Anda di halaman 1dari 31

RM30.

00

15 PUNCA KEGAGALAN DALAM BISNES


INTERNET
Menjejaki Perangkap - Perangkap Maut Dunia Perniagaan Internet Yang akan
Membunuh Perniagaan Online Anda

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana mana artikel,


ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun,
sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi atau cara lain tanpa kebenaran
bertulis dari penulis asal buku ini. Buku ini juga TIDAK BOLEH DIJUAL SEMULA
DAN DIEDARKAN SECARA PERCUMA.

PENAFIAN / DISCLAIMER
Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan
maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap
sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.
Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu
dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.
Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di
dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan
cepat.
Oleh itu,sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak
tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan menaip dan
kandungan di dalam buku ini.
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam
buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini
secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti,
sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.
Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa
banyak tentang perniagaan internet dan perkara yang dibincangkan, dan
menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.
Dengan pembelian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia


Perniagaan diinternet merupakan salah satu model perniagaan yang semakin hari
semakin mendapat sambutan. Hampir setiap hari, ada sahaja usahawan internet
baru yang mula melancarkan produk atau perkhidmatan mereka. Ini merupakan satu
perkembangan yang amat positif dimana perniagaan internet sudah mula mendapat
tempat dikalangan rakyat Malaysia. Malah, ia turut menyumbang ke arah
penghasilan lebih ramai lagi golongan usahawan khususnya para belia.

Namun begitu, sebagaimana ramainya usahawan baru muncul, sebegitu juga


ramainya usahawan yang berundur setelah mengalami kegagalan. Menurut statistik,
hanya 4% peratus sahaja usahawan internet yang berjaya di tahun pertama, 11%
lagi hanya cukup cukup makan sahaja. Yang mengejutkan pula, 85% usahawan
baru gagal di 5 tahun yang pertama (sumber: Secrets of Internet Millionaire
Revealed, Dr. Irfan Khairi).

Ini semestinya satu statistik yang amat menakutkan khususnya bagi mereka yang
berkeinginan untuk menceburi bidang perniagaan internet ini buat kali pertama.
Statistik ini juga membuktikan bahawa perniagaan internet juga satu bidang
perniagaan yang mencabar serta memerlukan perhatian yang serius.

Statistik ini juga dilihat bertentangan dengan apa yang dicanangkan dimana
perniagaan internet sangat mudah dilakukan dan mampu memikat ramai pelanggan
dari seluruh dunia serta memberikan keuntungan segera tanpa perlu bekerja keras!

Benarkah ianya begitu? Jika benar, kenapa setiap hari semakin ramai usahawan
internet baru muncul?

Sebenarnya, setiap kegagalan pasti ada puncanya. Mereka yang tergolong sebagai
sebahagian dari statistik 85% tersebut mungkin tidak menyedari punca kegagalan
mereka disebabkan beberapa faktor penting, antaranya melakukan kesilapan
kesilapan umum tanpa disedari dan akhirnya kesilapan tersebut menjadi perangkap
yang membawa maut kepada perniagaan mereka.

Maka, inilah tujuan ebook ini dihasilkan agar setiap usahawan baru (termasuk yang
lama juga) dapat mengenalpasti punca punca kegagalan sebuah perniagaan
internet, seterusnya menjauhkan diri dari melakukannya. Ebook ini sengaja diberikan
tajuk Rahsia Kegagalan Perniagaan Internet, kerana punca punca kegagalan ini
tidak dibincangkan secara meluas dan disimpan umpama sebuah rahsia. Jika kita
lihat diluar sana, kebanyakan ebook yang dipasarkan lebih menjurus ke arah Rahsia
Kejayaan perniagaan internet.

Namun, hakikatnya untuk berjaya kita juga harus mengelakkan diri kita dari
melakukan kesilapan yang boleh membawa padah dan menyedari kehadiran
perangkap perangkap maut yang boleh membunuh perniagaan internet kita.

Semoga dengan terbitnya ebook ini, anda sudah boleh merancang perniagaan
internet anda dengan lancar dengan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan
diri daripada menjadi sebahagian dari statistik 85% perniagaan yang gagal.

Selamat membaca dan selamat berjaya dalam peniagaan anda,

Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar

www.teknikbisnesonline.com
Diari WAHD

Sebelum memulakan perniagaan, lebih baik sekirana kit adapt membuat sedikit
penyelidikan tentang pasaran produk yang ingin kita jual tersebut.Produk yang kita
jual mestilah selari atau padan dengan pasaran yang kita boleh.
Sebelum mula menjual atau memasarkan produk, cuba kita amalkan teori di bawah
ini:

Boleh Tak Saya Menjual Sikat Kepada Orang Botak?

Ramai yang menganggap bahawa mereka boleh menjual apa sahaja di internet
kerana percaya laman web mereka bakal dilawati oleh jutaan orang. Sangak
mereka, sudah pasti sebahagian dari pelawat tersebut akan membuat pembelian.
Jika semudah itu, pasti semua usahawan internet sudahpun menjadi menjadi
jutawan dengan segera.

Hakikatnya, tidak semudah itu. Kecualilah anda mempromosikan laman web anda
secara agresif dan mungkin melaburkan sejumlah wang untuk menampung kos
pengiklanan. Itupun hanya untuk menggalakkan pengunjung melawat laman web
ataupun blog anda. Tetapi ini belum tentu akan membuatkan mereka membeli
produk yang anda jual.

Ramai pelawat tidak bermakna ramai pembeli. Ini disebabkan ada di antara pelawat
ini mahu mmbuat perbandingan harga dan mendapatkan lebih informasi mengenai
produk yang anda jual sahaja. Yang penting ialah, anda harus faham bahawa tidak
semua orang memerlukan produk anda. Jika anda terus mempromosikan laman web
anda kepada mereka yang tidak memerlukan produk anda, sudah tentu anda hanya
membuang masa (kemungkinan wang anda juga).

Sedarkah kita selama ini bahawa kita sedang melakukan proses yang terbalik?
Seharusnya kita terlebih dahulu mencari permintaan dan pasaran sebelum memilih
produk untuk dipasarkan. Ya, kita harus tahu siapakah yang akan memerlukan
produk kita. Tetapi kebanyakan kita menghasilkan produk terlebih dahulu sebelum

mencari pasaran. Ini proses yang terbalik dan ia menyebabkan kita mempromosikan
produk secara rambang tanpa ada sasaran khas.

Sebagai contoh, bolehkah anda menjual sikat kepada orang yang berkepala botak?

Itulah sebabnya kenapa ada sesetengah produk yang dianggap baik, masih tidak
mendapat jualan yang tinggi. Sebagai contoh di atas, walaupun sikat anda diperbuat
dari besi waja sekalipun, ia tetap tidak bermakna kepada mereka yang botak.
Sebabnya ialah, mereka tiada rambut untuk disikat. Tetapi, bagaimana pula jika
anda menjual ubat untuk melebatkan rambut? Pasti keputusannya berbeza bukan?

Ramai usahawan yang gagal mengenal pasti sasaran bagi produk mereka. Ini
menyebabkan produk mereka tidak mendapat jualan yang tinggi dan akhirnya
memusnahkan perniagaan mereka.

Oleh sebab itu, anda harus mengkaji sebaik mungkin permintaan pasaran dan
mengenalpasti golongan sasaran anda. Dengan itu, anda akan dapat menghasilkan
produk yang memenuhi permintaan dan mensasarkannya secara tepat kepada
mereka yang memerlukan.

Mengenali sasaran prospek anda juga penting untuk memastikan komunikasi anda
dengan mereka sesuai mengikut tahap umur, pekerjaan, lokasi dan latar belakang.
Sebagai contoh, cara berkomunikasi anda dengan seorang pelajar berbeza dengan
seorang yang sudah lebih tua. Tanpa komunikasi yang baik, apa yang anda ingin
sampaikan mungkin tidak jelas dan menjejaskan jualan anda.

Ingatlah salah satu kunci kejayaan dalam pemasaran produk ialah keupayaan anda
untuk memenuhi permintaan dan mengenalpasti golongan sasaran anda.
Tidak percaya, tidak mengapa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya nanti.

Bayangkan suatu hari anda menyertai satu pameran keusahawanan, dan anda
diberi peluang untuk mempamerkan produk anda. Memandangkan produk anda
agak baik, maka ramailah pelawat datang ke ruang pameran anda serta menyatakan
minat mereka terhadap produk anda. Namun mereka masih belum mahu membeli
disebabkan kekurangan wang ataupun mahu berfikir terlebih dahulu. Anda biarkan
mereka berlalu sambil memberikan kad bisnes anda dengan harapan mereka akan
menghubungi anda kemudian.
Sebulan berlalu, dan tiada seorang pun yang menghubungi anda bertanyakan
semula mengenai produk yang pernah anda pamerkan. Dua bulan seterusnya anda
masih juga tidak menerima panggilan dari pelawat yang pernah melawat pameran
anda. Akhirnya anda kecewa dan semangat serta momentum anda terkubur begitu
sahaja.
Anda harus faham, kadang kala apa yang anda promosikan boleh dilupakan kerana
kesibukan aktiviti harian mereka dan tentunya ia bukan salah mereka 100%. Ini
adalah kesilapan anda sendiri, kerana tidak meminta kad bisnes atau cara
menghubungi mereka. Sekurang kurangnya, jika anda memiliki kad bisnes mereka
atau tahu bagaimana untuk menghubungi mereka, anda boleh melakukan 'follow up'
dan menyampaikan informasi terkini mengenai produk anda. Dengan ini, anda
mengingatkan mereka tentang anda dan produk anda.
Bayangkan anda memiliki 100 senarai pelanggan yang pernah berminat dengan
produk anda, dan anda dapat menghubungi mereka serta melakukan follow up.
Kebarangkalian sebahagian dari 100 pelanggan tersebut membeli produk anda
sudah pasti ada. Walaupun seorang, ia tetap jualan berbanding jika anda langsung
tidak melakukan sebarang 'follow up'.
Begitu juga dengan perniagaan internet. Kepentingan memiliki senarai prospek
harus difikirkan secara serius. Di internet, kemungkinan beratus ratus pelawat
datang melayari laman web atau blog anda setiap hari. Adalah amat merugikan jika
anda tidak mengambil alamat emel mereka dan menghubungi mereka kembali,
mengingatkan mereka tentang tawaran anda.
Sebenarnya, adalah lebih mudah mendapatkan jualan dari pelanggan yang sedia
ada berbanding dengan pelanggan baru kerana mereka sudah sedia maklum
dengan khidmat pelanggan serta produk anda. Proses meyakinkan mereka juga
tidaklah terlalu sukar berbanding meyakinkan pelanggan baru yang baru mahu
mengenali anda. Seperti kita juga, jika kita sudah biasa dengan sesebuah kedai, kita
juga akan selalu ke sana kerana kita senang berurusan dengan kedai tersebut.
Maka, sediakanlah satu borang opt in untuk para pelanggan anda meninggalkan
alamat emel mereka. Sebagai balasan, anda boleh hadiahkan sesuatu seperti
laporan percuma atau lebih baik lagi preview mengenai produk anda. Dengan cara

ini, dengan mudah sahaja anda boleh menghubungi mereka kembali pada bila bila
masa.
Anda boleh gunakan khidmat 'autoresponder' untuk memudahkan penghantaran
emel dan follow up anda. Jika anda belum mampu menyewa 'autoresponder'
berbayar seperti 'GetResponse' atau 'Aweber', anda boleh menggunakan
'autoresponder' percuma seperti 'EasyAutores'. Apabila perniagaan anda sudah
maju, maka anda bolehlah bertukar ke 'autoresponder' berbayar yang ternyata lebih
baik.
Banyak perniagaan internet yang kurang maju ataupun gagal, disebabkan mereka
mengambil mudah tentang perlunya memiliki senarai prospek sendiri. Ini
menyebabkan mereka sentiasa mencari cari pelanggan baru setiap hari dan
tentunya ini memerlukan kos pengiklanan yang tinggi.

