Anda di halaman 1dari 17

1.

Pendahululan

Kepada

Perkembangan

Sejarah

dan

Ketamadunan Islam
Perkembangan Islam bermula dari pensyariatan yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.A.W sejak turunnya wahyu oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah di
Gua Hira pada awal 600 Masihi melalui surah Al-Alaq iaitu,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk) (1). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku
(2). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah (3).
(al - Alaq ayat
1 hingga 3)
Surah ini memberikan gambaran bahawa agama Islam mula berkembang melalui
penyebaran ilmu sebagaimana perkataan Bacalah yang menekan betapa peri
pentingnya penyebaran ilmu dalam usaha mendekatkan diri kepada Pencipta
mereka. Ini berkait rapat dengan kemajuan sesebuah tamadun sebagaimana
kemajuan Tamadun Renaissance yang dikatakan zaman kelahiran semula kerana
masyarakat zaman ini didakwa menjadi pemangkin kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi, seni bina, agama dan kesusasteraan.
Kemajuan dalam penyebaran ilmu pengetahuan ini secara tidak langsung
berkait rapat dengan ketamadunan sesebuah kerajaan. Oleh itu, peristilahan
maksud tamadun ini kebiasaanya akan memberi gambaran mengenai tahap
kegemilangan peradaban dan kemajuan hidup yang dicapai oleh setiap bangsa
di dunia ini. Dari segi istilah Bahasa Melayu, tamadun merupakan istilah yang
paling popular digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menceritakan tentang
kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemajuan yang dicapai
oleh sesuatu bangsa. (Amdun Husain, 1986). Justeru, tamadun adalah sebuah
masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adabadab dan tatasusila hidup serta berbudi luhur.
Dari segi istilah Bahasa Inggeris pula, Civilization menurut Colingwood :
Suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civil (sopan), membawa lahirnya
ciri-ciri masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan budi. E.B. Taylor (ahli
antropologi) pula menyamakan istilah tamadun dengan budaya sebagai suatu
yang

merangkumi

makna

keseluruhan

pencapaian

manusia

termasuk

pengetahuan, kepercayaan, seni moral, undang-undang, adat dan keupayaan-

keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
Pengistilahan Bahasa Arab memberikan definisi tamadun sebagai alhadarah. Istilah ini dipopularkan oleh Malik bin Nabi, berasal daripada perkataan
hadar yang membawa maksud kehidupan secara menetap, tempat lahirnya
perkembangan

ilmu,

kesenian,

kesusasteraan

undang

undang

dan

kemasyarakatan. Selain itu, Mohamad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi


memperkenalkan istilah al-madaniyyah berasal daripada perkataan madana,
madani, Madinah yang membawa pengertian pembinaan kota dan tempat
tinggal menetap. (Farid Wajdi, 1967). Ia berupa metodologi kehidupan dan cara
mengambil manfaat daripada segala sumber tenaga semulajadi dan tenaga
manusia. Usaha kearah itu memerlukan keilmuan yang tinggi dan pengalaman
yang cukup melalui proses penyelidikan dan rekaan terhadap sesuatu yang dikira
boleh mendatangkan faedah kepada manusia.
Hadharah pula menjurus pembinaan insaniah manusia (kerohanian)
sementara madaniyyah menjurus pembinaan material. Bagaimanapun keduaduanya adalah sama dari segi penggunaan Bahasa iaitu membangun, membina,
memaju, menguat dan memperbaiki kehidupan masyarakat. Gabungan keduadua maksud di atas memperlengkapkan maksud sebenar tamadun menurut
perspektif Islam. Elemen penting yang ditekankan oleh Ibn Khaldun ialah segala
ciri-ciri tamadun haruslah terbina atas asas spiritual (hidayah) Allah bukan
jibayah yang hanya mementingkan material semata-mata.

2.0

Perkembangan Sejarah dan Ketamadunan Islam di Timur

Tengah

2.1 Perkembangan Ketamadunan Islam di Zaman Rasulullah S.A.W


Perkembangan Islam bermula di Mekah dan Madinah sebaik sahaja Nabi
Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul atau Pesuruh yang kemudian dikenal
dengan nama Rasulullah atau Pesuruh Allah, maka baginda terus menjalankan
seruan Islam dengan memperkenalkan ajarannya kepada masyarakat Arab
melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah S.W.T. Langkah yang pertama yang
mendapat tumpuan Nabi Muhammad S.A.W ialah membaiki akidah mereka yang
menjadi asas kepada perkara-perkara yang lain. Perkara ini perlu diutamakan
sebelum

