Anda di halaman 1dari 4

MINGGU : 4

TEMPOH : 24 FEBRUARI 27 FEBRUARI 2014


TAJUK

: PERSEDIAAN GURU DAN DISIPLIN MURID SEMASA DI KELAS RBT

MASALAH :
Pada 24 Februari 2015, saya telah masuk ke kelas 5 Amanah untuk mengajar subjek RBT. Pada
masa tersebut, guru pembimbing saya telah masuk untuk sesi penyeliaan yang pertama. Terdapat 2
masalah yang timbul pada hari ini iaitu saya tidak dapat menjalani P d P seperti yang dirancang
dalam buku RPH serta terdapat 2-3 murid yang tidak berdisiplin dan tidak mendengar arahan semasa
kelas saya. Mereka suka berjalan ke sini ke sana dan tidak begitu minat untuk belajar.
ANALISIS :
Selepas dianalisis, saya mendapati masalah yang pertama telah menyebabkan saya sedikit tertekan
kerana tidak dapat menjalani proses P d P seperti yang dirancang. Namun, saya berjaya menjalani
kelas dengan plan B iaitu menggunakan bahan-bahan konkrit yang sedia ada dalam bengkel.
Namun, masalah disiplin murid agak merisaukan saya dan perlu saya titikberatkan lagi kerana sejauh
mana hebat seseorang guru mengajar, kalau murid tidak dapat memberi tumpuan, objektif P dan P
tetap tidak tercapai.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN :
Selepas mengenal pasti masalah ini, saya berinisiatif untuk mengatasi masalah ini. Yang pertama,
saya sedar saya perlu sentiasa bersedia dengan plan B kerana proses P d P perlu dijalankan
meskipun berlaku masalah teknikal yang tidak diingini. Saya percaya guru yang baik adalah guru
yang fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Malahan, saya juga perlu
perbaiki diri dan meningkatkan diri dalam mengamalkan nilai profesionalisme perguruan supaya saya
boleh menjadi bakal guru yang dapat mendidik anak-anak bangsa.
Untuk masalah yang kedua, saya perlu mencari jalan untuk menangani masalah murid. Sepanjang
saya masuk kelas, saya telah menetapkan peraturan dan rutin yang perlu dipatuhi oleh mereka.
Malahan, saya juga tegas dan menegur kesilapan murid. Namun demikian, saya telah menampak
perubahan pada sesetengah murid namun bukan semuanya. Kini, saya telah mendapat satu kaedah
yang sebenarnya lebih berkesan iaitu menggunakan cara menulis mesej di papan putih dan hal ini
berkesan apabila saya masuk untuk kelas ganti di 5 Bestari. Saya akan cuba menangani disiplin
murid dengan cara menulis supaya murid dapat menerima teguran guru dengan cara yang tenang
kerana saya percaya murid adalah insan yang perlu dihargai dan diberi peneguhan. Maka, saya akan

cuba tidak marah tetapi memberi peneguhan menggunakan cara ini bagi melihat keberkesanannya
dalam kelas 5 Amanah.
TEMPOH TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan menggunakan tempoh 3-5 minggu ini dalam mencuba kaedah ini. Hal ini kerana saya
percaya ada hikmah di sebaliknya saya diberi kelas ini dan saya perlu sentiasa berusaha dan tidak
putus asa dalam mendidik dan membentuk disiplin mereka. Saya akan menjadi terharu dan teruja
serta bangga kepada anak-anak murid saya ini kalau mereka dapat berubah menjadi manusia yang
lebih baik.

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BANDAR ENSTEK, 71760
NILAI,
NAMA PELAJAR
LAM PUI YEE
NOMBOR KP
KUMPULAN
PROGRAM

920629-08-5470
7 PISMP RBT 2
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

MINOR
SEKOLAH
PENSYARAH PEMBIMBING MAJOR
PENSYARAH PEMBIMBING MINOR
GURU PEMBIMBING MAJOR
GURU PEMBIMBING MINOR

PENDIDIKAN JASMANI (PJ)


SK TAMAN RASAH JAYA
PUAN NOR RASHIDAH BINTI AHMAD
CIK ROHAIZA BINTI MOHAMED
PUAN SITI ADYANI BINTI OTHMAN
ENCIK MOHD SYAFAWI BIN ISHAK

PORTFOLIO PRAKTIKUM
PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN
FASA
3 JANUARI 2012
MAJOR
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

Anda mungkin juga menyukai