Anda di halaman 1dari 4

Pengurusan Pasukan Kadet Polis Sekolah

1. Dasar Penubuhan
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi
setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti
berikut:
Pangkat ACP Sekurang2nya 5 buah sekolahPangkat Supt.
Sekurang2nya 3 buah sekolahPangkat DSP/ASP Sekurrang2nya 2
buah sekolah
Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi
menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah
5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan
permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri
Dalam Negeri.
TUJUAN DITUBUHKAN
(a) Peranan Belia Di Dalam Nation Building Generasi muda
diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah
yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan
negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun
perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat
belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
(b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
(i) Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi,
moral, mental dan fizikal;
(ii) Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta
kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
(iii) Memperkayakan masa lapang murid-murid
(c) Sebagai satu strategi Perhubungan Polis-Masyarakat
MATLAMAT PENUBUHAN
Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah
berikut:- (a) Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugastugas Polis pada amnya
(b) Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar
sekolah (c) Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan
undang-undang (d) Memupuk perasaan tanggungjawab dan
kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal
keselamatan
(e) Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan
hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
(f)
Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan (g)
Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.
2. Organisasi
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang
inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet
sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua

Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun


atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang
ASP Kadet sebagai Komander kompeni, seorang inspektor kadet
sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai SabInspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar
Kompeni, empat orang sarjan kadet senbagai Sarjan Platun, dua
belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.
3. Permohonan Menjadi Ahli
Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah dibuat
mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti lampiran
dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk
mendapatkan kelulusan.
Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat mengikut
borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan
dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang
terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri
seperti berikut:- Ketua Polis Daerah/wakil Pegawai Pendidikan
Daerah/Wakil Pengetua Sekolah/Wakil
4. Kuasa Melantik
Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli Kadet
adalah seperti berikut:- Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat
Asisten Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan
persetujuan Menteri Dalam Negeri. Perlantikan Pegawai Kanan PKP
berpangkat inspektor oleh Ketua Polis Negara. Perlantikan Pegawai
Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet oleh Ketua Polis Negeri.
5. Syarat-syarat Kelayakan
Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syaratsyarat berikut:- Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak
melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun. Guru2 dan
Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak
kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun. Anggotaanggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John dan
unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota PKP.
Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau
lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah
mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih. Semua pelajar wanita
hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua
guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian
150 cm atau lebih. Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang
sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan. Setiap permohonan
hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.
6. Perletakan Jawatan
Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan memberi
notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut
Seksyen 71, Akta Polis 1967.

7. Latihan/Aktiviti
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan
kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang
ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:- Pengetahuan Am Kepolisan Perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengetahunn am kepolisan meliputi kawat, syarahan undagundang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.
- Bina diri/kreativiti Semua anggota kadet hendaklah didedahkan
dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-masing
melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan
model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan
sebagainya.
- Khidmat masyarakat Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kebombaan
dan pertolongan cemas serta lawatan kerumah-rumah kebajikan
dan kerja-kerja amal di kalangan masyakarat hendaklah dijalankan
berterusan.
- Ketahanan diri Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara,
ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak,
seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh
dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.
- Kepimpinan Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet
polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun
dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap
anggota bawahan dengan lebih baik.
8. Pakaian Seragam
Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam
sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2
PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan
oleh Ketua Polis Negara.
Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang
diluluskan oleh Pegawai Pemerintah.
Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana
yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah.
Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada sanggota
kadet.Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, angklet, tali pinggang
hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan).
Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan
perempuan spt di bawah:

Anda mungkin juga menyukai