Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

"Diabetes adalah penyakit yang sentiasa berkembang. Semakin lama mendapat

diabetes, semakin susah dikawal. Diabetes boleh membunuh, tetapi kebanyakan

orang tidak sedar hakikat ini.

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam
peredaran darah. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat
menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak
seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam
peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air
kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel
badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini
menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Punca-punca:

1. Berlebihan berat badan -

Badan akan mengandungi banyak lemak

- Lemak yang berlebihan mengelilingi organ-organ dalam badan.

- Menyebabkan sesetengah organ tidak berfungsi.

- Contohnya pancreas tidak berfungsi dengan baik.

- Lemak juga akan menyempitkan kapilari darah dan memberi tekanan ke atasnya dan meningkatkan
kadar gula dalam kapilari darah .

2. Keturunan -

Nenek moyang dan ibu bapa yang menghidapi diabetes akan membawa gen yang mengandungi
diabetes kepada anak mereka.

- Mengandungi darah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ibu yang mengandung
berpenyakit kencing manis.

3. Pemakanan -

Makanan tidak seimbang menyebabkan diabetes.

- Pengambilan makanan atau minuman yang manis secara berlebihan.

- Contohnya gula-gula,minuman ringan,air sirap dan lain-lain.

- Ibu yang mengandung mengambil makanan yang manis secara berlebihan.

- Menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.

4. Tidak aktif secara fizikal -

Mereka yang kurang aktif akan menyebabkan badan tidak berfungsi secara optimum.

- Kekurangan senaman menyebabkan kadar metabolisma badan rendah

- Antibodi akan menurun.

- Badan tidak berupaya mengeluarkan insulin

- Kandungan gula dalam darah tidak dapat dikurangkan akibat kekurangan senaman.
5. umur dan jantina-

- Setiap sajian terdapat air minuman yang manis yang lauk juga ditambahkan gula.

- Remaja suka minum air sirap. Mereka berfikiran bahawa mereka masih muda,mereka tidak akan muda
menghidapi diabetes.

- Bagi orang yang berumur, daya pertahanan badan semakin berkurangan. Badan mereka akan menjadi
lemah dan pengeluaran hormone insulin berkurang.

- Kaum wanita lebih gemar makan makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula.

Kesan

Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan kesan yang serius kepada pesakit.

1. Peredaran darah ke kaki menjadi lemah. Akibatnya, luka pada kaki lambat sembuh dan semakin
melarat hingga terpaksa dipotong (bagi kes serius).

- Kandungan gula yang tinggi

- Akan mengurangkan penghasilan platlet dalam darah .

- Menyebabkan luka tidak akan sembuh

- Luka terdedah kepada bakteria,akan menyebabkan luka menjadi serius.

2. Kerosakan retina mata (pesakit ada risiko buta).

- Diabetes juga menjejaskan saraf

- terutama pada bahagian mata

- Mata pesakit mudah menjadi merah dan kering.

- Penglihatan pesakit akan menjadi semakin kabur.

3. Kerosakan buah pinggang.

- Pesakit diabetes akan makan ubat penghasilan insulin.

- Buah pinggang dirangsang untuk menghasilkan hormon insulin selepas mengambil ubat tersebut.

- Ubat tersebut akan membebankan buah pinggang.

- Buah pinggang akan rosak

4. Kerosakan sistem saraf. - Menyerang saraf otak

- Menyebabkan saraf otak rosak.

- Contohnya: tidak merasai kesakitan terpijak objek tajam.

- Dengan ini,penyakit diabetes mudah dicedera.


5. Menghidapi pelbagai penyakit serius disebabkan diabetes

- Masalah mati pucuk.

- Menyebabkan serangan jantung dan juga strok (80 peratus pesakit diabetes mati kerana dua penyakit
ini).

Kesimpulan

Semua pihak harus mengutamakan gaya hidup mereka dalam kehidupan harian agar tidak terlibat dalam
penyakit kencing manis.

Anda mungkin juga menyukai