Anda di halaman 1dari 12

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK

Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Seminar Anjuran
PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA
No. 33 & 35, Tingkat 4, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia

http://www.tarekat.org
tarekatmsia@gmail.com & info@tarekat.org

Penceramah:
DR. AHMAD NAJAA MOKHTAR
KETUA PROGRAM PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA,
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

DR. MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN


TIMBALAN DEKAN, FAKULTI KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Dibentangkan Dalam:
SIMPOSIUM TAREKAT TASAWUF

Moderator:
YBHG USTAZ ABDULLAAH BIN JALIL
PENSYARAH KANAN,
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Bertarikh / Hari:
07 NOVEMBER 2015 (SABTU)

Masa:
12:00 TENGAHARI 1:00 PETANG

Bertempat:
AUDITORIUM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
special design by
abadisalam@gmail.com

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 0

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM


MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN
DAN KERUNTUHAN AKHLAK

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM


MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN
KERUNTUHAN AKHLAK
1

PENDAHULUAN
Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar ini, kita digoncang dengan pelbagai
pancaroba dari sikap manusia yang rakus dan mengikut hawa nafsu serakah. Ini berpunca
daripada hilangnya pertimbangan akal dan pemahaman yang jumud terhadap agama Islam
yang murni. Islam mengajar dan mendidik kita supaya bersikap wasatiyyah (adil) dalam
segala urusan sama ada dalam perkataan atau perbuatan. Ini dapat dilihat daripada tokoh
sejarah Islam yang pertama iaitu Rasulullah SAW yang merupakan qudwah hasanah kepada
sekalian umat manusia.
Apabila umat Islam tidak berupaya menghayati sikap dan tatacara Rasulullah SAW
tersebut maka akan timbul masalah sosial dan ketidakseimbangan pemikiran. Lalu ada dalam
kalangan mereka yang mengecilkan skop agama (ifrat) dan ada pula yang melebih-lebihkan
agama (tafrit) hingga tampak kekurangan dalam agama Islam yang sempurna. Nabi SAW
pernah bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya agama ini mudah. Janganlah seseorang itu berlebih-lebihan


dalam urusan agama melainkan agama yang menerajuinya, maka tepatkanlah, dekatkanlah,
dan bergembiralah, minta bantuanlah dengan (melaksanakan ketaatan) di waktu pagi, petang,
dan sebahagian malam" (HR. Bukhari).

Kertas kerja ini dibentang dalam Simposium Tarekat Tasawuf 2015, bertempat di Auditorium Masjid Putra,
Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada 7 November 2015.
2 Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam
Malaysia, email: najaa@usim.edu.my, tel: 0192783710.
3
Timbalan Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, email:
muhdkhairi@usim.edu.my, tel: 0129069830.
1

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 1

Dr. Ahmad Najaa Mokhtar2


Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin3

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Oleh sebab itu, kita dapat lihat keganasan dan penindasan yang disandarkan kepada
agama Islam pada hari ini di mana sahaja serta keruntuhan akhlak yang amat
membimbangkan dalam kalangan masyarakat Islam sejagat. Panduan yang tulus daripada alQuran dan al-Sunnah serta akhlak Nabi ditinggalkan, diketepikan dan sikap tidak yakin
terhadap apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW merupakan penyebab utama berlakunya
sedemikian.
Penyelesaiannya adalah menghubungkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW
pada setiap masa dan di mana sahaja iaitu dengan berdhikrullah serta berselawat ke atas
baginda junjungan SAW. Benarlah firman Allah SWT:

Maksudnya: Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang kembali (inabah) kepadaNya
(27). Iaitu orang-orang yang beriman pada ketika bedhikrullah, hati mereka tenang. Tidakkah
dengan berdhikrullah hati menjadi tenang? (28) (surah al-Rad: 27-28).
Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orangorang beriman berselawat dan salamlah ke atasnya sebanyak-banyaknya (surah al-Ahzab:
56).

AL-QURAN DAN AL-SUNNAH PANDUAN UMMAH


Sebagai seorang muslim yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kita
sewajarnya menuruti segala perintah dan meninggalkan larangannya. Allah berfirman:

Maksudnya: Apa-apa yang datang daripada Rasul kepada kamu hendaklah diambil (jadikan
panduan) dan apa-apa larangan daripadanya hendaklah kamu jauhi. Takutlah kamu kepada
Allah. Sesungguhnya Allah itu amat pedih balasanNya (surah al-Hashr: 7).
Dasar Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah, pegangan umatnya juga hendaklah selari
dengan apa yang disampai dan diajar oleh Rasulullah SAW sepertimana yang telah
diwahyukan. Sudah tentu ajaran yang dibawa oleh baginda SAW adalah yang terbaik. Begitu
juga, para sahabat yang mencontohi Rasulullah SAW daripada segala sudut kehidupannya
sama ada perbuatan, perkataan dan persetujuannya. Ajaran dan didikan yang sama diwarisi
oleh para tabiin dan tabi tabiin. Seterusnya ia diwarisi oleh para ulama yang muktabar yang
telah disepakati oleh para ulama sepanjang zaman terhadap ilmu dan kefahaman mereka.
Ajaran dan kefahaman agama yang dibawa oleh para ulama tersebut dikenali sebagai
manhaj wasatiyy atau wasatiyyah (melakukan yang terbaik). Manhaj wasatiyy
ini
berpaksikan akidah ahlu sunnah wal jamaah iaitu Ashairah dan Maturidiyyah; berteraskan
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 2

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

mazhab feqah daripada empat mazhab iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Shafiie
dan mazhab Hanbali; dan berpautkan amalan Tasawwuf para sufi yang dikenali sebagai
tarekat. Inilah jalan yang sempurna yang diwarisi oleh para ulama turun-temurun daripada
Rasulullah SAW hingga Hari Kiamat (insha Allah Taala).
Justeru, umat Islam perlu berpegang dengan manhaj wasatiyy tersebut pada setiap
perkara. Ini bagi memastikan mereka berada di atas landasan yang benar dan tidak
menyeleweng.

Islam melarang keras umatnya daripada mengungkap kata-kata dan melakukan


perbuatan yang melampau sama ada melampau hingga mengekang matlamat agama atau
melampau hingga menjadikan agama terlalu remeh. Perlakuan yang melampau itu disebut
sebagai ifrat dan tafrit dalam agama seperti hadis yang disebut di atas. Kedua-dua perbuatan
ini disebabkan daripada kefahaman yang tidak tepat dan tidak seimbang terhadap ilmu-ilmu
Islam yang sebenar.
Ifrat boleh berlaku apabila seseorang muslim yang tidak mendalami ilmu tertentu
dalam agama, meletakkan sesuatu hukum yang umum kepada hukum yang khusus. Kita
maklumi, hukum membaca al-Quran adalah sunat dan amat digalakkan serta diberikan
ganjaran kepada pembacanya pada bila-bila masa dan pada mana-mana tempat selagi tidak
ada perkara yang melarangnya. Bacaan surah Yasin pada malam Jumaat yang telah menjadi
amalan mingguan masyarakat Islam di rantau ini, malah ada yang menjadikannya amalan
harian misalnya, dilarang daripada membaca surah Yasin tersebut kerana ia tidak
dikhususkan oleh Nabi SAW. Padahal, perintah yang umum tidak boleh dijadikan halangan
jika tiada nas pengkhususan yang melarang. Ia bersandarkan kaedah:


Maksudnya: Pengajaran diambil dari perintah yang umum bukan diambil daripada sebabsebab tertentu.
Sudah pasti pemahaman tersebut mengecilkan skop ibadat. Hakikatnya ibadat itu luas
tapi disempitkan hingga menjadi sukar untuk diamalkan. Begitu juga dengan pelbagai lagi
amalan yang menjadi rutin umat Islam seperti berdhikrullah dan berwirid, ditentang dan
dihalang. Inilah yang disebut sebagai Ifrat dalam agama.
Sementara tafrit pula boleh berlaku kepada seseorang muslim yang meluaskan konsep
hukum hingga meremehkan hukum asal seperti nikah mutah, jihad dan lain-lain. Hukum
nikah dalam Islam amat jelas iaitu sunat. Namun, pernikahan tersebut perlu mengikuti garis
panduan yang telah ditetapkan dalam Islam seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab imam
mazhab. Sebaliknya, nikah mutah telah dicanang kepada masyarakat Islam bahawa ianya
diharuskan malah ia merupakan satu daya tarikan kepada fahaman tertentu bagi
memperkukuhkan politik mereka.

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 3

ANTARA IFRAT DAN TAFRIT

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Dalam kefahaman jihad masakini, terdapat golongan yang mendakwa jihad adalah
wajib bagi setiap muslim bagi mendirikan negara Islam. Jihad yang dimaksudkan adalah
berperang dan menumpahkan darah. Konsep jihad dalam Islam sebenarnya tidak tertumpu
kepada kepada jihad yang menumpahkan darah apatah lagi menumpahkan darah sesama
muslim. Nabi SAW telah melarang perbuatan tersebut seperti bersabdanya:

:!:.
.

Banyak lagi hadis lain yang membincangkan pengharaman membunuh sesama muslim
atas dasar kefahaman atau aliran yang berbeza. Jelasnya, seseorang muslim bukan mudah
untuk menghalalkan darah sesama muslim walau apa-apa pun alasan melainkan hak Islam.
Jihad yang lebih releven sepanjang zaman adalah mujahadah diri iaitu pembersihan
diri daripada pelbagai sifat jahat dan menghiasinya dengan sifat mulia dan murni. Perkara ini
ditegaskan oleh Allah SWT denga firmanNya:

Maksudnya: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, nescaya Kami
tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
berbuat baik (surah al-Ankabut: 69).
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini diturun sebelum
perintah jihad yang dimaklumi (menentang orang kafir). Jadi, makna jihad dalam ayat ini
adalah lebih umum iaitu jihad dalam agama Allah dan memohon keredaanNya. Justeru, jihad
dalam agama Allah itu antaranya ialah melakukan segala perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya. Di samping itu, melakukan pembersihan jiwa daripada sifat-sifat
mazmumah seperti riyak, sombong, ujub, bakhil dan sebagainya. Penegasan Allah SWT pada
akhir ayat tersebut, seolah-olah hidayah dalam menuntut kepada jalanNya terdapat pada
orang-orang muhsinin (orang yang hampir dengan Allah). Ini bermakna, seseorang muslim
yang ingin mujahadah perlu kepada bimbingan guru yang mahir dalam bidang tersebut. Ia
juga seperti latihan seseorang doktor pelatih yang mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk
memastikan teori dan kaedah yang digunakan adalah benar dan tepat.
Tegasnya, Islam itu sempurna dan indah. Ia tercalar dan dicemari oleh penganutnya
yang tidak memahami dan tidak mendalami ilmu agama. Namanya dijadikan sebagai platform
untuk mempengaruhi dan menyebarkan pemikiran dan fahaman yang tidak jelas. Sasarannya
adalah umat Islam awam yang hanya mengetahui asas-asas agama tanpa hujah. Namun
kebanyakan mereka masih tetap berpegang teguh dengan amalan Islam yang diwarisi
daripada para ulama terdahulu. Sudah tentu para ulama terdahulu mempunyai kaedah yang
betul yang boleh dipegang dan bersesuaian sepanjang zaman untuk dijadikan panduan awam.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 4

Maksudnya: Apabila bertemu dua muslim dengan pedang mereka maka pembunuh dan yang
terbunuh masuk ke neraka. Para sahabat bertanya: ya Rasulullah, itu balasan pembunuh,
kenapa yang terbunuh juga demikian? Nabi bersabda: Dia sebenarnya rakus untuk membunuh
rakannya itu (HR. Bukhari dan Muslim).

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Antara kaedah amalan mereka ialah berdhikrullah, membaca al-Quran, berselawat dan
sebagainya. Ia merupakan perisai kepada masyarakat Islam untuk menangkis segala
perbuatan yang menyalahi agama apatah lagi keganasan yang berpunca daripada hati yang
tidak disinari dengan dhikrullah )(.

Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyaknya gejala sosial yang tidak sihat.
Malah, berulangnya gejala yang telah merosakkan umat sebelum ini seperti hubungan
sesama jenis, berpakaian tetapi seumpama tidak berpakaian dan sebagainya. Masalah yang
melanda umat Islam masakini juga seperti pembunuhan, rompakan, penzinaan, pembuangan
bayi secara berleluasa amat menakutkan jika dilihat dari jumlah angkanya yang meningkat
setiap tahun. Pelbagai pihak yang bertanggungjawab telah memainkan peranan mereka untuk
mengurangkan masalah sosial tersebut. Namun, usaha tersebut seolah-olah tidak berjaya
walaupun dari masa ke semasa ditingkatkan pelbagai kaedah untuk mengatasinya.
Di manakah silapnya, pada agama yang dianuti iaitu Islam atau penganutnya yang
tidak ikut nilai-nilai serta garis panduan Islam? Sudah pasti kita akan mengatakan
penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam. Soalan lainnya, jika kita sudah mengetahui
silapnya adalah penganut tersebut, apakah kaedah yang sebenarnya yang boleh digunakan
untuk mengatasi masalah yang berlaku?
Semua perkara yang berlaku adalah berpunca dari masalah sesetengah umat Islam
yang meminggirkan ajaran Islam dan beranggap pengamalannya remeh. Kita ketahui, ramai
dalam masyarakat Islam yang telah melakukan ibadah yang wajib seperti solat, puasa, zakat
dan menunaikan haji tetapi tidak cermat dalam melakukannya. Maksudnya ialah setiap
perbuatan yang dilakukan perlu diteliti sama ada sempurna atau tidak. Bukan hanya buat
sahaja. Jika disangkakan buat sahaja memadai, mungkin amalan tersebut tergantung
disebabkan amalannya bercampur-campur yang haq dan yang batil. Umpamanya, seseorang
itu solat tetapi pada masa yang sama dia juga berjumpa dengan pawang, bomoh, tukang tilik
dan sebagainya. Bagaimana solat tersebut diterima Allah SWT sedangkan perbuatannya
menyekutukan Allah.
Kita amat takut apabila amalan yang kita lakukan tidak diterima Allah SWT. Allah
berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu


akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (104). (Iaitu) orang-orang yang
telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa
mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan" (surah al-Kahf: 103104).
Oleh kerana itu, kita sewajarnya lebih berhati-hati dalam melaksanakan ibadah agar
segala ibadah tersebut diterima oleh Allah SWT.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 5

GEJALA SOSIAL YANG SERIUS

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Bagaimana pula orang yang berpenyakit hati atau lalai daripada mengingati Allah
SWT. Dalam firmanNya, Allah SWT menegaskan:

Maksudnya: dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari
mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas
(surah al-Kahfi:28).

TAREKAT MENGIKAT HUBUNGAN UMAT


Kita amat menyanjungi dan mengagungi Nabi SAW dalam apa sahaja tatalaku baginda
SAW. Kita juga mengetahui baginda SAW merupakan contoh teladan yang baik seperti firman
Allah SWT:





Maksudnya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) memiliki akhlak yang amat tinggi
(surah al-Qalam: 4).
Pelbagai lagi contoh akhlak yang mulia yang memenuhi ruang akal kita terhadap Nabi
yang mulia ini. Justeru, baginda adalah makhluk yang paling layak dijadikan contoh teladan
dalam pelbagai aspek kehidupan umat Islam. Bukan sahaja pada pakaian, makanan dan
perkahwinan tetapi yang lebih penting daripada itu ialah amalan harian baginda SAW yang
menjadi titik tolak dan pengajaran kepada kita.
Antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan baginda selain yang fardu ialah
berdhikrullah. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang mempunyai hati; (190). (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka (surah Ali Imran: 190-191).
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 6

Ini bermakna, kita diajar supaya menjauhi golongan yang mengikut hawa nafsu dan
tidak mengambil pengajaran Islam serta lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai
muslim sebenar. Semua perkara-perkara yang dibincangkan ini adalah punca utama
berlakunya keruntuhan akhlak. Islam mengajar akhlak yang murni. Rasulullah SAW pula
mempunyai akhlak terpuji yang perlu dicontohi.

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Ayat ini menerangkan bahawa terdapat golongan yang mempunyai hati yang pintar,
lalu disifatkan mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa berdhikrullah dalam apa jua
keadaan dan waktu. Imam Fakhruddin al-Razi menafsirkan bahawa keadaan dan waktu yang
disebutkan itu merangkumi seluruh kehidupan manusia. Ini bermakna dhikrullah dilakukan
secara berterusan sepanjang waktu dan pada apa jua keadaan.
Dalam menghayati ayat ini juga, kita amat meyakini bahawa Rasulullah SAW
merupakan penghulu kepada golongan tersebut selain daripada para sahabat dan umat Islam
yang mengamalkannya. Rasulullah SAW pernah menegaskan kesungguhan baginda dalam
pengamalan dhikrullah tersebut seperti sabdanya:

Maksudnya: Sesungguhnya kedua mataku tidur akan tetapi hatiku tidak tidur (HR. Bukhari
dan Muslim).
Hadis ini menggambarkan bahawa baginda SAW sentiasa mengingati Allah SWT
walaupun matanya pejam. Apatah lagi pada waktu sedarnya. Inilah kelebihan Rasulullah
SAW dalam amalan yang jarang dijulang dan diketengahkan ke dalam masyarakat untuk
diamalkan. Inilah juga amalan yang diwarisi oleh tarekat tasawwuf dalam memertabatkan
amalan Rasulullah SAW. Ajarannya yang jelas dan murni untuk diterapkan. Bagaimana
terdapat golongan yang menfitnah tarekat tasawwuf sebagai ajaran sesat? Ini adalah perkara
yang aneh dan tidak masuk akal.
Setiap perkara yang kita lakukan ada natijah atau kesannya. Contohnya, apabila kita
makan, kita akan rasa kenyang. Begitu juga, apabila seseorang itu melakukan dhikrullah ada
kesannya. Kesannya yang utama adalah menghapuskan segala sifat hati yang jahat dan
keadaan hati yang buruk. Perumpamaan kesan dhikrullah ini boleh diambil daripada firman
Allah SWT:

Maksudnya: Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah
negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina;
dan sedemikian itulah mereka akan lakukan (surah al-Naml: 34).
Ayat ini menerangkan bahawa jika seseorang raja menakluki sesuatu kawasan,
dimusnahkan segala-galanya dan dijadikan penduduknya hina tiada lagi kemuliaan. Ia adalah
sebagai satu isyarat kepada hati apabila dhikrullah telah masuk dan menyerap ke dalam hati
seseorang mukmin, maka segala sifat yang jahat dan buruk akan lenyap dan musnah. Inilah
kesan apabila Allah telah menguasai hati, maka apa sahaja yang Allah tidak sukai akan
hancur lebur.
Permasalahan kita hari ini adalah hati yang tidak lunak. Oleh sebab itulah, umat Islam
yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur susah menerima nasihat. Hati mereka
keras, sanggup melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu. Apabila mereka berjinak dengan
dhikrullah, hati mereka akan lunak dan tingkah laku menjadi lembut. Allah SWT berfirman:

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 7

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN






Maksudnya: kemudian kulit badan mereka menjadi lembut dan hati menjadi tenang tenteram
dalam mengingati Allah (surah al-Zumar: 23).
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang berdhikrullah mendapat faedah hati yang
tenteram dan fizikal yang sihat. Apabila kulit (semua anggota) menjadi lembut maka fizikal
mereka juga akan sihat. Itulah kesan dhikrullah yang amat menakjubkan, membantu
manusia dalam membaiki dan menjamin kehidupan.

Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka dan kalaulah engkau
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah
mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun
bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam apa-apa urusan (surah Ali
Imran: 159).
Sebagai contoh umat Rasulullah SAW, Sultan Muhammad al-Fatih adalah antara tokoh
yang mempraktikkan dhikrullah sebagai amalan utama. Perkara ini jelas kita lihat melalui
perguruan dan perdampingan baginda dengan Shaikh Shamsuddin, guru tarekat tasawwuf.
Baginda sering meminta tunjuk ajar dan nasihat daripada beliau. Akhirnya, Sultan
Muhammad al-Fatih menjadi seorang pemerintah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW
sebagai sebaik-baik pemimpin dalam umat Nabi SAW.
Jika diimbas kembali kisah pemuda Ahlul Kahfi, Allah menerangkan kegiatan mereka
sewaktu di gua tersebut. Mereka melakukan dhikrullah dan berkhalwah dengan menjauhkan
diri dari segala fitnah dan gangguan makhluk bagi menyelamatkan iman yang dianuti. Kisah
tersebut disemadikan dalam firmanNya:

Maksudnya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu
mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" (surah
al-Kahf: 9).
Allah berfirman lagi:

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 8

Perkara ini juga ditegaskan oleh Allah SWT terhadap sikap Nabi SAW yang lemah
lembut kesan daripada dhikrullah tersebut. FirmanNya:

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

Maksudnya: Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri (berkhalwah) dari mereka dan
dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu,
supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan
kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang
berguna" (surah al-Kahf: 16).
Tegasnya, amalan berdhikrullah dan berkhalwah tersebut merupakan amalan
Rasulullah SAW dan para Nabi serta orang-orang soleh yang diajar dan dipraktikkan oleh
umat Islam sepanjang zaman. Jadi, tarekat tasawwuf yang mempunyai talian salasilah yang
bersambung kepada Rasulullah SAW sudah pasti mengamalkan warisan tersebut sepanjang
zaman hingga hari ini.

Amalan tarekat tasawwuf dalam Islam mempunyai peranan dan objektif yang jelas, di
antaranya ialah:
1.

Mendidik diri supaya dapat mencapai setinggi-tinggi rasa kehambaan (ubudiyyah) kepada
Allah dan sebenar-benar KhalifahNya di muka bumi ini dengan senantiasa menjunjung
segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya dengan hati yang Ikhlas pada
setiap detik, nafas dan seluruh kehidupana zahir dan batin. Melatih potensi diri
perperanan pada peranan sebenar seperti nafsu yang taat pada perintah Allah.

2.

Menyucikan hati daripada segala sifat mazmumah seperti takabur, riya dan sebagainya
serta menghiasai diri dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, sabar, takut dan muraqabah
melalui jalan tarbiyyah dari Shaikh murshid, riyadah yang bersunggguh-sungguh dan
mujahadah yang berterusan seperti yang telah disusun dalam amalan tariqah. Malahan
sifat-sifat mazmudah tersebut merupakan penyakit yang boleh merosakan amal Ibadah.

3.

Melatih diri untuk sentiasa ingat kepada Allah melalui latihan dan pengamalan
dhikrullah, wirid, hizib, muraqabah dan tafakkur secara istiqamah. Natijah dari sentiasa
berdhikrullah menjadikan diri mudah dan suka beramal soleh seperti yang telah dituntut
dalam syariat Islam sehingga diri tidak merasa berat dan susah dalam melaksanakanya
dan merasa amat berat untuk meninggalkanya.

4.

Dapat menyelami secara zawqiyyah rahsia-rahsia pengamalan syariat dan mendalami


keimanan, penghayatan kehalusan makna tawhid dan marifah sebenar kepada Allah
SWT yang bersih daripada sebarang unsur syirik sama ada yang tersembunyi (khafi) atau
nyata (jali).

5.

Membangunkan dunia dengan amalan syariat melalui hati yang bersih dan saling tolong
menolong dalam menyempurnakan perintah agama.

6.

Menghalang segala aktiviti keganasan dan keruntuhan akhlak berpandukan hati yang
mendapat didikan daripada amalan Islam yang sebenar.

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 9

KESIMPULAN

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

BIODATA PENCERAMAH

1. Name:
2. Department and faculty:

PERSONAL AND SERVICE PARTICULAR


Ahmad Najaa bin Mokhtar
Akidah and Islamic Studies Programme, Faculty of Leadership and
Management, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri
Sembilan.
Islamic Philosophy, Theology and Sufism
11 January 1977 / 37 Years
Male

3. Field of Specialisation:
4. Date of birth/age:
5. Sex:
6. Academic qualifications
i. B.A. (Hons.) in Usuluddin (Aqidah and Philosophy), Faculty of Theology, Al-Azhar University, Cairo
(2003).
ii. M.A. in Islamic Thought, Abdul Malik Assaadi University, Morocco (2006).
iii. PhD in Akidah, University Malaysia, Kuala Lumpur (2014).
7. Employment record
i. Teacher (Islamic Center of Tucson, Arizona, United State of America)
2006.
ii. Tutor (Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai)
2006.
iii. Lecturer (Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai)
18 th. of December 2013.
TEACHING EXPERIENCE
Among subjects taught for under and post graduate courses are:
i. Akhlak and Tasawuf
ii. Philosophy and Sufism Issues
iii. Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia
LANGUAGE PROFICIENCY
i. Malay: Speaking, Reading and Writing
ii. Arabic: Speaking, Reading and Writing
iii. English: Speaking, Reading and Writing
RESEARCH
i. Kedudukan Ar-Riqab Sebagai Penerima Zakat Dalam Konteks Pada Masa Kini: Kajian Di Majlis Agama
Islam Selangor, 01/10/2013-01/10/2014.
ii. Model Dialog Antara Agama Di Malaysia Dari Perspektif Islam, 02/05/2012-02/05/2014.
iii. Model Istitabah Murtad Di Malaysia, 02/05/2012-02/05/2014

PUBLICATIONS
1.Academic Journals
i. Jurnal Abqari, Teknik Pengamalan Khalwah Dalam Tariqah Di Malaysia. 2011.
ii. Jurnal Abqari, Pengalaman NGO Islam Terhadap Pendekatan A Common Word Dalam Dialog Antara
Agama: Satu Analisis di Pusat Kajian Strategik Islam Diraja Jordan. 2013.
2. Proceedings of Conference
i. Ahmad Najaa Mokhtar, Ahmad Irdha Mokhtar, Fiqh al-Tartib Fi al-Dawah, Prosiding International
Conference On Dawah And Islamic Management, 2010, Kuala Lumpur: Golden Horses Palace Hotel.
ii. Ahmad Najaa Mokhtar, Khalwah Menurut Perspektif al-Quran Dan al-Sunnah Dan Pengamalannya Di
Malaysia, 2011, Prosiding Seminar Wahyu Asas Tamadun Kali Kedua (SWAT 2011), Nilai: Fakulti
Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
iii. Ahmad Najaa Mokhtar, Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni, Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali,
Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali, Mohd Zaliridzal Zakaria, Dr Azman Ab Rahman, Mohammad
Fadzil Mat Yaacob, Pengalaman Istitabah Murtad Di Baitul Iman Dalam Dakwah Semasa, 2014, Nilai:
Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
3. List of Written Works That Have Not Been Published
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 10

DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR


B.A. (Hons.) in Usuluddin (Aqidah and Philosophy), Al-Azhar University, Cairo (2003)
M.A. in Islamic Thought, Abdul Malik Assaadi University, Morocco (2006)
Ph.D in Akidah, Universiti of Malaya, Kuala Lumpur (2014)

PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK
Oleh: DR AHMAD NAJAA BIN MOKHTAR Dan DR MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN

i. Modul Akhlak
ii. Modul Akhlak Dan Tasawuf
AWARDS IN ACADEMIC/PROFESSIONAL FIELD
- Reward for Excellent Service, University Sains Islam Malaysia 2007

USTAZ ABDULLAAH BIN JALIL memegang Ijazah Sarjana Muda Syariah


(Fiqh & Pengajian Islam) Kelas Pertama atau MUMTAZ daripada
Universiti of Yarmouk Jordan. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana
Pengurusan Perniagaan (Perbank kan Islam Dan Kewangan) pada tahun
2004 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di mana beliau dianugerah
sebagai Pelajar Terbaik. Beliau kini sedang melanjutkan pelajarannya ke
peringkat PhD dalam bidang kewangan Islam di International Centre for
Education In Islamic Finance (INCEIF).
Beliau sekarang berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan
Muamalat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau memegang
beberapa jawatan dalam Institusi tersebut, antaranya adalah Panel Syariah
Di Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Pegawai
Patuh Syariah untuk permohonan MS 1900:2005 dan Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam
(IFWMI). Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa untuk KurikulumTakaful, Perbankan Islam dan
Kewangan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Beliau juga merupakan Jawatankuasa Shariah di Bank Rakyat Malaysia (termasuk Jawatankuasa Zakat Bank
Rakyat dan Rakyat Holdings). Beliau telah banyak menulis buku, jurnal dan sangat aktif dalam
membentangkan kertas kerja dalam konferen dan seminar.

Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya

Simposium Tarekat Tasawuf, PERTAMA 11

BIODATA MODERATOR

Anda mungkin juga menyukai