Anda di halaman 1dari 7

PERTANDINGAN FUTSAL

JEMPUTAN KAMPUNG
MELAYU ROBAN

____________________________________________________________________________

PERTANDINGAN FUTSAL JEMPUTAN KAMPUNG MELAYU ROBAN

1.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini terhad kepada 12 pasukan sahaja.


1.2 Pertandingan akan dijalankan secara 5-sepasukan dengan 5 orang pemain simpanan. (10
orang pemain dalam satu pasukan samada termasuk atau tidak termasuk Pengurus dan
Pegawai/Jurulatih Pasukan).
1.3 Jumlah penyertaan pasukan adalah terhad dan yang mendaftar sahaja akan terpilih dan
dibenarkan bertanding.
1.4 Pemain yang telah berdaftar di dalam sesebuah pasukan, tidak dibenarkan menyertai pasukan
lain di dalam kejohanan ini. Ataupun dalam ertikata lain, seorang pemain hanya layak
menyertai sebuah pasukan sahaja di dalam kejohanan ini.
1.5 Setiap pasukan diminta untuk menghantar borang penyertaan bersama dengan sesalinan atau
fotostat kad pengenalan.
1.6 Jika didapati seorang pemain menyertai dua atau lebih pasukan bagi kejohanan ini, kesemua
pasukan yang disertai oleh pemain tersebut akan dibatalkan penyertaannya di dalam
kejohanan ini dan yuran penyertaan bagi kesemua pasukan yang disertai oleh pemain
tersebut tidak akan dikembalikan.
1.7 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ringgit Sahaja)
bagi setiap pasukan.
1.8 Semua pemain diwajibkan untuk memakai jersi, kasut dan peralatan sukan yang bersesuaian
bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Adalah diingatkan bahawa pihak penganjur tidak
akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan kepada pemain.

2.

FORMAT PERTANDINGAN

2.1

Jika penyertaan pasukan adalah sepertimana yang telah dijangka dan dirancang,
pertandingan akan dijalankan secara liga

2.2

Tempoh masa permainan adalah selama 15 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh masa
dengan 1 minit waktu rehat(7-1-7).

2.3

Setiap kemenangan diberi 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.

2.4

Juara dan Naib Juara dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat yang seterusnya

2.5

Jika jumlah mata terkumpul dari 2 pasukan adalah sama, sistem perbezaan gol digunakan
untuk menentukan pasukan adalah seperti d bawah:
2.5.1

Formula : Jumlah Gol Jumlah Bolos = (Jumlah tertinggi adalah dikira pemenang)

2.5.2

Jika Seri : Jaringan Gol yang Tertinggi

2.5.3

Jika Seri : Jaringan Bolos Yang Terendah

2.5.4

Jika Seri : Keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan tersebut akan


diambil kira (jika ada)

____________________________________________________________________________
Pertandingan Futsal Jemputan Kampung Melayu Roban
2012

ms 1/5

2.5.5

Jika Seri/Tiada perlawanan di antara kedua-dua pasukan : Tendangan penalti akan


dijalankan akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

2.6

Untuk perlawanan pusingan selepas peringkat kumpulan, format perlawanan adalah secara
kalah mati.

2.7

2 pasukan pemenang di separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir. Manakala 2


pasukan yg kalah pada peringkat separuh akhir, akan beraksi bagi penentuan tempat ke -3
dan ke-4.

2.8

Jika jaringan seri sehingga tamat masa permainan, Penentuan dengan Sepakan Penalti
sebanyak 3 sepakan penalti + 1 satu sepakan Suddent Death akan dijalankan. Format ini
hanya terpakai melibatkan perlawanan peringkat ke-2, akhir, separuh akhir dan penentuan
tempat ke-3 dan ke-4.

2.9

Peraturan permainan 'out ball' serta 'corner kick' diguna pakai.

2.10

2 orang pengadil akan mengadili setiap 1 perlawanan secara serentak.

3.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

3.1

Adalah mengikut undang-undang dan peraturan FIFA dan FAM 2012.

3.2

Hanya 5 pemain dibenarkan beraksi pada satu-satu masa termasuk penjaga gol.

3.3

Pemain gantian boleh dimasukkan berulang-ulang kali sepanjang masa permainan kecuali
mereka yang telah dikenakan kad merah.

3.4

Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', body holding dan 'body contact'
dibenarkan di dalam permainan futsal.

3.5

Jika seseorang pemain dilayangkan 'straight red', pemain tersebut akan digantung 2
perlawanan. Manakala pemain yang dilayangkan kad kuning ke-2 pada satu-satu
perlawanan atau menerima 2 kad kuning dalan perlawanan yang berasingan akan digantung
1 perlawanan.

3.6

Sebarang pergaduhan adalah tidak dibenarkan dan penyertaan pasukan tersebut boleh
dibatalkan.

3.7

Keputusan pengadil adalah sah dan muktamad.

3.8

Keputusan muktamad daripada perlawanan yang berkontroversi akan dibuat oleh pihak
penganjur.

____________________________________________________________________________
Pertandingan Futsal Jemputan Kampung Melayu Roban
2012

ms 2/5

4.

BANTAHAN

4.1 Jika terdapat bantahan oleh mana-mana pasukan terhadap mana-mana pasukan yang lain,
pasukan yang membantah perlu menyertakan wang pertaruhan bantahan sebanyak
RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ringgit sahaja).
4.2 Selepas bantahan diterima, satu mesyuarat AJK Teknikal/Bantahan akan diadakan oleh
penganjur kejohanan dengan disertai oleh pengadil perlawanan tersebut dan kedua-dua
pengurus pasukan (pasukan yang membantah dan dibantah).
4.3 Segala keputusan bantahan akan diputuskan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa
Teknikal/Bantahan dan sekiranya bantahan didapati berasas dan mempunyai justifikasi yang
kukuh, ianya akan diterima oleh penganjur kejohanan dan wang pertaruhan bantahan akan
diserahkan semula kepada pasukan yang membantah. Jika tidak, wang bantahan akan
dikira hangus.
4.4 Jika keputusan bantahan adalah positif dan diterima, pasukan yang membantah akan dikira
pemenang (jika bantahan melibatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan iaitu pasukan
yang membantah dan dibantah) dan akan diberikan 2 jaringan gol.
4.5 Selain daripada bantahan yang melibatkan keputusan perlawanan untuk kedua-dua pasukan
yang bertanding, bantahan lain yang boleh diterima oleh penganjur adalah yang melibatkan:
4.5.1

Pemain yang menggunakan bahan terlarang atau mabuk.

4.5.2

Bergaduh di luar kawasan gelanggang. Walau bagaimanapun, pergaduhan yang


melibatkan pemain yang sedang bermain ketika perlawanan sedang berlangsung,
akan diputuskan oleh pengadil perlawanan tersebut.

4.5.3

Pemain yang bermain untuk pasukan lain selain daripada pasukan yang disertainya
secara sah.

5.

MESYUARAT DAN UNDIAN

5.1

Mesyuarat Pengurus Pasukan dan undian bagi pusingan pertama akan dijalankan pada :
i)
ii)
iii)

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

23/8/2014
2.00 petang
Perkarangan Masjid Kampung Melayu Roban

5.2

Mana-mana pasukan yang gagal menghantar pengurus atau wakil semasa undian pusingan
pertama ini dibuat, pihak penganjur akan mewakili pasukan mereka bagi mencabut undi.

6.

TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

6.1 Tempat, tarikh dan masa pertandingan adalah seperti di bawah :


i)
ii)
iii)

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

25/8/2012 hingga 26/8/2012


8.00 pagi
Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban

____________________________________________________________________________
Pertandingan Futsal Jemputan Kampung Melayu Roban
2012

ms 3/5

7.
7.1

HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah bagi para pemenang adalah seperti berikut:Bagi Kategori Lelaki:
i)
ii)
iii)

Johan
Naib Johan
Ketiga

:
:
:

Wang Tunai(RM300) + Piala + Medal


Wang Tunai(RM200) + Piala + Medal
Wang Tunai(RM100) + Piala + Medal

8.

BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP

8.1

Yuran penyertaan pasukan perlulah dibayar kepada pihak penganjur semasa cabutan undi
dibuat dan bukti pembayaran yang asli hendaklah dibawa pada hari kejohanan bagi
tujuan pengesahan pasukan.

8.2

Borang penyertaan yang telah lengkap berserta bukti pembayaran yuran penyertaan
perlulah dihantar semasa cabutan undi dibuat atau ke:i)
ii)

Mohamad Tarmimie Bin Ali


Kassim Bin Tomik

8.4

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23/8/2012, jam 2.00 petang.

9.

PERTANYAAN

9.1

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :


i)
ii)

Mohamad Tarmimie Bin Ali - 0138311652


Kassim Bin Tomik
- 0138065148

**NOTA : Pihak Penganjur berhak membuat sebarang perubahan terhadap segala perkara ini tanpa
sebarang notis.

____________________________________________________________________________
Pertandingan Futsal Jemputan Kampung Melayu Roban
2012

ms 4/5

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN FUTSAL JEMPUTAN KAMPUNG MELAYU ROBAN
Nama Pasukan

: ____________________________________

Nama Pengurus

: ____________________________________

No. Telefon Bimbit

: ____________________________________

Nama Jurulatih/Pegawai Pasukan

: ____________________________________

Bi
l.
1
2

Nama Pemain

No. K/P

No. Jersi

3
4
5
6
7
8
9
10
Saya/Kami ingin meyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran penyertaan
bernilai RM : 30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja)
Nama : _______________________ No. K/P : _______________ T/Tangan : _____________
** Nota :

Bukti pembayaran yang asli perlu dibawa pada hari kejohanan.


koyakkan

* Akuan Penerimaan Wang


Diterima daripada : ______________________________ No. K/P : ________________ sebanyak
RM : 30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja) sebagai bayaran penyertaan untuk Pasukan
_______________________ (kategori : ___________________) bagi Pertandingan Futsal
Jemputan Kampung Melayu Roban 2012
T/Tangan Penerima :

________________________
(Nama :
)

_______________________________________________________________________________
Borang Penyertaan

ms 1/1

BORANG BANTAHAN
PERTANDINGAN FUTSAL JEMPUTAN KAMPUNG MELAYU ROBAN
Bantahan berkaitan :

Tanda Tangan

Nama

No. K/Pengenalan

Nama Pasukan

No. Telefon
Bayaran Bantahan (RM)

RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja)

Bantahan diterima oleh Peganjur:

Tandatangan

Nama

Keputusan bantahan :
* DITERIMA / DITOLAK
Alasan bantahan ditolak :

NOTA : * Potong mana yang tidak berkenaan

_______________________________________________________________________________
Borang Bantahan

ms 1/1

Anda mungkin juga menyukai