Anda di halaman 1dari 4

Geografi ekonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perdagangan kopi ialah industri sejagat


Geografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktivitiaktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipengaruhi oleh
pendekatan perkaedahan seseorang penyelidik. Ahli teori lokasi neoklasik mengikut jejak
Alfred Weber dan cenderung menumpukan lokasi perindustrian dan menggunakan kaedah
kuantitatif. Sejak dekad 1970-an, dua tindak balas yang umum terhadap pendekatan
neoklasikisme telah mengubah disiplin ini dengan ketara:

Ekonomi politik Marxisme yang bercabang daripada karya David Harvey; dan

Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan
institusi dalam ekonomi ruangan.

Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi.
Bagaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan
Jeffrey Sachs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai
sebahagian geografi ekonomi.[1] Krugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran
ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa sebagai "geografi ekonomi baharu" yang
bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai
"geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu
alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.[2]
Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak
isi yang berbeza, termasuk (senarai ini tidak lengkap):

ekonomi bentuk bandar;

ekonomi etnik;

ekonomi jantina;

ekonomi penumpuan (juga dikenali sebagai "talian" atau "rangkaian");

gentrifikasi;

globalisasi;

harta tanah;

hubungan antara alam sekitar dengan ekonomi (mengikat sejarah panjang ahli
geografi mengkaji saling tindak budaya-persekitaran);

lokasi industri;

pengangkutan;

perdagangan dan pembangunan antarabangsa; dan

teori teras-pinggir;

Isi kandungan

1 Bidang kajian

2 Cabang

3 Lihat juga

4 Rujukan

5 Bacaan tambahan

6 Jurnal saintifik

7 Pautan luar

Bidang kajian

Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan ruangan dan
pengagihan aktiviti ekonomi.

Geografi ekonomi kawasan mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau


negara-negara di dunia. Ia juga mengkaji pewilayahan ekonomi.

Geografi ekonomi kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis
sezaman dan falsafahnya.

Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji proses kognitif yang mendasari taakulan
ruangan, pembuatan keputusan lokasi, dan tingkah laku firma [3] dan individu.

Cabang
Daripada segi tema, geografi ekonomi boleh dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang
berikut (tidak lengkap):

Geografi Pertanian

Geografi Industri

Geografi Perdagangan Antarabangsa

Geografi Sumber

Geografi Pengangkutan dan Komunikasi.

Bagaimanapun, bidang kajian yang tersebut mungkin bertindih dengan sains geografi yang
lain atau dapat dianggap sebagai satu bidang yang berasingan.

Lihat juga

Analisis ruangan

Ekonomi bandar

Ekonomi luar bandar

Geografi pembangunan

Geografi runcit

Gugusan perniagaan

Model perdagangan graviti

Sains kawasan

Senarai topik geografi ekonomi

Teori lokasi

Rujukan
1.

Gordon L. Clark, Meric S. Gertler, and Maryann P. Feldman, ed. The Oxford
Handbook of Economic Geography. Oxford University Press. ISBN 978-0-19823410-4.

2.

Steven Brakman, Harry Garretsen, Charles van Marrewijk. An Introduction to


Geographical Economics.

3.

Schoenberger, E. (2001): Corporate autobiographies: the narrative strategies


of corporate strategists. Journal of Economic Geography 1, 277-98.

4. Yeung, Henry Wai-Chung, Neil M. Coe, and Philip F. Kelly. Economic Geography : A
Contemporary Introduction. Grand Rapids: Blackwell Limited, 2007.

Bacaan tambahan

Lloyd, P. E. - Dicken, P. (1977): Location in space - A Theoretical Approach to


Economic Geography, Second Edition. Harper & Row Ltd, London.

Massey, D. (1984): Spatial Divisions of Labour, Social Structures and the Structure of
Production, MacMillan, London.

Lee, R. - Wills, J. (1997): Geographies of Economies, Arnold, London.

Dicken, P. (2003): Global Shift: Reshaping the Global Economic Map in the 21st
Century, Fourth Edition. The Guilford Press.

Scott, A. J. (2006) Geography and Economy. Oxford University Press.

Jurnal saintifik
Economic Geography - founded and published quarterly at Clark University since 1925
Journal of Economic Geography - published by Oxford University Press since 2001
Zeitschrift fr Wirtschaftsgeographie - The German Journal of Economic Geography
published since 1956.
Tijdschrift voor economische en sociale geografie (TESG) - Published by The Royal Dutch
Geographical Society (KNAG) since 1948.

Pautan luar

Anda mungkin juga menyukai