Anda di halaman 1dari 1

Terangkan dengan jelas mengapakah sesebuah organisasi melakukan segmentasi ke atas

pasarannya?
Segmentasi pasaran bermaksud aktiviti organisasi membahagikan sesuatu pasaran yang
luas dan berbeza (heterogen) kepada pasaran-pasaran atau kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.
Pembahagian pasaran ini akan menjadikan pengguna-pengguna di dalam pasaran atau kumpulan
itu sama (homogen) dari segi keperluan unik mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan di dalam pasaran.
Sesebuah organisasi melakukan segmentasi ke atas pasarannya supaya pasaran lebih
mudah dibezakan. Pada dasarnya, selera dan jenis produk yang dikehendaki oleh pelanggan
sangatlah berbeza-beza dan juga sentiasa berkembang. Kepelbagaian dan perkembangan inilah
tidak dapat dipenuhi oleh suatu syarikat. Oleh itu, syarikat akan mencari sekumpulan pelanggan
yang sifatnya homogen. Kumpulan pelanggan yang homogen inilah yang dapat memudahkan para
pemasar untuk memahami dan memenuhi selera pelanggan. Dengan demikian, pasaran jadi lebih
mudah dibezakan dengan kumpulan pasaran yang lain.
Selain itu, perkhidmatan kepada pembeli menjadi lebih baik. Segmentasi pasaran juga
dilakukan agar dapat memberikan perkhidmatan yang tepat dan sesuai dengan pasaran. Oleh itu,
para pemasar ini harus memahami keinginan pelanggan tentang harga yang berpatutan, kualiti
barangan yang bagus, perkhidmatan yang baik dan memuaskan dari ketepatan masa.
Perkhidmatan terhadap pelanggan juga jadi sesuatu dominan dan menentukan minat beli
pengguna. Sebagai contoh, bentuk perkhidmatan yang diberikan syarikat adalah dengan
menyediakan tempat letak kereta yang luas dan percuma. Dengan demikian, pelanggan boleh
berasa lebih selesa dan puas terhadap syarikat pemasar tersebut .
Tambahan pula, strategi pemasaran menjadi lebih mengarah. Melayani pelanggan yang
heterogen dan luas boleh jadi hal yang cukup sukar dihadapi oleh suatu syarikat. Oleh itu, melalui
segmentasi pasaran, syarikat akan dapat melayani pelanggan yang sifatnya homogen. Dengan
demikian, strategi pemasaran yang dirancang dapat lebih mengarah . Selain itu, penyusunan
marketing dapat meliputi perancangan produk , harga , pengedaran dan promosi juga boleh
menjadi lebih tepat dan terarah .
Di samping itu, memudahkan pengurusan syarikat. Melakukan segmentasi pasaran juga
membantu pihak pengurusan dalam mengarahkan dana dan usaha ke arah pasaran berpotensi
yang paling menguntungkan. Hal ini kerana sasaran pasarannya jelas, maka pengurusan boleh
merancang produk yang dapat memenuhi permintaan pasaran, sekaligus bahagian pemasaran
boleh menentukan cara-cara promosi yang paling tepat bagi syarikat .
Sebagai kesimpulannya, sesebuah organisasi melakukan segmentasi pasaran adalah untuk
membangunkan produk yang sesuai bagi setiap segmen yang dipilih, dan menyesuaikan harga,
saluran agihan serta promosi untuk menjejaki pasaran sasaran dengan lebih efisien.

Anda mungkin juga menyukai