih

g.

Mengisi Tempat Kosong


Contoh:
1.
Lembu itu_____________ekornya untuk menghalau nyamuk dan
lalat.
(A)
melibas-libaskan
(B)
mengipas-ngipaskan
(C)
mengibar-ngibarkan
(D)
menggerak-gerakkan

h.

Item Jenis Cantuman.


Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai / tidak sesuai
1.
Pilih perkataan-perkataan berikut yang memperlihatkan makna
yang ada kaitan dengan perkataan pandai

21

I.
II.
III.
IV.

cermat
cerdik
pintar
cergas

(A)
I dan II sahaja
(B)
II dan III sahaja
.
(C)
II dan IV sahaja
(D)
III dan IV sahaja
Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/
sekuen.
1.

Pilih urutan yang betul bagi perlakuan-perlakuan yang dinyatakan.


I.
II.
III.
IV.
V.
(A)
(B)
(C)
(D)

iv.

Bersarapan pagi bersama keluarga.


Bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.
Pergi ke sekolah.
Gosok gigi dan mandi.
Memakai pakaian sekolah.

II, IV, V, I dan III


II, V, IV, III, dan I
II, IV, V, III dan I
II, III, IV, V, dan I

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh
digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan
prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua
tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu.
Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan
oleh guru / penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan
kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi
tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna
keseluruhan teks.
Contoh:
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan
yang sesuai, berdasarkan senarai.
Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____
pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah
_______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang
sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan
secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______
untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak
berkenan.
22

Jawapan
menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,
oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan,
aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.
II.

Soalan Subjektif
i.

Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan
berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau
berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu
jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang
disertakan pada soalan.
Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi
rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat
yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan
ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek
boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan
rangsangan yang sama.
Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya
mengandungi elemen item objektif dan item esei.
Jenis soalan struktur ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.
Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.
Contoh:

ii.

1.

Nyatakan dua jenis pantun.


i)__________________________________________
ii)__________________________________________
( 2 markah )

2.

Berikan jenis ayat di bawah ini.


i) Ceramahnya menarik hati penonton. __________________
ii) Usah dikenang peristiwa lalu. _________________________
iii) Jadi, dia mesti bertanggungjawab bukan?_________________
( 3 markah )

Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak
balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut
memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai
fakta, mengatur idea dan mengembling idea-idea secara logik hingga menghasilkan
jawapan yang asli.

23

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang
kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang
diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu,
kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.
Contoh:
a.

Tindak balas terbatas (TBT)

Bagaimanakah
bahan sosiobudaya dapat membantu mewujudkan
keharmonian kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia?
(12 markah )
Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop
atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya
mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah
kebolepercayaan pemarkahan.
b.

Tindak balas lanjutan (TBL)


Membaca Kunci Kejayaan . Cogan kata ini menunjukkan betapa
pentingnya amalan budaya membaca.
Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca dalam
kalangan pelajar hari ini.
( 25 markah )

4.3.3

Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan


kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar
adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah
bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistematik agar kualiti
ujian dapat dikawal rapi.
Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran
yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian (JPU) telah
disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau
jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:

topik yang akan diuji dan pemberatannya,


kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,
aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan
jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk
mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah
dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar
memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan

24

cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi
kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang
dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang
cuma memerlukan calon membuat pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan
tindak balas terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan
panjang yang tidak terhad).

4.3.4

Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian

Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian
yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat memberikan
maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada
proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang
sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan
diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang tertentu.
Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu
instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i.

Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat Kesahan


(validity).

Kesahan ujian merujuk kepada sejauh mana ujian itu dapat mengukur apa yang ia
sepatutnya mengukur, iaitu sejauh mana ujian tersebut dapat memenuhi objektifnya.
Ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagi kepada beberapa jenis berdasarkan tujuan
ujian yang dijalankan, antaranya ialah:
a.
b.
c.
d.
a.

kesahan isi
kesahan ramalan
kesahan serentak
kesahan gagasan

Kesahan Isi

Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang
harus diuji. Kesahan isi memastikan isi ujian ditentukan, tujuan ujian diadakan,
kandungan sukatan pelajaran, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap
tajuk dan sebagainya. Dua perkara yang mencirikan kesahan isi ujian ialah pem
beratan dan persampelan. Perancangan ujian hendaklah membuat pilihan yang
seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan mencerminkan pengetahuan yang telah
dipelajari secara menyeluruh. Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian
ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujnian (JPU).
b.

Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan seseorang calon itu
menjalankan sesuatu tugas di dalam satu keadaan yang lain secara berkesan. Dengan
itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan hendaklah boleh meramal

25

perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan. Misalnya, seorang pelajar
yang berjaya dalam peperiksaan SPM/ STPM dengan baik akan juga berjaya dalam
peperiksaan matrikulasi yang didudukinya kelak.Tegasnya, untuk mendapatkan ciri
kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah
benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran, atupun
kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.

c.

Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu
sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya, jika
pelajar membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan
pelajar itu masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan
mempunyai kesahan serentak. Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan ciri
kesahan serentak ialah guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspekaspek yang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalam
ujian tersebut adalah hampir sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan
harian yang berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang
tinggi.
d.

Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental manusia. Tujuan ini
diadakan adalah untuk mengukur setakat mana pelajar yang diuji dapat menunjukkan
trait mentalnya seperti kecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan
penaakulan, sifat keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya
sukar untuk diuji. Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat menggambarkan gagasan
yang diperlukan, maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contoh, ujian itu yang dibina
untuk mengukur daya kreativiti di kalangan pelajar akan dianggap tidak sah jika ia tidak
dapat membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti
dengan mereka yang tidak memiliki alat tersebut.
ii.

Kebolehpercayaan Ujian.

Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang
hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu
ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang semua ujian yang dihasilkan
akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah
lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian.
Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan
penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama
atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan.
Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil
ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau
skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini
mengambil ujian yang sama tersebut.

26

Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau
markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali.
Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang
lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil
daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan
yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan
keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian,
pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengan ujian yang sama, bahkan
dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.
Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar
tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi
maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit
atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya
semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktorfaktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan
pentadbiran ujian.
Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan
persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh
menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara
am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar.
Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:
Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan
tidak terlampau banyak);
Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak
mengelirukan;
Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti
ujian bertulis;
Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk
membuat persediaan;
Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan
keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan
dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan
Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan.
Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti
ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan
dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan
pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah objektif ujian,

27

kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu
sendiri. Dengan kata lain, pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu akan
objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam
sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu.