Bina dan kumpul senarai prospek anda sendiri, dan kempen promosi anda
insyaAllah akan bertukar menjadi lebih mudah.
Tak percaya tak mengapa, buat sahaja.
Daftar Autoresponder Percuma
Daftar Autoresponder Berbayar

Dalam bahagian sebelum ini, saya ada menekankan pentingnya pembinaan list
dalam memastikan kempen pemasaran anda berjalan baik. Saya juga ada
menyatakan bahawa semakin banyak list yang anda miliki, semakin besar juga
peluang untuk anda mendapat jualan.

Namun, semuanya itu bersyarat dan memerlukan anda mengambil tindakan drastik!

Ya, memiliki senarai list yang banyak merupakan satu kelebihan. Namun, kuasa
membeli daripada senarai list yang anda miliki bukanlah bergantung semata mata
kepada kuantiti list yang anda kumpul.

Ianya bergantung kepada kepada KUALITI list yang anda miliki.

Anda harus sedar, bahawa tidak semua yang subscribe pada autoresponder anda
berminat dengan produk anda. Ada yang subscribe hanya untuk mendapatkan
produk percuma yang anda tawarkan sahaja dan langsung tiada minat untuk
membeli. Dengan adanya list sebegini, anda sebenarnya dalam kerugian dari segi
masa, tenaga dan wang. Anda meluangkan banyak masa dengan menghantar emel
emel, memerah otak untuk mencipta ayat ayat yang menggoda dan jangan lupa
setiap bulan anda juga membayar sewa untuk sistem autoresponder anda (hosting
dan domain juga termasuk), namun tiada seorang pun yang memberikan respon
positif.

Ini tentunya situasi malang yang anda ingin elakkan.

Ok, soalnya...bagaimana nak jadikan list sebegini menjadi list yang responsif dan
berpotensi menjadi pelanggan anda?

Caranya, anda binalah satu hubungan yang baik terlebih dahulu dengan list anda.
Tanpa perhubungan yang baik, pasti tidak akan ada kepercayaan. Apabila tiada
kepercayaan, bagaimana pembelian nak dilakukan?

Untuk membina hubungan yang baik dengan list, anda harus mengamalkan konsep
3G1T iaitu:
Give + Give + Give = Take

Anda harus banyak memberi terlebih dahulu sebelum menerima dari mereka. Apa
yang harus anda berikan?

Anda haruslah berikan mereka informasi informasi yang berguna, samada


mengenai produk anda ataupun secara umumnya tips tips yang berguna. Anda
juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan mereka dan mengajak mereka
bersama sama berbincang. Dengan ini, setiap emel yang anda hantar akan
nampak bersifat peribadi dan ini amat membantu membina perhubungan yang baik.
Ia juga akan menonjolkan kepakaran anda kepada mereka. Sudah tentu anda akan
sering dirujuk apabila anda dianggap pakar.

Selain itu, anda boleh juga berikan secara percuma produk produk yang berfaedah
seperti ebook, laporan ataupun artikel artikel untuk tujuan perkongsian.

Apabila anda sering memberi, anda tidak lagi kelihatan seperti seorang jurujual yang
hanya tahu menjual tetapi anda akan dilihat sebagai seorang sahabat yang sering
membantu. Maka, disini sudah wujud rasa percaya dan yakin akan siapa diri anda
serta produk anda.

Jangan sesekali sentiasa menghantar emel promosi sahaja kerana list anda pasti
tidak selesa apabila sentiasa didesak untuk membeli. Mereka menganggap
penyertaan mereka sebagai list anda tidak berguna kerana mereka sebenarnya
mahukan ilmu dan info yang berguna, dan bukannya desakan desakan untuk
membeli! Akhirnya, emel emel yang anda hantar di delete atau tak diendahkan
sama sekali. Paling teruk, mereka akan lari daripada anda dengan klik pada butang
unsubscribe!

Ini juga salah satu penyebab kenapa banyak perniagaan internet gagal kerana
mereka gagal memperolehi kepercayaan dari list mereka sendiri. List menjadi pasif
(mungkin juga menyampah) dan akhirnya, kosong!

Perniagaan internet adalah perniagaan yang dilakukan secara maya, tidak


perlu berjumpa secara langsung dengan pelanggan mahupun bersua muka.
Oleh itu, segala urusniaga perlu dijalankan di atas dasar kepercayaan antara
satu sama lain.
Tanpa kepercayaan, urusniaga pasti akan terjejas. Dan bagi membina
kepercayaan, kredibiliti diri anda harus ditampilkan. Tambahan pula,
semenjak kebelakangan ini terlalu banyak kes penipuan di internet.
Kebanyakannya melalui melalui pelbagai skim cepat kaya ataupun skim
pelaburan internet yang palsu. Disebabkan itu, para pelanggan sekarang
sangat berhati hati dan hanya membuat transaksi dengan peniaga yang
mereka percaya dan kenal sahaja.
Jika anda tidak mempunyai kredibiliti, amatlah susah untuk anda meyakinkan
para pelanggan anda. Oleh itu, sangat penting membina kredibiliti dan
kepercayaan. Bagi pendatang baru seperti saya, amatlah penting untuk
mendapatkan kepercayaan pembaca dan pelanggan sebelum saya boleh
memperkenalkan sesuatu produk ataupun servis.

