Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

4TH UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM


Tempat

MANILA, FILIPINA

Tarikh

1 7 OGOS 2013

1.

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Pengajian Politeknik bagi penglibatan ke 4TH UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM, Manila, Filipina.

2.

PENDAHULUAN Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik telah ditubuhkan dan dilancarkan pada Julai 2010 oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin bin Abdullah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Antara program yang dirancang di bawah sekretariat ini adalah program pengantarabangsaan JPP. Seiring dengan pelan transformasi Politeknik keutamaan penglibatan pelajar dalam pelbagai kegiatan bagi memupuk keyakinan diri dalam bidang kepimpinan di samping menyediakan pengalaman dalam hal-hal pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya untuk memenuhi kehendak MQA (Malaysian Qualifications Agency) dan MQF (Malaysia Qualification Framework). Penglibatan di dalam program ini bertujuan kerana ia merupakan landasan yang baik bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi sama ada dalam bidang teknikal mahupun setaraf denganya di peringkat antarabangsa selari dengan Politeknik KPT sebagai peneraju TVET. Selain itu, program ini melibatkan penyertaan dari seluruh IPT seluruh dunia dan sesi dialog berkaitan dengan kepimpinan dalam pendidikan dan budaya pengajian tinggi di negara maju turut diadakan dan ia dapat membantu pelajar politeknik merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

3.

OBJEKTIF Objektif penyertaan ke 4TH UNIVERSITY SCHOLARS SYMPOSIUM, Manila, Filipina adalah seperti berikut: LEADERSHIP

a. Mencorak pendidikan merentas sempadan dan mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa. b. Berkongsi maklumat dan kerjasama berkaitan pengurusan aktiviti dan kepimpinan pelajar. (pelaksanaan aktiviti) c. Mendapatkan sumber pengalaman asas dalam kesinambungan penambahbaikan sistem pengurusan organisasi untuk meningkatkan tahap kemahiran dan profesionalisme pelajar. d. Menjadikan Politeknik KPM mampu melahirkan pemimpin yang berkualiti.

4.

JANGKAAN IMPAK PROGRAM a. Pelajar akan lebih bermotivasi untuk memajukan diri, bangsa dan negara. b. Melalui perkongsian dan kerjasama berkaitan, pelajar akan dapat maklumat terkini tentang corak pendidikan di negara maju. c. Pelajar akan dapat menambah pengetahuan dan lebih matang dalam halhal pengurusan aktiviti dan kepimpinan pelajar. d. Imej pelajar akan lebih meningkat dengan hasil dapatan tahap kemahiran dan profesionalisme yang didedah. e. Kepimpinan pelajar akan lebih terserlah dan berfikiran lebih ke hadapan ke arah memperkasakan modal insan melalui peningkatan kualiti pelajar amnya.

5.

MAKLUMAT DELIGASI Deligasi terdiri dari para pegawai dan pelajar-pelajar Politeknik KPT. Pelajar yang terpilih adalah merupakan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar bagi setiap Politeknik terlibat. Maklumat ringkas deligasi adalah seperti berikut : a. b. c. d. Bilangan Deligasi Tarikh Program Tarikh Berlepas ke Manila Tarikh Tiba di Kuala Lumpur : 12 orang : 1 7 Ogos 2013 : 1 Ogos 2013 : 7 Ogos 2013

Senarai nama deligasi seperti di Lampiran 1

6.

SUMBER KEWANGAN i. Peruntukan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Jabatan Pengajian Politeknik.

Jadual Peruntukan seperti di Lampiran 2 7. PENUTUP Diharap dengan pelaksanaan program ini akan dapat memaju dan mengukuhkan lagi imej Politeknik KPT supaya akan terus dapat melahirkan pemimpin pelajar dan masa depan dengan lebih berkualiti dan terbilang.

Disediakan

........................................................ (SAMSUL NIZAM BIN ABD RAHIM) Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Tarikh :

............................................................ (NAZAMUDDIN BIN AHMAD RAZALI) Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Tarikh :

Disemak

........................................................... (WAN ZULKIFLY BIN WAN ZAKARIA) Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Tarikh :
Ulasan : ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Disokong / Tidak Disokong

...................................................... (HJ KAMARUDDIN BIN HAMZAH) Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Tarikh :
Ulasan : ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Diluluskan / Tidak diluluskan _________________________________________________________________________

......................................................... (DATUK HAJI MOHLIS BIN JAAFAR) Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Tarikh :
Ulasan : ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Lampiran 1 Senarai Deligasi 1. 2. 3. Shamsuri Binti Mior Khalid Nazaruddin Bin Abu Bakar Nasharudin bin Zainal Abidin

Lampiran 2 KEWANGAN/BELANJAWAN ANGGARAN PENERIMAAN


Bil. Pekara Jumlah (RM)

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Jumlah keseluruhan

47,000.00 47,000.00

ANGGARAN PEMBAYARAN
Bil Butiran Harga/unit(RM) Kuantiti (unit) Jumlah (RM)

1 2 3

Program Di Filipina Yuran Penyertaan (termasuk penginapan, makan/minum, pengangkutan) *seperti yang tertakluk dalam syarat permohonan Visa/passport perjalanan ke Manila Insuran Tiket penerbangan Air Asia: Pergi & balik Kuala Lumpur ke Manila Ekonomi (KUL MNL - KUL)

2,700.00 100.00 200.00

12 12

32,400.00 1,200.00 200.00

1,100.00 12 Jumlah Keseluruhan

13,200.00 47,000.00

Anda mungkin juga menyukai