Anda di halaman 1dari 4

Fakta Tubuh Manusia

1. Setiap hari, kita kehilangan 100 helai rambut dan 36000 setahun (kecuali anda memang tidak
mempunyai rambut)
2. Tubuh manusia dapat bertahan lama tanpa makan daripada tanpa tidur. Kelaparan akan
menyebabkan kematian dalam beberapa minggu sedangkan tanpa tidur anda akan mati dalam
waktu 10 hari.

3. Sekiranya mayat manusia dibakar, abu yang terhasil secara purata seberat 9 paun sahaja.
4. Bayi lahir dengan 300 tulang tetapi ketika dewasa berkurang hingga 206 tulang saja.
5. Setiap inci kulit kita di huni koloni bakteria sebanyak 32 juta bakteria.

6.
7.
8.
9.

Organ dalaman terbesar dalam tubuh kita adalah usus kecil dengan panjang 20 kaki lebih.
85% otak kita adalah air!
300 juta sel mati didalam tubuh kita setiap minit.
Kita menggunakan 17 otot untuk tersenyum dan 43 untuk mengerutkan wajah.

10.
11.
12.
13.
14.
15.

Anda berkedip hampir 84 juta kali dalam setahun.


Bayi lahir tanpa tempurung kaki hingga umur 2-6 tahun.
Secara purata, otak manusia mempunyai 100 bilion sel saraf.
Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
Perut menghasilkan lapisan mukus (lendir) setiap 2 minggu untuk mengelakkan ia dicerna.
Bila kita bersin, semua fungsi tubuh terhenti termasuk jantung.

16.
17.
18.
19.

Perut mengambil masa 1 jam untuk mencernakan susu lembu.


Telinga dan hidung terus membesar sepanjang hayat.
Rambut dan kuku dihasilkan dari bahan yang sama.
Setiap saat, 15 juta sel darah dimusnahkan dalam tubuh manusia.

20. Secara purata, jantung manusia berdenyut 3000 juta kali sepanjang hayat dan mengepam 48
juta gel

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak


Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan
makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak
manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran


glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan
menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa
kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak
akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan
oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot
seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan
mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.
Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan
cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan
zat-zat galian. Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan
bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama
'HYPOGLYCAEMIA'

Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis.
Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada
anak-anak kecil sekarang.
Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan
tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain
akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu
dimasa hadapan

Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang
diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini
terjadi.

Anda mungkin juga menyukai