Kenapa Istighfar
Kerana Istighfar adalah suatu bentuk Taubat, iaitu perlakuan memohon keampunan kepada
Allah Rabbul 'Alamin, Tuhan Sekelian Alam. Kerap dalam Al-Qur'an diseru kita manusia
untuk kembali (memohon ampun) kepada Allah. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa
antara intipati Al-Qur'an itu adalah seruan untuk memohon keaampunan dan kembali kepada
Allah. Sememangnya kita PASTI akan kembali kepada Allah untuk perhitungan atas
perlakuan kita di dunia ini..
Beruntunglah orang yang dapat menagis kerana takutkan azab Allah.
Hikmah Istighfar
Sebaik-baiknya kita hendaklah benar-benar memahami maksud Istighfar itu terlebih dahulu.
Suatu kalimah yang diajarkan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Qur'an sendiri perihal memohon
ampun - lihat tajuk Dalil Istighfar di bawah. Kemudian barulah kita beramal dengannya
secara alunan zikir Istighfar di setiap masa, walau apa pon yang kita sedang buat. Tidakkah
kita suka andai kita mampu melihat gugurnya dosa-dosa dari diri kita tiap saat..?
1.
2.
diampunkan - Syurga.
Surah Ali Imran ayat 135
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya
diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa
mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." [Al
Quran 3 : 135]
Surah Ali Imran ayat 136
Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di
dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah
sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. [Al Quran 3 : 136]
3.
Dan banyak lagi kelebihan andai kita mampu melazimi berIstighfar secara tetap, seperti
mampu untuk menghilangkan sifat gelisah dan mententeramkan hati, jiwa. Juga tidak akan
terkena penyakit nyanyuk, menjauhkan syaitan dan kemungkaran.
Istighfar adalah suatu perkara BESAR, janji Allah menolong sesiapa sahaja hingga suatu
kaum atau suatu daerah itu terselamat dari bencana, hanya kerana adanya golongan yang
beristighfar.
Golongan ini adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa memohon ampun kepada Allah
(disetiap ketika), dengan asbab Istighfar mereka maka bencana yang 'sepatutnya diturunkan'
(akibat perbuatan kemungkaran manusia lain) maka semua yang berada bersama di daerah itu
terselamat (tetapi sangat sedikit mereka yang mengetahuinya). Wallahu'alam..