Anda di halaman 1dari 2

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran

Tanggungjawab Umum
1. Membantu
Pengetua
merancang,
mengelola
dan
melaksanakan
program kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah.
2. Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran memperbaiki atau membina kompetensi, sikap,
kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan kurikulum.

Bidang tugas
1. Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
2. Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan
pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.
3. Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai
segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan mata
pelajaran berkaitan.
4. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan.
5. Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu tentang kemajuankemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus
diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.
6. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa mengetahui perubahan
yang berlaku.
7. Mendapatkan
naskah
peperiksaan/Pengetua.

Sukatan

Pelajaran

yang

terbaru

daripada

Setiausaha

8. Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi perhatian
berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.
9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan.
10. Membantu Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran
berkaitan.
11. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran
dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa.

berkaitan

12. Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut
kembali pada akhir sesi persekolahan.
13. Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan
kepada guru perpustakaan/pusat sumber .
14. Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu digunakan
oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.
15. Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan
buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.
16. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar
untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru Pusat Sumber sebagai
bahan rujukan.
17. Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas mata pelajaran
berkaitan.
18. Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap
lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).
19. Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran
berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan. Dalam
perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis
dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia.
20. Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai