Anda di halaman 1dari 4

soalan:- ada pasangan kekasih, yang lelaki berumur 21 tahun dan yang prempuan berumur 16, yg

lelaki ni anak orang kaya dan pompuan ni anak yatim piatu, hubungan mereka tidak diretui oleh
bapa lelaki tersebut dan membuat keputusan untuk memisahkan mereka lalu mghantar lelaki ini
ke sebuah pulau terpencil
so permpuan tadi kesunyian dan cuba untuk mencari lelaki itu di pulau, tetapi pulau itu jauh dan
jalan laut untuk ke pulau itu sangat membahaya dan sangat mustahil perempuan itu boleh sampai
ke pulau itu dengan sendirinya tanpa bantuan org lain.
dan datanglah seorang lelaki(pak sanggup) untuk membantu tetapi mengenakan syarat kepada
pompuan tersebut, syaratnya ialah pompuan tu mesti buat tidur dengan lelaki itu dan melakukan
perkara sumbang, lalu kerana terlalu sayang dan rindukan kekasihnya, pompuan itu bersetuju
dengan syarat itu,
dan apa bila syarat itu telah dipenuhi, lelaki itu kotakan janji dengan membawa pompuan itu ke
pulau yg dimana kekasih pompuan itu berada.
dan pompuan itu menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke pulau ini kepada kekasihnya, lalu
kekasih dia marah lalu menghalau dan bagitahu ko tak layak buat aku...

watak-watak
1)lelaki berumur 21 tahun
2)wanita berumur 16 tahun
3)bapa kepada si lelaki berumur 21 tahun
4)pak sanggup.

selesaikan:1)dalam cerita ini siapakah antara 4 watak ini paling tidak bermoral dan kenapa??
2)kaji setiap watak dalam cerita ini....

Jawapan soalan (1)


Berdasarkan cerita di atas, antara 4 orang watak dalam cerita ini watak yang paling tidak
bermoral ialah watak wanita berusia 16 tahun. Hal ini demikian kerana wanita tersebut sanggup
menerima tawaran atau syarat yang dikenakan oleh lelaki yang memegang watak sebagai pak
sanggup walaupun perkara yang diminta oleh lelaki tersebut merupakan perkara yang tidak
bermoral dan boleh menggadai maruahnya sebagai seorang gadis.

Walaupun gadis tersebut sangat menyayangi si kekasihnya yang berada di pulau dan
kononnya sanggup melakukan apa sahaja demi untuk berjumpa dengan teman lelakinya namun
ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan yang menyebabkan si gadis sanggup menggadaikan
maruahnya sebagai seorang gadis. Perkara yang dilakukan bukan sahaja melanggar ajaran agama
namun perkara tersebut juga melanggar norma budaya serta moral bagi seorang manusia.

Jika dilihat secara umum, pastinya watak yang paling tidak bermoral pasti akan diberikan
kepada si lelaki yang menjadi pak sanggup. Hal ini memang tidak dapat dinafikan kerana dia
telah mengambil kesempatan terhadap gadis yang dalam keadaan memerlukan pertolongan dan
amat berkeinginan untuk bertemu dengan si kekasih yang berada terpencil di sebuah pulau
namun begitu isu watak yang tidak bermoral tidak boleh diletakkan secara mutlak kepada si
lelaki yang menjadi pak sanggup sebaliknya perlu dinilai watak gadis yang mana dia mempunyai
pilihan sama ada untuk menerima syarat-syarat yang dikenakan kepadanya oleh lelaki yang
menjadi pak sanggup dan juga boleh memilih untuk menolak pertolongan tersebut kerana pak
sanggup cuba mengambil kesempatan keatas dirinya yang berada dalam keadaan kesusahan.

Pastinya gadis tersebut merasakan perbuatannya dengan menerima syarat si pak sanggup
sebagai tanda pengorbanannya dan dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama
kembali dengan si kekasih hati namun ini bukanlah satu contoh yang baik dan hubungan
percintanya mereka akhirnya musnah disebabkan oleh tindakannya yang tidak wajar dan tidak

bijak dengan sanggup menggadaikan maruahnya demi mendapatkan pertolongan daripada


seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Jawapan soalan (2)


Bagi watak lelaki yang berumur 21 tahun, dia boleh digambarkan sebagai seorang lelaki
yang sangat mencintai teman wanitanya walaupun dia berasal daripada keluarga yang mewah
dan sebaliknya si gadis hanya seorang yatim piatu yang miskin. Cinta sangat kuat kepada si gadis
sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh kedua ibu bapanya dengan cara mengasingkan si
lelaki tersebut di sebuah pulau yang sukar untuk dilawati oleh orang lain. Namun begitu, cinta
lelaki ini kepada si gadis tidak ikhlas dan tulus ekoran dia sanggup menghalau dan memutuskan
perhubungan dengan si gadis setelah diketahui tentang perbuatan si gadis yang sanggup
menggadaikan maruahnya demi untuk berjumpa dengannya. Sekiranya si lelaki tersebut begitu
mencintai si gadis dan menerima si gadis seadanya maka si lelaki sepatutnya juga boleh
menerima si gadis walaupun si gadis telah terlanjur yang mana itu merupakan satu perbuatan
yang salah namun si gadis berbuat demikian atas tujuan untuk bersama kembali dengan si lelaki.
Dapat disimpulkan, si lelaki merupakan seorang yang pentingkan diri sendiri dan cintanya
kepada si gadis tidak tulus atau ikhlas.

Bagi watak wanita berusia 16 tahun pula, dia digambarkan sebagai seorang yang sangat
mencintai teman lelakinya dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dan kekasihnya dapat
bersama. Namun begitu, dia juga digambarkan sebagai seorang gadis yang naif yang mana
sanggup melakukan perbuatan yang melanggar moral dengan menerima syarat pertolongan
daripada pak sanggup. Walaupun cintanya kepada si lelaki sangat kuat sehinggakan sanggup
melakukan apa sahaja namun perbuatannya yang sanggup menggadaikan maruahnya tidak boleh
dijadikan alasan untuk menggambarkan keikhlasan cintanya kepada si lelaki sebaliknya
perbuatannya itu telah menyebabkan hubungan cinta antara mereka berkubur dan si lelaki
menjadi benci kepada dirinya.

Watak bapa kepada si lelaki 21 tahun digambarkan berpewatakkan sebagai seorang yang
mempunyai kuasa, berpengaruh dan seorang yang sangat tegas. Dia sanggup memutuskan
hubungan antara anaknya dengan si gadis dengan menghantar anaknya ke sebuah pulau. Harapa
daripada memisahkan pasangan tersebut, maka si gadis tidak dapat berjumpa dan berhubung
dengan anaknya. Si bapa mempunyai alasannya yang tersendiri untuk memisahkan anaknya
dengan si gadis yang mana akhirnya dia membuat keputusan muktamad dengan menghantar
anaknya ke sebuah pulau. Hal ini menunjukkan setiap perkara yang diingini mesti tercapai
walaupun sanggup menyakiti hati anaknya sendiri dan mungkin anaknya akan menderita
disebabkan perbuatannya. Di akhirnya, perancangan untuk memisahkan anaknya dengan si gadis
berjaya.

Akhir sekali, watak pak sanggup digambarkan sebagai seorang yang suka mengambil
peluang. Dia mengambil peluang dengan mengenakan syarat ke keatas gadis yang berada dalam
kesusahan dan sangat-sangat memerlukan pertolongan. Dia boleh digambarkan sebagai seorang
yang mempunyai banyak helah dan tipu muslihat. Perbuatannya yang tidak bermoral dan tidak
bertanggungajawab ke atas si gadis juga menggambarkan dirinya yang sebenar. Namun begitu,
walaupun dia mempunyai sikap yang suka mengambil kesempatan dan meminta melakukan
perkara yang tidak bermoral kepada si gadis, dia masih boleh dianggap sebagai seorang yang
menepati janji yang mana di akhir perjanjian dia tetap menghantar si gadis berjumpa dengan
teman lelakinya di pulau walaupun dia telah memperoleh segala syarat yang diingini daripada si
gadis. Dia hanya digambarkan sebagai seorang yang suka mengambil peluang keatas orang lain
dan tidak bermoral namun masih mempunyai nilai yang baik iaitu sebagai seorang yang
menepati janji.

Anda mungkin juga menyukai