Anda di halaman 1dari 13

erkaitan Haiwan

a) Ayam
1. Ayam tambatan
Maksudnya : Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu
pertandingan atau perkara.
2. Ajak-ajak ayam
Maksudnya : Pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.
3. Bapa ayam
Maksudnya : Bapa yang tidak memperdulikan anak-anaknya ;
Lelaki yang memperdagangkan pelacur.
4. Cakar ayam
Maksudnya : Tulisan yang sukar dibaca.
5. Ibu ayam
Maksudnya : Perempuan yang memperdagangkan pelacur
6. Kaki ayam
Maksudnya : orang yang tidak memakai alas kaki atau kasut
7. Rabun ayam
Maksudnya : Tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja
8. Tidur- tidur ayam
Maksudnya : Tidur yang tidak lena
9. Ayam pemikat
Maksudnya : Orang yang dijadikan umpan untuk melakukan hajat
orang lain.

b) Anjing
1. Anjing kurap
Maksudnya : Orang yang dipandang hina kerana miskin

c) Buaya
1. Buaya darat
Maksudnya : Lelaki yang suka memperdayakan perempuan

d) Cacing
1. Cacing kepanasan
Maksudnya : Tidak selesa ; resah
e) Kutu
1. Kutu embun
Maksudnya : Orang yang suka meraya-rayau hingga larut malam

f) Kucing
1. Alim kucing
Maksudnya : Berpura-pura baik di hadapan orang
2. Kucing kurap
Maksudnya : Sangat hina
3. Kucing bertanduk
Maksudnya : Perkara yang mustahil berlaku.
4. Malu-malu kucing
Maksudnya : Berpura-pura malu di hadapan orang
2

g) Ketam
1. Ketam batu
Maksudnya : Kedekut

h) kancil
1. Akal kancil
Maksudnya : Tipu daya atau muslihat yang licik
i) Kera
1. Kera sumbang
Maksudnya : Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.
j) Lipas
1. Lipas kudung
Maksudnya : Menyiapkan kerja dengan cepat.

k) Lintah
1. Lintah darat
Maksudnya : Mengambil keuntungan yang berlebihan; memeras orang
2. Telinga lintah
Maksudnya : Tajam pendengaran
l) Biawak
1. Lidah biawak
Maksudnya : Percakapan yang berubah-ubah

m) Katak
1. Mati katak
Maksudnya : Mati yng sia-sia

n) Kerbau
1. Mandi kerbau
Maksudnya : Mandi tanpa membersihkan tubuh.

o) Ikan
1. Nyawa-nyawa ikan
Maksudnya : Hampir mati; nazak

p) Lalat
1. Pening lalat
Maksudnya : Pening sedikit.
2. Jinak-jinak lalat
Maksudnya : Oraang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak
rapat.
3. Lalat hijau
Maksudnya : Orang yang buruk perangainya dan gemar melakukan
perbuatan jahat

q) Badak
1. Pekak badak
Maksudnya : Tidak dapat mendengar bunyi yang kuat

r) Kambing
1. Senyum kambing
Maksudnya : Senyum mengejek

s) Singa
1. Singa lapar
Maksudnya : Sangat marah

t) Udang
1. Otak udang
Maksudnya : Bodoh

u) Merpati
1. Jinak-jinak merpati
Maksudnya : Perempuan yang peramah tetapi sukar dipikat.

v) Murai
1. Mulut murai
Maksudnya : Banyak bercakap atau membuat bising.

w) Ikan sepat
1. Bodoh sepat
Maksudnya : Berpura-pura bodoh.

Aksi kucing :Berpura-pura.


5

Batuk-batuk kambing : Batuk untuk menarik perhatian orang.


ikan : Merah tua.

Darah

Demam puyuh : Pura-pura demam.


Duri landak : Kecil lagi runcing.
Ekor cicak : Rambut antara telinga dan pipi.
Gagak di rimba : Orang kecil.
Gajah berpaling : Orang gemuk sukar menoleh ke belakang.
Harimau dua sekandang : Dua pesaing yang pasti akan bertanding.
Ketam batu : Sangat kedekut.
Kucing belanda : Arnab.
Lalat hijau : Hina dan buruk perangai.
Lembu kenyang : Degil, pemalas dan tidak peduli.
Mahkamah kanggaru : Perbicaraan yang sudah dirancangkan
keputusannya.
Mati seladang : Mempunyai seorang isteri sampai mati.
Otak unta : Bodoh.
Harimau - sebagai simbol untuk raja dan menunjukkan pangkat dan
kekuasaan. Antara contoh peribahasa Melayu yang menggunakan
perkataan harimau ialah:
1. Anak harimau (anak orang ada kuasa).
2. Harimau ditakuti sebab giginya (pembesar itu ditakuti kerana
kuasanya).
3. Harimau memperlihatkan kukunya (pembesar memperlihatkan
kuasanya.
4. Harimau menunjukkan belangnya (pembesar memperlihatkan
kuasanya).

