Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA PROGRAM BUDIMAN

(RADIO SEKOLAH)
JAWATANKUASA MBMMBI & MBA
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG, SELANGOR.
1.0

PENDAHULUAN
Sejajar dengan kepentingan perlaksananaan dan keberhasilan yang
diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa
Inggeris dan Memperkasa Bahasa Arab MBMMBI & MBA yang dipertanggungjawab
oleh pihak sekolah melalui Jawatankuasa MBMMBI & MBA maka suatu program
induk dirangka agar dapat memanafaatkan kredibiliti yang ada semaksima
mungkin. Hal ini juga berkait rapat dengan keberkesanan penggunaan media dalam
pembelajaran yang membantu penguasaan bahasa yang berterusan. Penyediaan
persekitaran dan iklim sekolah yang berkesan ditambah dengan aktiviti yang lebih
bersifat ringkas dan santai akan lebih menggalakkan proses pembelajaran yang
bersifat global dan glokal. Program Budiman (Radio Sekolah) dilaksanakan bagi
membolehkan proses pembelajaran sentiasa berjalan sepanjang sesi persekolahan
di samping menyediakan persekitaran berbahasa yang menarik dan
berkepelbagaian. Selain itu, radio sekolah juga digunakan sebagai medium dalam
menyempurnakan Program Sekolah Penyayang yang diwara-warakan oleh pihak KPM
baru-baru ini.

2.0 RASIONAL
Untuk mendorong kepada penyediaan persekitaran berbahasa yang lebih
meluas dan lebih terancang pihak sekolah pada awalnya telah bersetuju untuk
melancarkan program khas melalui pengkhususan Hari Bahasa sepanjang lima hari
persekolahan iaitu dengan menetapkan hari Isnin dan Khamis sebagai hari Bahasa
Melayu, hari Selasa dan Jumaat sebagai Hari Bahasa Inggeris dan hari Rabu sebagai
Hari Bahasa Arab.
Sejajar dengan peranan bahasa dalam penyampaian maklumat yang paling
berkesan maka program ini dilancarkan; seterusnya menjadikan penggunaan
bahasa yang baik sebagai pemangkin bahasa merentasi kurikulum sekolah. Dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menekankan kepentingan
berbahasa secara betul dan berkualiti seterusnya melahirkan individu yang
berkemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa tanpa mengetepikan martabat
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pemantapan persediaan persekitaran
ini amat perlu ada program yang membantu merealisasikan kebitaraan bahasa yang
lebih menyeluruh dan terbuka.
Maka atas inisiatif menyediakan keadaan, suasana sekolah yang tenang dan
selesa untuk berkomunikasi yang baik dan penguasaan berbahasa, sama ada
berbahasa Malaysia, berbahasa Inggeris mahupun berbahasa Arab, maka program
BUDIMAN ini dirangka dan dirancang untuk membantu menyediakan konteks
berbahasa yang lebih tersusun dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Sekaligus
program MBMMBI & MBA ini memberikan kebolehyakinan menguasai semua bahasa

pertuturan di sekolah ini dengan kebiasaan yang akhirnya membolehkan semua


warga sekolah selesa dalam suasana hari berbahasa yang ada.
3.0 TEMA
Tema MBMMBI & MBA :
BAHASA MELAYU DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS DIKENDONG, BAHASA ARAB
DIGALAS
Tema Program BUDIMAN :
BIASA BICARA BITARA BAHASA
4.0 MATLAMAT
4.1
4.2

4.3
4.4
4.5

Menjadikan warga SAMER agar dapat berbahasa yang berekreasi dan gramatis
sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menarik minat para pelajar.
Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran seperti membaca,
menulis, bertutur, kemahiran tatabahasa, kemahiran meneroka dan mencari
maklumat dengan penyediaan program bantu yang berkesan dan tekal serta
berterusan.
Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan dan dapat berkomunikasi dalam
pelbagai situasi dan konteks
Menanamkan kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di samping tidak menolak
kepentingan Bahasa Inggeris dan keutamaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran
secara terancang.
Menyediakan persekitaran biasa dalam bicara dan akhirnya memupuk kebitaraan
bahasa yang lebih baik dan molek.

5.0 OBJEKTIF
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5

Meningkatkan minat pelajar dalam Pembelajaran dan Pembelajaran semua bahasa


yang indah dan menarik dengan pendekatan yang lebih terbuka dan santai.
Mendidik warga Sekolah Agama Menengah Rawang yang sentiasa siaga dalam
berbicara lisan yang membolehkan kebitaraan dalam penguasaan berbahasa yang
baik.
Membentuk kebiasaan dan kelaziman penggunaan berbahasa yang menyakinkan
dan lebih menguasai keterbilangan ilmu dan komunikasi yang lebih tepat dan
betul.
Menekankan asas-asas kemahiran sosial atau kemahiran berbahasa dengan
menggunakan konsep Biasakan yang betul, betulkan yang biasa
Menerapkan dasar-dasar KPM seperti Sekolah Penyayang, Pencegahan Jenayah dan
Anti Dadah, dan seumpamanya dengan lebih meluas dan berkesan.

6.0 TARIKH
Sepanjang sesi persekolahan mulai April, 2013; dan tahun-tahun seterusnya.
7.0 TEMPAT
Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor

8.0 NAMA PROJEK : PROJEK BUDIMAN


8.1 Projek ini mula diilhamkan di sekolah pada 19 Mac, 2012 dan beberapa langkah
telah diambil dalam proses pembinaannya. Diharapkan projek akan dapat terus
dilaksanakan pada tahun 2013 dan pada tahun-tahun berikutnya.
8.2

Program ini dicadang dilaksanakan mulai jam 7.05 pagi hingga 7.15 pagi setiap
hari Selasa, Rabu dan Khamis dan pada jam 2.15 petang hingga 2.30 petang setiap
hari kecuali hari Jumaat pada jam 12.45 hingga 1.00 petang.

8.3

Waktu siaran akan pada waktu rehat sesi 1 (10.25 pagi hingga 10.45 pagi) dan
waktu rehat sesi 2 (10.50 pagi hingga 11.15 pagi). Radio Sekolah hanya akan
berkumandang ke kawasan kantin dan dewan serta kawasan persekitaran yang
bersesuaian dan sebarang informasi akan disampaikan untuk kawasan yang
berkenaan sahaja (Siaran juga akan merujuk kepada jadual Pembelajaran dan
Pengajaran di blok pusat sumber)

8.4

Waktu bersiaran juga akan dilanjutkan pada waktu-waktu khas seperti ketika
majlis-majlis diadakan dan juga pada hari Sabtu dan Ahad ketika pelajar asrama
tidak pulang ke rumah. Dimanafaatkan menerang info berkaitan secara teratur dan
terancang oleh juruhebah radio yang dilatih dan dibimbing.

8.5

Waktu bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad bergiliran akan dimulakan seawal jam
9.00 pagi dan selesai pada jam 7.00 petang. Siaran akan ditutup di kawasan blok A
dan B pada waktu persediaan belajar (prep) atau sekiranya ada kelas
kecemerlangan dilaksanakan. Siaran hanya akan berkumandang di kawasan kantin
dan asrama (jika bersesuaian).

8.6

Penyampaian siaran akan diaplikasikan mengikut bahasa yang digunakan mengikut


ketetapan minggu dan hari bahasa yang ditentukan seperti berikut:
a. Minggu bergilir seperti dijadualkan dalam takwim sekolah
b. Ketentuan Bahasa mengikut hari :
HARI
Isnin
Selasa

BAHASA
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

HARI
Jumaat
*Sabtu

Rabu

Bahasa Arab

*Ahad

Khamis Bahasa Melayu


8.7

*Khas

BAHASA
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
/Bahasa Arab
Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris/
Bahasa Arab
Bahasa Melayu

Secara Konseptual BUDIMAN merujuk kepada pentafsiran perkatan Budi dan


Iman; yang menjelaskan kepada generasi yang mempunyai budi yang luhur dan
mempunyai kemantapan iman yakni taqwa dalam diri yang mantap dan
mampan. Definisi BUDIMAN mengkombinasikan akronim merujuk penjelasan yang
tersirat seperti di bawah iaitu :
=

Bicara

U
D
I
M
A
N

=
=
=
=
=
=

Ungkapan
Dunia
Ilmiah (Ilmu Dunia dan Akhirat)
Media/Medium
Aspresiasi
NILAM

8.8

Takrif B.U.D.I.M.A.N secara menyeluruh

B Bicara
Perbuatan lisan yakni bercakap; atau bertutur; atau berkata yang bertujuan
menyatakan pendapat, buah fikiran, akal budi, dan bermesyuarat.
U Ungkapan
Susunan kata-kata yang digunakan dalam percakapan mahupun tulisan merangkumi
frasa atau rangkaikata yang tertentu susunan katanya. Lazimnya ungkapan adalah
susunan kata-kata indah termasuk peribahasa, kata-kata hikmah hukamah, katakata falsafah ; juga diberikan pengertian gabungan atau kelompok kata yang
khusus untuk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa
Ungkapan juga dapat ditafsir sebagai pernyataan sesuatu perasaan melalui
ekspresi wajah. Selain itu, ungkapan boleh dirujuk gabungan fungsi, pemalar,
pemboleh ubah dan seumpamanya dalam bidang Matematik. Ungkapan dengan erti
lain merupakan rumusan matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur
cara.
Namun dalam konteks radio, ungkapan yang ada akan disampaikan melalui lisan
sebagai suatu medium melestari maklumat.
D Dunia
Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan ruang menghadapi cabaran
bagi manusia sejagat.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah
berilmu. Sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu, dan sesiapa yang
hendak kedua-duanya hendaklah dia berilmu
IIlmiah
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang
duniawi dan ukhrawi.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud : Menuntut ilmu itu wajib ke atas orang-orang
mukmim.
MMedia/Medium
Media merujuk alat atau perantara komunikasi atau perhubungan. Medium
memberi erti bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi menghasilkan
sesuatu kesan. Dalam istilah Biologi pula, medium merujuk kepada bahan atau
persekitaran yang menjadi tempat tinggal (tumbuh) sesuatu organisma.
AAspresiasi

Aspresiasi merupakan suatu pengikhtirafan, penghargaan, meletakkan nilai dalam


membuktikan rasa perghargaan kepada sesuatu atau seseorang dan melestarikan
sebagai hasil sesuatu aspirasi yang diharapkan.
NNILAM
NILAM merupakan akronim Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini bermaksud amalan
membaca akan membuahkan hasil ilmu yang baik dan berkesan.
9.0 SASARAN PENDENGAR
Semasa dan Jangka Pendek
9.1
Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
9.2
Semua warga Sekolah Agama Menengah Rawang termasuk Guru, kakitangan,
pekerja syarikat pembersihan, dan pengusaha kantin
9.3
Tetamu yang hadir
9.4
Para ibu bapa dan individu yang hadir ke SAMER menziarahi anak-anak/urusan
rasmi.
9.5

Jangka masa panjang


Semua penduduk sekitar 10 km dari Sekolah Agama Menengah Rawang dengan
frekuensi tertentu. (Masih dalam perancangan dan penyelidikan)

10.0 KEWANGAN
Rujuk kepada Lampiran Budi 1.
11.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Sila Rujuk Lampiran Budi 2, Budi 3,Budi 4, Budi 5, dan Budi 6
12.0 PENUTUP
Konklusinya, program ini diharapkan dapat membentuk golongan sasaran
agar sentiasa mendengar, menginterprestasi, berbicara, mengucapkan ungkapan
dan mengekspresi diri menggunakan ungkapan berbahasa yang baik, molek dan
bertatasusila serta mempunyai kesantunan yang terpelihara. Hal ini diharapkan
dapat melahirkan modal insan dan golongan aset masa depan yang menghargai
konsep budiman yang asal iaitu berbudi, berakal, bijaksana dan menerapkan aspek
berbudi bahasa, berakal budi, berbudi pekerti, bersopan santun dan memberikan
jasa atau budi yang terunggul menjana generasi terbilang dalam diri masingmasing. Insyaallah.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
MELESTARIKAN KEBITARAAN BAHASA UNTUK KEGEMILANGAN SEKOLAH, BANGSA DAN
NEGARA
Disediakan oleh:
(NORHASIMAH BT. HASSAN)

Guru Kanan Matapelajaran Bahasa,


Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel.
Disemak oleh:
(NAZIRI BIN MAD ISA)
Penolong Kanan,
Sekolah Agama Menengah Rawang,Sel
Disahkan oleh:
(HJ. MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID)
Pengetua,
Sekolah Agama Menengah Rawang, Sel

LAMPIRAN BUDI 2

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM BUDIMAN (RADIO SEKOLAH)
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG,
BATU 16, JALAN IPOH, 48000 RAWANG SELANGOR.
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi I
Naib Pengerusi II
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Matematik)
Bendahari
Penolong Bendahari
Radio)
Ahli Jawatankuasa
Melayu)

: Tn. Hj. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid


: En. Naziri bin Mad Isa
: Pn. Hjh. Noraini bt. Jasman
: Pn. Harlina bt. Kabol
: Hjh. Norhasimah bt. Hassan
: Pn. Nurul Aduliena bt. Adam

(GKMP Bahasa)
(GKMP Sains dan

: Pn. Sarah bt. Johari


: Pn. Hjh. Normawati bt. Daud

(Dana Induk)
(Dana Kutipan Aktiviti

: Pn. Hjh. Nor Aishah bt. Ibrahim

(Pengetua)
(Penolong Kanan)

(Ketua Panitia Bahasa

: Pn. Rosnani bt. Roslan

(Ketua Panitia Bahasa

: Pn. Ruslina bt. Hamzah

(Ketua Panitia Bahasa

Inggeris)
Arab)
: En. Ilias bin Dollah

(Ketua Panitia Bah. Arab Al-

: En. Mohd Ridzuan bin Ismail


: Pn. Zawatilaqmal bt. Othman

(GKMP Kemanusiaan)
(GKMP Teknik

: Pn. Siti Hajar bt. Khalib


: En. Mohd Sofiuddin bin Daim

(GKMP Pendidikan Islam)


(GKMP Al-Azhar)

Azhar)

Vokasional)

Guru Pembimbing

: Pn. Shahariza bt. Teh

(Bahasa Inggeris)

:
:
:
:
:

Pn.
Pn.
Pn.
Pn.
Pn.

Mastura bt. Osman


Sazlina bt. Sadikon
Fazidah bt. Husin
Maryuni bt. Mohamed
Norlela bt. Mat Sarip
: Pn. Zuraihah bt.

(Bahasa Inggeris)
(Bahasa Inggeris)
(Bahasa Inggeris)
(Bahasa Melayu)
(Bahasa Melayu)
Othman

(Bahasa

Melayu/Kaunseling)
: En. Muhammad Azman bin M.Husin
: Pn. Hayati Zanirah bt. Idris
: Pn. Mustazilla bt. Mustakhim
Guru NILAM

: Pn. Dewi Fickry bt. Wahidin


: Pn. Haslina bt. Harun

Ahli Jawatankuasa
(Teknikal)

AJK Tambahan

(Bahasa Arab)
(Bahasa Arab)
(Bahasa Arab)

: En. Mohd Azrul bin Abd Aziz


: En. Mohd Haider bin Samsuddin
: En. Mohd Azwan bin Sarjidin
: Semua Ketua Panitia

Lampiran Budi 3

JAWATANKUASA PELAKSANA PELAJAR 2013/2014


PROGRAM BUDIMAN (RADIO SEKOLAH)
Pengerusi
Mahmud

: Nur Farhah bt.


(5 Al-Hanafi)

Naib Pengerusi
Tahir
(5 Al-Hanafi)
Setiausaha
Roslan

: Mohd Fakhrul Rodzi bin Md


: Abdul Qayyim bin

(4 Al-Maliki)

Penolong Setiausaha I
Hassan
(4 Al-Maliki)

: Ainul Nadhirah bt. Che

Penolong Setiausaha II
Raji
(4 Al-Maliki)

: Marahaini Nabila bt. Mohd

Bendahari
Bahari

: Nurliyana Shahira bt.


(5 Al-Hanafi)

Penolong Bendahari

: Mohd Muqrie bin Sofi

Ahli Jawatankuasa
Skrip dan suntingan Bahasa Melayu :
M.Zaini (5 As-Syafie)

1. Muhammad Aiman Syafiq bin

2. Norliza bt. Muhamad


Sugandi

(5 Al-Maliki)
3. Nur Atiqah bt.

Norselin

(5 Al-Hanafi)

Skrip dan suntingan Bahasa Inggeris :


Maheran
(5 Al-Hanafi)

1. Siti Hawa Naimah bt.


2. Muhammad Sidqi b. Muhammad

Naim (5 Al-Hanafi)
3. Nur Ain Farhana bt. Mohd
Adnan

(5 Al-Hanafi)

Skrip dan suntingan Bahasa Arab


Fadzil (5 Al-Hanafi)

1. Muhd Aqil Musthakim bin Mohd


2. Siti Nurul Afifah bt.

Fauzi

(5 Al-Maliki)
3. Nur Syarafana binti

Kamaruddin

(5 Al-Hanafi)

NILAM dan One Stop Read Centre : 1. Muhammad Farizuan bin Mohd Shukry (5
Al- Maliki)
2. Nur Farihah bt Mohd
Hariz

(5 Al-Hanafi)
3. Mohd Nur Hariz bin Mohd

Subki

(5 As-Syafie)

Teknikal, ICT dan Multimedia


Muin
(5 Al-Maliki)

: 1. Muhammad Fahmi bin Abdul


2. Muhammad Hilmi bin Mohd

Shafawi

(5 Al-Hanafi)
3. Ameera Adnin binti

Anuar

(5 As-Syafie)
4. Tiara Zulaikha bt Mohd

Subahir

(5 As-Syafie)
5. Nur Athirah bt.

Roslan

(5 Al-Maliki)
6. Nawal bt. Mohd

Sopian

(5 Al-Maliki)

SEGMEN KHAS (BAHASA-BAHASA LAIN)


BIL
NAMA
1.
Muhammad Ashek bin Muhammad Nazarulla

TINGKATAN
4 Al-Maliki

KEUTAMAAN SEGMEN
Bahasa Tamil, BA, BI, BM

2.

Nurul Natasya bt. Nazarulla

5 As-Syafie

Bahasa Tamil, BM, BA, BI

3.

Muhammad Adib Aiman bin Zahariman

4 Al-Hambali

Bahasa Spain, BI, BM, BA

4.

Muhammad Syamil Iqhwan bin Ridzuan

4 Al- Hambali

Bahasa Jepun, BM

5.

Yusuf bin Muhammad Fadhullah Ng

1 Al-Hambali

Bahasa China, BI, BM, BA

6.

Nur Shafiqah bt. Ramli

5 As-Syafie

Korea

7.

Nurul Husna bt. Mohd Nasir

2 Al-Hanafi

Korea, China, BM

Senarai Penyampai / juruhebah


automatik

: Semua Ahli Jawatankuasa Induk secara

Budiman@SAMER.

menjadi Penyampai Radio

Semua senarai penyampai/juruhebah radio yang disenaraikan di bawah ini


adalah pemohon-pemohon yang ingin menjadi ahli secara sukarela. Pihak
Radio Budiman @SAMER memberikan peluang kepada semua yang memohon
dan mereka akan dilatih untuk mengendalikan radio dengan sebaik mungkin.

MENENGAH ATAS
NAMA
Muhammad Fikri bin Mohd Arief

TINGKATAN
5 As-Syafie

KEUTAMAAN SEGMEN

01
02

Fitri Munawaroh binti Zailani Nasty

5 Al-Maliki

BA, BI, BM

03

Nurul Syuhadah binti Jasni

5 Al-Hambali

BA, BI, BM

04

Nur Syarafana binti Kamaruddin

5 Al-Hanafi

BA, BI, BM

05

Muhammad Sidqi bin Muhamad Naim

5 Al-Hanafi

BI, BA, BM

06

Muhammad Naqib bin Salleh

5 As-Syafie

BM, BI, BA

07

Amirul Aiman bin Amran

5 As- Syafie

BM, BI, BA

08

Muhammad Hafizzuddin bin Abdul Halim

5 As-Syafie

BI, BA, BM

09

Muhammad Shahrul Izwan bin Khairuddin

5 As-Syafie

BA, BM, BI

10

Nazirul Syakir bin Romlan

5 As-Syafie

BI, BM, BA

11

Muhammad Aiman Syafiq bin M.Zaini

5 As-Syafie

BA, BI

12

Nurliyana Shahira bt. Baharli

5 Al-Hanafi

BM, BA

13

Nur Hidayu binti Razali

5 Al-Hanafi

BM, BI

BIL

BM, BI, BA

14

Mazwin Qairunnisa bt Zaidi

5Al-Hambali

BI, BM

15

Najlah bt. Sopian

5Al-Hambali

BM, BI

16

Syafiq Ikmal bin Muhammad Nisran

5Al-Hambali

BM

17

Muhammad Ashek bin Mohamed Nazarullah

4 Al-Maliki

BA, BM, BI

18

Nursaidatul Husna bt. Shahrul Anuar

4 Al-Maliki

BI, BM, BA

19

Nur Raihanah bt. Md. Rosman

4 Al-Maliki

BM, BI, BA

20

Yusra Insyirah bt. Ibrahim

4 Al-Maliki

BI, BM,

21

Marahaini Nabilah bt. Mohd Raji

4 Al-Maliki

BA, BM

22

Nur Hidayah bt. Hassan

4 Al-Maliki

BA, BM, BI

23

Anis Adilla bt. Anuar

4 Al-Hambali

BM, BI, BA

24

Muhammad Syafiq bin Mat Zali

4 Al-Hambali

BI, BM, BA

25

Amy Nadhira bt. Ahmad

4 Al-Hambali

BA, BM

26

Ainul Nadhirah bt. Che Hassan

4 Al-Maliki

BM, BI, BA

27

Khairunnajihah bt. Zulkefli

4 Al-Maliki

BM, BI, BA

28

Ain Farhana bt. Jaafar

4 Al- Hanafi

BM, BI, BA

29

Nur Hanis bt. Md Isa

4 Al Hanafi

BM, BI, BA

30

Nurul Najwa bt. Muhammad Nasyir

4 Al- Maliki

BM,BI, BA

31

Farah Syafinaz

4 Al-Hanafi

BI, BM, BA

32

Widad bt. Md Zain

4 Al-Hanafi

BA, BM

33

Nur Qamarina bt. Badrul Hisham

4 Al-Hanafi

BM, BI, BA

34

Khairunnisa bt. Kamal

4 Al-Hanafi

BM

35

Muhammad Miqdad bin Amdan

5Al-Maliki

BA, BM

36

Muhammad Hazwan bin Hasbollah

5Al-Maliki

BM

37

Azwan B. Ismail

5Al-Maliki

BA

38

Aiman Hakim B. Suhaimi

5Al-Maliki

BI

39

Zikril Hakimi B. Kamaruddin

5Al-Hambali

BI, BM

TINGKATAN

KEUTAMAAN SEGMEN

MENENGAH RENDAH
BI
L

NAMA

01

Nurul Afiqah bt. Muzaili

2 As-Syafie

BM, BI, BA

02

Rasyidah bt. Nasiar

2 As-Syafie

BM, BI, BA

03

Rakinah bt. Abdul Rahman

3 Al-Hanafi

BM, BI, BA

04

Mohd Suhail

2 As-Syafie

BM, BI, BA

05

Afri Zikri Bin Shahrul

1 Al-Hambali

BM, BI, BA

06

Muhammad Haziq Aiman bin Mohd Jihadi

1 Al-Hambali

BA, BM, BI

07

Muhammad Irfan bin Badrul Munir

1 Al-Hambali

BM, BI, BA

08

Izzat Fahmi bin Ramli

1 Al-Hambali

BA, BM, BI

09

Nur Anis Thamaniah bt. Muhammad Sulaiman

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

10

Aina Maisarah bt. Zulkefli

1 Al-Hanafi

BA, BM, BI

11

Farhana bt. Ismail

1 Al-Hanafi

BA, BM, BI

12

Muhammad Naufal bin Lahami Salihin

1 Al-Hambali

BA, BM, BI

13

Muhammad Danish Farhan bin Mohd Faizal

1 Al-Hambali

BM, BI, BA

14

Muhamaad Nilyunyu

1 As-Syafie

BM, BI, BA

15

Nur Alya Khalisya bt. Amran

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

16

Nurul Najwa bt. Nizam

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

17

Nur Izzah Afiqah bt. Rosdin

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

18

Nur Najihah bt. Mohd Roslan

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

19

Nurul Nasuha bt. Mohd Riduan

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

20

Nurul Hidayah bt. Mohd Sayothi

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

21

Sofiatun Naqibah bt. Mohd Rizal

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

22

Nur Aqilah bt. Md Yassin

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

23

Nurul Rafiqah Najwa bt. Mohd Rasyid

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

24

Syuhailah bt. Sulaiman

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

25

Amiratul Balqis bt. Mohyee

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

26

Nur Nisaa Solehah bt. Muhd Hazawil

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

27

Ainna Afwawafa bt. Abdul Rahman

1 Al-Hanafi

BM, BI, BA

28

Nur Anis Sbarina bt. Azri Sham

1 Al-Maliki

BI, BM

29

Nurul Qasdina bt. Abdul Jaleel

1 Al-Maliki

BM

30

Nurin Aina Najihah bt. Ahmad

1 Al-Maliki

BM

31

Rasyidah bt. Mohammad Nasiar

2 As-Syafie

BA, BM

32

Haqilah Ainur Balqis bt. Hairul Anuar

2 As-Syafie

BA, BM

33

Nurul Najwa bt. Abd Rahman

2 As-Syafie

BM

34

Nurul Afiqah bt. Muzaili

2 As-Syafie

BM

35

Nur Syammi bt. Shahari

2 As-Syafie

BM

36

Nurul Izzati bt. Zakaria

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

37

Nur Nabilah Aisyah bt. Shahrul Anuar

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

38

Siti Fariha bt. Yahya

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

39

Amnan Hanani bt. Badruddin

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

40

Nur Murshidah bt. Mohd Adam

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

41

Nur Athirah bt. Mohd Azhar

2 Al Hanafi

BI

42

Nurul Aliah bt. Mohammad Akh

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

43

Nur Aqilah bt. Rohimi

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

44

Anis Syafinie bt Norul Yakin

2 Al Hanafi

BM, BI, BA

45

Noor Syazwani bt. Mohamad Yusri

2 Al-Maliki

BM, BI, BA

46

Ayu Nadhirah bt. Mohd Suhaime

2 Al-Maliki

BM, BI, BA

47

Nur Amierah bt. Khairulnizan

2 Al-Maliki

BM, BI, BA

48

Anis Shahira bt. Shamsuri

2 Al-Maliki

BI, BA

49

Sharifah Athirah bt. Syed Ismail

2 Al-Maliki

BI, BM

50

Nurul Hanis bt. Rohaizad

2 Al-Maliki

BI, BA

51

Siti Maisarah bt. Badri

2 Al-Maliki

BM

52

Ain Nadhirah bt. Nazli

2 Al-Maliki

BM, BI, BA

53

Nur Wahidah bt. Khalil

2 Al-Maliki

BM, BA

54

Wadhiah bt. Rosli

2 Al-Maliki

BM, BA

55

Afifah Raihanah bt. Rohimi

2 Al-Maliki

BM, BI, BA

56

Siti Aisyah Wafa bt. Muhammad Rusdi

2 Al-Maliki

BM, BI

57

Aina Afrina bt. Azmi

2 Al-Maliki

BM, BI

58

Nur Hanisah bt. Mohd Shuib

2 Al-Maliki

BA, BM

59

Nur Alissya bt Nazri

2 Al-Maliki

BM, BI

LAMPIRAN BUDI 4

KANDUNGAN DAN PENGISIAN RADIO BUDIMAN @ SAMER


1.

Bicara Ilmu

Mata pelajaran

Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia

Kriteria Ilmu ( Formula atau pencirian)

Bijak Belajar

Aktiviti Koakademik (Syarat-syarat dan Keperluan)

1.

Bicara informasi Terkini

2.

Bicara Hati dan Minda (Nukilan kreatif)

3.

Bicara MBMMBI dan MBA

Peribahasa

KOMSAS

Teknik Belajar

Deklamasi Puisi

4.

Bicara NILAM

Sinopsis Buku

Pertandingan/Kuiz merujuk bahan buku

Jelajah Kamus (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab)

Kekotak Minda Bestari

Jalinan ilmu

Bicara Buku

5.

Bicara Tokoh

6.

Bicara Ucapan dan lagu ( Budaya Penyayang)

7.

Bicara Personaliti Pilihan

8.

Bicara Tazkirah Hadis

9.

Bicara Qalam Allah

10. Bicara Istilah Hari Ini


11. Bicara Lelucon
12. Bicara Anda bijak dan fikirkan
13. Bicara Penyampai Jemputan
14. Bicara Iklan dan Penajaan
15. Bicara Motivasi
16. Bicara permintaan lagu dan ucapan
17. Bicara Ustaz/ustazah @ Pesanan Guru
18. Bicara Hebahan
19. Bicara Sayang ayahanda dan Bonda
20. Bicara Pelita hati
21. Bicara Cakna Bahasa (Bahasa Lain)

# Semua contoh segmen disertakan adalah menggunakan Bahasa


Malaysia untuk lebih mudah difahami.
SEGMEN 1 : BICARA ILMU
Objektif :
1. Menyampaikan maklumat dalam tiga bahasa berkaitan dengan semua bidang mata
pelajaran secara giliran dan menjadikan konsep ala bisa tegal biasa sebagai
fenomena mengingat sesuatu isi pelajaran secara pengulangan.
2. Memboleh audien/pendengar menguasai ilmu melalui pendengaran walaupun
sedang berada dalam situasi santai dan bersegera.
3. Membolehkan audien/pendengar mendapat pendedahan tentang ilmu di luar ruang
litup matapelajaran yang dipelajarinya. Contohnya: Murid-murid aliran sains akan
mengetahui istilah atau maklumat tentang matapelajaran Ekonomi Asas dan
Perdagangan. Murid-murid menengah rendah akan mengetahui tentang
matapelajaran menengah atas. Secara tidak langsung pendedahan ini
membolehkan murid di peringkat menengah rendah menentukan hala tuju mereka
lebih awal
Rasional :
Pendengar akan dapat mengenal pasti pelbagai maklumat di luar bidang
penguasaan mereka dan membuat pilihan atau keputusan terhadap keperluan atau
syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk masuk ke bidang yang mereka minati.
Pendengar juga boleh lebih mengingati fakta yang dipelajari apabila berlaku
pengulangan; seterusnya mereka akan maklum dan mahir dalam menguasai ilmu
pengetahuan.
Instrumen :
1.

Data atau maklumat dalam mata pelajaran yang perlu diingat atau ditekankan
seperti formula, penggunaan istilah dan seumpamanya.

2. Istilah dan ungkapan sesuai mengikut konteks dan kondisi.


3. Rangkaikata-rangkaikata menarik seperti peribahasa dalam pengucapan dan
bertulis
4. Maklumat tentang sesuatu fakta seperti sejarah, hasil kajian dan penyelidik,
kriteria pemarkahan dalam PBS dan ULBS, dan seumpamanya.
Kaedah :
1. Juruhebah akan membacakan instrumen mengikut giliran mata pelajaran.
Instrumen dan diperolehi dan disahkan dahulu oleh panita mata pelajaran oleh
wartawan atau pengumpul maklumat yang ditugaskan.

2. Segmen akan disampaikan dalam bentuk ringkas, padat dan difahami.

3. Untuk segmen ilmu pada hari Sabtu dan Ahad, juruhebah boleh menjemput tetamu
sama ada dalam kalangan guru-guru, atau tetamu sama ibu bapa atau mantan
pelajar untuk memberikan info dan maklumat dalam sesi BUAL BICARA ILMIAH.
a. Pihak ibu bapa yang ahli dalam bidang tertentu dengan bercerita tentang
pengetahuan atau pengalaman dalam bidang yang diceburi.
b. Pihak juruhebah boleh mengumpulkan soalan daripada kalangan pelajar pada
minggu sebelum bersiaran untuk diajukan dan dijawab oleh guru-guru yang mata
pelajarannya terpilih untuk bersiaran pada minggu itu.
c.

Mantan pelajar juga boleh diminta untuk memberikan pendapat dan pengalaman
dalam bidang yang dipilih. Contohnya, memberikan tips-tips menguasai mata
pelajaran dengan mudah, pendekatan yang lebih baik, dan seumpamanya.

4. Segmen ini boleh disampaikan dalam mana-mana satu daripada tiga bahasa; atau
ketiga-tiga bahasa berselang seli yang digunakan di SAM Rawang, terutama pada
segmen yang digunakan pada hari Sabtu dan Ahad.
5. Segmen ini akan diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian jika perlu.
Tujuan lagu-lagu ini dikumandangkan kemudian diulas sedikit oleh penyampai radio
adalah untuk mewujudkan suasana santai tetapi berinformasi.
6. Contoh-contoh pengisian adalah seperti berikut:
Contoh 1:
Penyampai

Buat warga SAMER yang dikasihi.


Hari ini kita akan membicarakan beberapa istilah yang digunakan dalam
bidang Teknik dan Vokasional iaitu istilah yang sinonim dengan mata
pelajaran Perdagangan, Ekonomi Asas dan Kemahiran Hidup Bersepadu
pilihan 4 (Perniagaan dan Keusahawan)
Istilah pertama ialah duti import.
Duti import ialah sejenis bayaran yang dikenakan kepada barangan yang
dibawa masuk ke dalam negara mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Syarikat pengeksport barangan ke dalam negara mesti menanggung
bayaran tersebut sebagai syarat kemasukan barangan atau produk mereka
di sesebuah negara yang terlibat. Hal ini bertujuan untuk mengawal
kelewahan produk luar masuk ke dalam pasaran di sesebuah negara itu.
Istilah kedua ialah liabiliti.
Liabiliti pula bermaksud tanggungan hutang yang dikenakan kepada
ahli atau lembaga pengarah sesebuah syarikat. Hal ini bergantung kepada
jenis sesuatu perniagaan itu. Jika perniagaan tunggal semua tanggungan

hutang terletak kepada pemilik tunggal tersebut. Dalam perniagaan


perkongsian pula, liabiliti akan ditanggung oleh individu yang berkongsi
mengikut syarat-syarat perjanjian perkongsian yang dipersetujui.
Penggunaan istilah duti import dan liabiliti sesuai digunakan dalam
penulisan karangan Bahasa Malaysia menggunakan laras Ekonomi. Contoh
soalan : Anda telah terpilih sebagai pembahas kedua dalam pertandingan
Bahas Sekolah-sekolah pada peringkat daerah dengan tajuk: Sesebuah
negara yang berjaya bergantung kuat kepada kestabilan ekonomi.
Bahaskan pernyataan ini.
Kami mengharapkan info kali ini dapat membantu anda dalam
menghasilkan karangan yang baik.
Contoh 2 : Bual Bicara bersama mantan pelajar SAMER
Penyampai

Hari ini kita telah menjemput salah seorang alumni sekolah kita, abang
Muhd Luqman Hakim bin Mohamad untuk sesi Bicara Ilmiah.
Beliau merupakan pelajar cemerlang dan pelajar terbaik SPM 2009
dengan pencapaian 11A dan merupakan satu-satunya pelajar yang
memperolehi keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun belakang ini.
Assalamualaikum abang Luqman.
Apa khabar?

Tetamu

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, abang sihat-sihat sahaja. Terima kasih abang ucapkan
kepada pihak radio Budiman @ SAMER kerana sudi menjemput abang
hari ini untuk segmen Bicara Ilmiah. Sememangnya abang amat teruja
apabila menerima surat jemputan untuk hadir ke rancangan ini dan
berkongsi dengan adik-adik tentang pengalaman abang.

Penyampai

Sama-sama. Kami memang amat menghargai kehadiran abang ke sini


hari ini. Kesudian abang merupakan satu rahmat buat kami.
Baiklah. Boleh abang perkenalkan diri abang dengan lebih terperinci.
Almaklum, banyak adik-adik kita dan warga pendengar kita hari ini
mungkin belum mengenali diri abang. Bak kata orang, tak kenal maka
tak cinta. Bukan begitu, abang Luqman?

Tetamu

Hmm
Abang setuju dengan pernyataan adik Muqrie.
Nama abang, macam yang Muqrie perkenalkan tadi. Muhd Luqman
Hakim bin Mohamad. Abang anak sulung daripada dua adik beradik.
Adik abang, Fatimah Az-Zahra juga mantan murid SAMER..
Abang sekarang ini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) dalam jurusan perubatan. Tahun ketiga sekarang ini. Namun
selepas SPM, abang terlebih dahulu melanjutkan pelajaran di Darul

Quran.
Alhamdullillah, abang amat bersyukur kerana terpilih belajar di SAMER
ini. Sejak daripada sekolah rendah, abang bercita-cita belajar di SAMER
ini.
Oh, lupa abang hendak beritahu. Abang sebenarnya tinggal di Taman
Mawar sahaja di bawah bukit ini. Ayah abang seorang pensyarah di
UIAM dan ibu abang, suri rumah tetapi mengusahakan pusat asuhan
kanak-kanak.
Macam Muqrie katakan tadi, tidak kenal maka tidak cinta.. begitu juga
dengan abang. Lima tahun di SAMER menjadikan abang sangat kasih
akan sekolah kita ini. Pada awal meninggalkan SAMER, abang akan
selalu balik untuk menjengah SAMER kita ini. Bak kata orang yang
kemaruk bercinta, tak nampak orangnya nampak bumbung rumah pun
jadilah.
Abang berbangga belajar di sini, yang sekaligus menjadikan abang ini
individu yang seimbang. Abang memang mengakui sahsiah dan peribadi
abang hari ini juga adalah hasil tangan guru-guru di sini. Dan jika ada
mantan guru yang pernah mengajar saya mendengar siaran kita hari ini..
terima kasih dengan segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada
saya. Tiada ungkapan yang dapat menjelaskannya. Terima kasih kerana
menjadikan saya insan berguna pada hari ini.
Penyampai

Saya yakin ada kalangan guru-guru kita ada pada hari ini, terutama pihak
warden kita. Walaupun saya tahu abang tidak menginap di asrama ketika
belajar dulu namun warden yang ada merupakan guru-guru kita yang
tidak jemu-jemu memberikan komitmen kepada sekolah
Abang Luqman,
Apa rahsia abang dalam menuntut ilmu sehingga mencapai
kecemerlangan yang terbilang di SAMER ini?

Tetamu

Bagi abang, Muqrie..sebenarnya mudah sahaja. SMART-3T.


Solat, Muhasabah, Amanah, Rehlah,Taqwa - Tekun/Tekal/Tawadduk
Kita ini sebagai umat Islam, sememangnya kita seharusnya menjaga
solat. Baik dan sempurna solat kita maka sempurnalah diri kita. Nasihat
abang adik-adik wajib menjaga solat dan sentiasa memperbaiki solat
tersebut.
Kedua,kita mesti muhasabah setiap apa yang kita lakukan. Jika ada
kekurangan dan kelemahan kita perbaiki. Setiap hari terutama sebelum
tidur.
Amanah, yakni amanah dengan apa yang kita terima sama ada
kepercayaan ibu bapa, tanggungjawab kita sebagai orang yang menuntut
ilmu, anak dan apa sahaja yang kita buat.. kita amanah. Hidup kita pasti
tenang.
Rehlah.. Diri dan hidup kita perlu kerehatan. Kita perlu seimbangkan
waktu rehat kita juga. Susun jadual. Waktu minda kita perlu berehat

maka kita berehatlah. Dan ilmu akan lebih cepat kita kuasa.
Taqwa. Bagi abang kita perlu buat semua hal yang menjadi ibadat itu
secara seimbang. Di dunia mahupun akhirat. Dan 3T Tekun, tekal dan
tawaduk pula pelengkap ketaqwaan itu.
Penyampai

Wah, abang ada perancangan untuk hidup abang sendiri. Bagaimana


abang dapat menguasai semua mata pelajaran dengan baik. 11 A pada
orang seperti bukanlah mudah untuk dicapai.

Tetamu

Abang percaya Muqrie juga boleh sebenarnya. Selain abang


menggunakan SMART-3T, abang juga set minda abang dalam
menghadapi kekangan belajar ini. Contoh, set di minda kita ini
Matematik itu mudah. Tak kiralah sama matematik moden mahupun
matematik tambahan. Maka dengan pemikiran itu membolehkan kita
sentiasa bersikap positif. Set juga dalam minda kita, jika orang lain boleh
kita juga tentu boleh. Jangan cepat mengalah.
Satu hal lagi sikap kita sendiri, jangan mudah berputus asa. Kena buat
latihan selalu. Jika guru berikan tugas atau kerja latihan dalam kelas.
Siapkan dahulu segera. Jadi dalam masa sama kita sudah menjimatkan
masa untuk lebih banyak mengulangkaji mata pelajaran. Persediaan awal
juga penting untuk membolehkan kita faham akan isi pelajaran kita.

Dan sesi bual bicara seterusnya dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.

SEGMEN 2 : BERITA INFORMASI TERKINI


Objektif :
1. Menyampaikan maklumat dalam tiga bahasa berkaitan tentang maklumat atau
informasi atau perkembangan terkini di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun
kebangsaan.
2. Murid dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dalam dan luar sekolah.
3. Memasyhurkan pencapaian warga SAMER dan berkongsi kegembiraan atas
penghargaan yang diperolehi agar menjadi dorongan kepada mereka yang lain.
Rasional :
Pendengar akan dapat mengetahui maklumat terkini yang berlaku di SAMER dengan
lebih cepat dan menyeluruh. Hal ini disebabkan terdapat warga SAMER yang tidak
mengetahui perkembangan terkini atau semasa yang berlaku dan medium ini
menjadikan penyebaran maklumat lebih meluas dan diketahui oleh mereka yang
tiada kelapangan mencari berita.
Instrumen :
1. Penyertaan dan status pencapaian penyertaan di peringkat sekolah, daerah, negeri
dan kebangsaan oleh warga SAMER