Bagi orang baru seperti saya dan anda, kita boleh mencuba beberapa kaedah
mudah untuk membina kredibiliti:
i) Berikan informasi
Jika anda memiliki senarai prospek, janganlah berterusan menghantar emel
promosi kepada mereka. Sebaliknya, banyakkan menghantar emel yang
berinformasi seperti tips tips perniagaan, informasi terkini perniagaan,
kaedah kaedah membina perniagaan ataupun selitkan kisah kisah

motivasi sebagai galakan. Dengan ini, anda akan dianggap sebagai sahabat
yang membantu, bukannya jurujual yang ingin mengambil wang mereka.
ii) Berikan hadiah
Ini juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan anda dengan
pelanggan anda. Anda boleh hadiahkan mereka ebook ebook percuma,
koleksi artikel berguna ataupun software software yang menarik. Jika tidak,
anda juga boleh berikan mereka kupon kupon diskaun bagi produk anda .
Konsep ini seperti konsep bercucuk tanam, semakin banyak benih yang
ditabur, semakin banyak kemungkinan pokoknya tumbuh.
iii) Sediakan newsletter
Dengan menyediakan newsletter, anda akan kelihatan seperti seorang pakar
didalam bidang anda. Didalam newsletter tersebut, anda boleh berikan tips,
cerita motivasi dan sebagainya. Malah, boleh selitkan juga iklan mengenai
produk anda.
iv) Aktif berforum
Forum adalah tempat dimana orang ramai berdiskusi tentang pelbagai topik.
Anda juga boleh menyertainya, sama sama memberikan cadangan, komen
atau penyelesaian terhadap isu yang dibincangkan. Semakin kerap anda
berforum dan memberikan komen yang bernas, semakin kredibiliti anda
sebagai pakar bakal terserlah.
v) Usahasama (Joint Venture (JV))
Sebagai orang baru, tentu sukar meraih kepercayaan dari pelanggan. Tetapi
jika anda JV dengan peniaga internet yang berpengalaman, ianya pasti akan
menjadi mudah. Pada pandangan pelanggan, peniaga internet yang
berpengalaman ini sudah pasti memilih dengan teliti rakan usahasama
mereka. Pastinya sangka mereka, para peniaga internet ini memilih anda
sebagai rakan usahasama kerana anda memiliki reputasi dan kredibiliti yang
baik.
Ramai di antara usahawan internet yang gagal mendapat jualan kerana
kredibiliti mereka diragui. Oleh itu, binalah kredibiliti anda mulai sekarang.
Tak percaya tak apa, buat sahaja. insyaAllah akan datang hasilnya.

Menuntut ilmu itu boleh, tetapi biarlah berasas dan melalui proses yang betul.
Apabila dah belajar sesuatu ilmu, ilmu itu haruslah dipraktikkan. Dalam Islam juga
asda menyebut supaya mengamalkan ilmu yang kita pelajari dan menyampaikan
ilmu yang berguna tersebut kepada orang lain.
Masalah bagi orang baru seperti saya ini, ialah terlalu tamak nak menuntut dan
memantapkan ilmu perniagaan internet. Tambahan pula kerana menyangka dengan
mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan membeli produk-produk perniagaan
internet dapat membantu memajukan perniagaan yang diceburi. Belajar itu boleh,
tetapi kalau terlalu asyik belajar tanpa diamalkan apa yang dipelajari, bagaimana
pula hendak berjaya. Akhirnya unit setoran keras (hard disk) anda sahaja yang
penuh dengan pelbagai ebook dan perisian (software) internet sahaja.

Sama juga seperti saya, asyik teringin memantapkan ilmu dengan membeli pelbagai
ebook yang hangat di pasaaran, tetapi yang betul-betul saya rujuk dan gunakan
ilmunya hanyalah sedikit sahaja. Menurut saudara Derek GEHL , salah seorang
pakar perniagaan internet terkenal di dunia, jangan ambil nota tetapi ambil tindakan.
Ini kerana tindakan yang akan mendatangkan hasil dan keuntungan.
Tetapi berhati-hati juga, bukan apa, kalau dah terlalu pantas mengambil tindakan
juga boleh mendatangkan masalah. Apabila terlalu cepat nak meraih keuntungan,
pelbagai teknik dan program pula akan dicuba pada satu-satu masa.
Disebabkan itu, ramai yang tidak dapat fokus kepada satu cara sahaja. Mereka
terpengaruh dengan promosi yang mengatakan teknik teknik tersebut berkesan. Ini
menyebabkan mereka mahu mencuba dan terus mencuba tanpa menumpukan
kepada satu teknik sahaja. Mereka mungkin bermula sebagai affiliate, tetapi
terpengaruh pula dengan adsense kerana dengan hanya klik sahaja anda sudahpun
mendapat wang. Jadi, mereka tinggalkan program affiliate sekerat jalan dan
menyertai adsense. Belumpun sempat sukses dengan adsense, mereka teruja pula
dengan kaedah menjual web di flippa.com. Maka, adsense ditinggalkan dan mula

menumpukan kepada penjualan web. Keadaan begini berterusan, akhirnya, tiada


hasil yang dicapai.
Sebaik baiknya, fokuskan kepada satu teknik terlebih dahulu. Sebagai contoh,
anda memilih affiliate sebagai teknik untuk menjana wang di internet. Maka,
tumpukan sepenuhnya terhadap teknik affiliate seperti mendapatkan ebook ebook
berkenaan affiliate, menyertai seminar affiliate ataupun berguru secara langsung
dengan pakar pakar affiliate. Abaikan dahulu emel atau promosi yang anda terima
tentang teknik lain. Teruskan mempelajari serta mempraktikan affiliate sehinggalah
anda mencapai kejayaan yang anda impikan. Kemudian, barulah anda boleh beralih
ke teknik lain dan lakukan perkara yang sama. Buat dan praktikkan sehingga berjaya
sebelum mempelajari teknik yang baru.
Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya.

Bila kita bercakap tentang perniagaan, kita sebenarnya tidak dapat lari dari melabur
untuk memperbaiki tahap perniagaan kita. Seperti perniagaan konvensional diluar
sana, pelaburan adalah perlu seperti mendapatkan ruang kedai, membeli perabot
dan mengubahsuai kedai bagi keselesaan pelanggan.

Begitu juga perniagaan internet. Kadang kala kita perlu melabur sedikit wang untuk
menjadikan perniagaan kita lebih baik dan mendapat perhatian pelanggan. Selain
itu, pelaburan juga perlu bagi menambahkan lagi bilangan pelanggan sedia ada.

Ramai usahawan baru yang agak takut untuk melabur, kerana berpendapat
pelaburan mereka akan hangus begitu sahaja jika perniagaan mereka gagal. Tetapi,
pendapat ini tidak tepat kerana selain pelaburan, yang menentukan kejayaan
perniagaan anda adalah sikap anda sendiri. Pelaburan sebesar manapun, tetap
tidak menguntungkan jika sikap kita sentiasa negatif.

Disebabkan itulah, ramai usahawan baru yang menggunakan khidmat hosting,


domain percuma dan juga autoresponder percuma. Untuk permulaan, ianya
memang baik khususnya bagi yang kurang berkemampuan tapi bukan untuk
selamanya. Kelemahan utama sistem hosting percuma ialah ia akan memenuhkan
laman web anda dengan iklan mereka disamping sistemnya yang kadang kala boleh
black out disebabkan terlalu ramai pengguna. Begitu juga dengan domain percuma,
membuatkan nama website anda kurang profesional. Sebagai contoh, yang mana
lebih profesional;

www.webanda.com atau
www.webanda.net54.net atau
www.freewebs.webanda.com?

Bagi pelanggan, tentunya mereka lebih yakin dengan domain .com berbanding
domain lain yang seolah olah website penipuan. Lagi pula, ia menampakkan
bahawa anda seorang yang profesional. Bagaimana anda mengatakan bahawa

anda seorang peniaga yang baik (terutamanya jika anda menjual produk buat duit),
sedangkan nama domain pun tak mampu nak sewa!

Sebagai asas, laburkanlah sedikit wang anda untuk menyewa domain dan hosting
berbayar. Begitu juga autoresponder, untuk mengumpul list. Boleh gunakan
autoresponder percuma seperti freeautobot.com atau FreeFollowup.com, tapi untuk
sementara sahaja kerana kadang kala anda boleh kehilangan list anda disebabkan
kegagalan sistem. Gunakan sistem percuma ini hanya untuk mendapatkan
pengalaman.

Begitu juga dengan ilmu pengetahuan, jangan hanya mengharapkan produk


produk percuma sahaja. Anda harus bersedia juga untuk mendapatkan material
terbaik sebagai bahan rujukan. Ini disebabkan, kebanyakan produk percuma sudah
tidak relevan lagi dengan keadaan semasa dan kualitinya juga kadang kala diragui.
Jadi, bukanlah satu kerugian untuk anda melaburkan sedikit wang bagi
mendapatkan ilmu yang boleh menguntungkan anda dimasa depan.

Konsepnya, sama seperti kita belajar ke sekolah. Kita kena bayar yuran
persekolahan (satu pelaburan), belum tentu kita dapat menjadi pelajar terbaik dan
ada risikonya kita gagal dalam akademik. Namun, ianya lebih baik kita melabur
untuk yuran sekolah dan bersekolah, berbanding langsung tidak bersekolah.
Sekurang kurangnya kita mengenal huruf!

Sama seperti perniagaan internet, kita melabur untuk sesuatu ilmu yang baik dan
jika mengamalkannya, sudah pasti ada hasilnya. Ini tentu lebih baik dari langsung
tiada!

Ramai usahawan yang gagal kerana mereka takut untuk melabur, menyebabkan
perniagaan mereka berada ditahap yang sama dan sukar untuk bersaing.

Daftar Autoresponder Percuma


Daftar Autoresponder Berbayar

Kita seharusnya faham bahawa konsep perniagaan di internet dan perniagaan fizikal
tidak terlalu banyak bezanya. Jika perniagaan fizikal memerlukan bangunan atau
ruang kedai untuk berniaga, perniagaan internet pula memerlukan laman web untuk
mempamerkan produk.

Cuba bayangkan situasi ini, dimana anda memerlukan sesuatu produk untuk
menyelesaikan masalah anda. Anda mencari dan terus mencari, dari satu kedai ke
satu kedai namun tidak juga menemuinya. Sehinggalah, seorang rakan anda
mencadangkan anda pergi ke sebuah kedai di pinggir bandar. Anda pun pergi ke
kedai tersebut...tapi, langkah anda tiba tiba terhenti. Dihadapan anda, sebuah
kedai yang sudah uzur, cat bangunannya sudah terkopak, dindingnya ditampal
dengan zink dan compang camping dengan poster yang lusuh. Apabila anda mula
mendekati kedai tersebut, anda melihat barang barang yang dijual diletakkan
diatas lantai sahaja tanpa disusun...

Dan anda mula terfikir...

Teruknya kedai ni...

Biar betul kedai ni, macam kandang kuda je..

Isk...gelilah nak masuk, macam rumah hantu la kedai ni

Bagus cari tempat lain jer...

Begitu juga situasinya, apabila laman web kita tidak kemas dan kurang menarik.
Walaupun anda mungkin menjual produk yang baik, namun persepsi awal para
pelawat sebaik sahaja melihat laman web anda amat penting. Laman web yang
hodoh, dan isi kandungan yang berterabur akan menghilangkan minat para pelwat
untuk melayarinya apatah lagi mahu membeli.

Maka, jadikanlah laman web anda sedap mata memandang dan struktur
kandungannya kemas. Gunakan grafik yang ringkas dan jenis tulisan yang senang
dibaca. Sebenarnya, tidak perlu menggunakan grafik yang terlalu canggih dengan
tulisan yang berkelip kelip dan berterbangan ke sana sini kerana ia akan
mengganggu fokus pelawat website anda.

