Anda di halaman 1dari 13

KEMUNCULAN ILMUAN ISLAM

Ibnu Sina (Avicenna)

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja
Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah
diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam,
ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu
Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di
Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada
waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang
berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda
kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan


saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan
barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi,
kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan


bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan
lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori
pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak
dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina
" gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun
lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa
dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya.
Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-
lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi


Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi
memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan
Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di
Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan
yang bermanafaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan
bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang
lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis.

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan


membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu
perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine”. Beliau
memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse
diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak -
seimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini
masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,
Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa


penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang
boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda
penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat
berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah
banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari
ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak
karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi.
"Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di
Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai
pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman
Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-
universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan
Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati
1000 tahun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955
M.Beliau telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-
selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah
untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam
doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian
merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu
dimakamkan.

Al-Khawarizmy

PENGASAS ILMU ALGEBRA

Nama sebenar Al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.


Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
Yusoff. Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah
zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  Al-Khawarizmi telah wafat antara tahun
220 dan 230M.  Ada yang mengatakan Al-Khawarizmi hidup sekitar awal
pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,
Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di
Baghdad. 

PENDIDIKAN 

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang


tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau
bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik,
aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-
Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan
pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah
al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam
sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi. 
Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India
pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia
Pelbagai Disiplin. 
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan
aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam
bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu
popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan


tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh
persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang
sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo.
Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-
Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting
dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam


penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua
masyarakat yang hidup di dunia ini.  Hasil Karya Al-Khawarizmi sepertimana
yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong
dalam bidang matamatik. 

Ketokohan al-Khawarizmi 

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan


al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan
astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci
berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang
matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau
banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun
Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. 
Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada
zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya
yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri
penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan
mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. 
Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga
diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah
diperkenalkan al-khawarizmi sendiri. 

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada


zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai
ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian
tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan
dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah
menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke
Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Spanyol
dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam
amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan
matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. 

Strategi Pengislaman Sains Matematik


Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa
perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini
kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan
setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

Ibnu Batuta

 Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (dilahirkan Februari 24, 1304 dan


meninggal dunia di Fez pada tahun 1369M) merupakan seorang Berber dari
golongan Muslim Sunni. Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya
21 tahun. Beliau meninggalkan Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi.
Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh
120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia.
Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan
dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat
al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. Buku tersebut diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

Kisah Pengembaraan
Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan.
Pusingan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju
Iskandariah sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah.
Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan
berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan,
Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan
ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di
Makkah selama 2 tahun.

Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut


dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau
kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada
tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut


Hitam, Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut
Marmara serta Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan
pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting
di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube.
Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung
Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di
India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun
dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan
pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan Canton, ibu negara
Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia
dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan
perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah
untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November
1348 mesihi.

Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke
Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk
mentafsir hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu
Mohad. Ibnu Juza telah menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya
bahasa yang teratur. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk
menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.

Catatan
Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan
membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta
kezaliman yang dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya
menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas
bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang
zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak
mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas
dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di
benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale,


Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai
pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu
Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua
Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam
dunia Islam

AKHIR PENGEMBARAAN IBNU BATTUTA

Pada tahun 1354 Battuta kembali ke tanah kelahirannya dan menetap di


kota Fez dan berteman baik dengan sultan. Sultan kagum dengan perjalanan
Battuta dan meminta Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang
dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah perjalanan yang menarik dan
menempuhi perlajanan melebihi 120.000km. Jika bukunya berbentuk “catatan
kehidupan” tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu Battuta dibandingkan
dengan Samuel Pepys atau Anne Frank.

Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, ”Akhirnya aku


sampai juga di kota Fez.” Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya.
Salah seorang penulis bernama Mohad Ibnu Jauzi menuliskan kisah
perjalanannya dengan gaya bahasa yang mudah. Dalam waktu tiga bulan,
buku berjudul Persembahan Seorang pengamat tentang Kota-Kota Asing dan
Perjalanan yang Mengagumkan, diselesaikannya pada 9 Desember 1355 M.

Jabir Bin Hayyan (Geber)


Jabir bin Hayyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir ibn
Hayyan Al-Barqi Al-Azdi juga dikenali sebagai "Geber" di dunia
barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir
ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-
Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai "Bapa Kimia".
Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. eorang doktor
bangsa Arab yang unggul menguasai lebih daripada satu
cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu
di bandar Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli
kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dalam
bidang tersebut. Jabir Ibn Haiyan meninggal dunia dalam tahanan
rumah di Kufah pada 803 M.

Peranannya

Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam


pembangunan ilmu kimia adalah seperti penciptaan amali
teori yang khayali kepada fakta sains telah menobatkan
beliau sebagai ahli kimia Arab. Jaber Bin Hayan dianggap
sebagai seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik
kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata
para sarjana Barat sendiri. Ilmuan perancis
bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran
Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di
bidang ilmu logic”.

Ahli falsafah Inggeris Francis Bacon pula pernah berkata


bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama
memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau
dianggap seorang bapa dalam bidang kimia .

Seorang orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula


mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan
evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah.

Pakar Kimia Terunggul

Pakar-pakar kimia  Islam mengesahkan bahawa segala


jenis logam berasal daripada suatu unsur dan t idak ada
perbezaan di antara satu sama lain, kecuali jika unsur
tersebut dicampuradukkan. Apabila unsur tersebut dianalisis
dan disebatikan dengan unsur yang lain, ia menghasilkan
suatu logam yang baru seperti emas dan perak.

Perspektif yang pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini


menghasilkan beberapa pendapat, ke arah mencari hakikat
dan mengenal rahsia ilmu itu sendiri. Kejayaan yang dicapai
oleh orang Islam hingga mereka sampai kepada hakikat
ilmiah itu tidak bermakna mereka terhutang sesuatu pada
Ilmu Yunani, yang mana orang-orang Yunani pada ketika itu
belum mengetahui dan mengenali sebahagian besar ilmu
mengenai logam yang telah dikuasai oleh orang Islam pada
masa itu. Dalam pada itu ramai juga orang Islam yang telah
berjaya menganalisis sebahagian besar logam secara kimia
dan mereka juga berjaya membezakan asid dan juga alkali.

Buku Karangan

Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan


beliau telah diterjemahkan oleh orang Eropah ke bahasa
Latin. Kepakaran beliau diiktiraf dan beliau juga menyaingi
ahli falsafah mantik Aristotle. Di antara buku beliau yang
diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-
Aflan dan Nihayatul al-Itqan. Daripada buku-buku inilah
orang Eropah dapat mempelajari dan mengkategorikan logam
kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan.
Selain Jabir terdapat juga ilmuan lain yang berusaha
menganalisis dua unsur iaitu belerang merah dan  aksir
alhayah yang dapat menyembuhkan penyakit.

Hal ini dianggap oleh ulama moden sebagai   orang yang


pertama mencipta ilmu kimia dalam sifatnya sebagai suatu
cabang daripada ilmu sains. Jabir yang dikenali sebagai
Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku
karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku  Al-Rahman,
Al-Tajmek dan AL-Zikbak Sharki  serta kitabnya yang paling
penting  dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah
diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672.
Pada kurun ke-18, kitab beliau yang bertajuk Al-
Sabaaen  diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya
sumbangan beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga
ke hari ini.
K ajian dan Penemuaan

Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal


teori yang terkandung dalam bukunya sahaja malah beliau
mempraktikkannya melalui uji kaji makmal seperti mana ahli-
ahli kimia pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan
uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia dengan
mencampurkan kesemua unsur-unsur kimia serta beliau juga
berjaya menggnakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja
uji kajinya.Lebih membanggakan lagi beliua berjaya membuat
kajian mengenai racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-
Sabaaen beliau telah membahagikan racun kepada tiga
bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan
racun batu batan. Segala penemuan beliau adalah kajian dan
pengamatan yang tidak pernah kenal erti jemu.

Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah


memberi ruang kepada orang-orang Eropah dalam lapangan
kimia  dan mereka juga tidak akan dapat mempelajari dan
memberi pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini. Hal
ini dapat dilihat melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal
dari perkataan Arab. Ia di sebut dalam bahasa Perancis
sebagai Al-cime dan dalam bahasa inggeris
sebagai chemistry begitu juga dengan perkataan Al-
kawiyat menjadi alkali dan perkataan al-
ambiek menjadi alembic.

Kemajuan orang Islam dalam lapangan ilmu kimia ini


dapat dipraktikkan di sektor perindustrian dan juga di
universiti-universiti untuk menjalankan penyelidikan. Pada
hari ini ia dikenali sebagai kimia industri dan di UPM sendiri
ada menawarkan kursus BS(K) Kimia Industri, Kimia
Petroleum dan Major Kimia begitu juga di universiti-universiti
tempatan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai