Anda di halaman 1dari 8

Akibat Gula

Sedikit persoalan tentang gula..

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma
menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan
menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan !

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung ! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada
glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)


2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alcohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastric
30. Penyebab arthritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormone
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :

Glukosa, Fruktosa, LaktosaMaltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap Maple, Molases, Sirap hitam, Sirap
kencana, Dektrosa & Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu the


2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu the
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu the
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu the
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu the
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu the
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu the
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu the
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu the
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu the
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih
dikenali di dunia. Rakyat negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling
kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali (cuba
fikirkan pemanis apa yg mereka gunakan??) Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan
keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera
hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama
minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hatilah.

Posted by Stevia Sweet 0 comments

Nasi Lemak & Teh

NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh
mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam
daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang
menyelerakan.
Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas Teh Tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara
kebetulan menjadi minuman rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan
teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah
seterusnya…

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya
ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk
mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa.
Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke
dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan
insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan
menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak
begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah
dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam
badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan
mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang,
lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan
oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk
memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik
terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada
karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes :

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-
lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas...Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 1' yang pada suatu
ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.
Satu bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa
bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan
sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh
insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba
menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel. Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah
dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 2' dan dihidapi oleh 90% pesakit diabetes
dunia. Setiap 10 saat, seorang mati akibat punca yang berkait diabetes dan ianya penyakit penyebab
kematian yang keempat tertinggi di dunia.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada
normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap
pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia
mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang
berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya
bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan
kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi
diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.
Hakikatnya, komplikasi berpunca diabetes seperti penyakit arteri koronari dan penyakit vaskular periferi,
strok, neuropati diabetes, amputasi, kegagalan ginjal dan buta kini kian meningkat. Langkah-langkah
pemantauan yang mudah:

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk
menghidapi diabetes jenis 2.

Contoh-contohnya termasuklah :

1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi
diabetes jenis 2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan
untuk menghidapi diabetes jenis 2. Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih
berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang ideal
dan sihat. Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas
paras berat badan yang sihat.
Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh
kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2. Bertindak sekarang. Ketidakaktifan
menggalakkan diabetes jenis 2.Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan
kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus...

2. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan
meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan
mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

3. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan
yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2..Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding
karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain. Makan lebih
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

4. Kurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan
gula atau kurangkan minum teh tarik.

5. Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien


penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan
perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

Posted by Stevia Sweet

Anda mungkin juga menyukai