Anda di halaman 1dari 3

Soalan Tugasan Sidang Akademik 2015/2016

JMS 101/4: Pengantar Sejarah

LAMPIRAN

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
[Pengurus Kursus: Dr. Ku Boon Dar]
[emel:kubd@usm.my]

ARAHAN AM TUGASAN ULASAN KRITIS

Pilih salah SATU Bahan Bacaan Terpilih berikut dan seterusnya tuliskan SATU ULASAN KRITIS
terhadap bahan bacaan tersebut.

Bahan Bacaan Terpilih tersebut ialah:-

(i)

Muhd. Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah dalam Pengertian Sejarah: Beberapa
Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. hlm.
1-36.

(ii)

Wang Gungwu. (1968). The Use of History. Kuala Lumpur: University of Malaya. [17 hlm]

(iii) Suntharalingam, R. (1985). Pengadilan Moral dalam Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala
Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn Bhd. hlm. 90-118.

Sila muat turun bahan-bahan Bacaan Terpilih tersebut dari Portal e- pembelajaran PPPJJ,
USM di alamat <http://elearning.usm.my/pppjj/> atau dari laman sesawang padlet di alamat
<http://padlet.com/kuboondar/JMS101>

Tugasan ini hendaklah disiapkan secara INDIVIDU.

Tugasan ini akan menyumbang 10% MARKAH kepada kursus tersebut dan akan dinilai
berdasarkan kepada rubrik pemarkahan [Sila lihat rubrik pemarkahan yang dilampirkan dalam
portal e-pembelajaran PPPJJ, USM]

Tulisan (font): Times New Roman (saiz 12)

Langkau (spacing): 1.5 antara baris-baris

Margin kiri dan kanan: 2.54 cm [1 inci]

Margin atas dan bawah: 2.54 cm [1 inci]

Panjang tugasan hendaklah antara 9-10 HALAMAN SAHAJA (tidak termasuk halaman kulit luar).

Penulisan kertas tugasan hendaklah ASLI yakni yang dihasilkan sendiri oleh calon. Tugasan
anda akan diimbas menggunakan turnitin untuk mengesan sebarang unsur-unsur plagiarisma.
Calon yang terlibat dengan PLAGIARISMA boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk
DIGAGALKAN [Gred F] dalam kerja tugasan ini.

JMS 101: [Sidang Akademik

Halaman 1/3

Soalan Tugasan Sidang Akademik 2015/2016


JMS 101/4: Pengantar Sejarah

Tidak perlu catatan penghargaan. Namun catatan nota kaki dan bibliografi yang minimum
dibenarkan. Gaya nota kaki dan bibliografi perlu seragam mengikut gaya penulisan American
Psychological Association atau lebih dikenali dengan singkatan APA. [Sila layari laman sesawang
http://library.nmu.edu/guides/userguides/style_apa.htm untuk rujukan catatan nota kaki yang
sesuai dan tepat]

Tugasan hendaklah diserahkan SECARA TALIAN SAHAJA melalui e-Tugasan dalam portal
<http://elearning.usm.my/pppjj/> pada atau sebelum 31 JANUARI 2016. Sila rujuk dalam portal
kursus JMS 101, Cara-Cara Menghantar Tugasan Secara Talian. Serahan tangan, pos atau selepas
tarikh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN dan akan diberi Gred F.

OBJEKTIF TUGASAN

Membuat ulasan kritis terhadap sesuatu bahan bacaan bukan sahaja membuka jendela
pengetahuan pelajar tetapi juga mencerminkan seseorang pelajar bekeupayaan melakukan analisis
dan mendeskripsikannya dalam bentuk huraian pendek tetapi padat dan jelas dari bahan
bacaan yang telah dibaca oleh mereka.

STRUKTUR TUGASAN

Struktur Ulasan Kritis dalam tugasan pelajar di sekitar 9-10 halaman sahaja haruslah
mengandungi bahagian-bahagian berikut:-

PENGENALAN [ 1 halaman sahaja ]


Tampilkan pendapat anda secara keseluruhan terhadap Bahan Bacaan Terpilih tersebut. Dalam
beberapa baris ayat dan perenggan menjelaskan pokok utama pendapat anda akan isi utama yang
dikupas oleh pengarangnya. Selepas itu, memperkenalkan secara ringkas tetapi padat makalah
tersebut mengikut pendapat anda. Nyatakan pendirian anda sama ada setuju atau tidak terhadap tajuk
pembicaraan yang diutarakan oleh pengarangnya.
ULASAN KRITIS [ 7-8 halaman sahaja ]

Bahagian utama dari tinjauan bahan bacaan harus memberikan ringkasan isi. Ia harus ringkas tetapi
padat tentang persoalan utama serta idea-idea kecil yang dicakupi oleh penulis. Dalam analisis dan
ulasan kritis, jelaskan pendapat anda tetapi dengan contoh-contoh petikan langsung dari bahan
bacaan tersebut dan diletakan tanda petikan & nota kaki yang sesuai. Sila rujuk Garis Panduan Am
Ulasan Kritis sebagai rujukan.

PENUTUP [ 1 halaman sahaja ]

Kesimpulan ulasan bahan bacaan ini harus merujuk kembali kepada huraian dalam pengenalan.
Menyimpulkan atau menonjolkan idea utama atau yang paling bernas dalam ulasan kritis anda.
JMS 101: [Sidang Akademik

Halaman 2/3

Soalan Tugasan Sidang Akademik 2015/2016


JMS 101/4: Pengantar Sejarah

GARIS PANDUAN AM ULASAN KRITIS

Ulasan Kritis secara umum bermaksud memberi intisari idea-idea bahan bacaan yang dipilih,
yang disampaikan dengan menggunakan bahasa dan gaya penulisan anda sendiri.

Untuk mencapai tujuan tersebut, anda perlu membaca Bahan Bacaan Terpilih tersebut
berulang- ulang kali dan cuba memahami isi dan intinya dengan cara menyeluruh. Selepas itu,
baharulah anda boleh membuat catatan gagasan utama (idea pokok) yang cuba disampaikan
oleh pengarangnya.

Idea-idea Bahan Bacaan Terpilih itu boleh diperturunkan kesemuanya secara ringkas, dan
diikuti oleh ulasan anda yang terperinci sama ada anda bersetuju atau kurang menyokong
pendapat pengarang dan tentunya dinyatakan sebab-musababnya; dan juga sebolehbolehnya disertakan contoh-contoh dari Bahan Bacaan Terpilih tersebut.

Ingat, jika mauduk atau perkara pokok yang diliputi oleh Bacaan Terpilih berkenaan merupakan
perkara atau isu yang sudah diterima umum, memadailah anda memberikan pendirian atau
pendapat anda sendiri terhadap isu yang dikupas itu pada akhir ulasan anda.

Namun, sekiranya idea-idea yang dibawa dan diperdebatkan dalam bahan bacaan tersebut
merupakan sesuatu yang masih dianggap kontroversi dalam kalangan sarjana atau masyarakat
umum, wajarlah anda ungkapkan satu cadangan cara-cara isu tersebut boleh diselesaikan
dalam masa terdekat.
*SELAMAT MENULIS*

*******

JMS 101: [Sidang Akademik

Halaman 3/3

Anda mungkin juga menyukai