Isi kandungannya pula, gunakanlah bahasa yang senang difahami dan struktur ayat
serta grafik berkaitan disusun mengikut aturan yang sepatutnya. Terangkan
mengenai isi kandungan yang penting, nyatakan kelebihan serta faedah produk
anda. Ini disebabkan pelanggan membeli kerana mahukan faedah yang bakal
diperolehi.

Jika anda tidak mahir membina laman web, bolehlah mengupah designer dan
kosnya sekitar RM60 RM300, bergantung kepada ciri ciri laman web yang anda
mahukan. Kalau anda mahu belajar buat sendiri, lagi baik tetapi ia mungkin
memakan masa.

Sertai Kelas Buat Blog & Asas Penulisan

Dalam perniagaan, sudah pasti ada risiko dan tidak semuanya akan berjalan lancar
diawal pembabitan. Begitu juga perniagaan internet, konsepnya mungkin mudah
namun ia tetap berisiko juga.

Ramai mereka yang baru menceburi bidang ini (biasanya digelar newbie), berhenti
setengah jalan sahaja dan berputus asa. Kenapa?

Tiada jualan selepas 1 6 bulan. Kecewa!


Wang banyak dilaburkan, namun tiada hasil.
Tiada kemahiran asas...banyak kesilapan dilakukan, dan gagal.
Bergerak sendirian...tiada network
Tidak tahan karenah pelanggan...
Banyak lagi faktor

Ya, faktor faktor seperti diatas memang menjejaskan tumpuan anda dan sangat
memberikan tekanan ataupun stress. Namun, anda harus positif jika benar benar
mahu berjaya. Halangan dan cabaran seperti di atas perlu dihadapi dengan tabah,
dan anda juga seharusnya menilai setiap kesilapan yang anda lakukan. Dengan
melakukan penilaian terhadap kesilapan yang dilakukan, anda sebenarnya sudah
selangkah maju ke hadapan kerana mampu mengenal pasti punca kegagalan anda
seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Anda seharusnya sentiasa bermotivasi, memandang positif di sebalik kesukaran


yang dialami. Yang penting, belajar dari kesilapan di samping tekun mencari ilmu
yang baru.

Anda mungkin mengatakan yang anda sudahpun bekerja keras termasuk


melaburkan banyak wang demi mengejar kejayaan, namun jika hasilnya masih
mengecewakan...anda harus menukar strategi anda pula. Strategi yang anda

gunakan buat masa ini mungkin tidak lagi relevan, maka kuatkan semangat untuk
mempelajari strategi yang baru pula.

Jangan menyerah kalah dengan mudah!

Ramai yang merasa puas dengan apa yang mereka perolehi dan mengambil
keputusan untuk bertahan, dengan alasan mereka sudahpun memiliki apa yang
mereka mahukan dan tak perlu berusaha lagi atau mengembangkan perniagaan.

Pandangan ini secara umumnya, ada kebenarannya namun disebaliknya ia boleh


menjadi pedang yang akan menikam belakang anda nanti. Bagaimana?

Perkembangan dunia perniagaan internet berkembang dengan sangat cepat dan


teknik teknik serta model perniagaan yang baru juga muncul dengan pantas. Ini
kadang kala menyebabkan segala teknik yang anda praktikkan selama ini menjadi
kurang relevan lagi dan akhirnya menyebabkan perniagaan anda ketinggalan.

Saya ambil contoh, suatu ketika dahulu kaedah pembayaran yang sering digunakan
ialah melalui cek atau wang pos dan dialamatkan ke alamat penjual. Sebaik sahaja
cek atau wang pos diterima serta ditunaikan (untuk elakkan cek / wang pos palsu),
barulah produk dihantar. Ia memakan masa sehingga seminggu untuk produk
dihantar. Pada masa tersebut, ramai pelanggan berasa selesa dengan kaedah
tersebut dan tak kurang juga peniaga yang menjana untung besar.

Tapi, sekarang ini sudah ada sistem perbankan online yang mudah dan cepat.
Urusan pembayaran dilakukan kurang dari 12 jam untuk pengesahan dan produk
pula dapat dihantar dalam tempoh 24 jam. Jika anda masih juga menggunakan
sistem pembayaran cek atau wang pos, sudah tentu ramai pelanggan anda akan
beralih ke pesaing anda. Ya, zaman sekarang semua orang mahukan sesuatu
dengan cepat serta mudah.

Jadi, sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan maju ke hadapan. Jangan
biarkan diri anda sentiasa ditempat yang sama, sebaliknya bergerak mengikut
peredaran masa.

Jika dahulu, promosi hanya melalui blog, brosur, emel dan kaedah berbayar seperti
Adwords, tetapi kini, kita sudah boleh aplikasikan rangkaian sosial seperti Facebook

untuk mempromosi secara percuma. Maka, jangan takut untuk berubah dan maju ke
hadapan.

Ini merupakan salah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh para usahawan
internet yang baru. Mereka menganggap pasaran di internet sangat besar, justeru
mereka boleh melakukan promosi seorang diri tanpa perlu bantuan sesiapa pun.

Dalam perniagaan internet, memang diakui prospek adalah terlalu besar dan datang
dari pelbagai pelusuk dunia. Namun, untuk memastikan kesemua prospek ini datang
ke laman web anda memerlukan usaha yang sangat besar termasuklah melibatkan
kos pengiklanan. Jika ianya mudah seperti disangka, tentu ramai yang dah jadi
jutawan kurang dari setahun..termasuklah saya.

Maka, anda memerlukan orang lain untuk membantu mempromosikan laman web
anda agar peluang untuk laman web anda dilawati adalah tinggi. Saya ambil contoh,
anda mungkin memiliki 1000 list untuk dipromosikan. Dari 1000 list, mungkin 10
sahaja yang membeli.

Tapi katakanlah, anda ada 5 orang sahabat masing masing dengan 1000 list dan
dari 1000 list, 10 jualan terhasil. Maknanya, dengan bantuan 5 orang rakan anda
mendapat 60 jualan (termasuk jualan dari anda sendiri). Tetapi, jika anda bergerak
seorang, anda hanya mampu mendapat 10 jualan sahaja.

Nah, sekarang anda boleh lihat betapa pentingnya anda bekerjasama dengan
usahawan lain dan bukannya bergerak sberseorangan. Tambahan pula, dengan
menjalin kerjasama dengan usahawan yang lain ia akan menambahkan populariti
anda disamping secara tidak langsung, membantu meningkatkan kredibiliti anda.

Sebagai orang yang baru, sudah tentu anda kurang dikenali. Apabila anda kurang
dikenali, agak sukar untuk anda mula menjual. Ini disebabkan, segala urusniaga
dilakukan tanpa bersua muka dan ianya banyak bergantung kepada kepercayaan
para pelanggan terhadap penjual. Tanpa kepercayaan, sukar untuk mendapatkan
pelanggan.

Untuk membina kepercayaan, ia mungkin memakan masa. Tapi, jika ada sahabat
anda yang sudah lama dikenali membantu memperkenalkan anda...tentu lebih
mudah bukan?

Usahasama ataupun joint venture dalam perniagaan internet tidak boleh dipandang
ringan. Ianya amat penting diperingkat permulaan, khususnya dalam membentuk
brand atau memperkenalkan diri anda. Oleh itu, jangan cuba bertindak sendirian!

Sertai Kumpulan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pelanggan adalah penyebab nombor 1


menentukan berjaya atau tidak perniagaan anda. Tanpa pelanggan, anda tidak akan
mampu menjual apa apa dan jika terlalu banyak pelanggan, tak mustahil anda
akan bergelar jutawan!

Oleh itu, anda seharusnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap para


pelanggan anda dan menjaga mereka sebaik mungkin. Jika anda berikan sokongan
yang baik, berkongsikan sesuatu yang bermanfaat atau mengutamakan mereka
setiap kali ada pelancaran produk terbaru anda, ianya pasti menggembirakan
mereka. InsyaAllah mereka ini akan menjadi pelanggan setia anda nanti.

Namun, kadang kala ada yang terlupa...terutamanya apabila sudah melihat banyak
wang masuk ke akaun. Ramai pelanggan yang merungut dengan khidmat
pelanggan yang kurang memuaskan ataupun perkhidmatan selepas jualan yang
mengecewakan. Kebanyakan pelanggan menrungut kerana pertanyaan mereka
tidak diendahkan.

Walaupun anda sudah mencapai objektif jualan anda, jangan sesekali memberikan
khidmat pelanggan yang buruk kepada pembeli produk anda. Ini boleh
memusnahkan empayar perniagaan anda di masa hadapan. Lainlah, jika anda
hanya ingin untung jangka masa pendek sahaja dan tidak mahu berniaga lagi esok,
lusa dan seterusnya.

Jika anda memberikan khidmat yang buruk seperti mengabaikan pertanyaan


pelanggan anda, lambat bertindak ke atas masalah yang dilaporkan pelanggan anda
ataupun langsung tidak menghiraukan pelanggan anda, mereka pasti tidak akan
berpuas hati dan merasa sangat kecewa. Oleh itu, sebagai cara untuk menunjukkan
ketidak puasan hati mereka, mereka akan memberitahu rakan rakan mereka
samada secara lisan ataupun media seperti blog, forum mahupun emel.

Dengan teknologi internet yang maju, berita mengenai servis anda yang teruk akan
mudah tersebar ke seluruh pelusuk. Akibatnya, apabila anda mula mempromosikan
produk yang sama atau produk terbaru anda, tiada siapa yang mahu kerana
memikirkan risiko servis pelanggan anda yang teruk. Situasi ini sangat kritikal, dan
anda memerlukan banyak masa dan usaha untuk memperbaikinya semula
(walaupun anda benar benar insaf, dan berjanji memberikan servis pelanggan
yang terbaik).

Oleh itu, jagalah pelanggan anda dengan baik. Jawablah pertanyaan mereka
dengan ikhlas dan jujur. Jika anda tidak mampu menjawabnya, katakan dengan
terus terang bahawa anda tidak dapat menjawab soalan mereka dan berusaha
mencari penyelesaian. Binalah hubungan yang mesra, dan dapatkan kepercayaan
dari mereka.

Para pelanggan sekarang sudah bijak, khususnya pelanggan online. Kalau dahulu,
pelanggan sudah berasa puas apabila mendapat produk yang baik tetapi sekarang,
pelanggan bukan hanya mahu barang yang baik tetapi juga perlukan khidmat
pelanggan yang baik.

Banyak perniagaan internet gagal kerana faktor khidmat pelanggan yang teruk!

Ramai yang beranggapan dengan meletakkan banyak barangan untuk dijual


didalam sebuah laman web akan meningkatkan lagi peluang untuk mengaut
keuntungan lebih.

Tidak dinafikan, bahawa ia adalah satu tanggapan yang bijak. Namun, hal
sebenarnya ia tidak begitu. Ia bukan memberikan keuntungan, tetapi boleh
menyebabkan anda hilang pelanggan. Bagaimana?

Ketika melayari laman web anda, pelanggan akan mencari seberapa banyak
informasi mengenai produk yang mereka inginkan. Sudah tentu ia memerlukan
fokus, agar pembelian mereka tidak sia sia. Salah satu kriteria laman web yang
dicari ialah laman webyang fokus kepada satu produk sahaja.

Laman web yang memfokuskan kepada satu produk sahaja akan kelihatan pakar
mengenai produk tersebut. Samalah seperti hospital, jika anda mengalami sakit
telinga sebagai contoh, anda boleh pergi kemana mana hospital kerajaan atau
poliklinik untuk mendapat rawatan, tiada masalah. Tetapi tentunya lebih baik kalau
anda mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Telinga. Ianya lebih khusus, dan
tentunya doktor tersebut pakar dalam sakit telinga.

