Anda di halaman 1dari 3

http://cikgubaharudin.blogspot.com/p/n.

html
Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya
Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan
berhati-hati.
Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan
kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau
beracun/toksik.
Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas
atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.
Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau
botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik
Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam mendapatkan pengetahuan saintifik.
Ini melibatkan penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui sebab-sebab
fenomena saintifik.
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah
seperti di bawah;
1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.
2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.
3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian
kita adalah benar.
4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.
5. Catat segala apa yang diperhatikan.
6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.
7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.
8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik.

Anda mungkin juga menyukai