Anda di halaman 1dari 2

Doa Mudah Untuk Semua Majlis

Ditulis oleh : Farid Aspar pada Thursday, July 28, 2011

Assalamualaikum, sering kali kita ke majlis-majlis atau pun program-program. Namun, kadangkala kitalah antara orang yang perlu memainkan peranan penting dalam majlis tersebut. Mungkin
kita akan diminta untuk membacakan doa bagi majlis tersebut. Kerana mungkin juga untuk
memuliakan kita bagi mengetuai bacaan doa. Jadi, kadang-kala kita sering memikirkan apakah
doa yang sesuai untuk majlis tersebut? Biasalah kadang-kadang tiada orang yang berani
memikul tanggungjawab ini walaupun nampak mudah. Jadi, sebagai persediaan, saya juga ingin
berkongsikan doa mudah yang boleh dan sesuai digunakan untuk semua majlis yang berbentuk
ilmiah mungkin atau pun yang sewaktu dengannya.
Berikut adalah doa tersebut :------------------------------------------------------------------------------------



.
Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima
segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang
memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali
segala urusan.

..
Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

(Sebutkan majlis anda di sini)


yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

..
Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat
celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat
kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

.


.


.

Anda mungkin juga menyukai