Anda di halaman 1dari 1

ILMU TAKRIFAT ( SCAN )

Assalamualaikum wbt ....


Ilmu takrifat membawa maksud : takrif @ menilai, namun dalam konsep
keilmuan takrifat sebenarnya ialah 1 cabang keilmuan para sufi, namun
pada zaman sekarang ilmu ini mempunyai pecahan pecahan nya tersendiri
yang terdiri dari pelbagai sumber dan digunakan oleh bebrapa peringkat.
Dengan ini telah wujud beberapa andaian @ fahaman mengenai keilmuan
ini.... Kebanyakannya adalah gagal. Bukan mudah sebenarnya menguasai
ilmu kecil ini , prosesnya mudah, namun perlaksanaannya amatlah sukar
sekali dengan ketiadaan iman, perinsip dan pendirian yang kukuh.
Secara asasnya, ilmu ini memerlukan pengamalnya tenang, fokus dan
sabar. Amalan zikrullah lazim amat amat digalakkan bagi memperolehi
ketenangan luar biasa. Dengan ketenangan inilah pengamalnya akan
memperolehi peringkat makam tertinggi.
Di sini biar lah tok menggunakan bahasa pasar sahaja agar semua
peringkat memahami apa yang ingin tok sampaikan.
CARA MELAKSANAKAN
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai makam teratas ilmu ini, antaranya
:
Cara mudah namun lambat
Cara praktikal
Cara susah dan cepat
Cara cepat dan cepat perlaksanaannya
Tok melakukan pelbagai cara untuk mencapai makam tertinggi, mengikut
keyakinan masing masing juga untuk mencapainya.
PERINGKAT 1
Selepas bangun tidur, sebelum melihat jam , sila teka dulu waktunya,
kemudian baru lihat jam, latihkan sehingga tekaan kita tepat. Latihan ini
bagi memperolehi keupayaan meneka dengan tepat dan juga mengasah
bakat mata ke-enam.
Untuk mendapatkan mata ke-enam bagi mengetahui perkara mistik seperti
yang terdapat pada batu, keris, dll.... ketenangan dan deria rasa perlu
selari, dan juga deria ke-6 perlu aktif dengan ketenangan dan fokus tadi....
...

Anda mungkin juga menyukai