Anda di halaman 1dari 5

20

aNTi
BoSaN
1

Anti-Bosan 1
Lima ekor burung sedang berehat-rehat di atas satu dahan sebatang pokok. Dua ekor ditembak
dan terus mati. Berapakah yang tinggal?
Jawapan:
2 ekor burung. 3 ekor burung yang lain terus terbang

Anti-Bosan 2
Membina Tembok
Untuk melindungi negaranya seorang raja mengambil keputusan untuk membina sebuah tembok
batu di sepanjang sempadan negaranya. tembok itu mempuyai dinding yang tebalnya 3 meter dan
5 meter tinggi. sempadan Negara berkenaan adalah sejauh 500 kilometer. anggapkan setiap batu
kiub 1m3 beratnya 3000kg, berapakah pertambahan jisim bumi dengan membina tembok ini?
Jawapan:
Kerana batu-batu itu juga berasal dari bumi, maka jisim bumi tidak bertambah :p

Anti-Bosan 3
2 Ayah & 2 Anak Memancing!
2 orang ayah dan 2 orang anak pergi memancing. jumlah tangkapan ikan mereka adalah
sebanyak 3 ekor. Setiap daripada mereka membawa seekor ikan pulang ke rumah.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Jawapan
Mereka yang pergi memancing ialah seorang lelaki yang datang bersama ayah dan juga datuknya.
jadi di situ terdapat dua orang ayah dan dua orang anak!

Anti-Bosan 4
Jika lima pelajar lari sejauh satu kilometer dalam masa lima minit, berapa lamakah masa yang
akan diambil jika lima puluh pelajar lari sejauh itu?
Jawapan:
5 minit

Anti-Bosan 5
Jika dua belas ekor kambing makan dua belas beg rumput dalam masa dua belas hari, berapa
harikah jika seekor kambing makan satu beg rumput yang sama?
Jawapan: 12 hari

Anti-Bosan 6
Jika satu longgok rambutan dicampurkan dengan dua longgok rambutan lagi, berapa longgok
rambutan kesemuanya?
Jawapan:
1 longgok rambutan (longgokan besar)

Anti-Bosan 7
Sejauh manakah seseorang itu boleh pergi ke dalam hutan?
Jawapan:
Separuh jalan sahaja (kerana selepas itu dia pasti akan keluar dari dalam hutan itu!)

Anti-Bosan 8
tempat kejadian terdapat seorang polis trafik. Yang melihat kejadian tersebut. Tetapi
mengapakah polis tidak mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut?
Jawapan:
Polis tidak mengambil tindakan kerana memang benar dia seorang pemandu lori. Tetapi dia sedang
berjalan kaki melalui kawasan tersebut.

Anti-Bosan 9
Sebuah kereta api elektrik menuju ke utara dengan halaju 100 km/jam. Jika arah angin bertiup
ke arah barat dengan halaju 40km/jam, ke manakah arah asap keretapi itu ditiup?
Jawapan:
Tiada apa-apa terjadi pada asap, kereta apai elektrik mana ada asap ;p

Anti-Bosan 10
Jauh di dalam hutan telah dijumpai seorang lelaki yang berpakaian renang, memakai snorkel dan
topeng muka menyelam. Masalahnya, tasik berada 10 km jauhnya dan laut 100km jauhnya dari
kawasan dia dijumpai. Apakah punca kematiannya?
Jawapan:
Sebelum ini terjadi satu kebakaran hutan, kapalterbang pemadam kebakaran mencedok air untuk
memadamkan kebakaran dari tasik tanpa disangka-sangka turut tercedok penyelam yang bernasib
malang tersebut. Itulah punca kematiannya.

Anti-Bosan 11
Dua orang pelajar memandang pada arah yang berlawanan. Mereka cuma dipisahkan dengan
sebuah meja kecil di tengah-tengah. Tetapi kenapa mereka tidak nampak satu sama lain?
Jawapan:
Mereka memang memandang ke arah berlawanan tetapi membelakangi diri masing-masing.

Anti-Bosan 12
Seorang lelaki memandu bersendirian dengan keretanya memecut laju. Tiba-tiba dia hilang
kawalan keretanya lalu melanggar pembahagi jalan dan menyebabkan keretanya menjunam ke
dalam sungai yang mempunyai arus yang kuat.
Perlahan-lahan keretanya tenggelam sedikit demi sedikit. Pemuda itu menyedari bahawa
tangannya patah dan dia tidak dapat melepaskan tali pinggangnya yang tersekat. Menyebabkan
beliau terperangkap. Kereta tenggelam hingga ke dasar. Di mana dia masih terperangkap di dalam
keretanya dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Penyelamat tiba 2 jam kemudian, mereka menjumpai lelaki tersebut tenggelam di dalam sungai,
tetapi anehnya dia masih hidup. Bagaimana ini boleh terjadi?
Jawapan:
Sungai tersebut cetek, hanya sedalam paras dada lelaki tersebut.

Anti-Bosan 13
Bagaimana anda boleh membaling bola sekuat-kuat hati dan bola itu kembali kepada anda? Yang
mana bola itu tidak mengenai apa-apa pun, tiada tali yang bersambung dengannya dan tiada siapa
yang menangkapnya dan membaling semula kepada kamu
Jawapan:
Bola dibaling sekuat manapun ke atas ia masih akan balik kepada kamu.

Anti-Bosan 14
Seorang lelaki berjalan menuruni tangga sebuah bangunan dan tiba-tiba dia mengetahui bahawa
isterinya telah mati. Bagaimana?
Jawapan:
Lelaki itu baru habis melawat isterinya. Isterinya bergantung pada mesin penerus hayat. Semasa
dia menuruni tangga tiba-tiba lampu terpadam kerana talian elektrik terputus dan sistem
kecemasan gagal berfungsi. Jadi dia tahu isterinya telah mati.

Anti-Bosan 15
Di sebuah gurun seorang lelaki dijumpai mati seorang diri dengan memakai beg dibelakangnya.
Tiada sebarang kesan tapak kaki disekelilingnya. Apakah yang terjadi?
Jawapan: Beg dibelakangnya terdapat payung terjun. Semasa dia terjun dari kapal terbang,
paying terjunnya tidak berfungsi. Dia terhempas lalu mati.

Anti-Bosan 16
Seorang lelaki sedang menukar tayar keretanya, tanpa disengajakan dia telah tercicir 4 nat
keretanya yang digunakan untuk mengunci tayarnya ke dalam longkang yang cukup dalam. Seorang
budak perempuan lalu dan mencadangkan satu jalan penyelesaian yang membolehkannya memandu
pulang ke rumahnya. Apakah cadangan tersebut?
Jawapan: Ambil satu nat dari setiap bahagian tayar. Jadi semua tayar akan dipegang oleh 3 nat.

Anti-Bosan 17
Seorang lelaki mati kehausan dirumahnya sendiri. Kenapa?
Jawapan: Lelaki tersebut tinggal di rumah bot di lautan. Rumah botnya mengalami kerosakan
enjin menyebabkan tidak dapat bergerak dan bekalan air yang boleh diminum telah habis.

Anti-Bosan 18
Seorang bayi jatuh dari bangunan 20 tingkat ke atas tanah dan didapati masih hidup. Kenapa?
Jawapan: Bayi itu terjatuh dari ringkat groundfloor. Jadi bayi itu hanya cedera ringan sahaja.

Anti-Bosan 19
Ada 6 biji telur yang terdapat di dalam bakul. Setiap orang dari 6 orang mengambil sebiji telur.
Bagaimana masih tinggal satu telur di dalam bakul?
Jawapan: Orang terakhir mengambil bakul yang berisi telur terakhir masih ada di dalamnya.

Anti-Bosan 20
Polis trafik sedang mengawal lalu lintas di jalan sehala. Tiba-tiba seorang pemandu lori melalui
Polis Trafik tersebut dalam arah bertentangan. Kenapa polis trafik tersebut tidak menahan
pemandu lori itu?
Jawapan: Lelaki tersebut berjalan kaki.

Anda mungkin juga menyukai