Anda di halaman 1dari 7

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa

payahnya

malaikat

meminta

tanah

dari

bumi

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta
Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi
khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat
Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi
masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil,
tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masingmasin kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata
Allah: Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan
atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah
Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan
tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,
kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :Ya Izrail, pertama
engkau
belakang

yang
hari

Ku-tugaskan
kelak

akan

mengambil

tanah,

kutugaskan

dan

engkau

kemudian

mencabut

di
roh

manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma


manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu,
Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu
bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?


Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah Babylon
Tanah India
Tanah syurga
Tanah Thaif
Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak


manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan


kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan


tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman,


keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat, bersyukur


dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air
masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam sifat.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut


kemudian diletakkan didalam Alam Malakut.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah


tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan Barul Uluhiyah.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air Kudral-Izzah-Nya iaitu


sifat Jalan dan Jammal.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh

Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar,


mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh
malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak
mahu

roh

itupun

masuk

dan

menyerah

kepada

Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik


sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana
Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna
kulitnya.
hanyalah

Sebagai

peringatan:
pada

yang

masih

kuku

tertinggal

warnanya

manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada
tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di
kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah
letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung
dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang
kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1.Mata alat penglihatan


2.Hidung alat penciuman
3.Telinga alat pendengaran
4.Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk
perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200
tahun.

Demikianlah

Allah

memberi

kekuatan

pada

Izrail

untuk

memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan


mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk
mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan
tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri
dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya
masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat
yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan


tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh
sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika
itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam

pertama

kalinya

kehadrat

Allah.

Lalu Allah berkata: Yarkhamukallah yang ertinya: semoga engkau


diberi rahmat Allah Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan
sunat mengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat
mengucapkan

Yarkhamukallah.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu


bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah
keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa
(tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :Dan adalah
manusia itu, suka tergesa-gesa.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai

di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan


sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu
meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah
daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana
kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadiankejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah
merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup
cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu
menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100
tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama
hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula
Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha
pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita
kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.
Wallahuallam

Anda mungkin juga menyukai