Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL JOM AMAL PIBG


PETRA 2014
TAHUN 2014

19 JUN 2014
SKSYP1

Masa

CUE

ANN 1

11.00
pagi

Ketibaan tetamu

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Tuan-tuan dan Puan-puan
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat
sejahtera.
Hadirin yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi
lantaran dengan izin-Nya dihimpun dan dipertemukan kita
semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis Perasmian
Karnival JOM AMAL PIBG PETRA 2014.

Masa

CUE

11.00
pagi

Lagu Negara ku
dimainkan
YB, para tetamu
jemputan dan
hadirin dijemput
duduk

Masa
11.00
pagi

ANN 2
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Para
hadirin diminta berdiri.
Para hadirin dipersilakan duduk.

CUE
Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk

ANN 3
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hirabbil alamin,
wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin,
waala alihi wasohbihi ajmain..
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang berbahagia, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Krai, HJ Anuar bin Mamat,
Yang berusaha, Yang Di Pertua PIBG SKSYP1, HJ. Zulkifli
Naim bin Mohamed,
Yang berusaha, pkp Pn Hjh Zawah Essa, pk Hem, Pn Lilis
Ariani Abd Manan, PK kokum, Pn May Leng a/p Eh Wang, PK

pendidikan khas, Cik Norsiati bt abdullah.


Ahli Jawatan Kuasa Induk Karnival jom Amal pibg 2014,
Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Karnival Jom Amal pibg petra
2014,
Guru-guru, ibu bapa dan para hadirin hadirat sekalian.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Masa

CUE

11.00
pagi

Bacaan doa

Selepas bacaan doa

Masa
11.00
pagi

CUE

ANN 4
Bagi memberkati majlis pada petang ini, dipersilakan Ustaz
Mohd Rejal bin Mat Saain untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas bacaan doa itu tadi.

ANN 5
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta
mengalu-alukan kehadiran Ketua Pegawai ppd Kuala Krai,
( HJ Anuar bin Mamat) ke Majlis Perasmian Karnival Jom
Amal PIBG 2014 di SK Sultan Yahya Petra 1. Majlis juga
mengucapkan selamat datang kepada warga Kuala Krai
terutamanya ibu bapa dan penjaga ke acara yang diadakan
pada hari ini.
Untuk pengetahuan warga dewan, Karnival jom Amal pibg
2014 merupakan satu program kerja sama antara Persatuan
Ibubapa dan guru SKSYP1 dan pihak sekolah. Matlamat
utama karnival JOM AMAL PIBG PETRA 2014 adalah untuk
mengumpul dana bagi membantu Unit ICT sekolah untuk
memperkasakan penggunaan ICT di sekolah.

Masa

CUE

ANN 6
Hadirin sekalian,

11.00pagi

Ucapan alu-aluan
Ydp PIBG

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Bagi meneruskan lagi tentatif majlis kita pada pagi ini,
dijemput Yang Berusaha Hj. Zulkifli Naim bin Mohamed, YPD
PIBG sksyp1 ntuk menyampaikan ucapan alu aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Masa

CUE

ANN 8

11.00pagi

Setelah
selesai
ucapan YDP PIBG

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada yang berusaha


Hj. Zulkifli Naim bin Mohamed (ydp pibg sksyp1). Pihak
majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Hj.
Zulkifli Naim bin Mohamed atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Masa

CUE

ANN 9

11.00pagi

Ucapan perasmian

Hadirin yang dihormati,


Bunga melur tumbuh di pagar
Dipetik gadis di Danau Lumayan
Ucapan alu-aluan telahpun didengar
Menyususl kini upacara perasmian
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berbahagia
Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Dearah Kuala
Kraik,YangBerusaha(HJ.
Anuar
bin
Mamat)bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Karnival
Jom Amal PIBG Petra 2014.

Setelah
selesai
ucapan KP PPD

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas ucapan dan perasmian oleh Yang Berusaha HJ.
Anuar bin Mamat sebentar tadi.
Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda acara berlangsung meriah

Gimik pelancaran

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan Penyempurnaan Gimik Pelancaran
Karnival JOM AMAL PIBG PETRA 2014.
Dipersilakan Yang berbahagiaKetua Pegawai PPD Kuala
Krai, hj Anuar bin Mamat dengan diiringi Yang Berusaha
Hj Zulkufli Naim bin Mohamed(ydp pibg sksyp1). Segala
hormatnya dipersilakan.

Masa

CUE

ANN 10

11.00pagi

Setelah
selesai
gimik pelancaran.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang berbahagia hj Anuar bin mamat atas
kesudian menyempurnakan gimik pelancaran sebentar tadi.

Penyampaian
cenderahati perasmi

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Berusaha hj Zulkifli Naim bin
Mohamed untuk menyampaikan cenderamata kenang
kenangan kepada ketua pegawai ppd Kuala Krai.Dijemput
Yang berbahagia hj Anuar bin Mamat untuk menerima
cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penyerahan smart tv
48

Masa
11.00
pagi

CUE

ANN 11

Setelah
selesai
penyampaian
cenderahati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berusaha hj Zulkifli mohamed atas
kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Penyerahan smart tv
48

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan sebuah


Smart tvberukuran 48 kepada unit ICT SKSYP1. Untuk
pengetahuan warga dewan, smart tv ini merupakan
sujmbangan peribadi daripada yang berusaha Hj zulkifli Naim
bin mohamed(ydp pibg sksyp1) kepada unit ict sebagai tanda
sokongan dan kerjasama antara persatuan ibubapa dan guru
dan pihak sekolah.
Majlis mempersilakan ybrs hj zulkifli naim untuk
menyempurnakan penyerahan smart tv kepada pihak
sekolah. Dijemput --------------untuk menerima sumbanngan
dari pihak pibg.

Masa

CUE

ANN 12

11.00pagi

Selesai penyerahan
smart tv

Majlis merakam kan ucapan terima kasih pada ybrs hj zulkifli


naim khasnya dan kepada PIBG amnya atas sumbangan
smart tv tersebut.

penutup

Hadirin sekalian,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan,
Sempurnalah sudah Majlis perasmian karnival jom amal pibg
petra 2014 pada pagi ini. Diharapkan acara ini akan berjalan
lancar.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan dan hadir ke majlis ini ini.
Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta
Seterusnya, majlis menjemput Yang yang berbahagiaKetua
Pegawai PPD kuala krai hj anuar bin mamat melawat tapak
gerai pameran dan jualan.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai