Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN PERIHAL DIRI

Saya Muhammad Ramizi bin Ralim berasal dari Rawang Selangor dan kini berumur
22 Tahun. Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Sebaik sahaja pengajian
SPM, saya menyambung pelajaran dalam Diploma in Aviation Management selama tiga
tahun di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Cheras. Saya menamatkan pengajian
dalam bidang diploma semasa Disember 2014. Dan sekarang meneruskan pengajian dalam
Bachelor in Aviation Management di Malaysian Institute of Aviation Technology.
Dari segi pengalaman dalam bidang penerbangan, saya telah menjalankan praktikal
dalam Bahagian Jabatan Penerbangan Awam di Pulau Pinang selama 3 bulan pada Jun 2014Ogos 2014. Minat terhadap bidang penerbangan, membuatkan saya ingin melanjutkan
pelajaran dalam Bachelor in Aviation Management. Tujuan saya mengambil sarjana ini bagi
mempelbagaikan lagi bidang kepakaran saya bidang penerbangan dan juga dalam bidang
pengurusan. Ini kerana dalam dunia penerbangan, ia merangkumi banyak aspek yang perlu
diambil tahu sebelum kita boleh melakukan kerja.
Kompetitif dalam peluang pekerjaan di Malaysia pada hari ini menjadikan kepakaran
kepada pelbagai bidang adalah penting supaya dapat menyediakan diri saya untuk lebih
berdaya saing bersama graduan-graduan lepasan universiti di masa hadapan. Jika saya telah
menamatkan pelajaran saya di UNIKL MIAT dengan baik, saya akan cuba mencari kerjaya
yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya belajar. Saya juga akan berbakti
dan bekerja di dalam Malaysia memandang profession penrbangan amat diperlukan didalam
negara. Impian saya untuk menjadi seorang yang bergelar pengurus dalam sesebuah airlines
membuatkan pengambilan sarjana ini adalah suatu platform yang terbaik dan sekaligus dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang pengurusan penerbangan.
Selain menjadi pengurus, sarjana ini turut meluaskan skop saya dalam memilih bidang
pekerjaan selepas menamatkan program ini. Saya bukan sahaja hanya tertumpu satu bidang
sahaja tetapi lebih terbuka kepada bidang-bidang professional yang lain seperti logistik,
warehousing, dan sebagainya. Saya akan memanfaatkan sepenuhya permohonan MARA
untuk melanjutkan pembelajaran yang berdaya saing, mentransformasi diri untuk berbakti
kepada negara, mentarbiah diri dalam pembangunan pembelajaran dan masyarakat secara
produktiviti, inovasi, dan inklusif, mempelbagaikan ilmu di dada dalam pembangunan arus
perdana.

Anda mungkin juga menyukai