Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam


pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang
pendidikan . Kalau dulu, guru-guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan
pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan
pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan perisian
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam pembinaan
PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan
saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi
adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan
Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji
tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith
(1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap
tingkah laku individu dalam pendidikan , termasuk prinsip-prinsip dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau
mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk
masalah praktikal.
Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak
tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh
guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan
atau kepercayaan baru.
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus
dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan,
menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui
pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau
amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970)
dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran
sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.
Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam
pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa
pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia
hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran
merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia
menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran


masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada
secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata,
hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori
pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan
'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat.
Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh
dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia.

Teori Pembelajaran Kognitif


Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati,
mengetahui dan memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka,
Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne
berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung
daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal,
pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran
menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan
kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Rekabentuk dalam perisian
PPBK adalah struktur kandungan aktiviti pembelajaran.
Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai
struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam
proses pembelajaran. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang
bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi.Teori gestalt
menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam
pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya
bergantung kepada salah satu aspek yang utama.
Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.

Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi


yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu
kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang.
Dua orang psikologi Jerman iaitu Kohler & Koffka menggunakan
pendekatan kognitif bagi mengkaji bagaimana sesekor cimpanzi menyelesaikan
masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung
sangkarnya. Cimpanzi telah cuba untuk mendapatkan pisang tersebut namun
gagal. Cimpanzi tersebut telah menyusun kotak-kotak yang terdapat di
sangkarnya dan akhirnya ia berjaya memperoleh pisang tersebut. Menurut
Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam

hal ini cimpanzi yang cuba mendapatkan pisang. Inilah celik akal. Celik akal
adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan
unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri
menyelesaikan masalah.
Bruner(1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses
pengkategorisasi perkara-perkara atau benda-benda yang mempunyai ciri-ciri
yang sama.Konsep yang dinyatakan dikategori kepada tiga iaitu konsep
konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan. Konsep konjuntif merujuk
kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa atribut yang tergabung dan
tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan. Konsep disjuntif merujuk kepada
atribut-atribut yang tergabung dalam konsep itu boleh digunakan dalam situasi
ataupun situasi lain. Konsep hubungan pula merujuk kepada atribut-atribut dalam
konsep mempunyai hubungan khas di antara satu sama lain.
Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan
akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi.
Skema
Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat
dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan
persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa
berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk
mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk
malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan
menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur
perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar
mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia
ada. Proses ini melibatkan:
a) sesuatu organisma makan makanan,
b) hadam makanan itu, dan
c) asimilasikan atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan
manusia.
Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi
pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan
bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu,

proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan


bantuan skema yang ada.

Akomodasi
Akomodasi merupakan proses untuk meminda/menambah skema yang
ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada
pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada
kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang
sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses
asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan.
1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu.
2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan baru itu dapat
disesuaikan.
Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.
Kesimpulan
Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran adalah perubahan
pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Ingatan manusia terbahagi kepada
dua ciri penting iaitu maklumat yang ada dalam ingatan akan tersusun dan aktif.
Ingatan tidak menerima sebarang maklumat dengan begitu mudah sebaliknya
ingatan akan membuat sintesis terhadap maklumat, membuat pencarian dan
menyusunnya menjadi maklumat baru. Maklumat tadi disepadukan dengan
pengetahuan serta disimpan dalam ingatan.
Menurut Bell Gradler (1986), ingatan yang aktif membuat sintesis
melibatkan tiga proses iaitu pemerhatian (attention), mengekod (encoding) dan
penemuan(retrieval). Pemerhatian merujuk kepada proses memilih maklumat
yang diterima dari persekitaran. Mengekod merujuk kepada proses menterjemah
maklumat ke bentuk yang bermakna yang mudah diingati. Manakala penemuan
merujuk kepada proses mengenalpasti dan memanggil semula maklumat bagi
tujuan tertentu. Oleh itu seseorang individu akan mudah memanggil semula
maklumat dari ingatan dan menggunakannya di situasi tertentu secara efektif.

Teori Pembelajaran Konstruktivsme


Konstruktivisme adalah teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari
pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil
pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Tokoh-tokoh
Konstruktivisme terdiri daripada Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner,
Lev Vygotsky dan John Dewey.

Jean
Piaget

Seymour Jerome
Lev
Papert Bruner Vygotsky

John
Dewey

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara


dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan
membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
Tokoh-tokoh konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai pembinaan mental.
Pelajar belajar mencantum maklumat baru dengan maklumat lepas yang
diketahui.
Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif
pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti
pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina
pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya dengan situasi baru,
mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia
ada. Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar.
Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari
pelajar, maka kerangka baru ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini
dinamakan konstruktivisme.
J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran
konstruktivisme. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana
pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajr
memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan
bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Contoh struktur
kognitif adalah skema dan model mental yang menyediakan makna dan

mengatur pengalaman serta membenar individu pergi disebalik maklumat yang


diberi. Kurikulum hendaklah diatur dalam bentuk spiral agar pelajar terus
membina atas perkara-perkara yang telah dipelajari.
Bruner(1966) telah mengariskan bahawa terdapat empat aspek utama
dalam teori pengajaran iaitu :
1. Keadaan mudah terpengaruh ke arah pengajaran (Predisposition towards
learning)
2. Penstrukturan maklumat agar pelajar mudah mencapai maklumat
tersebut. (The ways in which a body of knowledge can be structured so
that it can be most readily grasped by the learner)
3. Susunan yang efektif untuk mempersembahkan bahan. (The most
effective sequences in which to present material)
4. Secara semulajadi memberi ganjaran atau dendaan kepada pelajar.
Kaedah terbaik bagi menstruktur maklumat seharusnya menghasilkan
keputusan yang ringkas, generalisasi pernyataan baru dan meningkatkan
manipulasi maklumat (The nature and pacing of rewards and
punishments. Good methods for structuring knowledge should result in
simplifying, generating new propositions, and increasing the manipulation
of information)

Teori Pembelajaran Behaviorisme


Tokoh-tokoh yang telah memperkenalkan teori behavorisme terdiri daripada
Psikologi(1920's - 1960's)
Behaviorisme: sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah
laku(observable behavior )
Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa
proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli)
dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning),
perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan
baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses
pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila
unsur motivasi diselitkan.
John Watson (1878 - 1958)
John Watson: Tingkah laku berfikir tanpa rujukan
tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response)
keatas penelitian fikiran
psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian
(observable behavior )
mental proses
psikologi rangsangan pendorong ( Stimulus-Response psychology)
B.F. Skinner (1904 - 1990)
B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Teori
Perlaziman Operan yang diperkenalkannya merumuskan pembelajaran
manusia sebagai :
sependapat dengan Watson,semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan
psikologi rangsangan pendorong.
menitik beratkan peneguhan dan dendaan
behaviorism berdasarkan akibat
burung merpati(kajian tahun 1953) dan kotak Skinner
Pembelajaran berlaku melalui perlaziman.
Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif.
Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan
akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.
Kejayaan dalam proses pembelajaran, Kejayaan dicapai melalui konsep
diskriminasi.
Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran,
insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi

tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial
maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar.
Ivan Petrovich Parlov(1902)
mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan
asasnya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui
bagaimana otak berfungsi.
Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding
haiwan kerana manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second
signal system'.
Thordike
Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum
kesan.
Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi)
berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak
berkesan
Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan
gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu
menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap
Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala
denda menghalang individu daripada melakukannya.
Kesimpulan
Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah
laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam
membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud
penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar; pelajar
belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang istimewa
mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk
tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.

Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence' (pelbagai kecerdasan)


Pendahuluan
anggota badan/kinetik
interpersonel
intrapersonel
logikal/matematikal
musikal/rentak
verbal/linguistik
visual/spartial

Pendahuluan
Gaya pembelajaran seseorang individu berbeza-beza pendekatan antara satu
dengan lain. Terdapat beberapa gaya pembelajaran di antaranya ialah secara
visual (visual learners), mendengar (auditory learners) dan secara pergerakan,
dan 'Tactile/Kinesthetic learners'
Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual biasanya rasa
perlu untuk mereka melihat 'body language' dan riak muka guru mereka.
Biasanya pelajar-pelajar ini akan duduk di hadapan kelas agar dapat melihat
visual keseluruhan guru yang mengajar.
Belajar melalui mendengar, pelajar yang belajar gaya ini biasanya berminat
dengan kuliah secara lisan, perbincangan, bercakap dan mendengar apa yang
dikata orang. Pelajar akan menterjemah maksud perbualan melalui mendengar
nada ton suara, pic, kelajuan dan perbezaan suara.
'Multiple Intelligence' merujuk kepada kepelbagaian kepandaian. Pelajarpelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi kemahiran, kepandaian,
kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran 'Multiple
Intelligence' telah diperkenalkan oleh Howard Gadner(1983) di dalam bukunya
berjudul ' Frames of Mind' Teori ini telah membuka mata para akademik dan
mulai memikirkan bahawa kecerdasan akal sebagai satu set dari kepelbagaian
kebolehan dan kemahiran. Ini membantu seseorang individu faham, memeriksa
dan respon kepada bayak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah. Terdapat 7 jenis kecerdasan yang mungkin ada pada
individu-individu iaitu
anggota badan/kinetik
interpersonel
intrapersonel

logikal/matematikal
musikal/rentak
verbal/linguistik
semulajadi
visual/spartial

Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic)


Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran
memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan.
Mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang
baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu
anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui
interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan
memproses maklumat.
Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan,
menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk
mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

Interpersonal
Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang
bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.
Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini
bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan
mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan
iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language)
untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain

Intrapersonal
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu
ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan
orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan
menilai cara berfikir.

Logical/Mathematical
Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan
jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada
perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini
banyak menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya
meliputi penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep
abstrak untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan
melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Musikal/rentak(Musical/Rhythmic)
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam
paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di
persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik,
mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik.

Verbal/Linguistic
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan
bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk
perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita,
menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

Visual/Spatial
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak).
Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu
kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan
filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan
graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Anda mungkin juga menyukai