pembentukan

masyarakat
2

Islam

yang

sempurna

secara

kesuluruhannya. Menurut Haji Dusuki Haji Ahmad melalui bukunya, Ikhtisar


Perkembangan Islam menyatakan al-Quran diturunkan di Mekah dengan tujuan
utama ke arah pembentukan akidah dan seterusnya diturunkan di Madinah yang
menekankan aspek personal dan masyarakat dari semua aspek seperti soal-soal
ibadah, ekonomi, politik, sosial, jihad, kekeluargaan dan sebagainya. Tamadun
Islam yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W lebih terserlah berlakunya selepas
baginda S.A.W berhijrah ke Madinah dan membina negara di sana. Pembinaan
Tamadun Islam pada zaman baginda S.A.W bermula sejak 13 tahun sebelumnya
di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Dilihat dalam susur galur sejarah islam,
selepas berlakunya sepuluh tahun baginda memerintah negara Islam Madinah,
Tamadun Islam sudah dapat ditegakkan di dua buah kota besar Semenanjung
Tanah Arab iaitu melalui pembinaan kota

Madinah al-Munawwarah dan kota

Mekah al-Mukarramah.
Peringkat permulaan ajaran islam melalui 3 tahap iaitu melalui secara
sulit, peringkat secara terus terang kepada kaum keluarga dan peringkat secara
berterus terang kepada orang ramai. Melalui 13 tahun melalui proses tarbiah di
Mekah, penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W pada peringkat ini
bersifat penyediaan untuk menghadapi golongan jahiliah. Kejayaan baginda dan
para sahabat dalam menempuh pelbagai ujian di samping penyediaan batu asas
yang kukuh di Madinah sebelum hijrah, merupakan strategi yang paling menarik
dalam agenda pembinaan tamadun. Antara persediaan yang dilakukan oleh
baginda ialah:
i.

Pembinaan ketahanan spiritual melalui penekanan akidah atau


kepercayaan

yang

teguh

kepada

Allah

S.W.T dan

kerasulan

Muhammad S.A.W serta keyakinan kepada alam ghaib, syurga dan


ii.

neraka melalui penerapan Rukun Iman dan Rukun Islam.


Pembinaan Ketahanan Mental dengan cara memaksa umat Islam
sentiasa berfikir dan berikhtiar mencari jalan melepasi segala
rintangan dan dugaan yang diterima serta memilih strategi dakwah
terbaik

di

tengah-tengah

gelombang

masyarakat

jahiliyyah

iii.

menentang Islam.
Pembinaan ketahanan emosi melalui latihan agar sentiasa tabah

iv.

dan sabar dalam mengharungi ujian Allah.


Pembinaan latihan fizikal menerusi latihan secara praktikal melalui
penganiyaan musyrikin Mekah. Mereka terpaksa menahan lapar

akibat pemulauan, terpaksa menahan sakit pedih kerana disebat,


dilecur dengan api dan pelbagai penyeksaan lagi.
Seterusnya

menerusi

hijrah

Nabi

Muhammad

S.A.W

ke

Madinah

merupakan langkah drastik ke arah era pelaksanaan syariat secara menyeluruh


apabila semua masyarakat Madinah bersedia menyerahkan kota tersebut di
bawah pentadbiran baginda S.A.W. Antara strategi yang telah ditekankan oleh
Rasulullah S.A.W

dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Aspek-aspek

tersebut seperti:
i.

Aspek politik. Nabi Muhammad S.A.W telah menubuhkan negara


Islam melalui penyatuan golongan Aus, Khazraj dan Yahudi yang
telah

berperang

beratus

tahun

merebut kekuasaan.

Baginda

diterima sebagai pemimpin masyarakat Madinah dan seterusnya


melancarkan Piagam Madinah (Constitution of Madinah) yang terdiri
daripada 47 fasal. Seterusnya baginda telah mewujudkan sistem
kehakiman dan menyusun sistem pentadbiran berpusat di Madinah.
Kerajaan Islam ini dibahagikan kepada enam wilayah dan setiap
wilayah terdiri dari seorang gabenor yang bertanggungjawab
ii.

kepada pentadbiran pusat.


Aspek Ekonomi. Baginda telah melaksanakan sistem zakat,
ghanimah,

kharaj,

fai

dan

mendirikan

pasar

di

Madinah.

Perniagaan, pertanian, penternakan dan perdagangan antarabangsa


juga turut berlangsung pada zaman baginda. (Nik Kamaliah Nik
iii.

Abdullah, 1994).
Aspek Sosial. Rasulullah S.A.W membina masjid sebagai tempat
solat sekaligus berfungsi sebagai markaz, madrasah dan parlimen.
Ia juga berperanan sebagai pusat penyebaran dakwah sama ada
dalam bentuk wahyu dan juga tempat menerima tetamu daripada
dalam

dan

luar

negeri.

Rasulullah

S.A.W

juga

berjaya

mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar sehingga mereka


sanggup

berkorban

demi

kepentingan

saudara

mereka.

(Nik

Kamaliah Nik Abdullah, 1994).

2.2 Zaman Khulafa al-Rasyidin


Setelah wafatnya baginda S.A.W, empat orang sahabat iaitu Abu Bakar alSiddiq, Umar ibn al-Khattab, Uthman ibn Affan dan Ali bin Abi Talib R.A telah
4

diamanahkan untuk meneruskan sistem pemerintahan Daulah Islamiah yang


berpusat di Mekah dan Madinah yang dikenali sebagai Khulafa al-Rasyidin.
Perkataan Khulafa atau Khalifah pada asalnya bererti pengganti kemudian ia
digunakan kepada jawtan ketua umum dalam pentadbiran urusan dunia dan hal
ehwal agama selepas Rasulullah. Kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi
kuasanya adalah sama seperti Rasulullah.
Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar telah membawa banyak
pembaharuan dalam ketamadunan islam selepas zaman Rasulullah S.A.W.
Sumbangan yang paling dominan ialah pengukuhan akidah dalam memerangi
golongan yang murtad dan membentuk pasukan tentera yang khusus untuk
menjaga keamanan dan kemakmuran di kedua-dua negara Islam di Mekah dan
Madinah. Usaha pembentukan tentera yang dikenali sebagai Usamah ini
bermatlamatkan

untuk

menghancurkan

gerakan

orang

murtad

selepas

kewafatan Rasulullah. Selain itu, Abu Bakar juga mengumpulkan al-Quran


sebagai langkah untuk memelihara mushaf al-Quran daripada hilang atau
dimusnah serta banyak hafiz yang meninggal dunia.
Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pula telah menjadikan sistem politik
negara islam tersebut lebih tersusun dan sistematik. Malah, penyebaran Islam
telah berkembang dan meluas ke negeri-negeri Syam, Mesir dan Parsi. Beliau
membahagikan kawasan pentadbirannya kepada lapan daerah iaitu Mekah,
Madinah, Syria, al-Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin. Tiaptiap kawasan ditadbir oleh seorang pesuruhjaya yang dikenali dengan nama wali
dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai seperti Setiausaha Ketua Tentera,
Pemungut Cukai, Pegawai Polis, Pegawai Perbendaharaan dan Hakim (kadi).
Manakala di Zaman Khalifah Osman bin Affan menunjukkan senario politik
Islam tidak menentu. Beliau juga yang merupakan penulis wahyu Rasulullah
S.A.W dan dikenali gelaran Zu-nurain ini dilantik oleh Abdul Rahman bin Auf bagi
menggantikan Saidina Abu Bakar. Beberapa perubahan dalam sistem politik
Islam dibawah pemerintahan 12 tahun Saidina Osman. Antaranya ialah Marwan
bin al-Hakam yang merupakan setiusaha Osman bin Affan

melakukan

perubahan perlantikan gabenor yang dilantik oleh Khalifah Umar telah dipecat
dan diganti daripada keturunan Bani Umayyah iaitu kaum keluarganya sendiri.
Tindakan Marwan ini menyebabkan berlakunya kekacauan dalam sistem politik
yang diterajui oleh Osman yang dikatakan lemah dalam pentadbirannya kerana
sudah mencapai usia 80 tahun. Osman bin Affan dibunuh kerana fitnah yang
5

dikatakan beliau telah menulis surat untuk mengarahkan Abdullah bin Saad,
Gabenor Mesir untuk membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongannya
apabila mereka sampai di Mesir.
Dibawah

pemerintahan

Khalifah

Ali

bin

Abi

Talib

juga

bertindak

memberhentikan semua gabenor yang dilantik oleh Saidina Osman. Tindakannya


menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat yang bersimpati
atas kematian Saidina Osman. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa tindakan
Khalifah Ali ini dan kelemahan-kelemahannya dalam pentadbiran merupakan
faktor

secara

langsung

kejatuhan

kerajaan

Khulafa

ar-Rasyidin.