Harimau sebagai seorang yang bersifat bengis dan kejam, mengancam


orang lain.Contoh:

1. Anak harimau diajar makan daging (orang yang zalim diberi galakan
untuk membuat aniaya ).
2. Seperti harimau beranak kecil (sifat orang yang sangat bengis dan
garang).

Gajah - Gajah: menunjukkan kuasa dan kekuatan. Contoh:


1. Gajah lalu rumpai layu (perbuatan orang yang berkuasa membawa
kesusahan kepada orang yang lemah).
2. Gajah masuk kampung, kalau pohon tak tumbang, rumput layu juga).
(orang yang berkuasa dapat berbuat sesuka hati kepada orang yang
lemah).
3. Gajah mati tulang setimbun (orang kaya meninggal dunia banyak
meninggalkan hartanya).
4. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah. (kalau
para pemimpin berselisih faham rakyat mendapat susah).

Orang yang berpangkat dan berkuasa hilang pengaruh atau kuasa boleh
disamakan dengan gajah yang dibinasakan.
Contoh:
1. Gajah dialahkan oleh pelanduk (orang berkuasa dapat dialahkan oleh
orang yang lemah).
2. Gajah ditelan ular lidi (Orang berkuasa dapat dialahkan orang lemah).
3. Gajah empat kaki lagi tersaruk (pembesar sekalipun, ada waktunya
akan kehilangan kebesarannya).

Naga: dianggap simbol orang besar dan berkuasa.


Contoh:
1. Cacing hendak menjadi naga (orang kecil hendak menyamai orang
besar).
2. Cacing menelan naga (orang yang berkusa dapat dialahkan oleh orang
yang lemah).

3. Naga ditelan ular lidi (orang bangsawan berkahwin dengan orang


biasa).

Anjing dan babi sebagai simbol kejahatan dan kehinaan. Contoh:


1. Anjing kurap (hina kerana kemiskinan).
2. Anjing biasa makan tahi, jika tidak dimakan, mencium ada juga ( orang
yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangi lagi
perbuatan itu)
3. Seperti anjing dengan kucing (selalu bertengkar).
4. Kepala tersangkut dengan kulit babi (mendapat malu besar).
5. Mutiara terkalung di leher babi ( tidak tahu menilai barang berharga,
yang mulia jadi hina).

Melalui peribahasa Melayu, dapat dikenalpasti binatang-binatang yang


melambangkan kejahatan seperti buaya, lintah, tupai, musang dan ular.
Contoh:
1. Buaya darat (penjahat; penggemar perempuan).
2. Adakah buaya menolak bangkai (orang jahat tentu akan berbuat jahat,
kalau ada kesempatan).
3. Seperti lintah menghisap darah (membungakan wang dengan bunga
yang terlalu mahal, menipu dengan cara yang lemah lembut).
4. Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut (yang jahat itu tetap jahat).
5. Sudah tampak kaki ular (telah diketahui tingkah laku seseorang yang
buruk (yang dahulunya tidak diketahui).
6. Seperti nyiur ditebuk tupai (anak dara yang diperkosa).
7. Musang berbulu ayam (orang jahat menyamar sebagai orang baikbaik).
8. Musang terjun lantai terjungkat (tempat yang dimasuki pencuri ada
juga sesuatu alamatnya).

Lembu dalam masyarakat Melayu, adalah simbol atau lambang


kebodohan. Contoh:
1.Lembu dogol jangan dibalun (orang yang tidak melawan jangan diusikusik, jika melawan dia bersungguh-sunguh.
Lembu juga dijadikan simbol orang yang tidak seberapa kuasanya.
1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (orang yang
hanya suka menggertak tetapi tidak merbahaya; melawan dengan
seberapa kuasanya dalam perkelahian.

Kucing: simbol orang yang ditakuti. Contoh:


1. Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi (apabila orang yang ditakuti
datang, maka diamlah mereka yang bising.
2. Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (orang besar yang
hilang martabatnya (pangkatnya) tiak disegani orang lagi.

Kuda: simbol orang miskin yang berlagak seperti orang kaya. Contoh:
1. Bak rasa kuda pula kukuran (perihal orang miskin yang berlagak seperti
orang kaya).
2. Seperti kuda lepas dari pingitan (terlalu gembira sebab lepas dari
kurungan atau pembelengguan).

Kambing: simbol orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol


kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang
yang berperangai tidak senonok, keanak-anakan, orang yang malas,
orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah. Contoh:
a. Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat
sekehendak hatinya).
b. Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut
(bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).
c. Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat
apa-apa).

d. Bagai kambing harga dua kupang = menggelinjang bagai kambing


berulat (tidak senonoh perangainya, keanak-anakan).
e. Bagai kambing diseret ke air = bagai kambing dimandikan pagi (perihal
orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).
f. Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan
orang yang kuat.
g. Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak
melambung bumi (orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa
apa-apa).

Kerbau: simbol kepada orang yang jahat, orang yang bodoh, hina,
1. Bagai kerbau runcing tanduk (orang yang terkenal kerana jahatnya).
2. bagai jelongak kerbau rampung (orang bodoh yang sombong dan tidak
sedarkan dirinya diperbodohkan orang).
3. Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor
(berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian).
4. Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja
kemahuan orang lain).

Kancil: simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikatakan "akal


kancil" (tipu muslihat yang licin, cerdik dengan tipu muslihatnya).

Kijang: simbol kepada negara/tempat asal. Contoh:


1. Kijang dirantai dengan emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan
(seseorang itu akan ingat juga negeri asalanya sekalipun senang hidupnya
dinegeri orang.
2. Seperti kijang lepas ke rimba (orang yang telah kembali ke tempat
asalnya dan sukar dijumpai lagi.

Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah
gelisah, orang yang takut bergaul.

10

1. Kera dapat (diberi) bunga = bagai kera diberi kaca (mendapat (diberi)
sessuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya).
2. Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam).
3. Seperti kera sumbang (orang yang takut (tidak gemar) mencampuri
orang ramai).

Keldai: simbol kebodohan. Contoh:


1. Keldai hendak dijadikan kuda (orang yang bodoh hendak dianggap
(dijadikan) orang pandai.

Ayam:
Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau
tidak berharga)

Beruk:
Berhakim kepada beruk (meminta hukum kepada orang yang tamak).

Badak:
1. Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya (seseorang yang
bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat diraja).

Belalang: belalang telah menjadi helang (orang yang bodoh dan hna telah
menjadi cerdik dan panai).

Biawak: mendukung biawak hidup (melakukan sesuatu yang


menyusahkan diri sendiri),

Cacing: cacing naik ke muka (kelakuan yang melampau).

11

Cicak:
Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri;
bersenang hati (gembira) KD: 239

Merak: tidak ada dalam kamus dewan.

Helang: SIMBOL KEBESARAN, kegagahan,


1. Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (orang miskin
mahu meniri kelakuan orang kaya).
2. seperti helang menyongsong angin (gagah dan berani apabila
menentang musuh).
3. cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (biarpun
cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang
terpedaya (menanggung rugi).KD: 449

Burung gagak:
1. Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada
akan menjadi putih warnanya (orang yang sudah bertabiat jahat tidak
dapat diperbaiki lagi ) KD: 194.

Enggang: simbol kebesaran,


1. pipit meminang anak enggang (orang yang miskin (kecil-kecil dll)
meminang anak orang kaya (besar0besar dll) tentu tidak munasabah) KD:
339-340.

Serigala: simbol kejahatan, kecurangan. Contoh:


1. serigala berbulu domba (orang yang kelihatan bodoh dan penurut
tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang).
2. serigala dengan buah anggur (orang yang mencela sesuatu yang
diingininya kerana ia tidak berupaya untuk mendapatkan benda itu).
Unta: simbol kebodohan, lurus, patuh. Contoh:
12

1. Bagai unta menyerahkan diri (orang yang sangat patuh menurut


perintah; mengaku salah serta bertaubat daripada kesalahan itu; orang
yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang
yang cerdik). KD: 1524)

13

Anda mungkin juga menyukai