Anda di halaman 1dari 2

1

Kekecewaan yang dialami Maya telah membawa dirinya jauh ke seberang


laut. Maya mengambil keputusan untuk bercuti bagi menghilangkan duka
lara dan melupakan semua peristiwa yang telah terjadi dalam hidupnya
baru-baru ini.
Hi im Putra...your personal tour guide.. Putra memberikan senyuman
kepada clientnya itu.
Hi...im Maya.. Dan Maya pula menunjukkan wajahnya yang agak serius
kepada lelaki ini.
Maya memerhati gerak geri lelaki yang baru lima minit dikenalinya.
Mmm...not bad good looking. Dalam bayangan Maya guide yang akan
mengiringinya

sepanjang

percutian

di

Bandung

itu

adalah

dalam

lingkungan 40an, rendah dengan tubuh badan yang berisi.


Namun apa yang dilihatnya saat ini ianya jauh berbeza daripada
imaginasinya. Shila sepupu Maya yang membantunya mendapatkan
pemandu pelancong ini tidak pula memberikan gambaran tentang
perwatakan guide yang akan bersama-samanya selama 5 hari percutian di
kota yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri ini.
Apa yang dilihatnya Putra seorang yang tinggi lampai, mempunyai raut
wajah ala-ala pelakon Adi Putra gitu. Dan yang manisnya ialah lesung pipit
yang dimiliki lelaki ini. Tapi semua itu tidak memberi kesan apa-apa di
dalam hati Maya. Apa yang difikirkan pada saat ini adalah ingin menikmati
cuti ini sepuas-puasnya tanpa ada apa-apa gangguan emosi mahu pun
jasmani.
Setelah bagasi Maya diletakkan ke dalam bonet kereta Vios yang menjadi
alat pengangkutannya selama bercuti, Putra terus memandu menuju ke
hotel yang sudah ditempah lebih awal oleh Maya.
Maya hanya menyebut nama hotel itu dan Putra sudah mengetahui
kedudukan hotel tersebut kerana ia sememangnya terletak di tengahtengah kota Bandung.

Putra memerhati Maya melalui cermin depan kereta. Gadis ini agak sukar
untuk ditafsir keperibadiannya namun apa yang pasti gadis ini memiliki
wajah yang amat cantik, bujur, putih dan bersih. Dan yang pasti gadis ini
tinggi lampai..hampir menyamai ketinggiannya.
Mmm....pasti gadis ini mempunyai masalah dalaman agaknya kerana jika
tidak masakan dia pergi melancong seorang diri. Sudah itu ingin
mendapatkan seorang pemandu pelancong khas untuk dirinya pula. Putra
berkata dalam hatinya.

Anda mungkin juga menyukai