Anda di halaman 1dari 14

1.

TULISAN MEKANIS

1.1

Definisi.
Tulisan Mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan pada murid-murid

setelah mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetapkan.
1.2

Konsep Tulisan Mekanis.

Dikenali sebagai :
peringkat mendirikan asas.
Bertujuan membimbing murid

menguasai kemahiran membentuk huruf kecil

dan huruf besar dengan betul dan tepat


Memberi tumpuan kepada aspek mekanikal.
Melibatkan latihan pergerakan tangan,otot,jari dan sebagainya.
Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat
Membentuk lambang-lambang huruf atau tulisan yang betul dan

tepat serta

menulis dengan kemas.


1.3

Kepentingan Kemahiran Tulisan Mekanis.


a. Mendirikan asas yang kukuh.
b. Membolehkan kanak-kanak

menyusun huruf-huruf menjadi

suku kata,

perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi.


c. Membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan,perhubungan serta matlamat hidup.
d. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak- kanak menulis
dengan baik,cekap dan pantas.
1.4

Objektif Tulisan Mekanis.

Menguasai kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan supaya mudah


dibaca.
Memperkembangkan pergerakan latihan tangan,otot,jari dan sebagainya bagi
perkembangan diri kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikal.
1

Murid-murid dapat menulis bentuk abjad

mengikut arah yang tertentu untuk

penulisan yang teratur.


Latihan pergerakan tangan, otot dan jari.
Guru menunjukkan pergerakan tangan menulis di udara,atas pasir, pada papan
tulis dan sebagainya.
Melatih murid menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong.
Melatih murid menulis cepat,senang dan kemas.
1.5

Contoh Aktiviti Tulisan Mekanis.

I.

Membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

II.

Menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad berlubang.

III. Menekap huruf atau perkataan yang ditulis bentuk garisan putus putus.
IV. Menulis huruf di atas kertas bergaris atau kertas berjalur.
V.

Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

VI. Menulis huruf dalam suku kata.


VII. Melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
VIII. Menyalin perkataan perkataan mudah.
IX. Menyalin frasa atau ayat.
X.

Menyalin ayat daripada buku.

2.0

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG KAMI

SEDIAKAN BAGI AKTIVITI

KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS.


a) Kad gambar

b) Kad perkataan bertulis mudah padam

2.1

Fungsi Alatan Yang Dihasilkan.


3

c) Papan tulis pelbagai guna

a) Pembalut plastik papan tulis pelbagai guna dan kad gambar serta kad perkataan
berlamina berfungsi sebagai permukaan yang boleh dibersihkan apabila ditulis
menggunakan pen whiteboard.
b) Kesilapan amat mudah dipadam.
c) Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan berulang-ulang kali.
d) Papan tulis pelbagai guna bertujuan memasukkan lembaran kerja dan sebagai

latihan menulis pada garis berjalur empat.


2.2

Kegunaan Papan Tulis Pelbagai Guna Dalam Pengajaran.


Mata pelajaran

: Bahasa Malaysia (LINUS)

Tahun

: Satu ( Murid-murid Literasi)

Objektif

: 1. Murid-murid dapat menulis dengan betul, kemas dan


cantik.
2. Murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

Langkah-Langkah Penggunaan.
1. Murid murid dibekalkan dengan lembaran kerja pada papan tulis pelbagai
guna.

2. Murid murid diminta menyambung garisan putus-putus membentuk huruf.


4

3. Murid murid juga membuat latihan menulis huruf pada bahagian papan tulis
bergaris empat.

4.
2..3

Lembaran kerja tanpa papan tulis diberikan sebagai aktiviti pengukuhan.

Penggunaan Kad Gambar Bergaris Dan Kad Perkataan Mudah Padam.


Mata pelajaran

: Bahasa Malaysia (LINUS)

Tahun

: Satu ( Murid-murid Literasi)

Objektif

: 1. Murid-murid dapat mengeja dan membaca perkataan


kvkv dan kvkvkv.
2. Murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

Langkah Langkah Penggunaan ;


5

1. Murid-murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan


bimbingan guru.
2. Guru mengedarkan kad gambar dan kad perkataan garisan putus-putus.

3. Murid-murid

diminta

menyambungkan

garisan

putus-putus

perkataan
4. Seterusnya memadankan kad perkataan tersebut pada gambar.

membentuk

5. Menyalin semula perkataan pada kad gambar bergaris empat dengan betul.
6. Mengeja dan membaca perkataan yang diperolehi.
7. Bertukar kad gambar dan kad perkataan dengan murid-murid lain. Murid-murid
dapat memperolehi banyak perkataan dan meningkat kemahiran menulis.
8. Lembaran kerja diberikan sebagai aktiviti pengukuhan.

3.0

BACAAN MEKANIS
7

Membaca
kehidupan
memperoleh

kita

merupakan

kemahiran

sehari-hari. Melalui

yang

sangat

pembacaan ,

berbagai bagai maklumat

yang

di

berguna

seseorang

itu

dalam
dapat

perlukannya. Kemahiran

membaca juga menjadi landasan kepada kemahiran belajar.


Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas, terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya
membaca yang betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas
rendah atau pada peringkat kelas permulaan.
Pada peringkat ini, murid sudah boleh membunyikan perkataan, frasa
dan ayat ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
3.1

Tujuan Bacaan Mekanis


Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas, sebutan
dan intonasi yang betul dan jelas.
Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa
kata dan ketika menggunakan kamus.
Membolehkan murid-murid tah menggunakan tanda baca dan berhenti pada
tempat berhenti yang betul.
Menggunakan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran lain.
Membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca
bersuara.
Dapat mengenalpasti laras bahasa yang pelbagai.

3.2

Langkah-Langkah Melaksanakan Bacaan Mekanis.


8

1. Memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,sesuai dengan
kebolehan dan umur murid.
2. Bersoaljawab dan membantu murid-murid dengan perkataan dan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
3. Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
4. Dilakukan secara kelas atau kumpulan.
5. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
6. Guru berbincang dan bersoaljawab dengan murid tentang isi bacaan untuk
menguji kefahaman mereka.
4.0

Bahan Bantu Mengajar Yang Kami Sediakan Bagi Bacaan Mekanis.


Roda Kata

Roda Kata ini terdiri daripada kad manila, kad suku kata, gambar dan pin.

4.1

Penggunaan Roda Kata Dalam Pengajaran


MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia
9

TAHUN

: Murid-murid Tahap 1 dan pemulihan

OBJEKTIF

: Murid-murid dapat membaca suku kata dan


perkataan dengan betul
Murid-murid dapat menguasai kemahiran dan
kecekapan membaca dengan kuat.

Langkah Langkah Penggunaan


Langkah 1.
Murid diberi peluang meneliti gambar pada roda . Kemudian murid
dikehendaki mengeja sukukata perkataan berdasarkan gambar.
Langkah 2.
Murid

dikehendaki

memusingkan

roda

yang betul dengan gambar yang dipilih.

Langkah 3.

10

dan

memadankan

sukukata

Seterusnya murid dikehendaki menulis perkataan di papan tulis, mengeja


dan menyebut perkataan tersebut.

Langkah 4.
Akhir sekali, murid-murid dikehendaki membina ayat mudah daripada
perkataan yang diperolehi dan membacakan ayat tersebut.
Langkah 5.
Murid yang dapat membina ayat dengan betul akan diberi ganjaran.

5.0

Kesimpulan
Menulis dan membaca dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak kerana
dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah
menguasai kemahiran menulis dan membaca kepada murid tidak terhad untuk
jangka masa pendek sahaja,bvahkan berlanjutan sepanjang usia.

5.1

Refleksi (1)
11

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek ini, . Saya dan rakan
berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana
pengetahuan sedia ada kami tentang tajuk tugasan ini amatlah cetek dan dangkal
sekali. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami
untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang
berkaitan melalui internet dan buku-buku rujukan serta berhubung melalui telefon dan
e-mel.
Kemahiran Tulisan Mekanis dan Bacaan Mekanis mempunyai kelebihan masingmasing untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Pelbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui
tugasan yang diberikan ini. Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna
sekali untuk saya aplikasikan dalam pengajaran serta dapat dijadikan panduan untuk
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing En. Kamarulazlan

yang telah

memberi tugasan ini. Begitu juga dengan ahli kumpulan saya iaitu Pn. Zainab bt Zainal
yang sangat senang bekerjasama, serta

rakan seperjuangan yang tidak lokek

berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,
SALINA BINTI MD SAAD
Refleksi (2)

12

Bersyukur

ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyiapkan tugasan ini beserta dengan bahan bantu mengajar bagi bacaan mekanis
manakala sahabat saya, Pn. Salina pula menyiapkan tugasan bagi penulisan mekanis.
Sebagai langkah awal bagi menyiapkan tugasan, kumpulan kami telah
berbincang dalam membahagikan tugas.Seterusnya saya memulakan dengan mencari
maklumat daripada buku-buku yang berkaitan serta melayari internet. Saya juga telah
merujuk kepada rakan-rakan sekelas dalam memahami akan tugasan yang diberi.
Melalui penjelasan dan rujukan yang diperolehi, barulah saya sedar betapa
penting seseorang guru memahami sesuatu kemahiran . Ini kerana melalui pemahaman
ilmu dan kemahiran itu dapat di aplikasikan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam
tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala
kekurangan dan kelemahan itu datang dari saya sendiri. Mudah-mudahan Allah SWT
yang maha pemurah melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya
kepada kita semua. Amin.

Disediakan oleh,
ZAINAB BT ZAINAL

13

14

Anda mungkin juga menyukai