Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN ANTI ROKOK

Pada praktikum fasa ketiga dari 1 Februari hingga 30 April 2015, saya dan tujuh orang rakan
yang lain telah menjalani praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu
Pahat.
Kami telah diberikan tanggungjawab untuk menghias dan mengemaskini maklumat di
papan kenyataan tersebut. Hal ini kerana maklumat papan kenyataan tersebut telah lama tidak
dikemaskini dan kelihatan tidak menarik. Perkara ini mengakibatkan murid-murid kurang
berminat untuk membaca info-info yang terdapat pada papan kenyataan tersebut.
Oleh itu, kami mengagihkan tugas untuk menghiaskan papan kenyataan tersebut
berdasarkan kreativiti kami. Masa yang diambil untuk melaksanakan projek ini mengambil masa
selama 3 hari. Bahan-bahan yang kami gunakan untuk perlaksanaan projek adalah kertas
mahjung, kertas pembalut hadiah, pelekat bunga, dan plastik laminate.
Kami membahagikan papan kenyataan tersebut kepada tiga bahagian. Di mana
bahagian pertama berkaitan isi kandungan rokok, bahagian kedua penyakit-penyakit kronik
yang akan dihidapi oleh perokok dan bahagian ketiga adalah langkah-langkah untuk berhenti
merokok dan kebaikan tidak merokok.
Setelah itu, kami memobilasi tenaga guru pelatih yang ada dengan membahagikan
tugas kepada beberapa bahagian. Dimana terdapat guru pelatih yang akan mencari maklumat,
mengunting dan laminate maklumat yang dicari, dan menghias dan menampal maklumat di
papan kenyataan. Oleh itu, projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.
Sejurus projek ini selesai disiapkan, guru-guru tetap akan menilai dan hasilnya mereka
berpuas hati dengan hasil kerja yang kami lakukan serta murid-murid juga membaca beberapa
info yang terdapat di papan kenyataan.

Papan Kenyataan semasa projek dilaksanakan

Papan Kenyataan setelah selesai projek dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai