Anda di halaman 1dari 6

BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

PreviousNext
BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Antara perkembangan yang amat menonjol dalam tamadun Islam ialah
pencapaian yang diperoleh dalam bidang sains dan teknologi. Antara
sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh Islam ini termasuklah
dalam bidang-bidang yang berikut:

Astronomi
Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat
pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam
dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat
kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandarbandar besar seperti di Baghdad.
Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadualjadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu
pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam
mencipta asturlab, iaitu alat peneropong bintang.
Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari alMunajjam (777M). Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang
membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang
astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim
al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi Ilm al-Nujum, Kitab alMiqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab. Beliau juga banyak
menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
Seterusnya, tokoh astronomi Islam, al-Farghani (860 920M) yang dikenali
di Barat sebagai Affaraganus. Antara karya penting beliau termasuklah Kitab
Usul al-Falak, Kitab al-Fusul Ikhtiyat al-Majisti, Kitab al-`Amal al

Rukhamat dan Kitab Jawami` Ilmu al-Nujum Wa al-harakat alSamawiyah yang dialih bahasa kepada The Element of Astronomy. Buku
berkenaan berkisar tentang pergerakan objek di langit dengan huraian yang
lengkap.
Al-Khawarizmi (790 840M) pula telah berjaya mencipta jadual perjalanan
bintangbintang atau zij, di samping menulis beberapa karya penting dalam
bidang ini. Beberapa tulisannya termasuklahKitab al-Rukhamah, Kitab al-Zij
al-Awwal, Kitab al-Zij al-Thani, Kitab al-Amal bi al-Asturlab dan karyakarya yang lain telah menjadi rujukan para sarjana Islam apabila mengkaji
astronomi Islam.
Seorang lagi ahli astronomi Islam, al-Battani (868 929M) berjaya
menentukan liukan bumi 54.5, dan sudut ekleptik adalah 23 dengan 35.
Beliau turut menemui cara baru dalam menentukan masa anak bulan boleh
dilihat dan dapat memperincikan fenomena gerhana matahari dan bulan.
Karya-karya beliau dalam bidang astronomi termasuklah Kitab al-Zij, Kitab
Marifat Matla al-Buruj fi ma bainaha Arba al-Falak, Risalah fi Miqdar
Tahqiq al-Ittisalat, Kitab Sharh Arbaa Maqalat li Batlinus dan lain-lain lagi.
Al-Biruni (973 1048M) pula telah mencipta jadual dalam bidang astonomi
yang dinamakan Jadual Toledo. Jelaslah, sarjana dan tokoh astronomi Islam
telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna dalam mengembangkan
bidang astronomi. Malah banyak istilah dalam bidang astronomi berasal dari
perkataan dan istilah Arab. Antaranya termasuklah al-manak dari perkataan
al-munakahah, azimuth dari perkataan as-sumuth, perkataan alidadedari
perkataan al-iddah, perkataan nadir dan perkataan zanith. Begitu juga
dengan nama bintang yang berasal daripada perkataan Arab,
seperti aqrab (kala), al-tair (terbang), deneb (ekor), pherhed(anak lembu)
dan perkataan-perkataan lain lagi.

Fizik
Dr Shahrir Muhammaed Zain dalam bukunya, Pengenalan Tamadun Islam
dalam Sains dan Teknologi (1985) telah menjelaskan tentang sumbangan

tokoh fizik Islam yang terkenal, al-Farabi (872 950M) yang telah membuat
kajian tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara.
Sementara Ibnu Sina (980 1037M) dalam karyanya yang terkenal al-Syifa
membincangkan halaju bunyi dan cahaya.
Biologi
Biologi merupakan bidang yang mengkaji benda-benda yang hidup daripada
yang sekecil-kecilnya sehingga kepada sebesar-besarnya. Contohnya
bidang botani dan zoologi. Kedua-dua bidang ini berkembang pesat pada
zaman keagungan tamadun Islam.
Antara tokoh botani Islam yang sangat terkenal ialah al-Riyasah Ibn Jarit yang
telah membuat kajian pokok limau rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi
(1165M) berjaya mengarang kitab al-Adawiyyah al-Mufradah dan al-Jami fi
al-Adwiyyah al-Mufradah. Buku-buku ini banyak membincangkan tentang
botani dan ubat-ubatan.
Malah Ibnu al-Wahsyiyah telah mengarang kitab al-Filaha al-Nabatiyyah dan
Ali Bin Rabban al-Tabari (838 870) telah mengarang kitab Firdaus alHikmah yang menerangkan tentang tumbuh-tumbuhan. Ibn Sina juga telah
menulis buku al-Syifa yang menjelaskan kaitan tumbuh-tumbuhan dengan
ubat-ubatan. Sementara Hikmah Najib Abdul Rahman (1977) dalam
bukunya,Dirasat fi Tarikh al-Ulum Ind al-Arab telah menyenaraikan banyak
nama tokoh Islam dalam bidang botani. Sumbangan umat Islam dalam bidang
botani sangat besar hasil sumbangan tokohtokoh Islam melalui pelbagai
buku-buku botani hasil karangan mereka.
Dalam bidang zoologi pula, antara tokoh Islam yang sangat terkenal ialah alJahiz (781 868M) dengan kitabnya yang bertajuk al-Hayawan. Kitab ini
memberi keterangan tentang binatang, sifat-sifat binatang, penyakit-penyakit
dan cara-cara penyembuhannya. Beliau berjaya mengkaji tidak kurang
daripada 350 binatang.

Matematik
Ilmu matematik merupakan salah satu pencapaian yang hebat dalam tamadun
Islam. Antara tokoh Islam yang ulung dalam bidang matematik ialah al-Kindi
(800 873M). Beliau amat handal dalam bidang aritmetik termasuk logik,
geometri dan muzik. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah al-Kafi fi alHisab (keperihalan keperluan matematik) yang menjelaskan kaedah-kaedah
pengiraan.

Perubatan
Bidang perubatan telah berkembang pesat sejak dari zaman Nabi Muhammad
s.a.w. melalui kaedah perubatan nabi yang dikenali dengan ilmu al-Tibb alNabawi. Salah satu tokoh yang hebat dalam bidang perubatan ialah Ibnu Sina
(980 1037M). Beliau mengarang buku al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan
Perubatan) yang mengandungi 14 jilid. Karya agung ini pernah dijadikan
rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Penulispenulis Barat menggelarkan Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor. Beliau telah
menulis 250 karya yang masih ada sehingga sekarang dan 116 daripadanya
ialah karya dalam bidang ilmu perubatan.
Salah satu cabang ilmu perubatan ialah bidang aftalmologi yang berkaitan
dengan mata dan bidang ini turut berkembang pesat dalam tamadun Islam.
Antara tokoh aftamologi yang sangat terkenal ialah Ibn Haitham (965
1040M) dan beliau telah mengarang kitab al-Manazir yang menerangkan
perkara asas berkaitan mata. Manakala Halaf al-Tulainim adalah orang
pertama yang menulis buku teks berkenaan penyakit mata.
Al-Razi (864M) pula merupakan pengasas perubatan psikomatik yang
menekankan keseimbangan antara jasmani dengan rohani.Kitab alHawi adalah sumber rujukan penting pada abad ke-12 sehingga ke-17 dalam

bidang perubatan klinikal dan menjadi satu ensiklopedia perubatan amalan


atau terapeutik. Beliau juga adalah tokoh utama yang berjaya mengenal pasti
penyakit cacar dan membezakannya daripada campak.

KERJAYA YANG INGIN DICEBURI


Arkitek Bangunan
Arkitek bangunan menjalankan
penyelidikan, memberikan nasihat,
merekabentuk bangunan rekreasi, institut,
kediaman, komersil, dan industri serta
merancang dan memantau
pembinaannya, menyenggara, dan
membaik pulih.
CARA-CARA UNTUK BERJAYA DALAM
KERJAYA YANG DICEBURI:
1.

Mempelajari tentang bidang


kerjaya tersebut dengan lebih
mendalam.

2.
3.

Mencari banyak bahan rujukan


dan banyak ulang kaji.
Kerap memohon cahaya petunjuk
daripada Yang Maha Esa dalam
melakukan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai