Anda di halaman 1dari 1

3.

0 KESIMPULAN
Dalam tugasan ini, saya telah memilih topik Penghasilan Projek untuk
membina satu Rancangan Pengajaran Harian. Melalui tugasan ini, saya telah
belajar untuk membina projek elektrik dengan bahan bukan logam dan juga
mempelajari bagaimana mengajar topik ini pada masa depan.
Bidang Reka Bentuk dan Penghasilan Projek telah memainkan peranan
yang sungguh penting dalam kehidupan seharian. Misalnya, bidang elektik dan
elektornik, jahitan, tanaman dan sebagainya. Oleh itu, mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi adalah amat penting kepada murid-murid. Reka Bentuk dan
Teknologi membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk
menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk
untuk kehidupan. Melalui topic penghasilan projek, murid-murid dapat mengenali
alatan, bahan dan komponen yang perlu digunakan untuk menghasilkan projek
elektrik bukan logam. Misalnya, dalam tugasan saya ialah menghasilkan satu lampu
suluh yang mudah. Murid-murid dapat mendedah kepada proses memilih alatan,
bahan dan komponen, mengukur, memotong dan menjalur wayar, memasang
komponen mengikut litar projek, menguji litar projek dan membuat litar projek.
Murid-murid juga dapat memahami fungsi-fungsi komponen seperti mentol, bateri,
wayar dan sebagainya.
Di samping itu, dalam penghasilan projek juga dapat mengembangkan
kreativiti, inovatif dan bakat yang tersembunyi dalam murid-murid untuk
menghasilkan

produk

daripada

pelbagai

bahan.

Melalui

ini

juga

dapat

mengamalkan sikap prihatin terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea


dari pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. Selanjutnya,
ini juga memberi pengetahuan kepada murid-murid untuk menyambung pelajaran
dalam bidang teknikal pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai