Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK KEBERSIHAN

Sepanjang program mural berlangsung selama beberapa hari, antara tugas yang
berkaitan dengan tugas ahli jawatankuasa kebersihan ialah sentiasa memastikan tempat mural
sentiasa kemas. Segala peralatan dan cat yang digunakan disusun dengan rapi agar mudah
untuk digunakan.
Semua peserta BIG juga bekerjasama mengemas tempat mural pada hari pertama
kerana tempat tersebut terdapat banyak kaki khemah yang perlu dialihkan. Selain itu, peralatanperalatan yang digunakan seperti berus cat, baldi dan lain-lain dibasuh setiap kali habis mural.
Alatan tersebut dikumpulkan dalam sebuah bekas dan disimpan di dalam stor. Tangga dan meja
yang digunakan untuk mengecat tempat yang tinggi juga disusun di dalam stor setelah selesai
mural.
Pada hari terakhir mural, semua pelajar bersama-sama mengemas kawasan tersebut.
Setiap peserta yang terlibat perlu memastikan tiada barang yang tertinggal di tempat mural.
Semua barang dikemas dan sampah di buang ke dalam tong sampah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat kerana bersama-sama membantu
untuk memastikan kawasan mural sentiasa bersih.

Anda mungkin juga menyukai