Anda di halaman 1dari 13

PENGGUNAAN KAD IMBASAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM

KEMAHIRAN PROSES SAINS: MEMBUAT INFERENS DALAM TAJUK HABA

OLEH :
3. NAJWA BINTI ZANINUDIN

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran proses sains : Membuat Inferens. Peserta kajian ialah 5 orang murid
dari kelas Tahun 5 Delima. Hasil daripada tinjauan awal melalui analisis dokumen
dan temu bual bersama guru matapelajaran sains, di dapati murid-murid
menghadapi masalah untuk menjawab soalan membuat inferens. Dalam kajian
ini, kad imbasan merupakan intervensi yang digunakan untuk membantu muridmurid dalam menjawab soalan membuat inferens. Kad imbasan ini digunakan
oleh murid sebagai media pembelajaran untuk mencari jawapan bagi soalan
inferens yang diberikan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis
dokumen : soalan pengukuhan, soal selidik dan pemerhatian berstruktur. Hasil
analisis data menunjukkan 90% murid dapat menjawab soalan membuat inferens
dengan baik. Cadangan kajian seterusnya ialah mengunakan kaedah
pembelajaran berasaskan masalah (PBM) untuk digunakan bersama kad
imbasan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran proses sains :
membuat Inferens.

PENDAHULUAN
Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang digunakan untuk membina
maklumat, memikirkan masalah dan menjana keputusan daripada pemasalah yang timbul.
Penguasaan kemahiran proses sains penting dalam kalangan murid untuk memudahkan murid
memahami isi kandungan sains yang diajar oleh guru (Erdogan, 2005, Tezel et. al. 2010).
Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang dapat membuatkan proses pembelajaran
dan pengajaran sains menjadi lebih mudah, memperkenalkan suasana makmal dengan
menggalakkan murid menjalankan eksperimen dan penyiasatan, mendorong pembelajaran aktif
murid serta mengaplikasikan pengetahuan sains dalam kehidupan seharian murid.
Sewaktu saya menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Parit Bunga, Muar,
saya telah diberi amanah untuk mengajar subjek Sains Tahun 5 Delima. Masalah yang saya
hadapi sepanjang saya mengajar subjek Sains tahun 5 adalah saya mendapati hampir separuh
murid tahun 5 Delima tidak dapat menjawab soalan membuat inferens dengan baik. Saya telah
dapat mengesan masalah ini apabila ada murid yang bertanya kepada saya maksud inferens
bagi eksperimen yang dijalankan. Justeru itu, saya merasa bertanggungjawab untuk membantu
murid-murid tahun 5 Delima menguasai kemahiran proses sains membuat Inferens. Hal ini
kerana saya menyedari kepentingan menguasai kemahiran proses sains bagi memudahkan
murid memahami apa yang telah dipelajari dengan lebih jelas. Oleh sebab itu, saya terpanggil
untuk menjalankan satu kajian tindakan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid tahun 5
Delima dalam kemahiran proses sains: membuat inferens.. Saya bercadang menggunakan kad
imbasan dalam setiap sesi pembelajaran dan pengajaran Sains. Saya berharap pelaksanaan
kaedah ini dapat meningkatkan tahap penguasaan murid tahun 5 Delima dalam Kemahiran
Proses Sains membuat Inferens.

FOKUS KAJIAN
Penguasaan Kemahiran Membuat Inferens dalam kalangan murid 5 Delima menjadi
fokus utama kajian tindakan yang dijalankan. Oleh itu, saya telah menggunakan kad imbasan
sebagai intervensi saya di dalam kajian ini untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran membuat inferens. Kepentingan kajian tindakan ini dilakukan adalah bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam Kemahiran Proses Sains membuat Inferens di samping
untuk menggalakkan penglibatan murid di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Dalam
usaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Kemahiran Proses Sains membuat
Inferens, guru perlu kreatif dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. Oleh itu,
penggunaan sistem kad imbasan dilihat relevan untuk memudahkan murid memahami tajuk
yang telah diajar oleh guru.
Tambahan pula, kajian ini mempunyai peluang penambahbaikan iaitu guru boleh
menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam Kemahiran Proses Sains membuat Inferens. Amalan profesionalisme
guru di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan. Penggunaan kad imbasan juga dapat
menggalakkan penglibatan murid secara aktif di dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Sains.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif kajian : Meningkatkan penguasaan murid tahun 5 Delima dalam menjawab soalan Inferens
dengan menggunakan kad imbasan.
Soalan kajian : Adakah penggunaan kad imbasan dapat meningkatkan tahap penguasaan murid
dalam Kemahiran Proses Sains membuat Inferens?

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 5 Delima iaitu seorang murid lelaki dan empat
orang murid perempuan. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan markah ujian bulanan 1
peringkat sekolah. Saya memilih peserta kajian yang memperoleh markah rendah (C) dalam
ujian berkenaan. Jadual 1 menunjukkan rekod pencapaian murid tahun 5 Delima.
Jadual 1: Rekod pencapaian murid
NAMA
Ahmad Danial bin Adib
Damia Batrisaya binti Mohammad
Zainul Abidin
Ellya Zafirah binti Baharudin
Fatin Nur Qiasatina binti Dzarudin
Nur Khaliesah binti Murad

TOV
54
52

BTR
60
60

UJIAN 1
52
66

TAHUN
54
52

48
44
64

55
50
70

58
56
58

52
50
58

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Mengenal pasti kelemahan murid dalam menjawab soalan membuat inferens bagi setiap
eksperimen atau aktiviti penyiasatan yang telah dijalankan.
Saya akan menganalisis jawapan mereka pada setiap lembaran kerja berkaitan dengan
eksperimen yang telah dijalankan. Analisis telah dibuat pada dua lembaran kerja murid bagi
tajuk cahaya dan tajuk haba untuk mengenal pasti pola jawapan yang diberikan oleh murid
semasa menjawab soalan membuat inferens.
Langkah 1 : Hasil analisis lembaran kerja murid direkodkan di dalam bentuk jadual. Melalui
jadual tersebut, saya dapat mengetahui pola jawapan yang murid semasa menjawab soalan
membuat inferens.

Membentuk kumpulan bagi peserta kajian.


Langkah 1 : Setelah mengenal pasti peserta kajian, saya telah membentuk kumpulan baru yang
terdiri daripada lima orang murid (1 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan).
Kumpulan ini berada berdekatan dengan meja guru agar saya mudah memberikan penumpuan
terhadap pelaksanaan intervensi yang dijalankan. Murid yang lain membentuk kumpulan
mengikut nombor yang telah ditetapkan untuk mengalakkan murid lelaki dan murid perempuan
berinteraksi dalam satu kumpulan.
Langkah 2 : Kumpulan peserta kajian diberikan penanda buku untuk memudahkan saya
mengecam mereka pada setiap sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Memperkenalkan kad imbasan alat intervensi kajian.


Langkah 1 : Pada fasa penutup, guru akan menunjukkan set kad imbasan kepada semua
murid. Kemudian, saya menerangkan penggunaan kad imbasan dengan lembaran kerja yang
diberikan. Murid diminta mencari jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang diberikan
berpandukan kad imbasan tersebut.
Langkah 2: Guru memantau semasa murid menggunakan kad imbasan untuk mencari jawapan
yang tepat bagi setiap soalan yang diberikan terutama sekali soalan membuat inferens.
Soalan pengukuhan selepas intervensi
Peserta kajian akan diberikan soalan pengukuhan bagi tajuk haba untuk menguji keberkesanan
penggunaan kad imbasan terhadap pengguasaan murid dalam kemahiran membuat inferens
bagi tajuk haba.

