Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN KESELAMATAN

AM
101. Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh sebab aliran arusnya tidak nampak,
bahaya ini sukar dikesan. Jika tersalah aliran, arus ini boleh mencacatkan anggota,
menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya.
102. Kejadian yang tidak diingini hanya dapat diatasi jika peraturan-peraturan keselamatan
dipatuhi. Di negara kita peraturan-peraturan ini adalah berdasarkan kepada peraturan IEE
yang dikemaskini dari masa ke semasa dengan sedikit perubahan dan tambahan.

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN
103. Peraturan Am Semasa Di Tempat Kerja.
dipatuhi adalah seperti berikut :
a.

Beberapa peraturan am yang perlu

Lantai tempat kerja hendaklah bersih daripada minyak, air dan gris.

b.
Peralatan kerja hendaklah disimpan di tempat yang betul supaya mudah dicari
apabila diperlukan, terutamanya di waktu kecemasan.
c.
Peralatan ini hendaklah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik agar
tidak mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannya kelak.
d.
Jika perlu lantai dan meja kerja-kerja elektrik mestilah dilitupi dengan getah
penebat untuk mengelakkan daripada renjatan elektrik.
e.
Jangan gunakan sesuatu peralatan tanpa mengetahui cara penggunaannya yang
betul.
f.
Jangan dibuang atau ditutup papan tanda amaran yang terdapat pada sesuatu
peralatan atau mesin.
g.
Gunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu tugas dan jangan cuba
membaiki alat tersebut tanpa pengetahuan yang secukupnya.
104. Peraturan Keselamatan Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik. Dalam kerjakerja pemasangan elektrik, antara peraturan keselamatan yang mesti dipatuhi adalah seperti
berikut:
a.
Sebarang kerja baik pulih, tambahan dan pemasangan elektrik hendaklah
dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan.

b.
Sewaktu memotong penebat kabel, kita hendaklah menggunakan alat khas dan
sentiasa berhati-hati supaya tidak menjejaskan pengalir.
c.
Alatan tangan yang digunakan hendaklah daripada jenis yang tangkainya
mempunyai penebat dan selamat digunakan.
d.
Pakaian sewaktu bekerja hendaklah yang bersesuaian seperti overall atau
seumpamanya. Baju dan seluar yang berzip tidak dibenarkan dipakai kecuali jika
bahagian yang berzip itu ditutup.
105.

Perkara-Perkara Yang Perlu Diawasi Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik.


a.
Tangga. Ianya ialah contoh alat yang digunakan untuk naik ke tempat yang
lebih tinggi. Semasa digunakan ia hendaklah disandarkan ke bangunan dan di tempattempat licin, ia hendaklah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan
daripada tergelincir atau boleh juga ditegakkan dengan menggunakan tapak
penyokong yang berada pada jarak mencapai 1/3 daripada panjang tangga.
b.
Litar. Sebelum bekerja pastikan litar itu diputuskan. Seberapa yang boleh
tutup suis utama dan tanggalkan fiusnya. Bekerja pada litar hidup amat berbahaya dan
hanya dilakukan dengan mematuhi langkah-langkah berikut :
(1)

Menebatkan dirinya daripada menjadi pengalir arus elektrik.

(2)

Bekerja hanya pada satu litar.

(3)
Menggunakan sarung tangan yang dibuat daripada penebat dan berdiri
di atas benda bukan logam.
(4)

Semua alat hendaklah berada di dalam keadaan kering.

c.
Ujian Litar. Sebelum bekerja pastikan bekalan elektrik ke litar hendaklah
diputuskan dengan menggunakan lampu penguji atau sebarang alat penguji. Setelah
siap dibaiki atau dibuat tambahan, litar hendaklah diuji dahulu sebelum diberikan
bekalan.
d.
Kendalian Yang Selamat. Tentukan fius dan pemutus litar bersesuaian
dengan kadar alat atau beban yang dilindungi. Oleh itu jangan ditukarkan kadarnya
dengan sesuka hati dan alat perlindungan arus bocor ke bumi hendaklah diuji dari
masa ke semasa supaya alat tersebut boleh berfungsi dengan baik apabila berlaku
kebocoran arus ke bumi.
106. Kehendak-Kehendak Keselamatan Dalam Pemasangan. Secara menyeluruh
keselamatan pemasangan elektrik adalah mengikut kod-kod keselamatan atau akta tertentu
antaranya ialah:

a.
Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik hendaklah orang yang
berkelayakan dengan menggunakan alat-alat yang diakui oleh SIRIM atau mematuhi
piawaian antarabangsa mengikut BS.
b.
Ujian hendaklah dilakukan sebelum dan selepas penambahan pemasangan
baru atau baikpulih dilakukan.
c.
Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai dengan saiz dan penebatnya supaya
mampu menampung voltan, arus dan suhu sekitar.
d.
Fius dan pemutus litar hendaklah bersesuaian dengan kadar arusnya dan
mudah dikendalikan.
e.

Pemasangan sistem pembumian hendaklah berkesan.

f.

Tiada penambahan litar kecuali mendapat kebenaran.

RENJATAN ELEKTRIK
107. Kerosakan alat elektrik dan kecuaian manusia merupakan sebab-sebab utama
terjadinya renjatan elektrik. Semasa renjatan badan seseorang yang menjadi mangsanya
menjadi pengalir arus elektrik. Berikut adalah anggaran arus dan kesannya terhadap
pengguna:
a.

1mA hingga 3mA

Tidak berbahaya.

b.

10mA hingga 15mA

Kaku dan kebas.

c.

25mA hingga 30mA

Kaku yang lebih ketara sehingga boleh


membawa lumpuh.

d.

50mA ke atas

Memberhentikan denyutan jantung dan


boleh membawa maut.

APABILA BERLAKU RENJATAN ELEKTRIK


108. Tindakan Segera. Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, orang yang
menyaksikan hendaklah bertenang dan melakukan langkah-langkah berikut:
a.
Putuskan bekalan dengan menutup suis utama, atau melakukan litar pintas
agar pemutus litar atau fius terputus.
b.

Buat panggilan kecemasan ke pusat pertolongan cemas.

c.

Mulakan pemulihan pernafasan seberapa segera yang boleh.

d.

Memberikan rawatan awal kepada mangsa jika berlaku kecederaan.

e.
Sentiasa hangatkan tubuh mangsa dengan memicit tubuhnya atau dengan
sebarang cara lain.
PERTOLONGAN CEMAS
109. Pemulihan Nafas. Pemulihan nafas dilakukan bagi membantu mangsa yang tersekat
pernafasan akibat lemas, renjatan elektrik atau sebagainya. Cara pemulihan nafas dilakukan
dengan meniru pergerakan nafas biasa. Terdapat beberapa kaedah pemulihan nafas, tetapi
yang perlu diingat ialah setiap saat proses pemulihan nafas dikira agar bersesuaian dengan
pergerakan nafas biasa. Pada umumnya apabila didapati mangsa terganggu pernafasannya,
perkara-perkara yang berikut hendaklah kita lakukan:
a.

Longgarkan pakaiannya seperti tali leher, butang baju dan seluar.

b.
Baringkan mangsa di tempat yang selamat dan selesa untuk melakukan
pemulihan nafas.
c.
Tanggalkan benda-benda seperti gigi palsu, kasut, jam, cincin, gelang, rantai
dan sebagainya yang boleh menyekat perjalanan darah.
d.

Beri rawatan pada bahagian-bahagian badannya yang luka.

e.
Buat panggilan kecemasan jika dianggapkan bahaya kerana pemulihan ini
merupakan rawatan sementara.
110. Kaedah Pemulihan Nafas. Terdapat lima kaedah dan cara yang boleh digunakan
dalam pemulihan nafas seperti berikut:
a.

Kaedah Mulut ke Mulut.

b.

Kaedah Holger Nielson.

c.

Kaedah Silvester.

d.

Kaedah Schafer.

111. Daripada senarai di atas, Kaedah Holger Nielson adalah kaedah yang paling sesuai
untuk pemulihan nafas bagi mangsa terkena renjatan elektrik. Di bawah ini diterangkan caracara atau teknik melakukan pemulihan nafas menggunakan teknik ini.

a.
Mangsa diletakkan dalam keadaan meniarap dan kedua-dua belah tangannya
diletakkan di bawah dahi, perawat pula hendaklah duduk di hadapan kepalanya
(Lihat Gambarajah 1.1).
b.
Letakkan kedua-dua belah tangan perawat di atas belakang mangsa dengan
pangkal tapak tangan menekan bahagian bawah tulang belikatnya dan ibu jari
mengikut tulang belakangnya dan jari-jari tangan perawat lurus ke arah kaki mangsa.
c.
Kemudian perawat bolehlah bergerak ke hadapan dengan perlahan-lahan
sehingga kedudukkan lengannya tegak tetapi jangan menggunakan kekuatan tekanan
yang luar biasa. Gerakan ini mengambil masa dua saat (dengan membilang satu dan
dua). Tekanan ini akan menyebabkan nafas mangsa terhembus keluar.

Gambarajah 1.1 : Letakkan Tangan di belakang (bawah tulang belikat) dan tekan
tulang belakangnya
d.
Kemudian perawat hendaklah menggerakkan badannya ke belakang dengan
membilang tiga dalam satu saat sambil melurut tangannya melalui bahu mangsa
sehingga pangkal lengan mangsa itu tegang. Gerakan ini dilakukan selama satu saat
dengan membilang empat, lima tetapi jangan sampai dada mangsa itu terangkat.
e.
Gerakan ini menyebabkan mangsa menarik nafas. Dengan membilang enam
dalam satu saat, lengan mangsa itu hendaklah diletakkan kembali ke permukaan
tempat dia ditiarapkan. Sebagaimana gerakan sebelumnya, gerakan ini mengambil
masa enam saat iaitu sepuluh kali dalam seminit. Pertolongan ini hendaklah dilakukan
berterusan sehingga mangsa itu pulih. Jika perawat tidak mampu meneruskan
tugasnya, bolehlah ditukarkan dengan orang yang lain. Perlu diingatkan sepanjang
proses ini dijalankan lengan orang yang merawat hendaklah sentiasa lurus. (Lihat
Gambarajah 1.2 ).

Gambarajah 1.2 : Lurut tangannya ke bawah, tarik ke belakang dan turunkan


perlahan-laha
MEMADAMKAN KEBAKARAN
112. Kebakaran boleh terjadi melalui tindak balas kimia antara oksigen dan bahan yang
mudah terbakar. Kebakaran yang berpunca daripada elektrik mungkin disebabkan oleh kadar
saiz kabel yang tidak sesuai atau pelindung arus lebih yang tidak tepat kadarnya atau
disebabkan oleh alat pelindungan arus bocor ke bumi tidak berfungsi. Kebakaran boleh
dikelaskan kepada A, B, C dan D.
a.
Kelas A. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh bahan-bahan biasa yang
mudah terbakar seperti kayu, kain dan sebagainya. Kebakaran kelas A dipadamkan
dengan menggunakan air yang banyak atau air yang dicampur dengan bahan-bahan
kimia pencegah kebakaran seperti yang terdapat di dalam tangki pemadam kebakaran
boleh angkat.
b.
Kelas B. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh cecair atau gas yang
mudah terbakar seperti petrol, minyak, cat dan seumpamanya. Cara memadam
kebakaran kelas ini ialah dengan menggunakan buih kimia atau buih yang
mengandungi karbon dioksida tulen di bawah tekanan.
c.
Kelas C. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh pendawaian elektrik,
jentera dan kelengkapan elektrik. Ketika kebakaran ini, arus elektrik mungkin masih
mengalir atau hidup, oleh itu air tidak sesuai digunakan sebgai bahan pemadam. Cara
yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan semburan karbon dioksida.
d.
Kelas D. Kebakaran dalam kelas ini disebabkan oleh bahan kimia seperti
natrium, kalium dan sebagainya. Cara memadam kebakaran yang lazim digunakan
ialah dengan menyembur serbuk kering yang mengandungi bahan pencegah
kebakaran.
113. Kaedah memadam kebakaran jenis pancutan air dan buih tidak boleh digunakan untuk
memadam kebakaran elektrik kerana kaedah ini dapat membantu merebakkan arus elektrik.

Rintangan pengalir pada ketika itu menjadi rendah lalu menyebabkan arus bertambah besar
dan keadaan ini amat bahaya.
RUMUSAN
114. Peraturan keselamatan di dalam bab ini menetapkan beberapa langkah keselamatan
yang perlu diambil sebelum dan semasa mengendalikan peralatan dan pemasangan elektrik.
Ia juga menyentuh tindakan-tindakan awal perlu diambil dalam mengendalikan kes renjatan
elektrik dan juga tindakan berlakunya kebakaran.

Anda mungkin juga menyukai