Anda di halaman 1dari 2

Penggunaan kata bantu dalam ayat-ayat:

KATA BANTU ASPEK


Kata bantu aspek ialah kata yang memperihalkan masa lampau, kini atau masa
hadapan seperti lah, sudah, sedang, masih, akan dan belum.
i. telah kata yang menyatakan perbuatan dan lain-lain yang lampau (sempurna,
selesai)
Contoh: Pekerja itu telah pulang.
ii. baru- belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud
(dikeluarkan, diterbitkan, dan sebagainya)
Contoh: Murid-murid itu baru tiba.
iii. pernah- sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dan lain-lain),
sudah berlaku
Contoh: Kami pernah ke utara Malaysia.
iv. belum- masih tidak, lawan sudah
Contoh: Buah itu belum masak lagi.
v. sedang- tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih.
Contoh: Guru besar sedang menyiapkan laporan itu.
vi. akan- untuk menyatakan sesuatu kemungkinan (hendak terjadi
sesuatu), untuk menyatakan jangkaan tentang sesuatu (kejadian,
perlakuan, perkembangan, dan lain-lain), dijangkakan
Contoh: Ahmad akan ke sana esok.
vii. masih- lagi (dalam keadaan)
Contoh: Pada masa itu dia masih kecil.
viii. mula- terlebih dahulu, pada awalnya, pertama-tama
Contoh: Kereta api itu mula bergerak.
KATA BANTU RAGAM
Kata Bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti mahu, hendak,
harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin.
i. mahu- suka akan, suka hendak, bersedia akan.
Contoh: Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
ii. hendak- akan, bermaksud akan, mahu.
Contoh: Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
iii. harus- tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib.
Contoh: Awak harus cepat suoaya tidak ketinggalan bas.
iv. mesti- tidak boleh tidak, wajib.
Contoh: Mereka mesti ke pejabat segera.
v. boleh- dapat, mampu (berkeupayaan).
Conth: Kita boleh ke Johor Bahru dengan bas.
vi. dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu.
Contoh: Kami dapat pulang kekampung pada masa cuti persekolahan.

vii. enggan- tidak mahu, tidak suka.


Contoh: Kanak-kanak itu enggan memakai baju.
viii. patut- layak, sesuai (untuk melakukan sesuatu dan lain-lain)
Contoh: Dia patut datang bulan lalu.
x. mungkin- tidak mustahil, boleh jadi, harus
Contoh: Mereka mungkin lambat sedikit.

Anda mungkin juga menyukai