Anda di halaman 1dari 1

Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia.

Di sini terletaknya 'Sarawak


Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal
terbang Boeing 747.
Di Mulu, anda juga boleh melihat terowong gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima
buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Gua Air
Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta
kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan keluar setiap petang pada waktu senja!
Pelawat yang suka sukakan alam semula jadi pasti merasa kagum melihat contoh luluhawa batu kapur
tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The
Pinnacles'. Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian sukar tetapi sangat memuaskan hati.
Pelawat digalakkan supaya menggunakan khidmat pemandu arah dan pengangkut barang.

Panduan Perjalanan
Menaiki Bot
Anda juga boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, anda perlu
menaiki bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di atas Sungai Tutoh (satu cabangan
Sungai Baram). Bot ekspres ini bertolak dari Marudi pada waktu tengahari setiap hari dan kembali semula
ke Marudi pada waktu pagi keesokan harinya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Laluan Udara
Malaysia Airlines (Maswings) menyediakan tiga penerbangan sehari dari Miri ke Mulu (30 minit
penerbangan).

Anda mungkin juga menyukai