Anda di halaman 1dari 110

Buku ini tiada terjual di Kinokuniya, MPH, Times atau mana-mana kedai buku

termasuklah di kedai buku Marwilis, Shah Alam.

Selepas ini ...

krisis identiti dan satu evolusi

Satu lagi terbitan


Unauthorised Studia Merah Production
Semua hak cipta terpelihara, dipegang oleh
Unauthorised Studia Merah Production
25 November 2005.
2005 Unauthorised Studia Merah Production
Dibenarkan penyalinan semula tetapi haruslah mengekalkan nama
pengarang sebagap pembuat esei
Reka susun oleh Unauthorised Studia Merah Production

Pengantar
BURUNG BANYAK BULU BERDANGDUT
Satu: Pika ni burung banyak bulu.
Jangan fikir yang bukan-bukan. Aku tak maksudkan burung yang itu. Walaupun, mungkin, burung dia yang itu pun
banyak bulu.
Orang putih kata birds of the same feather flock together. Pipit flock dengan pipit. Enggang flock dengan
enggang. Mana mungkin merpati flock dengan gagak. Empat tahun duduk serumah, Pika yang aku kenal (atau
Zulfikar Samsuri atau Sam Ahmad yang kau kenal) adalah burung yang, agaknya, memiliki banyak jenis bulu, kerana
dia flock dengan macam-macam jenis burung.
Sewaktu aku awal-awal kenal Pika, dia flock dengan jemaah tabligh, dan, pada masa yang sama, dia turut flock
dengan gerakan muzik bawah tanah (underground). Mengenal Pika, aku mengenal apa itu tabligh dan bayan dan
keluar tiga hari. Mengenal Pika, aku mengenal apa itu underground dan gig dan D-I-Y dan zine dan
idealisme anti-kapitalis. Bayangkan, burung yang berkurta dan berminyak atar, adalah burung yang sama
berkicau di atas pentas selaku vokalis Kqonsore (sebuah band punk).
Mengenal Pika juga, aku mengenal bacaan sosio-politik alternatif. Majalah Aliran. Harakah. Seruan Keadilan. Suara
PRM. Memo (dan tabloid-tabloid Ahmad Lutfi yang lain). Majalah Detik. Tamaddun. Wasilah. Eksklusif. Siasah.

Majalah Siasah, aku kira, signifikan dalam hidup Pika. Selepas Siasah, Pika flock dengan burung-burung Jalan
Telawi pula. Mengenal Pika, aku mengenal apa itu IKD dan UBU dan Komunite Seni Jalan Telawi. Banyak betul
bulu Pika ni.
Melihat senarai burung-burung yang Pika flock, tidak hairanlah, bila kau baca buku ini, himpunan catatan-catatan
(entries) weblog dia, dari tahun 2000 hingga 2004, ada catatan dakwah, muzik, ideologi, dan politik. Dan tidak
hairan juga, tulisan-tulisan dia, yang di luar weblog, tersiar dalam Tamaddun, Siasah, Akhbar Mahasiswa, Al-Islam,
dan ROTTW majalah dan tabloid yang berbeza-beza sifat kandungannya (ada yang sosio-politik, ada yang agama,
ada yang muzik).
Membaca catatan-catatan awal Pika buat aku terimbau masa silam. Nostalgik. Banyak sangat kenangan yang kami
kongsi bersama. Geng Kroni Cik Kiah (lapan kawan baik: aku, Pika,
Lan, Megat, Ikin, Owin, Sha, Malee). Rumah Abang Izu (yang kami
sewa). Buka puasa di Masjid Shah Alam. Cyber caf Campus
Solution. Menonton teater (Gedebe, Bulan Madu, Proses, Lebih
Kecoh, Vagina Monologue). Banyak.
Dua: Mari berdangdut.
Dalam catatan penutup Tumit Achilles (buku himpunan esei-esei
Khalid Jaafar), Khalid Jaafar menulis: saya memilih untuk tidak membacanya kembali [himpunan esei-esei itu].
Saya bimbang akan menyuntingnya. Menyuntingnya bermakna saya menyunting diri saya pada masa lalu. Saya
ingin berdepan dengan diri masa lalu saya dengan segala keaibannya, dari menyuntingnya
Pika, dalam membukukan himpunan catatan weblognya, aku kira, mengambil pendekatan yang serupa. Tidak ada
suntingan. Dari segi kandungan, ejaan, dan sebagainya.
Frasa satu evolusi dalam judul buku ini (Selepas Ini Krisis Identiti & Satu Evolusi), adalah sangat tepat.
Membaca himpunan catatan Pika ini, dan membaca tulisannya sekarang (di dalam dan di luar weblog) adalah
melihat evolusi isi kandungan, gaya tulisan dan corak pemikiran.
Dari segi isi kandungan: dia evolve dari catatan berbentuk diari peribadi (apa dia buat hari ini, ke mana dia pergi,
dan sebagainya) ke catatan berbentuk ulasan, komentar dan karya kreatif.
Dari segi gaya tulisan: dia evolve dari tulisan syok sendiri (yang banyak heheheh dan chehhh) ke tulisan mesra
pembaca. Dari catatan abai-tatabahasa, dengan ejaan Internet (dier, ader, citer) ke ejaan baku (dia, ada, cerita),
dan catatan tiga titik (catatan yang transmisi ayat ke ayatnya hanya menggunakan elipsis (), tiada koma dan
noktah) ke catatan berkoma bernoktah berperenggan berhuruf-kecil-huruf-besar.
(Orang kata, untuk mengenal produk kulit babi, kulit babi ada banyak tiga titik.
Nampaknya babi tidak keseorangan (keseekoran?). Selain kulit babi, weblog pun ada
juga yang banyak tiga titik. Haha!)
Dari segi corak pemikiran: dia evolve dari yang, err, boleh aku kata taksub
pegangan?, ke yang liberal dan terbuka. Dari bawah tanah ke atas tanah. Dari

terlalu idealis ke sedikit realis. Dari anti-kapitalis (dan cenderung ke arah sosialis) ke yang percaya tiada sistem
yang sempurna, masing-masing ada baik-buruknya. Dan, paling kontroversi, tulisan berkaitan agama, dari
pendapat ahlus sunnah wal jamaah sahaja, ke pendapat yang di luarnya juga.
Evolusi, dalam penulisan dan corak pemikiran seseorang, adalah perkara biasa.
Lihat saja penulisan dan corak pemikiran Dr Mahathir dalam Malay Dilemma (baca catatan
Pika bertarikh 7 Jun 2001). Siapa sangka itu Dr Mahathir yang kita kenal semasa menjadi
Perdana Menteri.
Dan siapa sangka. M Nasir. Yang kita dengar hari ini. Dalam Andalusia dan Kias Fansuri.
Dalam Phoenix Bangkit Dari Abu, Sahabat Gua, Masirah, Hijab Kekasih dan Raikan Cinta.
Yang penuh falsafah kehidupan dan cinta. Yang penuh sirah dan maksud tersirat. Yang kita
kagumi. Dahulunya bermula dengan lagu Mari Berdangdut.
Dangdut dangdut rentak iramaaa
Bagi yang mengenal Pika melalui tulisan-tulisan dia hari ini, yang lebih mesra pembaca dan lebih merangsang
intelek, baik di internet mahupun di majalah dan tabloid, anggaplah buku yang kau baca ini sebagai Mari
Berdangdut versi Zulfikar Samsuri. Selamat membaca.
Mat Jan
9 Disember 2005
Pulau Pinang

KIRANYA MASIH ADA


PELUANG BAGI DIRI INI
analog Satu - 10/10/00
ari ni aku bertapa sehari suntuk kat library.
baru kau tahu, exam dah nak dekat,
barulahhh ingat nak study. harap tak
terlambat la lagi...
tengahari tadi pegi jumpa Shad dengan
Christina Adzuleira..heheheh member aku
tu..dapat la aku lunch ngan Shad...antara
lecturer yang paling aku kagumi..dzue tanya
pasal soalan consti kelas dier...aku lak diam
ajer mulanya..segan gak dah tu pulak aku ni
gagap b.i sikit..hehehhe..tapi last tu aku
soal jugak la problem question aku yang
aishah bagi minggu sudah...dan
alhamdulillah..paham gak la aku walaupun
kebluran tu ader lagi sikit...aku ader gak
tanya dier pasal Suhakam , sebab dier one
of the ahli j/kuasa Suhakam, aper yang dier
komen pasal Suhakam..dier kata Suhakam

ni hanya mampu menegur dan


mempengaruhi society ajer tapi tak leh nak

ubah dasar yang dibuat kerajaan..dan


Suhakam jugak tak punya banyak ruang nak
bergerak....overall aku pueh hati gak
la..dapat duduk semeja dengan Prof Shad
lecturer consti yang pernah menjadi anggota
majlis yang menggubal perlembagaan
negara Maldive...hehehehheehe
hari ni harilahir Malee...salah sorang kawan
baik aku yang merangkap kroni...sekroni
dalam kroni Cikkiah...Happy Besday
Malee...semoga panjang umur murah
rezki...dan ingat-ingatlah mati sentiasa
sebab umur makin meninggi ---> mesej ni
ditujukan juga pada diri aku sendiri...
analog Dua - 11/10/00
hari ni macam semalam gak..dok dalam
library sehari suntuk..tak tahulah aper yang
aku buat.. nak kata study tak jugak..tapi
buleh la kot daripada tak buat apa-apa
langsungkan..dan akhirnya soalan consti
semalam yang jadi masalah besor kat aku
dah settle jugak..apa-apa hal aku
betul..kalau ikut kata Aishah lecturer consti
aku..Shad pun kata cam tu gak..so ok la..
tak banyak citer sangat ari ni..sebab..all day
long aku kat library..

heheheheh..apa tah...nak cakap...cam


semalam gak la aktiviti aku..lepak kat
library..
terpikir gak la aku tadi...masa nak gi
semayang Jumaat dari library aku tu ke
masjid tempat aku belajar ni...aku tukar
seluar aku..aku pakai kain nak gi masjid
tu..jadi terpaksa la aku lalu depan beberapa
orang dengan pakai kain..dari depan library
sampai la ke gerai depan tu..aku kena
usha..tak tahula aper yang aku silap..takkan
pakai kain tu satu yang salah...ade orang
yang tak pakai kain tak pakai seluar..cuma
pakai seluar kecik pun orang sekarang tak
anggap salah..ini kan aku yang pakai kain
ni...kemas lagi tu ..memenuhi tuntutan
sunnah aku pergi ke
masjid...alhamdulillah...tapi kena pandang
serong gak...tah la..tapi bagi aku ..selagi
benda tu tak salah dan tak dikutuk AlLah
aku akan buat jugak walaupun satu
masyarakat yang akan kutuk
aku...hehehehhe..masyarakat
sekarang..ok..and i'm part of it..
words for today: to reform society is to
reform ourself first...insyaAlLah...
analog Lima - 14/10/00

analog Tiga - 12/10/00


lagi tiga hari...final exam...arghhhhh aku tak
sedia lagi...mak!!!!!! menyesal tak sedia
awal...but what can i do..things
happened...happened..hehehhe..salah
sendiri kan...
hari ni lepak library Megat pun ikut serta gak
.. nak siapkan assignment die...juga Ikin,
Mat Jan, Owin, Malee dan rakan lain..
beli tiket bola kat Sha..die ader lubang nak
cari tiket senang sikit..steadylaaa
Perak..tunggu aku kat Stadium Shah Alam
ok..Perak 3 - N.9 1...heheeheh..aku akan
pegi ngan Megat..Lan..and
Pija..hehehehhe.Insya AlLah..
kata-kata untuk hari ni: Undang ciptaan
manusia adalah asas kepada suatu
penindasan zalim lagi kejam - satu kata
untuk penindasan:LAWAN!
analog Empat - 13/10/00

pagi tadi terkejut gak aku bila Sha tetiba jer


naik pegi bilik aku...nyaris la aku lengkap
berpakaian...mat jan, apin ngan lan masa tu
tengah tido...hehehe..dier ajak aku beli tiket
bola perak - N9...chehhhh aku ingat dier
dapat tolong aku belikan tiket tu..dier
terpaksa gak ajak aku sebab lima tiket untuk
sorang beli...dier ader namblas tiket nak
beli..so tak kisah la...tolong ajer..malas la
pulak aku nak berbaris..sure panjang
nyerr...anyway tak kisah laa..daripada tak
der langsung..kan...
maka pergilah aku ngan lan..menaiki kereta
azmil kawan sha...membeli tiket...dan
beratur jugalah kami sekalian menunggu
giliran masa untuk mendapatkan tiket...mula
tu aku berbaris la nak kan tiket rm10..baris
sikit punya panjang sikit punya lama..alihalih dah nak dekat sampai kat kaunter tu
tiket habis..so aku setelah bermesyuarat
ngan lan..maka bersetujulah kami untuk
membeli tiket yang berharga rm30
pulak..pinjam duit sha jap...sebab duit tak

cukup..heheheeh.aku dah bayar balik dah


hutang tu..aku akan pergi bersama Megat,
Lan, Pija dan apin...
pas tu terus gi library..study balik...heheheh
ngan Mat Jan, Malee and Megat...4.15
library tutup keluar makan ngan Malee ngan
Megat..
hari ni gak dalam sedar tak sedar aku..aku
dah menyinggung perasaan kawan baik
aku..tak yah la bagi tau sapa..aku tak tau
samada die terasa ke tak..tapi aku tahu
kata-kata aku tu memang pedih menusuk
sanubari...tapi itulah aku..kalau tak puas hati
ngan perangai kawan aku..aku mesti
tegor..tapi mungkin cara tegor aku tu
salah...so sorry la...aku akan cuba jaga
mulut aku..dan kawal emosi aku yang
terganggu akibat ketensionan dan tekanan
belajo disaat-saat akhir menghadapi
peperiksaan akhir ni..sorry la
kawan..ok..peace.
words for today: do unto others as you
would like them to do to you...
analog Enam - 15/10/00
pagi ni...awal-awal lagi aku dah gi
library..sebab malam ni nak tengok bola jadi
aku study lebih sikit pagi ni...
pukul 5.30 aku dah sampai kat
umah..bebudak tu dah mula marah sebab
aku lambat balik...sorry guys...banyak nak
cover for contract selasa ni...aku terlepas
aie tadi sebab kelambatan aku..sorry tu ayie
too..mat and lan..yang datang umah aku
dan aku tak der masa diorang datang tu...
pukul 6 kami semua pegi la ker
stadium..aku, kuteq, megat, apin, lan and
pija..kami semua naik teksi dari
kompleks...sampai kat sane terjumpa la
pulak pak chu and ayah chik...sembang
lebih kurang ngan pak chu; tanya pasal
ayah ngan mak...mintak tips untuk
exam...pas tu beli tiket untuk kuteq kat ayah
chik..diorang dapat tiket free dari pak cik
tan...pak cik tan tak dapat datang die kena
gi jepun hari ni..pukul 8..pasal apa
entah...pakchu ngan ayah chik duduk kat
VIP seat..cheh jelous aku...aku tak jumpa
aie pun kat stadium diorang dah masuk
awal...lepas makan and semayang..kami

semua pun masuk la ke dalam


stadium...supporter perak memang la
ramai..lebih ramai lagi dari supporter negri
...dan semagat kenegerian aku pun naik
balik..walaupun sebenornya aku tak suka
kan semagat kenegerian ni...tapi time bola ..
aku serender...aku still nak sokong perak
gak...hehehheheh...macam kerenah orang
aku dapat tengok ari tu...termasuk la usaha
beberapa individu mempromosikan parti
politik masing kat dalam stadium..cukupla
bawak bendera negeri..ni nak bawak
bendera parti pulak..baik parti kerajaan ..tak
pun parti pembakang...tak tau la aper tujuan
..diorang ni...tapi aper yang aku tahu..aper
yang aku puas hati lebih dari itu..Perak
menag jugak final kali ni..dengan gol yang
bagi aku memang sikitnyer
lawa...syabaz..khalid..syabaz..sara..syabaz..
ahmad shahrul..syabaz..azrul...syabaz
perak...
words for today:no retread no surrender....
analog Tujuh - 16/10/00
hahahah hari ni exam aku bermula ..
semoga doa dari rakan-rakan dapat tolong
aku..ari ni paper UIS - Aqidah Islam....boleh
skor nyerlah ..insyaAllah....malam tu jer
lepas abis exam UIS .. sambung study
kontrak lak..ngan Malee..esok la ..big
task..arghh.
analog Lapan - 17/10/00
hahahahaha..hari ni paper kontrak...ok
jugakla..jawab dah jawab..betul tak
..wallahhualam..harapnye lulus
la..hhehehehe
analog Sembilan - 18/10/00
hari ni all out study tort lakk...hehehehh
insyaAllah buleh kot...
hari ni hari lahir Syikin..selamat besday
syikin.. semoga panjang umor murah rezki..
analog Sepuluh - 19/10/00
ari ni aku ade test arabic...tak prepare ape
ke jadahnyer pun..tapi at least aku mampu
jugak la jawab..terlampau tumpukan sangat
nak study tort..tu la pasal..hehehe

analog Sebelas - 20/10/00


ari ni exam tort..pukul 8.30pagi..nyaris dapat
bangun awal lagi hari ni..kalaula
terlajak...hmmm tak tahulah...alhamdulillah.
buleh gak aku buat..tapi wallahualam..betul
ke tak..harapnyer betulla..insyAlLah..

tuhan dan serah ajer la pada dia..apa


keputusan pun aku akan terima...kalau
survive .. alhamdulillah..kalau tak mungkin
ade hikmah nyer...betul
tak..insyaAlLah...moga moga aku berjaya
gak..amin amin ya rabbal alamin..
analog 5belas - 26/10/00

analog Duabelas - 21/10/00


ari ni pagi aku lepak library sat..study lebih
kurang pas tu tak larat dah nak carry
on..dah nak pecah otak...ajak megat ngan
apin gi k.l..hehehhe aku nak shopping..
pegi kl ngan apin, matjan and megat lebih
kurang lepas asar..pukul 6.30 sampai kat
KL.. terus gi jalanTAR, ari ni ader pasar
malam..jumpa kakak apin kat sogo...pegi
Pertama, shopping kat Reject Shop...pas tu
beli seluar kat pasar malam jalan
TAR...honestly la aku nak cakap tak pernah
dalam hidup aku berbelanja camni..ya
AlLah...ampun kan lah dosa
aku....tunjukkanlah kebenaran...
aie sepupu mat jan datang umah...sembang
ngan dier..sampai pagi..dasat gak diernye
knowledge pasal muzik...amik muzik la
katakan..
words for today: biar pendam jangan
dendam.....
analog Tigabelas - 23/10/00
ari ni exam MLS..rase cam nak menjerit jer
jawab..carried mark ok..tu yang buat study
nak tak nak..tiba-tiba keluar soalan....yang
gini..ape citer..jawab jer la...arap-arap
betul....lulus..insyAlLah..

analog Empatbelas - 25/10/00


yea yea...merdeka!!!!!...aku dah abis exam
ari ni....yahooooooooo.....buleh la aku
berehat jap..kalau nak demam pun demam
la...tak yah dah nak gi library...tak yah dah
nak baca buku ...arghhh..sonokkk...hari ni
paper consti...buleh la kot ...setakat nak
goreng tu .. anytime..hehehehe..tapi tu
la..serah jer la .. semua paper aku dah
jawab dengan ape yang aku dah
belajar...dengan ape ilmu di dada...heheh so
skang ni ape yang boleh aku buat doa kat

ari ni ramai yang balik....lan balik ari


ni...megat pun balik ari ni..malee pun balik
ari ni..apin awal awal lagi dah balik...ari
selasa ari tu...tinggal la aku ngan mat jan kat
umah..tah ape nak buat tah..tapi kepada
mereka yang dah balik tu..balik elokelok...nanti kita jumpa lagi...doakan
kejayaan kita bersama ok..dan jangan lupa
aku..kalau ader aper aper hal ..
kontek..heheheh cam ner nak kontek
aku..mana aku ada telepon..telepon umah tu
pun tah bila nak sambung..tak per
la..apehal jangan lupa aku dah..ok...semua
ingat aku dalam doamu...
analog 6belas - 27/10/00
arghhhh....semua orang dah
balik...tensennn..tinggal aku ngan mat jan
jerr..hehehe...jadi dengan tetiba..aku pun
mengambillah keputusan untuk balik jugah
ari ni..hahahahah..selamat tinggal shah
alam buat sementara waktu...kita jumpa lagi
bulan depan...to mat jan..im so sorry
la..kena tinggal la ko
sesorang..heheheh..tak pe esok ko gi
serdang kan..ngan aie..ade gak projek kan..
masa dalam bas nak balik ari ni...aku terpikir
macam-macam..dapat ker aku survive sem
ni..dapat ker aku jumpa memember aku
balik..aku rasa lain sem ni berbanding ngan
sem lepas..aku terasa over confidence aku
lulus..masa kat matriks dulu rasa macam
ni..mesti rasa 50-50...dah tu pulak..tak
penah aku study macam sem
ni..arhh..takut...harap luluih la...insyaAlLah..
dah lama tak jumpa ayahanda dan
bonda..rindu anakanda memang la tak
terkata...dapat menjamah minuman dan
masakan bonda memberi satu kepuasan
kepada anakanda ini..hehehehhe
malam - nizam datang rumah sembang dua
tiga jam...dia dah tak kejer dah..katanya nak

kejer kat kl...insyaAlLah..tapi lagi elok kalau


dier belajo kan..
analog 7belas - 28/10/00
pagi aku keluar cucuk duit nak bayar duit
tepon..insyaAlLah sikit lagi tepon aku
sambung balik setelah sekian lama
terpotong...lepas ni kepada memember aku
sekalian tak susah dah le korang nak kontek
aku..ok..
petang keluar lagi niat nak cari epin..ari tu
dah buat salah ngan dier ...aku janji nak
jumpa dier tapi tak jumpa..tak per aku dah
explain dah...aku harap dier paham dan tak
makan hati..alah epin no halnyer
kan..hehehehaku tak buat lagi InsyaAlLah...
malam jumpa farah jap dah lama aku tak
jumpa dier...sembang lebih kurang..tak
abihngan khalid jamlus dier..nak muntah
pun ader rasenyer...chehh..siap dier buleh
amik aku nyer tiket ari tu..aku nak premkan
pun tak jadi..tak per..esok aku amik balik...
analog 8belas - 30/10/00
ari ni macam biasa aku tak buat apa-apa
pagi melainkan tido dan tido, makan dan
makan lagi..bila la nak naik badan aku jadi
macam abang aku..heheheh....petang aku gi
main bola..lawan ngan budak form 6
sekolah clifford sekolah lama aku yang aku
cintai.....tengah sedap main kena kacau
ngan oldtie mane tah..sebok jer..diorang dah
sewa padang..terpaksa la bagi diorang
main..heheh tak per aku tak kisah..tapi aku
dapat gak jumpa memember
lama..farid..singh..balraj..epin...sare..ayoi.aiz
ul..budak budak sekolah...heheheheh
pas tu lepak kat pantai timur...ngan
lie..meor...kameel..wan cicak(yang dah tak
cicak lagi)...wan pakdun...dan tah lerr..aku
tak ingat dah..
malam keluar ngan epin ngan aizul..pegi
kedai kghonder..pas tu aizul lepak umah aku
..sembang jap..
tah la .. overall aku rasa seronok ari
ni..bukan sebab ape..tapi..sebab dapat
jumpa memember lama...yea..itulah tujuan
cuti..

analog 9belas - 31/10/00


well hari ni like usual aku kalau pagi mesti
sangap gile punyer...tak tau ape nak
buat..jaga Iqbal..tolong mak sikit..pas tu tido
makan tido lagi...
petang keluar..ari ni ade projek ngan
memember lama...pegi AMS..update benda
ni jap...tunggu budak tu datang...yang ade
Lan ngan Lie kembo..pas tu ajak diorang gi
lepak kat Pantai Timor...lepak jap pas tu
epin ngan shaim...datang...lama dah tak
jumpa shaim...kami berborak dari pukul 6
sampai la pukoi 9 tak silap aku..masa lepak
datang la wan chichak..wan
pakdun..lipeh..sare..aizul..sembang pasal
apa??? kami sembang dan membincangkan
masalah negara..heheheheh..besar
masalahnya..
walaupun kami ni kalau orang nampak
sekali pandang memang tak der guna
apa..tapi ...meh sembang dulu..baru
tau...kami ni la golongan yang
kecewa..sedih..upset..dan bimbang dengan
sistem yang menjadi pegangan kita selama
ni akan runtuh akibat daripada kerakusan
dan ketamakan pelaksana sistem
itu...sudahlah sistem itu sendiri
sememangnya korup lagi
mengkorupkan...ditambah oleh pelaksana
yang korup..bukan lagi satu sistem yang
korup yang kita dapat..malahan satu sistem
yang tak boleh dipakai langsung..yang patut
kita buang..
Lie memang dasat .. aku tabik ko..dah la
luluih dengan bergaya megalahkan
abngnyo..cheh..lagi bangga kau..dier ni
memang banyak membaca dan tahu banyak
benda..makin lama aku tengok dier makin
bertambah intelektual gaya pemikiran dier
ni..dasat ko...ooops jangan lebeh puji...
aku lan+lie dan ramai lagi kawan kita di U
tu sepatutnya memberi penerangan kepada
rakan kita yang tak berkesempatan untuk
mendapat ilmu macam kita dapat..jadi aku
rasa dah jadi satu tanggung jawab untuk
menjelaskan pada rakan sekalian..tapi aku
risau jugak kalau ade yang anggap kami ni
macam bagus pulak nanti...tapi tak
per..orang buat jahat pun kena kata..orang
buat baik pun kena kata..jadi apa yang patut
kita buat..nak buat jahat ker..nak buat

baik...????? dua saat dari sekarang...dah


tentu la kita buat baik...kan..so aku akan
terus menerangkan kepada sesiapa yang
nak tahu...tentang apa yang aku tahu..dan
sekarang yang jelas dan nyata aku tahu
bahawa sistem kita sekarang ni jelas sudah
rosak busuk lagi
membusukkan..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
hhhhhhhhh..
malam ni aku lan+lie+sare+epin+aizul pegi
karaoke..hehehhe kat sungei siput..naik keta
sare..dah la kecik kena berhimpit lak tu kat
belakang argghhh...sama macam
terhimpitnya hati aku ni dengan apa yang
berlaku dalam negara sekarang..hendak
lawan tak terdaya..nak biarkan tak sanggup
...so terhimpit la aku dengan keadaan
sekarang...
cheh epin leh nyanyi lagu Newboyz lak dier
hari ni..aku akan hebohkan satu
kampung..pin.. heheh.dah tu plak .. dier
nyanyi lagu Nian di Hati..cheh suara kalau
macam siti satu jugak..tapi Aizulnyer suara
la tak leh lawan...buleh dier tarik lagu awie
dasat!!!..
esok lan+lie nak balik..lusa sare lak...tinggal
la aku dengan beberapa kerat lagi budak
kat sini...selamat berjaya korang semua..
words for today: nafikan 2/3 BN pada
pilihanraya akan datang!!!!
analog 2puluh - 1/11/00
teringat aku tadi tentang apa yang aku
sembangkan dengan memember aku kat
Pantai Timor....kami semua telah sepakat
bahawa apa yang kami hadapi sekarang
adalah pertentangan antara budaya
sezaman yang sayang untuk kami
tinggalkan dengan tuntutan AlLah yang
patut kami ikuti..semua setuju..semua
mengangguk dengan kenyataan itu... tapi
semuanya satu tidak sanggup untuk
meninggalkan budaya sezaman yang amat
indah dan nikmat untuk dinikmati...tambahtambah lagi kami semua ni..muda-muda
lagi....walaubagaimanapun kami semua juga
telah sepakat..bahawa kami setakat mana
mampu akan menentang segala ancaman
yang mengancam jiwa kami dan setakat
mana mampu juga kami akan cuba
mengikuti apa yang sepatutnya kami ikuti

sebagai hamba AlLah...memang orang akan


ketawa dengan kami semua jika orang lihat
kami...tapi...itulah hakikatnya diri kami
ini...insyaAlLah petunjuk dan hidayah AlLah
bersama orang yang inginkan kebenaran!!!!
malam tu aku janji ngan Farah nak
kuar...jadi lepas lepak kat Pantai Timor tu
aku ngan Shaim+Helmi+Wan Chichak kami
sembang jap kat tepi jalan sebelum nak ke
AMS...macam yang kami sembangkan..but
more to our interestla..of course Music..wan
dah balik ni..leh aku guna dier main drum
untuk Kqonsore balik...heheheh..mungkin
record balik bulan ni..kat Ipoh kot..bagi tep
kat wan soh dier study lagu...masa ngah
sembang tu Farah datang naik keta ngan
Nana..jadi terpaksa la aku tinggal kan
memember sebab dier..aku risau gak nanti
timbul lak gosip liar...chehhh...dan aku tak
nak lak nanti orang kata sebab kan
pompuan aku sanggup tinggal member...tak
benar tu..tapi kalau nak kira lama lagi masa
aku ngan bebudak tu kalau nak banding
masa aku ngan Farah...betul takk...
farah bawak aku gi food court kat
Lembah..dier belanja..baru dapat gaji kan...
words for today: do unto others as you
would like them to do to you!!!
analog 2puluhsatu - 2/11/00
macam projek budak-budak tu nak
buat..untuk cuti kali ni..tah laa..tapi yang aku
tau semua nyer dah menuju kesatu yang
positif dan mula sedar tentang hak dan
kepentingan saudara kita yang terabai...kat
mana dunia..ni..kat
Acheh..especiallynye..Free Tibet boleh
move kat Malaysia..apa salahnya buat Free
Acheh..kata Shaim...we'll see..
kami citer sampai malam..Nizam ngan
Pancut datang..lama aku tak jumpa
Pancut...Nizam pun macam malas jer nak
datang umah aku...baru ni jumpa..
Fakh bila balik tah???..semalam aku tepon
umah dier..adik dier cakap dier tak
baliklagi..bila aku tanya bila dier balik adik
dier cakap tak tahu..dier tak bagi tau..cheh
nak menetap kat Langkawi ker budak
tu...Free Langkawi kot...chehhhh

words for today: Free World for Free


Human.....

boleh timbulkan racial riot...ahhhhh tak


paham!!!!

analog 2puluh2 - 3/11/00

hari ni skuad bolasepak Perak..berkunjung


kat town aku ni..terlepas aku nak tengok
Malysia Cup..lalu depan umah aku
tadi..cheh..petang tu gi dengan Aizul ngan
Ayoi ke kualer..cadang nak tengok Perak
lwn Perak Hanjoong..tapi tak der..kami dah
silap jadual..esok baru diorang lawan...cheh
lagi sekali...

"only dead fish follow the flow of the


river...so if u alive dont follow the flow of the
river" --- bersama kita menetang arus
perdana
analog 2puluh3 - 4/11/00
pagi lagi Kak Yang dah kejutkan aku..die
suh aku ikut Abang Zul pegi Larian
Rakyat...nak tak nak aku kena ikut
jugak..memang kalau ikutkan aku tak nak
sangat pegi..tapi aku tak leh nak tolak gak ..
terpaksa temankan Abang Zul...takpe aku
tak kisah..aku ikut...aku pakai baju yang ade
tulis 'satu kata untuk penindasan lawan'..aku nak berdemonstrasi sensorang
kat padang tu..heheheh...lari mula pukul 8 ...
jumpa Lan abang Mat...sembang jap ngan
dier..lari sekali ngan dier..lepas tu die lari
tinggal kan aku..lepas satu kilo baru aku
lari..lepas lepak jap..lepas tu lari balik..dan
akhirnye aku dapat gak tamatkan larian aku
tu..alhamdulilLah...amik sijil pas tu blah.....
pada aku apa yang jadi pagi tadi tu semua
nya plan kerajaan nak menunjukkan pada
dunia bahawa pemerintahan mereka masih
lagi mendapat sambutan dari rakyat negara
ni...Larian Rakyat dan Berjalan Untuk
Negara ..duanya adalah demonstrasi
jalanan yang kerajaan
anjurkan..padahal..mereka ni cukup benci
kalau pembangkang atau pihak yang
antikan mereka ni menganjurkan
demonstrasi macam ni...ni la double
standard...kejam zalim nak mampus..kalau
pembangkang/reformist buat, mereka ni
dengan bantuan polis senang katuk kepala
orang sampai pecah..terajang dada orang
sampai retak tulang dada..sampai ade cop
tapak kasut kat belakang..sampai lebam
mata..ahhh banyak lagii...tapi kalau mereka
ni yang anjurkan macam Larian Rakyat dan
Berjalan Untuk Negara .. tak per lak....tak
yah tunggu tu..ari tu demonstrasi yang
mereka ni buat kan Putrajaya dan sampai
timbulkan kekecohan kat Dewan
Perhimpunan China tu di bagi kawalan lagi
oleh Polis...Polis support..jaga lagi..tapi
takkan la tak sedar kot..dua perhimpunan tu

analog 2puluh4 - 5/11/00


petang tadi aku gi Padang
Pebandaran..buat apa?? tengok Perak lwn
Perak Hanjoong...ramai gak la yang
datang...dekat 8 - 10 ribu orang jugak
la...tengah menang ni..ramai la
supporters..bila dah kalah..semua orang
kutuk..betul tak..nak masuk kena bayar
seringgit ..nak kutip bayar denda
Weigang..aku tak masuk tengok dari luar
jer..for sure yang datang bukan nak tengok
the whole team of Perak..nak tengok Khalid
Jamlus lah yang semestinya..dan sesiapa
yang datang sebabkan tu..pasti hampa
kecewa..sebab apa??? dia tak
datang...hehehehehh..tapi overall..Perak
memang main bagusla ..walaupun main
ngan pasukan yang bukan lawan..diorang
tetap sempoi...diorang menang 2 0....soalan yang paling famous masa aku
tengok bola tu - bila orang singgah tepi jalan
tu mesti tanya .. Khalid main ke tak..aku
rasa dia la orang yang paling famous kat
Perak tahun ni..chehhh..
malam epin datang umah aku ngan van kain
dier..saja singgah..esok gi Ipoh..die ajak
aku..pas tu pegi kompemkan ngan
Nizam..dan keputusan di buat...esok gi Ipoh
ngan Epin ..Nizam..Pancut..
analog 2puluh5 - 6/11/00
pagi lepak ngan Farah kat AMS...
pas tu gi Ipoh ngan Pancut, Nizam dan
Epin....tujuan utama..untuk bermain
bowling...hehehe..gian oiii aku nak
main..dah la lepas exam ari tu tak main ...ini
la peluang...cheeehhhhh..dah lama tak
bersukaria macam ni ngan memember....
analog 2puluh6 - 8/11/00

ari ni keluar ngan megat..makan minum skit


kat Lembah..pas tu lepak kat AMS ngan
Pantai Timur...
analog 2puluh7 - 8/11/00
dalam keadaan syarikat yang goyang..hati
die tetap baik jugak .. sanggup die belanja
aku ngan epin ngan pancut..tima kasih
Lan(AMS)....
analog 2puluh8 - 9/11/00
cheeehhhhhh...apa jenis punya anggota
keselamatan...orang jaga keselamatan
tapi...?????tolonglah..gunakanlah cara yang
betul..walaupun bukan sebagai seorang
yang beragama yang mesti patuh kepada
perintah agama..tapi sebagai seorang
manusia..sedarlah janganlah mengasari
orang lain..camner kalau kita atau keluarga
atau saudara atau sahabat kita kena macam
tu..sure kita mengamuk gila .. marah geram
kecewa..bukan???? so????
media pun jangan lah berat sebelah ..
tolonglah..bagitau the actual incident
happened...jangan nak penting periuk nasi
keuntungan diri aje..pikir la jugak orang
lain...
petang tadi masa aku makan kat Shah
Reena ngan Epin, Balraj and Dijun .. Ida
Nerina ngan Zahim al-Bakri datang lepak
meja belakang aku ... sebelum nak blah
..Balraj amik autograph dier then aku pun
turut serta gak ler berkenalan ngan dedua
orang tu.. dapat gak aku salam dengan Ida
Nerina.. cheh lembut lagi tangan aku dari
die..heehheheheh..anyway aku memang
admire giler dengan diorang tu...so jadi
laa...heheheheh
analog 2puluh9 - 13/11/00
hari ini seperti yang telah lama
dirancangkan .. InsyaAlLah aku akan
berangkat sebentar lagi ke S Alam bersama
Nizam dan Pancut...Epin masih gagal
dihubungi dan keputusannya semalam agak
sedikit mengecewakan aku...tapi tak
apa..aku harapkan sesuatu keputusan yang
di luar dugaan akan terjadi..Fakh juga setuju
untuk ke sana tapi juga minta diberi tempoh
selama satu hari untuk memberi

jawaban..dan mungkin dia akan ke sana


seorang esok atau lusa...
ha...nyaris epin berjaya juga ditemui..dia
baru jer datang kat AMS ni dan malam ni
kami semua akan pegi Ipoh bas akhir dari
kuala..dan kat Ipoh baru pk camner nak ke
KL lak...semua tiket ke KL dari kuale dah
abis...aku pun heran..bukannya..ade big
ocassion..pun sehari dua ni....
tadi baru aku baca yang Malaysia gagal
dalam menjadi tuan rumah Sukan Asia ..
tahun 2006..aku teringat minggu sudah
5/11/00.. masa tu ada dua jenis
perhimpunan dengan bermatlamatkan
tujuan yang lain masingnya..satu Larian
Rakyat(yang aku pun turut serta -- arghh
terpaksa) dan satu lagi Perhimpunan
100000 Rakyat..kita lihat keputusan yang
mana satu berjaya mencapai objektif
masing...Larian Rakyat yang mahu
mengumpulkan seberapa banyak rakyat
untuk menekan pihak yang berkenaan
dalam memutuskan siapa berhak jadi tuan
rumah sukan Asia 2006..mencapai jumlah
sebanyak hampir berjuta orang..tapi
berjayakah matlamatnya..tak!!! malaysia
gagal jadi tuan rumah Sukan Asia
2006...pas tu kita tengok lak Perhimpunan
100000 rakyat... perhimpunan itu gagal
untuk mengumpul seratus ribu orang -disebabkan tindakan 'bijak' polis dan 'baik
hati' mereka menangani perhimpunan
itu...jadinya rakyat disekat untuk
mengamalkan demokrasi di negara yang
sepatutnya demokrasi ini...tapi tengok
hasilnya..adakah berjaya matlamatnya...ya!!!
perhimpunan itu berjaya mengumpul rakyat
yang mahukan solid democracy dan
menentang kezaliman rejim mahathir dibumi
Malaysia ini...dan rejim Mahathir begitu
gelabah takut kecut dan muncullah wira
yang bacul ingin mempertahankan
kezaliman dan penindasan yang semakin
berleluasa...
kuteq kata dia balik kuale..tapi mana
dia?????
analog 3puluh - 14-16/11/00
tak de apa yang menarik aku kat s alam ari
tu..cuma aku seronok dapat merapatkan
silaturrahim dengan kekawan dan dapat
kenal hati budi kekawan dengan lebih lagi...

analog 3puluh4 - 28/11/00


sesampai aje kat sana aku disambut oleh
kuteq yang sedang tidor nyenyak..pas tu
depan pintu terpampang satu perlembagaan
bertulis baru yang dikeluarkan oleh abang
izu tuan rumah aku...cheh..buat potong aje
aku nak tinggal kat situ..dah tu plak sewa
naik...lagi sekali chehhhhhhhhhhh...
analog 3puluh1 - 21/11/00
wei..lama betul aku tak update
website..ni..balik jer dari s alam ari
tu..penyakit aku datang balik..aku tak keluar
umah ..samapai la hari ni....baru ok..tak pe
la..aku harap dapat gagah jugakla hadap
semua ni..insyaAlLah...

ari ni dah dua hari dah


ramadhan...alhamdulilLah semalam dapat
gak aku settlekan puasa aku...tapi hasilnya
walLahuaalam...tarawih pun dah dua kali
aku buat..cuma aku rasa ada sikit malu
dengan surau kat tempat aku tu..dah lama
tak jemaah kat situ alih-alih masa bulan
puasa baru nak jemaah sebab nak buat
tarawih...chehhh..teringat aku dulu masa
zaman muda aku ... selalu gak aku gi surau
jemaah..tapi dah makin lanjut umur ni makin
malas lak aku nak gi surau...tunggu time
puasa ngan raya jer la baru ingat nak
jenguk...mintak la aku tak buat gini dah
lepas ni..arap aku
berubah..insyaAlLah..amin..

analog 3puluh2 - 24/11/00


tak der apa..aku dah semakin pulih .. dah
nak ok dah pun..boleh la aku jengok site ni
balik cam biasa...
ari tu .. hari rabu..tak silap aku..aku tengok
citer..Pejuang Bangsa..aku bukan suka
sangat citer macam tu kalau ikut kan..tapi
aku tertengok jugakla..pilihan mainstream
rumah aku .. nak buat camner .. tapi aku
menarik ngan apa yang pak chik dalam citer
tu cakap..dia punya pendapat memang
jarang aku dengar lebih lagi dari orang
yang sebaya dia..dia kata..."kedatangan
Jepun lah yang membangkit orang di
Tanah Melayu, orang Jepun tak zalim..yang
zalim orang Taiwan, Manchuria dan Korea
yang bekerja sebagai askar bawahan
Jepun..orang Jepun banyak jadi orang
atasan...Jepun lah yang bagi semangat kat
orang di Tanah Melayu untuk bangkit
menentang penjajah..orang Putih yang ingin
mengusai hampir seluruh dunia..." itu la
antara apa yang dia kata..
result skit hari lagi dapatla..aku dah semakin
nervous ni..arghhhhh..tuhan tolonglah
hamba Mu....
analog 3puluh3 - 27/11/00
aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA
kepada seluruh umat Islam di serata
dunia...diharap kita dapat menunaikan jihad
kita ini yang paling utama...bersatu
menentang syaitan nirrajim..insyaAlLah..

result anytime keluar..aku dah nervous giler


tunggu ni..arghhhh
analog 3puluh5 - 30/11/00
alhamdulillah..setakat ni puasa aku ok
jer..gitu jugak ngan terawih...harap
diberkatilah segala ibadat aku dan semoga
aku dapat taufik dan hidayah dalam bulan
yang mulia ni..insyaAlLah...
alhamdulillah lagi sekali sebab 2/3 BN dapat
dinafikan kali ni kat Kedah..tahniah Saifudin
Nasution..mula nafikan 2/3 BN dari
sekarang..dan permulaan nya di negeri
Mahathir sendiri..kepada yang kalah jangan
susah hati .. cuba lagi dimasa akan datang...
keputusan exam dah keluar..tahniah Mat
Jan sebab dapat DL dengor khabo nye..dan
tahniah juga pada kawan yang
lain..berjumpa kita minggu depan...
WORDS FOR TODAY: power corrupts,
absolute power corrupts absolutely...
analog 3puluh6 - 2/12/00
so semuanya dah diketahui..keputusan
peperiksaan aku seperti juga keputusan
p/raya DUN Lunas sudah lama
diketahui..dan keputusannya sama seperti
kemenangan tipis Saifuddin...kalau
Saifuddin menang dengan bermajoritikan
500 lebih undi begitu juga aku yang tak sikit
lagi jer nak kantoi...heheheheh...walaupun
mengikut kata brader yang angkat telepon

Bahagian Peperiksaan ITM tu aku lulus


semua paper tapi still aku tak caya sebab
GPA aku rendah sangat..jadi aku rasa mesti
ade yang kantoi ni...ok takper..kita tunggu
minggu depan..
banyak jugak aku dengar citer ngeri yang
mengatakan hampir separuh daripada
rakan seperjuangan aku yang kantoi dalan
exam sudah...banyak takut aku dengarla ini
citer...ahhhh harap masih ade ruang lagi
untuk aku...chehhhh
aku dah beli tiket dah nak balik ke S
Alam..pukul 6.30 petang esok aku akan
berangkat meninggalkan kampung halaman
aku buat sementara waktu untuk berjuang
lagi..insyaAlLah aku akan perbetulkan
kesilapan aku dan akan lakukan yang
terbaik...amin..

hari ni berbuka dekat masjid negeri S Alam


ngan Mat Jan...alhamdulilLah .. boleh jimat
duit..tapi tu la dah makan kenyang balik
jauh pulak tu jlan kaki..sampai umah .. penat
la pulak..langsung tak gi terawih..insyaAlLah
malm esok aku usahakan...amin..
analog 3puluh8 - 5/12/00
arghhh...orang lain punya silap orang lain
naya..tak tahu laaa..apa nak jadi ngan
tempat aku belajar ni...kata dah jadi U .. tapi
makin prob lagi adala .. tak macam taraf U
langsung...tak nak buat persiapan kalau dah
nak ubah sistem baru... pentadbiran tak pro
langsung..cheh..
esok harap dapat settle daftar semua...result
aku yang silap tau mungkin lambat lagi kot
nak siapnya..tak perr bawak besabor la..

analog 3puluh7 - 4/12/00


perjalanan balik ke S Alam yang aku
jangkakan menyesakkan rupanya amatlah
menyamankan....tak sangka aku boleh balik
dengan senang dan awal tanpa ada aral
yang melintang..aku sampai rumah pukul 11
lebih kalau tak silap aku..lepas mandi
semayang aku terus gi sek 2 cari
kaum..jumpa Ijan ngan Zam..sembang lebih
kurang datang lak Apin ..pas tu Mat Jan lak
join...tahniah lagi sekali Matjan .. DLer..
ari ni penat jugak la sikit..check result
dengan Mat Jan ... dan macam yang aku
jangkakan .. memang ada silap kat result
aku tu..aku lulus semua tpi GPA
rendah..kena betulkan nanti..bila dapat
slip..memang le boring ade silap macam
ni..nnti kena la pulak berurusan ngn
birokrasi yang sememang semestinya
sucks..arghhh...memang betul la ramai gak
memember aku yang tumbang dalam
perjuangan kali ni..isk isk isk ... sedih gak..tu
yang buat aku takut tu..result aku pun bukn
ok sangat.. lulus pun cecukup makan
jer..arghhhh
yang lain esokla settle...penat jugak
tadi...sampai umah haus gile..bayangkan la
jalan kaki dari skool tadi sampai
umah...mahu makan 3 kilo pas tu pulak
banyak bukit..cheh...nyaris ler iman kuat
lagi..dapat gak aku terus kan puasa aku
ni..alhamdulilLah...

banyak memember aku yang result diorang


tersilap..tu la aku cakap..orang lain buat
silap orang lain yang naya...
analog 3puluh9 - 7/12/00
pendaftaran aku dah settle dah ari ni...tapi
yang tak sedapnya aku kena amik Law and
Economics....aku cukup tak suka dengan
subject yang bersangkut paut denga angka
ni..walaupun senior aku kata .. subjek tu tak
banyak ngira..tapi sebab kan ada perkataan
economics tu la yang buat aku phobia...dah
la aku kantol subjek makro ekonomi masa
kat matriks dulu...dan sebab kan kekantolan
tu la yang buat aku merayu nak naik
degree...aku sebenarnya nak amik Law and
Social Theory..tapi dah penuh..dah la tak
bagi tau kena isi dulu kertas senarai nama
kalau nak amik subjek tu..dah tertinggal tak
sempat nak amik subjek tu..dah penuh...limit
cuma 34 oraang ajerr...jadi aku yang tak
berpuas hati ni bersama Mat Jan yang
senasib dengan aku .. pergila jumpa
dekan..Mr Darby...dier la yang ajo subjek
Law and Social Theory...nak dapat belas
kasihan dier nak masuk jugak subjek
tu...tapi hasilnya negatif...tak per aku akan
terus berjuang juga...aku tak nak amik Law
and Economics...tapi kalau tak berjaya ..
apakan daya...terpaksa la jumpa Mr
Adlan...iskiskisk...

daftar dah settle..lagi tinggal aku nyer slip


yang silap tu jer lagi..aku nak kena buat
pembetulan...dan pengurusan bas yang
cukup aku tak puas hati lebih dari tu..telah
membuatkan aku mengguhkan beberapa
kali niat aku nak buat correction slip
tu...chehhh..tak pro U langsung...dah la
Pusat Bahasa tu jauh ..ceruk lak
tu..transport takder..arghhhh...
tapi ape hal rezki aku murah hari
ni..alhamdulilLah...pegi Masjid Negeri tadi
ade orang anto kan..tima kasih bang...dah tu
pulak menu berbuka puasa hari ni
diusahakn oleh KL catering dengan sponsor
dari hamba AlLah...tima kasih
semua..kenyang aku ari ni..burppppp...
tadi masa minum kat sek 2..brader Indon
yang kerja kat Pegaga tempat aku selalu
lepak tu...sembang ngan aku..dan
memember yang lain..Apin Lan n Mat
Jan...sedih gak citer die...kampung dah la
jauh .. dah tu plak .. tak dapat balik raya
pulak tu...isk isk isk ...jangan aku jadi cam tu
sebab tiket habis dah la...insyaAlLah tak...
analog empatpuluh - 11/12/00
arghhh bosan giler sehari suntuk dok kat
rumah...
tadi masa pegi jemaah kat surau waktu
zohor dan asar...kat surau sek 3 ade jemaah
tabligh dari india dan pakistan datang...dah
lama aku tinggal benda ni..risau aku ..nanti
AlLah tutup terus ... tak bagi peluang kat aku
lagi...aku rasa nak menangis terharu aku
tengok jemaah tu sanggup tinggal anak bini
harta dan tempat tinggal mereka sematamata demi AlLah swt...dalam zaman
sekarang ni orang lebih pentingkan
dunia..dan sanggup tinggalkan
tanggungjawab kepada AlLah semata-mata
sebab dunia..dan termasuklah aku
sekali..Sahabbutdunia...ya AlLah ampunkan
lah dosa aku....berikanlah taufik dan hidayah
semoga aku terus dijalan
mu....amin..InsyaAlLah....
ari ni berbuka kat Mesjid Negeri Shah Alam
ngan Mat Jan...
semalam pegi beli tiket balik raya kat
pudu...aku balik 22/12 ni... amik tiket ke
Ipoh..pukul 11 malam...

analog empatpuluhsatu - 11/12/00


ari ni aku suka .. sebab apa??? sebab aku
nye silap kat slip tu dah settle.. tapi kena
tunggula lagi dua bulan...tadi dah masuk
kelas dah...cheh aku masuk jugak la kelas
Encik Adlan...nak buat camner...kena la
amik ekon lagi sem ni...ari ni kelas En Adlan
- Law and Economics buat election day for
our symposium nanti...dan seperti yang
telah aku rancang dan memang aku dah
duga...En Mat Jan kita telah berjaya
menggondol tempat sebagai penguasa yang
paling maha bagi simposium tu nanti...dier
jadi Director...chehhh tahniah Mat Jan yang
gila kuasa lagi gila glammmm.....Owin pula
menjadi Head of Organizing ... kami akan
adakan simposium di bawah isu KEkonomi..yang tajuk nya belum lagi kami
putuskan...so aku sebagai salah seorang
yang menjayakan program ni berharap dari
rakan-rakan sekalian terutama yang
mengambil kursus pengajian yang berkait
rapat dengan ekonomi supaya dapat
memberi serba sedikit maklumat tentang KEkonomi ni kat aku.....kepada Farid di UKM,
Sare, Lan dan Lie kat UUM aku harap
korang dapat tolong aku..bagi serba sedikit
maklumat ok..aku tahu korang leh
tolongnya....
terdengar aku cerita tentang beberapa
orang teman sepengajian aku yang terlibat
dalam politik kerpatian ni..(aku
camner???hehehhe)...ade yang dapat
jumlah bayaran yang agak lumayan sebagai
upah atau balasan atau consideration bagi
tujuan perKempenan untuk BN di Lunas
bebaru ni...cuma aku terkilan dengan sikap
kerajaan...jika betul mereka mengikut
undang jalankanlah undang secara adil
dan saksama...kalau betul AUKU tu
melarang mahasisiwa berpolitik (lebih lagi
berpolitik kepartian) jangan saja tahan atau
kenakan tindakan terhadap mahasiswa yang
pro pembakang sahaja ... tapi tahanlah juga
dan kenakanlah tindakan juga terhadap
mereka yang yang pro umno/BN...wlaupun
umum tahu yang AUKU tu tak sesuai untuk
student di negara ni..tapi kalau dah buat tu
..cubalah ikut dengan betul ....

analog empatpuluhdua - 12/12/00


disaat kita sedang berpuasa berjuang
melawan hawa nafsu dimasa yang sama
ada yang sedang berjuang bukan sahaja
menetang hawa nafsu malah berjihad demi
agama AlLah dan tempat tinggal mereka....

tak nak beli kuih raya kau tu...to Owin .. bila


pulak nak belanja aku...to malee...wei aku
tak paham la ko nye bahasa tu..chehhh..and
to Megat and Lan..aku ucapkan tahniah dan
selamat belajar kat degree..bila nak open
table????...
analog sifar - 19/12/00

disaat kita berbuka puasa setelah sehari


menahan diri dari lapar dan dahaga ada
yang berbuka hanya untuk terus berlapar
dan hidup dalam keadaan yang sudah pasti
jauh kita lebih baik dari mereka....
dan disaat kita boleh beribadah lebih dari
biasa dengan tarawih dan sembahyang
sunat malam masih ada lagi yang berjaga
malam dan tak dapat beribadat sunat demi
untuk mengawasi diri dari peluru, bom atau
mortar pihak musuh yang mengancam
nyawa dan tempat tinggal mereka....
kenanglah nasib mereka yang malang di
Palestine yang terpaksa mengorbankan
segala-gala demi kalimah LailahaillalLah
dan waris kerja rasul demi menegakkan
Islam di muka bumi ini....dan doakanlah
kejayaan mereka .. InsyaAlLah....

lama dah aku tak ikut dengar tazkirah


jemaah tabligh..ari ni alhamdulilLah AlLah
pilih aku untuk join jemaah students
Jati..buat usaha agama ni kat surau sec
3...memang dah ditakdirkan petang tadi
hujan, jadi aku tak berpeluang nak gi ke
masjid macam selalu berbuka puasa ngan
mat Jan kat masjid negeri...jadi aku pun
pergila ke surau sec 3 dengan Mat
Jan...kami berbuka puasa dengan jemaah
tabligh students...lama dah tak makan ikut
sunnah nabi...makan ramai berkongsikan
juadah dalam talam....alhamdulilLah..dua
tiga bulan ni memang aku mengaku...iman
aku cukup weak...macam bateri lama tak
cas...jadi apa yang aku dengar tadi dapat la
serba sedikit caskan bateri yang dah weak
ni..insyaAlLah....

analog kosong - 18/12/00


analog nol - 21/12/00
tu lah dia...makin dekat nak raya ni..makin
teringat la pulak aku kat kampung .. pantang
dengar lagu raya jer..cheh mesti hati
sangkut terus kat kampung... teringat kat
mak..bapak aku...dan paling
teringatnye..nak gi tengok Pesta Meriam
yang memang tetiap tahun dibuat secara tak
rasmi kat kampung aku ni...aku boleh
betting tak der pesta meriam yang sehebat
pesta yang ada kat kampung aku
ni..nantilah kalau ade masa aku cerita la
nanti...
study aku ok ajer la setakat ni...masih di
peringkat permulaan kan..tapi still silap
macam ... tak de grup tutorial la..PTPTN tak
settle lagi la..ape la..itu la ..ini la...chehhhh
puasa aku setakat ni ok ajer
la..alhamdullilLah...balasannya ...AlLah ajer
la yang tahu...
tadi berbuka puasa dengan kroni...lama dah
tak kumpul macam ni...dapat kumpul ni
..seronokla jugakkan...tima kasih Syikin ..
sebab belanja aku hari ni...to Sha lak..aku

yeaa...yea....esok balik. Mulanya aku plan


nak balik malam esok pukul 11, dah beli
tiket dah, tapi plan berubah disaat akhir, aku
ikut En. Adlan esok, pukul 10 dari S Alam.
Aku dah pikir dah kalau aku balik pukul 11
tu, aku mungkin sampai kat Ipoh pukul 1,
jadi memang takde transport dah nak ke
Kuale, melainkan teksi yang mahal gilerr
nak mampos dan keretapi. Mulanya aku
ingat nak naik keretapi, kalau tak sempat tak
pun dah penuh, aku ingat nak suruh bos aku
amikkan, tapi malangnya, kereta Nyah lak
rosak, jadi tak leh la aku nak suruh bos aku
amik kan, so tu la sebabnya aku tukar plan
disaat akhir, aku amik jugak la offer En.
Adlan. Jadi aku akan ponteng dua bijik kelas
esok, UIS ngan BEL. Cheh keiraaa halai
laaa. so kawan-kawan kat kuale, tunggu
kepulangan aku ok...
pagi:sedar tidor jer, dah pukul 7.45, alamak
burnt lagi subuh aku, lewat pulak tu, ari ni
ada meeting LE. takper tuan direktor pun
tido, cheh apa citer. jadi sesampai kelas,
budak-budak dah ada, diorang tunggu aku

yang merangkap sebagai ketua research


team untuk mulakan meeting. jadi hari ni
meeting berkisar tentang tajuk simpo nanti,
dan sebulat suara semua bersetuju dengan
tajuk yang dicadangkan oleh Mat Jan : 'Be K
or Be Killed', dan skopnya tak lari dari
cabaran-cabaran serta strategies dan
incentives yang patut digunakan. abis
meeting jumpa En Adlan, bincang pasal
besok, aku nak tumpang dia balik kampung,
hehehehe, pas tu kelas Kontrak, abis kelas
kontrak dengan bantuan Adli aku ngan Mat
Jan terus ke PKNS, aku beli buku Torts
ngan majalah Aliran, aku cari cd ABC Anwar
on Trial, tapi dah abis, cheh pegi KL la
malam ni....
ari ni aku berbuka dengan jus mangga
jer....pas tu baru pegi sek 2, makan bebeno,
lepas makan aku terus gi KL, mulanya Mat
Jan tak nak ikut, tapi last tu die tukar
pikiran. sampai KL terus gi Jalan Masjid
India, nak cari CD tu, tapi malangnya tak
der, chehhh, beli ajer la Harakah ngan Fitri,
pastu round jap kat Jalan TAR, cari kalau
ade orang jual kat situ, tak der jugak, pas tu
terus gi PUDU, tak der jugak, last aku beli
CD demontrasi kat KESAS ngan dua kaset
AKhil Hai. chehhhh, laku betul....sorry Mat
Jan , susahkan hang jer..
to all my cronies, yang aku tak sempat
jumpa, aku ucapkan Selamat bercuti dan
Selamat Hari Raya, maaf kalau aku ade
buat salah kat korang semua, halalkan
makan minum, kalau ade aku termakan
terminum, dan jangan lupa aku masa
sambut raya nanti, ok, kalau
sempat/rajin/ade masa aku kontek korang
nanti, insyaAlLah...
analog kosong lagi - 22/12/00
pagi: aku ingat terlajak aku ari ni, tak dapat
balik ngan En. Adlan, tapi nyaris la
akubangun awal hari ni, lepas sesiap, aku
call En Adlan, die soh tunggu pukul 10.30,
die datang amik aku kat umah. 10.30 die
datang, tepat jugak, jadi kami pun bergerak
la menuju ke kampung halaman,
meninggalkan kesibukan dan kepekikan
alam pembelajaran buat semenatara waktu,
serta meninggalkan juga Mat Jan
keseorangan, Mat Jan esok baru balik,
maapla Mat Jan sebab tinggalkan ko
sengsorang kat S Alam, heheheh,

sepanjang jalan aku bersembang ngan En


Adlan, ok jugak la citer die, pengalaman kat
England, pengalaman jadi lecturer macam
lagi la, memang aku respek la die ni, die
memang seorang lecturer yang best lagi
bagus.
sampai kuale dalam pukul 1 suku, aku ajak
En Adlan terus gi masjid, masjid Ridzuaniah,
parking lak macam sial, sorry la En Adlan
buat susah jer, habis semayang terus die
hantar aku balik ke rumah, aku ajak jugak
die singgah tapi die tak nak, tak per la, so
terima kasih la En Adlan, selamat hari Raya
Maaf Zahir dan Batin.
ari ni lepak kat umah jer la, lagipun aku sakit
kepala, tak tahu pasal apa, lepak je la kat
umah.
best! best! best! dapat berbuka bersama
famili yang kusayang....
analog semasa - Suqiu: Antara Realiti
dan Fantasi
Semakin hari, kita dapat saksikan cabulnya
media-media arus perdana memainkan
serta memarakkan lagi api permusuhan
perkauman antara kaum yang sedang
dalam keadaan damai. Kenyataan demi
kenyataan dilakukan oleh pemimpin kanan
kerajaan serta individu-individu dari
kalangan rakyat melalui media arus perdana
menyemarakkan lagi keadaan yang semakin
genting. Seperti menunjukkan kesengajaan,
sabanhari makin ramai orang perseorangan
ditemui demi menanyakan tentang perkara
yang sensitif ini. Pandangan kritikal
berhubungkait isu perkauman dibiarkan
berleluasa didada-dada akhbar dan menjadi
topik muka depan. Apa tujuan semuanya
ini? Adakah demi perpaduan atau demi
memecah-belahkan lagi hubungan antara
kaum di negara ini?
Jika kita perhatikan betul-betul pada rayuan
yang dilakukan, kita akan dapati bahawa
apa yang dirayu adalah keadilan dan hak
kesamaan hak sesama manusia. Persoalan
tentang sama ada hak Melayu telah
tersentuh dengan rayuan mereka tidak perlu
dibangkitkan. Benarkah sangat hak Melayu
itu dijaga sekarang? Itu yang patut
dipersoalkan. Adakah Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan benar-benar

dilaksanakan oleh pemerintah? Itu juga


patut dipersoalkan. Sibuk-sibuk kita
persoalkan tentang hak Melayu tersebut,
tapi tidak pula kita sibuk untuk memastikan
adakah Perkara 153 itu berjalan seperti
yang sepatutnya. Memang ia berjalan
seperti yang sepatutnya, tapi bukan yang
sepatunya diterima rakyat tetapi seperti
yang sepatutnya diterima pemimpinpemimpin dan perut kroni-kroni mereka.
Kemudahan atau advantage yang ada
tidaklah diagihkan sama rata tetapi
berkeliaran dikalangan menteri-menteri
Melayu dan kroni-kroni mereka sahaja.
Jurang antara orang Melayu yang kaya
dengan yang miskin menjadi terlalu jauh
disebabkan kegagalan dalam melaksanakan
dengan berkesan Dasar Ekonomi Baru yang
lahir dari Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan dan Peristiwa 13 Mei 1969.
Hak istimewa orang-orang Melayu dalam
Perkara yang disebut dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan sewenang-wenangnya
telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin
Melayu yang gila kuasa dan tamakkan
harta. Justeru dapat kita saksikan diserta
pelusuk desa beribu-ribu lagi Melayu yang
kebuluran kepapaan merempat di bumi
sendiri. Bukan sahaja golongan Melayu
yang susah terus dibiarkan, tetapi terdapat
golongan yang miskin dari kaum-kaum lain
yang terus merana merempat kebulur dan
papa disebabkan 'Hak Istimewa Melayu'
yang di perjuangkan oleh nasionalisnasionalis Melayu yang pentingkan perut
masing-masing. Bagaimana kita katakan
bahawa kita punya Hak Istimewa?
Satu lagi perkara yang diperkatakan adalah
kesensitifan isu Hak Istimewa ini. Kenyataan
ini jelas diperkatakan oleh pemimpinpemimpin Melayu kesayangan kita. Apa
yang sensitif sebenarnya, hak istimewa
orang melayu atau isu keadilan, ketelusan,
rasuah, hak asasi manusia dan kredebiliti
polis yang mereka sensitifkan? Kadar
rasuah yang tinggi dikalangan pemimpin
Melayu pada masa kini yang amat
meruncing sekali dan ketelusan jabatan
kerajaan sepatutnya menjadi sesuatu untuk
difikrkan. Rayuan Suqiu ke atas perkaraperkara ini amatlah wajar. Kita sebagai
rakyat Malaysia sepatutnya peka dan mesti
memastikan bahawa rasuah dan lain-lain
perkara salah guna kuasa yang jelas
bertentangan dengan adat dan agama

dicegah serta dihapuskan dari muka bumi


ini. Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh
pemimpin kerajaan sekarang. Jadi yang
sebenarnya sensitif adalah bukan isu hak
Melayu, dan isu hak Melayu ini telah
dipergunakan oleh individu-individu yang
berkepentingan demi menjaga harta
kekayaan serta kuasa yang telah mereka
rompak dari rakyat.
Satu lagi perkara yang pelik, ialah sikap
berdolak dalik Mahthir dalam isu ini,
sebelum pilihanraya beliau telah bersetuju
akan menimbang untuk menerima rayuan
yang dikemukakan oleh Suqiu, dan
pandangan beliau telah disokong oleh
kebanyakan pemimpin-pemimpin kerajaan.
Tapi apa telah jadi selepas pilihanraya
umum 1999, beliau bukan sahaja menolak
rayuan tersebut malahan mecerca dan
menghina Suqiu hingga ke tahap ekstremis.
Bukankah seperti ada udang disebalik batu
sahaja apa yang dilakukan Mahathir
sebelum pilihanraya tersebut. Kerana
takutkan kuasanya terhapus dia sanggup
berdusta dan mencabul prinsipnya sendiri.
Usaha GPMS dan Pesaka untuk
mengadakan perhimpunan besar-besaran di
seluruh negara dan membuat tuntutan balas
terhadap rayuan Suqiu merupakan tindakan
tidak waras dan boleh mengembalikan
kenangan 13 Mei 1969 dan mengungkitnya
dalam edisi alaf baru. Adakah ini yang kita
mahukan? Tidak. kali ini usaha
Hishammudin dan Pemuda UMNO lebih
bijak. Berdialog adalah lebih baik dari
membuat perhimpunan.
Jadi lebih baik kita berfikir cara waras dan
cara matang. Tak perlulah nak berhimpun
dan menyatakan ketidakpuasan hati dengan
cara yang boleh mengancam keselamatan.
Jika ada pihak yang memaksa Suqiu untu
menarik balik rayuan mereka jadi
bersedialah pihak yang satu lagi untuk
melucutkan program Sekolah Wawasan
yang telah direncanakn sekian lama.
Justeru pihak media janganlah menaikkan
sentimen kaum yang telah lama terpendam.
Jangan dibiarkan apa yang dipendam
menjadi dendam. Media, beritahulah
perkara sebenar, keadaan yang tepat dan
situasi yang betul. Janganlah berterusan

menjadi alat untuk mengekalkan kuasa


seseorang individu. Demi menyelamatkan
individu, yang merana nanti adalah rakyat.
Hentikan kenyataan berbau perkauman!!
Kita perlukan perpaduan untuk terus hidup
bersama.
Maksud Surah al-Hujrat (49:37): 'Hai
manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu
berasal dari lelaki dan perempuan dan Kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di
sisi AlLah ialah orang yang paling taqwa'
Maksud Hadis Muhammad SAW:'sesiapa
yang menyakiti hati orang bukan Islam
seumpama ia menyakiti hati ku sendiri.'
analog empatpuluhlapan - 23/12/00
yeaa.. ari ni jumpa memember lama, syidi
ngan pancut datang umah aku semalam,
bersembang sampai pukul 1, lama tak
jumpa, especially syidi, dia kat UM skang,
kat UM usaha perubahan mengikut kata die
memang sedang rancak berjalan...so aku
kekadang malu jugak nak mengaku jadi
budak ITM ni, sebab kat sini most of the
students still ignore the things
happened...chehhh..ignorant!!!..tak
sepatutnya gitu...teringat lak aku dengan
kes Zaki Yamani ari tu, student yang
dibuang disebabkan hanya menghantar
memorandum kat Ketua Hakim Negara,
untuk semak semula badan kehakiman
negara....sebabkan menghantar memo die
kena buang...dan macam kata En. Adlan,
budak yang beromen tak kena buang
pulak..kena denda jer, setakat dua tiga
ratus, memang mampu la diorang bayar,
dah tu budak ITM ni kaya-kaya pulak, tak
gitu, jadi yang fight for truth dibuang..yang
beromen bayar denda terus belajar...so
skang yang ade kriteria nak jadi pemimpin
kena buang, tapi yang ada kriteria nak jadi
setan dikekalkan...jadi pemimpin masa
depan kita nanti budak yang suka
beromen...nauzubillah...itu ke yang kita
nak..salute to Zaki..sebab die antara
segelintir pelajar ITM yang terus berjuang
demi rakyat negara kita ini...syabaz!!!
analog empatpuluhsembilan - Hari Natal

so sikit lagi nak raya, jadi tengah sibuk la ni


masing-masing buat persiapan raya, macam
mana memember lain, persiapan ok kot???
hari ni aku terbaca dalam paper, UMNO
bersedia nak buat rundingan dengan PAS
dan keADILan demi perpaduan orang
Melayu, alhamdulilLah, bagusla tu, cuma
aku harap jangan jadi macam tahun 1978
dulu dah la, PAS buta-buta jer kena tipu
ngan BN, chehhh, demi perpaduan Melayu
konon, dah orang support die balik die
tinggal orang yang buat baik dengan die....
so aku harap kali ni jangan jadi macam dulu
lagi la...dan aku yakin pucuk pimpinan PAS
dan keADILan akan mengambil keputusan
yang sepatutnya..insyaAlLah...,
kepada penganut agama Kristian aku
ucapkan Mery Christmas...and Happy New
Year...
analog Syawal - 1 Syawal 1421
akhirnya berakhirla jugak puasa kali ni...
mula memang rasa nak cepat jer habis
puasa ni...tak sanggup... tu la orang lemah
iman, ibadat dianggap beban, tah la, tapi
bila dah nak habis puasa ni rasa sedih pun
ada, tak tahu la pasal apa, pegi takbir
malam ni kat surau rasa sebak sayu sedih
pilu jer, sekejapjer kot rasa ni, malam kang
jadi setan balik yea, nauzubillah...
malam raya ni tengok tv ajer la, Layar Lara
syok jugak, bukan setakat menggambarkan
pertentangan sikap dan budaya orang seni
masa lalu dengan yang moden, bahkan
pertentangan ini boleh kita bawak tengok ke
society kita sekarang, dan banyak iktibar
dapat kita ambil dalam filem ni, aku nak bagi
tau pun susah, so pikir sendiri la...
kuala dah makin sesak, orang kota dah balik
ke desa, jalan depan umah aku malam ni
sesak dengan kereta, tambah lagi bila dah
tengah malam, sibuk orang keluar pegi
pekan nak ambil peluang cari kuih murah
lelong malam tu, kak yang pun pegi jugak,
dan pulang hampa, sebab apa? sebab
bukan harga makin murah tapi makin
mahal..hehehe..
aku ingat malam ni untuk first time raya kali
ni tak de budak main meriam dah, suasana
sunyi malam raya ni buat aku rasa bahawa

khabar angin pasal pembatalan pesta


meriam malam ni jadi betul, macam citer
aku dengar, polis dah makin
bertanggungjawab menguatkuasakan
undang pengharaman mercun...memang
betul ketua kampung kena panggil dan di
bagi amaran, meriam dirampas dan macam
lagi, tapi apa yang aku rasa, salah. lebih
kurang pukul 12.30tgh malam, das pertama
meriam berbunyi, yes diorang main meriam
lagi malam ni, pukul 2pagi aku pun pegi cari
kaki yang nak survey pengkalan, aku jumpa
abang Chik, dia bawak aku gi Pulau,
pengkalan budak kampung dia main
meriam, lepas dari Pulau aku jumpa Chaim,
Jinie, Ijai, Zahid, Gulam, Jalut, ngan Epin,
sembang lebih kurang, lepas tu aku gi Kubur
ngan Epin, pengkalan budak kampung aku
main meriam, lepak jap lepas tu pegi Darat
lak, tahun ni pengkalan kurang sikit banding
awal tahun sudah, awal tahun sudah ade 10
pengkalan, 5 pengkalan bapak, 5 pengkalan
anak, tahun ni pengkalan bapak jer tinggal,
makin kurang la, mungkin orang makin takut
tak pun makin sedar...pukul 5pagi lebih
kurang aku balik umah...
pegi semayang raya dalam keadaan tak
cukup tido, sapa suruh, mulanye gi masjid
ubudiah, tapi orang dah penuh jadi balik
semula la aku ngan bos aku, Nyah, Yob
ngan Abang Zul ke surau kampung aku,
macam biasa jer, tak ramai tak sikit, khutbah
ari tu boleh tahan jugak offensive nyer kat
kerajaan, heheh, mengeleng panjang bos
aku...
lepas semayang gi kubur Opah ngan Wa
(Tok), lepas tu gi umah Opah aku sebelah
mak kat Padang Rengas, dier tak de.. then
gi kubur adik aku, kat Padang Rengas. pas
tu balik....ari ni kena suruh ajer la gi kedai la
pegi amik itu la ini la, tgh hari tu balik dari
pegi beli ais ngan Nyah kat kuale, tup tupp
jer ramai giler kat umah aku, famili mak aku
berkumpul kat umah aku, iskisk iskisk, aku
dah nak naik atas umah dah, malas aku nak
layan ramai sangat, tapi lepas nampak aie
pun ade, terpaksa la aku mengontrolkan diri
duduk kat khalayak famili mak aku tu, Pak
Chik Tan bapak sedara aku yang jadi YB kat
Manjoi tu pun datang jugak hari tu, memang
la pack, dan rindu dendam aku kat bantal
terpaksa aku tahan.... nakk dekat pukul 5
lepas semuanya dah balik, baru la lelap ...

raya ke2 Nixam beraya kat umah, pas tu


pegi raya umah Haikal, then cadang nak
pegila beraya umah memember, tapi bila
tepon sorang pun takde, cheh..belum balik
kampung la, dah kuar la...jadi aku pun
mengambil keputusan untuk balik semula ke
umah, tengok tv lebih kurang, datang la Aie
ngan bebudak Padang Rengas, 13 orang,
penuh jugak la umah kejap...
raya ketiga keluar beraya ngan Megat, EpIn,
aizul, pegi umah Farid, masa tu raof ngan
sare pun ade, Megat balik lepas tu sebab
ade urusan ngan bos dier, kami pegi umah
Ira (awek Epin?), rumit betul la nak pegii
umah Ira tu... pas tu gi umah Lan ngan Lie
kembo, syok jumpa dia dapat citer pasal
politik kemahasiswaan...dari situ gi pulak
karaoke..lepas karaoke, gi lepak Ipoh
makan kat railway....pukul 4 pagi baru
balik...
so aku admit la, raya aku penuh ngan ADAT
dan bukannya raya IBADAT.....Ya AlLah aku
pohon ampun dan perlindungan dari mu
semoga Engkau jauhi aku dari kesesatan
dan kesengsaraan...
analog Trilineum - 1/1/01
selamat menyambut tahun baru dan selamat
datang abad ke3..
ari ni aku balik ke S Alam, kali ni aku balik
ngan Aizul, pagi lagi aku dah keluar, sebab
tikiet tak der, takut gak kang susah nk dapat
tiket, jadi tu la pasal kuar awal, sampai Ipoh
pukul 1, stranded kat kuale sikit nyer lama,
sebab tunggu Epin yang tak kunjung tiba,
chehhhh...sampai kat KL lebih kurang pukul
4.30..sampai S Alam pukul 7, ramai gile
bebudak nak balik hari ni...sampai umah,
Lan dah ade, dier balik semalam lagi...tah
ape dibuatnya awal balik tah....
kesian Mat Jan, bas rosak, pukul satu pagi
baru sampai umah...teringat pulak aku pasal
bas yang aku naik tadi... bas tambahan, bas
sekolah lagi, ade ke dier boleh biar je citer
blue terpasang kat Video dier, punyer la
best, malu aku kat Mak Chik ngan sisters
kat blakang aku tu....
insyaAlLah aku dah bersedia untuk belajar
kembali....

analog limapuluhsatu - 5/1/01


hari ni lepas habis solat jumaat aku nampak
ade beberapa helai flyers sedang
disebarkan .. jadi aku pun pergi la ambil ..
flyers tu dari PMIUiTM, aku tak tahu siapa
mereka ni, memang menarik flyers yang
mereka sebarkan, terdapat renungan,
amanat ulama (bukan amanat HJ Hadi) Imam Syafie, isu globalisasi, dan terdapat
juga catatan ringkas tentang Rayuan (bukan
tuntutan) Suqiu... siapa mereka ni, aku
sebelum ni tak pernah dengar pun tentang
PMI ni, dan yang paling menarik sekali
terdapat lambang parti keADILan di atas
nama sebaran ni, itu yang paling
mengejutkan dan mengecewakan aku,
benda ni bukan sahaja akan memburukkan
nama persatuan malahan mungkin usaha
persatuan ini akan disekat, pada pendapat
aku tak perlulah ada lambang parti
keADILan pada sebaran ini walaupun tak
jelas, tak de kelebihan pun dan takkan
kurang pun jika kita tak letak lambang tu,
perkara ini mungkin akan menjadi tarikan
HEP untuk memantau dan seterusnya
menyekat terus usaha persatuan ini, pada
pendapat aku pihak atasan persatuan ini
juga haruslah berfikir lebih rasional dan
reasonable sebelum mengambil tindakan,
gunakan jalan yang lebih matang, bukan
sahaja persatuan yang akan rugi, malahan
parti keADILan Nasional juga mungkin akan
mendapat kesan buruk dari tindakan
persatuan ini, mungkin usaha dan niat
mereka baik, tetapi sayang cara mereka
kurang berkesan....
malam tadi aku terduduk satu meja ngan
member aku dari Kuale, dia memang orang
kuat ADASI, dan aku bersembang ngan dia
pasal movement mahasiswa kat ITM ni,
memang kami sepakat, mahasiswa ITM
memang ramai yang ignorant, aku ade jugak
tanya pasal PMI, PMI ni sebenarnya ialah
Persatuan Mahasiswa Intelek, dulu pakai
nama Persatuan Mahasiswa Islam, dan for
sure ramai kawan-kawan kita kat U lain ade
masuk persatuan ni, pasal semua U ade
persatuan ini, tapi sekarang kat ITM dah tak
guna nama Persatuan Mahasiswa Islam,
sekarang ni PMI tu adalah singkatan
daripada Persatuan Mahasiswa Intelek,
kanapa tak leh guna nama lama? sebab ITM
dah ke depan dahulu dari usaha kerajaan
untuk menghapuskan unsur Islam dalam

persatuan kampusnya .. dan aku memang


harap dapat jumpa die lagi, sebab aku nak
bersembang lebih lama lagi mengenai
masalah mahasiswa dan negara..chehhh
besar bunyi masalah nya......MEMANG
PUN!!!
analog limapuluhdua - 6/1/01
hari ni gempar lagi pasal isu Suqiu,
dikatakan oleh press bahawa Suqiu telah
menarik balik 7 daripada 83 pecahan kecil
rayuan mereka, apa yang boleh aku
katakan, Melayu terus macam dulu, sensitif
dan masih bergantung seratus peratus
dengan 'hak istimewa' mereka yang
kononnya ada dalam Perlembagaan
Persekutuan, dan aku dapat rasakan
bahawa GPMS dan Pesaka iaitu dua
pertubuhan ekstremis Melayu yang sama
seperti al-Maunah dan PKM tentu merasa
gembira dengan keputusan yang dibuat oleh
Suqiu, dan semestinya pemuda UMNO pula
kembang hidung dan terasa seperti hero
filem hindustan yang telah dapat berjaya
mengalahkan 10 orang crook tanpa perlu
menggunakan apa-apa senjata dan tanpa
mendapat sebarang kecederaan, apa-apa
pun aku puji pemuda UMNO dan Suqiu
kerana cuba mengatasi masalah ini dengan
cara berdiplomasi, walaupun nampak juga
seperti ada muslihat tapi aku still rasa yang
perkara akan berjalan dengan tenang buat
sementara waktu, biar dapat orang Melayu
diberi peluang untuk berfikir tentang baik
buruk rayuan Suqiu, dan aku optimis
bahawa rayuan Suqiu insyaAlLah pasti akan
direalisasikan......
petang tadi aku pergi KL ngan Mat Jan,
Aizul dan Apin, kami pergi ke Jalan Masjid
India, Jalan TAR, Sogo dan Pertama..
analog limapuluhtiga - 7/1/01
alhamdulillah kesediaan PAS untuk duduk
semeja dengan UMNO amatlah dialualukan, tiada sesaper nak hidup bermusuhmusuhan dalam satu negara, tapi aku harap
apa yang diputuskan oleh pucuk kepimpinan
PAS dan keADILan dapat dicapai,
berbincang not only for the sake of Malays
but for our malaysian nation unity, kearah
perpaduan nasional tanpa mengira kaum,
ambil langkah untuk menghapuskan
kecurigaan dan buruk sangka antara kaum,

bukan utamakan cuma sesuatu kaum tetapi


utamakan orang yang tak mampu, jaga
kepentingan dan kebajikan orang yang
memerlukan....dan aku harap peristiwa yang
pernah berlaku dahulu lebih kurang 25
tahun sudah tidak akan berlaku sekarang,
semua pihak haruslah ikhlas dan
mengetepikan kepentingan politik parti demi
tempat tinggal kita ini....
tgh hari tadi Raof datang umah aku, die
akan jadi house mate aku, aizul balik dalam
pukul 6 petang tadi, esok die mula kelas nye
yang pertama kat IKM, so good luck aizul,
malam tad pegi beli toto dan bantal Raof kat
Kompleks PKNS, so tadi Raof dah jumpa
ngan Abang Izu tuan rumah aku dan secara
rasminya die tinggal kat situ, mungkin dalam
6 bulan kot....
analog limapuluhempat - 10/01/01
ooppsss, keADILan nak tarik diri dari
bincangkan soal perpaduan Melayu, dan
PAS akan terus, adakah ini bermakna PAS
sudah tidak sehaluan dengan keADILan,
tak, dua sama tak nak bincangkan hal
perpaduan Melayu tapi inginkan perpaduan
tu biar sampai ke tahap nasional, dan
memang itu yang sepatutnya, tapi barang
diingat bahawa ini semua dalam arena
politik,apa mungkin boleh berlaku, politik
sekarang bukan politik RasululLah tapi
politik Machiavelli, matlamat menghalalkan
cara, yang musuh boleh jadi kawan dan
kawan boleh jadikan musuh, nak dapat
kuasa semua orang boleh buat apa saja,
tapi seeloknya bawakan kembali politik
RasululLah ke zaman ini...politik yang tulus
suci mendaulatkan AlLah dan bukannya
politik yang busuk lagi
membusukkan....insyaAlLah
analog limapuluhlima - 14/01/01
aku baru aje balik dari KL ni, pegi beli tiket
balik Raya Cina, aku pegi ngan Mat Jan,
Aie, Apin, aku beli tiket 23/01, pukul 6.30
petang, lepas beli tiket pegi Sogo, Aie
membeli belah aku dan Mat Jan setakat
usha aje, ApIn pegi Pertama jumpa kakak
dier, dier nak buat seluar, pas tu terus gi
Jalan TAR, kat saner aku beli sandle...masa
balik lalu kat CM jumpa Ghulam and Epoi,
sempat jugak la aku tengok cover Protokol

ngan desing baju and flyer, sembang lebih


kurang... chiow....
pagi tadi Law Soc buat jamuan, kali ini
budak part 2 yang kena handle, jadi aku
kena la datang awal...janji pukul 9 tapi
datang pukul 10.45...cheh..kira meriah jugak
la jamuan tu walaupun ade sedikit
kontroversi, lecturer pun ramai yang
datang,.... memang sepatutnya batch aku
mintak maap ngan senior sebab benda cam
ni leh jadi, tapi aku rasa tak leh jugak la
kami dipersalahkan seratus peratus...bukan
tak nak mengaku silap, tapi kena tahu la
tugas masing, junior kena selalu ikut
meeting dan senior lak jangan la lupa pegi
jenguk junior selalu...benda ni jadi sebab tak
de tali silaturrahim yang kuat antara senior
dan junior....
kebetulan masa jamuan tadi budak Pra
datang (dan aku ade sedikit kecewa sebab
budak matriks dengan budak part 1 tak
datang) budak Pra yang datang pun tak
ramai, dan aku hargai inisiatif junior aku kat
Pra tu...diorang sanggup turun dengan
alasan nak kenal senior...aku pun memang
suka cari member jadi aku layan diorang
tadi, aku tak anggap pun diorang tu junior
aku, aku nak mereka jadi kawan aku...
wallahualam mungkin cara aku dapat
merapatkan junior dengan senior, dan aku
jugak tak nak apa yang terjadi antara budak
batch aku dengan senior aku jadi masa aku
jadi superduper senior nanti, biar hubungan
baik tu terjalin awal...aku ade sikit kecewa
jugak sebab tak ramai senior nak sembang
dan kenal ngan diorang ni, ade la dua tiga
orang aje senior, aku, Mat Jan ngan brader
part 3 tu nak kenal diorang ni...
kepada abang Shahril dan lain budak
PraUndang aku ucap terima kasih dan
salute korang sebab ade inisiatif sendiri nak
kenal senior...
analog limapuluhenam - 15/01/01
hari ni, hari yang paling dinantinantikan...heheheh..hari paling packed
setiap minggu dalam hidup aku sekarang,
tapi satu kelas batal, longgar sikit hari ni...
hari ni aku dapat balik sikit apa yang aku
dah makin aku hilang sejak dua menjak ni,
alhamdulillah lepas aku bersembang

berbincang dan bermuzakarah dengan


Emran hari ni aku rasa lega, walaupun sikit
tapi insyaAlLah ia akan membuka ke
sesuatu yang lebih besar lagi nanti...
hari ni ADASI, alhamdulilLah aku pergi jugak
walaupun at first hujan lebat membantutkan
niat aku nak pergi tapi alhamdulilLah hujan
tak lama, masa ADASI ustaz offer tanya
soalan kat dia tentang semasa dan lain
masalah agama, jadi aku tanya la beberapa
soalan, jadi aku nak kongsi dengan korang
tentang masalah yang aku tanya, first, aku
tanya tentang kandungan alkohol dalam
perfume, boleh tak kalau kita pakai dalam
solat?? jadi ustaz jawab kebanyakan ulama
sepakat mengatakan bahawa sah bawa
solat perfume yang mempunyai kandungan
alkohol dalamnya. then aku tanya lagi, kali
ni pasal lagu nasyid yang dipersembahkan
oleh kumpulan nasyid seperti Raihan,
Rabbani, Hijjaz dan Saujana, bagaimana
kedudukan mereka dalam menyampaikan
lagu dakwah melalui syarikat rakaman
milik orang bukan Islam dan kebanyakan
mereka adalah syarikat kepunyaan
Multinasional Corporation yang dikawal dan
dipayungi sepenuhnya oleh Yahudi
Laknattullah....jadi kebetulan apa yang aku
fikirkan sama macam ustaz fikirkan, lebih
baik kumpulan nasyid tersebut form satu
kompeni sendiri yang uruskan business
diorang..aku harap insyaAlLah diorang akan
buat jugak nanti...
analog limapuluhtujuh - 17/01/01
ahh..letih gak ni..baru balik dari KL dengan
Raof, aku pegi jumpa Aie jap tadi, tapi
anyway aku rasa lega la sikit dapat jumpa
die, paling tidak apa yang aku nak cakap
dapat aku keluar, sebab sejak kebelakangan
ni aku dah jarang berbincang pasal benda
ni, alhamdulilLah la...
ada niat jugak nak tuliskan apa yang aku
sembangkan tadi kat sini, tapi aku tak
mampu, mungkin letih lagipun terlampau
banyak yang nak diceritakan, kalu ada masa
insyaAlLah akan aku....
Ya AlLah Ya tuhanku, berilah peluang
kepada hambaMU ini...

analog limapuluhlapan - 18/01/01


first of all, sempena hari khamis malam
jumaat ni, aku nak kita semua hadiahkan alFatihah kepada semua umat Islam yang
telah meninggalkan kita, terutama kepada
mujahiddin yang gugur demi AlLah taala dan
umat Islam yang ditindas diserata dunia, di
Afghan, Palestine, Iraq, Maluku, Chechnya,
Bosnia, Aceh, dan lain lagi....semoga roh
mereka dicucuri rahmat...amin
di bahgian bawah sebelah kanan aku ada
letakkan fatwa dari Syeikh Yusof alQardhawi, Fatwa Intifadah - menentang
kekejaman Yahudi dan AS ke atas Umat
Islam seluruh dunia....Pemboikotan total
terhadap sgala barangan keluaran AS dan
Yahudi, memang jika berpijak di atas bumi
yang nyata mustahil bagi kita untuk
memboikot secara total produk keluaran AS
dan Yahudi...memang kita tidak mampu tapi
kita masih mampu melakukan perkara yang
termampu...berkat usaha kita sikit demi sikit
memboikot produk ini insyaAlLah akan
diberi rahmat AlLah dan dengan izinnya juga
kita pasti akan berjaya menjatuhkan rejim
Yahudi ini...
aku juga dah berbincang tentang hal ni
dengan sahabat aku dan kami semua satu
suara bertekad untuk menyokong usaha ini
dan bagi aku sememangnya tak
menghadapai masalah kerana aku memang
sedang memboikot kebanyakan produk
MNC(multinasionalcorporation) kapitalis
yang ternyata mengamalkan konsep
ekonomi yang bertentangan dengan Islam,
walaupun bagaimanapun kami sedar dalam
dunia yang dikuasai oleh Yahudi dan AS
kami mungkin tidak berupaya untuk
melakukannya secara total, tapi apa yang
mungkin adalah dengan melakukannya
secara maksima yang mungkin, dan aku
mengaku iman aku lemah dan tak mampu
melakukan usaha ini secara total, banyak
perkara aku terpaksa bergantung kepada
produk mereka, ya AlLah ampunkan dosa
aku... memang tak sepatutnya aku berkata
macam tu kerana tempat bergantung hanya
satu AlLah yang esa....tapi.....so aku
berazam buat sehabis mungkin
insyaAlLah...jihad kita jihad, intifada
melawan Yahudi...

Ya AlLah Ya Tuhanku aku memohon


kekuatan untuk menentang kezaliman
Yahudi dan AS, aku juga bermohon
pelindungan kepada MU dari segala unsur
kejahatan dan ketidakbenaran, aku juga ya
AlLah Ya Tuhan ku, bermohon keampunan
kepada Mu kerana aku, Ya AlLah masih
mampu hidup bersenang lenang gelak
ketawa bergembira sehingga terlupa akan
nasib umat Islam di seluruh dunia ini yang
pada ketika ini berada dalam kesempitan
hidup, dikejar diburu oleh musuh Islam
durjana, dibunuh dirogol oleh penguasa dan
pemerintah ganas yang bernafsukan
binatang, diperlekeh dan diperkudakan oleh
manusia sialan Yahudi laknatulLah
penghapus etnik Muslim di muka bumi
ini...aku bermohon Ya AlLah agar kau
ingatkan aku tentang kedurjanaan dan
kecelakaan yang menimpa umat aku bila
sahaja perasaan ini akal ini lupa
mengingatiMu....dan aku bermohon agar
Kau tetap disampingku....selawat ke atas
Muhammad SAW... semoga usaha Mu
Muhammad kekasihku akan terus
berpanjangan ke akhir...amin amin Ya
Rabbal'alamin...
analog limapuluhsembilan - 20/01/01
ah...kena lagi!!! tah la..aku ingatkan semua
berjalan lancar...memang tak de alasan aku
rasa bagi diorang untuk ganggu majlis tu,
majlis sambutan hari raya, Perhimpunan
bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum
untuk menyambut perayaan masing
bersama rakan dari kaum lain, salah ke???
apa tujuan bawa Water Canon kalau bukan
sebab nak pancut, Black Maria pulak nak isi
rakyat!!! permit di bagi, polis trafik di hantar
untuk mengawal keadaan lalu lintas, tapi
sudah jadi, apa hak rakyat kali ini, takkan
nak menari tarian Naga, bergendang
Banghra, bergelek India, dan bersilat pun
tak boleh, ke mana hilangnya artikel 5 artikel 13 yang menyebut tentang hak asasi
individu, bagaimana bolehnya disekat
pengamalan adat ke atas individu sebuah
negara yang merdeka, mengarut aje!!!
at first masa aku tengok tempat
perhimpunan tu pagi tadi, memang aku
percaya segalanya berjalan lancar, aku
yakin polis kali ni ikhlas, polis pun turut
membantu dalam mengawal keadaan lalu
lintas, walaupun masa aku sampai kat sana

orang tak ramai lagi tapi aku percaya


keadaan akan berubah petang nanti,
persiapan yang teratur oleh pihak penganjur
memungkinkan berjayanya juga
perhimpunan ini, dalam perjalanan balik,
aku balik lebih kurang pukul 1 lebih, balik
awal sebab member aku Raof rasa
something dan tak nak teruskan duduk kat
situ, mungkin firasat die jangkakan sesuatu
buruk akan berlaku, masa perjalanan balik
tu memang aku dapat lihat kereta makin
banyak menghala ke arah venue
perhimpunan itu, dan keadaan semakin
sesak, dan dalam perjalanan balik aku
berdoa semuanya berjalan lancar taida hak
rakyat dinafikan dan tiada sesuatu yang
buruk berlaku, tapi malang apabila,
mengikut FAC [Free Anwar Campaign]
News perhimpunan itu telah disabotaj,
pelbagai janji telah dimungkiri, hak rakyat
untuk merayakan perayaan mereka dengan
keadaan yang tenang dan menggembirakan
telah dinafikan, bagaimana keadaan ini
boleh berlaku???? but anyway aku ucapkan
tahniah kepada organizer, kerana bagi aku
Perhimpunan Raya 100000 Rakyat di Telok
Medan Panglima Garang, Kuala Langat
telah berjaya, kerna ia bukan
mengumpulkan penyokong parti BA tetapi
mengumpulkan semua etnik kaum di negara
ini, semoga perpaduan sebegini akan terus
berlaku di tempat tinggal yang kita cintai
ini...alhamdulilLah...
petang ni seperti yang dijadualkan
sepatutnya Kroni Cikkiah akan berjumpa
dan 2 daripada ahlinya akan meng'opentable' kengkawan pukul lima ni, tapi malang
sekali berlaku perkara yang di luar kawalan,
sepupu Syikin meninggal dunia (al-Fatihah),
disebabkan dua orang kroni (Megat yang
balik kampung sebab nak amik handset
yang baru aje baik dan Syikin) sudah gagal
dalam usaha mengattendkan diri ke
Perhimpunan Raya Kroni Cikkiah maka
perhimpunan terpaksa dibatalkan, jadi tak
de lah MAKAN!!!
analog Gong Xi Fa Chai - Tahun Baru
China
kepada semua yang berbangsa Tionghua di
negara dan di seluruh dunia, aku nak
ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru
Cina, Gong Xi fa Chai.....to my chinesse
friends Im sorry, i couldnt go to any of my

friends place, khasnya kepada Teoh yang


bersusah payah meng'email' aku menjemput
aku datang ke rumah...sorry
aku sampai rumah pukul 9.30 semalam,
pukul 11.30 aku received panggilan telefon
dari kuteq, dia baru sampai kat kuale, die
suruh aku amik, tak mampu la pulak
rasanya, tak pe la kau datang aje la naik
teksi, chehhhh...lebih kurang 15 minit lepas
tu die sampai, naik kereta kancil sape tah,
die kata budak sama dengan dia balik dari
KL tadi, malam tadi dia tido umah aku....
analog enampuluhdua - 27/01/01
ahhh..tak tahu cam ne nak buat, takdir tak
leh nak ubah, jadi betullah bahawa manusia
atau masyarakat tidak boleh menentukan
hidupnya sendiri kecuali dengan izin AlLah,
bertentangan dengan apa yang diajar oleh
Prof Darby kat memember aku yang masuk
kelas Law and Social Theory, apa yang jadi
kat aku skang ni pun leh kira sama la jugak,
kalau tak pun sikit, alahh gitu la jugak, hari
ni memember aku budak Protokol main kat
Colors Damansara Uptown, shitman, aku
ingatkan esok.... alah kalau aku tau awal
hari ni pun aku tak gi jugak kot ke sana,
chehh, tak nak pulak rasanya korbankan
cuti, bukan apa depan ni nanti dah tak de
cuti dah, baik aku pergunakan cuti ni
dengan secukupnya, to Protokol aku mintak
maap, dan aku ucap tahniah la jugak sebab
release korang memang ngam cukup puas
hati lebih daripada itu, dan for sure aku akan
support korang, dan aku yakin jugak
bahawasanya korang memang ade
future....insyaAlLah, teruskan usaha mu, jika
usaha itu yang kau yakin
kan....insyaAlLah....
balik kali ni tak ramai member yang aku
jumpa tapi aku rasa cukuplah untuk cuti
pendek camni, hari raya cina kedua tu
jumpa Raof, die datang umah aku ajak gi
karaoke, kat kuale ade bukak satu lagi
tempat karaoke baru, so nak cuba la ni,
tunggu la kengkawan yang lain, tapi tak de
sorang pun turn up, jadi kami pun gi la amik
Epin then bertiga aje pergi melalak, ok jugak
la tempat tu, but to open la pulak... semalam
lepak kat Pantai Timor, dengan Abang Chik,
Kameel, Epin, Dijun, Wan Chichak, Ghulam,
Balraj, SideKong, lagi ade beberapa lagi
memember macam Ija, Jojie, Boy, E, Man

Chirok and awek die, Raof, member abang


Chik tah tak ingat lagi dah..tapi best jugak
la, dari bukak kedai sampai la kedai
tutup...malam lak Pancut datang umah ajak
aku gi Khghonde lepak sembang...
pagi tadi Nizam call, die ada kat KL skang,
dia tanya aku pasal gig, die nak pegi...tak pe
la jugak ada gak yang nak support Protokol
nanti...all the best Protokol...insyaAlLah..
analog enampuluhtiga - 28/01/01
ahhhh, akhirnya sampai gak aku kat S Alam
ni, tapi tak sempat lagi nak balik rumah, dari
KL terus singgah Sec 2, pergi rumah kedua
aku - Campus Solution, penat giler aku, tak
larat dah ni, tapi boleh lagi... aku dari Kuale
dengan Kuteq tadi pukul 1 naik Sarata,
itupun sampai lambat, pukul 1.30 baru bas
gerak, selalu ikut highway tapi kali ni ikut
jalan lama, highway jam! ahh sure kacau
kali ni aku ingat mesti lambat sampai nyer,
sampai kat Ipoh pukul 2.30, lepas semayang
cari bas jap, dapat bas pukul 3, bas kilang
bas tambahan, tupun aku dapat tiket dari
sorang brader tu, tah kenapa die tak nak
naik aku pun tak tau, nyaris la ade dua, satu
tu die punya bini punya kot, mula aku ngan
Kuteq ingatkan tipu punya orang, tapi bila
die bawak jumpa bini die percaya gak
aku....dapat gak aku balik. Highway ari ni
jam, selalu dalam masa 2 1/2 jam dah boleh
sampai KL tapi kali ni makan masa 4 jam la
jugak, sampai lebih kurang pukul 7.30 kat
KL tadi...asal balik sudah lah....
AlhamdulilLah...
analog penyatuan bangsa - MELAYU
BARU
'PAS selesa menjadi pembangkang hingga
tahun 2004' - Ustaz Haji Fadhil Noor.
Apa yang boleh kita simpulkan dari
penyataan di atas?? Penyataan ni timbul
disebabkan ada rasa tidak puas hati
sesetengah pihak tentang usaha pucuk
pimpinan PAS untuk terus berbaik dengan
UMNO, isu penyatuan bangsa Melayu yang
dikatakan pecah oleh pemimpin UMNO bagi
sesetengah pihak merupakan satu usaha
escapism pemimpin tertinggi UMNO dari
masalah perpecahan parti itu angkara
pemimpin itu sendiri, usaha itu juga
merupakan salah satu cara untuk

memastikan UMNO yang nazak itu terus


hidup. Pelbagai teori dari penganalisa politik
juga timbul, ada yang mengatakan bahawa
tidak mungkin bagi PAS yang berusaha
memaki hamun serta mendedahkan
pelbagai penyelewangan pucuk pimpinan
UMNO untuk berbaik-baik semula dengan
UMNO setelah dicerai talak tiga dan dihalau
dengan angkuh oleh UMNO dari Barisan
Nasional pada tahun 1978. Ada juga yang
kata mereka boleh bersatu semula, seperti
dahulu, sehingga terdengar bahawa
Mahathir tidak menolak usaha PAS jika
mereka mahu masuk BN semula.
tapi bila aku perhatikan tajuk berita Harakah
keluaran 1 Februari tu, seperti yang di atas,
ada pelbagai kemungkinan yang boleh
berlaku, berserta dengan komen terbaru
penganalisa politik serta ahli politik parti
tersebut, pelbagai andaian dan kesimpulan
boleh dilakukan, salah satunya, PAS akan
hanya jadi pembangakan hingga tahun 2004
paling lambat pun, dan selepas itu
insyaAlLah akan jadi kerajaan bersama
rakan pembangkang yang lain dalam
barisan alternatif, dan masa tu pun Barisan
Alternatif pun kena tukar nama, sebab
diorang dah jadi plihan utama dan bukan
alternatif lagi..... tapi boleh juga kita buat
andaian yang kedua, PAS tidak akan jadi
pembangkang lagi 2004 nanti, no more
opposition, diorang akan jadi kerajaan, tapi
berbeza dengan tadi, diorang bukan
bersama rakan dalam Barisan Alterntif
sekarang, tapi dengan UMNO, di bawah
pakatan BN kalau tidak pun bersama UMNO
dengan pakatan yang lebih besar dan
menyeluruh..insyaAlLah...dan andaian yang
aku buat ini ada reason yang tersendiri...
walaupun PAS pernah ditikam dari belakang
oleh UMNO, tahun 1978 lalu, tapi ini tidak
menjadi faktor untuk mereka tidak bersatu
lagi, jika diperatikan pada 1990 mereka
masih mampu berbaik dengan orang yang
menjadi punca tertendangnya mereka keluar
dari BN tahun 1978, dan mereka juga
sekarang berbaik dengan Anwar Ibrahim
yang pernah mengutuk mengata mereka
ketika beliau masih berada dalam UMNO,
inikan pula untuk berbaik dengan Mahthir
yang pernah berada di atas pentas PAS
pada awal tahun 1970an, dan tak mustahil
untuk memantapkan lagi PAS (dengan
menjadikan beberapa pemimpin mereka

menteri pusat) InsyaAlLah, usaha ke arah


penyatuan ini mungkin benar, sejarah pasti
berulang!!! tapi ini semua andaian yang
pada hakikatnya aku sendiri takut untuk
terima jika ia benar terjadi....
however aku yakin bahawa politik Melayu
Baru sekarang telah berubah, dan aku
optimis kepimpinan yang lebih ke arah
Islamik akan wujud dan politik ala
Machiavelli akan terhapus di tempat tinggal
kita yang kita cintai..
aku juga optimis bahawa Melayu Baru
sudah tidak bersifat perkauman dan lebih
mementingkan keadilan sejagat, kebenaran
hakiki dan kebebasan sepatutnya tanpa
mengira kaum bangsa keturunan dan
agama.....Amin...
analog Jiwa Kacau - 30/01/01
tengah hari tadi aku pegi bank, nak keluar
duit, jadi aku amik no, no aku 233, masa tu
no baru naik 130, ada 100 lagi, jadi aku
dengan Mat Jan dan Ezni pergi makan dulu
kat cafe Budi Siswa(HEP), habis makan no
baru naik 170 lebih, pegi semayang dulu,
sesak jugak surau masa tu, habis semayang
no baru naik 190, Mat Jan ngan Ezni turun
gi library, jadi tinggal la aku sengsorang kat
Menara, lepak kat situ perati orang dalam
kepala macam aku pikir, jiwa dalam
memang kacau, pantang dok sorang dah
sure banyak benda nak fikir, dari yang patut
difikirkan sampailah ke benda yang tak
patut dipikirkan, tengok budak rakan
setempat pengajian aku ni, terasa tercermin
balik perangai aku, kalau aku cakap diorang
teruk bermakna aku jugak teruk, dalam
keadaan ni aku tak nak tuding jari kat
sesiapa, sape buruk sape bagus aku tak
tau, cuma yang aku tau akhlak seseorang
muslim tu tercermin dengan akhlak muslim
yang lain, teringat aku pada satu hadis
rasululLah SAW, "nanti wujud di akhir
zaman satu golongan umat Islam yang
Islam di pagi hari tapi kafir di petangnya",
dan hadis itu nampak nya telah
menunjukkan buktinya sekarang,
bagaimana hidup aku dan ramai lagi umat
Islam sekarang yang dah jadi seperti apa
yang disabda oleh rasululLah...
aku perati lagi kiri kanan aku...yang aku
nampak suasana sekarang memang pada

aku tidak sepatutnya suasana yang


sepatutnya, aku berada dalam suasana
yang bukan suasana aku, dunia ini sekarang
dunia orang lain.....
memang aku nampak dah matlamat yang
patut aku tuju, tapi aku tak pasti jalannya,
kenderaannya dan caranya menuju ke arah
matlamat tersebut, dan aku pasti ramai lagi
sahabat aku yang berhadapan dengan
situasi macam ni....
aku masuk dalam bank, lepas 20 no, aku
dapat duit aku....

padukan Melayu yang konon baginya telah


berpecah, dan mungkin juga jika di ambil
atas peristiwa yang telah berlaku ketika OPs
Lalang, kebanyakan pemimpin
pembangkang ditangkap walaupun pada
mulanya yang mencetuskan ketegangan
adalah pihak UMNO dan MCA yang nyata
bersifat perkaumannya, jadi untuk
mengelakkan ditangkap dan pilihan terbaik
adalah untuk bersatu dengan UMNO maka
PAS atau lain pemimpin parti politik
pembakang terpaksa menerima cadangan
UMNO untuk duduk bersatu demi
mengembalikan ketenangan dalam
negara....

Ya AlLah, ampuni dosa aku...


analog Perpaduan Nasional - 1/02/01
18SG
Ekstrem Nasionalis ganas, sama seperti
Parti Komunis Malaya dan al-Maunah
hari ni aku tengok dalam Malaysia Kini
Barisan Bertindak Melayu (BBM), pimpinan
Ibrahim Ali nak buat satu perhimpunan yang
memang totally bersifat perkauman,
perhimpunan tu dirancang untuk dibuat di
Kampung Baru Kuala Lumpur, dilihat pada
poster seperti di atas, sememangnya ia
bertujuan untuk keganasan, bukan
mempertahankan hak sesiapa atau mana
kaum, tindakan ini bukan sahaja boleh
membawa kepada Operasi Lalang tahun
1989 (1987?) bahkan boleh mencetus
kembali peristiwa berdarah yang kita tidak
ingini untuk berlaku - peristiwa 13 Mei 1969,
dan perwira Melayunya tak lain dan tak
bukan adalah pewira yang membuat kacau
ketika perhimpunan yang menyebabkan
Ops Lalang dan juga pewira yang berjaya
membawa kembali Kelantan kepada BN
1978(?) menerusi cara kotor paling
jijik...sekarang pewira itu kembali untuk
mencetuskan satu lagi versi huru hara inter
racial trilineum...nauzubilLah
sepekara lagi yang dapat aku pikirkan
tentang perhimpunan ini nanti jika ia jadi
ialah, ada kait rapat dengan soal muzakarah
yang akan diadakan antara UMNO - PAS,
berkemungkinan untuk mengelakkan
pertumpahan darah atau huru hara,
kerajaan pimpinan Mahathir mungkin akan
menggunakan alasan ini untuk menyatu

aku harap masing dapat bertenang dan aku


bermohon agar orang Melayu tidak
terpengaruh dengan umpan yang diberikan
oleh BBM untuk menyokong mereka
melakukan permusuhan kaum yang
terangan di dalam negara majmuk ini, dan
aku optimis bahawa rakyat malaysia
sekarang telah meninggalkan amalan kolot
politik perkauman yang jelas bertentangan
dengan agama dan nilai kemanusiaan, aku
juga optimis bahawa rakyat malaysia
sekarang sudah mengamalkan politik tulus
suci yang tidak mementingkan diri sendiri,
meninggalkan prisip politik Machiavelli 'end
justify the means', katakan bahawa kita
manusia mulia makhluk yang
esa...insyaAlLah...amin
analog Aku - 2/2/01
selalu jugak aku terfikir, pasal diri aku ni,
aku sememangnya ada dua identiti, split
identity, kata orang putih, itulah kalau ada
yang peka kadang mesti hairan sebab aku
selalu sembang pasal benda agama dan
pada masa yang sama dalam log aku juga
ada cerita pasal aku gi karaoke (analog
enampuluhdua - 27/01/01) dan lain aktiviti
lagho yang aku buat, sebelah atas fatwa
yusof qardhawi, tapi sebelah bawah pulak
lirik lagu lara hati, tak ker bertentangan tu,
tapi terimalah hakikat, itulah aku, conflict
dalam diri aku memang kalau orang yang
tak rapat dengan aku mesti tak tau, tak
paham dan akan rasa seperti aku ni seorang
yang hipokrit, conflict antara salah dan
benar, sebelah hati aku inginkan kebenaran,
dan cinta pada AlLah dan rasululLah tapi
yang sebelah lagi cintakan dunia dan segala
ni'mat hidup yang sementara ini, itulah

hakikat, dan aku yakin pada AlLah, AlLah


akan beri petunjuk dan hidayah untuk
hambanya yang mahukan kebenaran,
insyaAlLah mudahan amin...aku juga harap
sahabat akan doakan...
manusia sentiasa ingin menunjukkan rasa
tidak puas hati bila sesuatu yang
bertentangan dengan kehendaknya terjadi,
keadaan sekarang yang pada pandangan
aku tidaklah merupakan satu suasana
sepatutnya umat Islam jalani, tambah lagi
keadaan di tempat belajar aku ni, so untuk
menujukkan ketidakpuasan hati aku ni pada
sosial termasuk diri sendiri aku buat satu
self-expression melalui pakaian, tadi aku
pergi kelas UIS (kelas Perundangan Islam)
dengan pakai kurta (jubah separa labuh)
lepas semayang jumaat tadi, jadi terkejut
jugak fakulti aku tadi yang sememangnya
glamor dengan pelajar vogue,
sememangnya pelbagai reaksi positif negatif
dari budak kat situ especially memember
aku, sampai lecturer BEL (reading english)
aku pun heran, mujahiddin ke,
insyaAlLah...amalkan sunnah walaupun di
tempat yang orang tak leh terima, kita buat
jahat orang kata salah, kita buat baik ikut
sunnah nabi muhammad pun orang kata
salah, abis tu kita nak buat apa?? nak buat
benda baik ke, benda jahat!!!! dua saat dari
sekaranggggg!!!! kata Ustaz-dulu-rocksekarang-dakwah Akhil Hai Rawa....dah
tentulah nak buat benda baik kan...
insyaAlLah, walaupun aku tak selalu
amalkan sunnah nabi tapi aku yakin bahawa
kejayaan dunia akhirat bagi seseorang
Muslim akan hanya didapati dengan
mengamalkan sunnah Muhammad saw....
walaupun petang tadi apa yang aku buat
hanya untuk memberi message pada
memember aku sekuliah dan bukan satu
amalan yang selalu aku buat tapi aku yakin
insyaAlLah AlLah akan beri petunjuk dan
hidayah kepada aku... aku nak hantar mesej
bahawa tak mustahil untuk mengamalkan
agama dan sunnah muhammad saw pada
keadaan dan masa sekarang yang penuh
dengan unsur kemewahan keglamoran dan
kematerialan, perasaan malu pasti akan
timbul bila nak buat sesuatu yang dituntut
oleh AlLah, macam aku tadi aku tak nafikan
terasa malu aku nak masuk dewan kuliah
dengan berkurta dan berselipar jepun, tapi
aku yakin dengan satu hadis rasululLah
bahawa sesiapa yang sanggup malu demi

AlLah dan rasulNya, pasti AlLah juga akan


malu kepadanya pada hari hisab kelak..
Islam dan amalan sunnah Muhammad saw
sesuai untuk semua zaman, bukan khusus
untuk mentyinari zaman jahiliyyah zaman
gelap arab, jika tidak sesuai pada zaman
sekarang lebih baik baginda diturunkan
sekarang supaya boleh disesuaikan...
kerana sesungguhnya Muhammad adalah
pelengkap akhlak.... mesej tu aku tujukan
bukan sahaja untuk memember aku tapi
untuk aku juga supaya akan berusaha terus
kearah MAKSIMA ISLAM MINIMA
MATERIAL/DUNIA....insyaAlLah...
aku ni bukannya budak baik, aku selalu
ingkar dengan perintah AlLah, jadi aku nak
sahabat aku tolong aku, tegur aku, ingatkan
aku kalau aku ada buat silap....
insyaAlLah....
analog Hujung Minggu - 3/2/01
ari ni pegi jamuan hari lahir Sryhati and
Duya, Selamat Hari Lahir aku nak ucapkan
kat diorang... and thank you for all the food...
aku tak lama kat jamuan tu, sebab aku dah
janji dengan Kuteq and Nizam nak gi gig kat
Ampang Point, kat Heaven Studio, jadi
sampai juga la aku kat gig yang dah sekian
lama aku tak pergi, ari ni banyak gak la
budak Ipoh Taiping and Kualer yang main,
4Elm Street, Flopypop, FOR, Toxin99%,
Dead Symphony... jadi memang niat aku
nak pegi saja nak jumpa member, bukan
nak enjoy macam dulu...
ramai jugak la kenalan dari dunia 'bawah
tanah ni yang aku jumpa', tapi memang kali
ni aku terasa ada lain macam jugak, aku
rasa rimas dengan suasana, keadaan
rakan sebaya aku buat aku berpikir, dan
apa yang aku nampak kalau setakat buat
gig atau apa contributon to the DIY world
just for the sake to enjoy, baik tinggalkan aja
la, pointless!!! aku tak nampak sekarang ni
dunia yang dulunya aku percaya, dapat
mengubah atau menghasil satu generasi
baru, diorang bukan akan menghasilkan
generasi yang lebih baik dari generasi
sekarang tapi mereka akan membuat atau
mewarisi kebencanaan generasi sekarang
ini, selagi dunia yang diyakini minoritas belia
ini masih lagi mengamalkann sesuatu yang
sia selagi itu la juga kita tak dapat

mengubah masyarakat atau menghasilkan


satu generasi yang lebih baik... ambil dadah
minuman keras, seks bebas, dan pergaulan
melampau sesama seks atau berlawanan
merupakan unsur yang sia yang patut
ditinggalkan, semua unsur ini jelas nyata
merugikan dan sejarah telah membuktikan
kesan buruknya!!! jadi hari ni gig yang aku
pergi tu bukan sahaja memualkan aku
malahan membuatkan aku menyampah
dengan dunia yang aku dulu pernah
percaya.....
analog Hujung Minggu II - 4/2/01
tak de apa aktiviti menarik hari ni, pagi
lepas bangun tido dengar kaset, The Best of
Dewa, *****, Konsert Akar, Srikandi Cintaku
dan Canggong Medonan. Sejak dua tiga
menjak ni, aku betul tertarik dengan karya
M Nasir dan Dewa. Memang hasil seni
diorang ni punyai kelainan baik dari segi
muzik mahupun liriknya. Memang best, dan
dengan sendirinya kecenderungan aku ke
arah muzik underground terhakis sedikit
demi sedikit, kalau dulu aku terasa ada
kepuasan bila bermain dan mendengar
muzik bising ganaz, laju dan bertenaga tapi
sekarang mungkin aku terpaksa pikirkan
balik kegemaran aku tu. Tambah lagi bila
pegi gig semalam macam aku pikir.
Keputusan Aie nak quit dari benda ni, yang
dia cerita kat aku raya baru ni juga jadi salah
satu sebab aku dah mula tawar hati dengan
apa yang menjadi pentas perjuangan aku
mengeluarkan perasaan terpendam,
chehhhhh...dan banyak lagi perkara
berbangkit, yang aku pasti insyaAlLah aku
dah jumpa yang sepatutnya dan telah mula
sedar akan yang tak sepatutnya, setelah
sekian lama aku berkonflik dengan jiwa dan
perasaan aku sendiri. Walau camner pun
aku still terasa dan teringin nak luahkan juga
apa yang ada dalam diri aku ni melalui
muzik dan lagu, tapi mungkin caranya tak
macam dulu. SO CAMNER AIE!!!
hehehehe...
ari ni aku tengok dalam Malaysiakini ada
beberapa berita dalam tu betul menarik
perhatian aku, dan aku yakin politik
malaysia selepas ini akan jadi lebih meriah
dan padat dengan teknik skills dan muslihat
para ahli politik yang amat berguna kepada
penganalisis politik dan pemimpin masa
depan untuk membuat situasi sekarang

sebagai bahan rujukan yang berguna


kepada diri masing. Bicara politik Ibrahim
Ali dan Ghafar Baba dalam perhimpunan
total bersifat perkauman 'Tak Melayu Hilang
Di Dunia' di PWTC mendatangkan pelbagai
tanda tanya. Keanggotaan tokoh bekas
pemimpin UMNO dalam Badan Bertindak
Melayu (BBM), seperti Tan Sri Musa Hitam,
Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Ghazali
Shafie, Datuk Harun Idris dan Tan Sri
Sanusi Junid juga membawa pelbagai
maksud. Begitu juga dengan keanggotaan
beberapa aktivis masyarakat seperti
Profesor Diraja Ungku Aziz, Tan Sri Harun
Hashim, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam,
Prof Datuk Dr Mahmud Zuhdi dan Datuk
Nakhaie Ahmad dalam badan ini boleh
mengilhamkan pelbagai soalan. Ditambah
pula dengan kehadiran seorang timbalan
menteri UMNO, Datuk Khalid Yunus seperti
ada sesuatu yang tak dijangka akn berlaku.
Pelbagai andaian boleh diandaikan, adakah
Ibrahim Ali nak jadi wira lagi, setelah
beberapa tahun ni kerap benar dia memuji
Mahathir tapi kali ni kenapa dia mengatakan
Mahathir adalah salah seorang pemusnah
bangsa. Kemasukan semula beberapa
tokoh yang dikecewakan kedalam gelojak
politik negara kali ini juga seperti memberi
amaran bahawa mereka ingin kembali
membalas dendam setelah dijatuhkan.
Tetapi yang pasti ternampak dengan begitu
jelas bahwa Mahathir telah tidak disukai
oleh segenap lapisan masyarakat negara,
hinggakan ahli UMNO yang dipimpinnya
sendiri menetangnya dan melabelkan
dirinya sebagai penghancur bangsa. UMNO
juga sudah begitu tenat disebabkan
Mahathir yang betul mengambil kesempatan
mempergunakan UMNO sebagai penerus
perjuangannya mempertahankan kuasa dan
kekayaan dirinya dan kroninya.
tapi personally aku kutuk dan menentang
usaha sesetengah pihak memperguna dan
menghina mahasiswa. Hampir beberapa
ratus mahasiswa tempat aku belajar ni telah
dikerahkan untuk ke perhimpunan anjuran
BBM tersebut, bantuan bas dan peluang
mendapatkan cop untuk menjadi kelayakan
duduk di kolej untuk semester yang berikut
menjadi gula galang upah kepada
penyertaan mengikuti perhimpunan.
Mahasiswa dilarang untuk berdemonstrasi
menyatakan hak untuk bersuara,
menentang kezaliman, penyalahgunaan

kuasa dan rasuah, tapi kenapa mereka


dibenarkan untuk menyertai perhimpunan
diPWTC, bukan sahaja dibenarkan malahan
mendapat galakan dan dorongan lagi dari
pihak yang berkuasa. Tiada bezanya
perhimpunan menentang kezaliman, salah
guna kuasa dan rasuah dengan
perhimpunan memperjuangkan hak Melayu
ini. Malahan perhimpunan di PWTC ini lebih
teruk dan berisiko tinggi kerana bersifat
perkauman dan berpotensi menjadi faktor
pemecah belahan perpaduan kaum dalam
negara majmuk Malaysia ini. Bukankah
kedatangan mahasiwa ke perhimpunan ini
mencabul AUKU dan AKTA174. kalau
sendiri buat tak pe, tapi kalau orang lain
buat semua salah!!!. Sampai bila lagi
mahasiswa negara ni nak terus ikut dengar
tanpa ade pikir baik buruk tentang sesuatu.
Seperti sudah ada mikrocip dalam otak
supaya melakukan apa yang diprogramkan,
untuk belajar sahaja, dan ternyata mikrocip
yang berlabel AUKU/Akta 174/Akta
Universiti Teknologi Mara berjaya
menghasilkan android yang pasif hanya
mendengar dan menurut apa yang
diprogramkan. Pelbagai cara telah dilakukan
oleh pelajar untuk menyatakan pendapat
tentang situasi sekarang baik dengan cara
haram mahupun dengan cara yang
mengikut prosedur tetap juga akan
dikenakan tindakan. Buat perhimpunan
kena, hantar memorendum kena n buat
surat bantahan pun kena. Abis tu jadila
mahasiswa ni android tak pun yang lebih
koservatif lagi jadi zombie..... Hina dan tak
bermaruahnya mahasiswa!!! TUKAR!!!!
UBAH!!!!!
analog Melayu Lagi - 6/2/01
apa lagi cerita kalau tak pasal penyatuan
Melayu. Sememangnya aku tertarik dengan
isu ini. Pada aku isu ini jadi penentu masa
depan politik negara. Apakah kita akan terus
mengamalkan politik tradisi kita politik
mengikut pola perkauman dengan masing
punyai sifat chauvinism yang menebal dan
berkepentingan bagi kaum masing sahaja?
Mungkinkah jugak kita dapat mengubah
tradisi ini dengan menggantikannya dengan
politik kemanusiaan tanpa kira warna kulit
bangsa keturunan? Semuanya pada
pandangan aku terletak dalam bagaimana
orang Melayu menagani permasalahan
yang berlaku terhadap segelintir daripada

mereka. Yang menjadi punca cuma


seorang dua orang yang ingin
mempertahankan kuasa. Tapi dikatakan,
yang bergolak hampir kesuluruhannya. Jadi
masalahnya yang sebenar adalah tentang
peralihan kuasa yang mana sepatutnya
berkuasa. Hampir keseluruhan Melayu
mengikut kajian dan pandangan mata kasar
aku (aku tak dapat nak bagi autoriti untuk
membantu hujah aku ini, tapi aku yakin
tentang ini) sudah mula berubah sikap dan
mentaliti. Ketaatan feudalism yang tersemat
sekian lama dari zaman Kesultanan Melayu
Melaka hingga ke zaman Tunku dan the
other three PM membawa ke zaman ini
sudah mula terhakis sikit demi sikit. Mungkin
disebabkan kesedaran Islam yang tinggi
mahupun sudah bertambah pengetahuan
tentang ilmu sekular-demokrasi. Melayu
sekarang yang dikatakan berpecah telah
membawa masalah kepada pucuk
pemerintah penguasa angkuh yang semakin
sekarang sudah mula hilang pengaruh dan
sifat kefeudalism yang sepatutnya ada pada
penguasa Melayu totok ortodok
konservativesme. Peralihan kuasa serta
mentaliti Melayu sekarang amat merisaukan
penguasa yang mementingkan diri dan
kroni. Jadi timbullah dongengan perpecahan
mewarnai persada Melayu negara yang
pada hakikatnya yang sebenar Melayu
sudah bersatu di bawah kuasa lain yang
lebih berhak berkuasa.
jadi apa yang berlaku di PWTC memang
menarik, macam yang aku cakap ari tu,
perhimpunan ini makin memeriahkan lagi
gelanggang politik Malaysia yang sudah
sediakala meriah sejak kebelakangan ini.
Setakat yang aku terpikir ni aku rasa
pembalasan dari wira kecundang mungkin
akan dibantu oleh musuh wira menang,
yang pada masa yang sama wira menang
juga menginginkan bantuan musuh mereka
ini untuk mempertahankan kedudukan.
Wira kecundang pernah bersekutu dengan
musuh dan pernah juga mereka pergunakan
sebelum ini sama seperti wira menang
mempergunakan musuh mereka di ketika
pertempuran tahun 1974 dan 1978. Wira
kecundang ini ingin melawan wira menang
dari dalam kesatuan pencak pertempuran
yang sama. Untuk tujuan mengepalai
kesatuan pencak ini. Dan jelas sekarang
musuh terlampau kuat sehingga menjadi
rebutan dua golongan wira dalam kesatuan

pencak ini. Mungkin betul mungkin tak....apa


yang boleh kita lakukan tunggu dan
lihat...doakan
kesejahteraan...insyaAlLah..amin
dan hari ini aku dapat berita yang paling
best tentang tempat yang aku belaja ni... VC
baru orang kuat UMNO, UMNO totok, jadi
lengkaplah tempat belaja aku ni dengan
keUMNOannya...steadylaaaaa..... YDP
sokong UMNO, VC pun orang kuat UMNO,
caMNO nak non partisan nye budak...
analog sakit - 8/2/01
ari ni aku tak beberapa sihat, semalam aku
demam, pening kepala dan cirit birit, tapi
terpaksa gak aku bertungkus lumus kena
siapkan assignment Tort yang kena hantar
hari ni.. padan muka! sapa suruh buat last
minit, balik aku rasa memang flat gile... cam
ne ni!! teringat lak aku, pernah gak aku
terbaca tentang kelebihan surah alam
nasyrah, elok untuk ubat pening dan
demam... aku tak hapal surah tu, jadi aku
suruh Lan jampi air dengan surah tu, sebab
Lan hapal, jadi alhamdulilLah hari ni aku dah
tak demam dan tak pening dah..cuma cirit
birit tu tak hilang lagi.... pagi nye kelas aku
ponteng, petang aku kena datang gak sebab
ada test....chehhh...dah tu plak terkantol lak
aku bawak toyol...nyaris Puan Norila lecturer
aku tak amik tindakan..heheheh... petang
tadi aku gi klinik...doktor tu ingat aku nak
MC aje kot.. tapi tak pe laaa...asal aku baik
sihat dah la..insyaAlLah..
ari ni Mie ngan Monte balik kampung,
diorang dah tak menyewa kat tempat yang
aku sewa tu... aku doakan keselamatan dan
kejayaan korang....
kadang yang termanis dalam hidup datang
sekali sahaja, terpulang kepada kita nak
ambil atau tak.... dan ia pasti tak datang
lagi!!!! tapi insyaAlLah, pengorbanan hari ini
pasti akan mendapat balasan juga suatu
hari nanti....
analog seketika - 11/2/01
tentera Firaun berjuang, begitu juga nabi
Musa yang diperangi Firaun juga berjuang.
tentera kafir musyrikin Mekah berjuang juga
tentera RasululLah juga berjuang... tentera
Amerika berjuang, juga tentera Iraq

berjuang mempertahankan tanah air yang


dipearangi....tentera Firaun kalah begitu
juga tentera kafir musyrikin Mekah juga
kalah dalam perang Badar, sama seperti
kalahnya tentera Islam dalam perang Uhud,
tentera Iraq juga kalah sehingga hari ni
kesan kekalahannya terasa....tak lupa juga
orang Palestin sekarang yang berjuang hasil
dari kesilapan dan kekalahan orang meraka
yang terdahulu... Amerika pernah menang
yahudi pun pernah menang, RasululLah
pernah menang begitu juga kafir Quraisy
pernah menang... semua orang yang
berjuang pasti ada kalah pasti ada
menang... tapi ingat ada perbezaan dalam
setiap perjuangan yang dilakukan
manusia....sesiapa yang berjuang di jalan
AlLah sudah pasti jawabnya balasan yang
tak terhingga kemanisan mati dan
keselesaan kehidupan semula di alam
barzakh dan akhirat....dan bagi mereka yang
matlamat berjuang bukan demi AlLah maka
pastilah azab sengsara yang menanti di
dunia akan datang....perjuangan kita di
dunia penentu kehidupan kita di akhirat
kelak. setiap manusia yang hidup di dunia
pasti akan berjuang, paling tidak berjuang
untuk hidup... kerana hidup itu sendiri
adalah satu perjuangan, tapi adakah aku
serta sahabat sekalian (kita) tahu matlamat
perjuangan kita, jika kita tidak tahu kenal
pasti matlamat itu dengan melihat pada diri,
kenal jati diri selidiki asal usul kejadian dan
terhamparnya kita ke dunia ini, tapi jika tahu
apakah perjuangan kita sudahkah kita kenal
pasti jalannya, apa contohnya atau lebih
tepat siapa contohnya, ikutkah kita??? aku
bertanya pada diri aku juga .. senang nak
sampaikan tapi bisakah aku amalkan...
insyaAlLah!!!
minta maap Mat Jan, aku banyak rehat dari
tolong kau buat assignment Law and
Economics... insyaAlLah aku doakan
kejayaan kat kau dunia akhirat... terima
kasih.. alhamdulilLah...
analog Hipokrit - 13/2/01
kalau dulu Lan ada tulis pasal hipokrit dalam
log dia kali ni aku jugak nak tulis pasal
benda ni...hidup dalam kepura-puraan bak
kata Lan, tapi kadang kita mesti jugak
hipokrit.. sebab apa kita kena hipokrit???
kadang sebab nak jaga hati member!!!
kadang nak kena jaga hati orang lain!!!

kepentingan kita terpaksa kita ketepikan


disebabkan orang lain, terpaksa hipokrit!!
aku teringat aku pernah bertengkar dengan
member aku pasal benda ni masa form 5
dulu kalau tak silap aku... mati aku
pertahankan apa yang kita lakukan tu bukan
hipokrit tapi cuma untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan kita, dan dia mati
mempertahankan kepentingan orang lain
dengan meninggalkan prinsip kita tu adalah
satu kehipokritan!! dan lama aku makin
sedar bahawa itu semua kehipokritan... dan
itu hipokrit yang kita mesti lakukan..!!!! dan
sekarang dan mungkin untuk beberapa
ketika aku mungkin berada dalam lembah
kehipokritan... dan aku terpaksa!!!
satt... jap!! aku nak korang peratikan tentang
peristiwa ni, kalau aku salah tentang
peristiwa ni korang betulkan aku...pernah
satu ketika junjungan nabi kita Muhammad
saw ketika sedang berbual dengan
sahabatnya terselak kain hingga melepasi
lutut, dan dia membiarkan seketika
sehinggalah seorang sahabatnya yang rapat
dan tegas tentang hukum (tak pasti sama
ada Abu Bakar atau Umar) masuk barulah
dia membetulkan kainnya... apakah tindakan
rasululLah ini juga satu tindakan hipokrit???
nilai kan laaa dan bagi feedback kat aku!!!
analog Hawa - 13/2/01
hawa dicipta ke dunia untuk menemani sang
adam...
membuak (bak kata saharil), kadang
sampai melimpah, ada juga yang
berbonggol dan berbenjol, yang sendat
lagi ketat tak tinggal juga, yang
menampakkan lurah ada yang nampak
pusat pun ada, kadang tak tertahan tapi ku
tahan juga Jebat!!! kadang tak puas tapi ku
cuba juga nak puas....apa mereka semua
tak de harga diri ke??? sanggup tunjuk
benda berharga mereka!!! kenapa aku kata
berharga?? sebab benda tu menarik sang
Adam untuk berlaku seks dengan mereka....
apa rela kita berlaku seks dengan bukan
orang yang kita cintai???? itu tandanya jual
tubuh..jual ke?? bagi free kot...!!!
bahana dari sang Hawa yang semakin lama
semakin murah yang semakain ramai yang
dah tak sedar diri tak ingat asal usul diri itu
punya harga diri...sang Hawa memang

diciptakan untuk Adam.. tapi adakah dengan


itu maksudnya?? pemuas nafsu shahwat
semata bagi sang Adam yang
kegersangan... bahana yang dibawa oleh
sebahagian besar Hawa memberi kesan
buruk kepada diri mereka sendiri...tapi
dalam masa yang sama banyak aku lihat
sekarang yang memperjuangkan nasib sang
Hawa... equalitylah... womens rights lah
apalagi lahh... semua tu dituntut, semua tu
diminta.. kata mereka diri mereka ditindas...
memang kita akui yang tindas mereka
adalah sang Adam tapi tanpa kerelaan
mereka sendiri sang Adam tak mungkin
menindas...
eksploitasi wanita dalam bidang perniagaan
oleh syarikat besar terutama dalam bidang
pengiklanan tidak pernah disedari oleh sang
Hawa, yang mereka mahu kecantikan susuk
tubuh dapat ditatapi oleh semua...betapa
murah tubuh mereka.. kadang kadang untuk
membantu dalam memmpromosikan produk
cat tertentu mereka sanggup seksi berbogel
dalam kalendar dan katalog, pereka fesyen
juga lebih menumpukan kepada fesyen
sang Hawa, kerana apa? kerana sang Hawa
mudah memenuhi tuntutan keuntungan
mereka, pelbagai fesyen pakaian wanita
yang kadang melampaui batas moral dijual
dan dipasarkan, tanpa ada potensi market
maka tidalah wujud fesyen sebegitu, dan
siapa hambanya?? sang Hawa juga...!!dan
itu juga mereka hendak tuntut hak... hak
yang mulia di bagi di tolak...
yang bertudung juga tak lupa, atas tutup,
tapi bawah berbonggollah, berbenjolan,
ada sesetengah tu yang nampak lurah
nampak pusat....baik tak yah pakai..!!!
kadang tu terpikir gak aku diorang ni tak
terpikir ke yang AlLah dah bagi
penghormatan dan taraf tinggi pada mereka,
dari segi pakaian AlLah jaga mereka, aurat
mereka AlLah tentukan untuk tidak
menyusahkan mereka sendiri, tapi mereka
ingkar jadi terjadilah cerita seram yang tak
nak kita dengar dan cerita sedih yang tak
cukup air mata kita nak nangis, macam
cerita kak suzyhaili baru ni, memang aku
mengaku sang Adam memang ada nafsu
jahat, tapi aku tetap nak berkongsi bersama
dengan sang Hawa kesalahan yang
dilakukan, kak suzyhaili memang tak
bersalah, apa arwah pakai hari tu memang
sopan, tapi kenapa kena juga... sebab sang

Adam jahat?? mungkin sang Adam yang itu


dari spesis jahat, tapi jahatnya nak
disebabkan tengok sang Hawa yang jahat
menaikkan nafsunya, bukan kak suzy, tapi
kawan sekaumnya yang berjaya menaikkan
nafsu buas sang Adam!!! jadi sang Adam
yang tak tahan dan tak puas ingin
memuaskan nafsu buas jadi yang menjadi
mangsa adalah orang yang tak bersalah!!
kak suzy!!! nauzubilLahh.. moga AlLah
memberi rahmat ke atas rohnya...
perlakuan dan pakaian kurang sopan seksi
penuh shawat yang dipakai oleh
kebanyakan sang Hawa menjadi antara
faktor utama berlaku kes rogol,
persetubuhan haram, sumbang muhram dan
pengguguran serta pembuangan bayi!!!
yang jadi mangsa kadang bukan mereka
yang berkelakuan sumbang dan berpakaian
kurang sopan ini tapi mereka yang tak
bersalah dan berpakaian sopan, macam
yang kak suzy hadapi, dan kematiannya
haruslah ditanggungi oleh semua sang
Hawa, dan mereka harus dipersalahkan!!!
tapi makin hari makin ramai yang melibatkan
diri dalam bidang modelling dan pentas
peragaan, yang pada pendapat aku nyata
memperbodohkan sang Hawa dan
mempergunakan sepenuhnya kelebihan
susuk tubuh seksi comel molek telanjang
bogel!!!!

chehhhhhhhhhh...Perdana Menteri yang


cekap sekali pun gagal meyakin sidang
bahawa apa yang mereka bawakan itu
betul, inikan pula timbalannya yang
selalunya akan disekat kenaikkannya ke
atas tidak mampu untuk berbuat apa
terkulat-kulat tergagap, menahan asakan
dan tentangan pembangkang!! walau pun
kurang isi dan salah format pembangkang
tetap yang terbaik, dan memang sepatutnya
kerajaan kalah dengan pembangkang dalam
membawakan usul ini!! diharapkan
kekalahan kerajaan dalam membawa usul
ini akan berlaku sama juga ke atas kerajaan
Malaysia sekarang dalam pilihanraya akan
datang yang akan berlangsung selewatlewatnya tahun 2004 nanti...insyaAlLah
analog rakyat - 16/2/01
disuatu tengahari jumaat di bandar Baitul
Muqadis, di bumi Palestine, ketika sedang
umat Islam Palestine mengerjakan
sembahyang jumaat, datang segerombolan
tentera dari rejim zionis, menembak dengan
kejam membunuh ratusan umat Islam yang
sedang mengerjakan hak mereka sebagai
hamba AlLah.....

hawa adalah makhluk suci persembahan


oleh yang maha kuasa pencipta segala,
untuk sang Adam yang kesepian...

disuatu malam, bertempat di sebuah


kawasan tanah persendirian di Kampung
Lahar, Mukim Malau, Jitra yang terletak di
dalam kawasan Kubang Pasu, ketika
sebilangan rakyat Malaysia kawasan
tersebut sedang mendengar ceramah politik
demokrasi, datang segerombolan pegawai
keselamatan yang terdiri daripada Polis dan
FRU, menembak gas pemedih mata dan
memancutkan air asid merbahaya,
mencedera dan menyakitkan hati
sebilangan rakyat yang hadir untuk
mengerjakan hak demokrasi mereka!!!!

analog Parlimen Bersidang - 15/2/01

analog bersuka ria - 17/2/01

bertempat di Parlimen 530, satu usul yang


bodoh dibawa oleh kerajaan menghentam
badan serta orang di bawahnya sendiri,
dengan tajuk Kelemahan Perlaksanaan
Undang-Undang adalah Punca Kenaikan
Kadar Jenayah di Malaysia....ternyata usul
memakan diri walau sekuat mana hujah
walau segaya mana gaya walau
seemosional mana emosional kerajaan
tetap kalah, kerana apa? kerana dia
persalahkan dirinya sendiri!!!

mungkin hari ni aku suka, masa untuk


berduka bagi ku mungkin esok lusa, tapi aku
tak dapat menolak suka kerana suka
sebahagian dari takdir ilahi, tapi bagaimana
pula suka aku tu aku layan, betul atau
salah!!! bila ada duka datang la pula suka,
bila dah bersuka datang pula duka, semua
tu tak dapt aku elak, macam silap yang aku
selalu aku buat, silap cakap, silap dengar,
silap baca dan silap segala-galanya, silap tu
aku tak de niat yang aku nak buat, tapi bila

namun aku tetap mengaku sang Adam


punyai nafsu jahat yang sentiasa menanti
pemberian sang Hawa bagai santapan buat
mengisi perut yang sedang berbunyi
lapar..!!!

tuhan berkehendakkan aku buat silap maka


silap la aku....bila suka macam tadi aku
teringat duka, tapi sebab masa tu aku
tengah suka maka rasa ingat aku pada duka
tenggelam!!! suka tak ingat...tak sedar diri..
aksi gembira, merawat kadang hati yang
duka, events peristiwa pelbagai keadaan
situasi merencah suasana...aku lupa dalam
gembira, teman menegur baru aku sedar,
aku bayang adakah aku hipokrit, tapi aku
dah mengaku aku ade split identiti, tapi aku
cuba sekarang bersusah payah hindari dan
jauhi insyaAlLah aku akan berjaya lepaskan
diri...
disaat aku bersuka, ada yang sedang serius
menentang sesuatu, sesuatu yang patut
ditentang...dan aku rasa suka bila perkara ni
dah mula panas balik..tentang lah tirani
yang selalu melindas-lindas...
analog Bangkit Kembali - 18/2/01
seketika dulu ia panas, seketika dulu ia
sejuk ... tapi sekarang sejak dua tiga minggu
ni ia kembali panas.. panas ... panas... !!!!
apa yang sejuk dan apa yang panas???
penentangan terhadap kezaliman dan
penyalah gunaan amanah serta perjuangan
terhadap menegakkan keadilan dan
kebenaran di bumi tuhan ini....!!! seluruh
desa tempat tinggal ku ini sudah mula
terasa bahang kebangkitan kembali
semangat rakyat dalam mencari kebebasan,
kebenaran dan keadilan!!! insyaAlLah..
semangat itu akan terus membara dan akan
membakar marak dosa penguasa zalim
pemerintah kejam yang menyalahgunakan
amanah semata-mata demi kekayaan dan
kekuasaan....
tangguh dan isu jadi semakin hangat, rakyat
mula terasa gawat... dalam hendak
menjalankan rundingan penguasa
melakukan kekejaman, rakyat makin
ditindas dan dinafikan hak mereka sebagai
rakyat di dalam sebuah negara
berdemokrasi.... bagai rundingan Israel
Yahudi Zionis laknatulLah dengan Palestine,
pembunuhan keporakperandaan dan
kezaliman masih dilakukan walhal rundingan
damai sedang dijalankan...
Amerika buat pasal lagi, kali ni bersama
dengan rakan baik mereka Britain, mereka

menyerang Iraq, kata Britain serangan itu


memang serangan yang sepatutnya, layak
diterima oleh Saddam Hussin, tapi apakah
layak diterima oleh rakyat biasa Iraq... dua
nyawa melayang dan itu mereka katakan
serangan yang layak dan serangan yang
patut... tak cukupkah derita yang ditanggung
oleh rakyat Iraq, kanak kurang kasih
sayang cukup dengan kesengsaraan tanpa
pertolongan lengkap, yang sihat muda
cantik jelita jadi sakit tua melarat tak padan
dek usia, semua angkara Amerika dan
sekutunya yang makin lama makin tak kenal
hak istimewa manusia tapi masih lagi
menjerit-jerit memperjuangkan kedamaian
dan kemakmuran dunia... merekalah
punca!!!! ingin menguasai dunia dengan
cara kotor tak beradab bertamadun hina....
analog risalah hati - 21/2/01
dalam Kapal Selam: "kalau kau suka kat
orang tu, apa yang korang akan buat?"
petik bunga bagi kat dia???
bagi hadiah masa birtday dia?
ajak dia keluar makan??
bagi hint kata yang ko minat kat dia??
tak pun sound direct kat dia terus???
hawa tercipta untuk menemani sang
adam.... begitu juga jika orang yang kita
suka tu memang dijadikan untuk kita
insyaAlLah... itu la jodoh kita..
analog bollywood - 22/2/01
akhirnya.. statement yang diberi oleh Adnan
Yaakob mencerahkan segalanya, beliau
berkata bahawa apa yang dimaksudkan
oleh Majlis Fatwa Kebangsaan oleh
wakilnya Mufti Perak Dato' Haji Harussani
pada konfrens peringkat kebangsaan majlis
fatwa, Filem Bollywood yang terlalu banyak
adalah antara faktor penyebab
bertambahnya jumlah penglibatan remaja
dalam gejala sosial... bukannya Filem
Bollywood penyumbang utama seperti yang
dihebohkan oleh media terutamanya Utusan
Malaysia...dan beliau jugak menambahkan
bahawa Dato' Harussani berkata pengaruh
dan unsur negatif seperti Filem Bollywood
akan membawa gejala sosial seperti
sumbang muhram... beliau cuma mengambil
contoh sahaja Filem Bollywood, dan beliau
juga tak maksudkan bahawa filem lain

rancangan lain baik, tapi kebanyakan


tayangan berbentuk hiburan mempunyai
pengaruh negatifnya yang
tersendiri....alhamdulilLah penerangan yang
disampaikan oleh Adnan Yaakob dapat
jugak mengclearkan apa yang kabur... kalau
pun orang lain tak clear tapi alhamdulillah
aku dah clear...
semua ni punca hasil daripada mainan
khabar spekulatif berita yang menjadi
kekuatan manipulatif akhbar arus perdana
yang paling berpengaruh tak lain tak bukan
Utusan Malaysia... bagaimana bijak
bagaimana berusahanya mereka melagalagakan pelbagai pihak demi kepentingan
cuma sesetengah pihak..Penyebar Fikiran
Rakyat kununnnnnn...
kecewa gak aku mulanya dengan pelbagai
ulasan dan pandangan pelbagai pihak,
semuanya mengutuk institusi mulia Majlis
Fatwa Kebangsaan, dengan sendirinya
menghina dan merosakkan majlis tersebut,
Majlis yang patut dipandang mulia kerana
fatwa mereka jadi pegangan rakyat muslim
Malaysia, tetapi disebabkan oleh putar belit
U.M maka bertelagah dan memaki hamun
lah sebilangan rakyat terhadap institusi
mulia ini, dan akhirnya terjawab jugak
persoalan, angkara U.M, melatah
sebilangan cerdik pandai dan ilmuan Islam
yang sebenarnya takla beberapa pandai
sangat....
analog semasa - 23/2/01
syabaz mahasiswa, syabaz Gamis!!! hampir
lebih kurang 500 orang mahasiswa di bawah
naungan GAMIS (gabungan mahasiswa
islam) memBAKAR bendera Britain dan
Amerika di Masjid Negara dan berarak ke
Dataran Merdeka. Walau macam manapun
perarakan mereka telah disekat oleh kira 20
orang polis - Setiausaha Agung Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM), Abdullah Abdul Karim sebagai
berkata. Selain itu mereka juga memberi
nota bantahan kepada duta US di sini.
Menurut Malaysiakini- Perhimpunan anjuran
Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung
(Gamis) itu yang diadakan selepas
sembahyang Jumaat tengahari tadi turut
melancarkan kempen memboikot barangan
serta perkhidmatan negara-negara tersebut.
AlhamdulilLah at least ada juga suara

bantahan dari golongan mahasiswa. Jangan


biarkan diri anda pekak, bisu dan buta!!!!
Bersatu dan bertindak!!! teringat jugak
tindakan PKPIM (persatuan kebangsaan
pelajar Islam Malaysia) dalam menyatakan
pendapat tentang isu bollywood yang
diperbesarkan Utusan, mereka
mengeluarkan kenyataan yang bijak dengan
tidak memperlekehkan institusi mufti tetapi
mengambil pendekatan supaya mendengar
saranan yang baik yang telah dikeluarkan
oleh oleh institusi tersebut. Mereka tidak
cepat melatah sepertimana Prof Akademis
dan ahli Ugama dan sebilangan rakyat
Malaysia lakukan apabila ditanya mengenai
pendapat mereka tentang isu ini.
kadang yang termanis dalam hidup datang
sekali sahaja, terpulang kepada kita nak
ambil atau tak.... dan ia pasti tak datang
lagi!!!! tapi insyaAlLah, pengorbanan hari ini
pasti akan mendapat balasan juga suatu
hari nanti....
kadang ia datang...tiada sesiapa yang
meminta...dan...kadang ia juga pergi tanpa
ada kita meminta...
analog sahabat - 26/2/01
teringat aku tentang cerita dari seorang alim,
kata warisan dari orang alim sebelumnya,
"persahabatan terbaik di dunia adalah
persahabatan yang tiada punyai
kepentingan dunia", aku mengaku memang
payah nak cari atau nak jadi sahabat yang
sebegini, tapi itulah yang sepatutnya,
sahabat yang sebenar akan mengambil
berat tentang iman dan amal sahabatnya
yang lain, kalau ada silap sanggup menegur
dan sanggup ditegur, ingin sama
insyaAlLah duduk disyurga yang sama, tak
sanggup ke neraka bersama.... tapi
sekarang? aku......
analog globalisasi - 27/2/01
bila kita menuding jari keseseorang dengan
menggunakan jari telunjuk kita, dalam masa
yang sama empat jari kita yang lain akan
menuding ke arah kita sendiri...
kali ni aku bersetuju dengan kata PM Dr
Mahathir - pelampau (fundamentalis)
pasaran dan ahli teologi globalisasi
meninggikan konsep siapa kuat dia

berkuasa, kecekapan ekonomi,


memaksimumkan keuntungan dan membuat
duit sebagai asas paling penting dalam
agama mereka. Mahathir juga menambah
- Sudah tiba masanya untuk mengutamakan
masyarakat berbanding keuntungan bagi
menjamin agar, dalam proses globalisasi,
lebih ramai lagi mendapat manfaat daripada
yang rugi. Mahathir berkata demikian di
Persidangan Antarabangsa Mengenai
Globalisasi anjuran bersama Kementerian
Kewangan dan Institut Strategik dan Kajian
Antarabangsa (Isis), di KL Hilton, semalam.
Katanya, globalisasi baru itu hendaklah
benar-benar memberi ganjaran untuk
keusahawanan dan kecemerlangan, turut
menyumbang kepada order baru yang lebih
adil, penyayang, murah hati, lemah-lembut
dan belas kasihan. Globalisasi baru juga
mestilah tidak menolak tatasusila dan etika
yang lebih besar; kebebasan dan
kemerdekaan lebih luas; persamaan dan
saling menghormati, demokrasi produktif
yang lebih besar serta hak-hak manusia
lebih lengkap.
globalisasi, memang sifat yang sepatutnya
bagi manusia, manusia tak kira apa bangsa
adalah sama, Islam adalah bersifat sejagat,
sarwajagat, globalisasi....
maka tak mustahil globalisasilah
penyelesaian ke atas krisis ketamadunan
manusia hari ini, tapi mungkin penyelesaian
ini kalau tak ditangani dengan baik akn
menjadi penyebab punca kehancuran teruk
tamadun manusia yang sekarang ini sudah
semulajadi teruk....
globalisasi keadilan sejagat, kebebasan
sejagat dan kebenaran sejagat serta yang
paling utama kasih sayang sejagat
merupakan elemen penting ke arah
globalisasi yang akan membina semula
kecermelangan tamadun manusia...
tapi ketamakan sejagat, keuntungan sejagat
dan kesejahatan sejagat adalah unsur hari
ini yang menggunakan instrumen ekonomi
yang pelbagai menjadi pengancam utama
ke arah merosakkan nilai murni manusia...
globalisasi dunia ke arah mengadap,
merafak sembah, mentaati, menjunjung
setia, mengabdikan diri kepada AlLah yang

Esa, penguasa alam semesta yang satu


tidak melahirkan dan tidak dilahirkan...
sesungguhnya hanya kepada engkau
sahajalah yang kami sembah.....
analog lega - 28/2/01
ari ni segalanya selesai, tapi still bukan
sepenuhnya, assignment aku dah siap
tinggal esok aje nak present, tinggal lagi
assignment Contract, Admin ngan the
Symposium aje lagi yang belum settle, skit
lagi ke final la aku jawabnya, sedia tak sedia
i must face it, tak macam dulu kali ni aku
relax aja, pasal apa tah, takut gak, kalau
sem sudah time gini dah mula gelabah gi
library, tapi skang ni dua tiga kali aja pegi, tu
pun pasal nak siapkan assignment...
tadi symposium buat hal lagi, segala
approval dari HEP dah dapat tapi duit dapat
lepas sympo tu, skang ni tengah pening cari
lubang nak dapat duit guna dulu, dah tu plak
tadi kad invitation silap, tak tau la silap sapa,
tak de masa la pulak nak blame sesiapa,
anyway harap semua tenang dan buat
pengajaran, bukan kita nak silap cam gini...
tadi gi tengok bola Sukan Antara Fakulti,
budak skool Law aku lawan ngan budak
Sport Science, aku saje je nak tengok, aku
dah boleh agak dah sapa menang, tapi saja
aje la nak tengok cam ne budak law main,
so gi la ke padang dengan tak pakai
helmetnya dengan Imran, sampai padang
aku tanya kat En Adlan - "berapa kita kena
pukul En Adlan?" En Adlan bukan jawab
ngan mulut, tapi jawab ngan tangan, siap
dia kepitnya tengkuk aku suruh budak lain
rumble, aku ingat nak kena kan dia, tapi aku
yang kena balik..chehhh, siap panggil geng
lagi tu...Jibom pun ade main petang tadi,
memang best la dia main... 5 - 1 budak law
kena, tapi anyway, tahniah budak law sebab
dapat 'pecah dara' budak Sport, tak pernah
bolos lagi sebelum ni, but terpecah gak
kosong dengan budak law, En Adlan dan
anak pengajaran bersorak girang gembira
menyambut gol tunggal bagai mendapat
bulan jatuh ke riba, kalah lawan menang
sorak....
yeyy yeyyy esok balik....tapi tak de tiket lagi,
takut gak kut terstranded kat pudu lak nanti,
Kuteq tak jadi balik sekali, Raop lak balik

sabtu nanti, tinggal la aku ngan Aie aje, tu


pun aku lom lagi kompem ngan Aie, jangan
dia gak tak jadi dah la....
analog korban - 5/3/01
labbaikalLahhummalabbai...labbaikala
syarikala kalabbaik... innalhamda..
walni'mata... lakawalmur.. lasyarikala...
alLahuakbar.. alLahuakbar... alLahuakbar
alLahuakbar.. lailahailalLahualLahuakbar...
alLahhuakbar walalilLah'ilham...
esok kita akan menyambut hararaya haji /
hari raya korban... dalam kehidupan kita
mesti berkorban, korban demi AlLah swt...
kita sanggup berkoraban demi dunia, demi
Awek, demi pelajaran, demi kerja, demi
perut, demi hawa nafsu dan demi segalagala ni'mat di dunia...
tapi selalukah kita berkorban demi yang
ESA. demi penguasa kita seluruh alam..
sepatutnya kita berkorban segala ni'mat di
dunia demi AlLah, tapi kita 'korbankan'
keredhaan AlLah demi ni'mat di dunia...
jadikanlah esok satu titik tolak bagi kita
untuk merubah paradigma korban kita ke
arah yang bertentangan, tapi itulah yang
sepatutnya, arahkan kiblat korban kita demi
dunia ke arah kiblat yang sepatutnya.. demi
Mu AlLah....
analog korban II - 6/3/01
korban: uda berkorban demi dara seperti
juga Jack berkorban demi Rose, pelajar
terbaik SPM baru ni pun sanggup
berkorban masa, wang dan tenaga demi
mendapat pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan, begitu juga dengan perjuangan
Aung Sun Su Kyi dalam mendapat hak
kebebasan rakyat, ingin menjadikan
demokrasi satu impian yang nyata di
Myanmar, beliau sanggup berkorban hingga
terancam nyawa, Firaun juga berkorban diri
demi mendapatkan Musa sama seperti
kaum Musyrikin Mekah yang terlampau
hasad kepada Muhammad saw, Muhammad
juga berkorban segalanya demi AlLah sama
seperi Ibrahim yang sanggup korbankan
anaknya demi memenuhi kehendak
AlLah....semua mereka berkorban, tapi
untuk apa mereka berkorban... kita juga

berkorban kadang kala, adakah korban kita


macam uda? Aung Sun? Muhammad?
Ibrahim?... adakah semua pengorbanan
mendapat balasan? adakah balasan itu
memberi manfaat? adakah itu pengorbanan
yang sepatutnya? adakah pengorbanan
yang kita lakukan itu satu kebenaran?
banyak pertanyaan, dan yang dapat
menjawabnya adalah kita!!! uda berkorban
seperti romeo berkorban, adakah juliet yang
dia dapat... juliet mati.. apa yang dapat
diberi oleh juliet kepada romeo yang juga
mati... berilah dan lakukanlah pengorbanan
demi Dia yang kekal selamanya, penguasa
kita yang maha pembalas, memberi balasan
semestinya kepada mereka yang
dikehendaki...hambanya....Dialah Penguasa
yang menguasai kita... Selamat Berkorban..
Selamat menyambut Hari Raya I'dul Adha
kepada seluruh umat Islam di dunia ini.....
analog pecah - 9/3/01
aku mungkin tak updatekan log aku untuk
dua tiga hari ni, im so busy with my
symposium, assignment and all kinda
things...
temuramah-orang gomen-bidan terjunbukan tugas-tapi still kena buat-and ive toaku just bantu-pak pacak-kadang tanyawith Mat Jan-Salwani-Lini-temuramah Dato
Jawhar the vip of the sympo-best gilerfriendly-supportive-pergi perpustakaan
negara-temura mak cik pengarah
perpustakaan-ok-very knowledgeable-pegi
semayang jumaat-masjid kg baru-kasut
hilang-mat jan juga-tambah tension-team
makin celaru berserabut kelam kabut-benda
kena teruskan tak kira sapa dan tak ikut
biro-jumpa mak lini-dia baik-bagi semangat
dan bagi dia punya cendera hati untuk
hadiahkan kpd Dato Jawhar-rasa terhutang
budi sangat-begitu juga to Lini-belum
campur assignment contract dengan
admin...hheheheheheh..isk isk isk uijsj
usjuajsehhakhihah!!!
harap semua berjalan lancar,insyaAlLah...
doa dan bantuan sahabat amat diperlukan...

analog K - 12/3/01
kuda - keretapi - kencing - kena - kantoi kroni - K K K K K K K K k k k K k K K k k k k
K k k k KK K k.........
akhirnya settle gak symposium on KEconomy, tahniah Mat Jan dan semua anak
buahnya....
analog cayalah!!!!! - 13/3/01
cayalah....K-Team, tahniah setelah hampir
dua bulan lebih bersiap akhirnya semuanya
menjadi semalam, ketepikan segala minor
error, kesilapan kecil memang biasa
dilakukan mana majlis, alhamdulilLah tiada
kesilapan besar..."not only me proud of you,
UiTM proud of you and also the nation proud
of you" kata En Adlan, sambil disambut
dengan nada terharu oleh K-Team. aku ari
tu selain jadi cameraman, aku jugak jadi
penyambut VIP, tukang jaga mic, tukang
jaga auditorium, bahagian audio dan apa
lagi bahagian kelengkapan. dan aku cukup
puas hati ari tu. satu lagi kenangan manis...
terima kasih semua kawan especially Mat
Jan aku bangga dengan kawan macam
hang, ucapan dan soalan hang memang
klasss....
student yang datang pun semalam ramai,
cukup puas hati, mostly yang datang tu
bebudak part 1, ade jugak dari skool lain,
tapi aku tak dapat maklumat lak sama ada
ada wakil dari U lain yang datang, tapi aku
sure ade wakil dari cosmo, aku respek gak
kuteq yang sanggup datang tengok sympo
semalam...balik kerja terus pegi, terima
kasih kuteq..
En Adlan pun aku tengok suka aje semalam,
terima kasih la En Adlan sebab bagi
'petunjuk' dan semangat, untuk tangani
cabaran ni...
apa hal pun aku ade kerja lagi, sejauh
mana speakers punya perfomance semalam
akan affect aku juga, ari khamis ni ade
meeting dan budak aku K-Team research
kena submit material berserta summary nya
sekali....
kalau tengok performance speakers
semalam, walaupun diorang baik dalam
sampaikan works diorang tapi masa q&a

mungkin ade sikit masalah, dan aku perlu


rasanya berjawab dengan En Adlan khamis
ni...
terima kasih Dato Jawhar, Prof Shad, Prof
Darby, Prof Madya Munis Paran..dan semua
yang hadir, minta maaf kalau ade salah silap
terkurang sesuatu.....
segala assignment siap, tapi siap dengan
tak berapa siap, baru tadi anto asignment
Admin, sorry dan terima kasih ezni...
analog satu bangsa manusia - 13/3/01
jangan dengar cakap orang yang tak
comfirm betul atau tidak, macam satu firman
AlLah (betulkan aku kalau silap) 'apabila
datang orang fasik membawa berita
kepadamu, maka selidikilah dahulu', dan
bila dah dengar berita sensasi cam tu
janganlah kita nak sebarkan pulak pada
orang lain cerita yang tak tahu betul salah
nya tu...
macam situasi sekarang, apa yang berlaku
kat Jalan Kelang Lama memang sesuatu
yang tak kita ingini, racial tense, aku pun tak
nak apa yang berlaku 32 tahun sudah
berlaku balik sekarang, hidup
menghormatilah satu sama lain, jangan
jadikan bangsa sebagai alasan membenci
orang lain, memusuhi yang tak sepatutnya
dimusuhi...
buangkan sempadan bangsa itu untuk
membentuk semangat kasih sayang sesama
manusia...apa yang berlaku kat Kelang
Lama tu berpunca dari sikap kita sendiri,
khabar angin yang suam panas makin
memarakkan api permusuhan antara kaum,
cerita dari mulut ke mulut mengisahkan
tentang berita yang tak pasti memburukkan
lagi keadaan....
jadi hentikan lah... buang kan benci cinta
sampai mati!!!
analog Malaysiaku - 17/3/01
maka berlaku tuduh menuduh, angkara
siapa, punca siapa, salah siapa....yang pasti
perkara dah berlaku, nyawa dah melayang,
darah dah tertumpah, semuanya dah masuk
hospital tinggal nak baik balik ke rumah
aje....

perhatikanlah pada diri siapa yang salah,


jika perasaan kasih sayang dan tiada benci
menyeliputi hati, tiada tergerak hati untuk
membenci yang bukan sesama jenis, biar
dikata orang tiada maruah diri tapi siapa
yang lagi tau tentang diri ini melainkan aku
dan ilahi....
sekarang pihak penentang penguasa
menjadi kambing hitam mangsa kepada
keadaan buruk yang berlaku...apa tiada
yang dipihak penguasa mengaku untuk
bersalah..
dengar juga cerita tentang seorang pejuang
yang dituduh merancang huru-hara di sini
bersama rakannya di luar negara...apa dia
mahu lihat diri dia kena siksa, atau isterinya
tersiksa mencari perlindungan dalam
keadaan huru-hara yang dia ciptakannya
sendiri, apakah dia sudah tiada saudara
mara mak ayah datuk nenek makcik kak cik
pakcik abang cik kat sini...
ingat dia suka sangat huru hara sampai nak
cipta ikut suka hati dia...chehhh
tapi impak bagi peristiwa Jalan Klang Lama
ni pada pendapat aku memang banyak...
baik bagi orang India, orang Melayu
mahupun kepada seluruh rakyat Malaysia...
dan yang pasti juga pada aku impaknya juga
pasti akan diterima oleh pembangkang...dan
aku pasti ade pihak yang akan mengambil
peluang dari peristiwa ini...dan pada
pendapat aku mereka memang berharap
untuk itu!!!!!

india, tapi sebanarnya orang melayu kiter ni


yang lebih... buat citer
cuba banyangkan, ada banyak citer pasal
pergaduhan tu, contohnya kisah suami isteri
kena tetak, citer tu ajer ader 8 versi, ada
yang kata kena tetak masa naik motor, ada
yang kata masa turun bas, ada yang kata
dalam rumah.. ni mana satu yang betul
ni???
samalah jugak dengan kisah pergaduhan
kat majlis kenduri (kononnya sebagai
punca). ada yang kata bapak mertua
pengantin kena tetak, so pengantin tu
panggil member dia dari KOR pancaragam
RAMD balas dendam.. ada pulak yang kata
pasal citer yang sama tapi dalam versi yang
lain...dah lertu untuk menunjukkan lagi yang
kaum india ni hati busuk, kiter buat citer
kononnya diorang panggil reinforcement dari
batu caves.. yang bestnya citer ni pun ader
banyak versi, ada yang kata reinforcement
ni datang dari batu caves, ader yang kata
datang dari ipoh, dan ader pulak yang kata
datang dari seremban..
saya rasa matlamat kiter rakyat malaysia
sama.. tak kiralah aper bangsa, aper
agama, aper fahaman politik, semua nak
hidup aman. kiter orang melayu nak hidup
ngan orang india ngan orang cina ni lama
lagi, selagi ader malaysia, selagi tulah kiter
kena hidup bersama..
hentikan perasaan perkauman.. sudah ler
buat kabar angin tu, atau dengar kabar
angin...

kat bawah ni ade sorang member aku bagi


pendapat tentang peristiwa Jalan Klang
Lama, die emailkan benda ni kat aku
walaupun aku dok sebilik dengan dia, so
boleh jadi panduan pada kita...to Apin yang
menulis petikan di bawah aku minta maaf
sebab aku terpaksa edit beberapa perkara
dan aku harap kalau kau tak puas hati kau
boleh cakap kat aku, boleh aku tarik balik
petikan tu keluar dari site aku ok...

dalam hal ni saya rasa, melayu kiter yang


dah lebih.. kalau tak percaya cuba tengok
jumlah meraka yang di tangkap..
kebanyakannya melayu.. tapi yang banyak
mati siapa??? kaum india... bukan nak
provok.. tapi ini yang benar

assalamulaikum semua....

muhammad firdouse bin isahar


shah alam

heboh giler citer pasal india ngan melayu


gaduh.. kat area PJ ngan area KL...
sebenarnya.. saya ni bukanlah nak protect

hapuskan perkauman..
be a malaysian.. a true malaysian!!

so Apin, walaupun fahaman politik kita


berlainan tapi kita still sama dalam
menyatakan pendapat tentang hal ni!!!

lepas tu ada gak terdengar berita


mengatakan Tok Guru Hadi nak akan
dicalonkan oleh anak buahnya untuk
menentang Ustaz Padil, apa
cerita...mungkin ada anak buahnya yang
tak puas hati dengan cadangan Ustaz Padil
untuk berbaik dengan UMno..
betul ke?
tapi apa hal pun buangkan lah benci,
cintalah sampai mati....
bangsa dan kaum bukan sempadan untuk
kita berkasih sayang...
analog Al-Fatihah - 3/4/01
Sekalung takziah diucapkan kepada
Saudara Anwar bin Ibrahim sekeluarga atas
pemergian Allahyarhamah Ibunda beliau
pada pukul 8.20 menjelang awal 10
Muharam tadi...bersama-samalah kita
mendoakan agar ruh beliau ditempatkan
bersama para solihin....
analog exam - 5/4/01
final exam aku mula 2/4/01...sepatutnya aku
amik paper contract II ari tu, aku pegi skool
tapi aku tak pegi ke dewan exam, aku pegi
pejabat, aku jumpa Dekan En Darbi, aku
ngan Mat Jan masa tu, kami nak bagi surat
sokongan dari Unit Kaunseling supaya
Dekan bagi kebenaran untuk tidak hadir
menduduki peperiksaan, dan kami punya
surat sokongan dan permohonan diluluskan,
alhamdulilLah...
surat sokongan tu kami dapat pagi tu jugak
dekat Pusat Islam, Kak Dayang - kaunselor
yang handle case kami ni ari tu ade kat
Pusat Islam ari tu, kami terpaksa amik kat
dia surat tu ari tu jugak sebab dia kena
dapat tandatangan dari Ketua Unit
Kaunseling bagi surat kami tu, so terpaksala
kami pegi pagi tu awal ke P.I sebab exam
mula pukul 9 pagi tu jugak - exam contract
II, nak salah kan skool? nak salahkan
Dekan? nak salahkan Kak Dayang? atau
nak salahkan Unit Kaunseling? tak diorang
tak salah! yang salah kami juga last minit
buat keja cam gitu...so terlepasla buat
sementara waktu masalh kami, tak tak yah
takut nak fail contractII sem ni, tapi kena

usaha lebih la cuti ni, belajar...sem depan


nam amik lagi benda ni..
jadi memang la terkejut budak kelas bila
tengok kami tak datang exam, lagi la psiko
kalau Mat Jan yang Dean List tu pun tak
amik.... dengo citer ari tu bebudak yang
amik exam bila kuar abis paper diorang
banyak yang mengeluh... diorang kata
soalan memang senag tapi apa yang
diorang study lebih tak keluar.... senang
sampai jadi susah betul... kata bebudak tu...
selamat gak aku, kalau tak aku kena repeat
sebab fail, biar extent sebab drop jangan
extent sebab kantoi dah aaa...
selain kami dua orang ade jugak bebudak
lain yang buat cam kami, tapi diorang amik
MC, Adli, Lini ngan Baba...aku rasa aku tak
menyesal buat cam ni, sebab aku akan
jumpa ramai kawan aku sem depan, bak
kata Syikin: "aku dah rasa bahang
kerepeatan"... tapi walau macam mana pun
aku harap semua yang amik ari tu dapat
lepas, amin...insyaAlLah...
esoknya tu 3/4/01 paper Bel - Bahasa
Inggeris - Reading Purpose...boleh tahan
jugak la susahnya, tapi aku antara orang
yang terawal jugak keluar... dan memang
kecoh berita pasal kami yang drop contract
II last minit.. ramai yang tanya, dan kami
stick pada jawapan: "aku amik MC"...
lepas abis exam tu aku pegi Pusat Inovasi
amik surat pengesahan aku nyer sakit yang
diorang pinjam untuk buat rujukan nak buat
surat sokongan, jumpa lagi Kak Dayang,
terima kasih bebanyak...
ari ni tadi aku amik paper Law and
Economics... memang la best, susah giler
siouttt....walaupun soalan dah keluar dua
hari sudah tapi still aku rasa susah bebenda
tu...aahhh i hate economics...
analog tah la - 9/4/01
tadi aku dapat call, Pak Cik Siran aku
meninggal, accident ari tu, inalilLah
wainnailaihirojiun...
kita seperti berada dalam suatu kotak, kita
ingin keluar dari kotak itu, dan kita masuk
kedalam kotak yang di sebelah kita, kita
rasa kita dah terkeluar dari kotak yang tadi

yang pada pikiran kita kotak yang sempit


dan tidak menyelesakan, dan kita rasa lega
bahagia sebab kita dah berada dalam kotak
baru ini yang nyata lebih selesa dari kotak
yang tadi, kemundian kita jumpa lagi satu
kotak, yang jauh lebih selesa dari kotak
yang kita inap sekarang dan kita bercadag
untuk berpindah ke kotak yang baru itu
dengan harapan untuk selesa kononnya di
dalam kotak tersebut....
tanpa kita sedari sebenarnya kita berada
dalam satu kotak besar yang dipenuhi
dengan kotak yang nyata menyempitkan
dan sebenarnya tidak selesa langsung, kita
sebenarnya hidup dalam kurungan, dan
sepatutnya untuk mengalami kebebasan
dan keselesaan mutlak, kita harus keluar
dari kotak besar itu dan duduk di luar
dengan lebih selesa... insyaAlLah...
bebaskan diri dari kurungan yang kita cipta
sendiri ini.. bebaskan diri kita dari kurungan
yang nyata mencengkam .......

penyerahan memorandum juga berjalan


dengan lancar...even TV3 juga mengatakan
bahawa - "Sekalipun perhimpunan haram
besar-besaran tidak menjadi, namum
upacara penyerahan memorandum
pembangkang kepada Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia, Suhakam, siang tadi,
berlangsung secara aman. Suasana aman
jelas terpancar di seluruh pelusuk ibu
negara dengan warga kota sibuk
menjalankan urusan dan pelancong
menikmati keindahan Kuala Lumpur."....
rakyat yang datang walaupun kecil sudah
memadai untuk menunjukkan bahawa
perlunya kita untuk mempertahankan Hak
kita...10 isi kandungan utama memorandum
perlu diteliti oleh rakyat dan pemerintah bagi
memastikan hubungan antara keduanya
berjalan baik dan sistem demokrasi yang
kita anuti sekarang dapat dipertahankan
dengan sempurna... sekali kita telah
memeluk menganut faham ini sekali tu juga
perlulah kita berikan komitmen untuk
pertahankan ia ...

analog lega - Black 14 2001


alhamdulilLah habih jugak final exam aku ari
ni, walaupun sepatutnya aku habis 17 ni tapi
disebabkan kes ari tu, permohonan aku
yang diluluskan membenarkan aku cuti awal
dan abih paper awal berbanding memember
aku yang lain, ramai jugak yang dah abih
paper ari ni, sebab diorang tak amik tort part
2 sem ni, diorang repeat tort 1, Ustaz, Ezni,
Owin, Kak Shima, dan dua tiga orang lagi...
paper last tadi Legal Process mencabar
jugak, tapi still aku boleh jawab gak la, betul
salah walLahhualam, aku tak nak komen
apa aku rasa peluang 50-50, harapkan
rexeki dari AlLah je ni.... insyaAlLah
esok aku balik kualer, buat sementara
waktu, aku balik S Alam balik Rabu atau
Khamis depan... nak mengganggu bebudak
Law and Social Theory yang tak habis lagi
paper, diorang paper last ari Jumaat
depan... pas tu aku nak enjoy..
lega aku ngan final exam diikuti dengan
berita baik yang buat aku sekali lagi lega...
alhamdulilLah Perhimpunan
Mempertahankan Hak Rakyat berjalan
dengan aman + lancar.. tiada sebarang
kekacauan atau rusuhan seperti yang
digembar-gemburkan oleh kerajaan berlaku,

sudahlah kita gagal menegakkan sistem


kebenaran di bumi ini, sistem buatan kita
sendiri ini juga janganlah kita langgar, taat
selagi perlu kerana semua itu kehendak kita
juga....jika kita komited dengan faham
demokrasi yang kita anut hasil dakwah dari
filosofi-filosofi agung alam demokrasi dunia
liberalisasi ini maka selagi itulah kita mesti
komited dalam memperjuangkan ia... selagi
tak bertentangan dengan kebenaran, selagi
memperjuangkan keadilan, kebenaran dan
kebebasan seperti apa yang diperintahkan
AlLah dan dalam masa yang sama kita
berusaha untuk kembali kepada undang
kebenaran ciptaan AlLah.. selagi itulah juga
AlLah bersama-sama kita insyaAlLah...
undang zalim akta drakonian ISA patut
dihapuskan, artikel 149 dan 150
Perlembagaan Persekutuan juga patut dikaji
semula dan lebih baik dihapuskan sahaja,
penahanan 7 ahli politik dan penggiat NGO
baru ini nyata mencabuli hak asasi manusia
dan melanggar syariat Islam, malangnya
tindakan ini dibenarkan mengikut undang
negara dan tertulis dalam Perlembagaan
Persekutuan..
kewujudannya yang memudahkan
penguasa menyekat pergerakan dan usaha

musuh politik mereka untuk mendedahkan


tembelang perilaku jahat salah guna kuasa
yang menindas hak rakyat....
hari demi hari rakyat mula sedar insyaAlLah
dengan segala kekurangan dan kecacatan
sistem yang kita anuti sekarang...mudahan
lebih ramai lagi rakyat mula sedar dengan
kehilangan kuasa mereka kepada
pemerintah...KEMBALIKAN HAK RAKYAT!!!

semangat mahasiswa masih membara dan


mempunyai tekad untuk mencari kebenaran,
dengan tidak menghiraukan risiko yang
bakal dihadapi....
tiga permintaan yang dituntut ialah
penghapusan faedah riba PTPTN,
penghapusan ISA dan minta dikaji semula
AUKU serta menghapuskan 14 seksyen
yang terdapat di dalamnya yang nyata
menyekat hak mahasiswa....

analog balik kampung - 16/4/01


yeaa.. sampai jugak aku kat kampung, lama
dah tak jumpa ayahanda dan bonda, teringin
sangat nak makan masakan mak aku, tak
sanggup aku nak makan ikan keli cicah air
asam kat food court section 2 tiap ari, naik
muak pun ade rasanya...sampai je lepas
makan, kami bersembang anak beranak,
bertanya khabar masing, cerita keluarga
sampaila ke citer poilik abis semua keluar,
kekadang tu tercetus la jugak pertengkaran
kecil yang pada kami merapatkan lagi
perhubungan anak beranak terutamanya
antara aku dengan ayah aku, i love both of
them so much.....
analog terlupa - 18/4/01
dilihat baru ini,semalam mungkin, ada
usaha oleh seseorang untuk menutup jasa
seseorang dan mengalihkan pandangan
orang ramai yang bertumpu ke arah
seseorang ke arahnya pula, bukan setakat
semalam sahaja malah sebelum ini dan aku
yakin pada masa akan datang orang ini
akan terus menerus ingin orang ramai
semua melupakan jasa dan pengorbanan
yang lahir dari idea seseorang itu, dia akan
terus bersungguh sungguh sedaya upaya
yang mungkin untuk membawa rakyat
mengalihkan pandangan ke arahnya,
siapakah seseorang itu??? dan siapakah
orang itu???
semangat mahasiswa walaupun terbatas
dengan AUKU, tetap membara mencari
ruang juga untuk bertindak dan berusaha
untuk terus berjuang menentang arus yang
makin lama makin kuat mengalir....
tiga permintaan yang dibawa oleh
sekumpulan mahasiswa kepada Perdana
Menteri semalam dalam bentuk
memorandum merupakan bukti bahawa

dan ketiga-tiga permintaan ini wajib dipenuhi


oleh kerajaan jika mereka komited dalam
menyempurnakan hak rakyat dalam sebuah
negara demokrasi dan menghormati syariat
Islam....
kembalikan HAK rakyat, bebaskan tujuh
orang tahanan politik ISA yang ditangkap
baru ini, hapuskan ISA, kaji semula AUKU,
hapuskan ordinance darurat yang lapuk
serta zalim dan ubah semula bahagian
perlembagaan yang nyata menyekat hak
rakyat.... KUASA RAKYAT!!!!!
analog kembali - 19/4/01
aku kembali ke s alam, dan misi kali ini
untuk bergembira kononnya...
aku sampai sini pukul 7 dari kuale pukul 1,
aku datang ngan pancut, sesampai bilik aku
kosong, raop ade kat bilik die, mat jan lak
kat Cendana dengan bebudak sana...
petikan berita dari Website Utusan : Chua
also questioned the integrity of the German
specialist since over the past five years
there was no article on Dr Hoogland in the
medical journal posted on the Internet. "In
fact, we asked him the number of times he
had performed the operation and his reply
was between 30 and 40 times. Clearly, he
has not much experience, his only objective
being to bring Anwar to Germany," he said.
berikut pula petikan biodata Dr Hoogland
dalam Website Alpha Klinik : I have
performed over 8000 - including over 6000
minimal invasive spine operations - during
my career as a surgeon. In addition, I have
published 22 scientific papers, contributed to
four books and spoken at over a hundred
congresses (including organising a number
of them). In addition, I am a member of The

German Society for Orthopaedics and


Traumatology, The American Academy of
Orthopaedic Surgeons, The North American
Spine Society, The Scientific Society for
Spinal Microsurgery (of which I am
President), The International Society for
Minimal Intervention Spine Surgery and The
Society for Spine Surgery Research.
bukti kenyataan pemimpin kerajaan dan
sensasi yang lahir dari media massa arus
perdana yang nyata berniat sesuatu.....
analog menanti - 20/4/01
lama jugak aku tunggu, sampai sekarang
tak datang, aku rasa dah nak dekat sampai
tapi tak jugak muncul, lama dah, bukan
setakat sehari dua, bukannya seminggu dua
minggu, berbulan-bulan, sampai nak masuk
tahun dah... still gak tak datang tak muncul
tak kunjung tiba.... tapi aku tetap sabar, aku
tetap yakin, insyaAlLah satu masa nanti
akan pasti ia datang juga, bukan mengharap
bulan jatuh ke riba tapi menanti yang pasti
jua... tiada siapa boleh bagi aku jaminan,
dan aku sendir tak boleh jamin ia akan
datang, tapi keyakinan aku melebihi segalagalanya dan aku betul percaya dengan
kuasa AlLah bahwa kebenaran pasti akan
muncul dan datang kepada ku...
awal pagi tadi berlaku lagi pencabulan hak
asasi manusia dan perlanggaran hukum
tuhan oleh rejim penguasa, bertambahnya
jumlah tahanan ISA baru ini dari tujuh
orang meningkat ke lapan orang, yang
ditangkap tak dapat, membuktikan pada
umum bahawa mereka tak bersalah, even
apabila AlLah ingin mengazab hambaNya
akan dikemukakan ke mahkamahNya dan
segala perbuatan jahat sebagai bukti akan
dipertontonkan...
itu mahkamah AlLah, apa kita ingin
mencabar pengadilan AlLah sehingga
tergamak mencabul hak menafikan
pengadilan secara adil ke atas kelapan
orang yang ditangkap tersebut...
kekerasan dan cara kasar rejim penguasa
menangkap mereka dan menahan tanpa
ade belas kasihan terhadap mereka dan
keluarga mereka mencerminkan dan
mengiakan segala 'tohmahan' rakyat
bahawa mereka ini zalim, ahli keluarga

tahanan tersebut terpaksa menahan


kesabaran atas apa yang terjadi.... mereka
mesti sabar menanti keadilan datang....
insyaAlLah kebenaran pasti akan muncul
jua...
analog globalisasi - 21/4/01
sekali lagi meletus rusuhan anti-globalisasi
selepas kejadian yang sama berlaku di
Seattle tahun sudah. Penentangan
masyarakat dunia ke atas globalisasi yang
menghilangkan sempadan antarabangsa
dalam perdangangan dunia merupakan
petunjuk bahawa sistem kapitalis liberalisasi
yang menghalalkan penindasan dan
kezaliman ekonomi demi semata-mata
untuk keuntungan membuncitkan perut
masing.
Syarikat multinasional yang kaya menjadi
bertambah kaya, manakala rakyat negara
dunia ketiga makin lama makin sengsara.
Pengeksploitasian depan mata yang tanpa
disedari menjadi resam rencah menambah
keuntungan. Wanita, kanak-kanak, haiwan,
alam sekitar dan manusia amnya dijadikan
bahan eksploitasi setiap masa dan kita
seakan rela dengan tindakan mereka itu.
Bantahan yang berlaku kali ini di Kota
Quebec Kanada bersempena Sidang
Kemuncak 34 Negara Amerika.
Sidang Kemuncak itu antara lainnya adalah
membincangkan tentang langkah
penyediaan menghadapi kondisi
perdagangan bebas yang akan mengambil
alih dunia tak lama lagi. Hampir 20000 ribu
peserta tunjuk perasaan yang diakhiri
dengan rusuhan hadir dan sejumlah 6000
orang polis anti rusuhan dikerah kelokasi
perhimpunan demi untuk memerangi
mereka yang mengambil berat tentang
nasib dan masa depan rakyat dunia yang
akan menjadi semakin miskin di alam
perkampungan global yang akan datang
ini....
kita harus menyokong penentangan segala
bentuk usaha untuk mensejagatkan atau
mengglobalisasikan kejahatan, salah guna
kuasa, tamak, kezaliman, benci dan
penidasan....
kita selebihnya itu haruslah bersama-sama
berganding tangan berusaha membina

dunia tanpa sempadan antarabangsa dalam


hal mempersejagatkan atau
mengglobalisasikan kebaikan, kasih sayang
dan cinta sesama manusia.......
analog sangsi - 22/4/01
kadang bila kita nampak seseorang tu kita
ingat die jahat, tapi jangan tersilap sangsi,
sebab kadang orang yang kita lihat jahat tu
sebenarnya baik....
macam tu jugak, bila kita lihat seseorang tu
nampak macam baik, tapi sebenarnya die tu
jahat, so janganlah sangka buruk kan
orang.. hanya AlLah saja yang boleh judge
manusia, kerana AlLah itu maha pencipta!!!
pagi tadi aku pegi tengok Sinaran 9 live kat
Sri Pentas 2, Plaza Alam sentral Shah Alam,
aku pegi dengan Kuteq, Pancut, Mat Jan,
kak Rozie dan Kak Intan... overall best gak
la, enjoy gak aku tengok peserta ari ni,
Kumpulan Specky tu member Pancut tu
sebab die nak tengok sangat Sinaran 9 hari
ni, kumpulah Huru Hara lak dari Kuale,
diorang dari Kampung Cheh Kati, ade la dua
tiga orang budak Kuale aku jumpa tadi...
pas tu kami semua main boling....
malam tadi hajat di hati nak tengok Teater
Gedebe, tapi sesat tak tahu mane
Panggung Eksperimen, so terpaksalah aku
tunda ke hari esok nak tengok tetaer tu..
pada memember aku Pancut, Kuteq, Aie,
Lan ngan Ekin, aku mintak maap sebab aku
yang ajak korang, sampai penat kita sesat..
so sorry..
dah la promosion kurang, lokasi pun susah
nak pegi, cam ne nak naik teater kat
Malaysia ni...
harap ambil pertimbangan insyaAlLah.
analog Ulasan Teater - 25/4/01
masing ade pandangan yang tersendiri dan
aku juga ade pandangan aku yang tersendiri
tentang teater GEDEBE yang dipentaskan di
Panggung Eksperimen, Jalan Tun Ismail,
KL. Teater yang dipentaskan oleh Produksi
Alternative Stage Co. di bawah arahan Nam
ROn, hasil skrip Hariry dan Wan Azli

mengadaptasi karya sasterawan Inggeris


ulung Shakespeare dari drama Julius
Caesar dipentaskan selama lima hari dari 21
hingga 25 April. Di bawah merupakan
ulasan aku bagi teater tersebut. Jika ada
sesiapa yang ingin menyatakan ulasan
mereka tersendiri tentang karya teater ini
boleh bagi kat aku. Kita kongsi fikiran.
"Mu tak pahe mu diae" Cassius bukan
sahaja mencabar Brutus tapi dia juga
mencabar penonton. "Pike guno otak" sekali
lagi mencabar penonton untuk berfikir.
GEDEBE yang penuh dengan kepantasan
dan keganasan selari dengan apa yang
Nam Ron perkatakan tentang perilaku Kuala
Lumpur yang dikenalinya. Nam Ron sebagai
pengarah GEDEBE benar-benar
menggunakan segala pengetahuannya dan
sentuhan yang sebelum ini dihamparkan ke
atas teater Look Back in Anger, Lina & Lijah,
Bangau Oh Bangau dan MISI terbentang
pula dengan garapan baik dalam teater
GEDEBE ini. Walaupun aku tak pernah
sekali pun mengikuti teater (sebenarnya tak
pernah sebelum ini mengikuti apa-apa
teater) arahan beliau kali ini memang
berkesan dan terkesan. Ikuti ulasan Faisal
Tehrani.
Pembawaan bersahaja pelakon utamanya
Zul Huzaimy Marzuki sebagai Brutus dan
Md Ezzendy Abd Aziz sebagai Cassius
menjadi aset penting selain dari jalan
ceritanya yang baik digarap oleh penulis
skripnya Hariry dan Wan Azli dari karya
Shakespeare. Zul Huzaimy yang memang
mempunyai gaya seperti seorang true
skinhead menjayakan lagi persembahan ini
dan Md Ezzendi yang berjaya menjadi
penghasut dan batu api memprovok bukan
sahaja Brutus tapi juga kita.
Jalan cerita yang pantas dan set yang
simple ditambah pula dengan soundtrack
yang bertenaga menjadikan cerita lebih
menarik dan berjaya mengelakkan
perbualan panjang antara Brutus dan
Cassius membosankan penonton. Seperti
kata Nam Ron perilaku KL adalah pantas
sepantas perjalanan cerita ini.
Penggunaan pelakon utama yang tidak
ramai dibantu dengan pelakon pembantu
yang sentiasa bergaduh dan berkejaran
menjadikan lakon pentas ini lebih unik.

Kepandaian dan kebijaksanaan Nam Ron


mempergunakan keterhadan pelakon patut
dipuji.
Nam Ron dan para pelakonnya berjaya
membawa scene skinhead ke pentas teater
sebiji seperti apa yang berlaku di dalam
scene skinhead itu sendiri. Mungkin
pengalaman dan kajian yang teliti dilakukan
demi menjayakan teater ini. Dan hasilnya
aku seorang yang pernah melalui hidup
dalam dunia underground walaupun tak
banyak tak juga sikit terasa juga feelnya dan
sesekali terasa ingin berpogo bersama
dengan budak-budak di atas pentas lakon
teater itu. Soundtracknya juga punk habis
dengan dendangan lagu Dead Cities dari
The Exploited dan irama Oi! dari kumpulan
ACAB membangkitkan semangat punk dan
skinhead.
Jalan ceritanya tak lain berkisar tentang
permasalahan politik kepimpinan antara dua
pemimpin tertinggi, antara orang nombor
dua dan nombor satu menjadi isu utama
untuk diperhatikan. Permainan politik yang
sentiasa kejam dan menjijikkan menjadi alat
instrumen utama ahli politik mencapai
matlamat kekuasaannya. Provokasi orang
bawahan dan campur tangan musuh
membuatkan karya politik kepimpinan
antara rebutan kuasa menjadi lebih menarik
dan ini dapat difikirkan dalam GEDEBE.
Memang benar politik itu sesuatu yang
kejam dan jijik. Politik itu juga arena ganas
yang calang-calang orang sahaja yang
boleh menyertainya. Ganasnya arena ini
seganas scene skinhead yang menjadikan
tarian pogo yang kasar dan salam ludah
yang jijik sebagai budaya hidup. Nam Ron
berjaya mengkiaskan sebuah arena busuk
dan ganas politik dengan mewakilkannya
dengan sebuah scene underground kecil
tapi ganas skinhead yang mementingkan
sikap assabbiyah dan semangat setiakawan
yang tinggi.
Permainan jalan cerita yang menarik seperti
juga menariknya jalan cerita politik masa
kini, yang terkadang penuh dengan tanda
soal dan persoalannya yang tersendiri.
Kejap kita disajikan dengan lawak, sekejap
dengan aksi ganas, pertuturan sinis, gaya
bahasa sakarstik dan ditambah dengan
rencah sindiran isu semasa negara.

Begitulah juga percampuran resam yang


mengelirukan tentang politik semasa kita
sekarang. Kejap ada lucunya, kejap ada
ganasnya ada sedihnya, sekarang kita
berada di atas tapi bila-bila masa sahaja kita
boleh disepak ke bawah. Itulah resam alam
politik yang mengelirukan dan penuh
dengan persoalan.
Seperti penuhnya dunia politik sekarang dan
hakikat kehidupan masa kini dengan tanda
soal dan persoalan begitulah juga dengan
karya teater produksi Alternative Stage Co.
hasil arahan Nam Ron ini. GEDEBE
menjanjikan anda dengan seribu macam
tanda tanya. Dan persoalan yang paling
utama ialah "Siapa bunuh Caesar?"
analog tabik - 29/4/01
"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat, hari ini meminta ahli parti itu
menghentikan perbuatan memulau ahli
Umno kerana perbuatan itu merugikan Pas
sendiri." Beliau berkata, perbuatan pulaumemulau juga jelas bertentangan dengan
ajaran Islam yang mahu umatnya sentiasa
berdakwah dan memiliki sikap saling
bertolak-ansur sesama manusia tanpa
mengira fahaman politik.Islam
mementingkan sikap toleransi, jadi pulaumemulau yang lebih-lebih lagi antara
sesama umat Islam adalah satu sikap yang
tidak betul dan boleh merugikan Pas.Malah,
sikap segelintir ahli Pas yang enggan
mengunjungi rumah ahli Umno atau tidak
menziarahi jenazah ahli Umno adalah satu
perbuatan yang tidak betul dari segi
Islam.(petikan Berita Harian - 28/04/01).
statement yang disampaikan oleh Tuan
Guru Nik Aziz Nik Mat, betul menunjukkan
ketinggian gerak politik beliau. Ternyata
statement itu dengan tidak sengaja
menjejaskan pengaruh Mahathir yang
memang sudah terjejas dan dalam masa
yang sama menaikkan dan menjulangkan
namanya....
analog Birthday - 1 May 2001
Selamat Hari Lahir Pka....
aku tak beraper sehat hari nih. tak dapat nak
taip banyak

analog banyak nak tulih - 2 May 2001


aku sebenarnya banyak nak tulih tapi...
PM melindungi cerita sebenar lagi
semalam!.. Dr Hoogland tak cakap pun
teater room HKL tu macam dapur, dia cuma
cakap: "kalau nak memasak lebih elok di
dapur sendiri"... PM juga seperti telah hilang
pertimbangan dan belas kasihan terhadap
sesama manusia.. even Marcos yang
dikatakan zalim itu pun membenarkan
Aquino untuk mendapat rawatan di luar
negara.. Aquino tidak mendapatkan suaka di
luar negara dalam masa rawatan!..
rakyat dari hampir 10 buah negara
menyambut HaRI Pekerja semalam dengan
membuat tunjuk perasaan dan demonstrasi,
sehingga ade yang tercetusnya rusuhan..
negara tersebut termasuklah Malaysia,
Korea, Taiwan, Australia, Britain, German,
Hong KOng, dan dua tiga lagi yang aku
lupa... wahai pekerja tuntutlah hak masing..
analog kebebasan media - 3 May 2001
bukan hari ini aje septutnya media bebas...
media sepatutnya bebas setiap hari!!!!

ekonomi: nak masuk balik ni - duit tak de tunggu loan - nak bayar sewa pun sangap pinjam duit kak yang....
politik: makin kacau - ISA patut
dimansuhkan - instrumen politik kotor
kerajaan - undang darurat - kita sekarang
tengah darurat ke???? - mahathir makin
best - anwar makin stress - aku makin kacau
- malaysia makin aman...
sosial: empat pilihan jawaban untuk satu
soalan - tinggal kan soalan lagi senang - lagi
dekat aku hendak dengan AlLah - makin
jauh jadinya - Ya AlLah ampunkan
hambamu yang hina lagi lemah ini....
astarghfirulLahal'azim..
tiap hari patutnya hari untuk ibu!!!! Sayang
Ibu...
analog tah la... - 15 May 2001
yang kaya makin kaya..
yang miskin papa kedana
yang bodoh tak tahu apa
yang pandai nak kuasai semua...
yang berkuasa bermaharajalela...
analog Melayu - 18 May 2001

media sepatutnya bebas.. bebas yang


macam mana?? haruskah dia mengeluarkan
satu produk media yang tidak menyebelahi
mana pihak?? atau ikut suka saja nak
keluarkan media yang dia suka... kebebasan
media pada pendapat aku adalah
kebebasan untuk menyatakan pendapat dan
menyiarkan berita tanpa dipengaruhi mana
pihak... ia juga bukan sahaja kebebasan
setakat itu malahan kebebasan untuk
menerbit dan mengeluarkan bahan kita
tadi... pembaca dan penerima maklumat
juga mestilah bebas untuk menerimanya...
so tak kira la media tersebut nak sokong
mana pihak.. yang paling utama media
tersebut bebas dari dipengaruhi
sesiapa....dan tiada tindakan patut
dikenakan kepadanya selagi ia tidak
menimbulkan gangguan terhadap moral
awam, kesihatan awam dan ketenteraman
awam......

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA


tak melayu kalau tak MELAYU
tak melayu kalau tak de hak istimewa
tak melayu kalau tak manja
tak melayu kalau tak mengumpat
tak melayu kalau tak maki hamun mengutuk
mengata
tak melayu kalau tak hasad dengki khianat
tak melayu kalau tak dapat subsidi
tak melayu kalau tak abihkan duit loan beli
handfon/motor/enjoy
tak melayu kalau tak malas
tak melayu kalau dapat ijazah kelas pertama
tak melayu kalau tak fail paper
tak melayu kalau tak kena repeat!!!
ahhhh aku fail satu paper dan aku kena
repeat sem depat paper yang aku fail
tu...alhamdulilLah ade hikmahnya..
analog Masa - 22 May 2001

analog makin sukar - 14 May 2001


ade orang kata tak de masa kalau nak pegi
semayang berjamaah, banyak kerja la, tak
siap kerja la, ade hal la, tapi kalau nak gi

jumpa kekasih, borak ngan member ade


masa pulak.... jumpa kekasih abadi tak nak!!
+ ade jugak yang kata tak de masa nak
semayang tahajud tengah malam, esok nak
kerja nak gi kelas, tapi kalau berchatting
sampai pagi pun boleh, tengok bola akhir
UEFA CUP sanggup, ade pulak masa!!!!
+ selalu jugak orang kata tak de masa nak
baca al-Quran, tak de masa nak hafaz ayat
suci surah lazim ke paling kurang, tapi kalau
hafaz lagu boleh la pulak, mana dapt masa
tak tahu la pulak...
+ ade tu pulak yang kata tak de masa nak gi
belajar agama, tapi kalau gi tengok konsert,
ekspo, pegi komplek beli blah ade masa
plak... tak paham la pulak...

mendaptkan rawatan maka kita telah gagal


menunaikan hak terhadap saudara
seagama kita...
sejarah Islam telah mempamerkan pelbagai
nilai politik Islam yang tinggi.. seperti yang
dapat dilihat dalam Perang Jamal antara
tentera Aisyah dan tentera Ali.. ketika
hendak makan tentera Ali pergi ke tempat
Saidatina Aisyah kerana tukang masak
tentera saidatina Aisyah mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam memasak dan
apabila tiba waktu solat, tentera saidatina
Aisyah akan pergi ke tempat Saidina Ali
untuk menjadi makmum kepada Ali kerana
Ali mempunyai kemampuan yang tinggi
sebagai Imam dalam solah..

tidak lah ayat di atas aku berpesan kepada


diri aku sendiri yang utamanya... aku yang
selalu mengaku tiada masa!!! tapi ...

nilai berpolitik yang begitu tinggi tanpa


membawa perpecahan umat.. hanya
berlainan pendapat demi menegakkan
kebenaran.. adalah ciri politik sahabat yang
dipupuk rasululLah...

analog politik - 24 May 2001

kembalilah ke jalannya...

alhamdulilLah... makin lama makin senang


aku tengok cara orang politik Malaysia
sekarang ni menyelesaikan masalah....
duduk berbincang bermuzakarah,
menghantar memorandum bantahan dsb..
tapi still bila pendekatan kasar diambil
lawannya cuma satu!! bawa pendekatan
yang lebih lembut.. macam mana
RasululLah pernah lakukan satu ketika
dulu.. kesombongan pengemis yahudi
terhadap rasululLah dibalas oleh baginda
dengan sikap keperikemanusiaan yang
tinggi ..

73 pintu 73 jalan.. yang sampai hanya satu


jalan!!!!

sepatutnya kita sesekali jangan lah


mengenepikan sikap kemanusiaan hanya
semata-mata kerana politik untuk
mempertahankan kuasa atau mencari
kekuasaan.. contohnya dalam hal kesihatan,
hak kepada yang sakit harus diberikan
sepenuhnya kepada pesakit.. pernah dalam
perang Salib, Saladin menghantar tabibnya
yang paling handal kepada Lion Heart...
sedangkan dengan bukan seagama dengan
kita pun kita mesti berperi kemanusiaan
inikan pula saudara seagama kita.. biarlah
walau dia seorang banduan sekali pun...
fikirlah tentang kesihatannya .. kita sesama
Islam dan jika kita menafikan haknya untuk

analog walau silap... - 28 May 2001


ade orang kata kita dah moden, tak payah la
kita nak ikut cara lama, ikut sunnah nabi
banyak yang dah tak sesuai dengan zaman
so...
kalau ikut kita dikata konservatif, ortodok,
fundemental atau tradisional, so Islam
katanya harus ikut zaman, kalau dulu
rasululLah naik unta, kuda mengembara kali
ini baik naik kereta bas kapal terbang atau
lain pengangkutan berteknolgi...
kalau dulu rasululLah pakau sugi/siwak
untuk gosok gigi, sekarang ni baik kita pakai
Colgate/Zaitun punya ubat gigi, berus gigi
pun dah ade...
kalau dulu rasululLah makan guna tangan,
tapi sekarang dah ade sudu ngan garpu
buat susah kotorkan tangan, stail lagi, baru
macam mat salleh, kena jaga status...
kalau dulu rasululLah makan dalam talam,
tapi sekarang dah ade pinggan buat ape nak
makan sama dengan orang lain, tah ade

yang pengotor ke buat ape makan lebih


die....
kalau dulu rasululLah berdakwah ziarah dari
rumah ke rumah ajak orang datang ke
masjid, kat masjid pulak buat tazkirah pagi
petang siang malam, mengajar sahabat
akhlak sepatutnya, amar maaruf nahi
mungkar, tapi sekarang tak payah buat cam
tu dah, sebab TV dah ade, lagi pulak
sekarang zaman internet, dakwah boleh
buat cara elektronik, amar maaruf nahi
mungkar online cara rasululLah dah tak ikut
zaman, cara kuno!......
astarghfirulLahalazim....
kalau benar bagai dikata orang zaman
sekarang yang maha moden maha
berteknologi, cara nabi dah tak sesuai
dengan zaman sekarang, maka demi Mu ya
AlLah jangan golongkan aku ke dalam
golongan orang yang mengaku moden dan
berteknologi itu, biar lah orang kata yang
aku ini kuno kerana mengikut sunnah
kekasih Mu tapi aku yakin dengan janji Mu,
"siapa yang amalkan sunnah nabi dalam
zaman kehancuran umat walau cuma satu,
pahalnya sama dengan 100 mati syahid"....
dan jika benar bagai dikata orang zaman
sekarang yang maha moden maha
berteknologi, cara nabi dah tak sesuai
dengan zaman sekarang maka lebih elok
lah lagi jika AlLah letakkan kekasihnya ya
Muhammad ya Mustapha di zaman ini,
kerana banyak instrumen dan teknologi
canggih yang boleh membantunya dalam
menegakkan kalimah AlLah dan mencegah
kejahatan menyemai kebaikan....
Ya AlLah aku bertaubat pada mu, aku
mohon diampunkan segala dosa aku
hambaMu yang lemah, aku tak berdaya
mengikut sunnah nabiMu ya AlLah.. Aku
Tak Mampu.... tapi aku yakin.....
adat manusia biasa zaman sekarang...nak
kan asbab baru boleh percaya... nak kan
logik akal baru boleh terima... ikut cara nabi
kalau nampak kebaikan... contoh kalau
makan dengan tangan... ikut saintis barat
ade enzim yang boleh tolong cerna
makanan ade kat hujung jari.. so lepas
makan jilat jari... KFC pun ikut..

tapi kalau dulu ikut zaman para sahabat...


apa sahaja rasululLah buat pasti akan ikut...
tak banyak cerita... ade satu peristiwa tu,
seorang sahabat memakai kain labuh
hingga menyapu tanah, rasululLah
menegurnya, tanpa banyak soal terus dia
mengguntingkan kainnya sedangkan dia
baru aje membelinya...
ade jugak yang pertikaikan aku sebab
membela cara nabi naik unta lebih elok dari
naik kereta... tapi aku tetap yakin cara nabi
lebih baik dari cara kita sekarang.. kita
terpaksa naik kereta/lori/bas/kapal terbang
sebab kita tak mampu!!! CARA
MUHAMMAD LEBIH BAIK DARI CARA
KITA!!! firman AlLah.."Kuutuskan
Muhammad sebagai pelengkap akhlak"
jika aku tahu yang lautan itu dalam, takkan
berani aku untuk berenang walaupun
dipersisir pantai.. dan jika aku tahu betapa
peritnya percintaan, takkan aku jatuh cinta
sebelum ini...
analog jika - 30 May 2001
Terdengar aku satu cerita kisah perang
zaman dulu kala, masa tu Parameswara
belum pun lagi lahir, dan Paduka Bendahara
patih Gaja Mada pun masih kecil lagi, masa
tu pemerintahan di bawah naungan Yang
Teramat Mulia Baginda Maharaja Akujebetul
di negara berdekatan dengan kepulauan
Indonesia. Kerajaan negara Maharaja itu
berperang dengan rakyatnya sendiri.
Kenapa dengan rakyatnya sendiri?? kerana
rakyatnya zalim..
menurut Maharaja itu... rakyat nya menjalani
kehidupan yang tidak menurut tata susila
dan adat yang dikehendakinya... setelah
hampir bertahun mereka berperang sesama
sendiri, keadaan kembali stabil tapi dalam
masa yang sama still, perang dingin berlaku
antara rakyat dan Maharaja itu... rakyat
masih lagi menghasut dan mencucuk
rakyat lain yang tak menyokong mereka...
dan Maharaja tersebut telah
mempergunakan pelbagai undang halal
bagi menyekat penentangan rakyat...
yang paling ketara, tindakan Maharaja yang
menangkap 10 orang pengkhianat rakyat
negara tersebut yang pada pendapat
maharaja dan orang nya patut

dihapuskan... memang wajar pun mereka


ditangkap, ade ke patut pejuang tu yang
masih ade anak kecil sebilangannya dan
dah tua tunggu masa nak mampos tu nak
guna meriam buloh dan mercun cap naga
untuk letupkan istana Maharaja...
dah tu pulak mereka nak kumpul rakyat
pergi langgar istana.. cheh memang patut
pun mereka kena tangkap... dalam masa
penahanan tu pelbagai cara dilakukan oleh
pihak Maharaja untuk membongkarkan
rahsia besar pengkhianat tersebut.. mereka
tak paksa cara fizikal tapi cara mental...
pengkhianat tu dibagi layanan yang tak
sama rata.. ade yang dapat layanan
istimewa hotel 3 bintang.. tapi ade pulak
yang dapat layanan teruk .. makan tak
sedap tidur tak best.. macam cara dibuat
untuk paksa pengkhianat tu mengaku
perancangan mereka nak gulingkan
Maharaja.. dan memang rakyat jelata yang
lain tertunggu yang pengkhianat tu
mengaku buat pengumuman kat balai rong
seri negara bahawa mereka ade
perancangan nak gulingkan Maharaja...
dannn... dan.. dan.. tah ape jadi tunggu aje
la..
analog lagi.. - 31 May 2001
malam ni diisi dengan rasa yang dikawal
emosi sepenuhnya... kadang bergenang
dan tergenang jugak, bila di situ ade
sahabat, ade tempat untuk bermuzakarah
....
dan di situ juga menyelitnya satu ujian pada
hambaMu ya AlLah... lagi kita dekat makin
menjauh jadinya.. ya AlLah aku memohon
padaMu berikanlah rahmat, taufik dan
hidayah pada aku dan seluruh umat
Muhammad... aku tahu tiada nilai ibadat aku
yang sedikit ini di sisi mu jika dibandingkan
dengan ibadat Abu Bakar, Umar, Uthman
dan Ali serta para sahabat Muhammad...
dan dosaku yang bertimbun ini tak terhitung
banyaknya... ya AlLah ampunkanlah aku....
aku ingin bicara pasal dunia ari ni.. tapi aku
tak mampu.. dan aku temanggu
di sana aku lihat burung
burung itu di dalam sangkar
dia ingin bebas

analog tahniah - 1 June 2001


berbesar-besar tahniah aku nak bagi kat
dua pihak ni.. yang berani membuat
kenyataan walaupun melawan arus..
pertama kepada Hakim Hishammudin yang
mengendalikan perbicaraan permohonan
writ habeas corpus oleh dua mangsa
kekejaman ISA En Ghani Haroon dan En
Gobala.. bukan kerana pembebasan keduadua orang tersebut tetapi kerana berani
membuat kenyataan tambahan mengenai
undang ISA itu sendiri, peringatannya
supaya dikaji semula undang drakonian
tersebut sememangnya ditunggu-tunggu
oleh masyarakat Malaysia yang sudah
semakin kenal diri dan erti kemanusiaan..
undang lapuk peninggalan penjajah ini tidak
sepatutnya diwarisi oleh sebuah negara
yang kununnya merdeka.. undang yang
jelas bertentangan dengan prinsip
kemanusiaan dan nyata melanggar hukum
AlLah.. yang dituduh bersalah patut diadili..
tiadanya kesesuaian bagi undang ini untuk
terus ujud di Malaysia atau di atas muka
bumi ini.. undang yang jelas menghina
manusia dan menjatuhkan martabat
manusia sebagai insan mulia!!! keduanya
aku nak ucapkan tahniah kepada
SUHAKAM kerana mengeluarkan kenyataan
menyokong hasrat bekas timbalan perdana
menteri Dato Seri Anwar Ibrahim untuk
mendapatkan rawatan tulang belakangnya
di Jerman.. biar pun Perdana menteri masih
lagi mengeras tapi usaha SUHAKAM itu
harus dipuji kerana berjaya mengekalkan
imej sebagai sebuah badan pembela hak
asasi manusia di bumi Malaysia ini..
di sana ada seekor burung
burung itu di dalam sangkar
dia patut bebas
di sana ada orang
orang itu terpenjara
dia...
ah biarkan dia terpenjara..
dia bukan bapak kita
dia juga bukan suami kita
dia bukan anak kita
abang pun bukan
pedulikan dia

ah buat apa susah-susah nak pikir


dia bukannya mak kita
dia juga bukan isteri kita
dia bukan anak kita
kakak pun bukan
biarlah dia menangis sendiri
warisan nabi
tunaikanlah hak saudara kita
tak perlu harapkan balasan semula darinya
macam kata orang tua-tua kita
cubit paha kanan
paha kiri pun terasa juga...
bagaimana bagaimana..
biarkan biarkan aku terjun dengan egoegoku!!!
analog syukur.. - 2 Jun 2001
alhamdulilLah syukur .... hari ni genap 21
tahun usia Kuteq... dan sempena itu aku nak
ucapkan Selamat Hari Lahir kepada
Kuteq....
alhamdulilLah syukur sekali lagi, kali ni Raja
Petra pula dibebaskan.. tinggal tujuh orang
lagi.. dan insyaAlLah mereka akan selamat
juga.. hentikan penindasan!!!
Daim pulak dengar ceritanya dah letak
jawatan.. dan telah disahkan oleh YAB
Perdana Menteri.. apa cerita kali ni kita
tunggu..
"Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor mahu
kepimpinan ulama parti itu tidak terlalu
`keras' dan berfahaman sempit dalam
suasana negara ini yang didiami oleh
masyarakat berbilang kaum dan budaya." petikan Utusan Malaysia. Pendekatan
berlemah lembut cara nabi dengan penuh
kesabaran adalah cara utama
menyelesaikan sesebuah masalah atau
konflik bukannya pendekatan maki hamun
kasar yang emosi tanpa ada kesabaran.
Dan sepatutnya PAS mengambil
pendekatan yang menyedarkan rakyat serta
memberi penerangan tentan isu semasa
yang lebih besar contohnya seperti AFTA,
K-Ekonomi, Globalisasi dan dunia
elektronika tanpa sempadan dan tentang
masa depan dunia bukannya hanya sahaja
mendedahkan keburukan orang serta maki
fitnah ke atas sesetengah pemimpin
kerajaan. PAS mesti mengalami anjakan

paradigma jika ingin bersaing dalam arena


politik negara. Bukan berharap hanya
kepada sesuatu peristiwa atau konflik yang
meletus dan mengambil untung dari konflik
tersebut.
Syukur rakyat Malaysia insyaAlLah ke arah
yang lebih sihat fizikal dan mental.
analog nasib... - 3 Jun 2001
ucapkanlah apa sahaja, astarghfirulLah,
alhamdulilLah, masyaAlLah dan
nauzubilLah.... kepada AlLah juga kita
bergantung harap dan merafak sembah..
bukan kepada manusia yang sedarjat
dengan kita .. satu penghinaan namanya
jika kita berserah dan mengharap kepada
manusia...
insyaAlLah.. kebenaran pasti akan
terserlah.. insyaAlLah ada hikmah disebalik
apa yang terjadi kepada Saudara Ezam,
Saudara Tian, Saudara Saari dan Saudara
Hisham... mungkin ujian tuhan untuk ...
mungkin juga satu permulaan kepada
perubahan besaran pada masyarakat atau
diri sendiri... mungkin tuhan ingin
mengasingkan buat sementara waktu
mereka ini ... keadaan di luar ini pun
bukannya elok sangat.. kotor busuk..sesak
nafas...
kepada keluarga mereka juga ... berbanyak
istighfar dan syukur.. tuhan datangkan ujian
dan mungkin tuhan bagi tanda untuk
menyedarkan.. ade kekurangan dari segi
pengorbanan mungkin... tapi... yang penting
bersabar.. perit mungkin dialami dan sama
lah bermohon pada AlLah supaya
diselamatkan mereka itu dan ...
kepada orang yang cintakan keadilan,
kebenaran dan kebebasan... ini mungkin
juga satu ujian..mungkin juga satu
petanda... pengorbanan harus digiatkan...
jangan tunggu bila family kita sahaja yang
kena baru nak berjuang.. dah terngantuk
lagi mau mengadah... kalau tak de kena
mengena dengan kita .. peduli apa!!!
ade orang kata .. bila aku tulis semua ni..
aku macam menunjukkan sokongan aku
kepada pihak pembangkang.. mungkin.. tapi
aku sebenarnya hanyalah rakyat biasa yang
inginkan sifat kemanusiaan ditegakkan di

bumi AlLah ini... aku tak de kepentingan


politik pada mana parti.. sesiapa sahaja
yang memerintah.. aku macam ni jugak...
aku bukan ahli PAS, UMNO, keADILan,
PRM dan DAP, aku rakyat biasa di bumi
AlLah... dan aku nak jalankan apa yang
patut aku buat bila saudara aku yang lain
dapat susah... aku tak nak jadi orang yang
hanya pentingkan diri sendiri.. bila orang lain
susah buat derk.. tapi bila diri sendiri susah
baru cari orang nak mintak tolong....
insyaAlLah.. aku tak nak jadi selfish...
tak sampai hati aku nak diam.... dia, mereka
juga manusia....
analog entahla - 6 Jun 2001
apa cerita.. dengarnya ade sorang orang
kuat Utusan letak jawatan.. die kata sebab
ditekan PM.. takkan pasal menyuarakan
rasa kemanusiaan pun salah.. apa yang
dibuat orang tu ialah inginkan Dato' Seri
Anwar Ibrahim dapat rawatan sebaiknya di
Jerman.. die berjaya kumpul lebih 100 orang
tokoh dalam pelbagai bidang termasuk
kewartawanan, hiburan, sastera dan politik
untuk menandatangani memorandum
meminta belas kasihan kerajaan
membenarkan DSAI dapat rawatan di
Jerman.. antara tokoh yang terlibat
termasuklah Sasterawan Negara Usman
Awang, Dato Fauzi Abd Rahman, U Wei,
Nasir Bilal Khan dan lain lagi.. inisiatif
kemanusiaan ini di pihak PM mungkin
sesuatu yang boleh mengancam.. so!!!!
bukan nak kacau cerita orang.. bukan nak
ganggu sapa.. orang gaduh takkan nak
tengok aje.. nak sokong.. atau nak lerai???
orang sakit pun cam tu gak.. takkan kita nak
biarkan die aje.. orang susah tak makan kita
nak biar kan die terus lapar.. yang menangis
terus menerus menangis mengenang nasib
malang.. yang ketawa terus ketawa bersuka
ria tak ingat kah orang yang susah sakit
melara.. tah lagi diketawanya orang yang
susah tu.. walLahualam.. tanggungjawab
saudara tanggungjawab sesama manusia
nampakkah kita?? cubit paha kanan terasa
paha kiri.. bagai aur dengan tebing ..
bersatu kita teguh bercerai roboh.. umpama
isi dengan kulit.. bukannya kawan ketawa
senang dicari kawan menangis siapa mahu
bila senang jadi kawan baik bila susah ko

sorang aje la tonggang terbalik.. aku punya


pasallll laaa .. aku peduli apa masalah ko!!!
analog Dilema Melayu - 7 Jun 2001
"manusia boleh ternoda oleh kuasa dan
kuasa hampir mutlak yang diperolehi oleh
kerajaan Perikatan telah menodai fikiran
pemimpin Perikatan. UMNO yang menjadi
teras kepada Parti Perikatan dan
mempunyai lebih suara, haruslah lebih
bertanggungjawab akibat kemerosotan yang
beransur berlaku ke atas kerajaan
Perikatan sebaik sahaja kemerdekaan
dicapai."
"UMNO seperti juga lain parti politik,
mempunyai perlembagan dan cara
perlaksanaan tugasnya. Ia mempunyai
sebuah badan penggubal dasar yang telah
ditetapkan tugasnya. Majlis Kerja Tertinggi
(MKT) UMNO mempunyai kuasa tertinggi
dalam parti tersebut. Namun walaupun
besar kuasanya, MKT haruslah membuat
keputusan berdasarkan persetujuan para
ahli dan bukan mengambil langkah yang
bertentangan dengan kehendak ahlinya.
Bagaimanapun dalam masa tertentu MKT
boleh membuat keputusan yang tidak
selaras dengan kehendak ahlinya. Kuasa
ini diberikan misalnya bila MKT mempunyai
maklumat khas dan mungkin sulit yang tidak
boleh diberitahu kepada ahlinya. Namun
begitu MKT tidak boleh mengenepikan
pendapat ahlinya secara berterusan."
"Malangnya apabila pemimpin parti juga
menjadi pemerintah yang tertinggi dan
berkuasa dalam kerajaan, peruntukan
dalam perlembagaan parti sudah tidak
cocok dan dianggap tidak penting lagi.
Kedudukan dan kuasa pegawai parti
sebagai ahli dalam kerajaan adalah lebih
tinggi daripada pegawai di dalam parti.
Perdana Menteri pula menjadi begitu
berkuasa oleh sebab kedudukan dan
kepopularannya sehingakan parti harus
tunduk kepadanya"
"Parti tersebut terus wujud bukan kerana
ahlinya mempunyai idea politik yang sama,
tetapi melalui satu sistem naungan dan
paksaan yang berdasarkankepada kuasa
kerajaan lebih dari kuasa parti."

"Perasaan takbur biasanya akan mula


meresap dalam diri orang yang berkuasa
memberi naungan, perasaan bahawa
mereka boleh membentuk dan mencorak
orang lain serta pendapat ramai mengikut
kehendak mereka. Pemimpin UMNO yang
menjadi sekutu terkanan dalam kerajaan
Perikatan telah diserang oleh penyakit ini.
Mereka merasa bahawa mereka tidak perlu
mempedulikan pendapat para penyokong
mereka, lalu pendapat tersebut sentiasa
sahaja diketepikan."
"Sewaktu berkuasa UMNO mempunyai lebih
banyak suara dari yang diperlukan. Sikap
tidak mempedulikan kritik dari dalam parti
tidak meluakkan kekuatan parti itu pada
mulanya. Namun kemerosotan sokongan
dari orang ramai yang berlaku terus
menerus, sedikit demi sedikit menghapus
keupayaannya untuk mendapatkan
sokongan yang cukup pada masa
pilihanraya."
"Namun sikap yang tidak mempedulikan
kritik dan tidak mengendahkan penyokong
yang berpaling tadah sudah tentulah
mempunyai kesan ke atas parti. UMNO
menjadi semakin lemah dan menjelang
pilihanraya 1969 kekuatan pengaruhnya
begitu merosot sekali hinggakan terpaksa
bergantung kepada sumbangan wang
kerajaan yang banyak untuk mendaptkan
sokongan di beberapa buah kawasan yang
tidak menyokongnya."
"Oleh kerana kerajaan mempunyai majoriti
yang besar di Parlimen, kritik yang
ditujukan kepada kerajaan biasanya
dipandang rendah. Dasar kerajaan
ditetapkan tanpa menghiraukan pendapat
dari orang ramai."
"...Menteri dan ahli kabinet hendaklah
terdiri daripada mereka yang betul
berkebolehan dan berpengalaman.
Meskipun begitu, di Tanah Melayu yang
merdeka pemilihan ahli kabinet ditetapkan
sebagai satu ganjaran kepada kesetiaan
terhadap ketua parti dan orang yang
diterima oleh Perdana Menteri. Selepas
mereka dilantik, kalaupun mereka tidak
menjalankan tugas mereka dengan
sempurna, kedudukan merka sebaga
menteri tidak tergugat. Sebaliknya, kalaupun
seorang menteri itu telah menjalankan

tugasnya dengan baik tetapi gagal untuk


berbaik dengan Perdana Menteri maka dia
akan disingkirkan dari kementeriannya.
"Kerajaan masih lagi melaksanakan projek
seperti mendirikan masjid dan balairaya.
Perlaksanaan projek itu bukan kerana
segala kemudahan tersebut difikirkan perlu
tetapi kerana anggapan yang salah
kononnya langkah ini dapat memancing
undi dalam pilihanraya yang akan datang.
Seperti yang dijangkakan, apabila
menjelangnya pilihanraya, maka peruntukan
bagi pembangunan luar bandar akan
bertambah."
Segala perkataan di atas adalah diambil
daripada buku Dilema Melayu karangan
Mahathir Mohammad. Petikan di atas
diambil dari muka surat 10 hingga muka
surat 15 buku tersebut. Buku tersebut
adalah hasil terjemahan Ibrahim Saad
daripada buku Malay Dillema yang
berbahasa Inggeris. Pengarang buku
tersebut sekarang merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang keempat.
analog bangkit sahabat.. - 9 Jun 2001
syabaz sahabatku... aku tahu semangat
mereka membara, tapi terpendam
disebabkan banyak perkara.. terkadang aku
juga mengalami dilema yang sedemikian, di
antara kebenaran atau kepentingan dunia...
tapi selalunya aku tertewas.. kali ini aku lihat
sahabat aku ada di antaranya yang terpaksa
dikenakan tindakan.. dan aku pasti makin
ramai lagi yang akan dikenakan tindakan
oleh pihak berkuasa malahan oleh pihak
universiti atau pusat pengajian tinggi yang
mereka duduki.. mungkin ada yang akan
berkorban, malahan lebih daripada itu...
".. di singapura ni, kampung dah tak de, raja
pun dah tak de.. ni dengar cerita Masjid
Sultan tu pun tak de nanti.."
"lu hitam! kotor! busuk! itu pasat bila itu
budak nangis, olang cakap - diam, nanti itu
india hitam, busuk, kotor kasi ambil, baru
tau!" ... "saiya tau, saiya ada sikit itam, tapi
itam-itam saiya.. saiya tak makan babi. Lu
lagi kotor makan babi. Itu pasall muka lu ade
sikit macam babi!" ... "ini olang Melayu bila
cina sama india gaduh, lu olang diam!"

".. lebih baik suami akak kahwin dengan


saya, daripada dia buat maksiat berzina
dengan orang lain..."
"ayah jangan buat macam ni..." .... "kau
diam! nanti mak kau dengar" ... "biar mak
dengar! biar mak tahu dengan jantan yang
macam mana dia kahwin!"
"sampai bila la Malaysia dengan Singapura
nak berdamai" ... "Susah, susah sangat baik
kita buat macam dalam filem yang Sofea
jane berlakon tu.. ala apa orang panggil..
nasi.. nasii.. aaaa... nasi kangkang!! Baru
dia dengar cakap kita!"
dialog di atas dipetik daripada pementasan
teater Bulan Madu oleh Teater Ekamatra
dari Singapura dengan kerjasama The
Actors Studio. Teater gabungan dua teater
ini adalah hasil karya Alfian Sa'at seorang
penulis skrip dan penyair dari Singapura.
Teater yang pertama ialah Anak Bulan di
Kampung Wa'Hassan yang mengisahkan
tentang kenangan serta survival nasib orang
Melayu Singapura khususnya di Kampung
Wa' Hassan. Kampung Wa' Hassan
merupakan kampung melayu terakhir di
Singapura. Di kampung tersebut pernah
satu ketika dulu dibuat penggambaran filem
Madu Tiga, lakonan P Ramlee. Teater oneman play ini adalah hasil arahan dan
lakonan Gene Sha Rudin. Sementara itu
teater yang kedua ialah Madu II hasil arahan
Aidli Mosbit dan lakonan Oniatta Effendi
serta Sharon Ismail. Mengisahkan konflik
serta toleransi hidup bermadu.
aku baru balik tengok teater Bulan Madu,
show pukul 3 petang di Actor Studio bawah
Dataran Merdeka.. dengan Mat Jan.. kalau
ade masa aku review...
Abolish ISA! Satu Kata Untuk Penindasan!
Lawan!!!!!

analog cabar - 11 Jun 2001


sesetengah orang tak tahan dicabar... lebih
lagi bila orang itu lebih berkuasa dari orang
yang mencabarnya.. kalau si pencabar
mampu dan memang berkelayakan untuk
mencabar, tidaklah mengapa.. tapi

bagaimana pula jika orang yang mencabar


itu memang lemah dan tidak berkuasa lagi
berdaya jika dibandingkan dengan orang
yang dicabarnya.. alamat menangislah diri
sudah pasti akan dapat balasan..
nak cabar biar bertempat.. guna akal fikiran
jangan nafsu dan hasutan syaitan.. cabar
jangan sampai terlupa hakikat diri..
janganlah nak dicabar orang yang berkuasa
ke atas kita.. janganlah cabar AlLah!! AlLah
maha Penguasa dan Pembalas yang
setimpal lagi adil.. cabar AlLah maka
hancurlah diri.. cabar AlLah maka binasalah
hidup kita!!
AlLah maha Adil.. AlLah maha Berkuasa..
AlLah menghukum selepas menghisab
segala amalan yang kita lakukan di dunia..
ada balasan yang AlLah telah tunaikan di
dunia, ada juga yang ditunaikan di akhirat,
dan ada juga ditunaikan di dunia dan di
akhirat.. bala bencana, tuah rezeki, neraka
dan syurga adalah balasan yang maha
Pencipta ke atas kita hambanya manusia..
tersebutlah kisah pada zaman millenium ini,
di sebuah negara berdaulat mendaulatkan
manusia tapi bukannya pencipta,
terdapatnya satu kanun yang diwarisi dari
orang yang menindas mereka sendiri tapi
masih lagi digunakan.. diperkatakan orang,
baik si tua mahupun si muda, orang yang
menindas mereka itu dahulu tidak pun
menggunakan kanun itu sebanyak mana
yang digunakan oleh orang yang mereka
tindas itu ke atas saudara mereka sendiri..
ada juga yang bercerita mengatakan
bahawa kanun itu sepatutnya untuk
pemberontak jahil yang mengkhianati
pencipta, tapi lain pula yang digunakan,
sebenarnya hanyalah untuk dijadikan alat
sebagai mempertahankan kuasa.. si
penguasa pula yang mewarisi kanun ini
amatlah gembira, bagai bulan jatuh ke riba
tapi bukan bagai bulan di lautan hijau..
mereka yang mengekalkan kanun ini
sebenarnya nak mencabar yang maha
Pencipta.. pasal apa?? ya la.. yang maha
Pencipta pun ada mahkamah keadilan, dan
setiap manusia akan dihisab dan dibuktikan
bersalah di mahakamh pengadilan tersebut
kelak pada hari Hisab..tapi kanun yang ini
jelas benar mencabar kuasa yang maha
berkuasa.. tak payah nak adili tak payah nak
tunjuk bukti.. semua dihukum semua

dizalimi.. mintak di tempat kita ini tidaklah


berlaku sebegini.. tak sanggup jadi
pencabar kepada yang berkuasa.. tak
sanggup nak kekalkan kanun sebegitu..
kanun yang jelas mencabar AlLah!!

paling kurang untuk keselesaan beribadah..


hasil jualan produk suci ini telah
menghasilkan keuntungan yang seterusnya
digunakan oleh syarikat besar ini melabur
dalam pelbagai sektor haram dan usaha
jahat menentang Islam..

Abolish ISA!!!
analog tak tau - 12 Jun 2001
pernah satu ketika tu aku terfikir.. mungkin
apa yang aku fikirkan tu silap.. mungkin juga
tak sama dengan orang lain.. tapi ini
masalah pendapat.. walLahualam.. macam
sabda nabi - dalam memberi pendapat sapa
yang beri pendapat yang betul dapat dua,
sapa yang salah dapat satu.. selagi aku
yang berpegang pada pendapat aku dan tak
paksa orang lain ikut.. aku rasa aku masih di
landasan yang benar insyaAlLah..
pernah aku terfikir, ini berkenaan kumpulan
nasyid dan penyanyi yang menggunakan
bidang seni suara sebagai instrumen untuk
berdakwah.. mereka menyebarkan
kebenaran, menyebut nama AlLah, memuji
baginda rasululLah serta melagukan ayat
suci al-Quran.. sesetengah daripada mereka
bernaung dalam pelbagai syarikat rakaman
yang besar yang bertanggungjawab
menerbitkan atau mengedarkan album
mereka.. jarang sekali terjumpakan
kumpulan ini bergerak dalam menerbit dan
mengedarkan album mereka secara
independen..
bukan apa.. yang menjadi perkara untuk aku
fikirkan dan insyaAlLah mungkin juga untuk
para sahabat fikirkan bersama ialah
bagaimana syarikat rakaman yang
berpengkalan di luar negara dan
berbosskan orang yang menolak perjuangan
Islam secara terangan boleh menjadi
penaung kepada kumpulan nasyid serta
penyanyi lagu dakwah ini.. sesetengah
daripada syarikat rakaman dan pengedar
tersebut merupakan syarikat individu Yahudi
dan menyertai sistem ekonomi kapitalis
yang jelas bertentangan dengan Islam..
matlamat tak menghalalkan cara..
sesekali tu terfikir aku tentang saudara kita
di serata dunia yang mengalami penuh
kesengsaraan menghadapi musuh Islam..
berjuang dan mencari jalan untuk bernafas
dan hidup selamat di muka bumi AlLah ini..

sebagaimana pernah difatwakan oleh Dr.


Yusuf Qaradhawi.. " 1 Rial (Ringgit) Untuk
Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru
Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine " ..
Salah satu bentuk sokongan padu bagi
perjuangan Palestine, menurutnya ialah
dengan melakukan embargo (boikot) total
terhadap semua produk Israel dan AS.
menurutnya.."Saya terkejut ketika ada
sebahagian umat Islam mengatakan tidak
mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola,
Pizza Hut, atau peralatan modern produk
Amerika,".. Hal pemboikotan itu menurut
Qardhawi berpijak dari kenyataan bantuan
kewangan yang luar biasa oleh AS kepada
negara Zionis Israel.
tak tau.. aku bukan nak bagi fatwa macam
Dr Yusof al-Qaradhawi.. tapi aku terfikir
tentang masalah ini.. itu sahaja.. mungkin
suasana jua yang boleh menjadi
pesalah..tuding lagi jari kelain.. sebenarnya
sepatutnya ke arah kita.. dan kita mengeluh
lagi tak mampu, kerana dunia ini bukan milik
kita lagi..
mungkin aku tak de bukti konkrit untuk apa
yang aku fikirkan ini... tapi.....
Abolish ISA!!
analog tak tau lagi - 14 Jun 2001
pasal kumpulan nasyid.. aku ade
suggestion.. apa kata kalau semua
kumpulan nasyid dan penyanyi lagu
dakwah ni berhimpun berkumpul dalam satu
syarikat rakaman sendiri yang menerbitkan
hasil karya sendiri dan mengedarkannya
juga.. macam yang dilakukan oleh budak
Underground, yang dapat aku tengok kat
Malaysia ni dan seluruh dunia..
budak U/g yang masih berpegang kuat pada
semangat DIY.. pada aku mereka mampu
buat.. walaupun tak berjaya jadi jutawan or
at least jadi orang kaya baru.. tapi still
diorang dapat spread message yang
diorang nak sampaikan.. diorang percaya

kepada etika do-it-yourself.. diorang


mahukan independen.. semangat
independen ni lahir akibat daripada cekik
darah dan eksploitasi golongan kapitalis
syarikat rakaman besar yang
mengeksploitasi mereka dan hasil karya
mereka.. tujuan mereka satu: untuk
menyampaikan message, apa yang diorang
nak dan tak puas hati!!...

kapitalis dan menganggap kapitalis


bertentangan dengan sifat kemanusiaan
serta bertentangan dengan pegangan
mereka so mereka tentang.. tapi bukan
dengan cara kapitalis.. diorang tentang dari
luar.. macam orang selalu cakap.. nak cuci
tong taik tak boleh dari dalam, nanti taik
terpalit ke badan.. kapitalis ibarat tong taik..
jadi???

penglibatan diorang dalam arena bawah


tanah bukannya untuk keuntungan tapi
disebabkan sifat kemanusiaan yang
bencikan tipu daya kapitalis serta menolak
sistem sekarang yang seolah telah disetkan
dalam kepala otak mereka.. dan mereka
refuse to ikut the sistem koz they want
freedom.. free to anything.. itu maksud
mereka.. jadi berbalik kepada kumpulan
nasyid, aku pasti tujuan mereka satu: untuk
berdakwah.. jadi kenapa perlu bergelumang
dengan alam kapitalis yang nyata
berkiblatkan keuntungan semata..

aku mengaku memang arena muzik bawah


tanah banyak keburukannya, tapi still
diorang.. tahu tujuan diorang dan berpegang
teguh pada pegangan diorang...

sanggupkah kita biarkan ayat zikr, pujian ke


atas Muhammad serta ayat suci yang lain
dieksploit demi keuntungan kapitalis perut
buncit ini.. aku terbaca semalam dalam
Utusan, bahagian renungan .. (tentang satu
ayat al-Quran or Hadis aku dah lupa try cari
dalam wesite Utusan tapi tak jumpa)
maksudnya dan apa yang nak disampaikan
lebih kurang macam ni.. jangan gunakan
ayat al-Quran atau ayat suci demi untuk
mendapat keuntungan atau mengumpul
harta kekayaan.. lebih kurang macam tu..
nanti aku letak balik yang betulnya.. so
kenapa terus berada di bawah mereka yang
menggunakan ayat suci untuk keuntungan
dan kekayaan.. tujuan kapitalis sekularisme
cuma satu: keuntungan wang dan material..

Abolish ISA..

Minor Threat contohnya sebuah kumpulan


muzik underground yang berjaya tanpa
bantuan kapitalis.. so pada aku perjuangan
kumpulan nasyid tersebut dengan
kumpulan muzik underground adalah sama
tapi mungkin dari segi motif ade sedikit lain..
tapi cara yang dibawa oleh budak u/g lebih
baik pada pendapat aku berbanding dengan
kumpulan nasyid di Malaysia ini..

Tak Tahu, Belajar

THe Bollocks contohnya di Malaysia berjaya


mengedarkan hasil karya mereka tanpa
bantuan kapitalis dengan jumlah yang
menggalakkan.. diorang tak sukakan

penindasan adalah suatu


kezaliman!!hentikan kezaliman!!satu kata
untuk penindasan - LAWAN!!!

EMI, BMG, Sony Music Corporation,


Universal Music, warner Music etc are all
MultiNationalCorporation yang jelas
kapitalisnya serta dipayungi oleh individu
Yahudi Zionisme..
aku silap.. mungkin aku tak mampu lagi..
betulkan aku jika aku silap.. tapi..

Mangsa ISA Kem Tahanan Kemunting yang


seterusnya: Lokman Noor Adam dan Dr
Badrul Amin. Mungkin ini cara AlLah
menjauhkan diri saudara berdua dari
kezaliman dunia. Ada hikmah disebalik yang
terjadi.. insyaAlLah..
analog sahabat maya - 18 Jun 2001
kalau dulu selalu bersua di alam maya... tapi
semalam berjumpa juga di alam realiti..
pertemuan buat julung kali Geng On-Line
Journal SeMalaysia...insyaAlLah walaupun
selalu berkomunikasi di alam maya tapi di
dalam hati tetap di atas asas yang realiti..

jika sesuatu yang tidak sesuai di letak ke


tempat yang tidak sesuai maka akan
berlakulah penolakan terhadap
ketidaksuaian tersebut.. hentikan cara
bodoh yang tak sesuai itu.. kita manusia
yang tak sesuai membuat sesuatu yang
tidak sesuai terhadap diri kita sendiri!!!

Abolish ISA!!!
analog silap - 19 Jun 2001
kadang kita tersilap.. mungkin juga tidak..
tapi lain dari pandangan orang lain.. tak
sama bukan bererti silap.. tapi itulah
hakikat.. rambut sama hitam hati lain.. aku
pun tak pasti.. mungkin aku jahil mungkin
juga aku bodoh tak cukup belajar lagi.. tapi
aku senang ada pandangan sendiri..
mungkin juga pengalaman ku yang cetek
pendedahan yang kurang bikin orang
pandang satu macam.. tak pun amalan ku
tak sama seperti apa yang aku cakap.. itulah
kesukaran untuk aku berkata benar.. tapi
pada aku.. aku tetap mesti berkata benar
walaupun pahit.. dan tetap mesti berkata
benar walaupun terkena pada diri sendiri..
tersentimental sekejap bila baca log Lan
Tribute to Apin.. memang ade rasa
kekosongan jugak la.. bila Apin sahabat aku
yang aku kenal dari semester 1 Minggu
Wawasan Siswa sampai dok menyewa kat
umah abang Izu sec 3 ni meninggalkan
dirinya dari UiTM.. isk isk isk tah la.. aku
harap ko jangan give up Pin.. tolong la balik
sini balik.. cuba buat sesuatu..
baru hujung minggu sudah Aie sepupu aku
ngan Lan member kampung aku masuk dok
menyewa kat umah abang Izu.. makin
bertambah ahli umah..
keadaan makin lama makin hebat makin
kencang.. aku harap semua selamat..
insyaAlLah kesejahteraan akan kembali..

alasan pula untuk prejudice terhadap


sesetengah kaum di negara ini.. tak perlu
dikekalkan kezaliman demi untuk
memerangi sesuatu kemungkaran yang
belum pasti akan terjadi.. tidak pernah
terdengar akan peraturan pencegahan
dilaksanakan oleh Muhammad SAW dalam
membina masyarakat madani berteraskan
karamah insaniah..
juga belum pernah dilakukan oleh seorang
khalifah selepasnya pun melakukan proses
turning over atau neutralisasikan orang yang
disyaki bersalah.. kesempuranaan hukum
AlLah tak pernah membenarkan proses
pengintipan dan penyamaran semata untuk
mendapatkan maklumat menangkap yang
disyaki.. phone-taping dan spy adalah
agenda penguasa untuk merealisasikan
kezaliman..
keadilan adalah untuk semua.. keadilan
bukan khas pada sesuatu kaum.. keadilan
tak kenal warna kulit.. semua sama..
kezaliman harus ditentang semua..
kezaliman tidak harus dilakukan oleh
sesetengah golongan ke atas golongan
yang lain.. hapuskan kezaliman!!!
pernah satu ketika aku buat lawak dengan
sahabatku.. aku kata "sudah dijajah oleh
kolonial, jangan pula bangsa sendiri
menjajah kita.." bagaimana pula dengan
anak bangsa sendiri bangsa Malaysia yang
menggunakan undang kolonial menjajah
anak bangsa sendiri.. siapa agen asing??
sudah pasti siapa yang berikrar
mendaulatkan undang warisan dari
penjajah!!! Undang Zalim buatan manusia!!

Satu Kata Untuk Penindasan - Lawan!!!!


Abolish ISA!!!
Abolish ISA!!!
analog selamat - 21 Jun 2001
analog tak adil a.k.a zalim - 20 Jun 2001
isk isk isk .. mengekalkan kezaliman
dikatakan sebagai langkah baik.. dan
adakah itu juga bererti mengetepikan
keadilan juga merupakan satu langkah baik..
untuk apa?? kerana apa?? sebab apa??
untuk kekuasaan.. demi kekuasaan.. kerana
kekuasaan.. juga sebabkan untuk
mengekalkan kekuasaan..

yang berkuasa tak pernah rasa dirinya


bersalah.. malahan menyalahkan orang
lain.. apakah pemimpin itu.. suka
menyalahkan orang lain.. tapi diri sendiri!!
hapuskan kezaliman!!
hapuskan ISA!!
Abolish ISA!!

kezaliman dihalalkan dengan alasan untuk


menjaga kepentingan semua kaum.. apakah

analog isk isk isk - 22 Jun 2001

Badaruddin Amirudin Umno mengesa


dilancarkan jihad ke atas PAS selepas parti
itu bersikap seperti Yahudi yang sentiasa
mencari jalan mahu memusnahkan umat
Islam.
Lembaga Tatatertib Universiti Teknologi
Mara (UiTM) hari ini mengambil keputusan
menyingkirkan seorang pelajar kerana
didapati bersalah menyertai perhimpunan
haram bagi menentang penggunaan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid
Negara dua minggu lalu.
Sumber:Malaysiakini
apa yang dikatakan oleh UMNO - PAS
mengkafirkan orang UMNO, kali ini dibalas
oleh orang UMNO yang mengYahudikan
orang PAS pulak.. siapa kafir siapa Yahudi?
salut untuk student ITM tu.. aku terlampau
lemah untuk berkorban..
hapuskan kekejaman!!
Abolish ISA
analog Melayu yang lupa - 24 Jun 2001
tersentuh juga hati ini membaca puisi
karangan Dr Mahathir.. tapi seperti Melayu,
Mahathir juga lupa, ye lah.. Mahathir itu juga
bukankah Melayu.. mungkin aku juga
terlupa dan rakan sekalian terlupa.. jadi apa
yang patut kita buat bila orang terlupa?
sama seperti apa yang dilakukan Mahathir..
memberi ingatan kepada orang Melayu
dengan sajaknya.. kita ingatkan juga
sesiapa sahabat atau kenalan kita yang
lupa.. so bawah ni aku buat juga satu sajak
hasil idea dari sajak yang dikarang Dr
Mahathir - Melayu Sudah Lupa..

Melayu Yang Lupa


Melayu yang lupa
Melayu yang lupa
Melayu yang lupa
Dulu ia dipijak
Melayu yang lupa
Dulu ia retak
Melayu yang lupa
Dulu ia teriak

Melayu yang lupa


Dulu ia sengketa
Melayu yang lupa
Dulu ia derita
tanpa kebenaran
tanpa keadilan
tanpa kebebasan
Melayu yang lupa
Melayu yang lupa
Melayu yang lupa
Sejarah asal usul dirinya
bumi tempat lahirnya yang suci bersih
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
asal usulmu dari satu bangsa agong..
bangsa manusia..
asal usulmu dari yang satu..
asal usulmu Muhammad..
perjuangan akan selesai jua..
selesai jika semua bersatu..
berpegang pada taliNya!!
"Saya tak boleh fikir bahawa orang yakin
perjuangan Pas itu adalah perjuangan
Islam. Macam-macam yang dia buat yang
bertentangan dengan ajaran Islam." petikan ucapan penggulungan Dr Mahathir
di Persidangan Agong UMNO.... dulu
mereka kata orang PAS mengkafirkan
mereka.. tapi sekarang mereka kata ajaran
PAS bertentangan dengan Islam.. maka
dalam ertikata lain PAS adalah sesat.. so
apa yang lain dari kedua parti ini.. duanya
melabelkan parti lawannya sesat..
dulu UMNO kata PAS parti caci maki
carutan.. tapi macam mana dengan
statement Dr Mahathir yang ini.. "Sebaliknya
kita tengok parti lawan kita ini, dia parti yang
akan undi tongkol kayu. Lebih daripada
tongkol kayu lagi. Mat Sabu ni, ulamak al
ustaz Ahmad bin Sabu. Yang berkhalwat,
inilah kes khalwat yang terang sekali. Dia
berada dengan isteri orang dalam satu bilik
dan dia dilihat oleh 4 orang daripada jabatan
agama. Orang yang tak ada dosa besar.
Orang ini saksi tapi terlepas. Entah macam
mana terlepas. Itulah undang-undang Islam
Pas." petikan ucapan penggulungan Dr
Mahathir di Persidangan Agong UMNO
"Presiden UMNO perlu dipuji dan perlu
ditaati." petikan ucapan penggulungan Dr

Mahathir di Persidangan Agong UMNO ..


apakah ini tanda taksub juga diterima dalam
UMNO yang selama ini ditentang oleh
UMNO dengan mengatakan ahli PAS
terlampau taksubkan pemimpin...
"Sebenarnya tidak ada shortcut. Tidak ada
jalan yang mudah. Kita mesti tekun belajar.
Bangun pagi buka buka baca dan baca
lagi."petikan ucapan penggulungan Dr
Mahathir di Persidangan Agong UMNO.....
tiada shortcut!!! hilangkan hak istimewa
Melayu!!
"Daripada yang kita kata dalam tadika, dah
diajar dah, anak-anak itu supaya benci,
benci kepada UMNO, benci kepada
pemimpin UMNO dan jangan belajar ini,
kerana ini sekular. Belajar matematik
sekular, belajar sains semua sekular, ini
semua adalah pelajaran orang kafir, kita
sebagai orang Islam patut belajar agama
sahaja, kalau kita belajar dalam bidang lain
pun masa yang terbanyak hendaklah
ditumpukan kepada syarahan-syarahan
agama yang sebenarnya bukan syarahan
agama tetapi syarahan propaganda parti
Pas, orang ini menjadi penghalang kepada
pencapaian orang-orang Melayu yang
berbakat. Mereka menghalang orang
Melayu daripada mencapai
kejayaan."petikan ucapan penggulungan Dr
Mahathir di Persidangan Agong UMNO....
dekat PASTI tak de belajar Math ke????
"Apakah adil kalau kita kawal Utusan
supaya jangan keterlaluan apabila
berhadapan dengan masalah ketegangan
antara Melayu-Cina ini, tetapi mereka tidak
mengawal suratkhabar mereka apabila
membangkit kebencian kepada orang
Melayu." petikan ucapan penggulungan Dr
Mahathir di Persidangan Agong UMNO...
Utusan dikawal??? Kebebasan Media??
aku mintak kalau boleh korang bacalah
Ucapan Penggulungan Presiden UMNO..
banyak cerita menarik maki hamun, benci,
dendam kesumat, prejudice perkauman....
Hapuskan kezaliman!!!
Abolish ISA (Internal Security Act) !!!!!
analog selamat hari lahir - 27 Jun 2001

selamat hari lahir yang ke 22, Siti Aishatul


Radziah.. merangkap kroni sekelas mate...
semoga ingat hari tua.. skit lagi jumpa
tuhan.. dan prepare ke??? sama la kita
prepare ye.. insyaAlLah.. esok kompem
open table ye Sha.. ko ngan Mat Jan kan..
budak JPA.. raikan duit JPA anda bersama
kami semua kroni mu...
analog teruskan!! - 29 Jun 2001
teruskan kebangkitan wahai mahasiswa..
kamu semua bukannya pekak! kamu
semuanya bukannya buta! kamu semua
bukannya bisu!.. kamu semua ada hak
untuk menyatakan kebenaran! ada hak
untuk menegakkan keadilan! ada hak untuk
merasai kebebasan!!...
selepas sahabat kita dari UiTM, Rafzan
dikenakan tindakan oleh pihak universiti..
kali ini dua orang Mahasiswa USM pula
dikenakan tindakan akibat menyatakan
sokongan kepada kebenaran, keadilan dan
kebebasan..
tahniah Lee Yen Ting dan Choo Chon
Kai..Lee yang merupakan Pengerusi
Persatuan Bahasa Tionghua manakala
Choo pula ialah setiusaha persatuan
tersebut akan dikenakan tindakan disiplin
oleh pihak universiti akibat pelbagai sebab..
salah satu daripada dakwaan pihak
universiti ialah menjual dan memiliki lencana
anti-ISA.. untuk mengetahui lain dakwaan
rujuk Malaysiakini.
masih ada peluang bagi diri ini.. walaupun
selalu melakukan kesilapan!!!
analog terbakar - 2 Julai 2001
terkejut gak aku bile dengar citer pasal
Dewan Tunku Canselor terbakar.. isk isk isk
.. dewan lama tu.. dan banyak kerugian
disebabkan kebakaran tu.. macam buat
andaian.. dan andaian yang paling tak
munasabah ialah bila students sendiri
dikatakan membakarnya.. ptuihh..!! students
Malaysia ni penakut.. tak berani.. pengecut..
tak sanggup nak berkorban!! aku tak
percaya diorang boleh berani nak buat cam
tu.. dan lagi satu tak ade bukti nak tuduh
diorang buat.. sampai sekarang Polis tak
keluar report lagi.. Bomba sepatutnya ari ni..
but till now on.. aku tak dengar apa citer

pun.. yang tuduh bukan orang kecil.. tapi


orang besar pulak tu.. "orang hantaq pegi U
soh belajaq bukannya bakaq dewan!
kununnya!".. dan sejurus lepas tu kebetulan
esoknya UPM pulak terbakar skit.. tang
mana yang terbakar tak tau laa.. pas tu..
kebetulan lagi dalam ucapan penutup
Simposium Penegasan Arah Tuju Idealisme
Mahasiswa di Alaf Baru.. Mahathir bercakap
pasal kerusuhan dan keganasan students..
``Lihatlah perbezaan cara-cara ganas
dengan yang bijak dan tertib.
Pengajarannya ialah apabila ingin
mengubah atau menjayakan sesuatu, kita
boleh pilih sama ada menggunakan cara
yang bijak atau bodoh, tertib atau cara
ganas,''.. dan ``Merusuh bukan cara kita
hendak menyumbang kepada masyarakat,
saya tidak kenal bangsa yang pandai
merusuh dipandang tinggi oleh dunia,'' ..
tambah dia lagi ``Orang bodoh pun boleh
melakukannya. Kita datang ke universiti
kerana potensi kita lebih tinggi daripada
mereka yang mengganas di jalan-jalan,'' ..

ok la.. amik for example.. cikgu geografi


korang ajar singapura tu di bawah Malaysia
di Asia Tenggara.. cikgu besar korang lak
cakap tak!! Singapura kat Eropah.. sebelah
Perancis.. korang nak diam.. sanggup tak
korang bercikgu besarkan orang bodo cam
tu.. tak!! pada sesiapa yang berpegang pada
kebenaran..ubah!!

kadang terutamanya bila habis sahaja aku


baca ucapan penutup tu.. aku rasa macam
die berimaginasi bahawa students Malaysia
terlampau ganas.. adakah pendekatan
membawa Memorandum (yang
dikatakannya dah terlambat- aku pun tak tau
maksud die?) hantar pada menteri itu satu
keganasan.. adakah berdemonstrasi di
Masjid atau di tepi jalan tanpa membawa
senjata - rocket launcher dan molotove
cocktail dan parang dan kayu itu satu
keganasan..

analog terbakar lagi - 3 July 2001

bukan masanya sekarang.. students


sepatutnya belajar.. tapi.. kenapa nak
ditakutkan students berdemonstrasi dan
hantar memorandum.. bukannya keganasan
seperti di Indonesia.. yang boleh
menghancurkan diri sendiri.. kerana apa
tindakan menentang kezaliman cara
students kita sekarang di Malaysia boleh
membakar jambatan kebahagiaan.. kerana
kerajaan takut!! kerana kerajaan takut
tembelang mereka terdedah!! ``Orang
bodoh pun boleh melakukannya. Kita datang
ke universiti kerana potensi kita lebih tinggi
daripada mereka yang mengganas di jalanjalan,'' .. kalau orang tu bodo dia tak sedar
diri die salah.. dan for sure tertutup dari
kebenaran..

kalau mampu ubah guna kuasa, guna


kuasa! tapi kalau tak mampu.. guna lidah!
kalau tak mampu jugak.. guna hati..
sekarang students tak de power.. so diorang
guna lidah!! hantar memorandum..
demonstrasi. menjerit kat tepi jalan kat
Masjid!!
Kehidupan sebagai students bukan sahaja
belajar.. malah lebih dari tu!! pengalaman
hidup jauh dari mak bapak, berdiri kaki
sendiri.. amar maaruf nahi mungkar.. dan
pelbagai lagi.. students bukan robot yang
ade cip kat kepala yang hanya disetkan
untuk belajar.. tak kami bukan robot!!!

lagi cerita pasal terbakar...just now aku


terima berita panas.. Bangunan Menara
UiTM terbakar.. sebelum ni diberitakan.. Fak
Law, Dewan Sri Budiman dan beberapa
fakulti lagi di ancam ugutan.. ugutan untuk
dibakar!! dan dalam beberapa hari ni
mamat dari pasukan Bomba datang melilau
merayau kat fakulti aku..
polis belum siasat.. tapi orang besar dah
tuduh students... dan aku yakin dalam
jangka masa beberapa hari ni akan berlaku
tangkapan secara besaran ke atas
pemimpin pelajar yang berani.. demi
keadilan..kebebasan dan kebenaran..
satu lagi usaha yang aku nampak untuk
menyekat pengaruh students.. ialah sesiapa
atau mana students yang dipecat tak boleh
nak masuk IPTS.. ini mematikan terus
peluang pelajar tersebut.. teringat aku
pesanan Dr M.. "jangan bakar jambatan
kebahagiaan".. pesanan itu pada aku
sebenarnya amaran kepada students
supaya stay away jauh dari segala kegiatan
yang boleh mengancam kuasa kerajaan..
mulut dibisukan.. telinga dipekakkan.. mata
dibutakan.. jadilah kamu robot yang
mematuhi apa yang diprogramkan ke atas

diri kamu.. dan kamu yang di atas akan


terus berkuasa bermaharajalela.....!!!!
Utusan Malaysia kata - "Polis soal siasat 10
orang termasuk pensyarah" Berita Harian
kata - "pegawai penyiasat telah mengambil
keterangan lebih sepuluh orang termasuk
pensyarah"...
Abolish AUKU!!
Hapuskan Akta 174!!
Abolish ISA!!!
analog terbakar juga - 4 July 2001
lagi cerita pasal terbakar.. dan maaf pasal
siarkan berita bangunan Menara UiTM
terbakar.. tak de yang terbakar.. tapi still jadi
tanda tanya apa benda yang menyala
macam api kat tingkat 13 semalam.. hampir
sebahagian besar budak seroja dan jati
nampak.. penggera amaran kebakaran juga
berbunyi.. tapi Polis dan Bomba sahkan
tiada kebakaran.. aku rujuk Berita Harian..
memang kecoh tengah malam semalam..
ramai students nak jenguk .. terkejut! bomba
memang dah stand by dua tiga hari ni...
pasal dapat dua tiga ugutan nak bakar
Dewan Sri Budiman ngan Fakulti Undang..
dan other fakulti.. aku semalam masa
kejadian tu, ada kat cc nak update site ni..
dapat inform dari budak Kolej Seroja yang
duduk betui depan menara tu.. so ??? apa
hal sorry..
sampai skool heboh jugak orang cerita pasal
benda ni.. tak kurang juga.. yang bagi
komen masing.. berdebat or bermuzakarah
kot??
kepada Rafzan Ramly harap bersabar..
setiap pengorbanan pasti akan dapat
balasan.. semua berlaku ada hikmahnya..
tindakan ke atas Rafzan adalah satu contoh
usaha kerajaan ingin menyekat hak
students.. menyekat students dari
menyatakan kebenaran.. memperjuangkan
keadilan dan merasakan kebebasan..
gesaan Musa Mohamad Menteri Pendidikan
Malaysia supaya IPTS jangan bagi peluang
belajar untuk pelajar yang dipecat adalah
sesuatu yang memang tak adil!!! dipecat
dari IPTA disebabkan perhimpunan aman
dan menghantar memorandum a.k.a untuk

menyatakan kebenaran itu juga adalah tidak


adil!!! adakah kamu takut wahai orang besar
yang di atas dengan kami orang kecil di
bawah ini!!! ingat orang yang di atas.. ade
lagi yang lebih atas dari kamu!!! watchout!!
Seluruh masa depan saya untuk menjadi
manusia yang berpengetahuan dan berilmu
menerusi pendidikan di peringkat universiti
di Malaysia hancur sama sekali, kata bekas
pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, Rafzan
Ramli.
tapi nanti pasti ade kedengaran.. orang
berkata.. "dah tahu nak hancur masa depan
buat apa ikut perhimpunan aman dan
tentang kerajaan".. kan kan kan.. dalam
kepala kita pun dah ditakutkan dengan
perkara cam tu.. jadi semua students kena
diam belajar dan jangan tentang kerajaan
walaupun kerajaan bertindak zalim..
walaupun kerajaan menganiayai rakyat..
ahhhh nanti ada plak yang cakap.. tak pe
la.. orang lain yang kena.. nanti kita kena..
susah la pulak.. tak dapat belajar.. apa kata
famili.. orang kampung.. sampai bila kita nak
pupuk sifat selfish ni.. biar kita senang orang
lain sengsara...UBAH!!!
dalam keadaan kacau macam ni teringat
pulak aku usaha para sahabat nabi yang tak
kira diri sendiri tapi orang lain
diutamakan...sanggup tinggal anak bini nak
kembangkan agama.. kalau tak kerana
diorang dah pastilah kita semua tak merasa
ni'mat iman.. ni'mat kalimah lailahaillalLah...
analog ganazz - 9 Julai 2001
aku tertarik dengan berita yang disiarkan
dalam Berita Harian hari ini.. tentang kes
jenayah seks.. dalam berita tu ade mention
hasil kajian Sekolah Psikologi dan Sosial
Universiti Malaysia Sabah (UMS) "selepas
menonton filem, gambar atau video lucah
dan membaca bahan lucah, remaja
mempunyai keinginan tinggi untuk
melakukan kegiatan seks.".. tah la.. aku nak
bagi persoalan: 1. Kebanyakan pelaku
jenayah seks tersebut adakah pernah
terdedah dengan bahan tersebut? 2.
Kenapa pegawai di Lembaga Penapisan
Filem bukan seorang pelaku jenayah seks?
.. aku tak nafikan ade betulnya hasil kajian
yang dilakukan tu tapi masalahnya terlalu
besar.. mungkin berpunca daripada yang

besar jugak.. aku tak nak blame sesiapa tapi


diri sendiri.. keadaan masyarakat yang tak
berpegang pada tali AlLah itulah puncanya..
pelaku jenayah jenis ni selalunya lelaki.. dan
mangsanya perempuan.. mari kita berfikir
cara bebas dan jangan dikongkong emosi
sentimen.. apakah segala puncanya adalah
lelaki yang menjadi pelaku.. perempuan juga
menjadi punca bukan si mangsa tapi
perempuan yang lain.. tidakkan kamu
kesian.. yang menjadi mangsa bukan kamu..
tapi orang lain yang tak bersalah!!...
analog tumpukanlah pelajaran anda... 10 Julai 2001
syarat kemasukan ke universiti yang utama :
ikut cakap kerajaan! tumpukan sepenuh
perhatian kepada pelajaran.. jangan
habihkan masa berpolitik.. jangan bakar
jambatan kebahagian..
teringat jugak aku pada pengalaman hidup
dalam buangan Isham Rais.. masa umur die
baru sebaya aku or maybe tua setahun
daripada aku.. die dah mula travel satu
dunia sorang.. dan die boleh survive!!.. aku
terpikir dan terasa malu jugak pada diri aku
sendiri.. yang kadang tak mampu nak
survive walaupun berhadapan kondisi yang
tak seteruk Isham Rais..
masa kecik dulu.. masa dalam sekolah..
orang cakap ko tak cukup umur nak ngundi
so apsal nak ambik tahu tentang semua
benda ni.. pas tu dah masuk U macam tu
jugak.. ko kena tumpukan pelajaran.. ko tak
boleh berpolitik (kecuali Puteri UMNO)..
nanti membakar jambatan kebahagiaan..
tunggu dah grad la.. pas tu bila dah grad..
ko jangan nak pandai tentang kerajaan
nanti tak dapat kerja pulak.. cam ne nak
kawin.. tak kerja nak tanggung bini dengan
apa? Pasir!! pas tu dah dapat kerja.. kerja
lak dengan kerajaan.. kakitangan kerajaan
tak leh lawan cakap kerajaan.. nanti kena
buang.. pas tu masuk kerja kat swasta..
orang tak nak.. sebab dah kena buang dari
kerajaan.. so bila dah ade anak.. jangan la
mengada nak menegakkan kebenaran..
nanti sapa nak jaga anak bini ko.. menjanda
lak bini ko nanti!! so sampai bila nak
diam???? tah laa...

PAS ngan DAP dah nampak macam tak


sehaluan.. pakatan BA seperti dah setuju
tak nak mention tentang negara Islam.. so
how about if UMNO nak bercerita tentang
hal negara Islam dan nak tolong PAS buat
that kind of government in Malaysia..
adakah PAS akan mengikut UMNO???
tindakan kerajaan menahan Fuad dan
Jonah di bawah ISA disebabkan seksyen
73(1) akta tersebut.. dengan kerana
mengancam keselamatan negara bukan
boleh mengawal keselamatan malahan
boleh memburukkan lagi keadaan.. kenapa
digunakan undang subversif yang besar itu
ke atas mahasiswa.. terlampau hebat
sangatkah gerakan mahasiswa negara ini..
terlampau terkesan sangatkah gerakan
mahasiswa negara ni.. tah laa.. kerajaan
mungkin tahu segalanya!! tunggu dan lihat..
teringat aku masa tahu 1974.. Anwar
ditahan ketika itu di bawah ISA disebabkan
menganjur demontrasi di Baling.. tapi apa
yang dah dilakukan oleh Jonah dan Fuad..
nampaknya lebih hebat mereka berdua ini
jika nak dibandingkan denga Anwar.. isk isk
isk...
tah tak tahu nak tulih apa dah!!
analog sape bakar! - 11 Julai 2001
sape bakar.. student bakar!!! litar pintas
laaa... sendiri bakar!!! itu bomba sudah kasi
dieorang nye siasatan.. dah umumkan!! tapi
cam ne ngan hasil siasatan Pemuda
UMNO??? tunggu...
abih tu macam mana dengan tuduhan kata
student yang bakar.. sampai ade yang kena
tangkap ISA.. isk isk isk!! tah .. tak tau..
aku rasa macam tak percaya.. bukan die
yang tulis kot!!! JPPUiTM Menyelar Sikap
Biadap Kerajaan .. tak kan lah Nazrul
Fazami nak keluar statement cam gini.. isk
isk isk musykil!!! aku rasa mesti die jadi
macam budak UUM tu.. tah la..Student
leader lodges police report against
malaysiakini.... Husnul Hadi nafi tulis surat
kepada m'kini... siasat!!!!
analog selamat kembali - 12 Julai 2001

selamat kembali Rafzan.. selamat


menyambung pelajaran anda semula..
teruskan perjuanganmu.. demi kebenaran,
keadilan dan kebebasan..
sabar Jonah dan Fuad masa anda berdua
akan tiba jua.. kekejaman ISA pasti akan
terhapus jua.. yakin!
analog Lebih Kecoh - 30 Julai 2001
Plaza Putra (29/07/01)
Set putih memang menarik, suci bersih.
Kerusi, kusyen, almari dan buku, semuanya
berwarna putih. Latar belakang set adalah
bendera malaysia yang juga berwarna putih.
Segala yang dipersembahkan adalah seni
dan segalanya juga ada maksud tersirat
yang tersendiri. Actors' Box pada hari
terakhir berjaya mengumpul penonton yang
ramai dan boleh dikatakan hampir 100
orang penonton dari pelbagai bangsa dan
status hadir untuk menyaksikan pementasan
teater Lebih Kecoh ini. Kebanyakan yang
hadir adalah dari kalangan muda mudi atau
generasi baru. Generasi baru yang
berfikiran baru.
Pelakon terdiri daripada empat orang remaja
dari pelbagai bangsa. Fahmi Fadzil,
Gabrielle Low, Kubhaer Jethwani, dan Mark
Teh. Cerita berbangkit adalah daripada
keinginan Gabrielle untuk membuat sebuah
buku yang terbaik dari segi penceritaan dan
persembahan. Jadi dia berbincang dengan
rakan-rakannya dan menanyakan pendapat
rakan-rakannya demi mencapai hasil yang
terbaik. Masing-masing mengeluarkan
pendapat dan bermulalah perbincangan
yang menghasilkan suatu polemik menarik
tentang masalah negara dan jiwa manusia
bangsa Malaysia bermula dari zaman
kolonial sehinggalah zaman sekarang.
Persembahan teater ini lebih menarik
kerana ia bukan berkisarkan kepada suatu
cerita yang kompleks tapi cuma suatu
ekspressi golongan muda mudi yang
ditimbulkan melalui perbincangan empat
orang remaja pelbagai bangsa dalam usaha
mencari ide untuk membuat sebuah buku.
Kepelbagaian idea ini menghasilkan
imaginasi dan karya ilham tanpa sengaja
dalam pelbagai bentuk.

Mungkin dalam bentuk rancangan kuiz t.v


popular, mungkin juga iklan atau mungkin
juga dalam bentuk nyanyian. Babak dari
rancangan kuiz t.v popular Who wants to be
a millionaire? berjaya membawa pesanan
menarik kepada penonton. Penonton diajak
berfikir dengan soalan kuiz dari fahmi yang
bertindak selaku Jalaluddin Hassan
pengacara sebenar rancangan tersebut.
Dalam babak tersebut, untuk soalan bernilai
RM100, Khubaer ditanya, tentang kesan
globalisasi, dia diberi empat pilihan jawaban
seperti biasa, A. bloody good B. bloody shit
C. i dont know and i dont care D. penjajahan
bentuk baru. makin lama makin kuat
persoalan merdeka dibangkitkanindependent. Penonton dibawa sedalam
mungkin untuk berfikir tentang itu.
Timbul pula tentang 'teori tose'.
Perbandingan menarik yang patut dikaji.
Analogi seorang budak dengan suatu
masyarakat atau bangsa dalam teori tose ini
dibangkitkan dalam keadaan gelak ketawa
penonton. Masa kecil mak bagi makan tose,
besar sikit tose masala, bila sekolah
menengah tose jugak sampai lepas kawin
pun tose jugak. Masa dijajah mak, makan
tose. Masa menjajah isteri still jugak makan
tose. Hidup terus dijajah walaupun sudah
merdeka.
Kemundian penonton dibawa berfikir
tentang masalah perkauman. Ini ditunjukkan
dalam proses pilihanraya. Orang cina undi
cina, Melaya undi Melayu, Orang India undi
orang India. Babak beberapa wanita cina
membasuh menceritakan mentaliti
penduduk negara ini pada awal
kemerdekaan.
Hasilnya berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
Kejadian di Kampung Baru, digambarkan
melalui babak kecoh keadaan pelakon yang
menggambarkan ketakutan, kesdihan dan
kebingongan. bangkit cerita tentang
kejadian orang Melayu dikelar pada waktu
mereka keluar dari panggung wayang Rex
dan kejadian Polis Melayu yang menembak
orang-orang cina. Bila ditanya apa yang
berlaku, semua diam, nothing happened.
Kemundian penonton dibawa pula dengan
permasalahan kemiskinan dalam dekad
70an. Dengan penguasaan Melayu
sebanyak 75% dalam angka kemiskinan

pelbagai usaha dilakukan. Tun Abdul Razak


diberi gelaran bapa Pembangunan dan Tun
Hussein Onn di panggil Bapa Perpaduan.
Babak dua orang perempuan yang berjalan
di Petaling Street berjumpa dengan seorang
pengemis, menunjukkan jurang kemiskinan
antara masyarakat pada masa itu. Sambil itu
permasalahan VCD haram secara tak
sengaja dibangkitkan juga.
Seterusnya pemahaman tentang Melayu
ditunjuk dalam babak Tok Dalang wayang
kulit bermain wayang kulit melakonkan dua
watak iaitu Dang Anum dan Wan Setia. Dua
watak ini menunjukkan perbandngan dua
jenis orang Melayu yang ujud sekarang.
Orang Melayu moden dan orang Melayu
konservatif. "Jiwa merdeka tak perlu
dibantu!"
Kad Pengenalan yang menggambarkan
identiti seseorang warganegara juga
dibangkitkan dalam pementasan ini.
Dikaitkan dengan masalah identiti
masyarakat negara ini.
Pada hujung pementasan penonton
diperdengarkan dengan petikan temubual
bersama Saudara Hisham Rais yang
sekarang ini ditahan di bawah Akta
keselamatan Dalam Negeri. Menurut beliau
kehadiran sesuatu krisis membawa suatu
hikmah kepada manusia. Krisis mencipta
idea baru dan manusia akan terus berfikir
secara kritikal untuk mendapatkan
penyelesaian terbaik bagi krisis tersebut.
"To get freedom, we must fight for it!"
Kemundian pelakon bersandar pada latar
belakang iaitu bendera Malysia yang
berwarna putih itu, disuluh dengan cahaya
petak sambil tangan diangkat seperti
seorang tahanan yang diikat tangan.
Pelakon menyanyi lagu Getaran Jiwa.
Babak ini membawa penulis berfikir,
penjajahan berlaku sekarang bukan oleh
pihak koloni tapi dari bangsa sendiri.
Pada akhir pementasan lebih kurang 15
minit sebelum habis pelakon mengadakan
sesi soal jawab dengan penonton. Penonton
berbincang dengan bantuan pelakon
sebagai pengerusi tentang pelbagai perkara.
Dari hal globalisasi, penjajahan bentuk baru,
westernisasi, indepandent dan juga ISA.

Pelbagai idea dan pendapat menarik dapat


diambil. Sementara penonton terus
berdiskusi pelakon-pelakon pula keluar dari
set secara perlahan-lahan dan
meninggalkan penonton dengan
permasalahan yang mereka tinggalkan.
Idea menarik dan pendapat kritis dari
penonton terutama dari golongan muda
diharap akan dapat membawa perubahan.
Apa yang penulis nampak dari diskusi
penonton ialah masih ada lagi masyarakat
Malaysia yang selfish, ISA, tak kena batang
hidung sendiri, selagi itu mereka tak kisah.
Dan sikap remaja yang masih ada juga turut
merisaukan. Sikap i dont know and i dont
care!
kemerdekaan takkan dapat dikecapi selagi
manusia masih lagi dikongkong oleh
manusia.
analog besh besh.... - 8 Ogos 2001
Tertarik aku membaca kenyataan Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam), Tan Sri Musa Hitam. Dalam
kenyataan beliau di majlis ucapan umum
dihadapan kira 500 orang pelajar dan
pensyarah, beliau berkata "Saya suka
menyatakan di sini pada prinsipnya kalau
seseorang itu ditangkap atau ditahan dan
kemudiannya dibuang atau digantung
(extand), pada prinsipnya tidak kena dengan
prinsip keadilan (principle of justice)". Beliau
juga menambah, berhubung dengan
tangkapan ke atas students yang
menyuarakan protes, "Jangan jadikan ini
sebagai satu alasan untuk tidak
menyuarakan hak, namun ia perlu dilakukan
melalui proses demokrasi bukan
kekerasan." lagi, "di waktu zaman kolonial
dahulu lebih teruk lagi keadaannya, mereka
tidak kenal erti kebebasan bercakap namun
mereka tetap bercakap menyuarakan
kebenaran." Tan Sri Musa juga memberi
contoh, "Dato Sri Dr Mahathir sendiri pernah
bercakap mengkritik melawan Perdana
Menteri pertama Tunku Abdul Rahman
suatu ketika dahulu." Menyorot kisah
Perdana Menteri Malaysia itu beliau berkata
"Walaupun dipecat daripada UMNO, dia
sekarang sudah menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Kesannya zaman ini telah muncul
beribu-ribu klon seperti Dr Mahathir". dan

beliau juga menambah "Ini jelas


membuktikan bahawa pelajar masih boleh
berjaya sekiranya berani menyuarakan yang
hak untuk kepentingan rakyat," Beliau juga
mengingatkan students supaya sanggup
mengahadapi risiko jika mempunyai cita
menjadi seorang pemimpin yang baik.

kita kena faham Hisham dulu.. dan baca


segala kritikan die dalam Analog - kolum di
Berita Harian yang pernah satu masa dulu
die kendalikan.. dah faham Hisham dan bila
baca die nye artikel

Fakulti Pentadbiran dan Undang-undang,


Universiti Teknologi Mara Malaysia akan
melancarkan Speaker's Corner tak lama
lagi.. so insyaAlLah kebebasan bersuara
akan terus terjamin..

Selamat Hari Lahir Saudara Anwar Ibrahim..

Betul juga apa yang Mahfuz Omar cakap..


ISA adalah undang militan.. teringat lak aku
kat member aku yang belajar di Mesir..
gerakan Islam dan pelajar disekat habisan..
bagi satu orang pelajar dua orang SB..
penjara bawah tanah yang berjalan atas
undang yang hampir sama denga ISA amat
menakutkan pejuang pembebasan dari
kezaliman.. gerakan Ikhwanul Muslimin dan
students menjadi target utama.. kisah
pelajar atau ahli gerakan Islam hilang
dengan tiba adalah satu yang perlu
diterima oleh mereka yang mahukan
kebenaran.. wanita yang ditangkap dan
ditahan di dalam penjara bawah tanah pula
seringkali dilaporkan dirogol dan dicabul
kehormatan mereka.. istirghfarlah manusia..

di sana ada orang


orang itu terpenjara
dia...

"Parti lawan kita sekarang ini tidak ada lagi


hujah yang hendak dibawa pada
masyarakat. Yang ada sekarang pada
mereka ialah besi dan api. Besi dan api itu
istilah politik Arab. Politik Melayu pula ialah
undang-undang, iaitu melarangkan ceramah
dan sebagai. Ini bukan cara kerajaan di
zaman tamadun. Di zaman manusia penuh
cerdik, mereka hendak guna lagi cara
kerajaan zaman Firaun dulu. Firaun
memperlekehkan kaum bangsanya dan
kaum bangsanya ikut saja kata dia. Itu
zaman Firaun. Tapi kini bukan zaman
Firaun." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

warisan nabi
tunaikanlah hak saudara kita
tak perlu harapkan balasan semula darinya
macam kata orang tua-tua kita
cubit paha kanan
paha kiri pun terasa juga...

semalam aku gi tengok dari Jemapoh ke


Manchester lagi!! kali ni ngan Cik Angah dan
Cik Dayang + Bob Ku2 pun ade.. lagi aku
tengok lagi besh lak.. oops bukan sebab
Hisham Rais yang mengarah tapi memang
citer tu best kan.. nak buat camne.. aku
ingat nak buat review pasal citer ni.. tapi tak
de masa lak.. tah la.. aku rasa aku buat
jugak.. tengokla nanti.. untuk faham citer ni

analog nak meletup lagi - 20 Ogos 2001

analog Selamat - 10 Ogos 2001

di sana ada seekor burung


burung itu di dalam sangkar
dia patut bebas

ah biarkan dia terpenjara..


dia bukan bapak kita
dia juga bukan suami kita
dia bukan anak kita
abang pun bukan
pedulikan dia
ah buat apa susah-susah nak pikir
dia bukannya mak kita
dia juga bukan isteri kita
dia bukan anak kita
kakak pun bukan
biarlah dia menangis sendiri

bagaimana bagaimana..
biarkan biarkan aku terjun dengan egoegoku!!!

tadii kat skool aku ade panggilan palsu.. ade


bom!!! aku ingatkan dah abih semua benda
ni.. ish ish ish.. ade lagi ek..
SUHAKAM semakin menunjukkan
peranannya dalam usaha menaikkan
semula hak asasi manusia kat Malaysia ni..

KMM @ KMMM ... creates fear to the


nation.. so that b4 2004 all people will unite
against this violence under the flag of BN
once again.. then BN menang lagi.. segala
pergerakan yang nampak lebih Islam dari
UMNO pasti akan jatuh jua.. dan bukan
sahaja orang bukan Islam akan takut
malahan orang Islam sendiri jugak yang
takut dengan orang yang lebih Islamnya..
pantang tengok orang pakai jubah
berjanggut berserban.. mesti nak tuduh
yang bukan.. extremist la.. fundematalistt
laa.. taraditionalist laa.. apa tah.. buat bom
la.. ade M16 la.. rompak bank laa.. isk isk
isk ... sunnah Muhammad SAW tu..
ntahapaapantah...
analog bulan kemerdekaan - 23 Ogos
2001
bagaimana menilai erti kemerdekaan dan
semangat patriotisme seorang rakyat??
adakah cukup dengan meletakkan banyak
bendera di depan kenderaan masing,
memakai baju bercorak kebangsaan,
menyanyikan lagu nasional dengan
bersemangat, menonton movies yang
berunsur patriotik atau .. ?? adalah lebih
baik menjadi seorang rakyat yang kenal erti
kemerdekaan dengan lebih mendalam,
bukan hanya dengan bersemangat
menyatakan apa yang diluar sahaja.. tapi
elemen penting kemerdekaan jiwa dan
rohani dari penjajahan serta kemerdekaan
pemikiran dari sebarang penindasan baik
yang jelas atau tersirat merupakan suatu
perkara terpenting yang patut diberi
perhatian.. malang sekali bagi sesebuah
bangsa jika terus dijajah pemikiran dan
jiwanya!!! lebih lagi mereka yang tertindas
dalam tidak sedar...
tambah menyedihkan lagi apabila anak
bangsa sendiri menjadi penjajah kepada diri
kita.. penjajah sudah pergi.. tapi tali
barutnya masih tertinggal lagi di sini.. dan
kita berperanan meneruskan warisan
penjajah di bumi yang kononnya merdeka..
lebih menyakitkan hati apabila anak bangsa
yang menjajah itu lebih dasyat dan teruknya
daripada sang penjajah itu.. dan terasa
malang juga apabila kita tanpa sedari
menyerahkan diri kita kepada segala bentuk
jajahan mereka dengan sukarela...

manusia akan hanya merdeka jika bila di


sana terdapat satu keadaan yang
membenarkan mereka bebas dari
cengkaman manusia sendiri.. merupakan
satu penghinaan apabila manusia dikuasai
oleh manusia.. manusia tidak boleh
memerintah manusia.. lumrah dunia manusia sama sahaja.. mana mungkin ia
dijajah oleh manusia itu sendiri.. apabila
berlakunya penjajahan jenis ini maka larutan
daripada itu tercetuslah juga satu keadaan
yang dipanggil kezaliman!!!.. penindasan!!..
bebaskan cengkaman manusia dari
pemerintah atau penguasa yang bernama
manusia juga!!! hapuskan penguatkuasaan
undang yang dicipta oleh kita sendiri.. tidak
layak bagi manusia mencipta undang untuk
manusia...
penjajah manusia yang paling berbahaya
pada masa kini ialah duit dan kuasa..
manusia sanggup berkiblatkan duit dan
kuasa dan menjadi hamba material
keduniaan.. jangan sampai ada yang
sampai menjadikan duit dan kuasa sebagai
harapan untuk terus hidup sudahlah...
nauzubilLah...
analog Merdeka - 31 Ogos 2001
merdeka! merdeka! merdeka!
merdeka?
"merdeka"
analog NewsFlash - 11 September 2001
KMM atau lebih dikenali sebagai Kumpulan
Mujahiddin Malaysia atau nama barunya
Kumpulan Mujahiddin Militan Malaysia
(KMMM) disyaki telah bersubahat dengan
pengganas yang memusnahkan bangunan
World Trade Center hari ini. Penglibatan ini
juga adalah merupakan kemuncak bagi
aktiviti mereka sebagai militan terancang
Islam untuk memerangi pengaruh Amerika
dan Yahudi.
dulu diorang bakar DTC.. kali ni diorang
hancurkan WTC pulak.. isk isk isk
terroristnya diorang..
analog kejam? - 18 Sept 2001

selepas aje WTC dan Pentagon dilanggar,


terasa satu perubahan kalau pun tak banyak
sikit terjadi juga pada dunia.. jelas apa yang
berlaku ada hikmah disebaliknya.. manusia
tak sepatutnya hanya memandang dengan
mata kasar.. tak cukup juga pandangan
mata hati melainkan dipandu akal fikiran
yang berasaskan kepada hukum AlLah yang
Maha Benar lagi Maha Mengetahui..
perbuatan yang belum lagi diketahui siapa
yang lakukan itu telah menempiaskan impak
yang hebat juga pada seluruh umat Islam
satu dunia.. yang menjadi mangsa tuduhan
adalah umat Islam juga.. walaupun ramai
yang dah mengaku bertanggungjawab..
namun A.S tetap memilih Osama Ben Laden
sebagai mangsa pertuduhan mereka..
disebabkan org Islam diwarkan sebagai
punca kemusnahan menara dan pengkalan
tersebut telah menyebabkan orang Islam
yang lain turut menjadi mangsa..
perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan
itu, yang jelas nyata bertentangan dengan
prinsip kemanusiaan yang digariskan AlLah
melalui Muhamad SAW patut dikutuk.. tidak
mengira sama ada ia perbuatan sesiapa
termasuk orang Islam.. perbuatan kejam ini
yang telah menyebabkan beribu-ribu nyawa
terkorban adalah sama kejamnya dengan
perbuatan yang dilakukan oleh Israel di
Palestine dan kerajaan Amerika di Iraq..
tiada sebab untuk kita mengecualikan
perbuatan kejam sebagai salah satu
kemungkaran yang dilarang keras oleh
AlLah..
aku mengaku memang tersiksa orang
Palestine di muka bumi mereka sendiri
selama lebih 30 tahun.. tersiksanya seperti
kanak-kanak dan rakyat Iraq yang kebuluran
akibat sekatan ekonomi kuasa dunia.. tapi
sanggupkah kita membalasnya kepada
orang lain.. sebagai manusia yang fitrah
kejadiannya sebagai yang penyayang dan
sentiasa menghormati hak masing kejadian
minggu lalu bukan sahaj menghina manusia
malahan menghina AlLah sebagai pencipta
alam yang berhak disembah.. sebagai
seorang hamba AlLah cara ini semestinya
kita ketahui bukanlah satu cara yang baik
untuk menyekat kekejaman.. kekejaman
tidak boleh dilawan dengan kekejaman..
matlamat tak menghalalkan cara..!!!

walaubagaimanapun.. apa yang berlaku


terhadap A.S patut dijadikan pengajaran..
jangan terlampau ego ingatkan diri
terlampau berkuasa.. ada lagi yang maha
kuasa.. setiap kekejaman AlLah akan balas..
tidak didunia di akhirat sudah pasti.. tapi
bukan tugas kita yang membalasnya.. AlLah
yang maha penentu!!
dan selepas ini yang pasti.. kita nantikan aja
balasan A.S terhadap umat Islam sedunia..
perubahan secara besaran pasti dan sudah
berlangsung.. kalau dulu.. kemusnahan
Pearl Habour dibalas dengan kemusnahan
Nagasaki dan Hiroshima.. kali ini
bayangkanlah balasannya pula..
bersedialah menghadapi apa saja.. tinggal
beberapa hari saja lagi kepada suatu
permulaan bagi suatu kesudahan - the
beginning of the end..
yang penting umat Islam haruslah bersatu
berjemaah kembali memegang tali AlLah..
hanya dengan memegang taliNya kita akan
menjadi manusia sebenar..
manusia dihantar ke muka bumi bukan
untuk kehancuran.. tapi mereka yang tidak
tahu tujuan hidup di bumi akan menjadikan
bumi ke arah kehancuran.. mereka perlu
dibawa kembali ke jalan yang benar.. dan
dengan menghancurkan mereka, kita tidak
dapat membawa mereka melihat
kebenaran.. hak utama setiap manusia ialah
iman.. kalimah lailahaillalLah.. dengan
kehancuran kita dah menafikan hak asas
mereka.. tugas kita membawa kalimah ini
untuk di imani oleh semua manusia..
selawat dan salam lah ke atas junjungan
baginda SAW.. kerana kasih sayangnya ke
atas kita.. kita dapat hak asas manusia iman! perjuangan sahabat dan sahabiah
patut menjadi contoh perjuangan setiap
orang Islam.. mengakulah cara kita salah..
cara terbaik adalah cara Muhammad SAW..
"tidak aku diturunkan melainkan sebagai
pelengkap akhlak" - Muhammad SAW.
hadiahkanlah al-Fatihah kepada semua
saudara seIslam kita yang meninggal dalam
kejadian minggu lepas.. dan hormatilah
kematian orang bukan Islam yang lain..

kekalkan keamanan dan kedamaian.. Islam


itu damai dan sejahtera.. kekalkan
kesejahteraan - kita kekalkan Islam..
tegakkankan Islam tanpa senjata atau kuasa
ketenteraan yang memusnahkan..
tegakkankan Islam bukan dengan cara kita
sendiri yang banyak kelemahan.. tapi
tegakkan Islam dengan cara RasululLah..
penantian umat Islam takkan lama..
insyaAlLah lagi beberapa tahun..
peace - salam
analog balas dendam - 1 Okt 2001
11hb Sept 2001, jatuhnya robohnya musnah
menara berkembar World Trade Centre di
New York beriringan dengan kemusnahan
kecil bahagian pertahanan Pentagon di
Washington pada hari yang sama telah
merubah serba sedikit perjalanan hidup
dunia dan penghuninya selepas itu
hinggalah sekarang. Di sebalik kesibukan
kerja menyelamat, hiruk pikuk petengkaran
tuduh menuduh siapa bersalah lebih
menyibukkan.
Kemusnahan yang telah mencabut beriburibu nyawa pelbagai bangsa dan berlainan
latar belakang kepercayaan menjadi salah
satu kejadian paling ngeri di awal abad baru
ini. Pihak mangsa mencari seorang jutawan
Arab sebagai mangsa tuduhannya pula.
Jutawan Arab Osama bin Laden dijadikan
tujuan arah utama segala punca berlaku.
Pengganas itu menurut mereka adalah
kejam dan tidak mempunyai sifat belas
kasihan sesama manusia dan manusia
sepertinya perlu dihambat hingga ke lubang
cacing mati atau hidup!
Kemusnahan itu adalah lanjutan dari
pertikaian beribu-ribu tahun. Setiap hari
kemusnahan berlaku. Hari ini esok atau lusa
pasti akan terus juga jika tiada usaha
menyekatnya. Kematian seorang anak kecil
yang dirakamkan menjadi bukti kekejaman
yang terus didiamkan tanpa ada sedikit
pembelaan. Anak kecil itu syahid di atas
pangkuan ayahnya yang mendapat
kecerderaan akibat serangan tak berperi
kemanusiaan rejim kejam zionis.

Kematian anak kecil itu merupakan salah


satu contoh kekejaman ke atas yang tak
bersalah atau yang tidak tahu menahu
langsung mengenai pertikaian bangsa
merebut hak di bumi bebas ini. Kekejaman
ini merupakan contoh kecil kepada segala
kekejaman yang berlangsung sebelum ini.
Maka kesinambungannya, bangkitlah satu
usaha kebangkitan intifada terhadap
golongan penindas. Lawan!
Luka sakit dan darah menjadi teman setia
disamping kesabaran jelas nyata menjadi
perisai utama pendinding ke atas segala
yang terjadi. Pernah disebutkan, perjalanan
berdarah dan penuh luka itu mengambil
jarak beberapa kilometer. Sebagai seorang
yang cukup mulia, jika difikirkan dengan
sekali akal berfikir sudah tentu dirasakan
sesuatu yang tidak sesuai untuk berlaku.
Namun begitu segalanya adalah hikmah,
segalanya adalah suatu iktibar, segalanya
adalah satu pengajaran bagi orang yang
melihat dengan mata hati dan dipandu oleh
akal fikiran yang berasaskan kebenaran.
Batu yang menjadi senjata pihak penentang
memang menyakitkan, lebih-lebih lagi jika
dilontar direjam secara berterusan dalam
jangka masa yang agak lama. Walaupun
separuh nafas dipertaruhkan dan hampir
tergadai suatu nyawa namun mengalah
bukan tindakannya yang terbaik. Usaha
terus dipacu dengan kesabaran yang tinggi.
Lebih menyayat ialah tiada langsung
ditentangnya mereka yang menentangnya.
Takut?
Usaha seterusnya sekarang ialah mencari
tujuan utama untuk dihalakan segala
muncung senapang dan meriam demi untuk
membalas dendam segala darah dan nyawa
yang telah terkorban. Kerajaan Taliban yang
tidak diiktiraf mereka dengan tiba-tiba
menjadi tumpuan tepat. Amerika ingin darah
dibayar dengan darah dan nyawa dibayar
dengan nyawa. Amaran keras kepada
pengganas ekstrimis Islam dan negara
pelindungnya diulang beberapa kali oleh
media arus perdana dunia. Peperangan
memerangi mereka-mereka ini sungguh
benar-benar ingin dilakukan.
Bagi mereka tindakan yang dilakukan di
WTC itu benar-benar kejam. Memang
kejam. Dan bagi mereka kekejaman perlu

dihapuskan. Maka usaha yang paling baik


ialah dengan menghapuskan rejim Taliban
dan tanah Afghanistan yang menjadi pusat
latihan pengganas kata mereka. Benar
bagai dikata, George W Bush dan Collin
Powell sedang bergiat dalam menjadi
pembela rakyat Amerika dan sekali gus
menjadi pejuang dalam menghapuskan
pengganas dan pemberontak dunia.
Intifada! Bangkitlah umat Islam. Kekejaman
terhadap ad Durrah di bumi Netzarim
tempoh hari patut dibela. Penindasan
berpuluh tahun yang melibatkan beribu-ribu
nyawa patut dilawan. Mereka yang berada
di bumi Palestine, Chechnya, Iraq dan
Bosnia patut di beri perhatian demi kerana
kemanusiaan dan kesejahteraan dunia dan
seisinya. Maka disebabkan oleh kekejaman
ini, lahirlah seorang yang disifatkan sebagai
pejuang menentang kekejaman rejim zionis
dan kerajaan Amerika ditengah kemelut
yang makin runcing. Osama bin Laden
walaupun seorang jutawan namun hatinya
tetap berada dibawah bersama rakyat yang
tertindas. Beliau seorang pembela dan
beliau berjuang membalas segala
penindasan tersebut. Darah baginya mesti
dibayar dengan darah. Kekejaman yang
diperlakukan oleh Sang Penindas patut
dibalas. Maka berlakulah letupan dan segala
ancaman dem
analog Hari Lahir - 10 Oktober 2001
hari ni hari lahir site ni.. dah setahun dah!!
perang makin hebat.. sifat cinta sesama
manusia dah mula hilang.. darah jadi
jawaban segala persoalan.. siapa
menang?? melainkan yang Maha Berkuasa
jua.. tidak di sini di akhirat nanti sudah pasti
menjelma balasan hakiki.. kalah tak bererti
salah.. menang tak bererti benar..
perjuangan mencari kebenaran perjuangan
suci.. mati kerananya adalah sesuatu yang
manis.. berkorban kerananya sudah pasti
dibalas dengan kejayaan di dunia dan di
akhirat..
untuk mencari kebebasan dalam sangkar
dunia sekarang sudah pasti sesuatu yang
mustahil untuk kunjung tiba.. nak bebas ada
petua.. ada caranya.. solat kusyuk, zikir, dan

mati adalah antara petua dan cara utama


untuk bebas.. sudah bersediakah kita??
analog boikot!!! - 15 Oktober 2001
kekejaman yang melanda umat Islam sudah
dirasai oleh hampir beberapa generasi. dari
ketidak adilan perampas tanah Yahudi
LaknatulLah hinggalah kekejaman anjing
hitam Radovan Karadzic di bumi Balkan
Bosnia. selain itu kekejaman terhadap orang
islam juga berlaku di kebanyakan tanah
orang Islam termasuklah di Kashmir,
Chechnya, Kosova, Ambon, Acheh dan
Mindanao. kesemua kekejaman dan
penindasan ini secara terbuka atau senyap
didalangi oleh Yahudi dan sekutunya
Amerika Syarikat. yang terbaru penindasan
ke atas rejim Taliban dan rakyat jelatanya
yang setia kepada kerajaan berdaulat bumi
Afghanistan. sekatan dan tekanan yang
sudah lama terpendam terhadap rejim Islam
Taliban itu seakan seperti menanti masa
untuk meletus. dan serangan ke atas WTC
menjadi sebab tercetus satu lagi penindasan
ke atas umat Islam. osama dijadikan objek
buruan. buruan belum ditentukan lagi
dibuktikan bersalah.
makin lama, hari demi hari dilalui semakin
perit bagi umat Islam. sayangnya Muhamad
kau tiada di sisi bersama kami. namun
semangat juangmu tetap di dalam hati kami.
berbekalkan selawat ke atas bumi rohmu
sentiasa kami rasakan seperti berada disisi.
semoga kami mendapat syafaat mu akhirat
nanti. amin.
penguasaan kapitalisme dalam ekonomi
dunia menjelaskan lagi peranan Amerika
dan Yahudi dalam ancaman terhadap umat
Islam. umat Islam yang nyata bergantung
penuh dengan produk ekonomi Yahudi dan
Amerika tidak termampu untuk berbuat apa.
jiwa membara semangat jihad, mulut
meneriakkan laungan kebenaran namun kita
masih lagi minum Coca Cola atau
menghisap rokok Dunhill. jadi aku berpesan
pada aku dan semua saudara seIslamku,
marilah bersama kita berjihad secara total
hati, lidah dan perbuatan. boikot barangan
Amerika dan Yahudi.
Fatwa Intifadah - Sheikh Yusof al-Qardawi

PEMBOIKOTAN TOTAL TERHADAP


SEMUA PRODUK AS DAN ISRAEL.

konsumerisme yang mereka paksakan pada


kita.

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: " 1 Rial


(Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan
Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di
Palestine "

Saya bertanya kepada Anda semua, dengan


nama Allah. Saya bertanya kepada Anda
semua, atas nama ribuan orang yang mati di
tangan pengganas-pengganas itu pada
tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di dir
Yassin, Di Bahr Al-Bakar, di Semenanjung
Gaza dan di Al-Quds?" "Saya bertanya
kepada Anda semua, atas nama orangorang yang mati syahid untuk kehormatan
kita. Saya bertanya kepada Anda, atas
nama seorang anak kecil bernama
Muhammad Al-Durrah, yang syahid dalam
pelukan ayahnya diterjang peluru-peluru dari
wang yang telah kita sumbangkan bagi
mereka.

"Saya terkejut ketika ada sebahagian umat


Islam mengatakan tidak mungkin hidup
tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut, atau
peralatan modern produk Amerika,"
Dr Qardhawi kemudian mengatakan,
setidak-tidaknya dukungan seorang muslim
terhadap Palestin itu wujud dalam niat jihad
dan mati syahid untuk membela Palestin.
"Siapa yang tidak pernah terlintas di hatinya
untuk berjihad, maka ia mati dalam keadaan
munafiq," kata Yusuf Qardhawi sambil
menyebut salah satu hadits Rasulullah saw
tentang hal tersebut.
"Wahai kaum muslimin dan muslimat di
seluruh dunia, memboikot produk-produk
buatan Israel dan Amerika adalah kewajiban
bagi seluruh Muslim di seluruh dunia. Setiap
ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol
Coca cola, misalnya,akan menjadi sebuah
peluru di dalam senjata orang-orang
Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah
kita. Kita telah menyumbangkan wang kita
setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger
King dsb, tanpa memikirkan kemana wang
itu dibelanjakan?
Menurut pendapat saya, setiap Muslim
harus bertanggung jawab dalam hal ini atas
keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah
kepada orang-orang Amerika yang telah
membatalkan (Veto) resolusi PBB untuk
mengutuk aksi tentara Israel di Palestin. Jika
mereka itu adalah pemelihara perdamaian,
seperti yang mereka dakwa, apakah
mungkin mereka melakukannya
(membatalkan resolusi PBB)?
"Wahai Manusia, tidakkah anda berfikir?
Tidakkah anda memiliki perasaan lagi?
Tidakkah anda merasakan kepahitan
negara-negara Arab dan Islam dalam hal
ini? Darah yang paling murah adalah darah
kita! Kita telah menjadi bahan percobaan
bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta
teknologi mereka. Persenjataan perang ini
dibiaya oleh wang kita, dalam gaya hidup

Apakah akan jadinya kita? Kita memiliki


mata, yang tidak dapat kita gunakan untuk
melihat? Kita memiliki telinga, tetapi tidak
kita gunakan untuk mendengar? Kita
memiliki hati, tapi tidak lagi dapat
merasakan lagi. Mereka telah menjadikan
kita sebagai pengguna-pengguna yang buta,
yang rela membayar wang untuk membiayai
senjata mereka, untuk mendukung aksi
keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang!!! Sekarang atau
takkan pernah selamanya !!! "
"Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar
menjadi kuat. Kembalilah dan siapkan
persenjataan kita. Kembalilah dan
bangunlah ekonomi kita agar kita dapat
menghancurkan mereka.!!! Allahu Akbar !!!"
Demikianlah fatwa dari seorang ulama besar
DR. Yusuf Al-Qaradhawi, pada hari Ahad, 8
Oktober 2000, yang disiarkan oleh Al-Jazira
News Network, sebuah stesyen TV di Qatar.
DR. Yusuf Qaradhawi, ia adalah seorang
ulama yang terkenal, dan dikenali sebagai
seorang pemikir Islam yang sangat
sederhana serta sangat dihormati
kedalaman ilmunya.
analog terhad - 16 Okt 2001
manusia mahukan kebebasan. terhad dan
sekatan adalah musuh kepada kebebasan.
maka persoalan pun timbul dikalangan
pencinta kebebasan. adakah kebebasan

mutlak di dunia ini? atau mestikah kita selalu


berhadapan dengan terhad dan sekatan.
kebanyakan manusia, insan dikalangan
umat pasti menjawab bahawa di sini tiada
kebebasan yang mutlak. setiap perkara ada
had dan semuanya terhad.
aku mula terfikir tentang terhad dan sekatan
ini dua tiga hari yang lalu. aku seorang
pencari kebebasan. aku ingin dan
kepinginkan kebebasan dan aku amat yakin
aku akan dapat memilikinya. insyaAlLah.
kebebasan mutlak!!! mendapatkannya
adalah dengan menggunakan cinta. cinta
abadi. kembara cinta abadi pasti
menemukan kita dengan kebebasan mutlak.
dua tiga hari ni jugak baru aku sedar yang
hidup aku juga limited terhad dan ada
sekatan. bukan untuk dua tiga hari tapi
untuk selamanya sekatan dan had itu akan
terus bersama aku. sekatan pada fizikal dan
mental. tapi aku tetap komited dan confident
yang aku akan mengecapi kebebasan
mutlak juga suatu hari nanti. selepas aku
menghembuskan nafas terakhir dari alam
fana ini insyaAlLah kebebasan milik aku.
alam bebas menantiku.
mungkin kekurangan pada diri yang AlLah
bagi itu juga satu kelebihan pada kita jika
kita berfikir menurut kehendakNya.
InsyaAlLah.
analog tak de masa - 17 Okt 2001
dah tak de masa dah kita nak bergumbira..
dalam zaman yang penuh dengan ketidak
adilan dan kezaliman masa untuk kita
mementingkan diri sebenarnya sudah tiada..
bukan lah hak kita untuk bergembira dalam
masa yang sama ramai yang hidup
menderita tersiksa ditindas dan diinjak-injak.
di kala kita sedang bergelak ketawa di
samping rakan dan keluarga pada masa itu
jugalah ada yang tersiksa jiwa dan raga..
rakyat afghanistan terus bergelut mencari
nyawa, manusia di palestine terus dirampas
haknya dari bumi mereka sendiri, seluruh
dunia penuh dengan kesengsaraan yang
kita tidak nampak tapi masih boleh dirasai
jika kita masih berhati manusia..

doakanlah untuk kesejahteraan mereka..


aku, kau, kita dan mereka sama sahaj
manusia..
analog gini la!! - 22 Okt 2001
cuti ni memang busan. tak de buat apa. just
dok umah. tengok t.v. baca buku (Memoir
Politik Said Zahari - tak habis baca baper
bulan). dengor lagu. dok merayap gi AMS n
Pantai Timur. kejer yang Ayah bagi pun dah
siap. lenguh jugak la tangan aku menyemak
kertas peksa bebudak sekolah arab tu. Ayah
ada gak suruh ganti die jap sebulan, tapi
malas la pulak aku walaupun dalam masa
yang sama aku nak keje - boring dok umah.
perang tak abih lagi. sape nak menang
sape nak kalah? tak de sape tahu. nampak
macam yang lemah nak kalah yang kuat nak
menang. tapi kalau yang lemah dibantu
yang Maha Berkuasa, for sure any time
yang kuat pastikan kalah juga. dunia dunia.
dua tiga hari ni aku gila bola. tambah lagi
Perak dah lepaih masuk separuh akhir. esok
insyaAlLah nak gi stadium - Perak lwn
Pahang. Kak P-Nut jangan jeles! kim salam
kat room mate Kak P-Nut. Jumpa kat Bukit
Jalil nanti - final!
tah la pika. ade orang tengah sakit
sekarang. ade orang tengah cari
perlindungan sekarang. ade orang sedang
menangis. ade orang sedang mati
sekarang!! tapi kau sanggup lagi
bergembira. siap plan nak pegi tengok bola
lagi esok. iskkk!!!
analog ade ni!! - 29 Okt 2001
isk.. lama dah tak de ni. mana pegi pika? tah
la. setiap negara ada zaman naik dan ada
zaman turunnya. dalam konteks negara
pada masa kini hal ehwal ekonominya
adalah penting bagi menjadi kayu ukur naik
turunnya prestasi sesebuah negara. so.. apa
pika?
nasib baik la menang. aku dah agak dah.
keputusan ari tu memang tak sah. haram
belaka. aku tau la. aku lagi pandai dari
orang tu. keputusan ari selasa minggu
sudah 23 Okt ari tu bukan sahaja
menunjukkan sistem kehakiman pada
malam tu adalah amat buruk, malahan

membayangkan seluruh sistem kehakiman


di Malaysia ini berada pada tahap yang
amat sampah! penghakiman tanpa perlu
mengambil kira kenyataan saksi adalah
sesuatu yang amat memalukan. jadi
balasannya ari sabtu sudah keputusan
menjadi sebaliknya lantas mengatasi
keputusan ari selasa ari tu. betul weh!! aku
nampak. semua orang kat situ nampak.
macam mana pengadil tu tak nampak. buta
kayu apa? cheh.. bola tu keluar! player
pahang yang buat keluar. apa pasal nak
kasi corner. cheh!! dah tu pulak dapat gol.
tak boleh tahan. kalah lagi. tapi tak pe. sabo.
ari sabtu ari tu aku gi Kuantan. tak sangka
sepanatik itu aku musim ni. bukan apa nak
berjalan dah tu plak semua free. kroni la
katakan. duit dalam poket masa pegi ada 2
ringgit, balik pun 2 ringgit gak. tima kasih
Pak Chu. tima kasih Ayah Chik. aku ingat
nak tengok kuantan. nak tengok apa pika,
sampai pun lagi sejam orang nak main. tapi
tak pe. pengorbanan masa dan kesakitan
pungkok aku dok dalam bas sebelas jam
terbayar gak dengan kemenangan perak 3 0 (Kak P-Nut jangan mare ye!!) caiya la.
sabtu dekat ni 3 Nov, aku nak ke Bukit Jalil.
final Piala Malaysia. kak p-nut, tolong pesan
kat room mate kat p-nut. jumpa kat sana.
perak sure juara. ewah...
tapi aku still tak pueh hati dengan
performance perak. kalau terus main cam tu
memang naya la. terengganu pada aku
memang satu team yang complete.
aku dah berjaya abihkan buku Said zahari.
lepaih aku baca buku tu, memang banyak
yang aku dapat. "sejarah negara yang tak
diceritakan dalam buku teks sejarah budak
sekolah menengah!" semua patut baca! ada
satu part dalam buku tu meyakinkan aku,
amerika letupkan sediri WTC diorang tu!
taktik penjajah! sama macam penjajah
british punya cara nak serang indon. nak
kuasai indon. nak amik kesempatan masa
konfrontasi malaya - indon. mereka bagi
cadangan pada tunku abdul rahman supaya
letupkan kapal mereka sendiri supaya boleh
dijadikan alasan untuk menyerang indon.
mereka ingin keluar kenyataan bahawa
indon yang letupkan kapal mereka tu. pada
hal mereka sendiri yang letupkan. nyarisla
tunku tak setuju dengan cadangan british tu.

sekarang ni aku tengah baca buku


Socialisme dan Komunisme Vs Islam. karya
seorang bekas atheis mesir.
result dua tiga hari keluar. semoga pika
berjaya ye!! isk isk isk isk ...
analog bersatu! - 1 Nov 2001
teringin jugak nak sentuh soal bersatu ni.
semua orang anggap benda ni penting.
perlu ada untuk meningkatkan kekuatan
sesuatu bangsa. sejak dari aku tengok bola
Sukan SEA ari tu, aku banyak terfikir soal
penyatuan umat manusia melalui sukan. aku
tengok masyarakat malaysia pada masa tu,
masa tengok bola semuanya bersatu demi
menyokong pasukan malaysia. mereka tak
kira apa bangsa, parti politik and so on.
semua nya di dalam satu semangat
menyokong pasukan negara. tapi alangkah
baiknya jika penyatuan bangsa manusia itu
dapat dilahirkan tanpa mengira negara atau
negeri. jika semua umat manusia pada
masa itu menolak sifat fanatik kenegaraan
atau kenegerian ketika menyokong pasukan
masing makin meluaslah kesatuan bangsa.
apa kata kita jadikan perlawanan bolasepak
sebagai satu jambatan perantaraan antara
bangsa dan negara.
cakap pasal bersatu ni, teringat aku satu lagi
masa orang negara ni bersatu. semalam
aku dapat tengok perpaduan malaysia lagi
sekali. orang tak kira bangsa - melayu, cina
dan india, parti politik - pas, keadilan, umno,
mca, dap, dll semuanya bersatu menunggu
keputusan 4 nombor ekor keluar kat kedai
cina bawah tu. segan gak aku lalu kat situ.
nanti orang cop kaki ekor lak!!! isk!
result exam dah kuar. alhamdulilLah.
macam biasa. aku just a survivor. bukan
scorer. sebagai seorang melayu - menjadi
satu kemestian untuk aku sangkut satu
paper. heheheh!!! chehh!!!

analog antara dua darjat - 5 Nov 2001


memang betul kata pengulas tu. perlawanan
antara yang kaya dan yang miskin. perak

turun dengan segala kelengkapan.


kelengkapan yang lengkap. tempat
penginapan yang selesa di Hotel Golden
Horses Palace. dijanjikan dengan imbuhan
yang lumayan. segalanya cukup buat perak.
penyokong juga terlampau ramai. perak
memilik segalanya sebelum berlawan lagi.
tapi terengganu terpaksa mengerahkan
segala bantuan dari rakyat untuk membantu
perjuangan mereka. kelengkapan yang tidak
lengkap. kekurangan dari segala segi.
tapi perlawanan hari tu menjadi bukti.
kemewahan dunia dan janji imbuhan yang
lumayan bukan janji untuk berjaya.
segalanya bergantung kepada keluhuran
dan semangat setiakawan yang padu.
terengganu main memang best. dengor citer
diorang semayang berjemaah selalu. tu
pasal la dapat erat kan ukhuwah pasukan.
perak main ari tu teruk sangat. dan
terengganu main cantik. memang
terengganu deserve to win la. tak yah cakap
banyak.
tahniah terengganu!!!
analog tah la... - 7 Nov 2001
perang nampak macam tak de henti je.
makin lama, makin banyak yang mati.
macam cakap orang tua dulu,"kalah jadi
arang, menang jadi abu!". cara
penyelesaian makin banyak dicari. tuduh
menuduh yang dari awal dah bising kini
senyap. orang dah makin yakin dengan
kebenaran tuduhan. tapi aku still yakin,
kebenaran insyaAlLah akan pasti datang
jugak!!
esok plan hebat jugak. aku dah la tak
siapkan kerja abang aku ni.. isk! cam no ek.
die nak ari sabtu. duit dah bagi dah. kerja
taksiap lagi. cam no ni!! tak po. bagi alasan
paling konkrit!!
analog takdir!! - 14 Nov 2001
Selamat Hari Deepavali untuk semua warga
India di mana jua anda berada.
Ya AlLah ya tuhanku. Berilah kekuatan pada
tenteraMu yang berjuang untukMu. apa
yang aku saksikan tadi adalah satu
kegembiraan buat orang Nasara dan
Yahudi. Ya AlLah aku tak mampu nak

menyekat air mata ku yang jatuh


berlinangan melihat situasi kegembiraan itu!
janganlah ko pesongkan hatiku ini dari
mengingatMu! Ya AlLah! Kaulah kuasa
paling besar, kaulah yang maha berkuasa.
manusia memang tak boleh dipisahkan
dengan takdir. kadang tu ade jugak usaha
nak melawan takdir tapi takkan terdaya kita
insan yang lemah ni nak melawannya.
insyaAlLah kita boleh mengubah takdir yang
sebenarnya telah ditetapkan. kita dah ubah
sebelum kita mengubahnya lagi. biarlah kali
ini aku mengalah pada takdir dan memang
sepatutnya aku undur dan berserah. bukan
kuasa kita lagi untuk memastikan kejayaan
kita dalam merancang sesuatu. kita
merancang, sebaik-baik perancang adalah
AlLah. tak guna aku nak marah dan tiada
tempat bagi aku untuk marah. marah
kepada sesuatu yang adil adalah sesuatu
yang zalim! zalim harus ditentang.
aku baru je habiskan buku Meniti Arus Memoir Politik Dato' Asri minggu sudah.
buku yang sepatutnya aku habis baca dalam
masa sehari, boleh bawak sampai dua
minggu. tapi apa pun memoir ini memang
patut dibaca oleh sesapa yang mahu benar
membawa satu sikap politik alternatif bukan
biasa. sifat kepimpinan dan kemanusiaan
pada diri bekas Presiden PAS (Parti Islam
SeMalaysia)patut dilihat dengan lebih teliti
dari pelbagai aspek. tak banyak politikus
yang berjaya membawa satu gelombang
perubahan terhadap sesebuah negara
dalam masa berada dalam pihak yang
menjadi oposisi terhadap pihak yang
memerintah.
segala tipu helah taktik kotor petualang
politik pemerintah pada masa beliau
bergerak aktif dibuka dan didedahkan tanpa
ada sesuatu kepentingan. turning over,
bunuh, fitnah, songlap, rasuah, peras ugut
dll adalah antara taktik kotor politikus
usang!!
sikap toleransi PAS pada zamannya
amatlah terpuji. tolak ansur tanpa
mengenepikan segala prinsip perjuangan
patut dicontohi oleh golongan muda pada
masa kini yang akan menjadi future leader
pada masa akan datang.

lepas baca aku ambil pandangan bapak


aku. dia dulu orang kuat Dato Asri, boleh
dipanggil Asrist. dia keluarkan citer die dan
perjuangan die. kenapa Dato Asri, dan
sebilangan kecil pengikutnya dalam PAS
termasuk dia meninggalkan perjuangan di
atas pentas politik PAS. sebilangan puak
dalam parti tersebut yang menolaknya
sebagai Presiden dan seterusnya memecat
beliau daripada PAS. ini telah membunuh
terus usaha politik beliau. alasannya mudah
je. die orang politik. orang berjuang. orang
politik mesti berjuang. jadi jika sudah
dibuang baik cari platform lain. dan
seterusnya selepas beberapa tahun dia
masuk ke dalam UMNO (akar PAS itu
sendiri). bapak aku sekarang orang kuat
UMNO!
pengaruh revolusi Iran jugak banyak
menempiaskan semngat kepada ahli PAS
dan sebilangan pemimpin parti tersebut.
gambar AyatolLah Khomeini digantung di
rumah dan di pejabat. dan dengan
sendirinya membawa masuk pengaruh
Syiah ke Malaysia. usaha ini amat
mendapat tentangan daripada Dato Asri dan
sebilangan pemimpin parti yang masih setia
pada Sunnah wal Jamaah! dan sekarang
orang itu jugakla yang sekarang ini
menentang Syiah hebat di Malaysia. jilat
ludah sendiri!!
pelbagai kejayaan dibawa oleh beliau.
suaranya yang vokal dalam
memperjuangkan Islam telah membawa
perseimbangan dalam realiti kehidupan
sebenart umat Islam dalam negara ini.
perjuangannya telah membawa usaha
UMNO ataupun kerajaan untuk menerapkan
nilai-nilai Islam dengan lebih lagi dalam
kehidup bernegara di negara ini. salah satu
sumbangan nya yang besar adalah dalam
menangani krisis perkauman pasca 13 Mei
1969. toleransi pergabungan UMNO-PAS
telah membawa kestabilan buat sementara
waktu sebelum pihak yang di sana mula
bermain kotor gila kuasa.

analog jihad! - 1 Ramadhan 1422


Marhaban Ya Ramadhan al-Mubarak
Selamat kembali bulan Ramadhan yang
penuh dengan kebesaran dan kemuliaan.
melimpahkan rahmatNya kepada semua
hamba Raja Manusia. bulan jihad umat
manusia menentang tentera hawa nafsu.
insyaAlLah semoga kekuatan dari limpah
kurniaNya akan sentiasa bersama kita
semua....
"Setiap serangan orang-orang Arab tidak
dapat mengelakkan akibat bahawa lebih
ramai orang-orang Arab berbanding dengan
orang-orang Israel terbunuh, dan orangorang Israel akan menyerang orang-orang
Arab dengan begitu tepat sedangkan orangorang Arab tidak dapat melawan balik
secara berkesan," - Dr Mahathir.
analog takziah! - 21 Nov 2001
takziah kepada keluarga Yang Di Pertuan
Agong Sultan Salehuddin Shah. semoga
rohnya dicucur rahmat. al-Fatihah!
wei! aku sekarang ni berniaga air tolong
kengkawan aku kat pasar ramadhan
belakang Stadium S Alam. so meh la datang
beli air kat stall aku. sape lagi nak support
kengkawan kalau tak kengkawan jugak. so
skang aku bz skit!!
air.. air.. air.. !!!!!
lai chi kang! air keladi! air tembikai! air
jagung! air! air! air!
analog bangsat!! - 28 Nov 2001
bangsatlah bagi mereka yang terus ingin
menguasai.. bukankah masanya untuk
membiarkan yang Berhak berkuasa!
aku digunakan. aku disalah gunakan.
kita digunakan. kita disalah gunakan.

ingat! nama Barisan Nasional adalah dari


idea beliau juga.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan dikalangan pejuang Islam. Al
Fatihah.

dia digunakan. dia disalah gunakan.


mereka digunakan. mereka disalah
gunakan.
KAU digunakan!!! KAU disalah gunakan!!!

bebaskan aku dari sangkar duniamu!!!


keadaan akan berubah dan terus berubah
dan pasti akan tetap berubah.
analog takziah! - 30 Nov 2001
pernah dulu pengubat luka datang sebagai
satu syair lengkap meniti segala batas
emosi. tapi sesekali ia sesuatu yang tidak
jelas untuk diturutkan. jatuhnya daun kering
itu bagaikan satu kehilangan berharga bagi
pokok besar yang masih kekurangan daun
muda hijaunya. satu demi satu dedaun
kering jatuh. sekarang masanya sudah tiba
bagi daun itu untuk gugur. sayanora!!!!
takziah buat keluarga AlLahyarham Usman
Awang. semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan orang yang
bertakwa.
analog tahla - 3 Dis 2001
teringat gak aku dengan ungkapan "extreme
condition demands extreme response".
"keadaan yang ekstreme menuntut tindak
balas yang ekstreme juga." mungkin
keadaan sekarang belum cukup ekstreme
lagi untuk menyebabkan tindak balas yang
ekstreme. tapi jika keadaan menuntut untuk
tindak balas ekstreme maka bersedialah
untuk kehidupan tidak seperti biasa lagi.
selamat tinggal duniaku yang aman. selamat
datang duniaku yang ekstreme.
dah tujuh belas hari kita puasa. tah la.
setakat mana puasa aku diterima itu bukan
dalam kemampuan aku untuk tahu.
walLahhualam. tapi sedaya mungkin aku
berusaha ke peringkat maksimum dalam
menunaikannya. memang kadang kala
selalu juga sebenarnya aku sangkut dalam
menjalankannya dengan secara sunnah
namun aku akan terus berusaha ke arah
yang sepatutnya. insyaAlLah.
Mesti tulis, mesti tulis perkara yang benar.
Jangan diam, biar pun diketepikan orang
sekarang tetapi saudara akan mendapat
perhatian kemudian. Jangan diam" - Dato
Usman Awang.
And fight them on, until there is no more
tumult or oppression, and there prevail

justice and faith in Allah - Al-Baqarah verse


193
"A life led without regrets is a life not well
lived. Ive had regrets, as Im sure most of
us have. I am not regretful of how my life
turned out (yes, I am aware that this is only
my 21st year on Earth) but instead, regretful
of how slow I am in reaching the realm of
idealism. Life for me began with a certain
sense of normalcy, and definitely devoid of
any feeling of youthful exuberance mingled
with any leaning towards a meaningful
idealism. This was certainly the existing
scenario, up until the September of 1998." Nurul Izzah Anwar.
selalu gak aku ternampak orang pakai baju
osama skang ni. baju osama tu - baju yang
ada cop gambar osama. sekali ari tu Emran
member aku bagi komen pasal senario ni.
die cakap; daripada pakai baju tu, lagi baik
kalau pakai macam mana yang osama
pakai. cara rasululLah saw. sunnah
Muhammad. dan aku bersutuju benar
dengan die. pernah diriwayatkan bahawa
barang siapa yang mengamalkan satu
sunnah pada akhir zaman maka ganjaranya
adalah sama seperti ganjaran 100 orang
mati syahid.
Pengumuman: sape nak tiket balik Ipoh,
15hb 12 2001, boleh kontek aku. aku ade
tiket lebih satu. harga aku offer RM10.
analog bayangkanlah!!! - 4 Dis 2001
Dengar: Sesuatu yang Tertunda - PADI.
semakin matang. semakin lain. tapi still tak
leh lawan DEWA - Bintang Lima. Lagu best Bayangkanlah, Sesuatu Yang Indah, Andai
Aku Bisa Memilih, Angkuh + Kasih tak
Sampai etc.
"bayangkanlah bila cinta tak mampu lagi
mendamaikan dunia" - PADI
"Wahai manusia ! Siapa yang
membaguskan akhlaqnya di dalam bulan
ini(Ramadhan) ia akan berhasil melewati
shirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
siapa yang meringankan pekerjaan orangorang yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah
akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari
Kiamat." - Muhammad SAW.

sape IE tu ek?
Pengumuman: sape nak tiket balik Ipoh,
15hb 12 2001, boleh kontek aku. aku ade
tiket lebih satu. harga aku offer RM10.

oi!!! orang kampung tunggu kepulangan


perantau ini.
analog Raya!!! - 20 Dis 2001
selamat hari raya maaf zahir batin kepada
korang semua....

analog semerah padi - 7 Dis 2001


ni baru lepas tengok Semerah Padi hasil
arahan PRamlee. tengok citer lama ni best
jugak. kalau dulu setakat nak tengok jek.
tapi kali ni bila dah diperatikan betul,
banyak message sebenarnya yang boleh
kita dapat dari filem ni. antaranya tentang
ketaatan pemimpin kampung Semerah Padi
dalam menjalankan hukum Islam. dan
komitednya rakyat kampung dalam
memenuhi tuntutan agama. banyak jugak
lain pengajaran yang boleh kita peratikan.
hubungan persaudaraan antara kawan.
betapa baiknya hubungan Taruna dengan
Aduka. "aku sanggup memakan daging
busuk dari kehilangan saudara sepertimu
Aduka. ini kerana aku lebih menyayangi
dirimu daripada Dara." - Taruna. dan aku
salute PRamlee yang boleh buat dan berani
buat citer macam tu. jika beiau nak
dibandingkan dengan pengarah dan
pembuat filem sekarang tiada yang nampak
boleh mengganti.
kerajaan Afghanistan yang baru adalah
jahat? jahat! Amerika jahat!!! Semoga AlLah
lindungi MulLah Muhammad Omar dan
Usamah bin laden serta pejuang Islam
yang lain.
analog dah nak dekat raya dah!!! - 12hb
Dis 2001
lagi tiga hari je tinggal bulan puasa. puasa
dah nak dekat habis, tapi walLahualam tah
banyak mana pahala yang aku dapat kali ini.
lebih baik dari yang sudah ataupun makin
teruk! ramadhan dah nak pergi.. syawal nak
menjelma. bulan rahmat bagi umat Islam
dah nak meninggalkan kita. rasa sedih itu
ade jugak walaupun sedikit.
time cam gini, rasa sayu sedih pilu teringat
orang kat kampung memang terasa sangat.
pantang dengar lagu raya. isk. gerenti
teringat famili ngan kengkawan kat
kampung.

selamat hari lahir yang ke 76 Dr Mahathir


bin Mohamad. semoga panjang umur dan
murah rezeki.
aku balik raya 14hb ari tu. naik bas
tambahan ke Parit Buntar dengan kawan
aku. kawan aku tu die dok kat Bandar
Baharu. aku amik bas dari Klang kol 1130
malam. aku kuar rumah awal ari tu. pukul 5
aku dah kuar. sepatutnya aku nak jumpa
ade sorang kawan aku ni kol 6 tu. mungkin
sebab aku lewat die tak de. aku sampai KL
630 ari tu. jalan sesak. so aku amik komuter.
komuter lak penuh. lambat sampai. hujan
lagi tu. tak pe la. die dah balik dah kot. so
aku pun jejalan la kat KL tu sengsorang. lagi
pun aku nak cari buah tangan balik untuk
parent aku masa tu. so tak kisah la yang dia
tak turn up. aku buka puasa dengan air
oren. pas tu gi cari kedai makan kat Jalan
Masjid India. dengan niat lepas makan aku
nak cari barang nak bawak balik untuk mak
bapak aku. makan nak lapik perut je. jadi la.
mula ingatkan aku malas dah nak beli apa
benda pun. tapi teringat muka mak aku. aku
rasa aku kena beli gak.
lepas beli barang tu aku gi semayang
maghrib kat masjid jamek. aku terus iktikaf
tunggu waktu isyak, pas tu nak buat tarawih
lapan rakaat. kat masjid tu aku berkenalan
dengan sorang brader. aneh tapi baik brader
tu. die amik no phone aku, pas tu bagi kad
die kat aku. abis terawih aku terus gi cm,
cari kawan aku yang nak balik sekali ngan
aku tu. pas tu kami terus gi KLang.
sampai Klang kol 1030. tunggu lagi sejam.
sementara tu aku makan dulu. tunggu pun
tak lama. bas dah ade. ontime jek die jalan.
lebuh raya skit nye sesak. semua susur kuar
dari tanjung malim, tapah, gopeng, bidor,
ipoh etc jam! semua perhentian penuh. bas
tu berhenti kat perhentian tapah. aku gi
toilet. masa kat situ jumpa aie. ingatkan die
balik esok ngan abang kamil. tapi tukar plan
sebab ade silap paham skit.

bas tu sampai kol 815 kat parit buntar. aku


call Kak Yang suh die amik. sampai umah
die, aku terus tido. kol 12 bangun terus balik
kuale. bawak kuih Kak Yang buat ngan
langsir die buat jugak. die balik ari raya die
cakap. so aku kena bawak benda tu.
aku sampai kualer kol 4 petang. aku tido.
bangun kol 6 aku gi ikut bos aku shopping
cari daging ngan lemang untuk raya. gi
Pasar Ramadhan. tak ramai orang dah. kat
situ la tempat aku jumpa memember lama.
tapi kali ni mungkin dah lambat sangat kot.
tak de sape pun aku jumpa.
buka puasa dengan family. tu aje la peluang
aku nak buka puasa ngan family. ari terakhir
ramadhan. esok dah nak raya. isk...
malam raya tu macam biasa aku keluar gi
tengok bebudak main meriam. aku kuar
dalam kol dua. mula aku ingat dah tak de.
tapi ade jugak tu. tapi kali dah tak meriah
dah. polis kacau. yang kena penonton.
bukan pemain. ye la. teruk jugak nak masuk
tempat bebudak tu main. jauh. kena lalu
bendang dulu. jadi tahun ni tak macam
tahun sudah dan tahun sebelumnya. budak
main, main jugak. tapi tak ramai. polis
walaupun datang. tapi tak mampu buat apa.
budak still main jugak.
raya pertama gi kubur adik n tok aku. gi
umah opah aku ngan mak nyah aku. pas tu
tunggu orang datang beraya. aie, lan n the
gang datang. dekat 15 orang jugak. pas tu gi
umah jima n azha. raya kedua beraya
dengan hekal, syidee, yazdi, haris, nizam n
lan. raya ketiga dah start kehidupan seperti
biasa.
so raya tahun ni macam raya yang biasa
jugak. tapi aku harap kalau tak banyak, sikit,
fitrah tu aku capai jugak. insyaAlLah.

sejak die abih spm sampai la ke ari tu. masa


tu aku ngan Mad Nor baru balik minum kat
railway. kami singgah sat kat Lembah nak
tengok orang mancing. kat situ la aku jumpa
die.
mulanya banyak bersembang pasal sekolah.
pasal kawan. lama tak jumpa. memang itu
la yang akan timbul. kenangan masa
sekolah dan cubaan nak mengingatkan
nama kengkawan yang dah makin lama
makin lupa. dari situ, perbualan kami mula
beralih arah pasal diri sendiri pulak.
aku cerita pasal aku. apa yang aku buat
sekarang. dan bila aku cakap yang aku amik
Law kat UiTM, macam biasa, dia pun sama
macam orang lain mesti cakap: "senang la
aku nanti, ade kawan jadi lawyer" macam
nak buat salah jer.. pas tu berbincang la
kami pasal keadaan sekarang. isu semasa,
agama politik dan sosial.
die bukak ayat: "sepatutnyakan kita patut
bersyukur pada kerajaan sekarang, dengan
keadaan dan pembangunan kat negara ni.
tak macam kat Indonesia, teruk! korupsi,
rusuhan, kelengkapan tak lengkap,
masyarakat yang tak sama nilai cam
malaysia, kesukuan, tak moden dan bla bla
bla. sape yang tak bersyukur la kalau tinggal
kat Malaysia ni patutnya tak yah tinggal kat
sini lagi." aku mulanya diam je. angguk tak
geleng pun tak.
die kata lagi, kepimpinan negara sekarang
bagus. dapat mengawal kehakiman,
students, kebangkitan rakyat dan pengaruh
pembangkang. bagi die, kawalan tu dapat
mengelak Malaysia daripada menjadi seperti
Indonesia. kalau di Indonesia, students
power amat ditakuti penguasa. hilang
kawalan ke atas students maka bermakna
akan hilanglah kuasa. aku diam lagi. angguk
tak geleng pun tak.

analog mata duit jiwa duit!!! - 27 Dis 2001


dua ari sebelum aku nak balik ke s alam,
aku bersembang ngan sorang kawan lama.
die ni skang belajar kat Indonesia. amik
Medic kat salah sebuah universiti awam di
Medan Sumatera. die dulu senior aku
setahun masa kat sekolah menengah.
memang dah lama aku tak jumpa die.

aku biarkan dulu die bercakap. banyak yang


betul dari apa yang die cakap. tapi banyak
juga bertentangan dengan pendapat aku.
aku secara personallynya memang tak suka
dok diam kalau orang bagi pendapat yang
bertentangan dengan aku. aku mesti nak
jugak suara pendapat aku. so, dah lama
sangat aku diam. aku punya turn lak untuk
bersuara.

aku mengaku pada die, kerajaan memang


dah bawak pembangunan pada rakyat
Malaysia sekarang, walaupun tak lengkap,
tapi sudah cukup untuk kita bersyukur.
memang kalau diperatikan, dalam
pilihanraya umum dua tahun sudah, isu
pembangunan tak banyak bermain dalam
pentas kempen parti pembangkang,
memang mereka tahu, isu itu takkan mereka
menangi kerana kerajaan sudah cukup
bawak pembangunan. so yang jadi isu untuk
mereka ialah soal rasuah, salah guna kuasa
pemerintah dan ketidakkaliberan polis serta
isu yang menyentuh soal hak asasi
manusia. jadi aku cakap kat die. kalau kita
hidup berjuang demi nak kan pembangunan
sahaja maka ke manakah lagi tujuan kita.
adakah sampai nak kaya sangat sampai
peringkat qarun tu adalah matlamat kita.
aku kata lagi. tujuan sesebuah negara
dibina jika menurut islam adalah untuk
mendaulatkan AlLah. dan manusia sebagai
khalifah adalah pemegang amanah oleh
AlLah untuk mentadbir bumi mengikut
caraNya. tapi sekarang dalam dunia yang
dah diubah 360 darjah oleh yahudi dan
nasrani, material dan kebendaan menjadi
tujuan hidup. dan ade yang mengangkat
kebendaan dan kuasa sebagai berhala
tuhan baru masa kini.

pelukannya. rindu aku dengan ciumannya.


bila agaknya aku dapat memeluk tubuhnya
yang dah semakin berisi. bila lagi mau ku
cium pipinya yang makin gebu. bila lagi
inginku bergelak tawa riang bersenda gurau
bermesra dengannya. aku merinduikan
semua saat itu.
semalam, aku menatap gambarnya. aku
mengaku hatiku sedikit sensitif, sentimental
atau dalam bahasa muda-mudinya aku ni
memang seorang yang jiwang. jiwang aku
jiwang karatz. tak kisah apa orang nak kata.
sekasar aku, serock aku, sesempoi aku,
aku tetap jiwang! semalam hatiku tersentuh.
terkenang saat suka duka, peluk ciumku
dengannya. sampai sekarang wajahnya
bermain lagi di ruang penglihatanku.
macam mana agaknya die sekarang. aku
rasa mungkin tengah tido kot. die selalu tido
awal. tak macam abangnya. tu pun sebab
dipaksa tido awal. kalau tak mesti tak abih
bermain. bila lagi aku nak jumpa die
agaknya. pada aku die memang lain
daripada anak sedara aku yang lain. bukan
aku kata yang lain tu tak best dan bukan
ade niat aku nak discriminate yang lain. tu la
Muhammad Izzul Irfan anak sedara aku
yang paling aku sayang. masa kemas bilik
semalam, aku tengok gambar die. tu yang
buat teringat tu. isk!!!

aku tambah lagi. mungkin ko berada kat


Indonesia ko rasa apa yang jadi kat
malaysia adalah lebih baik dari Indonesia.
tapi bagaimana pulak kalau ko tinggal kat
UK, US or Swizland etc. mungkin ko rasa
pembangunan di sana adalah lebih baik lagi
dari Malaysia. so itulah pandangan orang
mengikut suasana dan persekitarannya.

aku pindah bilik semalam. aku turun bilik


bawah. zumir pun dah pindah jugak. dok
satu bilik ngan aku. aie, lan dan amir dah
pindah membawa diri ke hala tujuan
masing. aie ke sungai besi, lan ke ampang
dan amir ke putrajaya. satu lagi, tv pun dah
pindah jugak!!

aku sebenarnya nak bercerita panjang lebar


lagi pasal perbualan aku dengan die ari tu.
tapi aku rasa tak sempat. ade benda lain
aku nak buat. kalau ade masa aku akan
cerita lagi.

oooops. kita dah masuk tahun baru ek.


Selamat Tahun Baru Orang Putih 2002!!!
makin lama makin tua bumi ni. so, makin
lama, makin nak mati la dunia ni. Adakah
anda bersedia!!!

analog rindu! - 3 Jan 2002


ah.. dah lama aku tak jumpa dia. dekat dua
minggu agaknya. sejak cuti raya sampai la
ke hari ini. kalau dikenangkan memang tak
tertahan rasa rindu. tapi disebabkan
kewajiban aku sebagai seorang pelajar aku
tangguhkan jua rindu itu. rindu aku terhadap
gelak tawanya. rindu aku terhadap

UTUSAN KASIH SAYANG


SEJAGAT
analog Vagina Monologue - 27 Jan 2002
kuar ngan Mat Jan, Kutet and Lina, gi
tengok teater Vagina Monologue (Monolog
Pan***), kat Actor Studio, Plaza Putra.
citer pasal luahan rasa perempuan..
sebenarnya bukan monolog benda tu, tapi
monolog empunya benda tu!!! memang kalo

orang yang tak biasa, mesti rase gayat


tengok cite ni. banyak isu sensitif,
pergerakan yang biadap, serta cakap yang
carut dalam cite ni. biar bile tengok pikiran
terbuka. jangan layan emosi!! amik
pengajaran yang paling utama.

kesakitan, kesengsaraan, penyakit, keegoan


dan pemikiran perempuan disaji dengan
begitu simbolis melalui perwatakan alat
kebanggan mereka yang mampu menjajah
dan menjatuhkan dunia. segala
permasalahan mereka, didouble
standardkan oleh masyarakat, dijadikan
hamba, diperguna, dieksploitasi dan
dikhianati menjadi penguat semangat
perempuan untuk mencari kebebasan dan
kebenaran.
"equal before god!" "but not equal before
man!". lelaki hanya ikut al-Quran dan
asSunnah jika memenuhi nafsu mereka.
dalam cite tu, diberi contoh tentang satu
ayat, yang antara lain membawa maksud
bahawa sesiapa yang melanggar perintah
suami akan dilaknat AlLah. perintah suami
(perintah seks!) ikut pengertian orang laki
skang kena ikut. tapi tak pernah nak ikut
alQuran dan asSunnah dalam hal lain. satu
lagi contoh kita leh ambil dalam ayat yang
menyatakan tentang poligami. bila nak
berpoligami barulah nak ikut sunnah. tapi
sunnah lain terabai, semayang pun tak
lengkap!
cuma babak akhir tentang aurat tu je yang
aku rasa tak sedap untuk dipertontonkan.
mereka mengkritik taliban. sedangkan satu
pertubuhan wanita afghanistan yang
berpengkalan di luar, menyatakan wanita
akan lebih hancur jika dipindahkan ke
pentadbiran yang lain, ie; perikatan utara
atau mujahidin. pas tu adegan joanna
bassey memperjuangkan skirtnya. die
macam mengajak seluruh penonton
pompuan mempertahankan hak mereka
untuk memakai pakaian yang
menampakkan aurat. bukan disebabkan
aurat, berlakunya kes rogol atau act of
violence terhadap perempuan.. memang
dalam negara seperti Malaysia skang boleh
berbicara tentang hak. tapi... sinis,
terlampau sinis pada aurat. siapalah yang
lebih arif tentang ciptaannya melainkan yang
Maha Pencipta.
overall, aku puas hati jugak la dengan
persembahan mereka. kadang isu sensitif
patut diketengahkan untuk dicari
penyelesaian terhadap segala
permasalahan yang terjadi.

analog Violence Against Women - 29 Jan


2002
tadi pelancaran Klinik Guaman, Forum,
Ceramah dan Pameran tentang Keganasan
terhadap Wanita. majis berlangsung selama
tiga hari. Majlis dirasmikan oleh Dr Rahmat
Ahmad, Timbalan Naib Canselor, Universiti
Teknologi Mara. die jadi wakil kepada Dato
Dr Ibrahim Shah, Naib Canselor yang tak
dapat hadir. sepatutnya Peguam Negara
Abdul Ghani Patail dijadualkan datang, tapi
tah ape sebabnya, dia tak turn up disaat
akhir.
sebelum majlis bermula, sesi fotografi
pelajar LLB dijalankan, nyaris aku sempat.
sesampai je bebudak dah mula nak ambil
gambar. sem sudah nye aku tak ikut, so
teringin gak nak ikut sem ni. bebudak vogue
tak ingat, semua fesyen kuar. menggunakan
warna hitam putih dengan kreatif. ramai gak
yang datang. kalo dibanding dari sem sudah
lah.
lepas pelancaran, sesi forum lak
berlangsung. ahli panel terdiri dari beberapa
orang peguam (ade dua orang lepasan
UiTM), aktivis kewanitaan dan seorang
anggota polis pompuan berpangkat chief
inspektor. moderator je budak laki, budak
LLB.
seperti biasa, adat resam berforum. baik
yang memberi forum mahupun yang dengar
-- duanya boring! panelis citer pasal akta
(lupalak akta ape) Akta Keganasan keluarga
dan Domestik kot. budak kat depan yang
dengar, budak Law, ingat nak dengar kot.
budak dah mula busan time tu. sampai ade
yang main Bingo. termasuk jugak la budak
pompuan yang patut dengar benda tu
semua. sepanjang forum memang berjalan
dengan lembap (mandom). cuma kekadang
diselang seli gelak ketawa dengan lawak
yang tak disengajakan.
tapi semua kelembapan berakhir masa sessi
soal jawab. En Adlan bangun bercerita
tentang pengalaman student die dulu yang
ade snagkut dengan keganasan wanita.
citer die lebih kurang cam gini. student
pompuan die dulu pernah kawan ngan anak
seorang bekas menteri besar. mamat ni
buat macam kat budak ni tapi tak dera
secara fizikal, just mental torture aje. jadi

minah ni report polis, melalui segala


prosedur dengan betul. tapi tak dilayan.
"biasalah orang bercinta". lebih kurang polis
tu cakap. satu hari pompuan tu kuar ngan
laki tu, ("heran jugak? nak die kuar lagi ngan
mamat tu?" "u all students know kan my
statement" - En Adlan ["laki jahat, pompuan
bodoh"]) Dan menambah mamat tu tunjuk
satu org pompuan yang injured, "aku boleh
buat lagi teruk drpd ni kat ko". lebih kurang
gitu la cite die. disambut dengan tepukan
gemuruh satu dewan.

memang best. informative and critical! tak


banyak aku nak komen, cuma yang aku tau,
WTO ni adalah instrumen negara kuasa
besar ekonomi dunia untuk memusatkan
kuasa dan menindas negara dunia ketiga
yang lemah dan miskin melalui globalisasi.
mereka akan mengeksploitasi dan menindas
dengan sebaik mungkin sumber dan
negara miskin untuk kepentingan ekonomi
mereka!!

mase tu polis pompuan yang jadi panelis tu


dah emo, die tanya kat En Adlan, "whats
your question? direct to the point la!". Encik
Adlan teruskan, "apakah jaminan yang polis
dapat bagi pada mangsa keganasan ni,
walaupun dah lalui segala prosedur tapi still
polis tak nak ambik tindakan. tambah lagi
dealing with ranked person!" lepas tu polis
tu jawab soalan En Adlan, "kami tak kira
sape, demi keadilan akan kami kenakan
jugak tindakan". En Adlan bangun lagi
sekali, die cakap "tapi ini telah
menghilangkan keyakinan orang ramai
(rakyat) kepada institusi polis!" lagi sekali
dewan bergema dengan tepukan gemuruh
kepada En Adlan.

main chess lagi senang! tak yah pikir


lelame. isk! kalo tak dapat jalan biduk, aku
boleh jalan bishop, kalo tak leh jalan bishop
gerakkan castle, kalo tak mampu nak gerak,
boleh langkah kuda, kalo tak leh jugak,
mintak tolong queen. tapi kali ni yang tinggal
raje ngan queen je! isk nak lawan dengan
diorang.. sikit nye ramai!! cam no ek. baik
main dam!!

sudahnya naikla DSP membantu anak


buahnya menjawab soalan En Adlan. tak
banyak die tolong, tapi die pandai alih
perhatian penonton kepada cerita lain! die
bawak cerita pasal bapak rogol anak,
memang bangsat memang celaka, tapi
audience dah lari dari pikir pasal benda
tadi..

analog cam no ek? - 1 Feb 2002

main dam pun tak guna jugak. kalo diorang


ade lapan haji, cam no nak gerak. isk!!
sukarnya!!
tu la pasal. sape suruh main. orang nak
main, die pun nak main jugak!! kan dah
kena!! tak po.. berjalan skit otak. lain kali
beringat sebelum kena. jangan main ikut
dan jek!!! betul tak???
analog Selamat Hari Lahir!! - 1 May 2002
Selamat Hari Lahir!
selamat hari lahir PIKA!! semoga panjang
umur dan murah rezki!!

caiyalah En Adlan..!
mane suara students???
analog kawan? - 30 Jan 2002
WTO, Friend or Foe?
tadi aku gi simposium Law and Economics
kat Dewan Muktamar Pusat Islam. tajuk kali
ni, WTO, Friend or Foe? aku sampai lewat
skit, mase panel kedua tengah bentang
kertas kerja die. panel kedua dan ketiga tu
bentang banyak fakta. ade skit boring sebab
relate ngan ekonomi. aku lebih suka masa
En Azhari bentangkan kertas kerja die as
the guest speaker. overall speech die

terima kasih kepada semua yang ingat kat


hari lahir aku!! tadi aku sambut hari lahir aku
kat Pantai Timur dengan kengkawan. yazdi,
lan, raop, fakh, e, farid dan gulam. kami beli
sate RM20. tu pun duit tong. terima kasih
kat semua.
Selamat Hari Pekerja
selamat hari pekerja kepada semua
pekerja.
analog meritokrasi - 10 Mei 2002
Lebih 35 ribu calon Sijil Pelajaran Malaysia,
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, atau

yang setara dengannya, layak melanjutkan


pengajian ke peringkat ijazah pertama di
Institusi Pengajian Tinggi Awam, tahun ini.
Proses kemasukan pelajar ke IPTA tahun ini
turut mencatat sejarah apabila Kementerian
Pendidikan menggunakan sistem
meritokrasi sepenuhnya, menggantikan
sistem kuota mengikut kaum. Bagi sesi
akademik 2002, 2003 kementerian
pendidikan memperuntukkan 2 690 tempat
bagi pelajar lepasan SPM, melanjutkan
pengajian ke peringkat ijazah pertama.
Daripada jumlah itu, 2 ribu 556 tempat
disediakan bagi aliran sains dan 134 aliran
sastera. - TV3 OnLine

demokrasi, tuntutan untuk reformasi, dalam


pelbagai bahasa - kuasa rakyat, doi moi,
reformasi. Kita mendengarnya hari ini di sini,
di kalangan rakyat Malaysia yang berani.
Inilah kenyataan angkuh Al Gore yang
mewakili Presiden Bill Clinton pada sidang
kemuncak negara-negara kerjasama
ekonomi Asia Pasifik, Apec di Kuala Lumpur
pada 1998. - Tv3 OnLine

meritokrasi

kepada past, present dan future ibu semoga


menjadi ibu yang baik. yang teristimewa
sekali kepada ibu aku, Norma binti Ismail.
Selamat Hari Ibu!!

alih 68.9% budak bumis dapat masuk


IPTA. satu perkembangan sihat kalau dinilai
dari segi angka. tapi banyak lagi yang patut
difikirkan selain daripada itu.
standard IPTA berbanding dengan IPTS
perlu diambil kira, jumlah kemasukan pelajar
nonbumis ke dalam IPTS sudah semestinya
melonjak. dari segi kualitinya
sememangnyalah mereka yang berada di
IPTS lebih berkualiti.
dan kenapa pula jumlahnya bertambah
sekarang, ketika mula sistem ini diadakan?
tidakkah tidak adil bagi pelajar
sebelumnya? dan tidakkah kenaikan jumlah
angka ini menjadi tanda tanya? adakah
terdapat motif politik disebalik kenaikan
yang tinggi?
tapi semua tu tak sape tahu! anyway
bersyukurlah kepada sesape yang dapat
masuk tu.
analog Hari Ibu!! - 12 Mei 2002
Hubungan pada peringkat kepemimpinan
antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang
dingin untuk beberapa ketika dijangka
memasuki era baru minggu ini. Perdana
Menteri, Datuk Seri Doktor Mahathir
Mohamad kini dalam perjalanan ke White
House atas undangan Presiden Amerika
Syarikat, George W-Bush. Kedua-dua
pemimpin itu dijadual mengadakan
pertemuan Rabu ini waktu Malaysia. "Di
kalangan negara-negara yang menghadapi
krisis ekonomi, kedengaran tuntutan untuk

Selamat Hari Ibu


selamat hari ibu kepada semua ibu seluruh
dunia. semoga segala budi baikmu diterima
AlLah.

analog telus - 27 Mei 2002


Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mahathir Mohamad menegur sikap
sesetengah pihak yang sering memandang
serong ke atas mereka yang mempunyai
hubungan dengan Kerajaan yang telah
dibebaskan daripada hukuman oleh
mahkamah. Beliau menegaskan bentuk
siasatan ke atas mana-mana individu,tidak
mengambilkira kedudukan individu terbabit,
sama ada mereka mempunyai hubungan
dengan Kerajaan mahupun tidak. Datuk Seri
Dr Mahathir menyifatkan pendapat
sedemikian adalah satu pandanganyang
tidak sihat terhadap Kerajaan yang sentiasa
berlaku adil kepada mana-mana pihak. - Tv3
OnLine
telus
ketelusan kerajaan dalam menangani kes
besar yang melibatkan orang besar boleh
dipertikaikan. tambah lagi terdapat kes
yang masih belum diketengahkan ke muka
pengadilan. kerajaan seharusnya
membuang sikap sangsi rakyat terhadapnya
dengan menyegerakan siasatan dan
dakwaan terhadap orang yang terlibat.
kegagalan berbuat demikian hanya akan
menimbulkan lagi perasaan sangsi
terhadapnya. kerajaan seharusnya
meyakinkan rakyat selepas beberapa
peristiwa yang telah menghakis yakin rakyat
terhadap mereka. peristiwa ini termasuklah

peristiwa Mata Lebam DSAI dan kes liwat


serta rasuah salah laku seksual terhadap
beliau.
selain itu polis juga gagal bertindak dalam
menangani laporan polis yang dilakukan
oleh pihak pembangkang. laporan polis itu
melibatkan orang besar seperti Daim,
Rafidah Aziz, Aziz Shamsudin dan Dr
Mahathir sendiri. jika laporan polis itu palsu,
tindakan boleh diambil di bawah Akta Polis.
tetapi tiada tangkapan yang telah dibuat
atau soal siasat. adakah laporan polis itu
palsu atau adakah laporan polis itu betul
tidaklah diketahui. ini mungkin boleh
mendatangkan rasa curiga rakyat terhadap
kerajaan.

NETSEC) dan Mr Robert Wrede (Senior


vice Presiden NETSEC). John Wynn
membincangkan definisi cyber terrorism
secaram amnya, termasuklah jenayah
hacking yang semakin popular sekarang!
manakala Mr Robert Wrede,
membincangkan dari segi securty - bukan
apa, nak promosikan syarikat mereka jek!
dalam session III lak, pada sebelah petang,
Dr Rahmat jadi speaker. sorang jek!
membincangkan cyber terrorism dari aspek
perundangan. paper work die bertajuk, The
Legal Dimension of Cyber Terrorism : Is
Legislative Intervention Neccessary In
Malaysia. disediakan oleh En Adlan. sampai
sekarang, tiada lagi definisi yang
dipersetujui bersama.

analog seminar - 17 Jun 2002


Managing Cyber Terrorism
pagi lagi Emran dah datang umah aku. siap
dengan pakai kemas lagi. ari ni kami nak gi
seminar, kat Hotel Nikko. seminar Cyber
Terrorism. bas tunggu kat Kolej Seroja pukul
700 pagi. kami sampai pukul 730. lewat tu!
kami ingat, kami yang lambat, ade lagi
lambat! pegi sekali ngan budak Mass Com.
dalam perjalanan, aku sembang dengan
Emran hal kenegaraan!
sampai dalam pukul 9. jalan jam! dr Rahmat
dah tunggu kat depan pintu hotel. oops, lupa
aku nak cakap. Dr Rahmat jadi panel kali ini.
En Adlan, sediakan paper work Dr Rahmat!
tajuk seminar ni, Round Table Series II,
Managing Cyber Terrorism! diorang dah
buat Round Table I Februari ari tu. so
diorang buat sambungannya kali ni.
pada Session pagi Dato Mustapha
Mohamad, bagi keynote address. ucapkan
terima kasih pada penganjur yang
mempunyai inisiatif menganjurkan seminar
ini. penganjurnya adalah UiTM, NETSEC
dan ValAsia. NETSEC firm e-security.
ValAsia aku tak tau die buat ape! pada
session pagi tu selain Dato Mustapaha
Mohamad, Dato Sri Maharaja Mohamad
Rais Zainuddin dan Dr Rahmat turut serta.
session II, plak Seminar. dr Salehhudin jadi
pengerusi, dua panel dari Amerika, Mr John
Wynn (Director of Sec Engineering Services

selesai, open forum lak, untuk session IV.


dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaimi.
panel dr Rahmat, John Wynn dan Robert
Wrede. aku suka satu soalan tu. yang
berbunyi "If hacking is a crime, why the
millitary employed hackers. For example,
Israel Millitary?" "kalau godam adalah satu
jenayah, kenapa pihak militari mengambil
mereka sebagai pekerja. Contoh Militari
Israel?"
aku tak dapat nak ikut seminar tu dengan
berkesan. aku mengantuk! tido lambat
semalam!
habis seminar, lebih kurang pukul 4. sessi
fotografi makan masa sejam. pukul 5 naik
bas. pukul 6 sampai umah.
world cup
mexico kalah ngan amerika. celaka punye
amerika!! tapi yang paling best pasukan
pujaan ku, Brazil layak ke suku akhir!
diorang kalahkan belgium 2 - 0. caiya laaaa
brasil!!
analog akujanji! - 18 Jun 2002
South Korea have beaten 10-man Italy 2-1
with a golden goal in the 118th minute of
their World Cup second round match. Ahn
Jung-hwan, who had missed a penalty in the
first half of normal time, atoned by scoring
with a header two minutes before the match
was due to go to a penalty shootout. Striker
Christian Vieri had given Italy the lead in the

18th minute when he headed home a


Francesco Totti corner from the left at the
near post. Earlier Italian goalkeeper
Gianluigi Buffon had saved an Ahn's penalty
in the sixth minute. With Italy set for victory,
South Korean poured everything into attack
and striker Seol Ki-hyeon equalised two
minutes from the end of normal time to take
the game into extra time. - MSN
akujanji
tadi seluruh penuntut Fakulti Pentadbiran
dan Undang, sign dan baca ikrar akujanji.
rata ramai students yang tak nak sign, tapi
kena gak sign! sebabnya? ade rumours
ugutan lak, yang kata, sape yang tak nak
sign, degree diorang takkan dikeluarkan.
kena suspend degree! isk! ngeri gak
dengarnya.
aku sebagai orang yang disyaki a.k.a The
Suspect, terpaksa la sign akujanji ni. kalau
tak, nampak sangat lak! tak pe la, sign je la.
lagi pun kandungan die tak jauh beza
dangan AUKU/Akta 174/Akta UiTM. cuma
tambah perkataan aku berjanji jek. aku dah
tengok sebelum diorang ni semua sign.
dapat kat mat jan! kiranya akula student
bukan MPP yang pertama sekali yang
tengok benda tu. iskk!!
aku gi ngan Emran. sesampai je kat sana,
orang dah abis sign! upacara sign dan ikrar
akujanji secara beramai dah abis. dah
settle. so aku kena amik borang akujanji kat
office, then bawak jumpa Norela, ketua
kursus aku! sign dan baca ikrar depan die!
sememangnya kami nak jumpa die, tapi
pasal hal lain la. pasal nak gugur dan
tambah subjek! cheh. awal lagi die tak bagi
amik subjek yang tinggi dan drop subjek
yang rendah. kena abiskan yang rendah
dulu. baru boleh amik yang tingginye. aku
dah tau sebenarnya. tapi still nak cuba!
dah tak dapat nak drop and add subject jadi
kami buatla akujanji tu. so aku pun
mengangkat tangan bersama Emran, baca
: "Kami dengan ini berikrar . . ." pas tu isi
borang, bagi kat Norela. pas tu abis!!! pas tu
balik!!
worldcup

tak pe Jepun kalah, Korea menang!! dengan


Italy lagi tu. sayonara Italy!!!
analog pinjam! - 19 Jun 2002
Dr. Mahathir ditanya sama ada langkah
melaksanakan peperiksaan mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
mulai tahun depan dilakukan secara
tergesa-gesa. Utusan Malaysia hari ini
melaporkan langkah itu melibatkan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian
Menengah Rendah dan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia. ``Ya, itu kita punya
sasaran (bagi peperiksaan berkenaan) dan
kita boleh buat kalau kita nak buat,'' jelas Dr.
Mahathir sambil menambah sudah tentu
pelaksanaan sesuatu dasar atau
pendekatan baru akan berdepan dengan
masalah pada peringkat awal. Katanya:
``Kita harus terima bahawa akan ada
masalah dan kalau kita tak pandai
mengatasi masalah, maka kita tidak layak
menjadi pemerintah.'' Sementara itu ketika
ditanya sama ada orang Melayu akan
menganggap tindakan drastik kerajaan
dalam beberapa isu pendidikan
kebelakangan ini merupakan usaha untuk
menarik hak keistimewaan orang Melayu,
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu boleh
membuat penilaian sendiri mengenainya.
``Ia bergantung kepada mereka untuk
membuat penilaian sama ada ia merupakan
sesuatu yang baik atau buruk bagi mereka,''
katanya. - Utusan OnLine
ptptn
aku punya loan tak masuk lagi. chis! aku
pun tak tau pasal ape. yang aku tau semua
yang dapat masa part 1 ari tu, tak dapat lagi.
masa part 1, yang dapat tak ramai dalam 10
orang je fakulti aku. semua hadapi masalah
yang sama sekarang. loan tak masuk!
budak lain dah enjoy dah. cheh! aku tak
lagi. macam plan! terkantoi disitu. tak
gunanya tabung! jumpa bebudak yang
senasib dengan aku, soalan fovourite, "duit
dah masuk?" cheh! dan soalan favourite
disusuli dengan jawapan favourite jugak!
"belom!"
aku ade dengar sorang budak cite. ptptn
buat kontrak die dua tahun je. tapi die sign
tiga tahun. ni dah breach of condition ni! isk.

boleh saman ni! die kena susah payah pegi


pejabat ptptn dan sambung kontrak die.
diorang buat silap kita lak yang kena
tanggung susah. cilakoiii!
tadi aku tepon pejabat diorang. guna
nombor Tuan Din. tiga kali aku try. tapi tak
de orang angkat! bangsat la! tak nak layan
ek!!
tak pe. aku tunggu minggu depan. kalau tak
de. aku pun pergi ches perdana. pejabat
ptptn. kira kasi peluang la kat diorang.
tadi cite pasal favourite question and
answer, skang kita cite pasal sensitif
question lak. soalan paling tak disukai aku
skang, "jom belanja?" soalan yang sensitif
boleh disusuli dengan jawapan yang sensitif
jugak, aku bagi kaki kang!!
akujanji
percubaan aku nak dapatkan salinan
akujanji, gagal! kerani tu ingat muka aku.
chis! "tak boleh. nak buat apa. mintak kat
Norela!" Zumir pun buat percubaan jugak,
nak dapatkan salinan akujanji tu, tapi tak
dapat!
ramai gak budak yang tak nak sign (petanda
baik). tapi aku kena sign la. macam yang
aku cakap, aku ni yang disyaki! tak pe, sign
je. lagi pun benda tu bukannye lari dari
AUKU/Akta 174/Akta UiTM. kalau sign ke,
tak sign ke, kita still binding dengan
AUKU/Akta 174/Akta UiTM tu. tak mende
pun!
analog bahasa! - 20 Jun 2002
Kedua-dua sayap UMNO - Pemuda dan
Wanita memberi sokongan padu kepada
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi
melaksanakan isu kuota 10 peratus dan
bahasa Inggeris di sekolah dalam
perhimpunan agung mereka di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Turut menunjukkan semangat yang sama
ialah Puteri UMNO apabila menentang
percubaan `mempersoalkan' kewibawaan
Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad
dalam melaksanakan pendekatan baru
sistem pendidikan negara itu. ``Usul undi
tidak percaya itu adalah tidak relevan dan
tidak dibuat dalam semangat UMNO dan

juga Islam,'' tegas Ketua Penaja Puteri


Perak, Noor Asmah Mohd. Nawawi di
konvensyen badan itu. Langkah itu, menurut
wakil Puteri itu mampu menggalakkan
pelajar Melayu berinteraksi dan bersaing
secara sihat dengan pelajar bukan Melayu. Utusan OnLine
bahasa
secara personally, aku kurang bersetuju
dengan dasar kerajaan mengadakan kelas
math dan sains dalam bahasa inggeris. dah
tu pulak, perlaksanaannya dibuat untuk
pelajar upsr, pmr dan spm secara serentak.
ingatkan buat secara berperingkat. dah
plajar melayu tak pandai math dengan sains
+ tak pandai bahasa inggeris pulak. abis
melingkup la bebudak tu.
lagi satu, pasal kuota 10% tu. aku pun tak
setuju jugak! pasal ape? pasal diorang letak
kuota ikut kaum! kalau tak yah ikut kaum tak
buleh ke? ikut ketidak mampuan adalah lagi
sesuai aku rasa! nanti yang jadi mangsa
bebudak tu! diorang tak de ape la. sedap kat
kerusi empuk kat atas!! cibai!! selalu sangat
nak kasi test kat bebudak. nati tak jadi, tukar
baru pulak. tukar style lain. ini yang
dikatakan Pak Ungku "macam tikus baik
labu"!! nasib bebudak tu pikirkan laa!!!
ooops. silap!! aku baru sign akujanji laa! nak
tukar statement buleh. eh.. bagus usaha
kerajaan tu. aku sokong! aku sokong!!
law soc
tahniah Sha!! sebab jadi presiden baru Law
Soc. sekali lagi jawatan tu disandang
perempuan, selepas presiden lama yang
sandang jawatan tu tak sampai beberapa
bulan, Amy Suraya letak jawatan.
aku pesan kat Sha, "hati, pegang jawatan
tinggi, nanti ada orang kacau kau!" sape nak
kacau, "budak lakike?". "tak!" "Budak
pompuan pakai kain pink"
analog selamat!!! - 21 Jun 2002
Untuk ini kita perlu kembali kepada budaya
dan nilai-nilai mulia bangsa kita dan kepada
ajaran agama kita. Hari ini banyak negara
bukan Islam mendakwa bahawa orang
Melayu dan negara Malaysia adalah

"moderate" atau sederhana dari segi


keIslamannya. Ini tidak benar sama sekali.
Kita bukan "moderate Muslims". Kita adalah
"Muslim fundamentalists" iaitu kita
berpegang kepada asas-asas atau
"fundamentals" ajaran Islam, asas yang
terdapat dalam Al-Quran dan Hadis yang
sahih. Ajaran Islam yang "fundamental" dan
sebenar tetap akan menjadi kita orang
Melayu sebagai manusia yang baik dan
berjaya. Betapa tidak? Bukankah Islam
menyuruh semua orang Islam bersatu dan
bersaudara; bukankah Islam menyuruh
orang Islam membaca; iaitu mempelajari
ilmu, bukankah Islam menyuruh kita
menuntut kebahagiaan di akhirat dan jangan
lupa akan kebahagiaan kita di dunia,
bukankah agama Islam menyuruh kita
bermusuh hanya dengan orang yang
bermusuh dengan kita, bukankah agama
Islam melarang perbuatan yang mungkar
dan menyeru kepada yang maaruf, berlaku
adil dan bermacam-macam lagi yang baik
dan membina? - Amanat Penuh Presiden
UMNO
Selamat Hari Lahir
selamat hari lahir to Cik Farah Azura.
semoga berbahagia selalu. semoga kau
dapat apa yang ko nak + panjang umur dan
murah rezki!!
worldcup
ketahuilah sekalian penyokong England,
England tewas ditangan Brazil 2-1! steady la
Brazil! my favourite team!
German pun menang jugak!! favourite team
aku jugak tu! tapi tak la suka macam Brazil!
analog letak jawatan? - 22 Jun 2002
Apa yang kita lakukan adalah mengikut
keupayaan kita. Pragmatisme apa yang
boleh dibuat, kita buat tetapi kita tidak
mengikat diri kita dengan ideologi sehingga
benda yang tidak baik pun kita terpaksa
lakukan kerana itu adalah preskripsi
daripada ideologi berkenaan. Tuan-tuan dan
puan-puan, Tun Pengerusi Tetap, ahli-ahli
Majlis Tertinggi, para wakil ke perhimpunan
Agung tahunan UMNO 2002, tuan-tuan dan
puan-puan, Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengumumkan...

mengumumkan... satu... peletakan jawatan


saya..., (sebak). Peletakan jawatan saya
sebagai Presiden UMNO dan semua
jawatan-jawatan... yang dipegang oleh
saya... (sebak). (para perwakilan
menunjukkan reaksi riuh rendah di Dewan
Merdeka) Dalam parti, perletakan saya
sebagai pengerusi Barisan Nasional dan
semua jawatan dalam Barisan Nasional...
(Riuh-rendah di dalam dewan). - Teks
ucapan penggulungan Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di
Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun,
2002.
PM
macam aku cakap sebelum ni, orang politik
akan bertindak dan berkata-kata dengan
agenda politiknya. mesti mempunyai motif
politik.
jadi tindakan Mahathir hari ini marilah kita
lihat, apa polical benefit yang dia boleh
dapat dengan menangis dan letak jawatan.
die letak jawatan, tanpa memberitahu
kepada Menteri kanannya dan ahli keluarga
yang terdekat. tahla.
tapi personally, aku rasa he wanna gain
political sympathy, dari ahli UMNO. die nak
buktikan pada massa yang die masih lagi
mendapat sokongan dari ahli UMNO.
seluruh ahli UMNO bersatu di belakang
kepimpinannya! selepas ini nanti media
akan memainkan peranannya pulak. mereka
akan mengambil semua pendapat di
kalangan rakyat Malaysia (yang terpilih,
yang tentu bukan orang pembangkang),
baik dari bekas perajurit, kakitangan awam,
kakitangan swata, mahupun students
universiti (dengar cerita ada kepimpinan
sebuah universiti di lembah klang akan
menghantar memo, menyokong penuh
kepimpinan PM). kemundian, mereka akan
laporkan bahawa seluruh rakyat Malaysia
mahukan kepimpinan Dato Sri Dr Mahathir.
pada hal yang menyokong kepimpinannya
hanyalah ahli UMNO sahaja, itu pun bukan
semua!
then, jika ada permintaan, suruh dia
letakkan jawatan. die akan cakap : "rakyat
mahukan saya lagi!". so?
induction

aku tadi ada induction LL.B 01. aku jadi


fasci, mula ingat nak pegi je, tolong sesikit.
last tu dah terjebak la pulak. Joyce, suruh
jadi extra-fascilitator. tolong bawak budak
junior ke level 6. acara dimulakan kat level
5.

Diraja Malaysia petang ini dan akan


dikebumikan selepas waktu Asar. - Berita
Harian OnLine

aku chiow dalam pukul 3, masa tu sesi


berkemas sedang rancak dijalankan. aku
lari!! bola weh!! Spain lwn Korea!

Presiden PAS Datuk Fadzil Noor meninggal


dunia di unit rawatan rapi, Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia, HUKM, Cheras.
Allahyarham Datuk Fadzil, 65 tahun,
meninggal jam 10.30 pagi. Allahyarham
Datuk Fadzil tidak sedarkan diri hampir
seminggu selepas menjalani pembedahan
pintasan koronari, 10 Jun lalu. Meskipun
menunjukkan tanda tanda pulih, seminggu
kemudian, keadaannya dilaporkan kritikal
sejak malam semalam. Beliau
menghembuskan nafas terakhir jam 10.30
pagi. Antara yang menziarahi jenazah
allahyarham di HUKM ialah Timbalan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, Naib Presiden UMNO Datuk Seri
Najib Razak dan Setiausaha Agung UMNO
Tan Sri Khalil Yaakob. Jenazah kemudian
disembahyangkan di Surau Al-Mustaqimah
Bandar Tun Razak sebelum dibawa ke
Pangkalan TUDM Subang untuk
diterbangkan ke Alor Setar. Turut
menghantar jenazah allahyarham ialah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, beberapa menteri
kabinet dan Yang Dipertua Dewan Rakyat,
Tun Mohamed Zahir Ismail.- Tv3 OnLine

world cup

analog assignment!! - 12 Julai 2002

Korea berjaya jugak ke semi final. diorang


kalahkan Spain! tapi berita sedih untuk
Senegal. aku ingat diorang la wakil Afrika
kat semi. kalau diorang masuk, semua wakil
benua ada. Brazil - Amerika Selatan,
German - Eropah, Korea - Asia. cheh!!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,


polis tidak ada kuasa untuk melaksanakan
undang-undang hudud, qisas dan takzir di
Terengganu kerana undang-undang itu
sendiri bercanggah dengan Perlembagaan
negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri,
dengan itu beliau tidak perlu menjelaskan
keputusan polis untuk tidak membantu
kerajaan Terengganu menguatkuasakan
undang-undang tersebut. ``Pihak polis
sebenarnya tidak ada kuasa di bawah
undang-undang untuk melaksanakannya.
``Undang-undang itu memang tidak tepat
dengan kehendak Perlembagaan dan
berlawanan dengannya. Maka dengan itu
polis tidak dapat menguatkuasakannya,''
kata beliau. - Utusan OnLIne

dah la start lambat. Norela ade meeting.


dalam pukul 11, baru mula. so, mula jadi
extra-fasci lepas tu naik pangkat jadi fasci la
pulak! aku ngan Dayang kena ambil grup
Sha dan Syikin Kadir.
budak grup aku ok gak la. diorang perform
sajak dan cerita lawak! boleh laa!! yang
penting, diorang dah keluar ke depan.
sporting la sikit!!
budak junior punye soalan favourite, "susah
ke bang, nak lepas LLB ni?" aku jawab, "tah
la" "aku boleh survive, tapi ramai dah
terkorban di pertengahan jalan!" "bile
kenangkan balik, sedih lak rasanya!!" "isk,
isk, isk", "kiranye hebat jugak la abang ni,
dapat survive sampai sekarang, sampai part
5." die tak tau aku ngah sesak nafas ni!!"

analog al-Fatihah - 23 Jun 2002


Presiden PAS Datuk Haji Fadzil Noor
meninggal dunia di unit rawatan rapi
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM) Cheras di sini hari ini. Fadzil, 65,
yang menjalani pembedahan pintasan
koronari di hospital itu pada 10 Jun lepas,
meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri
Datin Siti Khatijah Ibrahim dan lapan orang
anak. Menurut setiausaha politiknya Dr
Hatta Ramli, jenazah allahyarham akan
dibawa pulang ke Darul Ulum, Pokok Sena,
Kedah dengan pesawat Tentera Udara

assignment
aku tak cuti sebenarnya. cuti seminggu yang
diorang bagi tu sebenarnya untuk siapkan

assignment yang berderet tu! banyak sangat


tu! grouping pun buat. individu pun kena
buat jugak!! isk! Jurisprudence, Public
International Law, dan Land Law. arghhh!!!
banyaknye!!

akan berlaku sudah berlaku, cuma AlLah


saja yang tahu, cuma AlLah saja yang dapat
tentukan!!

dah la cuti ni aku kena balik lambat! (saje


je!) datang sini pun kena cepat jugak!! isk!
Makkk!!! tolong!!

aku tak berani nak komen pasal hudud ni.


memang ade hak bagi kita nak bincangkan.
kita pun sebahagian daripada orang Islam
jugak. tapi tak selesa rasanya kalau orang
yang tak arif nak bagi komen. pendapat tu
ada! tapi simpan masing la. tak nak aku
kuarkan.

jika takut dengan risiko usah bicara soal


perjuangan! jika takut dengan assignment
usah bicara soal degree!!
kotak
kita seperti berada dalam suatu kotak, kita
ingin keluar dari kotak itu, dan kita masuk
kedalam kotak yang di sebelah kita. kita
rasa kita dah terkeluar dari kotak yang tadi
yang pada pikiran kita, kotak yang sempit
dan tidak menyelesakan, dan kita rasa lega
bahagia sebab kita dah berada dalam kotak
baru ini yang nyata lebih selesa dari kotak
yang tadi. kemundian kita jumpa lagi satu
kotak, yang jauh lebih selesa dari kotak
yang kita inap sekarang dan kita bercadag
untuk berpindah ke kotak yang baru itu
dengan harapan untuk selesa kononnya
didalam kotak tersebut. tanpa kita sedari
sebenarnya kita berada dalam satu kotak
besar yang dipenuhi dengan kotak yang
nyata menyempitkan dan sebenarnya tidak
selesa langsung, kita sebenarnya hidup
dalam kurungan. dan sepatutnya, untuk
mengalami kebebasan dan keselesaan
mutlak, kita harus keluar dari kotak besar itu
dan duduk di luar dengan lebih selesa...
bebaskan diri dari kurungan yang kita cipta
sendiri ini. bebaskan diri kita dari kurungan
yang nyata mencengkam!!!
"Minta bebas bebas
Dari sangkar maya ini
Minta terbang lepas
Dari sarang buana ini
Melawan Arus (M.Nasir)
nak!
kadang apa yang kita mahu seringkali
gagal untuk kita dapatkan, dan selalunya ia
akan datang sendiri tanpa perlu diminta.
semuanya takdir dari Ilahi, dari yang maha
penguasa lagi maha mengetahui. apa yang

hudud

teringat aku semalam, masa tutorial


jurisprudence. cite pasal benda ni la. aku
malas nak masuk campur! sebab aku tak
tau! lecturer aku ngan memember aku siap
komen lagi pasal benda tu. mungkin
pendapat diorang betul dan mungkin tidak!
kita tak tahu. so pada aku baik diam jek! ini
soal hukum. hukum AlLah!
so ari ni tadi. member aku yang bangkitkan
soalan pasal hudud dan qisas semalam,
perli aku: "awat hang tak bangun cita pasai
hudud dan qisas semalam, awat hang
diam." so aku jawab balik: "aku bukan
ulamak, bukan fuqaha. aku tak berani nak
komen!"
analog polis!! - 13 Julai 2002
melayu
melayu ni sebenarnya hebat. sama hebat
dengan kaum lain kat dunia ni. nama lagi
manusia kan. ade buruk dan baiknya! tapi
sekarang ada sesetengah pihak cuba
menjatuhkan Melayu dengan mengatakan
melayu tu malas, bodoh, sombong, haprak
dan macam lagi.
teringat aku pasal "janji melayu". aku rasa
ini semua niat jahat sesetengah orang nak
jatuhkan melayu. melayu sebenarnya
macam kaum yang lain jugak - menepati
janji. tapi bila dah ditanam dalam kepala
diorang ungkapan "janji melayu" jadi macam
satu alasan untuk datang lewat atau tidak
menepati janji.
pas tu lagi. Melayu ni dipanggil satu bangsa
yang busuk hati dan dengki sama sendiri. itu
pun salah satu cara nak sesetengah orang
nak jatuhkan melayu. sebenarnya melayu itu

tak buruk sangka atau tak dengki sesama


sendiri. tapi bila dah ditanam dalam kepala
diorang, diorang tu busuk hati dan dengki.
jadi la gitu. lagsung tak nak berubah!!
ade jugak orang kata. kalau kita ulang
banyak kali atau lebih 40 kali sesuatu ayat
tu, buleh jadi doa yang dimakbulkan! tah la.
kita aku rasa dah cakap berpuluh kali dah
ungkapan "janji melayu" tu. banyak lagi
ungkapan yang kita bagi kat melayu yang
kita dah sebut berpuluh kali dah! melayu
bodoh, haprak, busuk hati dan macam lagi!
buleh jadi tuhan makbulkan doa tu!! mintak
jauh la.
gig
tadi aku pegi gig kat ampang park. same
dengan nizam dan e. gig dalam flyer mula
pukul 1, tapi biasa laa orang melayu kan.
pukul 2 la mula tu. aku sampai lebih kurag
dalam kol dua. tu pun gig tak mula lagi.
World For Sale Gig!
aku dah lama tak tengok gig. so aku tak tau
sangat sape yang main. cuma yang aku tau,
carburetor dung, dashown and fastgame
ade main. so aku memang nak tengok
diorang main!! tambah lagi carburetor dung.
dah lama aku tak sing along lagu diorang!!
bestt!!
so first yang main tadi aku tak tau nama ape
band diorang. yang aku tau diorang main
style punk rock dengan dua vocal. tah, pade
aku music simple gitu tak yah dua vocal pun
tak pe! tapi diorang memang best main.
walaupun masih budak lagi!
then, masuk lak kumpulan Friday the 15th.
memang talented! lagu diorang best.
walaupun tak dapat sambutan dari
penonton. tapi personaly aku cakap diorang
memang best! emo + experimental rock with
some grind metal element. melodic gilos!!
vocal dia lagi hebat. walaupun sorang tapi
boleh buat suara for 4 orang!! two thumbs
up!!
pas tu, turn up band yang dianggotai 3
orang pompuan dan sorang drummer lelaki.
Hell Sister. main style punk rock. macam X
Ray Spec! dengan lagu pertama diorang
Beaten by Police Brutallity. best!! rage out

my lady!! vocal die best. loud and clear! also


two thumbs up!!
next the band that called themselves as the
MotorCross, naik ke pentas menggamatkan
suasana. rock sampai mamposss!!! main
style classical rock atau pun lebih dikenali
rock kangkang!! memang gamat. mula
masuk tah apa jek diorang main. aku pun
tak paham. tapi lepas diorang main lagu
Black Sabbath dan Dio - Holy Diver crowd
jadi gila. memang best!! memang rock tak
ingat!! pentas dipenuhi penyanyi jemputan
dari crowd. awesome dude!!
then band skinhead Dr Skin naik, main lak!!!
main ska. diorang main cover dari The
Special - Gangster. best gak diorang main.
tapi aku busan skit lagu slow ni. kalau
sekali sekala layan gak!!
pas tu naik lak band 3 pieces nyanyi lagu
melayu nagn english! tak berape best
sangat diorang main. main 3 lagu jek. lepas
tu OSA naik tapi tak sempat nak main.
sebab ade POLIS kacau!!
tah la. ape diorang nak tah. nampak lain skit
dah nak cekup! nampak pelik skit dah nak
tahan. yang pelik keluar dari disco tetiap
malam tu tak nak tahan! cheh! aku tau gig ni
salah satu maksiat gak. tapi polis double
standard dalam hal ni!! nak tangkap orang
biar semua kena tangkap. jangan tangkap
yang ni, tapi tak tangkap yang sana. cheh!
kempunan aku nak tengok carburetor dung!
balik jumpe chem. lama tak jumpa die.
banyak gak citer die. tah la. ingat nak aktif
balik. tengok dulu la!!
analog semoga cepat sembuh! - 16 Julai
2002
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa)
menafikan dakwaan pihak tertentu yang
mengatakan ia tidak ikhlas dalam
melepaskan pemergian pemainnya, Mohd
Khalid Jamlus menyertai kelab Bahagian
Dua Jerman, SV Greuther Furth. Timbalan
Presidennya, Datuk Jamal Nasir Rasdi,
berkata Perak bukan saja rela melepaskan
Mohd Khalid, tetapi menggalakkan
pemergiannya demi meningkatkan lagi
kemahirannya serta menaikkan lagi mutu
permainan bola sepak negara. Katanya, apa

yang menjadi masalah sekarang sehingga


menyebabkan pemain itu was-was, ialah
disebabkan tiadanya surat rasmi daripada
kedua-dua pihak, iaitu Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) dan kelab Jerman
berkenaan. - Berita Harian OnLine

You're so fucking special,


I wish I was special.

lina

She's running out the door,


she's running,
she run, run, run, run, run.

aku nak ucapkan semoga cepat sembuh kat


lina yang sekarang ni ada dekat Hospital
Besar Kulim. tak sangka boleh masuk wad
pulak! aku ingat kan sakit perut demam
biasa jek!! isk!
aku nak kau sembuh cepat. boleh kita kuar
sesame ek!
analog creep! - 18 Ogos 2002
STRATEGI Irfan Bakti merantai bahagian
tengah Perak serta analisis rakaman video
perlawanan separuh akhir Piala FA ketika
lawan mereka itu menentang Kedah adalah
kunci kejayaan Pulau Pinang malam tadi.
Apapun, Pulau Pinang pastinya
menghambur pujian kepada rembatan gol
tunggal penyerang import Argentina,
Gustavo Alberto Romero dan ketangkasan
penjaga gol Kamarulzaman Hassan. Irfan
juga kelihatan sungguh riang di bilik sidang
akhbar sejurus tamat perlawanan final edisi
ke-13 itu berkata segala strategi mereka
berhasil kali ini. - Berita Harian OnLine
Creep
When you were here before,
couldn't look you in the eye.
You're just like an angel,
your skin makes me cry.
You float like a feather,
in a beautiful world
I wish I was special,
you're so fucking special.
But I'm a creep, I'm a weirdo.
What the hell am I doing here?
I don't belong here.
I don't care if it hurts,
I want to have control.
I want a perfect body,
I want a perfect soul.
I want you to notice,
when I'm not around.

But I'm a creep, I'm a weirdo.


What the hell am I doing here?.
I don't belong here

Whatever makes you happy,


whatever you want.
You're so fucking special,
I wish I was special,
but I'm a creep, I'm a weirdo.
What the hell am I doing here?
I don't belong here,
I don't belong here.
Radiohead
terdengar lagu ini dipasang, dan dengan
serta merta aku membayangkan kisah
silamku. i want to be there!! i really miss that
moment.
analog tak tau nak tulis ape!! - 19 Ogos
2002
Kita akan kaji semuanya, kata Perdana
Menteri kepada pemberita selepas
menyaksikan siri ke-7 Kejuaraan F1 Bot
Laju Sedunia di The Mines Resort City di
Seri Kembangan di sini, hari ini. Ditanya
sama ada Kabinet akan membincangkan isu
itu pada mesyuaratnya Rabu ini, Dr
Mahathir berkata: Saya belum pasti lagi,
tetapi kita akan kaji. - Berita Harian OnLine
analog bila anjing menyalak bukit!!! - 22
Ogos 2002
bicara siswa dan gimik kemerdekaannya
semalam ade lintas langsung Bicara Siswa
dari Dewan sri Budiman UiTM Shah Alam.
tajuknya tentang ijazah. Ijazah: Pasport
Kejayaan atau Imej Ilusi. aku tak nak komen
banyak pasal tajuk dan ahli panel. cuma
kali ni aku tengok Dato' Nordin Kardi tak
banyak mencelah, mungkin sebab dia pun
dah lost dalam perbincangan tersebut. ahli
panel yang baik aku rasa, Professor Dato'
Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Dekan Sains

Kemanusian dan Kemasyarakatan dari


UNITAR, aku kurang suka pada panel dari
UPSI dan panel dari UM, bagus jugak, cuma
slang Cinanya sedikit pekat. dia sebut
ijazah, ijajah!! e-jajah kot!!
yang menariknya, pengacara yang dekat
UiTM kata, ini adalah pertama kali sambutan
yang paling hangat. kira 1500 students.
mane tak ramai, dah kena paksa! kena ugut!
memang la pergi. sape pelajar kolej yang
tak pergi kena tindakan tatetertib.
lagi best, last sekali tu, si pengacara kata
budak UiTM ada buat satu gimik khas
kepada penonton. aku ingat ape. rupanya
tiga kali laungan Merdeka! dan diikuti
dengan lambaian bendera Malaysia.
PATRIOTIKnya!! teringat aku macam Wira
(bekas presiden Law Society, UM) kata
dalam Remaja keluaran 15 Ogos 2002,
patriotisme termasuk jugak kritikan secara
konsruktif rakyat kepada pemerintah. bukan
hanya dengan laungan Merdeka dan
lambaian bendera.
hidup ini sukar sebenarnya
orang yang diatas berkuasa kepada yang
dibawah
orang yang kuat berkuasa ke atas orang
yang lemah
orang yang berduit berkuasa ke atas orang
yang tak berduit
orang kaya berkuasa ke atas si miskin
orang berkuasa jadi raja pada yang tak
berpengaruh
bila bukit tak bergerak
si anjing yang menyalak: hilang suara, sakit
anak tekak, habis air liur. bukit: tak
bergerak, tak de kesan, tak berganjak.
si anjing: kita, rakyat biasa, golongan
marhaen, ahli politik jujur. bukit: pemerintah,
orang kaya, golongan pemodal, orang politik
dan yang sekroni dengannya.
nak terus menyalak jugak ke???
"Dan sesungguhnya aku cinta padaMu
Tuhan Walaupun sesat jalan" - M. Nasir.

analog bulan kemerdekaan. - 23 0gos


2002
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata,
kaedah pelaksanaannya akan dikaji lebih
lanjut dengan mengambil kira pandangan
beberapa pihak termasuk parti komponen
Barisan Nasional (BN) yang mewakili
masyarakat Cina. Ya, kita tegas akan
memulakannya tahun depan, tetapi
bagaimana kita mulakan, itu soal lain, kata
Perdana Menteri selepas merasmikan
upacara pecah tanah Kolej Universiti Islam
Malaysia (Kuim) di sini, hari ini. Ditanya
kemungkinan dasar itu diubahsuai dengan
hanya melaksanakan penggunaan bahasa
Inggeris bagi dua subjek berkenaan pada
peringkat sekolah menengah saja seperti
desakan pihak tertentu, beliau berkata
kerajaan akan membuat kajian lanjut. Berita Harian OnLine
dari kisah kekejaman tentera jepun
"bayu tu anak kita, janganlah nak
diharapkan orang lain" "kadir dan hassan tu
cakap je lebih tapi tak berani nak bertindak"
"kalau kena pada keluarga mereka, baru
tau" (skrip tak beberapa betul, tak ingat,
sorry) sikap selfish jerk kawan
seperjuangan: senang, sama senang, kalau
dah susah biarla kau sendiri!! bila terkena
pada diri sendiri, pada keluarga atau pada
harta benda sendiri baru padan muka!! baru
la nak bertindak!! kalau tak, dok diam aje la,
tunggu dan lihat!!
secara ikhlasnya aku memuji filem ini, biar
pun masih belum lagi boleh mencapai tahap
antarabangsa, namun boleh dikatakan
mencapai tahap cemerlang dalam arena
perfileman tempatan. ikhlas jugak aku
katakan, yang beberapa adegan telah
berjaya menitiskan air mata lelaki aku.
mungkin terlampau terbawa dengan
semangat anti-penjajah agaknya.
beberapa kali babak dalam filem ini
mengingatkan aku pada perjuangan anak
bangsa sekarang. walaupun tidak seteruk
mana kekejaman yang dilakukan, tapi lebih
malang lagi yang menjajah itu adalah anak
bangsa sendiri! "walaupun mereka dah
tangkap abang anwar bayu, kita yang diluar
mesti teruskan perjuangan ini!" kata Embun
dengan penuh semangat kewanitaan!

ditambah dengan adegan tanpa perkauman,


bapak Embun menolong org Cina, dan org
Cina menghantar mayat bapak Embun yang
Melayu, kembali ke keluarganya. kekejaman
dihadapi oleh semua kaum. kekejaman tak
kenal warna kulit!! kita yang menetang
kekejaman, haruslah membela nasib yang
dikejami, tak kira warna kulit mereka.
kisah kewanitaan yang menampilkan isu
keganasan terhadap wanita. mangsa rogol.
exploitasi sex. tapi, seorang wanita tetap
seorang wanita. walau setabah mana
semangatnya, namun jiwanya lembut. cinta
suci dari bangsa asing yang menjajah
ditolak, walaupun hatinya menerima dalam
diam. akhirnya cinta tak kesampaian
sebagaimana tak sampainya tangan Embun
menggapai tangan Leftenan Koishi, di
penghujung filem ini.
aku puji Elly Suriaty, Izi Yahya dan Aqasha.
diorang dapat bawak watak dengan begitu
baik. Elly Suriaty yang cayaq loghat
Kedahnya, Aqasha yang pandai bercakap
Indonesia+Jepun dan Izi Yahya yang boleh
menaikkan marah penonton. aku tak berapa
puas hati dengan loghat kedah Hani Mohsin
dan Aziz Sattar. sorang macam jawa cakap
kedah, yang sorang lagi macam org 60an
cakap kedah.
analog keluarga bahagia. - 24 Ogos 2002
Seramai 19 rakyat Malaysia ditahan selama
hampir enam jam dan dimaki hamun oleh
Polis Republik Indonesia (Polri), hanya
kerana mereka tidak membawa pasport
ketika berada di lobi hotel penginapan di
Danau Toba, Medan, awal pagi ini.
Kumpulan itu, bersama empat pelancong
Singapura hanya dibebaskan selepas
mereka disoal siasat dalam bilik gelap di
Balai Polis Pusat Medan dan diminta
membayar RM80 seorang, pada jam 6 pagi.
Mereka adalah antara 26 rakyat Malaysia
yang menginap di Hotel Danau Toba, sejak
tiga hari lalu. Sebahagian mereka ke sana
atas urusan perniagaan, manakala bakinya
melancong. - Berita Harian OnLine
di sebalik tepung ada gula
pagi tadi skool aku, Fakulti Pentadbiran dan
Undang, buat Hari Keluarga. pagi la gi
dapat call dari mat jan suruh datang, tolong

angkat kerusi, meja, dan angkat benda lain


jugak. sha ngan ayu amik aku. sampai kat
padang delima, terus kena angkat air. aku
jaga pendaftaran (dapat merenyeh) so that,
aku dapat mengulat. tak banyak sangat
kerja yang aku buat.
sukaneka: semua game aku main. jalan atas
bata (camno nak explain ek, tak yah la),
carik gula dalam tepung dan isi air dalam
baldi guna tangan. pas tu main tarik tali dan
main bole sepak. tak sampai 15 minit main
bola, aku dah pancit dah. tak larat aku. dah
la aku batuk. semput suewhh. dah la main
sebelum tu main sukaneka, main lak tengah
panas terik. iskk!! tak larat aku! bolasepak
dipac (persatuan pelajar diploma
pentadbiran awam) v lawsoc (persatuan
pelajar undang). keputusan: dipac menang
penalti 3 - 1, selepas seri 2 - 2 waktu
sebenar. bola jaring pun diorang menang: 6
- 4. budak law cuma menang sukaneka dan
tarik tali.
budak DPA main bola amik serius sangat.
main saje suka dah la. hmm. tak pe la.
mungkin cakap org kalah kot. tapi aku
respect budak law, tak yah nak berlatih, tak
yah nak warming up, terus masuk padang.
main jek. dapat gak bagi seri kat budak
DPA. cam tak caya je. aku ingat dah nak
kena belasah dah. tak macam budak DPA,
berlatih, warming up, memang bersedialah..
siap dengan jersi lagi, lengkap! they
memang deserve to win la!!
overall happy gak la. sha tanya aku: "pika,
berjaya tak event hari ni?" aku cuma jawab:
"bolehla" "tapi seronok lagi family day masa
kita part 3 dulu. ada acara tak rasmi, cuak
air, sapu tepung."
tahla, aku tak nampak ade kesatuan dalam
LawSoc sendiri, camne nak BERSATU
dengan budak Dipac. yang datang tadi,
semua kroni part 5 je. comittee part lain
banyak yang tak datang. aku tak tau, kalau
itu pun jadi kat Dipac jugak.

AKU
6 Jun 2004
11.37 Pagi
Hotel Impiana
Sampai-sampai sahaja aku di sana, ke tigatiga anak saudara aku menjerit sambil
meluru ke arah aku. Sudah lama aku tidak
berjumpa dengan mereka. Aku pimpin
mereka dan terus ke arah Kak Yang dan
Abang Zul yang berada tidak jauh dari situ.
Aku benar-benar rindukan mereka. Dan Kak
Yang the one and only sister, yang sentiasa
membantu berkongsi masalah. Dia bagiku
bagai kawan perempuan yang sangat rapat.
Kandungannya sudah makin membesar.

mereka, kerana pada pukul tiga nanti ada


kerja yang mesti aku siapkan. Aku perlu
pergi ke Planet Hollywood untuk cover
Karyawan Musicfest.

12.17 Tengah Malam


Planet Hollywood
Aku terpaksa tinggalkan musicfest, terpaksa
tinggalkan Singletrack Mind, Naked Breed,
Disagree dan NRG. Kakak aku ada
masalah. Dia datang ke Planet Hollywood
untuk mengambil aku dan selepas
menghantar suaminya ke hotel, Kak Yang
dan anak-anak saudaraku terus menuju ke
Shah Alam. Dia mahu bermalam di
rumahku.
7 Jun 2004
2:32 Petang
Hotel Impiana

Mungkin sudah 6 bulan usia bakal anak


saudara aku.
Kami terus menuju ke Bangsar untuk makan
tengahari. Aku tidak boleh lama dengan

Semasa berbaringan di katil, menonton


televisyen sedang anak-anak saudara aku
melukis - melukis bangunan KLCC, tugu
negara dan Dataran Merdeka yang baru
sahaja mereka lawati - dengan tekun aku
berbual dengan Kak Yang. Semuanya
tentang perkembangan diri aku. Sejak di
Shah Alam awal pagi tadi hinggalah ke

waktu ini, itulah tajuk kegemaran Kak Yang.


Tentang diri aku sekarang dan masa depan
aku. Berkali-kali dia menanyakan tentang
apa yang mahu dibuat selepas ini. Dan
jawapan aku juga berkali-kali, tunggu dahulu
sehingga bulan 12 nanti. Aku mula bermainmain dengan masa. Walaupun aku tahu,
masa depan aku bemula hari ini.

sangka Mat Yie benar-benar sekepala


dengan aku. Graduan Sains Politik, UIA
yang terdesak mencari kerja itu juga
mempunyai minat yang sama dengan aku.
Kami berbual panjang melangkaui pukul 3,
waktu yang dijadualkan bagi majlis
berkenaan. Tidak kisah, mereka selalu
lambat!

Ketika rancak berbual, anak saudaraku yang


sulong, Iqbal menyapa, "Berapa umur
Ashu." Aku jawab "24" dan sambil itu berfikir
sudah makin tua aku dan masih belum lagi
punyai pekerjaan tetap, tiada pelajaran
tinggi dan sudah tentu tiada masa depan.

Lebih kurang 3:20 kami pun bergerak


kembali ke ruang majlis di dalam Sungei
Wang.
10 Jun 2004
12:51
Sel 304

Aku perhatikan kakak aku, dari gerak


matanya aku tahu dia tentu risaukan aku.
Dan dia seakan menghantar mesej pada
aku, "Kak Yang tak banyak yang boleh
bantu, masih ada keluarga yang perlu di
utamakan." Dan bagi aku, Kak Yang dah
cukup membantu. Dan kadang-kadang
sudah terlebih bantu. Terima kasih Kak
Yang. [Perlahan-lahan air mata lelakiku
mengalir.]

Sistem ekonomi dunia pada waktu ini


berdasarkan sistem kapitalisme.
Dioperasikan sendiri oleh pemilik modal
perniagaan yang mengutamakan
keuntungan, persaingan dan berdasarkan
penawaran dan permintaan. Nyata,
kapitalisme membawa perubahan kepada
dunia secara amnya dan manusia
khususnya.

8 Jun 2004
2:15 Petang
Sungei Wang Plaza

Mereka yang tidak mampu bersaing, akan


pasti menidakkan sistem ini. Dan aku salah
seorang daripada mereka yang kalah
bersaing. Namun, tidaklah pula aku
menidakkan sistem ini. Ada sistem lain lagi
yang berkuasa membuatkan aku jadi begini
- takdir.

Sudah lama tidak berjalan kaki ke Jalan


Bukit Bintang. Dah tentu penat apabila tiba
di sini. Berpeluh. Mencari pula telefon
awam. Aku tidak berapa suka dengan reka
bentuk Sungei Wang dan BB Plaza,
memeningkan kepala aku. Mungkin aku
jarang datang ke sini. Tetapi begitulah,
setiap kali datang, pasti akan sesat!
Aku terpaksa pergi ke sini hari ini, untuk
memulangkan kamera syarikat yang aku
pakai bagi dua hari tugasan aku. Aku
berjumpa Mat Yie, dan menyerahkan
kamera kepadanya, dia perlu membuat
liputan tentang pelancaran album band baru
SRC - geng Tomok dan Newboyz - Sofaz.
Dia ajak aku turut serta dalam majlis. Dan
aku tidak menolak.
Sebelum majlis bermula, kami sempat lagi
minum di luar. Berbual-bual. Nah, aku tidak

Selepas perang dingin tamat - selepas


tembok Berlin diruntuhkan, sistem ekonomi
kapitalis baru mula berkembang. Usianya
belumlah lagi matang dan tidak adil jika
sekiranya kita menyalahkan sistem ini yang
mengakibat berlaku banyak penindasan di
dalam dunia pada hari ini.
Seperti keadaan aku pada hari ini, berusaha
memperlengkapkan duit sewa yang tidak
cukup, lantas baru sahaja aku tadi
menyalahkan sistem kapitalisme, sial!
Namun, bukan itu cara yang sepatutnya.
Aku masih yakin dengan kata-kata Karl
Marx, "sosialisme akan marak di negara
kapitalis matang." Sama ada kapitalisme itu
sendiri yang berubah menjadi sosialisme
atau sosialisme akan bangkit berjalan
bersama-sama dengan kapitalisme.

Mungkin ada benarnya kata-kata bung Marx


itu.

tumit Achilles. Achilles maut dengan penuh


tragis.

Inilah hakikatnya, hidup aku melarat. Hidup


aku merempat, namun aku sedar di dalam
Shah Alam ini keadaan aku tidak seteruk
mana. Masih ada lagi yang lebih teruk
daripada aku. Aku seharusnya bersyukur
dan menadah tangan pada ilahi dengan
kehidupan aku sekarang.