Sila sediakan catatan nota bagi perkara-perkara yang berikut:


a. Kenal pasti dan huraikan aras kefahaman/ kognitif Taksonomi
Bloom.
b. Jelaskan kelebihan dan kelemahan ujian objektif dan ujian esei.
c. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan
esei.
Latihan 4
Sila bina 20 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran
tatabahasa bagi pelajar anda.
Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa
Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan
pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina
item ujian objektif.
Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian
buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan
keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau
kelemahannya.

Tajuk 4.4

Jenis-jenis Penilaian Bahasa

4.4. 1 Jenis Ujian


Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara keduadua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa
pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak
diuji.

28

i.

Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu
unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
Biasanya, skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia
berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa.
Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu
aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau
bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk
menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam
membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam
tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan atau/dan akhiran, atau ujian
pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim atau antonim yang boleh digolongkan
dalam ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10
simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya
tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam bulan itu. Oleh kerana skop
pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara
terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua
kemahiran atau aspek bahasa.
ii.

Ujian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka
masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina
secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Misalnya ujian
bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga
Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Penilaian Menengah Rendah
(PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung persekolahan
menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang bercorak sumatif.
Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh
seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa,
perbendaharaan kata, semantik dan peribahasa (simpulan bahasa atau/dan
perumpamaan), dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa
yang bercorak sumatif.
iii.

Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan
guru: kemajuan dan kelemahan.

Perbezaan
Fungsi

2. Sepanjang pengajaran
3. Kognitif, psikomotor dan afektif

Masa
Penekanan

4. Terhad kepada tugasan

Sifat

29

Ujian sumatif
1. Pensijilan atau
penggredan
2. Pada akhir
unit/kursus
3. Kognitif
4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah

Kesukaran

6. Dibentuk khas

Alat

5. Senang sukar
6. Peperiksaan akhir
tahun

7. Rujukan kriteria

Jenis ujian

7.Rujukan norma

8. Gagal / lulus

Pelaporan

8. Jumlah skor

9. Ujian bulanan / lembaran kerja

Contoh

10. Satu-satu segmen

fokus

9. UPSR, PMR, SPM


10. Objektif khusus

Ujian Rujukan Norma dan Ujian rujukan Kriteria


Kualiti dan kuantiti pembelajaran dapat dinilai melalui dua cara iaitu :1. Membandingkan pencapaian seseorang murid itu dengan murid lain yang telah menduduki
ujian yang sama dikenali sebagai ujian rujukan norma. Penilaian ini dibuat selepas sesuatu
ujian sumatif.Guru akan membandingkan peringkat pencapaian murid dan seterusnya
memberikan pangkatan kepada mereka dari markah tinggi kepada markah rendah.
Pangkatan ini biasanya dibuat dalam bentuk gred seperti ABCDE ataupun kedudukan dalam
kelas.
2.

Membandingkan pencapaian murid mengikut beberapa kriteria atau standard tertentu yang
telah ditetapkan. Penilaian ini biasanya dibuat selepas sesuatu ujian formatif yang mengukur
penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran. Contohnya dalam kemahiran bacaan,
pencapaian murid akan ditentukan mengikut beberapa kriteria seperti ketepatan sebutan ,
kelancaran bacaan, kejelasan sebutan dan sebagainya.
Perbezaan URN dan URK

1. Membandingkan pencapaian individu dengan norma - membandingkan pencapaian individu

dengan kriteria yang ditetapkan


2. Mengukur perbezaan pencapaian individu

- banding pencapaian dengan kriteria

3. Meliputi bidang pelajaran yang luas - menumpu kepada tugas pembelajaran yang terhad
4. Menggunakan JSU yang disediakan - kriteria terperinci ditentukan
5. Menentukan pangkat pencapaian - menentukan peringkat pencapaian

30

Tajuk 4.5

4.5.1

Kaedah Penilaian Bahasa

Pengenalan
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan
prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak
supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan
dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya.
Dengan demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk
menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya,
langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

4.5.2

Jenis-jenis Kaedah Penilaian Bahasa

II. Portfolio
i. Pengenalan
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama.
Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran yang lain
digunakan
untuk
menghasilkan
yang
boleh
Portfolio
berbentuk
dokumentasi
yangpenilaian
berstruktur
menyeluruh.
memerlukan perancangan, pelaksanaan, dan penilaian

ii. Ciri-ciri
Portfolio

yang teliti.
Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan
secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal
hingga akhir.
Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated
kontrak seperti dari segi masa, strategi atau bentuk.
Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran secara
interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan
dari semua
31 pihak.
Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang
disusun secara urutan dan mengikut logik. Ia bersifat
reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

iii. Penilaian Portfolio

Berfokus kepada proses dan tidak memberatkan kepada hasil.


Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad-based) dan seimbang.


Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran
pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran seperti hasil
temubual dan jawapan soalan tentang perkara-perkara yang tidak boleh diberi
markah (non-markable).
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria
yang dipersetujui bersama.
iv.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.


Portfolio Kerja Harian/
Working Portfolio

Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan


tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contoh: Proses pengembangan idea yang dijalankan secara
harian untuk menghasilkan satu lukisan yang menunjukkan
ciri-ciri berikut:
a)
cara mencampurkan warna untuk mendapatkan
warna yang terbaik.
stroke berus untuk menghasilkan percampuran
warna terbaik.

Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio


kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
Contoh: Hasil lukisan yang terbaik
daripada beberapa lukisan dibuat dan
dikumpul dalam portfolio kerja harian.

Portfolio Hasil
Terbaik/
Show
Portfolio

32

Merupakan hasil tugasan kecil yang


dijalankan semasa mengumpul bahan
pada satu jangkamasa tertentu untuk
menyempurnakan
portfolio
kerja
harian.
Contoh: Satu lukisan hasil
v.
Kegunaan
Portfolio
daripada warna
tertentu.

vi.

Portfolio
Dokumen/
Documentary
Portfolio

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot


guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau
perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga
dengan hasil pencapaiannya.
Memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan penilaian kendiri.
Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dari
segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian,
nota anekdot, rekod perlaksanaan tugas dan kadar pencapaian hasil
pelajar.
Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi
dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam kelas,
inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.


a. Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis
portfolio.

Adakah anda ingin menilai proses atau hasil portfolio?


Apakah bukti untuk mencapai matlamat kurikulum atau
peta perkembangan pembelajaran pelajar?
Apakah kumpulan sasar yang ditujukan?

b. Isi kandungan portfolio.

Adakah bukti pencapaian objektif portfolio (matlamat/data)


relevan?
Apakah jenis-jenis bukti pencapaian pembelajaran pelajar?
Berapa banyak bukti-bukti pencapaian pembelajaran pelajar?

c. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan


bagaimana?

Guru atau pelajar atau kolaborasi?


Adakah proses pembinaan portfolio menggalakkan pelajar
membuat refleksi kendiri33dan penilaian kendiri?
Apakah sistem yang digunakan untuk pengendalian portfolio dalam
kelas?

vii.

d. Penilaian Portfolio

Cara Membina Portfolio

Adakah portfolio dinilai secara keseluruhan, kumpulan atau

Bagaimanakah membuat anggaran dan laporan kedudukan / lokasi


pelajar dalam peta Strategi
perkembangan pembelajaran pelajar? Aktiviti
1.
Menghuraikan
tujuan
portfolio.
mengikut
tahap
atau lokasi secara berterusan?
2.
Menghuraikan
instrumen
portfolio.
subjektif
atau objektif?

Setelah memahami peringkat


individu? dan strategi pembinaan portfolio, rancangkan satu aktiviti
yang sesuai berdasarkan
kemahiran
yang terdapat
mata pelajaran yang anda
Apakah
kriteria penilaian
yang akandalam
digunakan?
ajar. Gunakan jadual
yang
berikut
sebagai
panduan.
Adakah kriteria penilaian mudah difahami dan adil?
Peringkat
Menentukan
portfolio

tujuan

Refleksi/menyemak
huraian
tujuan
dan
diselaraskan dengan objektif kurikulum serta
peta perkembangan pembelajaran pelajar
dalam sesuatu bidang pembelajaran.

isi

Menghuraikan jenis / aktiviti pembelajaran.


Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
Refleksi / menyemak huraian bukti / sumber
pembelajaran dengan menggunakan peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam
sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan pemilihan
cara
pengendalian
portfolio

Menghuraikan sistem pengendalian portfolio.


Refleksi/menyemak
huraian
pengendalian
berdasarkan tujuan portfolio dan peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam
sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan apa yang


akan dinilai dan kriteria
penilaian

Menentukan
fokus
penilaian
secara
keseluruhan atau individu.
Menerangkan kriteria penilaian.
Memastikan kriteria ini jelas dan mudah
difahami.
Memastikan kriteria tidak memihak kepada
sesuatu jantina atau kumpulan.
Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria
penilaian mengikut tujuan portfolio, peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam
sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan
portfolio

Menentukan
kaedah
membuat
anggaran
dan laporan tentang
lokasi
pencapaian
pelajar
di
peta
perkembangan
pembelajaran pelajar.

Menghuraikan kaedah membuat anggaran


tentang lokasi pencapaian pelajar di peta
perkembangan pembelajaran pelajar.
Menghuraikan kaedah membuat laporan
tentang lokasi pencapaian pelajar di peta
perkembangan pembelajaran pelajar.
Refleksi/menyemak
huraian
kaedah
membuat anggaran dan laporan mengikut
tujuan dan kumpulan sasar.

34

viii.

Mengumpul Maklumat
Setelah menentukan jenis portfolio, dan strategi pembinaan portfolio, pelajar
mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
-

Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi


Maklumat

- Lawatan
- Temubual

Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau


ke dalam fail. Misalnya:

ix.

Inti / rumusan dari pelbagai sumber


Imbas gambar foto
Bentuk soal semak di komputer
Sambungkan gambar video (untuk
pemerhatian) ke komputer

Bagaimana Menilai Portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan


berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi


gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar
yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E

5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

3 Membentuk suku kata

2 Menyebut bunyi huruf

1 Permulaan mengenal huruf

35

x.

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti


hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi


matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Merekod Penilaian Portfolio.


Penilaian Awal

Penilaian merentasi
tugas bertulis
mengikut skala:
-Sangat Tinggi (5)
-Tinggi (4)
-Sederhana (3)
-Rendah (2)
-Sangat Rendah (1)

Senarai ciri paling penting

Penentuan gred

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama


perancangan portfolio.
Kriteria penilaian:
Pemikiran dan isi
Struktur dan organisasi
Strategi pengurusan
Variasi isi yang sesuai
Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan
kumpulan sasar yang berlaian.

Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan


wajaran markah bagi setiap ciri.
Mengambil kira markah yang diberi kepada tiaptiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota
anekdot dan refleksi pelajar.

Penilaian boleh direkod dengan menggunakan skala berkadar. Contoh skala berkadar
adalah seperti yang berikut:
1.

Skala berkala untuk penilaian kendiri, misalnya dengan menggunakan


1
2
3
4

2.

Tidak pernah benar


Tidak selalu benar
Selalu benar
Sentiasa benar

Skala berkala untuk penghayatan sajak mencukupi aspek respon pelajar secara
bertulis, tata bahasa, tanda berhenti dan mekanik bahasa.
1

Tidak cuba menjawab atau cuba menjawab tetapi tidak menunjukkan


kefahaman mengenai tajuk.

Hanya memberi sedikit kefahaman, menghadapi masalah dalam bahasa


dan struktur ayat yang menjejaskan penulisan

36

3.

Menunjukkan respons yang jelas dan mengikut logik. Mengandungi


sedikit kelemahan dalam organisasi idea dan fokus serta tata bahasa.

Memberi respons yang tepat, betul dan berfokus kepada kefahaman


sajak. Terdapat hanya sedikit kelemahan dalam penggunaan bahasa.

Skala berkala penentuan tahap sikap pelajar sewaktu berinteraksi dan


melibatkan diri untuk menghasilkan portfolio.
Tidak berdikari

sikap

skala
0

Perlu bantuan

Berdikari

Angka dan bilangan skala akan ditentukan berdasarkan kepada berapa kelas setiap
peringkat tugas itu boleh dihuraikan supaya pencapaian pada setiap peringkat boleh
dibezakan.
xi.

Senarai Semak Portfolio Penilaian


Peringkat Perancangan
Ya

1.

Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop?

2.

Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?

3.

Adakah strategi untuk mengumpul maklumat dan data


dipelbagaikan.

4.

Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja.

5.

Adakah draf tentang langkah-langkah untuk pembinaan


portfolio dibuat?

6.

Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio


mencukupi?

Peringkat Perkembangan / Proses


1.

Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan?

2.

Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua


aspek penilaian dijalankan?

3.

Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?

4.

Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain


aktiviti pembelajaran?

5.

Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam


komputer/disimpan dalam portfolio?

6.

Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala

37

Tidak

bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?


7.

Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat?

8.

Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran


disusun secara urutan dan logik?

9.

Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?

Peringkat Penilaian
1.

Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian


portfolio?

2.

Adakah penilaian memberatkan proses?

3.

Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta


Pembelajaran Pelajar?

4.

Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

5.

Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup
1.

Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

2.

Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut


pelaksanaan kerja?

3.

Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

xii.

Senarai semak berikut boleh digunakan untuk menilai tentang sikap dan tingkah
laku pelajar sewaktu menyediakan Portfolio dengan menggunakan kriteria
tertentu mengikut kategori yang di bawah:

Tajuk portfolio: ____________________________________________


Sikap Interaksi dan Penglibatan
1
Berkerjasama
2
Koloborasi (mencuba dan menyumbang idea)
3
Menyoal sebaya dalam kumpulan (menggalakkan
4
5

penglibatan orang lain)


Mengambil risiko (percaya dengan kebolehan diri)
Tekun menjalankan tugas
Petunjuk
Tidak berdikari
Perlu bantuan
Berdikari

- 0
- 1
- 2
38

Lim

Ali

Samy

II.

Penilaian Melalui Pemerhatian.


i.

Pengenalan

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka


waktu yang diperlukan / ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum
balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini
meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor, yang melibatkan juga faktor-faktor
bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan
menggunakan Senarai Semak. Alat-alat seperti Rekod Anekdot dan Rekod Profil
boleh juga digunakan. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan
pelajar, membuat refleksi masing-masing.
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pemerhatian berlaku
di antara guru dan pelajar, dan di antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian
juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar
dengan bahan dalam pelbagai situasi / persekitaran.

PERSEKITARAN

PELAJA
R

PELAJA
R

BAHA
N
PE

Rajah 2:

ii.

GURU

Proses Pemerhatian di Dalam Bilik Darjah

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

39

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.


Antaranya ialah:
a.

Kualiti Pemerhatian
Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang guru untuk
menjadi pemerhati yang baik?
Guru tersebut perlu:

Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin


terhadap persekitarannya.

Peka terhadap
pembelajaran.

Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu
pemerhatian.

Bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian.

Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

b.

Bentuk Perancangan

perubahan

yang

berkaitan

dengan

bahan

dan

Bagaimana bentuk perancangan yang perlu disediakan sebelum


sesuatu pemerhatian dilaksanakan?

Perancangan harus rapi dengan penyatakan dengan jelas tentang


ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan / individu
sasar yang dinilai.
Menetapkan jangka waktu proses penilaian, sama ada jangka pendek
atau jangka panjang (mengikut keperluan).
Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana
mentadbirnya.
Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
Merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuen
yang dijangka daripada pemerhatian itu.

40

Mengapakah perancangan yang rapi diwajibkan untuk pemerhatian?


Perancangan untuk membuat sesuatu pemerhatian perlu rapi dan
bersistem bagi mencapai matlamat pemerhatian/ tugasan. Cara merekod
juga mesti dinyatakan dengan jelas bagi menjamin keberkesanan seluruh
proses pemerhatian tersebut.
c.

Rekod Pemerhatian.
Bagaimana bentuk rekod pemerhatian yang diperlukan untuk
pemerhatian yang lebih berkesan?
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang
tersusun, dari segi:

Pendekatan : Bagaimana individu/kumpulan mendekati sesuatu


masalah yang dihadapi semasa menjalankan pemerhatian, dan
hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu
direkod dengan jelas.
Menjalankan tugas : cara individu mengendalikan tugasnya dan
setiap hasil yang diperolehi dihuraikan dengan tepat.
Cara merekod dapatan dan rumusan : dapatan dan rumusan
hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Tindak susul : rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan
tindak susul yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Untuk tujuan di atas, senarai semak perlu digunakan. Senarai semak


boleh disediakan oleh guru atau jawatankuasa yang terdiri daripada guruguru yang berpengalaman dalam bidang atau aspek yang hendak dinilai.
Senarai semak juga hendaklah mencatatkan semua aspek yang hendak
dinilai.
ii. Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai /
diperhati, iaitu:
a.

Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran


(interpretation) dan tanggapan (judgement).

Melapor apa yang dilihat sahaja.

Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa,


tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas
menemu bual individu yang berkenaan.

b.

Memerhati apa yang telah dirancang, dan secara open-ended.

Menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,


perlakuan,
Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

c.

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut sekuen dalam


jangka waktu yang berperingkat boleh memberi dapatan
41

yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan


proses atau peristiwa, atau pendekatan terhadap sesuatu
tugasan, dan masalah/kesukaran.
iv.

Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, cara serta


kriteria tertentu. Antaranya ialah:
a. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah
dikenal pasti atau yang dirancang.
b. Dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod
anekdot yang meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan
persekitaran.
c. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut
objektif atau tujuan pemerhatian.
d. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan
menggunakan pensil dan kertas atau secara berkomputer mengikut
keperluan dan kesesuaiannya.
e. Tindak susul terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat
selepas mengkaji kesan dan implikasi ke atas pelajar.
f. Jangkamasa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan
dan keperluan.
g. Maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak
balas pelajar, dan
h. Refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai
pemerhatian.
iii.

Fungsi
a.

Penilaian melalui pemerhatian biasanya:

Digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu / kumpulan


dalam sesuatu proses pembelajaran.

Dibuat oleh pelajar (individu/kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri


dalam sesuatu pembelajaran.

Dijalankan oleh pelajar untuk mengesan atau menilai tahap pencapaian rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek


dsb. sama ada melalui interaksi sehala atau dua hala.

42

b.

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru / pelajar menyusun/


merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran
seterusnya, seperti:

c.

d.

Menjalankan aktiviti pemulihan.


Meningkatkan motivasi pelajar.
Mengadakan latihan-latihan pengukuhan.
Menyusun langkah-langkah yang sesuai dengan prestasi pelajar.
Mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan
minat dan keupayaan serta kecekapan pelajar.

setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif


dan afektif pelajar. Namun, guru boleh juga lebih memanfaatkan dapatan
pemerhatian tersebut dengan membuat penilaian kendiri terhadap
keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara,
pendidik dan tutor.

Pemerhatian yang terancang boleh membantu anda sebagai guru mengetahui:


i.
ii.
iii.

Sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan


apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut?
Adakah kaedah/strategi pelajar memberi kesan yang positif?
Bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul
apa yang tersirat?

Bagaimana pula dengan penguasaan bahasa mereka? Mencukupikah


perbendaharaan kata mereka bagi mengesan, memproses dan
mengaplikasi maklumat yang diperlukan pada tahap pembelajaran
mereka?
Dapatan pemerhatian yang direkod dengan baik boleh juga membantu
anda membimbing pelajar meningkatkan keupayaan mereka secara
individu atau kelompok?
Pemerhatian akan menjadi lebih tepat jika rekod yang sistematik
disimpan untuk rujukan sebagai sumber maklumat untuk
perancangan.
Hasil pemerhatian mungkin boleh memberi petunjuk sama ada
seseorang pelajar itu memerlukan perhatian individu untuk
mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, sikap pelajar terhadap
pelajaran lain dan sikap pelajar terhadap diri (konsep kendiri)

43

v.

Contoh 1 : Penggunaan Alat Pengukuran Rekod Anekdot

Pemerhatian boleh juga dibuat untuk menilai/mengukur kecerdasan atau kecekapan


individu dalam bidang ilmu tertentu seperti:
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
keupayaan
mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati,
meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat;

b.

Kecekapan: keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka


corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen
secara terkawal dan terancang;

c. Kecekapan muzik:
keupayaan menghayati,
membuat persembahan atau mencipta muzik.

b.

Kecekapan bodily-Kinaesthetic: berkemahiran dalam sukan, seni


lakon, atau seni lukis dan kraftangan.

c. Kecekapan intrapersonal: keupayaan memahami perasaan, impian dan idea


sendiri.

d. Kecekapan interpersonal: keupayaan memahami dan bergaul dengan orang


lain.

44

vi.

Contoh 2.1 : Pengukuran Kecekapan Linguistik / Bahasa.


Kecekapan / kecerdasan Linguistik melibatkan penggunaan bahasa lisan,
penulisan, atau isyarat untuk pelbagai tujuan seperti untuk:

a) Menghibur
b)
c)
d)
e)

Mempengaruhi
Menyampaikan idea
Menyelesaikan masalah
Mencungkil ingatan

menceritakan sesuatu yang menggembirakan atau


yang menggelikan hati.
berpidato, berbahas, berceramah.
menerangkan sesuatu konsep; memujuk arahan.
menyoal kendiri, membaca arahan.
menyenarai barangan yang perlu dibeli, menyimpan
diari.

Untuk tujuan di atas, Rekod Anekdot seperti di bawah boleh digunakan.


Contoh 2.2: Rekod Anekdot bagi Kecekapan Linguistik yang dibuat melalui
pemerhatian.
Arahan : Tandakan (/ ) bagi item yang berkenaan.
KEKERAPAN
1.

Banyak menyoal, terutama soalan jenis mengapa

2.

Menguasai kosa kata yang baik.

3.

Bilingual: mudah menguasai perkataan baru.

4.

Gemar bercakap

5.

Gemar bermain dengan perkataan:

permainan perkataan, p dan rima


6.

Gemar membaca.

7. Gemar mengarang
Catatan:
Rekod fungsi-fungsi
di atas hanyabahasa
contoh. Guru boleh membuat rekodnya sendiri
8. Memahami
mengikut keperluan.
9. Boleh memberi pendapat tentang kemahiran bahasa.

vii.

Contoh Senarai Semak untuk mengesan sifat-sifat kepimpinan dalam diri


individu.
Ya
Tidak

1.

Mempunyai visi

2.

Mempunyai skop

45

3.

Inovatif

4.

Boleh membuat keputusan

5.

Rasional

6.

Boleh menangani tekanan

7.

Boleh dipercayai

8.

Mempunyai sense of humor

9.

Boleh bertindak sebagai guru

10.

Menggalakkan penglibatan aktif

11.

Berpegang teguh kepada prinsipnya

12.

Boleh merancang dengan baik

13.

Disegani oleh rakan sebaya

14.

Menjanakan hasil atau tindak balas seterusnya

15.

Tekal

16.

Sabar

17.

Bersifat terbuka

18.

Penyayang/Bersimpati

19.

Bertimbang rasa/Bertolak ansur

20.

Mesra

21.

Lain-lain yang sesuai mengikut keperluan

Catatan:

Kemahiran yang ditunjukkan di atas boleh diubahsuaikan mengikut


objektif pemerhatian dan jumlah kemahiran yang hendak diperhatikan
boleh ditetapkan semasa membuat sesi pemerhatian.

viii.

Contoh Senarai Semak Untuk Kemahiran Menulis

Kelas: 2 Murni.
1.

2.

3.

4.

5.

46

6.

7.

8.

Bil

Nama
murid

Ali

Mampu
membaca
tulisan
sendiri

Menggunakan
jarak
yang
sesuai

Melabelkan
gambar
dengan
perkataan

Melabelkan
gambar
denga
frasa

Shanti

Mumiyati

Saerah

Mengguna
tanda
baca yang
sesuai

Menyusunkan
idea
mengikut
urutan

Menyusun ayat
sendiri
mengikut
urutan
peristiwa

Catatan guru

Masih tidak
menguasai
kemahiran
menyusun
ayat mengikut
urutan ayat, urutan
idea dan
urutan peristiwa.
Menguasai semua
perkara dalam
kemahiran
menulis

Tulisan pelajar ini


berterusan tanpa
jarak dan tatatanda
yang betul
Tidak dapat menulis
dengan betul
semua tulisan yang
menghendaki
melabel gambar.

Catatan: Boleh juga ditandakan tarikh di dalam ruangan ini apabila pelajar berkenaan
sudah menguasai kemahiran ini
Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk
menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman
sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.
Pemerhaitan boleh berfungsi sebagai ujian bagi situasi-situasi tertentu, dan sebagai
aktiviti bukan ujian dalam keperluan lain.

III.

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

i.

Pengenalan

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi
hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu
akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian
tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang
paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
47

ii.

