Anda di halaman 1dari 4

Haba peneutralan

Tujuan

: Menentukan haba peneutralan bagi tindak balas antara alkali kuat


dengan asid yang
berlainan kekuatan.

Pernyataan masalah : Adakah asid dan alkali yang berlainan kekuatan


mempengaruhi haba peneutralan
Hipotesis

: Jika asid kuat bertindak balas dengan alkali kuat maka haba
peneutralan adalah tinggi berbanding jikatindak balas antara alkali
kuat dengan asid lemah maka haba peneutralan adalah rendah.

Pembolehubah

manipulasi : jenis asid

Pembolehubah bergerak

: haba peneutralan

Pembolehubah dimalarkan : isipadu dan kepekatan alkali, cawan polisterin


Prosedur

1. 50cm3 asid hidroklorik 1.0 moldm-3disukat menggunakan silinder penyukat


dan dituang ke dalam
cawan polisterin.
2. Suhu awal asid hidroklorik diukur menggunakan thermometer selepas
beberapa minit.
3.

50cm3 natrium hidroksida 1.0 moldm-3disukat menggunakan silinder


penyukat dan dituang ke dalam
cawan polisterin.

4. Suhu awal natrium hidroksida diukur menggunakan thermometer selepas


beberapa minit.
5. Asid hidrolorik dituang ke dalam cawan polisterin yang berisi natrium
hidroksida dengan cepat dan cermat.
6. Campuran itu dikacau dengan thermometer dan suhu tertinggi yang dicapai
direkodkan.
7.

Langkah 1 hingga 6 diulang menggunakan asid etanoik 1.0 moldm -3


menggantikan asid hidroklorik.

Penjadualan data :
Suhu

Eksperimen I:

Eksperimen II:

asid hidrolorik ( asid


kuat)

Asid etanoik ( asid lemah)

Suhu awal larutan natrium


hidroksida , 0C

30.0

30.0

Suhu awal larutan asid , 0C

30.0

30.0

Purata suhu awal larutan ,


0
C

30.0

30.0

Suhu tertinggi campuran


larutan , 0C

37.0

36.0

7.0

6.0

Kenaikan suhu , 0C

Analisis Data :
1. Apakah yang dimaksudkan haba peneutralan secara definisi operasi.
Haba peneutralan ialah perubahan suhu apabila asid bertindak balas
dengan alkali.
2. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku.
H+ + OH- H2O
3. Hitungkan bilangan mol larutan natrium hidroksida yang bertindak balas
dalam
eksperimen

ini.

n = MV/1000
1.0(50)/ 1000
0.05 mol
4. Hitung haba peneutralan dalam eksperimen I dan eksperimen II .
Berdasarkan jawapan

anda jelaskan mengapa ini berlaku.


Eksperimen I
H = mc
n

Eksperimen II
H = mc
n

= 100 x 4.2 x 7
0.05
= - 58.8 kJmol-1

= 100 x 4.2 x 6
0.05
= - 50.4 kJmol-1

Asid hidroklorik merupakan asid kuat


yang mengion dengan lengkap di
dalam air menghasilkan ion H+

Asid etanoik merupakan asid lemah


yang mengion separa lengkap di
dalam air menghasilkan ion H+

5. Lukis rajah aras tenaga bagi tindak balas peneutralan antara asid dan alkali.
tenaga
H+ + OH H = -58.8
kJmol-1
H2O

6. Jika eksperimen diulang menggunakan cawan polisterina yang lebih


besar,ramalkan
kenaikan suhu yang berlaku. Jelaskan jawapan anda.
Jika cawan polisterina yang lebih besar digunakan , kenaikan suhu adalah
kurang kerana
haba terbebas ke persekitaran.
7. Sekiranya eksperimen diulang dengan menggunakan 100cm 3 asid hidroklorik
1.0 moldm-3
dan 100 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 moldm-3 , ramalkan
kenaikan suhu. Terangkan

mengapa.
Kenaikan suhu adalah sama kerana isipadu tidak mempengaruhi
kenaikan suhu
Kesimpulan :
Hipotesis diterima apabila asid kuat bertindak balas dengan alkali
kuat maka haba peneutralan adalah tinggi berbanding apabila tindak
balas antara alkali kuat dengan asid lemah maka haba peneutralan
adalah rendah.

Anda mungkin juga menyukai