Anda di halaman 1dari 1

Contoh Penulisan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa merancang aktiviti berkumpulan di


dalam kelas. Saya percaya amalan ini berkesan kerana menurut kajian oleh Rubiah Aksah
(2005), pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga hingga lima orang ahli
adalah cukup baik untuk mengelakkan lencongan objektif perbincangan. Pembelajaran sebegini
juga membolehkan murid mengemukakan pendapat dengan lebih berkesan. Maka saya
sentiasa meminta murid berbincang dalam kumpulan. Sebagai contoh, empat atau lima orang
dikumpulkan bersama dan mereka diminta berbincang mengenai organ deria yang terlibat
dengan rangsangan. Teknik ini adalah berdasarkan pendekatan koperatif. Mengikut Slavin
(2006), pembelajaran koperatif amat berkesan kerana murid sendiri yang terlibat secara
aktif untuk membentuk pemahaman mereka

Anda mungkin juga menyukai