Begitulah juga dengan perniagaan. Anda mungkin menjual ebook di wlaman web
anda, tentulah kurang sesuai jika anda turut mempromosikan kain batik di laman
web yang sama. Ini akan mengganggu tumpuan pelanggan yang datang, dan
informasi yang disampaikan mungkin tidaklah terlalu terperinci.

Sebaik-baiknya, satu laman web untuk mempromosikan satu produk.

Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira
bagi memastikan kesinambungan perniagaan anda di internet. Walau seberapa
banyak pun wang yang anda terima, namun jika tidak diuruskan dengan baik
pastinya akan membawa padah.

Saya pasti, seperti saya ketika dahulu..pertama kali melihat wang yang agak banyak
mengalir ke akaun bank memang mengujakan. Ketika itu sudah terlintas pun,
bagaimana nak membelanjakan wang tersebut. Tambah manis lagi, jika pendapatan
yang diterima melebihi jangkaan.

Tetapi, ini nasihat saya. Jangan belanjakan dahulu wang tersebut tetapi simpan, dan
buatlah persediaan untuk melakukan pembayaran komisen kepada affiliate anda
(jika ada). Anda juga harus bersedia dengan pelanggan yang meminta wang mereka
dikembalikan.

Salah satu prinsip mudah yang anda boleh amalkan ialah, prinsip 75 : 25. Jika anda
amalkan konsep ini, mudah mudahan perniagaan anda akan berkembang dan
terus berkembang. Konsep 75 : 25 ini memerlukan akan membahagikan jumlah
pendapatan anda kepada 2 bahagian.

Gunakan 75% dari jumlah pendapatan anda sebagai dana untuk menampung kos
operasi perniagaan anda termasuk kos promosi. Manakala selebihnya, 25%
bolehlah dibelanjakan. Pentingnya bahagian 75% ini ialah ia akan menjamin promosi
yang berterusan, secara tidak langsung membuatkan perniagaan anda tidak
tenggelam disebabkan kemunculan banyak perniagaan yang baru.

Uruskan kewangan anda dengan bijakbanyak perniagaan samada online atau


perniagaan fizikal diluar sana, gulung tikar kerana pengurusan kewangan yang
teruk!

Daftar Untuk Menyertai Kelas Offline

Jika anda ada sesuatu tugas yang perlu dilaksanakan, lakukannya tanpa berlengah
dan pastikan ianya siap. Jika anda mula berlengah lengah, ia akan menjadi satu
penyakit yang sukar diubati dan kesannya amat dahsyat!

Sebagai contoh, anda menganjurkan program affiliate sempena pelancaran produk


anda. Anda berjanji untuk membayar komisen affiliate pada penghujung bulan.
Apabila tiba masanya, anda masih juga berlengah dalam membayar komisen. Ini
akan memberikan impak negatif terhadap keboleh percayaan terhadap anda. Ia
akan menyebabkan tiada siapa yang berani menyertai program affiliate anda di
masa hadapan!

Begitu juga ketika anda melakukan promosi. Jangan tangguhkan promosi anda (jika
tiada sebab kukuh). Penangguhan atau berlengah lengah dalam melakukan
promosi boleh menyebabkan produk anda lambat diketahui kewujudannya, atau
lebih teruk lagi sudah muncul produk pesaing anda sebelum anda sempat
mempromosikan produk anda!

Jadi, untuk menjadikan perniagaan anda sentiasa maju, anda harus bertindak tepat
pada masanya, dan pantas merebut peluang. Jangan berlengah lengah!

Jika anda serius untuk berjaya dalam perniagaan anda, anda memerlukan
perancangan untuk jangka masa yang panjang seperti untuk satu tahun atau
sekurang kurangnya untuk 6 bulan.

Apa yang boleh termasuk dalam perancangan jangka panjang ini?

Banyak perkara yang boleh disertakan dalam perancangan jangka panjang anda
seperti:

 Penambahbaikan terhadap produk


 Kaji semula harga, untuk lebih kompetitif
 Pembukaan cabang perniagaan yang lain
 Beralih ke model perniagaan yang baru
 Mengembangkan network

Di atas merupakan sebahagian sahaja aspek yang boleh diambil kira untuk
perancangan anda. Sebenarnya, ada banyak lagi.

Bagi menjamin kesinambungan perniagaan anda, anda tidak boleh memiliki


perancangan jangka pendek sahaja. Sebaik baiknya, sediakan satu pelan
dilengkapi dengan tarikh jangkaan untuk anda menyelesaikan sesuatu objektif
perniagaan anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat melihat dengan jelas matlamat matlamat yang
harus anda laksanakan dan jangka waktu yang ditetapkan. Jika anda benar benar
merancang perniagaan anda, maka tiada sebab untuk anda gagal!

If You Fail To Plan, You Plan To Fail

Terima kasih kerana telah membaca keseluruhan ebook ini. Maka, besarlah harapan
saya agar segala ilmu yang dikongsikan dapat difahami dengan sebaiknya dan
memberikan manfaat besar kepada anda.

Jika kita amati, untuk berjaya dalam perniagaan internet ini, kita bukan hanya perlu
tahu serba sedikit hal hal teknikal tetapi kita juga harus memastikan kita memiliki
sikap yang betul sebagai seorang usahawan. Tanpa sikap atau motivasi yang betul,
agak mustahil juga untuk kita bergelar usahawan berjaya.

Apa yang dikongsikan didalam ebook adalah berdasarkan pengalaman serta


pemerhatian penulis sendiri. Tidak kurang sebahagian informasi yang dikongsikan
adalah hasil khidmat nasihat para usahawan yang telahpun berjaya.

Semoga segala informasi dan ilmu yang disampaikan memberikan anda satu
semangat baru untuk berjuang menjadi usahawan internet yang berjaya.

Salam kejayaan
Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar

www.teknikbisnesonline.com
Diari WAHD

Anda mungkin juga menyukai