Walau

bagaimanapun, kelahiran parti dalam sistem politik islam ini merupakan perintis
kepada pembaharuan politik islam moden. Antara parti politik yang dilahirkan
diasaskan ialah Parti Syiah yang pro Khalifah Ali, parti Ahli Sunnah yang pro
Muawiyah dan parti Khawarij yang anti kepada kedua-dua parti tersebut.
Di zaman pemerintahan empat orang khalifah ini, Tamadun Islam
dikatakan dapat dikembangkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan
melampaui Empayar Rom dan Parsi. Kota-kota Islam telah dapat diwujudkan
antaranya ialah Damascus di Syria, Basrah, Kufah dan Fustat di Mesir dan
Jerusalem di Palestin.

2.3 Zaman Daulah Bani Umaiyah


Pada zaman Daulah Bani Umaiyah, Tamadun Islam telah sampai ke Asia,
Afrika dan Eropah. Kota Byzantine yang terletak di sempadan Damsyik menjadi
tumpuan. Selanjutnya Islam berkembang di bumi India melalui pimpinan
Muhammad al-Qasim yang berjaya menawan Sind pada abad ke 8 Masihi. Di
sekitar abad ke 13 Masihi pula, Islam telah sampai ke Asia Tengah apabila
tentera Islam dapat membuka Bukhara, Samarqand, Khawarizmi, dan Farghanah.
Seterusnya membuka jalan ke China melalui Qutaybah bin Muslim yang berjaya
menguasai Singkiang dan kemudiannay mara ke Kansu. Daulah Bani Umaiyah
dikatakan dapat menjalankan hubungan Maharaja Hsuan pada tahun 713 Masihi.
Manakala di sebelah Afrika Utara dan Maghribi pula, Tamadun Islam telah
berjaya ditegakkan di sana melalui Hassan bin Numan al-Ghassani yang
kemudiannya dilantik sebagai gabenor di situ. Tempat beliau kemudiannya
diganti oleh Musa bin Nusayr yang menjadi Amir Qayrawan. Sementara itu, di
Andalusia, Sepanyol telah berjaya dibuka oleh panglima perang Tariq bin Ziyad.
6

Beliau telah berjaya membuka beberapa buah kota besar seperti Carmona,
Seville dan Toledo. Maka, beberapa buah masjid, institusi-institusi pendidikan dan
juga istana turut dibina.
2.4 Zaman Kerajaan Daulah Abbasiyah
Pada zaman Daulah Abbasiyah, telah wujud pertelingkahan dan perebutan
takhta yang membawa muncul beberapa buah kerajaan kecil di wilayah-wilayah
Arab, Parsi, Turki, Kurdi dan lain-lain. Parsi sebagai contoh, telah muncul kerajaan
Tahiriyah yang berpusat di Khurasan, Kerajaan Saffariyah di Fars, Kerajaan
Samaniyah di Trensoxania, Kerajaan Sajidiyah di Arzerbaijan, Kerajaan Ziariah di
Jurjun dan Kerajaan Buwayh di Iraq dan semua kerajaan ini dikatakan wujud
sekitar abad ke 9 Masihi hingga abad ke 12 Masihi.

3.0

Kesan Perkembangan Sejarah dan Ketamadunan Islam di

Timur Tengah Terhadap Kepelbagaian Aspek Perkembangan


Islam di Malaysia
Terdapat beberapa faktor yang boleh dilihat sebagai penyumbang kepada
kepesatan perkembangan Islam di Malaysia sejak dari awal Kesultanan Melayu
Melaka atau sebelumnya lagi. Antaranya ialah:
i.
ii.

Hubungan dagang kerajaan Awal Melayu dengan negara Arab


Hubungan diplomatik dengan wilayah-wilayah Islam dan

iii.

pemerintahannya
Hubungan ilmu secara dua hala dengan negara arab terutamanya

iv.
v.
vi.

Mesir dan Hijaz


Perluasan wilayah oleh Kerajaan Islam Melayu Melaka
Islam itu mudah difahami
Peranan ulama dalam pemerintahan

pusat

3.1Pengaruh Dalam Akidah dan Kepercayaan


Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mempengaruhi banyak aspek
sebagaimana yang dinyatakan; bahawa ia "mencetuskan suatu zaman baru".
Pengaruh yang dibawa oleh Islam

merupakan suatu

kesan menyeluruh

berasaskan paradigma tauhid. Pengaruh tersebut bukan hanya melibatkan

pertukaran watak luaran tetapi terkesan daripada falsafah dan pemikiran Islam
yang

tulen.

Ledakan

tauhid

ini

telah

mencetuskan

zaman

baru

dan

meninggalkan zaman kehidupan pengaruh Buddha dengan alam khayalannya


iaitu penyembahan berhalanya dan dengan kepentingan kepada keseniannya.
Tauhid itu juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak yang
bernilai tasawwuf, juga mencetus perubahan-perubahan lain seperti dalam
bidang sosial, politik, perundangan, keilmuan, kesusasteraan atau persuratan
dan sebagainya.
Pandangan serta falsafah pemikiran masyarakat Alam Melayu juga turut
berubah setelah mereka menerima ajaran Islam. Sebagai contoh, Islam
menyuruh umatnya supaya berusaha bersungguh - sungguh mencari rezeki yang
halal agar disenangi dan dihormati oleh semua orang. Jika gagal sekalipun, Islam
menyuruh umatnya agar tabah dan sabar serta menghargai nyawa yang
diberikan oleh Allah S.W.T. dan redha dengan ketentuanNya, bukannya berputus
asa dan membunuh diri.
3.2Pengaruh Dalam Aspek Sosial
Berikutan dengan perkembangan Islam di awal kerajaan Melayu, ciri - ciri
sosial Islam juga telah bertapak secara beransur-ansur yang akhirnya berjaya
mengambil tempat ciri-ciri sosial Hindu yang menguasai masyarakat ketika itu.
Antara ciri-ciri sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan
persaudaraan Islam antara semua anggota masyarakatnya, sehingga tergugat
kedudukan sistem kasta dan perhambaan serta perbezaan taraf di kalangan
mereka. Dengan terhapusnya sistem kasta yang dipengaruhi oleh budaya dan
tamadun Hindu itu, Islam telah menggantikannya dengan memperkenalkan
sistem atau konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam, malah berjaya
mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu
sama lain. Setelah kedatangan Islam ke rantau ini, konsep kasta dilihat tidak lagi
releven kerana Islam menegaskan bahawa manusia berasal dari Adam dan
Hawa. Kedudukan dan taraf manusia dinilai berdasarkan iman dan taqwa, bukan
pada pangkat dan darjat kebangsawanan seperti yang diamalkan oleh tamadun
Hindu melalui sistem kasta tersebut.
Bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum
dan peraturan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Ajaran agama Islam telah
mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik
kepada masyarakat. Contohnya dalam perhubungan antara anak-anak dengan
8

ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin dengan
rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan peraturan itu, akan terbentuklah nilai
akhlak yang mulia dan harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan
kumpulan masyarakatnya. Komunikasi antara kelompok manusia akan dapat
berjalan dengan sempurna, terjalin menerusi sifat hormat menghormati,
bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Selain daripada itu, institusi-institusi baru kemasyarakatan juga turut
muncul seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang memainkan
peranan utama dalam hubungan sosial harian. Tempat-tempat seperti ini bukan
sahaja berguna sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat pertemuan
sosial. Masjid umpamanya menjadi tempat menimba ilmu, dewan tempat
bermesyuarat dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah dan urusan,
sama

ada

dalam

perkara

agama

atau

bagi

menyelesaikan

hal-

halkemasyarakatan yang dihadapi.


3.3Pengaruh Dalam Politik dan Perundangan
Pengaruh yang peling jelas ialah apabila raja-raja Melayu menganut Islam
dan memakai gelaran seperti Sultan, Malik, Amir al-Muminin. Penggunaan
undang-undang syariah dengan munculnya Hukum Kanun Melaka, Undangundang Laut Melaka, Undang-undang Johor dan sebagainya.
Dalam susunan pentadbiran Melaka, kerajaannya diketuai oleh sultan dan
dibantu

oleh

Bendahara,

Penghulu

Bendahari,

Temenggong,

Shahbandar,

Perdana Menteri, Seri Bija Diraja, Laksamana dan lain-lain. (Hashim, 1977).
Temenggung bertugas membanteras kemungkaran, mengawal keamanan dan
kebajikan awam di dalam negeri. Manakala Syahbandar bertanggungjawab
terhadap kebajikan pedagang, anak yatim dan orang-orang yang teraniaya.
(Muhammad Taha, 1990).
Sistem

perundangan

bukan

lagi

terhad

kepada

aspek

munakahat

(kekeluargaan dan perkahwinan), tetapi juga mengjangkau persoalan jenayah


dan sivil. Hukum Kanun Melaka misalnya, hudud meliputi kesalahan melakukan
zina, qazaf, mencuri, merompak, murtad dan minum arak sepert yang
terkandung dalam fasal 40(2), 43(5), 36(1), 11(1), 42 dan 43. Tidak ketinggalan
juga kesalahan melakukan hubungan jenis sesame lelaki (liwat) dan hubungan
jenis dengan binatang seperti dalam fasal 43 (5).

Pada sekitar abad ke 20 hingga 21, pengaruh islam dalam politik Malaysia
menunjukkan kemajuan yang signifikan. Ini dapat dibuktikan melalui penyertaan
golongan ulama didalam kebangkitan kesedaran bangsa dari era dahulu. Sebagai
contoh, golongan ulama seperti syeikh syed al-Hadi dan sheikh Tahir Jalaluddin
adalah antara golongan

intelektual pertama yang mengagaskan peranan Islam

di dalam politik (Jamaie, 2005). Penubuhan parti politik kebangsaan seperti


UMNO juga pada dasarnya mendapat sokongan para ahli agama. Kerana ia
berfungsi sebagai medium politik bagi orang melayu yang rata-ratanya
beragama Islam.
Terdapat ramai intelektual politik Malaysia adalah berlatarbelakangkan
agama, seperti Dr Burhannudin Al-Hemy dan Profsessor Zulkifli Mohammad .
Para intelektual inilah yang memainkan peranan yang besar didalam pengisian
Islam didalam politik Tanah Melayu menjelang kemerdekaan (Jamaie, 2005).
Namun, diatas sikap tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah, para
ulama ini telah disenarai hitamkan berbanding para nasionalis yang mengambil
sikap bekerjasama dengan pihak penjajah. Terdapat ramai tokoh-tokoh agama
yang turut terlibat di dalam kepimpinan Tanah Melayu pasca kemerdekaan tahun
1957 seperti Ahmad Badawi yang merupakan ulama tempatan yang terkenal
didalam politik.
Apabila berlakunya pertembungan idea diantara golongan ulama dan para
ahli politik berpendidikan barat, ramai di kalangan ulama telah keluar dari parti
pemerintah

dan

menubuhkan

sebuah

parti

Islam

sebagai

wadah

memperjuangkan politik Islam (Kamarulnizam, 2003). Parti yang dimaksudkan


ialah Parti Islam Semalaysia (PAS). Perjuangan politik Islam di Malaysia telah
melalui pelbagai liku lantaran terpaksa bersaing dengan pelbagai pemikiran
politik barat seperti liberalisme yang didukung oleh UMNO dan sosialisme yang
didukung oleh Barisan sosialis. Namun, politik Islam mendapat sambutan yang
menggalakan di negeri-negeri yang berpenduduk majoriti Melayu. Ini kerana
terminologi Islam tidak dapat dipisahkan dari aspek budaya Melayu. Menurut
Syed Naquib (1972), Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan kerana terdapat
ikatan yang kuat diantara kedua-duanya dari segi budaya dan agama.
3.4Pengaruh Dalam Perlembagaan Malaysia
Kenyataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Agama bagi
Persekutuan. Contohnya Perkara 3 (1): Agama Islam adalah agama bagi
10

Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan


damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara tersebut bermaksud
agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama,
sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan dan Negara Malaysia supaya
mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama masingmasing. Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama
yang agung, tetapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang
kaum untuk mengamalkan agama masing-masing di negara ini.
Selain

daripada

penetapan

agama

Islam

sebagai

agama

rasmi

Persekutuan, terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang


telah menyatakan Yang di-Pertuan Agung merupakan Ketua Agama di Malaysia
dan kerajaan haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam
dan menubuhkan sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan
Agung mengenai perkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3
(5), Perlembagaan Persekutuan: Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,
Yang di-Pertuan Agung hendaklah menjadi Ketua Agama Islam dalam Wilayahwilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini
Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agung mengenai
perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.
Manakala pembinaan institusi agama Islam juga termaktub dalam
Perkara 12 (2), dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa :
Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuh dan menyenggara institusiinstitusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama itu sendiri, dan tidaklah
boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab

agama dalam mana-mana

undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran


mana-mana undang-undang itu, tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau
sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam
dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Dengan peruntukan yang terkandung dalam Perkara 3 dan Perkara 12
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya
agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Dengan itu, Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menyelenggara dan
menubuhkan institusi Islam seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
11

(JAKIM) dan pembinaan surau-surau atau masjid-masjid di seluruh negara untuk


kemudahan rakyat melaksanakan aktiviti keagamaan.
3.5Pengaruh Dalam Pendidikan Dan Ilmu Pengetahuan
Kesedaran Tentang Ilmu Pengetahuan Kedatangan Islam ke nusantara
terutamanya Malaysia telah banyak memberi kesedaran dalam aspek pendidikan
dan ilmu pengetahuan masyarakat Melayu. Islam telah melahirkan semangat
keilmuan di kalangan penduduknya untuk mencari dan mempelajari ilmu
pengetahuan. Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas bahawa; "Islam
membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan
istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat
jelata". Faktor asasi yang merupakan punca kesedaran atau punca revolusi
kebudayaan ini ialah penjelasan rasional mengenai konsep perihal wujud yang
dibawa

untuk

pertama

kalinya

oleh

Islam.

Pandangan

sarjana

tersebut

menunjukkan kesedaran yang dicetuskan oleh Islam meliputi juga bidang


keilmuan. Hal berkenaan juga menggambarkan pola kesedaran dalam aspekaspek yang bersifat keilmuan ini yang melibatkan golongan atasan dan istana
malahan juga golongan bawahan dan rakyat jelata.
Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan
pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari
institusi pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagaina
serta ia berasaskan bidang pengajian Islam seperti fiqah, tafsir, sejarah Islam,
tauhid dan akhlak. Manakala pendidikan tidak formal pula adalah pengajaran
yang berlaku secara langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim
tersebut seperti cara berfikir, amal, kecergasan muslim dalam bidang ekonomi
dan sebagainya.
Terdapat

empat pencapaian dalam bidang pendidikan agama Islam di

Malaysia seperti:
i.

Wujudnya naskhah-naskhah Melayu yang dicetak dalam tulisan


Arab dan jawi yang merangkumi ilmu politik, falak, kemasyarakatan

ii.

dan sebagainya.
Kewujudan institusi
kerajaan

Malaysia

pendidikan
membina

agama

pusat

Islam

latihan

melalui

inisiatif

dakwah,

Institut

Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan untuk kelas-kelas


fardhu ain dan sebagainya.

12

iii.

Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam sejak awal

iv.

Kesultanan Melayu Melaka.


Kemunculan golongan intelektual nusantara seperti Nuruddin alRaniri, Sheikh Daud al-Fatani, Tok Kenali dan sebagai.

3.6Pengaruh Dalam Ekonomi dan Sosio-budaya


Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu juga terkesan dalam aspek
ekonomi. Suatu ketika dahulu Melaka pernah muncul sebagai sebuah pusat
perdagangan utama di rantau ini. Peraturan islam jelas muncul dalam undangundangnya. Terdapat undang-undang yang mengetengahkan peruntukan yang
mengharamkan perniagaan benda-benda haram seperti anjing, babi, arak, tuak
dan sebagainya. Turut dinyatakan peraturan sah jual beli, akad dan lain-lain.
Undang-undang tersebut juga turut menggariskan tentang pengharaman riba,
hokum orang muflis, sulh (perjanjian), ikrar, amanat, pinjam-meminjam, syarikat
(perkongisan dan pelbagai lagi. (Muhammad Taha, 1990).
Selain daripada itu penggunaan wang syiling juga diperkenalkan di Melaka
seperti penggunaan pada zaman Sultan Muzaffar Syah. Syiling tersebut ditulis
perkataan berunsur Arab iaitu Muzaffar Shah al-Sultan dipermukaannya dan
Nasir al-Dunya wa al-Din bermaksud penolong dunia dan agama islam.
Penerima masyarakat Melayu terhadapa sistem ekonomi Islam juga dapat
dilihat dari segi peranan yang dimainkan oleh Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan utama dari segi impot

dan eksport suatu ketika dahulu.

Pelabuhannya menjadi pusat persinggahan para pedagang dari seluruh pelusuk


dunia. Ini secara tidak langsung menjadikan Melaka berkembang pesat sehingga
wujud gudang-gudang yang besar dan rumah tumpangan untuk kemudahan para
pedagang dan pendatang khususnya dari semenanjung Tanah Arab. Selain itu,
sejak tahun 1963 sudah wujud pengenalan kepada sistem ekonomi islam yang
lebih moden dan sistematik yang dipanggil sistem perbankan Islam. Perbadanan
Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) telah ditubuhkan untuk dijadikan
institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan
ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung
dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji
(kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji). Manakala, Bank Islam pertama
telah ditubuhkan pada tahun 1983. Perbankan Islam adalah aktiviti perbankan
yang

dijalankan

berlandaskan

prinsip

13

Syariah

iaitu

tidak

membenarkan

pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan perkongsian untung di


dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam.
Penghayatan masyarakat Melayu berkait rapat dengan penghayatan
terhadap nilai-nilai murni Islam oleh anggota masyarakat. Walaupun masyarakat
dalam negara yang berbilang bangsa dan boleh diterima oleh etnik dan agama
lain. Contohnya, Adat menyambut kelahiran bayi dengan zan, membelah mulut,
hari ketujuh iaitu mencukur jambul, marhaban dan selawat. Begitu juga majlis
perkahwinan dengan majlis khatam al-Quran, gotong royong ketika majlis
kenduri. Majlis tahlil dan pengebumian jenazah cara islam juga menggambarkan
pengaruh Islam secara tidak langsung.

4.0

Kesimpulan

Islam merupakan satu agama yang terbaik dan ajarannya diikuti oleh semua
umat Islam sedunia. Syariat Islam bermula dengan penciptaan Nabi Adam A.S
dan berubah mengikut peredaran zaman kenabian yang terdahulu sehinggalah
Nabi Muhammad S.A.W yang dikatakan dalam al-Quran sebagai nabi yang
terakhir kepada seluruh umat manusia. Dari turunnya wahyu yang pertama
melalui

malaikat

Jibril

dengan

perkataan

Bacalah,

ia

menggambarkan

peradabannya yang tersendiri dalam bentuk masyarakat Islam yang universal


dan sesuai mengikut zaman. Perkembangannya semakin meluas dari Barat
hinggalah ke Timur dan ke Asia. Kedatangan Islam ke dalam dunia masyarakat
Melayu dapat menyemarakkan lagi semangat dalam memperjuangkan Islam.
14

Pengaruh Islam dalam pentadbiran masyarakat Melayu sememangnya tidak


dapat dipisahkan dari kaca mata seorang pemimpin. Ini akan merealisasikan
sebuah negara yang berbentuk islamik dalam masyarakat Melayu.
Pengaruh Islam amat kuat dalam pentadbiran masyarakat Melayu dan
kepulauannya.

Ia

merangkumi

kesusasteraan,

kesenian,

dalam

pendidikan

aspek-aspek

dalam

seperti

penghayatannya,

ekonomi,

dan

sistem

perundangan. Gabungan kesemua ini akan mewujudkan satu negara Islam yang
bertaraf dunia dan sebagai langkah permulaan untuk menjejaki dunia tanpa
sempadan.
Sekiranya sesebuah negara Islam itu sedang membangun, ia sering
mendapat perhatian dunia. Ini tidak lain kerana pembangunan ekonomi dan
kestabilan politiknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Justeru, ditambah pula dengan keharumannya sebagai contoh dalam memajukan
Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya yang beragama Islam tanpa
menyekat kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain dan tanpa
menindas mana-mana kaum di negara itu. Dalam erti kata lain, rakyat di negara
itu akan diacu mengikut acuan Islam dan nilai-nilai murni sejagat serta
pembangunan yang akan ditempa nanti tidak akan terpisah dari dasar-dasar
yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

5.0

Bibliograf

Buku Ilmiah
Asar Abdul Karim. (2008). Kecemerlangan Tamadun Islam Masa Kini. Kuantan:
Universiti Malaysia Pahang.
Haji Dusuki Haji Ahmad. (1980). Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
15

Khairul Azhar Idris. (2014). Karya Agung Tamadun Islam dan Peradaban Melayu.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad & Nik Kamaliah Nik Abdullah. (2009). Kenalilah
Tamadun. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara.
Saifullah Mohd Sawi & Samsu Adabi Mamat. (2009). Sejarah dan Tamadun Islam
di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publication.

Jurnal
Ali Mohammad. (2000). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan. Sejarah
dan Pemikiran Islam, 68.
Mashitah Sulaiman. (2013). Islam Dana Transformasi Sosial Masyarakat Melayu
Malaysia : Suatu Kajian Eksploratori . International Conference of Social
Sciences Research, 68.

Akbar
A. Aziz Deraman. (18 Nov 2009). Ke Arah Mengangkat Tamadun Islam Dunia.
Kuala Lumpur: Akhbar Sinar Harian.
Datuk Dusuki Ahmad. (10 June 2009). Budaya Keusahawanan Bangunkan
Ekonomi Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Akhbar Berita Harian.

Laman Sesawang
Nurul Aisyah Yap Abdullah. (28 September 2011). adminscience.blogspot.com.
Diambil dari pautan Pengaruh Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia:
http://adminscience.blogspot.com/2011/09/pengaruh-islam-dalampembinaan-tamadun.html#!/tcmbck
Perbankan Islam . (10 Julai 2010). Pengenalan perbankan Islam. Diambil dari
pautan Spidm.wordpress.com: https://spidm.wordpress.com/pengenalan/

16

LAMPIRA
N

17

Anda mungkin juga menyukai