CARA PENGUMPULAN DATA


Analisis Dokumen
Analisis dokumen iaitu soalan pengukuhan telah dijalankan untuk menilai penguasaan
murid dalam menjawab soalan membuat inferens. Dua subtajuk iaitu suhu dan kesan haba
terhadap bahan telah dipilih kerana berpandukan kekerapan tajuk ini ditanya di dalam soalan
UPSR di antara tahun 2006-2012 (rujuk lampiran). Tumpuan analisis lebih kepada jawapan
murid bagi soalan membuat Inferens bagi melihat pola jawapan murid menepati pola jawapan
inferens.

Pemerhatian
Pemerhatian adalah kaedah yang sering digunakan untuk mengumpul data.
Pemerhatian merupakan proses meneliti secara kritikal. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan
untuk mengkaji tingkah laku murid. Menurut kartini (2012), kaedah mengumpul data secara
pemerhatian boleh dikelaskan kepada dua jenis yang utama iaitu pemerhatian mengikut struktur
dan pemerhatian mengikut peranan penyelidik. Instrument utama yang digunakan adalah
pemerhatian secara langsung. Pemerhatian secara langsung dilakukan semasa penggunaan
kad imbasan bertujuan untuk memudahkan saya mengamati dan mengenal pasti sesuatu
tingkah laku murid. Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku, reaksi atau gerak balas
terhadap sesuatu tindakan dalam bilik darjah semasa proses pembelajaran dan pengajaran
berlaku. Setiap tingkah laku murid diperhatikan untuk mengesan perubahan dalam penglibatan
murid semasa intervensi kajian dijalankan. Selain itu, beberapa instrumen lain seperti senarai
semak dan rakaman foto telah digunakan di dalam kajian ini bagi mengukuhkan lagi hasil
dapatan data saya. Saya telah memberi penekanan terhadap aspek reaksi, tingkah laku dan
tumpuan murid semasa menggunakan kad imbasan untuk menjawab soalan membuat inferens.
Senarai semak boleh dirujuk di bahagian Lampiran.

Soal selidik
Instrumen kedua ialah borang soal selidik. Soal selidik adalah instrumen yang paling
popular digunakan untuk mengumpul data kerana instrumen ini mudah ditadbirkan . Menurut
Kartini (2012), soal selidik bertulis atau bercetak digunakan untuk mengutip data berdasarkan
jawapan bertulis responden. Soal selidik mengumpul data berbentuk kuantitatif dan hanya sekali
tadbir, banyak data diperoleh pada kadar yang pantas. Jenis soal selidik yang digunakan dalam
kajian ini adalah soal selidik jenis sosiometri, jenis Ya/Tidak. Borang soal selidik yang terdiri
daripada 5 item telah diedarkan untuk dijawab oleh murid bagi mendapatkan maklum balas
murid tentang keberkesanan kad imbasan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran proses sains: membuat inferens. Item soalan borang soal selidik boleh dirujuk di
bahagian Lampiran.

ANALISIS DAN INTREPRETASI DATA


Analisis Dokumen
Jadual 1 menunjukkan jawapan murid dianalisis dan dibahagikan mengikut dua aspek iaitu betul dan salah
(pemerhatian).
Jadual 1: Analisis jawapan murid bagi soalan membuat inferens.
SOALAN

BETUL

SALAH
(PEMERHATIAN)

Suhu

Kesan haba terhadap bahan (cecair)

Kesan haba terhadap bahan (gas)

Nota:
Betul: Keseluruhan jawapan murid betul
Pemerhatian: Murid melakukan kesilapan kerana membuat pemerhatian.

Analisis jawapan murid: Betul


Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap jawapan murid, saya mendapati
murid dapat menjawab soalan membuat inferens mengikut pola jawapan membuat inferens
dengan betul. Contoh jawapan murid dibahagikan mengikut dua subtajuk iaitu suhu dan kesan
haba terhadap bahan.
Subtajuk : Suhu
Soalan : Berikan satu inferens bagi keputusan yang diperoleh
Jawapan murid 1:
Suhu air meningkat

kerana

air menerima haba daripada matahari

kerana

air menerima haba daripada matahari

Jawapan murid 2:
Suhu air meningkat
Jawapan murid 3:
Suhu air meningkat

kerana

air menerima haba dari matahari

Ketiga-tiga jawapan murid diterima kerana mempunyai pola jawapan membuat inferens
dan konsep sains yang betul. Murid dapat mengaitkan pemerhatian terhadap peningkatan suhu
air dengan faktor atau sebab berlakunya peningkatan suhu tersebut. Ketiga-tiga murid dapat
memberikan alasan tersirat terhadap pemerhatian yang dijalankan.

Subtajuk: Kesan haba terhadap bahan (Cecair)


Soalan : Berikan sebab (inferens) terhadap pemerhatian anda di (a)
Jawapan murid 1:
Aras air berwarna meningkat

kerana cecair mengembang apabila dipanaskan

Jawapan murid 2:
Aras air berwarna meningkat

kerana cecair mengembang apabila dipanaskan

Jawapan murid 3:
Aras air berwarna meningkat

kerana

cecair mengembang apabila dipanaskan

kerana

cecair mengembang apabila dipanaskan

Jawapan murid 4:
Aras air berwarna meningkat
Jawapan murid 5:
Aras air berwarna meningkat

kerana cecair mengembang apabila dipanaskan

Kelima-lima murid dapat memberikan jawapan yang tepat mengikut pola jawapan
membuat inferens. Murid dapat memberikan sebab (alasan tersirat) terhadap perubahan aras air
berwarna sepanjang eksperimen berlaku dengan mengaitkan kesan haba terhadap bahan yang
telah dipelajari.

Subtajuk: Kesan haba terhadap bahan (gas)


Soalan: Berikan sebab (Inferens) keadaan belon di B.
Jawapan murid 1:
Belon mengembang

kerana

gas mengembang apabila dipanaskan

Jawapan murid 2:
Belon mengembang

kerana gas mengembang apabila menerima haba

Berdasarkan analisis jawapan yang telah dilakukan bagi subtajuk kesan haba terhadap
bahan (gas), saya mendapati hanya dua orang murid sahaja yang dapat menjawab soalan
membuat inferens mengikut pola jawapan inferens dengan betul. Kedua-dua orang murid ini
dapat mengaitkan pemerhatian perubahan bentuk belon dengan sebab atau faktor berlakunya
perubahan tersebut.

Analisis jawapan murid: Salah (Pemerhatian).


Analisis yang dilakukan menunjukkan jawapan murid tidak mempunyai pola jawapan
membuat inferens dan jawapan murid lebih berbentuk pemerhatian. Ada jawapan murid yang

dikira salah kerana penafsiran konsep sains yang kurang tepat. Berikut merupakan contoh
jawapan murid bagi setiap soalan membuat inferens yang telah diberikan:

Subtajuk : Suhu
Soalan : Berikan satu inferens bagi keputusan yang diperoleh
Jawapan murid 4:
Suhu air meningkat

kerana

mempunyai haba dibawah cahaya matahari

kerana

air dijemurkan dibawah pancaran matahari

Jawapan murid 5:
Suhu air meningkat

Jawapan murid 5 menunjukkan murid memberikan jawapan pemerhatian bagi soalan


membuat inferens. Murid hanya menumpukan kepada keadaan fizikal iaitu air di dalam baldi
dijemur di bawah pancaran matahari. Murid ini tidak mengaitkan pemerhatian iaitu perubahan
suhu air dengan sebab atau faktor yang menyebabkan perubahan suhu berlaku. Manakala,
jawapan murid 4 dikira salah kerana penafsiran konsep sains yang kurang tepat semasa
menjawab soalan membuat inferens. Jawapan murid ini telah mengikut pola jawapan membuat
inferens yang betul tetapi penafsiran konsep sains kurang tepat menyebabkan jawapan murid ini
dianggap salah.

Pemerhatian
Jadual 2: Jadual peratusan min bagi pemerhatian semasa intervensi dijalankan
Jenis-jenis tingkah
laku di dalam borang
senarai semak

Bilangan murid yang menunjukkan tingkah laku berdasarkan


pemerhatian oleh pemerhati
Pemerhatian
1

Mengangkat tangan
untuk menjawab
soalan yang diberikan
oleh guru
Bekerjasama dan
berkomunikasi dengan
ahli kumpulan
Menggunakan kad
imbasan semasa
menjawab soalan
Tidak bermain atau
membuat hal lain
semasa menjawab
kertas soalan yang
diberikan
Berbincang dengan
ahli kumpulan semasa
menggunakan kad

Pemerhatian(N=5)
Pemerhatian
2
3

Min

Peratus
Min

Pemerhatian
4

4/5

4/5

5/5

5/5

4.5

90.0

4/5

3/5

5/5

5/5

4.25

85.0

3/5

3/5

5/5

5/5

4.00

80.0

4/5

3/5

5/5

5/5

4.25

85.0

imbasan
Berinteraksi dengan
guru

4/5

4/5

5/5

5/5

4.5

90.0

4/5

4/5

5/5

5/5

4.5

90.0

Graf dibawah menunjukkan perubahan tingkah laku murid semasa intervensi dijalankan bermula
daripada pemerhatian pertama sehingga pemerhatian 4.
6
Mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru
5
Bekerjasama dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan
4
3
2
1
0

Menggunakan kad imbasan semasa menjawab soalan


Tidak bermain atau membuat hal lain semasa menjawab kertas soalan yang diberikan
Berbincang dengan ahli kumpulan semasa menggunakan kad imbasan
Berinteraksi dengan guru
Pemerhatian 1

Pemerhatian 2

Pemerhatian 3

Pemerhatian 4

Rajah 1: Graf tingkah laku murid semasa intervensi


Berdasarkan jadual 2 yang menunjukkan perbezaan di antara peratusan min sebelum
dan selepas intervensi dijalankan, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan kad imbasan
dapat meningkatkan penglibatan murid di dalam proses pembelajaran dan pengajaran Sains.
Hal ini turut disokong melalui hasil analisis dalam bentuk graf yang menunjukkan peningkatan
bilangan murid dalam setiap aspek tingkah laku berpandukan borang senarai semak
pemerhatian. Hasil analisis dibuat bermula daripada pemerhatian 1 hingga ke permerhatian 2.
Berdasarkan rajah 1, terdapat pola naik-turun-naik yang melibatkan bilangan murid bagi
aspek tingkah laku berkerjasama dan berkomunikasi sesama ahli kumpulan serta aspek tidak
bermain atau membuat hal lain semasa menjawab kertas soalan yang diberikan iaitu daripada 4
orang kepada 3 orang dan kemudian meningkat kepada 5 orang. Perkara ini berlaku
disebabkan terdapat peserta kajian tunggal yang berjantina lelaki di dalam kumpulan. Kad
imbasan sering digunakan oleh murid perempuan menyebabkan murid ini merasa tersisih dan
lebih selesa menjawab soalan tanpa menggunakan kad imbasan.
Tambahan pula, kehadiran peserta kajian lelaki tunggal menyebabkan peserta kajian
yang lain merasa kekok untuk berkomunikasi dengannya. Murid ini juga tidak banyak bercakap
dan banyak mendiamkan diri semasa aktiviti dalam kumpulan dijalankan. Kesimpulannya,
penggunaan kad imbasan dapat menggalakkan penglibatan murid di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran Sains berdasarkan hasil analisi data yang telah dilakukan.

Soal Selidik
Jadual 4: Data analisis borang soal selidik
Bil

1.
2.
3.

4.
5.

Item

Adakah anda mudah untuk menjawab soalan


membuat inferens menggunakan kad imbasan?
Adakah kad imbasan dapat memudahkan anda
mengingat semula tajuk yang telah dipelajari?
Adakah
kad
imbasan
dapat
membantu
meningkatkan pemahaman anda terhadap tajuk
yang telah dipelajari?
Adakah kad imbasan tersebut menarik bagi anda?
Adakah anda suka menggunakan kad imbasan
semasa menjawab soalan yang diberikan?

Selepas Intervensi
Ya (%)

Tidak (%)

5 (100)

0(0)

5(100)

0(0)

5(0)

0(0)

3(60)
3(60)

2(40)
2(40)

Berdasarkan jadual 4, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan kad imbasan dapat
memudahkan murid menjawab soalan membuat inferens melihat kepada kelima-lima peserta
kajian menandai petak Ya bagi item soalan tersebut. Tambahan pula, penggunaan kad imbasan
ini juga dapat memudahkan murid memahami isi pelajaran yang telah diberikan oleh guru
disamping dapat membantu murid mengingat semula tajuk yang telah dipelajari sebelumnya.
Perkara ini penting untuk meningkatkan pengguasaan kemahiran proses sains: membuat
inferens dalam kalangan murid. Menurut Hanuscin dan Rogers (2008), kemahiran membuat
Inferens dalam sains merupakan proses memberikan satu kesimpulan awal yang logik
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk membantu memahami fenomena
semula jadi. Oleh itu, proses mengingat semula dan memahami ilmu yang telah dipelajari
penting untuk membantu murid dalam menjawab soalan membuat inferens.
Berlaku sedikit pencanggahan pendapat berkenaan reka bentuk kad imbasan bagi item
soalan 4 dan 5. Hanya tiga orang yang menandai petak Ya manakala dua lagi menandai petak
Tidak bagi item reka bentuk. Guru pembimbing saya berpendapat bahawa kad imbasan ini
boleh ditambah baik untuk menarik minat semua murid di samping dapat merangsang semangat
untuk belajar.
Kesimpulannya, hasil analisis data soal selidik menunjukkan keberkesanan penggunaan
kad imbasan dalam membantu murid menjawab soalan membuat inferens, mengingat semula
pelajaran dan memahami isi pelajaran yang telah diberikan oleh guru.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


i.
ii.

Menggunakan perisian ICT seperti Quizlet dan ProProft semasa membuat kad imbasan
Kad imbasan boleh digunakan bersama kaedah pembelajaran berasaskan Masalah
(PBM).

SENARAI RUJUKAN
Azizah bte Mohamad (1999). Status Penguasaan Kemahiran Saintifik Tingkatan 4 Dalam Mata
Pelajaran Fizik. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis Sarjana Muda yang tidak
diterbitkan.
Chan, W. K. (1988). Kesukaran Pembelajaran Konsep-Konsep Kimia Dalam Sukatan Pelajaran
Kimia Moden Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Tesis Sarjana
Pendidikan (M. Ed.) yang tidak diterbitkan.
Chew, K. P., Ismail bin Othman, Castilla, F. C. dan Marinas, B. O. (1990). Assessment of
Physics Practical Skills in Secondary Schools. Researach report SEAMEO Reginal
Centre for Education in Science and Mathematics.
Denny, M. (1986). Science practicals: What do pupils think ?
Education. 8 (3), 325-336.

European Journal of Science

Fusco, D. and Barton, A. C. (2001). Respresenting students achievements in science.


Journal of Research ini Science Teaching. 38 (3), 337-354.
Germann, P. J., Aram, R. and Burke, G. (1996). Identifying patterns and relationshipas among
the responses of seventh-grade students to the science process skills of designing
experiments. Journal of Research in Science Teaching. 33, 79-99.
Germann, P. J., Aram, R. and Burke, G. (1996). Students performance in asking questions
identifying variables and formulating hypotheses. School Science and Mathematics. 96,
190-201.

Anda mungkin juga menyukai