2. Perkembangan, peristiwa, kejadian yang berlaku di sekitar sekolah


3. Perkembangan luar yang berkaitan dengan senario di sekolah
4. Acara atau majlis yang sedang dirancang, sedang berlaku dan laporan peristiwa
berlaku berkaitan sekolah.
Kaedah :
1. Pengumpulan maklumat tentang peristiwa, perkembangan, aktiviti, majlis sekolah
sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN, KPM dan kebangsaan.
2. Meringkaskan berita kepada frasa atau format yang khusus. Membacakan dan
menyampaikan berita mengikut keutamaan informasi.
3. Memberikan ulasan ringkas sekiranya bersesuaian
4. Disampaikan ikut jadual ditetapkan. Contoh setiap satu jam Radio Budiman ke
udara, atau setiap jam 9.00 pagi; 12.00 tengah hari; 3.00 petang dan 5 petang
pada hari Sabtu dan Ahad bergiliran.
5. Boleh juga menyampaikan berita-berita penting semasa atau kecemasan. Contoh,
kehilangan individu atau kanak-kanak oleh ibu bapa yang melawat anak-anak; Atau
kehilangan wang atau barangan ketika waktu melawat dan seumpama.
6. Menwara-warakan peristiwa penting sekolah yang sedang berlaku sepanjang
minggu berlangsung.
7. Contoh segmen 2 seperti :
a. Bicara informasi terkini.
1. SAMER berjaya menjadi Johan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah
Menengah Daerah Gombak buat kali ke-5
2. Penyertaan peserta memanah dibatalkan pada Kejohanan Memanah peringkat
sekolah-sekolah Daerah Gombak.
3. Lima orang guru menerima Anugerah Prestasi Cemerlang 2012.
b. Bicara informasi penuh.
1. Pasukan Debat Bahasa Melayu SAMER memecahkan rekod menjadi johan pada
Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Daerah
Gombak buat kali keenam berturut-turut. Kejayaan ini disifatkan sebagai satu
kehebatan yang tidak dinafikan dan meletakkan pendebat SAMER sebagai lagenda
yang disegani dalam kalangan sekolah-sekolah daerah Gombak ini. Usul Malaysia
dapat menjadi pusat pendidikan dunia yang dicadangakan oleh SAMER sebagai
kerajaan diterima menewaskan SMK Bandar Baru Sg.Buloh dengan undian 6:1.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Debat Bahasa Malaysia SAMER atas kejayaan
tersebut.
2. Penyertaan dua daripada tujuh orang peserta SAMER dalam Kejohanan Memanah
sekolah-sekolah Daerah Gombak dibatalkan kerana tidak menepati syarat umur
yang dibenarkan. Pengurus yang juga selaku jurulatih pasukan, Ustaz Mohd Ridzuan
bin Ismail berkata, beliau menerima keputusan itu dan mengakui beliau tidak
menyedari syarat tersebut sehinggalah pada saat-saat akhir pendaftaran. Namun
begitu lima orang peserta lain telah menunjukkan prestasi yang baik dalam

pertandingan tersebut. Kekurangan mata kumpulan akibat pembatalan dua orang


peserta itu tidak melayakkan pasukan memanah SAMER ke peringkat yang lebih
baik. Ustaz Mohd Ridzuan berjanji perkara itu tidak akan berlaku pada masa-masa
akan datang dan percaya SAMER akan mendapat tempat pada pertandingan akan
datang.
3. Lima orang guru SAMER telah menerima Anugerah Prestasi Cemerlang tahun 2012
yang diumumkan pada 13 April, 2013 yang lalu. Guru-guru tersebut ialah:
1. Pn. Rosnani bt. Roslan
2. En. Yusri bin Ayob
3. Pn. Harlina bt. Kabol
4. En. Mohd Haider bin Samsuddin dan
5. En. Abdul Hidir Afnizal bin Abdul Latif
Tahniah diucapkan kepada kelima-lima penerima APC 2012. Dan semoga SAMER
akan terus cemerlang dengan kecemerlangan semua guru dan kakitangan sekolah
ini.

SEGMEN 3 : BICARA HATI DAN MINDA (NUKILAN RASA)


Objektif :
1. Menyampaikan bicara yang berkaitan pendapat, nukilan rasa, luahan hati dan
minda secara kreatif sama nukilan prosa atau puisi dalam tiga bahasa berkaitan.
2. Memberikan peluang mengembang idea secara bernas dan menggunakan medium
yang betul untuk menyampaikan pendapat dan mesej kepada orang lain.
Rasional :
Warga Sekolah rata-rata memiliki bakat yang tersendiri namun tidak dapat
dikembangkan dengan baik sama ada disebabkan kerana tidak tahu atau tiada
wahana yang dapat digunakan untuk menyerlahkan bakat mereka. Maka pihak
Radio Budiman memberikan peluang kepada mereka yang ingin menyerlahkan
bakat mereka dengan lebih sistematik untuk membentuk keyakinan mereka.
Instrumen :
1. Hasil karya dikumpulkan dan dipilih serta dibaca ketika segmen ini dijadualkan.
2. Pelbagai bentuk hasil karya kreatif seperti sajak, nukilan rasa, puisi tradisional,
cerpen dan seumpamanya. Namun bahan daripada karya novel tidak akan
diudarakan kerana kapasiti dan masa yang diperuntukkan terlalu panjang.
Kaedah :

1. Juruhebah akan membacakan dan mendeklamasikan instrumen mengikut


keputusan perbincangan jawatankuasa.
2. Segmen akan disampaikan mengikut kaedah penyampaian mengikut bentuk
penyampaian yang betul.
3. Untuk segmen ini persembahan atau penyampaian dalam beberapa bentuk sama
ada,
a. Rakaman bahan oleh para penyampai radio yang disediakan sebelum bahan
tersebut disiarkan. Untuk memberikan motivasi, nama pengkarya akan
dimaklumkan.
b. Pihak juruhebah menyampaikan bahan secara langsung dan diulas mengikut
pemahaman mereka.
c.

Para ibu bapa atau saudara-mara juga boleh menyumbangkan karya untuk
dikongsikan bersama para tetamu atau warga sekolah (pada hari Sabtu dan Ahad)

4. Segmen ini akan disampaikan dalam mana-mana satu daripada tiga bahasa; atau
ketiga-tiga bahasa berselang seli yang digunakan di SAM Rawang, mengikut jenis
bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dihantar.
5. Pendeklamasian akan disertakan iringan muzik instrumental bagi memberikan
kesan yang lebih baik.
6. Segmen ini akan diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian jika perlu.
Tujuan lagu-lagu ini dikumandangkan kemudian diulas sedikit oleh penyampai radio
adalah untuk mewujudkan suasana santai tetapi berinformasi.
7. Contoh-contoh pengisian adalah seperti berikut:
Bicara Hati Ini
Hati ini sering berkata.
Mengapa perlu ada kebimbangan
Mengapa perlu ada kecewa

Anda mungkin juga menyukai