Apakah Kontrak Pembelajaran?

Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan


suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya
( individu / kumpulan ) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis.
Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan
tugasan yang berkenaan, iaitu:

Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu
disiapkan?

Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan Adakah secara individu atau


berkumpulan?
Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu
yang terlibat?

Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai
secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?
Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses?

Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi


kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat
sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi
kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan
syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi
dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang
diharapkan tidak terjejas.

iii.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap


keupayaan kendiri untuk membolehkan
a.
b.
c.
d.

pelajar mengenal pasti dan merekod,


menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut,
menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya,

48

e.
f.
g.
h.
i.

iv.

memaperkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai, dan


menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat
pembelajaran / tugasan akan dinilai.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat
pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri.
Menghasilkan kerja yang terancang, dan
Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan
tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil
terakhir.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar
dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan.
Antara cara-caranya ialah:
a.

Penilaian objektif tugasan


objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi
perlaksanaannya, atau
beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih
mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau
pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya mana-mana
yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b.

Hasil Pembelajaran
pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi
pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio,
laporan kajian, rencana dsb.
jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu
oleh guru.

c.

Penilaian
dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang
diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau
sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan
hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau
gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru dan
pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu,
Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru
hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan
kebolehpercayaannya. Guru juga memberi kata putus terhadap gred
akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau
ditetapkan oleh guru sahaja.

d.

Format / Bentuk
Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk
tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat.
Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal,

49

yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui


bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan
penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara
tidak formal tetapi terancang dan jelas.
Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar,


sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak
terjejas.

Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang


hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan.
Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian
tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar
semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak tersebut.
Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan
dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat.

Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan


menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau
tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula kaedah
dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap
tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut.
Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak
pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan
menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan
kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi
maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu


KONTRAK PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran :
Nama :
Tahun / Tingkatan :
Tugasan : Menulis Karangan berdasarkan gambar bersiri
Objektif :
1. -------------------------------------------------------------2. ------------------------------------------------------------3. ------------------------------------------------------------Perkembangan
Peringkat

Apa
yang
saya
mahu
capai
pada
peringkat ini

Bagaimana
saya
akan
laksanakan
peringkat ini.

Perancangan
Draf

50

Jangka waktu
pelaksanaan
peringkat ini

Bagaimana
penilaian bagi
peringkat ini
dibuat

catatan

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Penilaian 1
Penambahbaikan
Hasil Akhir

Tandatangan kendiri
...............................................
Nama:

Tandatangan rakan sebaya


...............................................
Nama:

Tandatangan guru
.................................
Nama:

Rumusan
Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan
terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.
Selain itu, pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, di
samping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.
Ini
memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang
hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.
IV.

Penilaian Melalui Projek


i.

Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang
tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan
yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan
ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam
satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah ke tahap hasil disediakan. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti
serta interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap
proses adalah ciri penting dalam mengendalikan projek ini. Projek dibuat berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan
tentang sesuatu perkara mengikut bidang msing-masing.
ii.

Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.


Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.

51

Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di


luar bilik darjah.
Memberi motivasi untuk belajar
Memberi peluang pelajar memain peranan sebagai pemimpin.
Membenarkan pelajar untuk menentukan peranan.
Membenarkan pelajar dengan minat dan kebolehan yang sama bekerja
pada kadar yang setaraf dengan kemampuan.
Memberi satu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu
menunjukkan kebolehan sepenuhnya.

Garis panduan yang tepat dan detail harus diberi oleh guru untuk menggalakkan
pemikiran pada aras yang lebih tinggi (higher order thinking skills). Satu contoh garis
panduan laporan projek ditunjuk di bawah ini.

Tunjukkan dengan selengkapnya kerumitan yang mungkin bagi topik


yang dipilih.
Tentukan kriteria penilaian.
Elakkan perkara yang terlalu abstrak.
Gunakan kosa kata yang sesuai bagi topik anda. Misalnya dalam topik
laras Sains, soalan berikut adalah kurang tepat:
Bagaimanakah tumbuhan menghasilkan makanan dalam tindakbalas
fotosintisis?
Yang lebih tepat ialah:
Bagaimanakah tumbuhan mensintesiskan makanan dalam proses
fotosintesis?
Gunakan contoh yang sesuai untuk berkomunikasikan topik anda.
Hubung kaitkan topik anda dengan pengalaman sendiri.

Supaya menjelaskan semua garis panduan ini, tunjukkan kepada sampel hasil projek
yang telah dikendalikan mengikut tahap pencapaiannya, misalnya, sampel cemerlang,
sederhana dan lemah. Dengan ini, pelajar boleh lihat dan faham taraf kualiti yang
dikehendaki bagi projek yang mereka akan jalankan.
Satu aspek lain yang turut penting ialah penyemakan rakan sebaya. Ini menggalakkan
pemikiran dan pencapaian yang lebih tinggi. Persembahan laporan projek yang terhasil
juga penting. Ini adalah bertujuan memastikan kerja yang dijalankan itu dilakukan
adalah autentik. Di samping itu memastikan kerja itu sebenarnya dijalankan oleh pelajar
sendiri. Beberapa contoh jenis projek yang boleh dikendalikan di sekolah ialah sudut
Sains, sudut bacaan, pembinaan kolam, poster dan mencipta lagu
iii.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.


Aktiviti
Anda dikehendaki menyediakan satu lampiran tentang maklumat yang terkini mengenai
satu tajuk yang anda mengajar di sekolah.
Gunakan pelbagai sumber untuk
mendapatkan maklumat yang berkenaan. Semua maklumat harus disusun pada satu

52

helai kertas ukuran A4 dalam bentuk yang menarik dan senang dibaca oleh pelajar
anda. Anda harus menunjukkan kreativiti anda dengan menggunakan teknologi yang
sesuai. Tentukan juga skala penilaian pada satu senarai semak yang anda akan
gunakan untuk menilai projek yang sama rakan sebaya anda. Untuk menolong anda
dalam tugasan ini, sila rujuk kepada senarai semak di halaman yang berikut.
Sila catatkan butir-butir mengenai projek anda di bawah ini. Bincangkan dengan
fasilitator ataupun rakan sebaya anda jika anda menghadapi masalah.
Tajuk Projek: ...............................................................................................................
Skop Projek:
Kriteria penilaian yang dimasukkan dalam senarai semak:
Komen-komen fasilitator/rakan sebaya (jika ada)
SENARAI SEMAK
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8

Adakah tajuknya relevan dengan sukatan pelajaran?


Adakah skopnya
- mencakupi segala aspek yang berkaitan dengan tajuk?
- memadai dengan tahap keupayaan pelajar?
Adakah ia merupakan perkara baru atau peluasan daripada apa
yang pernah dibuat?
Adakah ia perkara penting dalam kehidupan seharian?
Adakah ia dapat menghasilkan satu hasil kerja yang asli?
Adakah pengetahuan dapat diintergrasikan?
Adakah matlamat projek itu jelas?
Adakah strategi pelaksanaannya munasabah?

Langkah 2 : Penilaian awal projek.


Aktiviti
Kumpulkan dan senaraikan bahan-bahan relevan yang anda telah dapat dari pelbagai
sumber (misalnya, internet, buku rujukan, bahan sebenar dll) di bawah ini.

Bil

Senarai Jenis Bahan Projek

Sumber

53

Masukkan semua bahan ini ke dalam portfolio anda.


Refleksi kendiri.
Rumuskan tentang cara dan masalah yang dihadapi semasa mengutip bahan.
Komen fasilitator dan penilaian:
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi
Aktiviti.
Sediakan lampiran dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpulkan dalam
portfolio. Tunjuk hasil kerja anda kepada rakan sebaya untuk mendapatkan komenkomen mereka. Tuliskan rumusan komen-komen mereka.
Refleksi kendiri
1.
Pamerkan isi kandungan lampiran anda dalam satu peta konsep.
2.
Apakah masalah yang timbul semasa anda membina lampiran?
3.
Adakah anda meminta pertolongan daripada rakan sebaya? Jika ada, adakah
bantuan itu dapat meningkatkan mutu kerja anda? Jelaskan.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
1.
2.
3.

Apakah kriteria yang telah digunakan untuk memilih bahan untuk dimasukkan
dalam lampiran anda?
Apakah unsur-unsur inovatif dan kreatif yang ditunjukkan dalam lampiran anda?
Adakah kesuntukan masa menjadi satu had yang menjejaskan kualiti lampiran
anda?

Langkah 5 : Penilaian Hasil Projek


Aktiviti.
Tunjukkan lampiran anda kepada semua rakan kelas anda. Beri satu persembahan
yang ringkas tentang kandungan lampiran itu. Rekodkan semua pertanyaan dan komen
rakan kelas anda. Simpan lampiran anda dalam portfolio.
Pertanyaan dan komen rakan:
Apakah gred yang anda fikir anda harus terima untuk projek ini? A, B, C, D, E atau pun
F? Jelaskan.
Komen dan Penialaian Fasilitator:
V.

Penilaian Melalui Ujian.

54

i.

Pengenalan

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara


bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel,
bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan
kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar
diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil ujian yang sama.
Dengan cara multiple dilevery, ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar
untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu
pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat
yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian
manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui
kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll).
Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta
dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran.
Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk
memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan
susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang
diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak ( vertical integration)
mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar
( horizonatal integration ) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam
tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan
serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki
kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan ( patching)
sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat
perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah
Computer Adadtive Testing ( CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan
berkesan.
Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan
gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan
oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian
formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang
berkesan.
Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas
sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item
( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari
semasa ke semasa.
Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi item pelbagai strand
atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa, perkara berikut perlu
dilaksanakan.

Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina


55

ii.

Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih

Perancangan Ujian.

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsurunsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan
tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan
seterusnya.
Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya
ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh dijadikan
panduan semasa merancang ujian jenis objektif.
Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian?
i.
Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.
ii.
Menilai kemahiran prasyarat.
iii.
Menilai tahap penguasaan ilmu.
iv.
Merancang program pemulihan dan pengayaan.

Langkah 2
i.
ii.
iii.

iv.

: Tahukah bidang yang akan dinilai?


Aspek kognitif.
Aspek afektif- nilai/sikap
Aspek kemahiran:
pedagogi
pemudahcaraan
berfikir
belajar
teknologi maklumat (IT)
Aspek personaliti
tingkah laku
gaya kognitif
pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences)
kecerdasan emosi ( emotional intelligence)

Latihan 5
Sila dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Kemudian buat banding beza tentang antara kaedah-kaedah penilaian
bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan
grafik.
Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai
satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan

56

kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih
itu.

Tajuk 4.6

4.6.1

Alat / Instrumen Penilaian Kemahiran Bahasa

Pengenalan

Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa . Ada antaranya
telahpun dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa seperti
kloz, penyoalan, dan senarai semak. Contoh instrumen pengujian yang lain ialah
rubrik, skala Linkert, dan pengurusan grafik. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian
alat dan kaedah serta tujuan penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan
kebolehpercayaan pengujian. Ini adalah kerana setiap alat atau instrumen mempunyai
keberkesanan masing-masing untuk mengukur kemahiran bahasa yang berbeza juga.

4.6.2

Jenis-jenis alat / instrumen penilaian bahasa


i.

Rubrik

Soalan 1: (30 markah)


ISI (20%) : (6 markah)

PMT (50%) : (15 markah)

Tugasan 1 (4 markah)
A. Sebutan
1. Dialek
- pikiak
- bah......tu
- cigu
- baghu
2. Bukan penutur jati.

(5 markah)

B. Struktur Ayat.
- lama-lama pandailah kau orang
- jawab sajalah itu latihan
- ini cakap banyak pulak
- bolehlah bah.....

57

Penutur bahasa kedua


Pengaruh dialek
Pengaruh bahasa pasar
Guru yang tidak menggunakan bahasa
baku
Murid yang mempunyai pelbagai latar
belakang bahasa/dialek
Mana-mana yang sesuai.

Tugasan 2 ( 2 markah)
1. Latih tubi

Latih tubi pasangan minimal

Latih tubi pemintal lidah

Latih tubi tukar ganti

(10 markah)
latih tubi pasangan minimal
Menyatakan perkataan yang hampir
sama bunyi dengan perkataan dalam
petikan.
Contoh: orang-orang
Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara
individu, kumpulan dan kelas
Latih tubi pasangan pemintal lidah
Dapat menyenaraikan perkataan yang
bermasalah: [r]
Proses pengulangan: dari perlahan
semakin cepat.
Aktiviti berpasangan, kumpulan dan
kelas.
Ayat
Latih tubi tukar ganti
Menyediakan rajah tukar ganti : subjek,
predikat.

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah)


Menyatakan punca berlakunya kesilapan.
Dapat menjelaskan teknik yang dipilih.
Mematuhi prinsip teknik latih tubi.
KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah)
Penggunaan ayat yang gramatis.
Pemilihan perkataan yang sesuai.
Kesilapan ejaan yang minima.

RUBRIK
Soalan 1
Markah / Gred
Kriteria

90-100
A

80-89
A-

7579

70-74
B

65-69
B-

60-64
C+

B+

58

55-59
C

50-54
C-

40-49
D+

30-39
D

0-29
E


Penguasaan Isi
Kandungan
(20%)

Markah /Gred

Menyatakan 4
kesilapan
perkataan
Dapat
menyenarikan
4 kesilapan
struktur ayat
dengan jelas

90-100
A

80-89
A-

Kriteria

Markah /Gred
Kriteria

7579
B+

Dapat
menyatakan 3
kesilapan
perkataan.
Dapat
menyenaraikan 3
kesilapan ayat
dengan jelas dan
tepat.

70-74
B

Dapat
menyatakan
4 perkataan
Dapat
menyatakan
4 perkataan
Kurang jelas
dan tepat.

65-69
B-

60-64
C+

55-59
C

dapat
menyatakan
punca
berlakunya
kesilapan
dapat
menjelaskan
teknik yang
dipilih
mematuhi
prinsip
penggunaan
teknik
penerangan
jelas

. dapat
menyatakan
punca berlakunya
kesilapan

dapata
menyatakan
teknik yang dipilih

mematuhi
prinsip
penggunaan
teknik
penerangan
masih jelas.

Dapat
menyatakan
punca
berlakunya
kesilapan
Dapat
menyatakan
teknik yang
dipilih
Mematuhi
prinsip
penggunaan
teknik
Tepat tetapi
kurang jelas

90-100
A

7579

60-64
C+

Kefahaman
Konsep
(20%)

80-89
A-

70-74
B

65-69
B-

B+

59

55-59
C

Dapat
menyatakan 2
perkataan
Dapat
menyatakan 2
struktur ayat
Dengan jelas
dan tepat.

50-54
C-

40-49
D+

Dapat
menyatakan
punca
berlakunya
kesilapan
Dapat
menyatakan
teknik yang
dipilih
Mematuhi
prinsip
penggunaan
teknik
Kurang tepat
dan kurang jelas.

50-54
C-

40-49
D+

-0-1 perkataan
2 ayat
kurang tepat
dan kurang
jelas.

30-39
D

0-29
E

Dapat
menyatakan
punca
berlakunya
kesilapan
Dapat
menyatakan
teknik yang
dipilih
Mematuhi
prinsip
penggunaan
teknik
Tidak
menjawab
/menjawab
kurang jelas.

30-39
D

0-29
E

dapat
menyatakan 5
punca
berlakunya
kesilapan
dapat
memberi 3
contoh aktiviti
latih tubi
pasangan
minimal
dapat
memberi 2
contoh latih
tubi tukar
ganti
penerangan
jelas dan
tepat
Persembahan
sangat
tersusun dan
menarik
Penguasaan
bahasa
sangat baik
Pengelolaan
hujah sangat
mantap

Penguasaan
Kemahiran
Proses Berfikir
(50%)

Kemahiran
Komunikasi
(20%)

Dapat
menyatakan 4
punca
berlakunya
kesilapan
Dapat
memberi 2
contoh aktiviti
latih tubi
pasangan
minimal
Dapat
memberi 2
contoh latih tubi
tukar ganti
Penerangan
tepat dan jelas.

Dapat
menyatakan
3 punca
berlakunya
kesilapan
Dapat
memberi 2
contoh aktiviti
latih tubi
pasangan
minimal
Dapat
memberi 2
contoh latih
tubi tukar
ganti
Penerangan
tepat jelas

Persembaha
n baik dan
menarik

Penguasaan
bahasa baik dan
pengelolaan
hujah mantap.

Persembahan
kurang
tersususn
dan menarik
Penguasaan
bahasa dan
pengelolaan
hujah kurang
mantap

Dapat
menyatakan 2
punca
berlakunya
kesilapan.
Dapat memberi
2 contoh aktiviti
latih tubi
pasangan
minimal.
Dapat memberi
contoh latih tubi
tukar ganti
Penerangan
tepat jelas.

Persembahan
yang
memuaskan
Penguasaan
bahasa dan
pengelolaan
hujah
memuaskan.

Dapat
menyatakan 1
punca
berlakunya
kesilapan
Dapat
memberi 1
contoh aktiviti
latih tubi
pasangan
minimal
Tidak dapat
memberi
contoh
Penerangan
kurang tepat
dan kurang
jelas.

.persembahan
yang tidak
tersusun
penguasaan
bahasa dan
pengelolaan
hujah lemah.

Sila buat rujukan di perpustakaan, pusat sumber atau


melayari laman web untuk mendapatkan maklumat
tambahan menegenai alat/ instrumen penilaian bahasa dan
cara menggunakannya. Buat rujukan dan catatan nota
untuk instrumen penilaian bahasa yang lain iaitu skala
Linkert dan pengurusan grafik.

Rumusan
Pentaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara
berterusan, iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran
dan berbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa.

Penilaian

berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran

60

berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan
proses developmental.
Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah
bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan
pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang
digunakan.

Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran

tercapai.
INTERAKSI TUTORIAL
1.

Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di


sekolah anda dari segi:
a.

aras kefahaman/ kognitif Taksonomi Bloom.

b.

ketepatan membina item ujian objektif mengikut garis panduan yang


telah disediakan.

c.

kepelbagaian jenis item ujian objektif.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


1.

Bina JPU untuk peperiksaan akhir tahun dan sediakan soalan-soalan


berdasarkan JPU tersebut.

SELAMAT BERJAYA
61

Bacaan Asas

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala
Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.
Azman Wan Cik (1987), Isu-Isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Cik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Bahagian Pendidikan Guru.

Menilai dan Mentaksir , Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.
Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj Husin (2001).

Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan).

Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

62

Tan Hui Leng (1996). Penilaian Dalam Proses Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah
Alam: Fajar Bakti.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.

Anuar Amat & Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan
Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa
Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah
Alam: Fajar Bakti.
Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Kamarudin Hj Husin (1991).

KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa.

Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran,
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.

63

Anda mungkin juga menyukai