Seperti Achilles, Perancis tumbang di


tangan Greece. Sebagai penyandang juara,
barisan pemain yang ampuh Perancis
diibaratkan seperti Achilles - hebat, bertubuh
sasa dan kental kepewiraannya.

Teringat aku ketika di hospital tempoh hari.


Di dalam wad ala zaman perang, aku
ditempatkan di sebelah pesakit Vietnam.
Walaupun sedikit, aku masih ada yang
melawat. Kawan-kawanku, Lan, Eei, Noq,
Ijat, Akim dan Mak Bapak aku masih lagi
melawat aku [walaupun dari Shah Alam dan
jauh dari Kuala Kangsar].
Aku sedih dengan keadaan pesakit Vietnam
tersebut. Sudahlah keadaanya serius dimasukkan darah berbanding aku, cuma
masuk air - tiada pelawat yang melawat.

Dan cara yang ada bagi aku sekarang, yang


berkemampuan ialah bangkit melakukan
revolusi diri - berubah menentang sistem
yang satu lagi - takdir! Hidup aku tidak akan
melarat, hidup aku tidak lagi merempat! Aku
akan pastikan, yang aku akan menggapai
sinar.
26 Jun 2004
4:48 Pagi
Sel 304
Walau sehebat manapun Achilles, namun
dia tertewas juga dengan Dewa Appolo
yang bencikan bangsa Greek. Hikayatnya
terlampau panjang untuk dicerita di sini.
Debat antara dewa-dewa juga terlampau
panjang untuk diperjelaskan. Cuma yang
pendek dalam hikayat ini adalah usia
Achilles dan anak panah daripada busur
dewa Appolo.
Appolo lebih arif tentang kelemahan Achilles
- tubuh Achilles tidak kebal di bahagian
tumit. Dan anak panahnya ditujukan tepat ke

Cuma ada yang lainnya kali ini. Achilles


dalam konteks ini bukan berbangsa Greek tetapi berbangsa Perancis. Bukan Dewa
Appolo yang menyelamatkan Greece, tetapi
permainan hebat Greece itu sendiri.
Perancis tenggelam dalam sorakan - Zidane
serba tidak menjadi. Henry makin sebal dan
Trezeguet makin bebal.
Aku menjadi penyokong pasukan Perancis
sejak Euro 2000. Dan Perancis tidak
mengecewakan aku, tahun itu. Seperti juga
pasukan Brazil dan Jerman yang aku
sokong di Piala Dunia 2002, masing-masing
berjaya layak ke akhir.
Satu hakikat yang boleh kita lihat sekarang.
Achilles boleh berbangga dengan
kepahlawanannya. Begitu juga Apollo boleh
angkuh dengan kuasanya. Namun bagi kita
rakyat Malaysia, baik keberanian mahupun
kekuasaan, kedua-duanya kita tiada dalam
permainan bolasepak - maka
menumpanglah bangga dan kuasa kepada
negara-negara luar.
Maka, jangan hairan dengan kedai-kedai
mamak yang dipenuhi penyokongpenyokong Portugal, Itali, Sweeden,
England dan Belanda. Kerana pasukan
sendiri sudah hilang bangga dan kuasanya.
24 Jun 2004
9:32 Malam
Jalan menuju ke Bandar Manjalara,
Kepong
Motor yang membawa aku dan Jamil lebih
laju dan mendahului teksi yang dinaiki
Zahar. "Tak, teksi KL!" Jerit aku pada Jamil
yang menunggang di hadapan. Aku
terpaksa menjerit, memudahkan Jamil untuk
mendengar. Keadaan bising jalanraya dan
tiupan deras angin menyebabkan suara aku
tenggelam.

Zahar yang berada di dalam teksi, sibuk


berbual dengan pemandunya, apabila aku
menoleh ke belakang. "Sejak bila Zahar
berubah, jadi ramah," getus hati kecilku.
Dan, "sejak bila pulak Zahar ni banyak duit.
Naik teksi, tak guna bas. Tak macam dulu selalu naik public transport," kagum melihat
perubahan kawan-kawan.
Aku ke Kepong hari ini, terpaksa
menyiapkan tugasanku. Tugasan dan dalam
masa yang sama, membantu bisnes rakanrakan. Sudah lama aku tak bertemu dengan
Mamak, "bagaimana rupanya sekarang?"
Studio Bilik Bedah seliaan Butterworld
sebuah syarikat milik Butterfinger perlukan
promosi untuk naik. Jadi sudah jadi kerja
aku, sebagai wartawan hiburan memberikan
publisiti kepada studio berkenaan.
Projek terbaru mereka, sebuah kompilasi
akan dikeluarkan di bawah label
Butterworld, bertujuan untuk promosi
kepada studio tersebut.
Terletak di kawasan yang agak sunyi, jauh
daripada orang. Bilik Bedah punya kelainan
mereka yang tersendiri. Aku kagum dengan
semangat Loque, Batak, Mamak dan krew
Butterworld yang lain. Inisiatif ke arah
pembangunan seni dan budaya serta anak
muda perlu datang daripada anak muda
sendiri.
23 Jun 2004
6:27 Petang
Sel 304
Lapar. Sangat lapar. Duit tinggal RM0.70.
Gas habis. Serbuk teh dan gula juga sudah
habis. Yang ada, beras, ikan masin, ikan
bilis dan periuk nasi elektrik.
Tadi baru sahaja aku bangun dari tidur.
Sehari dua hari ini aku kena balik penyakit
lama aku - insomnia (betul ejaan?)! Satu
penyakit yang paling merungsingkan kepala
otak aku. Cukup rimas!
Aku senang kena migrain kalau tak cukup
tidur. Tambah pula aku belum jamah apaapa sejak pukul lapan malam, semalam.
Aku bangun, melihat fontangan, mana tahu
kalau-kalau ada panggilan yang aku tidak

jawab. Aku lihat skrinnya jelas, tiada


panggilan yang tidak berjawab ataupun apaapa pesanan. Aku letakkan kembali
fontangan tersebut di atas katil dan mula
mencari tuala untuk mandi.
Selepas mandi, aku ke dapur. Merancangrancang untuk memasak. "Masalah betul
bila gas habis. Nak kena masak guna periuk
nasi. Masak lauk dulu, kemudian baru tanak
nasi."
Dunia rasa tidak berguna lagi apabila duit
yang di dalam poket, habis! Mulalah nak
menyumpah-nyumpah, salahkan orang lain.
Lihat sahajalah kebergantungan manusia
kepada duit.
21 Jun 2004
12:31 Pagi
Sel 304
Aku kenal dia lama. Tapi tak selama mana
dia kenal aku. Masuk tahun ini, sudah
hampir tujuh tahun. Dan selama tujuh tahun
itu, kami terus berhubungan. Ada ketikanya,
aku rasakan aku dianggap istimewa dan ada
ketikanya juga, tidak.
Selama tempoh itu, ketika inilah yang benarbenar buat aku fikir mahu putuskan sahaja
hubungan ini. Saat aku sekarang yang tiada
masa depan dan hidup penuh melarat. [Ciriciri yang bukan menjadi pilihan perempuan selain daripada faktor rupa.] Mahu sahaja
aku mengalah, dan katakan Tak Nak
kepadanya.
Hari ini, hari jadinya yang ke 25. Tahniah!
Kau makin dewasa. Dan di waktu usia
mencecah 25 inilah, kau makin hampir
dengan jodoh kau. Keadaan itu
menyebabkan aku sudah tiada kuasa lagi mengejar dan berhempas pulas menangkap
kau. Biarkan sahaja kau terus dengan hidup
kau. Dan aku dengan hidupku.
Aku tidak dapat menawarkan kau apa-apa.
Tiada janji, melainkan sesusuk tubuh dan
sekeping hati. Selain daripada itu,
semuanya kosong.
13 Jun 2004
6:18 Petang
Restoran Gembira,
Seksyen 3, Shah Alam

"Aku kesal dengan kawan-kawan aku, ilmu


tinggi bagai dah tahu semua, tapi cakap, tak
pernah macam orang berilmu. Banyak lagi
yang mereka tak tahu," kata Ifzan kepadaku
membuka dialog yang mungkin panjang
petang ini.
Sambungnya lagi, "Semua yang orang lain
buat, salah. Diri sendiri aje yang betul,"
Sambil melihat kaca televisyen yang
disediakan di kedai tersebut, perlahan aku
berkata, "Entahlah, mungkin mereka tak
tengok dunia luar lagi."
Sambil itu, aku mengharapkan perangai
buruk seperti itu tiada dalam diriku. Tolak
jauh-jauh.
Aku menolak gelas di hadapanku, berhujah
dengan lebih serius. "Semuanya disebabkan
salah guna cinta. Mereka terlalu cintakan
pegangan mereka, hinggakan tidak boleh
menerima atau mendengar pegangan orang
lain. Sifat macam inilah yang menjadi akar
umbi kepada segala macam huru hara
dalam dunia sekarang. Kemusnahan akibat
perang, kematian manusia yang tiada dosa
dan amalan bunuh diri untuk bunuh orang
lain, semua ini puncanya - cinta. Cinta yang
sudah disalah gunakan. Sepatutnya cinta itu
membuka pintu hati tetapi sebaliknya
menutup terus pintu hati," ulasku panjang
lebar.
"Satu lagi, mereka yang buat tindakan
bodoh macam ini, sebenarnya bukan orang
yang berilmu. Jika betul mereka berilmu,
pasti mereka akan terbuka dan mendengar
orang lain," tambah Ifzan.
6:12 Petang
Kafe Siber, Sek 3, Shah Alam

pelbagai blog yang muncul dan cerita-cerita


daripada kawan buat aku mahu ikut serta
semula.
Blog mempunyai kepentingannya yang
tersendiri. Manusia boleh mengangkat
martabatnya dengan menggunakan blog,
menyembunyikan rasa rendah dirinya,
mengaku kesilapannya dan meluahkan
perasaan - benci, marah, gembira atau
duka.
Blog merupakan harta kepunyaan pemilik
blog, terpulang kepada pemilik untuk
berbuat apa-apa dengan blognya. Biarkan
sahaja. Namun menjadikan blog sebagai
pelepas geram, memaki hamun hingga
menjejaskan orang lain, menurut aku itu
suatu perkara yang tidak perlu. Cukup,
cuma mempertahankan hak daripada
diganggui oleh orang lain. Selebih daripada
itu, bukan kuasa kita lagi.
Seperti filem, hasil arahan seseorang
pengarah dan hasil cerita penulis lakon layar
menggambarkan tahap pendidikan dan
keintelektualannya. Filem mereflekskan diri
pembikin filem tersebut kepada masyarakat.
Begitu juga blog, pemilik blog - penulis, apa
yang ditulis menggambarkan ciri-ciri
pemikirannya. Dan kadang-kadang turut
menggambarkan sifat dan sikapnya.
Dan yang mampu menilai semua ini, adalah
pembaca. Pembaca akan menilai sejauh
mana sifat dan sikap seseorang serta gaya
pemikirannya. Dan bagi penulis blog, jangan
marah jika ada pembaca mula menilai dan
mengkritik blog kau. Bukankah, perbezaan
pendapat dan kritikan menceriakan lagi
hidup manusia
14 Jun 2004
11:08 malam
Sel 304

Sepatutnya, jurnal aku kemas kinikan pada


hari ini. Namun, disebabkan drive floppy aku
yang rosak aku ketepikan dahulu niat aku
itu. Aku layari satu persatu blog dan lamanlaman web pilihan. Tidak seperti empat
tahun lepas, bloggers Malaysia kali ini, lebih
meriah.

Memang keluarga aku bukan orang senang.


Namun bukan juga orang susah. Keluargaku
kelas pertengahan. Kelas yang memikul
tanggungjawab besar dalam perubahan
sesuatu masyarakat, menurut kata Ali
Shariati.

10 Oktober 2000, blog aku - analog, mula di


ruang maya. Bertahan dan di tutup
sementara, kini aku kembali semula. Melihat

Aku lebih bernasib baik jika mahu


dibandingkan dengan anak-anak yang
datang dari kelas bawahan, lapar karena

tidak makan dan merempat karena tiada


tempat tinggal. Namun, tetap aku pernah
merasa nasi berlaukkan ikan bilis dan ikan
masin sahaja sebagai hidangan utama.
Tidur dalam keadaan terlampau lapar, tiada
bilik sendiri, seragam sekolah cuma
sepasang dan terpaksa meminjam alatan
sukan dan kasut permainan rakan-rakan.
Itu semua bukan tanda emak, ayahku tidak
menyayangi anak-anaknya. Kasih sayang
mereka bagai lautan yang tak bertepi.
Menyokong, membantu dan membeikan
galakan. Dan aku yang masih gagal
membalasnya...
Di segi akademik, aku boleh dikategorikan
sebagai salah seorang pelajar yang
mempunyai masa hadapan yang cerah.
Pernah seorang guru berkata kepadaku,
"permata jika dicampak ke mana-mana pasti
akan bersinar. Tak kiralah ia dicampak ke
lembah yang paling kotor sekalipun."
Lepas sahaja SPM, tidak lama aku
menunggu untuk masuk ke pusat pengajian
tinggi. Ketika itu ramai lagi kawan-kawan
aku yang tersangkut di tingkatan enam. Ya,
nasib aku sentiasa baik. Aku diterima masuk
ke matrikulasi ITM dan berjaya melepasi
matrikulasi tersebut dalam masa yang
ditetapkan, tidak seperti sebahagian rakanrakanku.
Ketika di bahagian pertama ijazah, aku lulus
semua kertas. Ramai juga yang gagal
beberapa kertas dan dibuang daripada
pengajian. Tetapi, nasib aku baik. Aku
masih dapat bertahan sampai ke bahagian
enam.
Benar agaknya kata pepatah, panas tidak
mungkin sampai ke petang, mana tahu,
hujan turun di tengah hari. Semuanya
berubah selepas itu. Aku ditamatkan
pengajian kerana keputusan yang teruk di
peperiksaan akhir.
Hidup terus tiada masa hadapan. Perjanjian
lama terpaksa aku mungkiri dan aku kini
mengharapkan setitik kasihNya...
Aku terima kembali kesusahan yang pernah
aku alami di zaman kanak-kanak. Namun
kali ini, kadang-kadang terlalu menyakitkan.

Terlalu perih. Menyesakkan. Kadangkadang lemas, kadang-kadang lelah...


Tetapi aku yakin, tuhan apabila mengambil
satu perkara kepunyaan kita pasti dia akan
bagi gantinya. InsyaAllah.
16 Jun 2004
8:43 malam
Jalan Kenari 6/1K
Aku berjalan menuruni bukit dalam keadaan
sakit. Kaki aku sakit teramat sangat. Sengal
dan kebas. Kadang-kadang terasa lenguh.
Aku tunduk sambil menekan paha. Terasa
terlampau sakit. Dan aku tidak mampu lagi
untuk teruskan perjalanan. Biar sahaja dia
teru menunggu di Dawood. Berat betul
rasanya untuk teruskan perjalanan.
Ketika aku mengerang kesakitan, mencari
tempat yang sesuai untuk duduk untuk
merehatkan kaki aku, sebuah kereta,
berjanama nasional Waja, berhenti di
sebelahku. Mengundurkan sedikit kereta,
penumpang yang duduk bersebelahan
pemandu membuka tingkap, dan berkata,
"Oi! Ke mana jalan kaki malam-malam ni?"
Dalam Samar-samar, aku kenal muka itu.
Dan pandangan aku beralih kesebelahnya di
tempat duduk pemandu. Ya, Allah. "Meor,
Syam..." jerit aku kecil sambil mengukir
senyuman.
17 Jun 2004
2:09 Pagi
Restoran Dharoos, Jalan Zirkon, Seksyen
7, Shah Alam
Aku mula berbicara, Locco dan Izad lebih
petah bercakap jika mahu dibandingkan
dengan Meor dan Syam.
Meor lebih menumpukan perhatiannya
kepada perlawanan bolasepak Euro 2004,
begitu juga Syam.
"Sistem pendidikan di Malaysia melahirkan
pelajar yang tidak memiliki rohani. Mereka
terlalu pergi kepada eksternal tanpa
menjelajah internal. Konsep, mereka
lupakan dan seni sesuatu subjek mereka
pinggirkan. Akhirnya tiada budaya fikir dan
pelajar hanya mengikuti pembelajaran

secara hafalan. Ya, mereka berjaya lahir


sebagai peguam, jurutera, arkitek atau
doktor, namun mereka gagal lahir sebagai
seorang manusia," hujah aku memanggil
semula apa yang dibincangkan dengan Ijat
petang tadi. Aku bersetuju dengan
hujahnya.
"Aku cabar kau Pika, tanya seorang pelajar
kejuruteraan elektrik, siapa yang mencipta
lampu kalimantang?" dia mencabar sambil
menunjukkan ke arah lampu kalimantang di
dalam bilikku.
"AKu berani jamin, tak sampai 30% peratus
yang tahu jawabnya," dia yakin.
"Di Malaysia, pembelajaran secara
eksternal. Bukan internal," hujah Jamil
malam itu meyakinkan aku.
Sedang aku sibuk berbicara, datang Jamil
turut serta. Dia juga turut bersetuju dengan
pendapat aku dan Ijat. Dan dia nampak lagi
radikal, mahu mewajibkan pembelajaran
bahasa Cina di sekolah-sekolah.
"Salah satu daripada sebab pengangguran,
berkemungkinan datang daripada
keengganan syarikat yang diuruskan oleh
bangsa Cina untuk menerima pekerja yang
tidak mampu bertutur dalam bahasa
Mandarin," jelas Jamil.
Malam makin larut dan perbincangan
tersebut di akhiri dengan kekalahan Russia
di tangan Portugal pasukan tuan rumah.
Dan kami pulang dengan seribu macam
persoalan terhadap sistem pendidikan
negara waktu ini. Jelas kemungkinan
adanya kepincangan.
20 Jun 2004
1:55 Pagi
Restoran Dharoos, Jln Zirkon,
Sek 7, Shah Alam
Sudah lama tidak berjumpa Mad Nor. Chaim
juga sudah jarang datang ke rumah. Lan
pula berkunjung sebentar, bermalam di
rumahku. Ditambah dengan kehadiran Meor
dan Syam, suasana malam minggu kali ini,
tidak sunyi. Dan aku cukup lega.
Pagi ini kami berbual panjang sambil
menyaksikan dua perlawanan bolasepak

Euro 2004. Daripada masalah dan


perkembangan masing-masing, hinggalah
ke cerita-cerita besar mengenai
pertumbuhan ekonomi dan situasi
masyarakat semasa.
Kawan sudah ramai yang punyai masa
depan (baca: kahwin dan bina keluarga),
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi (master dan Phd) dan punyai kerjakerja dengan gaji yang besar.
Di sebalik cerita-cerita yang
menggembirakan aku itu - melihat kejayaan
kawan-kawan - masih tersimpan suatu
kesedihan mengenangkan nasib diri aku
ketika ini. Namun semua itu tidak
memudarkan semangat aku untuk berjaya,
sebaliknya menjadi seakan pendorong bagi
aku untuk mengikut jejak langkah mereka.
26 Jun 2004
4:07 Petang
Dalam Sebuah Teksi Ke Setiawangsa
"Makhluk tiada kuasa, Allah sahaja yang
berkuasa," kata Pak Din pemandu teksi
tersebut.
"Sahabat telah ditutup Allah daripada
melihat suatu benda, dan menampakkannya
dengan benda yang lain. Lia tahu apa benda
yang Allah tutup daripada pandangan
Sahabat? Orang-orang kat belakang tu,
tahu?" Pak Din menimbulkan suatu soalan.
Lia cuma menggeleng, cuma menanti
jawapan. Sementara Zumir dan Aku diam
sahaja, cuba meneka apa jawapannya.
"Allah menutupkan mata dan hati para
Sahabat daripada melihat dunia. Mereka
tidak akan jatuh cinta pada nikmat dunia,
mata dan hati mereka dibuka untuk melihat
akhirat.
Pak Din memang rajin bercakap. Pak Din
memang seorang peramah. Dan ramahnya,
dan cakapnya tidak kosong. Dia berdakwah,
mahu memperkuatkan Islam dalam dirinya
dan masyarakat yang dia jumpa.
Pak Din terkenal di Shah Alam sebagai
pemandu teksi yang banyak bercakap. Baik.
Dan suka memberi pertolongan.

Pilihan Lia memang tepat. Pilihan Pak DIn


sebagai teksi untuk ke Setiawangsa
memang tepat. Biarpun kelindan lori barang
agak gile, namun Pak Din masih boleh
mengawal.
Hari ini Lia pindah ke Setiawangsa.
Memulakan hidup baru di sana. Keadaan
Lia seperti aku juga. Gagal dan mula
berusaha mencari penghidupan yang baru.
Selepas gagal, Lia sering berjumpa aku
bercerita, dan mengadu halnya. Aku jadi
tempat pelepas tekanan. Ya, dia perlukan
teman untuk berbicara.
"Pika, lepas aku kena dismissed, baru aku
kenal, siapa kawan," katanya mengadu
pada aku.
Aku sedar perkara tersebut. "Bagi aku,
benda ni bagai teori Big Bang. Teori
kejadian alam menurut saintis barat. Bumi
terjadi melalui letupan di angkasa, dan dari
letupan tersebut kesemua bahan-bahan di
angkasa mula bercantum pada letupan
tersebut. Letupan tu seperti ada kuasa
menarik bahan-bahan ini untuk melekat
padanya. Jadi begitulah manusia. Manusia
cuma boleh jadi manusia selepas Big Bang.
Itupun selepas melalui beberapa peringkat
kehidupan. Dan kita sebagai manusia yang
hidup bermasyarakat, hubungan dengan
masyarakat juga turut menyumbang kepada
diri kita - sejauh mana kita mampu jadi
manusia. Dan dalam soal kau, dan aku, Big
Bang akan menunjukkan pada kita siapa
yang mahu melekat dan bersama mahu
menjadikan diri kita manusia. Selepas Big
Bang sahaja kita mampu kenal kawan." ulas
Aku panjang lebar.

pasti akan kita rasa sakit. Namun tanpa


kesakitan tersebut, kita tak akan mampu
menjadi sebuah patung kayu yang
sempurna," kata bapa tua itu.
Betul kata bapa tua itu, kesakitan dan
kesengsaraan banyak mengajar aku erti
menjadi manusia. Dan aku tahu, kesakitan
yang aku alami sekarang kecil sahaja dan
sedikit sahaja. Tuhan belum lagi memahat
untuk mencipta bahagian telinga, jari,
hidung, mata dan mulut aku. Jauh lagi
perjalanan hidup, dan banyak lagi yang
belum aku tempoh!
7:56 Malam
Devi's Corner, Bangsar
"Konservatisme Islam ala PAS, banyak
merugikan mereka sendiri," kata Fathi.
"Kepimpinan PAS seperti tidak mahu, idea
muda memasuki ruang perbincangan parti.
Mereka sering melatah apabila ada ideaidea baru diberikan. Kepimpinan PAS juga
beri tekanan kepada mereka-mereka ni. Itu
yang susah! Tengok, pilihanraya baru-baru
ni. Kalah teruk!" sambungnya lagi.
Fathi merupakan seorang wartawan
berpengalaman, pernah menjadi wartawan
di Berita Harian, korespondan Utusan
Sarawak, editor Bahasa Melayu
Malaysiakini, kolumnis Siasah dan menulis
dibeberapa penerbitan seperti Harakah,
Tamadun, Utusan Malaysia dan Al - Islam.
Aku setuju dengan Fathi. Konsevartisme
dan penutupan ruang perbincangan boleh
mematikan umat.

Dan kegagalan banyak mengubah aku. Ya,


memang ia sakit. Sakit mengenangkan apa
yang telah kita lalui dan apa yang telah kita
dapati. Jarang manusia boleh terima
kegagalan, begitu juga aku.

"Ya, yang paling I tak suka, mereka tak bagi


peluang pada orang bukan Islam untuk
bercakap tentang Islam. Maksud I
pandangan tentang politik teologi dalam
negara ni," pendapat Fathi disokong Eli.

Pernah aku tonton sebuah drama Korea Present. Dalam drama tersebut seorang
bapa tua berpesan pada seorang guru yang
penyayang. "Kita ibarat sebatang kayu.
Tuhan ibarat pengukir. Tuhan mahu
menjadikan kita sebuah patung kayu yang
cantik dan menarik. Jadi tuhan akan
memahat kita stiap kali Dia mahu
membentuk kita. Dan setiap kali ketukan,

Aku cuma diam sahaja. Mereka orang


intelektual, banyak ilmu. Dengar sahaja
pandangan mereka.
"Sepatutnya, kita boleh lihat pendapat Karen
Armstrong. Tapi, ini tidak buku Karen
Armstrong diasak teruk," kata Fathi lagi.

Elizabeth Wong merupakan aktivis Suaram.


Memperjuangkan hak asasi manusia, alam
sekitar dan anti sikap perkauman.
Aku pernah baca suatu artikel daripada
Karen Armstrong, berjudul When God Went
to War. Beliau merupakan pengkaji agamaagama dunia. Dan beliau juga menjadi
pengarang untuk buku "A History of God,"
antara buku paling laris selepas tragedi 11
September.
"Al-Quran juga menggambarkan keganasan
peperangan etnik yang menggangu tanah
Arab sekitar awalan abad ke 7. Untuk
jangka masa lima tahun, umat Islam telah
diancam dengan pelbagai bentuk
penindasan dan terpaksa berjuang demi
hidup mereka. Al-Quran juga mengajar umat
Islam bagaimana kelakuan yang sepatutnya
ketika di medan perang, namun militanmilitan ini selalunya tidak boleh dibawa
berbincang. Akhirnya, Muhammad telah
membawa kedamaian ke wilayah yang
bergolak dengan dasar beraninya menolak
keganasan," antara kandungan buku
tersebut.

9:26 Malam
PWTC
Setiba di PWTC, aku hairan. Ada, tidak
Festival Filem Malaysia? Jamil beria-ia
sangat mahu pergi dan aku juga teringin
untuk melihat arena perfileman negara.
Tiada tanda-tanda ianya berlangung di
PWTC. Aku mula hairan. Bukankah di sini
tempatnya?
Jamil bertanya pada pengawal dan
jawapannya acara diadakan di tingkat tiga
PWTC - Dewan Merdeka agaknya.
Kami bergegas ke tingkat tiga. Aku fikir jika
aku wartawan filem sudah tentu aku akan
dapat pas percuma dan tidak perlu begini.
Nyaris aku cuma wartawan muzik dan acara
ini tidak ada kaitan langsung dengan
majalah tempat aku berkerja.
29 Jun 2004
10:00 Pagi
Rumah Kak Yang

AKu bertungkus lumus menyiapkan tugasan


Kak Yang. Tugasan di bawah topik 'Etika
Profession' dan Communication Skills. Kak
Yang baru sahaja mengambil pengajian
jarak jauh - Bussines Management di OUM,
Open University Malaysia. Masuk semester
ini, sudah dua semester.
Aku serba salah sebenarnya. Bukan
disebabkan upah, tetapi aku menolong
disebabkan aku tak sanggup lihat Kak Yang
yang sedang sarat mengandung membuat
kerja-kerja tersebut, lagipun dia meminta
tolong. Sedangkan aku, ketika Abang Zul
meminta aku menyiapkan tugasannya aku
tidak menolak, inikan pula kakak aku sendiri.
Memang kerja aku banyak. Aku sibuk.
Tetapi tidaklah sampai boleh mengenepikan
kakak aku sendiri. Aku lari dari tugas aku.
Aku cuba cari ruang. Dan kesannya, biar
sahaja aku tanggung sendiri.
4 Julai 2004
9:17 Malam
Sel 304
Aku kembali ke Shah Alam, ke rumahku
dengan hati yang kurang lapang.
Mengenangkan tugasan Kak Yang, aku
benar-benar celaru. Kak Yang
mengharapkan aku bukan sahaja dapat
menyiapkan tugasan berkenaan malah
dapat memikirkan jawapan yang tepat
untuknya. Aku tidak mampu. Aku pohon
maaf, aku cuma mampu menyiapkannya
sahaja.
Sambil itu, aku memikirkan juga untuk
pindah. Rumah ini banyak hantunya.
Termasuk Zumir sudah tiga orang terkena
demam denggi. Aku mangsa pertama,
kedua Ee dan ketiga Zumir. Tempat ini
cukup teruk. Di segi kebersihan dan
keadaan tempat tinggal. Memang tidak
sesuai untuk diduduki, lebih-lebih lagi untuk
para famili.
Flat di sini sudah tua. Kawasannya seperti
kawasan 'ghetto', penempatan orang kulit
hitam di Amerika dan Palestine di Tebing
Barat. Tidak terurus dan kotor. Tangganya
berbau hancing, bacing dan busuk.
Lamannya, hamis, berkulat dan menusuk
batang hidung. Duduk di sini sesak, boleh
lelah!

5 Julai 2004
5:30 Pagi (Waktu Malaysia)
Lisbao, Portugal
Jika Homer masih hidup, mungkin dia turut
bergembira. Penyair buta Greek itu pasti
akan mencipta satu lagi syair, kali ini
mungkin syair Greece, the Soccer Hero.
Olympus pasti akan bergegar dengan
sorakan dan teriakan gembira dewa dewi
yang menyokong bangsa Greek. Dan
kematian Achilles pasti akan terbayar.
Greece mencipta kejutan lagi. Selepas
menewaskan Perancis di suku akhir dan
Czech di separuh akhir kali ini mereka
berjaya menumbangkan tuan rumah,
Portugal untuk menjadi juara Piala Eropah
2004.
Kemenangan 1 - 0 dengan Portugal
walaupun kecil tetapi sangat bermakna.
Kemenangan yang mampu membangkitkan
semangat Perang Trojan dan kebangkitan
bangsa Greek. Berpestalah hingga ke sukan
Olimpik nanti. Kemenangan sudah jadi milik
kau!

8 Julai 2004
6:12 Petang
R n R Cyber Cafe,
Sec 8, Shah Alam

Aku bukan pengikut AF seperti lain-lain


rakyat Malaysia. Ketika orang lain dah
demam, aku belum lagi. Tapi itu tidak
bermakna aku tidak kenal Khaer, Zarina,
Edlin, Anding, Fitri, Linda dan Fara. Aku
cukup kenal mereka, tambah-tambah lagi
Khaer.
Kawan-kawan aku di sini banyak bercerita
tentang rancangan tersebut. Kemampuan
Khaer, kisah hidup Linda dan keluarga Mas.
Banyak yang aku tahu.
Di sini, untuk menonton rancangan tersebut,
aku perlu berjalan kaki ke kedai mamak
berdekatan. Restoran Dawood. Aku tekad,
untuk musim kedua AF kali ini, aku juga
mahu dijangkiti demam, diketagihkan
dengan emosi Akademi Fantasia - mahu
menitiskan air mata, melayan perasaan
disamping bergembira, menumpang
kegembiraan mereka-mereka yang berjaya.
Konsert kali ini sudah masuk kali keempat
kalau tidak silap aku. Selepas Edlin dan Fitri
terkeluar daripada pertandingan, kali ini
giliran Anding pula. Semuanya terletak di
dalam tangan penonton. Afundi penonton
merupakan penentu masa depan pelajarpelar AF. Dan jika ada pelajar yang kita
sokong terkeluar, tidak bolehlah kita hendak
marahkan sesiapa, kerana kesemua
keputusan adalah dari kita sendiri.

Tidak kesampaian mahu mengemaskini blog


ini. Geocities mungkin ada masalah. Berkalikali aku cuba, namun masih tidak boleh.

12 Julai 2004
9:57 Malam
Seksyen 8, Shah Alam

Badan aku sudah rasa lain. Sejuk air cond


dan suhu badan aku yang tidak menentu
sehari dua hari ini akibat daripada jadual
tidur yang tidak teratur merisaukan aku. Aku
risau kalau-kalau dijangkiti denggi semula.
10 Julai 2004
9:16 Malam
Restoran Dawood

Aku betul-betul buntu. Mana nak tinggal


bulan depan. Baru semalam aku dan Zumir
berjumpa dengan Kak Rok, di Seksyen 7,
melihat rumah di sana. Memang ia sesuai
dengan kami, cuma depositnya terlampau
tinggi dan kami terpaksa berkongsi sebuah
bilik air dengan lebih lapan orang lagi
penyewa-penyewa lain di dalam rumah
tersebut.

Aku tidak terdedah dengan pelbagai


rancangan ASTRO. Di kampung, rumah aku
tiada ASTRO. AKu terlepas menyaksikan
pelbagai rancangan menarik - dokumentari,
majalah, video klip, filem dan Akademi
Fantasia.

Akhir, aku berkata kepada Zumir, "macam ni


lah Zumir, baik kau duduk dengan kawankawan kau kat Shah ALam, biar aku duduk
saje dengan Lan di Puchong. Lagipun kalau
kau nak berulang dari ITM ke Puchong, jauh
sangat aku rasa."

"Takpun biar kita berdua duduk dekat


Puchong buat sementara waktu, lepas tu
kita cari rumah kat sini. Dah dapat nanti, kita
lepak balik kat Shah Alam," Zumir pula
memberi cadangan.
Aku diam, memikirkan apa akan jadi esok.
Aku benar-benar bawa masalah kepada
Zumir. Bagi aku, aku tak kisah mahu duduk
di Puchong. Sudah tiga bulan aku tidak ke
pejabat. Dan aku bukannya perlu ke sana
selalu.
"Hmm.. kalau kau rasa okay, aku no hal
Zumir." jawab aku pendek sambil menuruni
anak tangga yang curam selepas
menghantar Megat ke rumahnya.
"Apa plan kau sekarang Pika?" tanya Megat
ringkas. Ada nada simpati bercampur rasa
ingin tahu.
"Ntah," ringkas sahaja jawapan aku.
"Kau tak nak belajar balik? Aku dengar
borang ITM dah keluar. Tryla mintak," Megat
memberikan cadangan.
Sambil menarik gelas rapat ke mulut, "A ah,
memang itu plan aku."
Semalam, di dalam akhbar Utusan Malaysia
tersiar iklan permohonon untuk melanjutkan
pelajaran ke UiTM. Aku sedar, tidak lama
aku boleh terus begini. Aku perlukan
perubahan. Dan aku rasa tiada cara lain
selain belajar lagi, belajar dengan sungguhsungguh - tidak mengulangi kesilapan lalu biar sampai dapat ijazah. Biar sampai dapat
kerja tetap. Dan minat aku untuk menulis
boleh aku teruskan, menulis sebagai
freelance writer untuk majalah dan tabloid
tempat aku berkerja sekarang.
Aku mula merancang-rancang memilih
kursus yang aku minat dan punyai prospek
masa depan. InsyaAllah aku akan belajar
semula.
14 Julai 2004
2:27 Pagi
Sel 304
Aku bertutur dengan dua jenis bahasa
setiap hari. Bahasa standard dan bahasa

loghat. Dan bahasa aku ketika menulis juga


berlainan dengan bahasa pertuturan.
Tidak seperti bahasa-bahasa lain di dunia,
bahasa yang digunakan pertuturan dan
persuratan adalah tidak jauh beza. Berbeza
dengan Malaysia, bahasa Melayu pertuturan
adalah tidak sama dengan bahasa
persuratannya.
Pernah kau dengar kawan-kawan kau cakap
begini, "Buku itu di tulis oleh Khalid Jaafar
ataupun Bukan semua manusia percaya
kepada tuhan." Mungkin kau lebih banyak
dengar kawan-kawan kau cakap begini,
"Khalid Jaafar tulis buku tu ataupun tak
semua orang percaya kat tuhan."
Mungkin juga begini, "Khalid Ja'po tulih buku
tu ataupun ke' sokmo ore' cayo tuhe'".
Agaknya mungkin sebab itu amalan
membaca kurang menjadi tabiat di dalam
masyarakat Melayu. Bahasa buku tidak
sama dengan bahasa yang mereka kenal
dan praktikkan selalu. Dan ini mungkin
menyebabkan mereka tidak berminat untuk
membaca.
Bahasa Malaysia juga berbeza mengikut
kelas masyarakat. Kelas atasan Melayu
mungkin lebih gemarkan bahasa Inggeris,
dan kadang-kadang untuk mengekalkan
kelas mereka yang tersendiri, mereka akan
merojakkan bahasa.
Mungkin sesetengah daripada kau yang
bercakap begini atau mendengar orang lain
bertutur begini, "So, I rasa mereka sure tak
setuju with all the nonsense You've said.
Now, You story me, before my blood go
upstair. If not, I akan ajar You cukup-cukup.
Can?"
Disebabkan perkara ini, kemungkinan besar
ianya menjadi penyebab kelas atasan lebih
minat dengan amalan membaca. Walaupun
mereka lebih suka membaca dalam bahasa
Inggeris, namun tetap amalan ini berjaya
dipupuk di kalangan kelas mereka.
Bagi kelas menengah Melayu, mereka
mungkin senang berbicara dalam bahasa
pasar, atau dialek kawasan yang mereka
huni. Contohnya, "kita orang berminat
dengan apa yang Karl Marx cakap. Agaknya

diorang belum paham, takpun diorang tu


kurang pandai. Lagipun Karl Marx dah mati,
tak boleh nak jelaskan kat kita yang masih
hidup ni apa yang dia fikirkan." Ataupun,
tidak terlampau terpengaruh dengan loghat
dan dialek daerah - masih boleh cover contoh, "kami berminat dengan apa yang
Karl Marx cakap. Agaknya depa tak paham
lagi kot. Takpun, depa memang bodoh!
Lagipun Karl Marx tu dah mati, takleh nak
jelas kat kita yang hidup ni apa yang dia
pikirkan"
Dan bagi kelas bawahan pula, kadangkadang ada yang mungkin tidak faham
langsung dengan apa yang mereka cakap.
Mereka mungkin terpengaruh dengan dialek
atau loghat sesuatu daerah. Dan loghat
tersebut terlampau 'pekat!' Contohnya,
"keme rasele, keme ni gemor benor kat Karl
Marx cakap. Deme dak paham lagi
gamoknya. Dakpun memang dah bodoh!
Lagipun Karl Marx tu dah tumpo, dakleh nak
jeleh kat kita yang idup ni ape yang dia
pikior. "
Dalam pertuturan bahasa Melayu, kelas
masyarakat memang berkait rapat dan
susah untuk ditanggalkan daripada bahasa.
Sejak dari awal lagi, bahasa
Malaysia/Melayu telah terpecah dua bahasa bangsawan ataupun bahasa Istana
dan bahasa pasar ataupun bahasa rakyat
biasa. Dan akibat daripada perpecahan ini,
kesannya kita hadapi sekarang. Dalam
dunia yang makin menyatu, kepentingan
bahasa amatlah penting - terpecahnya
bahasa mengikut kelas mungkin akan
menyebabkan bangsa kitapun berpecah tiada kesatuan.
Bandingkan sahaja suatu kata-kata aluan
ucapan dua bahasa ini. Lihat bagaimana
besarnya pengaruh kelas dalam bahasa
Malaysia/Melayu.
"Ladies and gentlemen, I am honoured to
adress...."
Dan, "Salam sejahtera, yang berbahagia
tuan pengerusi majlis, yang saya hormati
Perdana Menteri kita, yang saya alu-alukan,
tun-tun dan toh-toh puan, tan sri dan puan
sri, dato'-dato' dan datin-datin, para dif

kehormat dan para hadirin yang saya


hormati sekalian.... "
16 Julai 2004
8:37 Malam
Hotel Shah Village, Petaling Jaya
Dari jauh aku lihat berdekatan pagar, satu
susuk tubuh yang aku amat kenali - Amir.
Fikirku, belum mula lagi? Semakin aku
mendekati, satu lagi susuk tubuh yang
begitu aku kagumi, Hasmi sambil
menghembuskan asap rokoknya, ketawa
kuat. Mungkin ada jenaka yang tidak aku
dengari. Aku mula merapati mereka dan
terus duduk disamping Hasmi tanpa
memberikan salam. Ketika itu Amir
memandang ke lain.
"Eh, bila sampai. Tiba-tiba aje. Terkejut
aku!" kata Hasmi sejurus terpandang wajah
aku.
"Ha.. Baru kejap ni. tak mula lagi ke?" balas
aku sambil menghulurkan tangan kepada
Hasmi dan Amir.
"Belum lagi. Ala biasala, kalau janji pukul
lapan setengah, tak semestinya mula masa
tu. Pukul sembilanla tu mula," jawab Amir
yang agak berpengalaman dalam hal-hal
seperti ini.
Fontangan aku berdering. Bunyi nada dering
sebuah lagu daripada kumpulan ABBA
berkumandang, memecah sunyi yang
tercipta selepas Amir mematikan bicaranya.
"Kau kat mana?" tanya Fathi.
"Aku dah sampai. Ada kat luar ni. Kau kat
mana?" tanya aku pula.
"Aku ada kat belakang, kau datang sini, aku
bagi," jawab Fathi ringkas dan mematikan
panggilannya.
Sambil memasukkan semula fontangan ke
dalam poket seluar jeans biru tua lusuhku,
aku bangun meninggalkan Amir dan Hasmi
menuju ke ruang di dalam Hotel Shah
Village.
Aku terus menuju ke belakang, ke ruang
mesyuarat yang disediakan oleh hotel
tersebut. Hotel ini bukan asing bagi aku.

Lebih setahun yang lalu, aku pernah


jejakkann kaki ke sini untuk menyertai
Bengkel Kewartawanan anjuran IKD. Dan
mungkin ruang diskusi kali ini, adalah bilik
mesyuarat ruang bengkel berkenaan.
Sesampai aku diluar bilik mesyuarat
berkenaan, aku lihat Fathi sedang sibuk
melayani hadirin yang mengikuti ruang
jualan buku-buku. Di sebelahnya, ada suatu
wajah yang aku kenali. Zulhabri. Aku terus
ke arah Zul yang sudahpun terpandang
mukaku. Dia sudah mula senyum dan aku
membala senyumannya sambil mengangkat
tangan bersedia untuk bersalaman.
Malam ini ada diskusi di sini. Diskusi anjuran
IKD (Institut Kajian Dasar) dengan
kerjasama daripada KAF (Kondrad
Adenaeur Foundation), sebuah organisasi
daripada Jerman. Diskusi bertajuk "Gerakan
Islam Di Persimpangan." Membariskan
panel-panel seperti Khalid Jaafar (Pengarah
IKD), Farish A Noor (penulis kontroversi
Islam), Sdr Zaid (Presiden Jemaah Islah
Malaysia) dan Sdr Rumaizuddin (Ketua
Bahagian Dakwah Angkatan Belia Islam
Malaysia). Dan moderator pada malam ini
adalah Fathi Aris Omar (penulis bebas dan
kolumnis Malaysiakini).
17 - 25 Julai 2004
Sel 304 - Telawi - Unisel
Dalam keadaan kurang sihat, aku gagahkan
juga langkahku untuk ke Telawi. Ada urusan
dan budi yang perlu aku balas. Ada ikatan
persahabatan yang perlu aku eratkan dan
ada ruang dalam kepala otak yang perlu
aku isi.
Saat aku sakit ini, dan diketika sahabatsahabat menjadi benar-benar rapat dengan
aku, aku jadi gentar - lemah lutut, kaki
goncang, dan tidak bermaya - aku fikir umur
aku pendek.

Duduk dengan orang-orang besar di Telawi


juga buat aku jadi kerdil. Berentap dengan
Ijat juga buat aku jadi kerdil.
Aku mula sakit lepas balik daripada Shah
Village. Sakit yang berpunca daripada
kepala otak seterusnya merebak ke
bahagian-bahagian lain badan aku. Sakit
makin berat apabila berkunjung ke Telawi
hari pertama, dan hari kedua aku dah mula
sengal-sengal badan, sakit sebelah kiri perut
- aku agak, mungkin Mr Denggi nak
berkunjung lagi. Sial! (Ooopss...)
Ketika aku menonton latihan teater Mayat
arahan Ijat, aku turut sakit. Aku hilang fokus
- alasan - aku hilang konsentrasi. Aku gagal
memuaskan Ijat. Hujah aku longgar, alasan
aku lemah!
Dan waktu kali kedua aku tonton teater ini di malam pra tonton di Unisel - yang
sepatutnya bertemankan Hariri dan Namron,
aku terurut-urut pinggang, dan kerap
menukar cara duduk - kurang selesa
dengan setiap posisi aku duduk.
Waktu itu, aku turut kecundang dengan
mesej yang mahu disampaikan. Terlampau
banyak perkara yang aku tinggalkan dan
terlampau banyak perkara yang aku
sisihkan. Aku kecewa dengan diri aku
sendiri, kenapa tak sedari semua itu.
Dan ketika malam pementasan Ahad lepas,
aku akui, bukan disebabkan aku sakit atau
kepala otak aku gagal berfungsi dengan
sempurna tetapi, memang kemampuan aku
masih belum boleh mencapai tahap
pemikiran Ijat. Aku masih belum boleh
menggeledah masuk sesuka hati ke dalam
kepala otaknya. Tahniah Ijat! Mayat versi
Unisel memang hebat! Mayat versi Unisel
bukan konvesional - post modernisme Islam
(boleh ke, Ijat?)!
Aku angkat bendera putih!

Saat ini, dikala kesihatan terus diragut dari


diriku, aku rasa benar-benar kecil. Bagai
kata Ijat, "jangan banyak mengeluh (pasal
kesihatan)..."
Aku sedar, aku nilai kembali kesalahan
masa lampau dan aku memang benar-benar
kerdil.

Aku mula sembuh seawal sebelum


pementasan teater tersebut, namun aku
masih belum boleh pastikan bahawa aku
benar-benar sudah sembuh. Mr Denggi
selalu main-main. Demam tak demam
lenguh tak lenguh. Yang penting, kau Pika
kena rajin togak air masak!

Pening!!
28 Julai 2004
5:58 Petang
Jalan Pulau Angsa, Puncak Perdana
Sambil berbuai dan mengunyah keropok
lekor yang terlampau berminyak, aku
mengalihkan pandanganku ke belakang.
Memerhati empat orang anak gadis muda
bermain badminton. Ada dua regu.
Agak berisi mereka itu, tetapi manis-manis
belaka. Mungkin bersukan untuk
mengurangkan sedikit apa yang terisi di
dalam badan mereka. Atau mungkin juga
mereka menyahut seruan kerajaan dalam
membina masyarakat yang sihat dan aktif
bersukan. Jika mahu katakan mereka
terpengaruh dengan mana-mana kejohanan
badminton, mungkin tidak kerana tiada
kejohanan seumpamanya ketika ini. Yang
sibuk berpesta sekarang ialah bola sepak.
Selesai sahaja Piala Eropah, muncul pula
Piala Copa Amerika. Dan sekarang sibuk
pula dengan Piala Asia. Bukan. Mereka
tidak terpengaruh dengan sebarang
kejohanan-kejohanan semasa. Mereka
memang bertujuan yang dua itu, fikir aku.
Di sebalik cahaya matahari, aku perhatikan
rumah yang dimaksudkan. Dan dalam
pandangan aku ketika ini, terjelma pula
wajah seorang sahabat - wajah Lan.
Kepala otak aku ketika ini berperang.
Konflik. Krisis. Dan dilema.
Di ketika ini juga aku tidak keseorangan
menantikan Moro. Aku ditemani Meor dan
Zumir. Mereka juga menantikan Moro.
Dapat kunci hari ini.
Zumir terpaksa tegas memilih Moro sebagai
tuan rumah barunya. Meor tidak menghasut,
dan tidak pernah sesekalipun menghasut.
Memang kedudukan Puchong terlalu jauh.
Kata Zumir dengan sungguh-sungguh lewat
malam semalam, ketika makan malam di
Darul Ehsan selepas menonton teater
Inggeris naskhah Shakespeare
persembahan mahasiswa-mahasiswa dari
UIA.
"Rumah Lan jauh sangat. Masuk ke dalam.
Tak bolehlah Jamil."

Aku tidak pernah pergi lagi ke Putra


Perdana. Cuma dengar cerita daripada
mulut Lan dan Zumir sahaja. Dan menurut
mereka, memang ia jauh!
Masalah besar bagi Zumir, tapi tidak bagi
aku. Namun ianya tetap satu kemudahan
bagi aku untuk ke Bangsar atau ke Batu
Caves. Kata Zumir, walaupun Puncak
Perdana jauh daripada pusat bandar Shah
Alam, namun tidaklah sejauh jaraknya
daripada Putra Perdana.
Pindah ke sini, mungkin satu keputusan
yang tepat bagi kami. Shah Alam tetap
menjadi pilihan utama.
Dan kepada Lan, tiada ungkap melainkan
ungkapan maaf yang tidak terhingga dari
Aku dan Zumir. Menyusahkan kau sahaja.
Maaf. Ada sesuatu yang menyekat
kiambang daripada benar-benar bertaut,
walaupun jauh di sudut hatinya mahukan
perkara itu terjadi. Maaf sekali lagi.

2 Ogos 2004
4:03 Pagi
Sel 19
Nah! Aku ke sini juga akhirnya. Di sini sunyi,
aman, tenang dan tenteram. Aku suka
dengan keadaan ini, namun agak jauh
daripada pusat bandar Shah Alam dan jauh
juga daripada kawan-kawan - Jamil, Megat,
Izad, Emran, Chem dan Ijat. Aku risau
keadaan itu. Takut nanti idea aku tidak
berkembang - tiada sparring partner nak
diajak bersembang.
Mungkin pilihan aku tidak berapa tepat.
Mana mungkin aku boleh buat pilihan
secara sendiri, dalam keadaan diri yang
serba kekurangan. Namun ini sahaja pilihan
yang aku ada. Menetap di sini.
Dan sebagai seorang manusia biasa, pasti
aku terpengaruh dalam membuat pilihan.
Kelmarin, selesai sahaja menonton teater
Ludin yang dipersembahkan oleh ASWA, di
Audiotorium Muzium Shah Alam aku angkat

barang ke rumah baru. Di dalam kereta Ijat,


aku dihasutnya dan Jamil. "Dengan sewa
banyak tu, baik ko duduk kat Seksyen 7.
Lagi dekat. Kemudahan semua ada," kata
Ijat memulakan bicara.
"A ah.. apsal ko tak cakap kat aku. Depan
rumah aku tu pun ada kosong. Jauh ni. Gila
ko. CC ade ke kat sini?" tanya Jamil pula.
Kepala aku yang sudah mula sakit, makin
sakit. Mr. Migrain datang balik gamaknya.
Aku diam.
Di dalam hati mahu sahaja aku jelaskan,
aku tidak mampu buat apa-apa. Dan aku
juga sudah katakan pada Zumir, lebih baik
menetap di Seksyen 7 daripada Puncak
Perdana. Tapi disebabkan kepala dah mula
sakit, aku diam sahaja.
Mata aku belum mengantuk lagi. Petang
tadi, aku sudah tidur puas. Membalas
tempoh satu malam yang aku luangkan
bersama Emran di Darul Ehsan. Kami borak
panjang pagi semalam. Bergelas-gelas teh
tarik, berpinggan roti canai dan berbatang
rokok kami bazirkan, mengisi ruang
perbincangan dan perbualan hangat yang
ditimbulkan. Masalah negara,
perkembangan seni tanah air, perihal isi
buku-buku, pengalaman waktu belajar serta
khabar-khabar semasa rakan-rakan
seperjuangan.
Lebih kurang 7:30 - diwaktu pertukaran syif
mamak-mamak pekerja Darul Ehsan barulah kami pulang. Selepas membeli

Mingguan Malaysia, aku mula berjalan kaki


ke rumah. Tak lama aku melangkah, aku
dapat panggilan telefon.
"Pika, kau kat mana?" tanya suara yang
memanggil.
Aku kenal suara itu. Baru beberapa hari
sudah dia memanggil aku setelah lama sepi
tanpa berita.
"Aku ada kat batu tiga sekarang. Macam
mana nak gi tempat kau?" kata Mami. Dia
mahu ke rumah aku.
5 Ogos 2004
1:22 Pagi
Sel 19, Puncak Perdana
Pusing. Berdengung. Itu sahaja yang dapat
aku dengar. Aku ke bilik. Menghempaskan
badan di atas tilam.
Di dalam tandas terdengar bunyi air
dipasang. Aku tidak dapat bergerak. Paip air
terbiar pasang. Baju dan seluar yang
dibasuh terbiar. Aku memikirkan, keluarga,
sanak saudara dan kawan-kawan.
Bagaimana mereka akan menghadapi
kesusahan kali ini.
Aku tahu aku membawa kesusahan buat
mereka.
Di dalam bilik aku terlantar - mati badan
sebelah - kanan. Penglihatanku jadi
berganda. Arghhhhhhh! Terdengar bunyi
loceng yang aku dengar dua hari lepas.

<Nota kaki>
Ludah, evolusi dan perAKUan
Sesiapa yang membaca dan kenal aku [seperti Mat Jan, dia cukup kenal aku] akan melihat
tulisan-tulisan aku yang terkini seperti seorang manusia yang meludah ke lantai atau kaki lima
jalan yang busuk dan kotor, menjilat kembali ludahnya itu.
Biarlah orang hendak kata. Ya, mungkin aku menjilat ludah. Tetapi ludah aku sendiri dan aku
tidak menjilat akan lantai kaki lima yang kotor dan busuk. Cuma ludah. Ludah aku sendiri.
Aku percaya akan manusia berubah menjadi seseorang. Sentiasa
berubah. Bagai teori evolusi dari Charles Darwin, fikiran, tulisan atau
apa sahaja dari manusia akan sentiasa berubah.
Charles Darwin mungkin akan berbangga kerana masih ada yang
mahu mengikutnya, berfikiran sama dengannya. Darwin berhujah
bahawa setiap makhluk di dunia berevolusi, meningkatkan taraf
hidupnya sama ada menjadi lebih baik atau lebih buruk. Pemikiran
Charles Darwin ditanam ke dalam berjuta-juta minda kanak-kanak
seluruh dunia. Mereka lebih percayakan teori evolusi dari Darwin ini.
Cuma sebilangan kecil sahaja yang menolak pendapatnya itu.
Aku secara personal percaya akan teori ini. Tetapi bukannya teori
yang mengatakan manusia berasal dari beruk. Cukup cuma percayakan bahawa manusia
seperti makhluk-makhluk yang lain, berevolusi. Ya seperti kata Mat Jan di dalam pengantarnya,
evolusi, dalam penulisan dan corak pemikiran seseorang, adalah perkara biasa.
Aku tidak menganggap ia semacam escapisma atau perlarian dari tanggungjawab [kata-kata
atau tulisan adalah tanggungjawab], tetapi lebih menganggap ia sebagai fitrah manusia,
berevolusi seperti umur kita, menghampiri mati.
Biarkan sahaja aku hendak berevolusi. Tanpa menoleh ke belakang aku akan terus dan tetap
berevolusi. Barang yang lepas aku tidak mampu untuk tangisi, cukup cuma dikenang. Aku
bukan seperti Khalid Jaafar yang memilih untuk tidak menyunting koleksi tulisan-tulisannya, tetapi
hanyalah cuba untuk mengulas, memberi komentar dan respon terhadap keadaan
persekelilingan dengan cara yang lebih jujur. Kadang-kadang aku menulis catatan harian,
menceritakan tentang sejarah hidupku.
Dalam catatan penutup Tumit Achilles [buku koleksi tulisan-tulisan Khalid Jaafar], Khalid Jaafar
menulis, saya memilih untuk tidak membacanya kembali. Saya bimbang akan menyuntingnya.
Menyuntingnya bermakna saya menyunting diri saya pada masa lalu. Saya ingin berdepan
dengan diri masa lalu saya dengan segala keaibannya, dari menyuntingnya
Pak Khalid bagi aku terlalu jujur. Jujur pada diri. Dan juga jujur pada para pembaca. Aku tidak
mencapai ke tahapnya, walaupun aku cuba. Aku masih lagi menyunting. Ada perkara yang
harus aku sunting [hubungan, perasaan dan dendam]. Aku tidak benar-benar jujur. Aku tidak
benar-benar membuat perAKUan.
Selepas ini suatu krisis identiti dan evolusi.
Ahmad Zulfikar b. Samsuri
Waktu ini dan tempat ini

</Nota kaki>

Anda mungkin juga menyukai