Anda di halaman 1dari 2

Motivasi Minda Minda Sedar Dan Minda Separa Sedar

Untuk menjadi orang bermotivasi, Anda terlebih dahulu kena mengenali diri Anda
dengan lebih mendalam. Semakin Anda mengenali diri Anda, semakin banyaklah
keajaiban-keajaiban yang Anda akan temui. Dari situ, muncul rasa yakin pada
diri kerana Anda sudah temui kekuatan-kekuatan Anda. Anda akan rasa ada
motivasi
Dalam usaha untuk menjadi pelajar cemerlang, pekerja berintegriti, suami
beriman, suri rumah berkaliber atau simply menjadi seseorang yang sentiasa
bersemangat, Anda perlu mengenali minda terlebih dahulu. Anda kena
memahami bagaimana minda Anda menjalankan fungsinya. Senang nak cakap,
Anda kena tahu cemana minda bekerja.
Bagi Anda yang baru mengenali minda, sebenarnya minda ada dua bahagian.
Bahagian pertama adalah minda sedar. Bahagian kedua adalah minda separa
sedar. Nama minda sedar dan minda separa sedar dipanggil dengan banyak
nama.
Ada orang panggil minda sedar sebagai Concious Mind (atau singkatannya cm).
Ada orang panggil minda separa sedar dengan nama subconcious mind, minda
bawah sedar, atau sub-cm iaitu singkatan daripada subconcious mind.
Minda sedar adalah minda biasa, iaitu minda di mana Anda boleh mengawalnya
semasa Anda bangun pada hari-hari biasa. Anda menggunakan minda sedar
apabila Anda berfikir, belajar, memasak, memandu, berlari, berenang, berceritacerita, berbual atau ketika sedang berjalan-jalan. Apabila Anda berfikir, Anda
sedang menggunakan minda sedar.
Minda separa sedar pula, cemana? Ah ha. Emosi, rasa hati, intuisi, mimpi,
imaginasi dan bayangan datang dari minda separa sedar. Minda separa sedar
tidak membezakan baik dan buruk.
Apa yang Anda bayangkan selalu, apa yang Anda imaginasikan selalu, itulah
yang akan diterima habis oleh minda separa sedar Anda.
Ketika Anda menggunakan minda sedar, Anda boleh membezakan mana satu
yang baik dan mana satu yang buruk sebab Anda boleh berfikir. Anda
menggunakan logik akal untuk membezakan baik dan buruk.
Tapi minda separa sedar tidak berfungsi secara logik. Minda separa sedar lebih
terjurus kepada rasa hati, imaginasi, bayangan, visualisasi dan emosi Anda.
Minda separa sedar boleh diransang kekuatannya melalui doa dan amalanamalan Islamik seperti sembahyang dan zikir, iaitu amalan-amalan sunat seperti
yang dikatakan tadi.
Anda boleh tingkatkan kekuatan minda separa sedar Anda dengan emosi-emosi
positif digabung dengan amalan-amalan membesarkan kuasa Tuhan. Lakukanlah
dengan niat mahu mendekatkan diri kepada TUHAN. Bila Anda melakukannya
sepenuh hati dengan penuh ikhlas juga dengan penuh kesungguhan, pasti Anda

akan dapat rasai kesannya.


Sebagai orang Melayu beragama Islam, cara terbaik untuk meransang kekuatan
minda separa sedar adalah melalui amalan doa, zikir dan bersikap positif.
Elak beremosi negatif walau sedikit. Anda perlu beremosi positif sepenuhnya.
Caranya, hadirkan emosi-emosi positif dalam diri Anda. Contoh emosi-emosi
positif adalah seperti cinta (love), rasa bersyukur (gratitude), rasa seronok (joy),
rasa berharap pada bantuan Tuhan (hope), rasa yakin (confidence) iaitu rasa
mampu melakukan sesuatu tanpa gusar.
Sikap cepat marah, dendam dan rasa tidak puas hati adalah racun kepada minda
separa sedar. Sikap-sikap sebegini akan menjadikan Anda insan beremosi
negatif. Sikap-sikap ini menjadikan Anda selalu berfikiran negatif, berimaginasi
negatif juga memvisualisasikan yang negatif. Minda separa sedar Anda akan
menyerap semua rasa negatif yang hadir di hati Anda.
Kesannya, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi negatif, orang-orang
negatif, Anda akan ditimpa masalah-masalah besar (seperti masalah kewangan,
masalah perhubungan dengan kawan-kawan, masalah dengan pasangan hidup,
masalah dengan orang yang dicinta, masalah dengan ibu dan bapa). Semua ini
berpunca dari minda separa sedar Anda.

Anda mungkin juga menyukai